undang

29
GLUL 3033 GLUL 3033 Undang-Undang Pentadbiran Undang-Undang Pentadbiran DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANGKUASA RAYUAN) (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO. N – 01 – 76 – 1999 RAYUAN SIVIL NO. N – 01 – 76 – 1999 Nama: Nama: MEOR ATIQULRAHMAN ISHAK MEOR ATIQULRAHMAN ISHAK & YANG LAIN & YANG LAIN Lawan Lawan FATIMAH SIHI FATIMAH SIHI & YANG LAIN & YANG LAIN Guru Besar , Sekolah Kebangsaan Guru Besar , Sekolah Kebangsaan Serting Hilir (FELDA) Bandar Baru Serting Hilir (FELDA) Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan Serting, Negeri Sembilan PLAINTIF PLAINTIF Plaintif 1 pelajar tahun lima Plaintif 1 pelajar tahun lima 1. 1. Meor Atiqulrahman bin Ishak,seorang budak, melalui Meor Atiqulrahman bin Ishak,seorang budak, melalui Penjaga ad litem,Syed Penjaga ad litem,Syed Ahmad Johari bin Syed Mohd Ahmad Johari bin Syed Mohd Plaintif 2 pelajar tahun tiga Plaintif 2 pelajar tahun tiga 2. 2. Syed Abdullah Khaliq Aslamy bin Syed Ahmad Johari, Syed Abdullah Khaliq Aslamy bin Syed Ahmad Johari, seorang budak, seorang budak, melalui bapanya Syed Ahmad Johari bin Syed Mohd melalui bapanya Syed Ahmad Johari bin Syed Mohd No Matrik : 209159 No Matrik : 209159 1

Upload: mubarak-ahmad

Post on 06-Sep-2015

47 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

undang

TRANSCRIPT

GLUL 3033

Undang-Undang Pentadbiran

DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA

(BIDANGKUASA RAYUAN)

RAYUAN SIVIL NO. N 01 76 1999

Nama:

MEOR ATIQULRAHMAN ISHAK & YANG LAINLawanFATIMAH SIHI & YANG LAIN

Guru Besar , Sekolah Kebangsaan

Serting Hilir (FELDA) Bandar BaruSerting, Negeri Sembilan

PLAINTIF

Plaintif 1 pelajar tahun lima1. Meor Atiqulrahman bin Ishak,seorang budak, melalui Penjaga ad litem,Syed

Ahmad Johari bin Syed Mohd

Plaintif 2 pelajar tahun tiga

2. Syed Abdullah Khaliq Aslamy bin Syed Ahmad Johari, seorang budak,

melalui bapanya Syed Ahmad Johari bin Syed Mohd

Plaintif 3 pelajar tahun dua

3. Syed Ahmad Syakur Dihya bin Syed Ahmad Johari, seorang budak,

melalui bapanya Syed Ahmad Johari bin Syed Mohd

ISU Pada 10 November 1997, tiga orang murid, dua beradik dan sepupu mereka telah dibuang sekolah oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Serting (FELDA) Bandar Baru Serting kerana mereka mengingkari perintah guru besar dengan memakai serban ke sekolah. Dalam pernyataan tuntutan, mereka mendakwa dihalau dari sekolah itu. Akhirnya mereka dibuang sekolah.

Antara individu yang terlibat dalam kes pemakaian serban Meor Atiqulrahman Hakim Mahkamah Persekutuan

Meor Atiqulrahman Ishak (kiri) dan Hakim Abdul Hamid Muhammad

lain-lain

SKOP KES

Pembuangan sekolah murid sekolah kerana memakai serban. Sama ada plaintif-plaintif tidak didengar sebelum dibuang sekolah Larangan memakai serban di sekolah .Sama ada Gurubesar melampau bidangkuasa.PERATURAN KEMENTERIAN

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 Kementerian Pelajaran dan Peraturan Sekolah 1997, Sekolah Kebangsaan Serting (FELDA) yang disediakan oleh Gurubesar.Peruntukan Islam ialah ugama bagi Persekutuan hendaklah ditakrifkan dan ditinjau tujuannya dengan membaca bersama peruntukan lain dalam Perlembagaan khusus Perkara 89, 152, 153 dan 14.

Rentetan Peristiwa Kes ini. :4 Ogos 1997

Surat dihantar kepada penjaga murid supaya pakaian serban digantikan dengan songkok bagi mengelakkan tindakan disiplin.

