umk tuan rumah kuiz pelaburan pnb 2012umkeprints.umk.edu.my/1083/1/news 44.pdf · awam dan swasta...

3
Utama Berita Terkini UMK tuan rumah Kuiz Pelaburan PNB 2012 UMK tuan rumah Kuiz Pelaburan PNB 2012 UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) diberi penghormatan apabila dipilih menjadi tuan rumah bersama Permodalan Nasional Berhad bagi Pertandingan Akhir Kuiz Pelaburan PNB Kategori Universiti kali ke 12 yang berlangsung di Dewan Besar Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan, pada 9 Disember 2012. Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman, berkata, pertandingan kuiz PNB 2012 ini berjaya menarik penyertaan daripada 31 buah universiti di seluruh negara melibatkan 3,148 orang pelajar berbanding tahun lalu seramai 2,876 peserta. Beliau berkata, pada pertandingan kali yang ke-12 ini, PNB telah bekerjasama dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) selaku tuan rumah menganjurkan Kuiz Pelaburan PNB bertujuan untuk mendidik dan memberi pendedahan kepada siswa-siswi di institusi pengajian tinggi awam dan swasta mengenai pelaburan, ekonomi, dan perancangan kewangan. “Bakal graduan perlu mendapat pendedahan dalam aspek perlaburan kerana walaupun kita bijak dan cemerlang dalam bidang akademik, kita berjaya menjadi doktor, jurutera, pensyarah, guru dan sebagainya, ia masih belum lengkap jika kita tidak mempunyai ilmu tentang pelaburan dan perancangan kewangan,” jelas beliau pada Majlis Penyampaian Hadiah Kuiz Pelaburan PNB 2012 (Kategori Universiti). Lain-lain | Carian... Staf Email Staf Portal Staf Direktori Staf Aplikasi Atas Talian Aktiviti UMK Pelawat Peta & Lokasi Penginapan Pengangkutan Jawatan Kosong Tender & Sebutharga Galeri Alumni Portal Alumni Laman Facebook Alumni Laman Web HEPA Pelajar Pautan Pantas Bahasa Melayu English Utama Info UMK Pra-Siswazah Pascasiswazah Fakulti /Pusat Fakulti Keusahawanan & Perniagaan Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan Fakulti Perubatan Veterinar Fakulti Industri Asas Tani Fakulti Sains Bumi Pusat Bahasa dan Pembangunan Insaniah Pusat Pengajian Siswazah Kampus

Upload: lamduong

Post on 12-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: UMK tuan rumah Kuiz Pelaburan PNB 2012umkeprints.umk.edu.my/1083/1/News 44.pdf · awam dan swasta mengenai pelaburan, ekonomi, dan perancangan kewangan. “Bakal graduan perlu mendapat

Utama Berita Terkini UMK tuan rumah Kuiz Pelaburan PNB 2012

UMK tuan rumah Kuiz Pelaburan PNB 2012

UNIVERSITI Malaysia Kelantan (UMK) diberi penghormatan apabila dipilih menjadi tuan rumah bersama Permodalan Nasional Berhad bagiPertandingan Akhir Kuiz Pelaburan PNB Kategori Universiti kali ke 12 yang berlangsung di Dewan Besar Bahagian Teknologi PendidikanNegeri Kelantan, di Kota Bharu, Kelantan, pada 9 Disember 2012.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman, berkata, pertandingan kuiz PNB2012 ini berjaya menarik penyertaan daripada 31 buah universiti di seluruh negara melibatkan 3,148 orang pelajar berbanding tahun laluseramai 2,876 peserta.

Beliau berkata, pada pertandingan kali yang ke-12 ini, PNB telah bekerjasama dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) selaku tuan rumahmenganjurkan Kuiz Pelaburan PNB bertujuan untuk mendidik dan memberi pendedahan kepada siswa-siswi di institusi pengajian tinggiawam dan swasta mengenai pelaburan, ekonomi, dan perancangan kewangan.

“Bakal graduan perlu mendapat pendedahan dalam aspek perlaburan kerana walaupun kita bijak dan cemerlang dalam bidang akademik,kita berjaya menjadi doktor, jurutera, pensyarah, guru dan sebagainya, ia masih belum lengkap jika kita tidak mempunyai ilmu tentangpelaburan dan perancangan kewangan,” jelas beliau pada Majlis Penyampaian Hadiah Kuiz Pelaburan PNB 2012 (Kategori Universiti).

Lain-lain | Carian...

