kenyataan akhbar 4 mei 2020 pnb lancar focus 4 · pelan strategik 2020-2022 pacu pertumbuhan ke...

6
1/5 KENYATAAN AKHBAR Untuk Siaran Segera 4 Mei 2020 PNB Lancar Focus 4 Pelan Strategik 2020-2022 pacu pertumbuhan ke peringkat seterusnya Kuala Lumpur, 4 Mei 2020 Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini melancarkan Pelan Strategik bagi tahun 2020-2022 dikenali sebagai “Focus 4” bagi memacu organisasi ke hadapan untuk tempoh tiga tahun akan datang. Pelan ini telah dirangka berdasarkan hasil Kajian Semula Jangka Masa Pertengahan yang dilakukan pada tahun 2019 bagi Pelan Strategik 2017-2022 sebelumnya, yang dikenali sebagai STRIVE-15. Bagi menyelaraskan 15 inisiatif awal tersebut, Focus 4 menggariskan empat bidang tumpuan bagi PNB, dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini telah melancarkan Pelan Strategik bagi tahun 2020-2022 dikenali sebagai “Focus 4”, yang merupakan pelan terperinci bagi menyelaras inisiatif-inisiatif STRIVE-15 berikutan Kajian Semula Jangka Masa Pertengahannya. Focus 4 menggariskan bidang-bidang utama seperti berikut: o Kepelbagaian: Memacu kepelbagaian portfolio melalui pelaburan dalam kelas aset dan geografi baharu, termasuk peluang hartanah global yang menawarkan pulangan yang baik; o Penciptaan Nilai: Pengenalan rangka kerja tadbir urus bagi syarikat-syarikat strategik; o Pengurusan Risiko: Memupuk budaya risiko yang mantap dengan menambah baik elemen-elemen utama pengurusan risiko organisasi; dan o Transformasi Organisasi: Penambahbaikan dalam Modal Insan & Budaya, Tadbir Urus & Proses, Digital dan Struktur & KPI. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 (TK2019), PNB telah mencatatkan keputusan yang positif dengan Aset di Bawah Pengurusan berkembang melepasi tahap RM300 bilion dengan mencecah RM312.0 bilion, dan unit dalam edaran meningkat sebanyak 7.3% kepada hampir 254 bilion. PNB juga telah mengagihkan sejumlah RM13.2 bilion dalam bentuk pengagihan pendapatan dan bonus kepada pemegang unit sepanjang tahun kewangan, mencapai jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM200 bilion bagi kesemua 14 dana sejak penubuhannya. Usaha-usaha kepelbagaian global turut menunjukkan hasil yang positif bagi TK2019, dengan ekuiti awam antarabangsa menjana pulangan tertinggi sekaligus menyumbang kepada lebih dari 11.6% kepada Pendapatan Kasar keseluruhan, walaupun dengan pendedahan lebih rendah iaitu 5.9%.

Upload: others

Post on 02-Jun-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KENYATAAN AKHBAR 4 Mei 2020 PNB Lancar Focus 4 · Pelan Strategik 2020-2022 pacu pertumbuhan ke peringkat seterusnya Kuala Lumpur, 4 Mei 2020 – Permodalan Nasional Berhad (PNB)

1/5

KENYATAAN AKHBAR

Untuk Siaran Segera

4 Mei 2020

PNB Lancar Focus 4 Pelan Strategik 2020-2022 pacu pertumbuhan ke peringkat seterusnya

Kuala Lumpur, 4 Mei 2020 – Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini melancarkan

Pelan Strategik bagi tahun 2020-2022 dikenali sebagai “Focus 4” bagi memacu organisasi

ke hadapan untuk tempoh tiga tahun akan datang. Pelan ini telah dirangka berdasarkan

hasil Kajian Semula Jangka Masa Pertengahan yang dilakukan pada tahun 2019 bagi Pelan

Strategik 2017-2022 sebelumnya, yang dikenali sebagai STRIVE-15. Bagi menyelaraskan

15 inisiatif awal tersebut, Focus 4 menggariskan empat bidang tumpuan bagi PNB, dalam

• Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini telah melancarkan Pelan Strategik bagi tahun

2020-2022 dikenali sebagai “Focus 4”, yang merupakan pelan terperinci bagi menyelaras

inisiatif-inisiatif STRIVE-15 berikutan Kajian Semula Jangka Masa Pertengahannya.