2 September 1997

Guru Besar mengarahkan murid itu menanggalkan serban dan memakai songkok, kalau tidak, diarahkan balik.

3 September 1997

Guru Besar mengetuk kepala plaintif pertama semasa plaintif menerima hadiah dalam perhimpunan pagi dengan pensel sambil berkata, kalau hendak sekolah di sini pakai songkok, kalau tidak pergi balik. Dia pun balik.

5 September 1997

Guru besar menggunakan PIBG bagi membuat arahan supaya penjaga menukarkan anaknya ke sekolah lain .

6-14 September 1997

Plaintif pergi sekolah dan dihalau setiap hari.

27 September 1997

Semasa merngambil peperiksaan, guru besar datang dan bertanya,kenapa degil sangat? sambil menumbuk muka sebelah kanan plaintif pertama dan terkena cincin dan mencederakannya. Dia disuruh balik walaupun tidak habis menjawab soalan. Dr. Ishak bin Abdullah mengesahkan ada memeriksa murid ini dan mendapati blue black di sebelah kanan muka murid itu. Laporan polis dibuat. Guru Besar tidak menafikan bulat-bulat. Beliau hanya membuat helah yang dia cuma menunjukkan pensel ke kepala plaintif satu, dia hanya gesel pipi plaintif satu dengan kad dan tidak menumbuknya.

3 November 1997

Surat buang sekolah dikeluarkan kepada ketiga-tiga orang murid tersebut

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

PERKARA 8.

SAMA RATA.

(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

(2) Kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab ugama, kaum, keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berkenaan dengan memperolehi, memegang atau melepaskan harta atau berkenaan dengan menubuh atau menjalankan apa-apa tred, perniagaan, profesyen, vokesyen atau pekerjaan.

(3) Tidaklah boleh ada pembezaan bagi faedah seseorang oleh sebab ia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri.

(4) Tiada sesuatu pihak berkuasa awam boleh membezakan seseorang oleh sebab ia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar bidangkuasa pihak berkuasa itu.

(5) Perkara ini tidak membatal atau melarang

(a) apa-apa peruntukan yang membuat peraturan-peraturan mengenai undang-undang diri;

(b) apa-apa peruntukan atau amalan yang menghadkan jawatan atau pekerjaan berhubung dengan hal-ehwal sesuatu ugama, atau sesuatu yayasan yang diurus oleh sesuatu kumpulan yang menganuti apa-apa ugama, kepada orang-orang yang menganuti ugama itu;

(c) apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau kemajuan orang-orang asli Semenanjung Tanah Melayu (termasuk merezabkan tanah) atau merezabkan bagi orang-orang asli jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam mengikut kadar yang berpatutan;

(d) apa-apa peruntukan yang menetapkan kemastautinan di sesuatu Negeri atau di sebahagian sesuatu Negeri sebagai satu kelayakan untuk pilihanraya atau perlantikan bagi mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidangkuasa hanya di Negeri atau di bahagian itu sahaja, atau untuk mengundi dalam pilihanraya itu;

(e) apa-apa peruntukan Perlembagaan sesuatu Negeri, yang berkuatkuasa atau yang bersamaan dengan peruntukan yang berkuatkuasa sebelum sahaja Hari Merdeka;

(f) apa-apa peruntukan yang menghadkan kemasukan berkhidmat dalam Pasukan Askar Melayu kepada orang Melayu.

SKOP UNDANG-UNDANG PERBICARAAN UNDANG-UNDANG

PERLEMBAGAAN

SAMA RATA.

Dalam Kes Mior Atikulrahman lwn Fatimah Sihi [2000] 5 MLJ 375 , Mereka plaintif mendakwa telah dibuang sekolah kerana memakai serban di sekolah di samping memakai pakaian seragam sekolah. Dalam penyata tuntutannya mereka mendakwa telah dihalau dari sekolah kerana memakai serban, diketuk di kepala, ditumbuk dan diaibkan oleh Gurubesar perempuan sekolah itu. Akhirnya mereka dibuang sekolah kerana degil memakai serban bertentangan dengan peraturan pakaian seragam sekolah. Defendan menegaskan bahawa plaintif dengan memakai serban di sekolah telah melanggar peraturan 3(f) (v) Peraturan Sekolah 1997 dan sebagai Gurubesar yang bertanggungjawab ke atas keseluruhan disiplin sekolah beliau telah bertindak membuang mereka dari sekolah selaras dengan kuasa yang diberi oleh undang-undang. Mereka telah diberi peluang secukupnya untuk didengar walaupun tiada prosiding dijalankan yang memerlukan plaintif diberi hak untuk didengar. Peraturan Sekolah 1997, Sekolah Kebangsaan Serting (FELDA), Bandar Baru Serting.Cara Pemakaian Pakaian Di Sekolah

Murid lelaki mestilah memakai Baju putih lengan pendek, kasut getah putih , sarung kaki putih dan samping warna biru gelap .