StafEmail StafPortal Staf

Direktori StafAplikasi Atas Talian

Aktiviti UMKPelawat

Peta & LokasiPenginapan

PengangkutanJawatan Kosong

Tender & SebuthargaGaleri

AlumniPortal Alumni

Laman Facebook AlumniLaman Web HEPA

Pelajar

Pautan Pantas

Bahasa Melayu English

UtamaInfo UMKPra-SiswazahPascasiswazahFakulti /Pusat

Fakulti Keusahawanan & PerniagaanFakulti Teknologi Kreatif & WarisanFakulti Perubatan VeterinarFakulti Industri Asas TaniFakulti Sains BumiPusat Bahasa dan Pembangunan InsaniahPusat Pengajian Siswazah

Kampus

Page 2: UMK tuan rumah Kuiz Pelaburan PNB 2012umkeprints.umk.edu.my/1083/1/News 44.pdf · awam dan swasta mengenai pelaburan, ekonomi, dan perancangan kewangan. “Bakal graduan perlu mendapat

12/13/12 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan - UMK tuan rumah Kuiz Pelaburan PNB 2012

2/3www.umk.edu.my/version2012/latestnews/398-usm-johan-kuiz-pelaburan-pnb-2012.html

Pada pertandingan itu, Universiti Sains Malaysia (USM) telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Akhir Kuiz Pelaburan PermodalanNasional Berhad (PNB) 2012 (Kategori Universiti) apabila berjaya mengalahkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang berada di tempatkedua, Universiti Utara malaysia (UUM) di tempat ketiga manakala Universiti Malaya (tempat keempat).

Johan pertandingan menerima piala pusingan Pengerusi PNB, piala iringan dan wang tunai RM8,000. Manakala bagi tempat keduamembawa pulang piala iringan bersama wang tunai bernilai RM5,000 dan tempat ketiga serta keempat masing-masing ialah RM3,000 danRM2,000.

Hadir sama, Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Datuk Dr. Raduan bin Haji Che Rose, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar & Alumni,YBhg. Prof. Madya Abdul Aziz Ab. Latif, Timbalan Presiden Korporat dan Antarabangsa, PNB, YBhg. Datin Paduka Jamiah Abdul Hamid danTimbalan Presiden Unit Amanah PNB, YBhg. Dato’ Idris Kechot.

Menurut Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah, penganjuran kuiz ini merupakan satu platform bagi memberi kesedaran dan kefahamankepada masyarakat terhadap pelaburan serta perancangan kewangan yang berhemat.

Jelas beliau, program seperti Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) dan Seminar Pelaburan 360 Hari adalah bertujuan untukmengelakkan masyarakat menjadi mangsa skim-skim pelaburan palsu yang semakin menular dalam kalangan masyarakat kita.

“Paling menyedihkan apabila ramai mangsa skim ini adalah dikalangan mereka yang berpendidikan dan golongan berpendapatan tinggi,’’katanya yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah UMK.

Sementara itu, Prof. Datuk Dr. Raduan berkata, inisiatif PNB melalui penganjuran kuiz pelaburan sebegini adalah amat bersesuaian denganmatlamat penubuhan UMK yang cenderung kepada bidang perusahaan dan keusahawanan, selari dengan moto universiti “Entrepreneurshipis Our Thrust”.

Katanya, usahawan adalah golongan yang berani mengambil risiko dan belajar mengambil risiko untuk berjaya dan begitu juga denganpelaburan yang diceburi oleh pelabur yang mengambil risiko dengan melaburkan wang serta modal berdasarkan ilmu, kemahiran danpengalaman yang ada untuk memperoleh pulangan dan keuntungan.

“UMK merupakan salah sebuah daripada 31 buah universiti di seluruh negara yang mengambil bahagian dalam Pertandingan KuizPelaburan PNB pada tahun ini.

“Kaedah pembelajaran yang kreatif dan interaktif seperti Kuiz Pelaburan PNB ini diyakini dapat membentuk graduan yang bukan hanyaberkemahiran tinggi dalam bidang pengajian masing-masing, malah pembinaan imej kendiri yang positif, sahsiah yang berkualiti tinggi dansoft skills ataupun kemahiran insaniah yang mantap,” jelas beliau.

Bilangan Pelawat :300081

Page 3: UMK tuan rumah Kuiz Pelaburan PNB 2012umkeprints.umk.edu.my/1083/1/News 44.pdf · awam dan swasta mengenai pelaburan, ekonomi, dan perancangan kewangan. “Bakal graduan perlu mendapat

12/13/12 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan - UMK tuan rumah Kuiz Pelaburan PNB 2012

3/3www.umk.edu.my/version2012/latestnews/398-usm-johan-kuiz-pelaburan-pnb-2012.html

Penafian|

Dasar Privasi|

Dasar Keselamatan|

Soalan Lazim|

Hubungi Kami|

Bantuan|

Peta Laman

Hakcipta © 2012 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan.Paparan Terbaik Mozilla/Firefox/IE/Safari/Camino/Opera Friendly

Universiti Malaysia Kelantan, Karung Berkunci 36, 16100 Pengkalan Chepa, Kota Bharu, KelantanTel : +609 - 7717000Fax : +609 - 7717022

Email : webmaster[a]umk.edu.myTarikh Kemaskini: 13/12/2012, 03:30:06.