Larangan pakaian

Semua murid dilarang memakai jubah, turban(serban), topi, ketayap dan purdah. Peraturan Sekolah 1997 Sekolah Kebangsaan Serting (FELDA) yang disediakan oleh Gurubesar di petik daripada Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983, peraturan 2 (2.1.1)

Merujuk kembali kepada kes dalam Kes Mior Atikulrahman lwn Fatimah Sihi [2000] 5 MLJ 375 , Kebanyakkan pihak kurang bersetuju dengan tindakan buang sekolah dijalankan. tindakan ini akan membawa pelbagai kesan buruk kepada pelajar terbabit. Bagi pelajar yang suka ponteng sekolah, hukuman ini adalah perkara yang dinantikan kerana mereka mendapat kebebasan sebenar. Berpandukan kajian yang dijalankan oleh Mohd Ismail (2006), peringkat umur yang banyak terlibat dengan masalah disiplin adalah antara 13-15 tahun. Oleh itu jika pelajar ini dibuang sekolah maka, mereka mempunyai banyak masa terluang untuk melibatkan diri dengan anasir-anasir negatif. Dengan umur yang masih muda ,mereka tidak dapat menceburkan diri dalam bidang pekerjaan dengan sah (pekerja bawah umur). Maka mudah untuk mereka melibatkan diri dengan kegiatan jenayah.

Apabila melaksanakan hukuman ke atas pelajar-pelajar, faktor penting yang perlu dipertimbangkan adalah berat ataupun ringannya hukuman itu. Semua kesalahan yang berat dan ringin ada disenaraikan dalam pekeliling ikhtisas Kementerian Pendidikan contohnya Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 Perkara-perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat.lxxiii Namun, hukuman yang merupakan penyeksaan, cacian di khalayak ramai atau hukuman liar hendaklah dielakkan. (Ee Ah Meng, 1992) Di antara hukuman biasa yang dijalankan adalah hukuman rotan, denda, penahanan dan amaran. Merotan semasa perhimpunan atau Public Canning Walaupun ada peruntukan dalam Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin) 1959 yang menjelaskan kuasa guru besar berkenaan merotan berbunyi: Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat: Dengan syarat;

(a)hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang; dan

(b)hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan ditapak tangan ataupun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh guru besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.

Pengetua dengan kuasa yang diperuntukkan bagi merotan pelajar-pelajar lelaki tidak boleh merotan pelajar-pelajar semasa perhimpunan kerana mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/ 1984lxxiv menyatakan: Pihak sekolah tidak boleh menggunakan perhimpunan itu sebagai tempat untuk menjalankan hukuman kepada murid-murid, mencaci, menghasut atau mengambil sebarang tindakan yang boleh memalukan seseorang murid atau lain-lain pihak. ( Para 4.5) Oleh itu, pengetua atau guru besar sekolah tidak boleh menjalankan hukuman merotan pelajar-pelajar semasa perhimpunan sekolah. Bolehkah Kesalahan Disiplin Dihapuskan? Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan konsep zero defect iaitu tiada kecacatan hasil daripada Seminar Pendidikan pada bulan April 1993 dalam pengurusan dan pentadbiran bagi semua peringkat, sama ada pada peringkat bahagian, jabatan pendidikan negeri, daerah dan juga sekolah.

Oleh itu , haruslah di ingatkan bahawa pihak sekolah perlulah melalui setiap prosedur yang telah ditetapkan sebelum mengambil tindakan buang sekolah. Sessi kaunseling juga perlu dijalankan sebelum tindakan itu diambil . Para pentadbir sekolah. haruslah faham segala aspek , dan kesan tindakan itu kepada pelajar sebelum hukuman djatuhi dan perkara ini harus ditangani dengan penuh hati-hati serta berhemah agar tidak menganiayai pelajar tersebut.

PROSEDUR TINDAKAN DISIPLIN GANTUNG DAN BUANG SEKOLAH MENGIKUT PERATURAN 4 DAN 8 PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959

Sebelum sesuatu tindakan disiplin hendak dikenakan ke atas pelajar-pelajar yang melanggar peraturan sekolah, yang boleh mengakibatkan pelajar itu boleh digantung persekolahan atau dibuang sekolah, pengetua atau guru besar hendaklah betul-betul memahami prosedur tindakan agar tidak menimbulkan masalah mereka (pengetua atau guru besar) didakwa di mahkamah. Justeru itu langkah-langkah berikut hendaklah diikuti agar tindakan pengetua atau guru besar mengikut garis panduan dan di landasan yang betul.

1.Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Tatacara di bawah ini adalah mengikut Peraturan 4 dan 8 Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 yang diwartakan sebagai LN. 61/59, bertarikh 20.2.1959, Ordinan Pelajaran 1957.

2.Fahami Tatacara Tindakan Disiplin Ramai pengetua dan guru besar yang kurang jelas mengenai pelaksanaan tatacara tindakan disiplin sekolah dengan hukuman berat terhadap murid mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa sekarang. Kejahilan pengetua atau guru besar tentang tatacara ini boleh menyebabkan pelajar-pelajar atau ibu bapa mengambil tindakan mahkamah di atas hukuman yang dikenakan. Ada di antara pengetua dan guru besar serta guru-guru yang tidak tahu menahu dan tidak memahami kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada mereka, prosedur mengambil tindakan disiplin dan jenis hukuman yang boleh dikenakan.civ

3.Peruntukan Undang undang.

(i) Mengikut Peraturan Pelajaran yang dinyatakan di atas, kerajaan telah memperuntukkan melalui Peraturan 4, bahawa pihak berkuasa disiplin di sekolah ialah guru besar atau pengetua. Guru besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid sekolah itu.

(ii) Selain daripada itu kerajaan juga memberi kuasa menggantung persekolahan dan membuang murid dari sekolah kepada guru besar atau pengetua. Peraturan 8 dalam peruntukan tersebut berbunyi, Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati guru besar sesebuah sekolah:

(a)Sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya ataupun dibuang sekolah. 4.Implikasi terhadap Peruntukan Undang-undang mengikut Peraturan 4 dan 8. Berdasarkan kepada Peraturan 4 dan 8 dalam peruntukan tersebut adalah jelas bahawa hanya guru besar atau pengetua sahaja diberi kuasa untuk menggantung atau membuang murid dari sekolah apabila beliau berpuas hati bahawa demi untuk mengekalkan disiplin dan ketenteraman di sekolahnya.

Ini bererti tidak ada sesiapa yang lain selain daripada guru besar atau pengetua yang boleh mengambil tindakan demikian. Peraturan 4 dan 8 tidak juga menyebut Lembaga Disiplin Sekolah yang boleh mengambil tindakan sedemikian. Oleh itu keputusan untuk menggantung atau membuang murid adalah keputusan guru besar atau pengetua sekolah berkenaan sahaja. Begitu juga dengan Jawatankuasa Hal Ehwal Murid Peringkat Sekolah. Perkara di atas telah dijelaskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1986, Pengetua atau Guru Besar tidak boleh menurunkan kuasa kepada jawatankuasa ini (J/K HEM) bagi menjatuhkan sesuatu hukuman. Sekiranya keputusan menggantung persekolahan atau membuang murid diambil oleh pihak lain seperti Lembaga Disiplin atau Jawatankuasa HEM sekolah, maka keputusan itu boleh dicabar di mahkamah. Oleh itu, jelas bahawa segala urusan berkaitan dengan tindakan tatatertib menggantung atau membuang murid seperti membuat surat pertuduhan dan lain-lain surat hendaklah ditandatangani sendiri oleh guru besar atau pengetua. Untuk mengelakkan tindakan yang diambil oleh guru besar atau pengetua daripada dicabar di mahkamah, tatacara yang betul dan aspek teknikal hendaklah dipatuhi dan diberi perhatian yang teliti. Tindakan disiplin buang sekolah adalah langkah terakhir setelah langkah-langkah terawal seperti kaunseling, gantung persekolahan dan lain-lain tidak berjaya. Oleh itu, segala dokumentasi mengenai proses tindakan tatatertib ini hendaklah teratur dan dikeluarkan kepada tertuduh mengandungi butir-butir yang tepat seperti nama, nombor kad pengenalan, tarikh surat serta kelasnya yang betul. Selain daripada itu tarikh kejadian, masa dan tempat kejadian hendaklah tepat termasuk saksi-saksi yang telah dikenal pasti. Oleh sebab itu, laporan bertulis yang lengkap mengenai kejadian adalah penting. Peraturan sekolah yang bertulis, yang dilanggar hendaklah dinyatakan dengan jelas mengikut bab atau seksyen yang berkaitan. Oleh itu, surat pekeliling Ikhtisas Bil. 9/ 1975 bertarikh 4 Nov. 1975 hendaklah dirujuk. Begitu juga dengan peraturan 4 dan 8 Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Setiap surat tatatertib hendaklah dihantarPERKARA 11.

KEBEBASAN UGAMA.

(1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya.

(2) Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan ugama adalah berhak

(a) menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri;

(b) menubuh dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud ugama atau khairat; dan

(c) memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

SKOP UNDANG-UNDANG PERBICARAAN UNDANG-UNDANG

PERLEMBAGAAN

Kebebasan berugama

Islam sebagai ugama Persekutuan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan .Tafsiran dan maksud . Peraturan Pakaian Seragam Sekolah . Larangan memakai serban di sekolah sama ada melanggar Perkara 3 Perlembagaan . Sama ada tak sah, terbatal dan tak berkesan. PerlembagaanPersekutuan per. 3, 4, 11(1), 14, 89, 152, 153.

Dalam Kes Mior Atikulrahman lwn Fatimah Sihi [2000] 5 MLJ 375 , Tuntutan pendakwaan dibuat kerana ia bertentang dengan kebebasan berugama, larangan membezakan kerana ugama, kaum, keturunan dan tempat lahir. Selain itu juga mereka dibuang sekolah tanpa diberi peluang untuk didengar yang bertentangan dengan prinsip keadilan semulajadi dan dengan demikian dinafikan peluang untuk merayu. Selain itu, didorong oleh niat jahat tanpa menimbangkan hukuman yang lebih ringan seperti menggantungkan sekolah. Juga mereka dibuang sekolah atas dua perintah yang dikeluarkan oleh Jawatan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah dan Gurubesar.

Guru besar dikatakan telah bertindak melampaui bidang kuasanya dengan menentukan dasar/policy mengenai pakaian seragam sekolah yang sepatutnya kuasa tersebut terletak pada bidang kuasa Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru Besar kononnya membuat larangan itu berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1995 yang membenarkan Guru besar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing- masing. Guru besar cuba menjustifikasikan larangan itu dengan berkata masyarakat tempatan berasal dari pelbagai keturunan dan budaya. Anak mereka datang ke sekolah dengan topi lebar keliling, topi lebar di depan, pakai songkok jawa, pakaian lilit kepala ala orang kelantan. Alasan ini adalah tidak munasabah untuk melarang pelajar memakai serban. Berdasarkan Peraturan Pakaian Seragam Bil. 3/1983, Kementerian tidak melarang pemakaian serban tersebut. Oleh itu, larangan sekolah tersebut adalah tidak sah, terbatal dan tidak berkesan kerana bercanggah dengan peraturan Kementerian. Selain itu juga, peraturan ini berkaitan dengan peraturan melarang murid lelaki memakai turban(serban) adalah juga terbatal dan tidak sah kerana ia melarang murid lelaki Sikh memakai turban sedangkan turban adalah wajib bagi orang Sikh. Keputusan gurubesar juga bercanggah dengan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan beragama. Kes ini dirujuk kepada kes Hjh. Halimatussaadiah bt. Hj. Kamaruddin v Public Services Commission Malaysia and Anor [1994] iaitu Kebebasan ugama yang dijamin di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan tidak mutlak kerana Perkara 11(5) tidak membenarkan sebarang tindakan yang bertentangan dengan sebarang undang-undang am berkaitan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam, atau kemoralan. Larangan terhadap seseorang pegawai awam wanita untuk memakai pakaian yang menutup mukanya semasa bekerja tidak menjejaskan hak perlembagaan perayu untuk mengamalkan ugamanya. Pemakaian purdah tidak kena mengena denagan hak perlembagaan Perayu untuk menganuti dan mengamalkan ugama Islam.

Plaintif-plaintif tidak mendapat keadilan kerana tidak diberi peluang untuk didengar melalui penjaganya berkaitan kesalahan memakai serban di sekolah Membelakangkan ugama Islam dan tidak selari dengan Perlembagaan persekutuan Peraturan Pakaian Murid Seragam Sekolah 1997, Surat Pekeliling ikhtisas Bil. 3/1983 (seperti dalam lampiran) adalah membelakangkan ugama Islam di mana yang dahulu dikemudiankan dan kemudian didahulukan dan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi: Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Selain itu juga, dasar Kementerian Pelajaran ini juga bercanggah dengan ajaran sebenar Islam iaitu mengikut firman Allah dalam Surah Al-Araaf ayat 26 yang bermaksud 26. Hai anak Adam, sesunguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. Dan dari hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud; Seseorang lelaki tidak boleh memandang aurat lelaki dan seorang perempuan tidak boleh memandang aurat perempuan. Dengan demikian Peraturan Sekolah 1997 dalam pemakaian murid lelaki iaitu Seluar bagi murid-murid lelaki ialah seluar pendek berwarna biru tua . Seluar panjang yang sama warnanya boleh dipakai sekirannya dikehendaki oleh ibu bapa/penjaga mereka. Adalah tidak selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan ajaran Islam sebenar.KEPUTUSAN PENGHAKIMAN MAHKAMAH

Pada 10 November 1997 Mahkamah Tinggi Malaya Seremban membatalkan keputusan guru besar yang mengambil tindakan membuang sekolah tiga orang muridnya kerana memakai serban ke sekolah.

Guru besar tiada bidang kuasa melarang semua murid memakai serban. Guru besar sudah melampaui kuasanya dengan menentukan dasar yang haknya terletak pada Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja.

Kementerian tidak melarang pakaian itu dalam Peraturan Pakaian Seragam Bil.3/1983. Ini menjadikan larangan itu tidak sah, terbatal dan tidak berkesan.

Plaintif-plaintif tidak mendapat keadilan kerana tidak diberi peluang untuk didengar melalui penjaganya.Mahkamah mengarahkan defenden membayar ganti rugi dan kos.

KESIMPULAN

Dalam kes ini, kemenangan perbicaraan adalah berpihak kepada pelajar di mana banyak bukti yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan dasar dan percanggahan dalam perlaksanaan di sekolah berkaitan dengan peraturan dan perundangan. Percanggahan terhadap peraturan kementerian dan perlembagaan menjadi alas an atau bukti kepada kekalahan kes ini yang telah memihak kepada pelajar bukan kepada guru dan sekolah. Oleh yang demikian, dasar dan perlembangaan haruslah menjadi rujukan sebelum apa-apa tindakan atau perlaksanaan yang dilakukan oleh organisasi bawahan supaya apa yang dilakukan tidak akan dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan.

Oleh itu, kes ini secara keseluruhannya berbicara tentang dasar dan perlembagaan yang menjadi rujukan bagi semua organisasi di Malaysia. Setiap percanggahan terhadap dasar dan perlembagaan adalah terbatal, tidak sah dan tidak berkesan

Rumusan

Mahmood Saedon (1990),Undang-Undang Keterangan Islam,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. h.16Siti Zalikhah Haji Md Nor (2006),Beberapa Aspek dalam Undang-Undang Keterangan Islam,dlm al-Syariah : Undang-Undang Keterangan Islam, j. 3, Siti Zalikhah Haji Md Nor et. al. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. h. 4.Al-Kasaniy (1998),al-Badai al-SanaI,j. 5, cet. Ketiga, Beirut : Dar Ihya al-Turath. h. 337.

Mohd Fuad Jaapar (1998),Undang-Undang Keterangan dan Prosedur di Mahkamah Syariah Dari Aspek Amalan,dlm. Undang-Undang Islam di Mahkamah-Mahkamah Syariah di Malaysia, Ahmad Hidayat Buang et. al. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. h. 179-183

Sidi Ahmad Abdullah (1998),Undang-Undang Keterangan dan Prosedur di Mahkamah Syariah Dari Aspek Hukum,dlm. Undang-Undang Islam di Mahkamah-Mahkamah Syariah di Malaysia, Ahmad Hidayat Buang et. al. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. h. 165

Ruzman Md. Noor (2007),Pembuktian di Mahkamah Syariah,dlm Undang-Undang Islam di Malaysia : Prinsip dan Amalan, Ahmad Hidayat Buang et. al. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. h. 175.

No Matrik : 20915920