• Focus 4 menggariskan bidang-bidang utama seperti berikut:

o Kepelbagaian: Memacu kepelbagaian portfolio melalui pelaburan dalam kelas aset dan

geografi baharu, termasuk peluang hartanah global yang menawarkan pulangan yang

baik;

o Penciptaan Nilai: Pengenalan rangka kerja tadbir urus bagi syarikat-syarikat strategik;

o Pengurusan Risiko: Memupuk budaya risiko yang mantap dengan menambah baik

elemen-elemen utama pengurusan risiko organisasi; dan

o Transformasi Organisasi: Penambahbaikan dalam Modal Insan & Budaya, Tadbir Urus &

Proses, Digital dan Struktur & KPI.

• Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 (TK2019), PNB telah mencatatkan

keputusan yang positif dengan Aset di Bawah Pengurusan berkembang melepasi tahap

RM300 bilion dengan mencecah RM312.0 bilion, dan unit dalam edaran meningkat sebanyak

7.3% kepada hampir 254 bilion. PNB juga telah mengagihkan sejumlah RM13.2 bilion dalam

bentuk pengagihan pendapatan dan bonus kepada pemegang unit sepanjang tahun

kewangan, mencapai jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM200 bilion

bagi kesemua 14 dana sejak penubuhannya.

• Usaha-usaha kepelbagaian global turut menunjukkan hasil yang positif bagi TK2019, dengan

ekuiti awam antarabangsa menjana pulangan tertinggi sekaligus menyumbang kepada lebih

dari 11.6% kepada Pendapatan Kasar keseluruhan, walaupun dengan pendedahan lebih

rendah iaitu 5.9%.

Page 2: KENYATAAN AKHBAR 4 Mei 2020 PNB Lancar Focus 4 · Pelan Strategik 2020-2022 pacu pertumbuhan ke peringkat seterusnya Kuala Lumpur, 4 Mei 2020 – Permodalan Nasional Berhad (PNB)

2/5

usaha mentransformasi dan membuat persiapan untuk mengharungi cabaran

ketidaktentuan masa depan serta perubahan lanskap pasaran.

Pada taklimat media yang julung kali diadakan secara maya, PNB turut mengumumkan

prestasi kewangannya bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 (TK 2019) dan berkongsi

pandangan bagi tahun akan datang.

FOCUS 4

Berdasarkan kesimpulan yang diperoleh daripada Kajian Semula Jangka Masa Pertengahan

bagi Pelan Strategik 2017-2022 (STRIVE-15), PNB telah memusatkan fokusnya kepada

empat bidang utama untuk membentuk Pelan Strategik 2020-2022 atau Focus 4.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata, “Kajian Semula Jangka Masa

Pertengahan yang meluas ini membolehkan PNB mengumpul maklumat kritikal dan

menganalisa faktor-faktor dinamik semasa kami, bagi memperkukuh hala tuju strategik kami

untuk terus mengorak langkah ke hadapan. Ianya merupakan intipati Focus 4, yang

memperincikan empat bidang utama iaitu Kepelbagaian, Penciptaan Nilai, Pengurusan

Risiko dan Transformasi Organisasi untuk menjadi pemangkin pertumbuhan yang mampan

dan membolehkan PNB meraih nilai.”

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Jalil Rasheed, menjelaskan dengan lebih lanjut

berkenaan Focus 4: “Focus 4 mencerminkan peralihan strategik dari STRIVE-15, di mana

PNB telah berjaya memperkukuh fundamental luas dan menyediakan rangka kerja yang

diperlukan, bagi Focus 4 bertumpu kepada bidang-bidang berimpak tinggi yang khusus

serta lebih sesuai dengan persekitaran pasaran. Pendekatan jangka pendek tiga tahun juga

memberi PNB fleksibiliti untuk menjadi lebih responsif dan mampu menyesuaikan diri untuk

memanfaatkan peluang yang ada dalam keadaan masa kini yang bergerak pantas.”

Setiap bidang utama Focus 4 menggariskan objektif terperinci dengan sasaran yang jelas:

Kepelbagaian

PNB akan terus memacu kepelbagaian portfolio melalui pelaburan ke dalam kelas aset dan

geografi baharu, termasuk peluang hartanah global dengan pulangan yang baik. Sasaran

utamanya adalah untuk meningkatkan pendedahan global secara taktikal kepada 30%

menjelang 2022, dari pendedahan global semasa sebanyak 8.5% pada akhir tahun 2019.

Page 3: KENYATAAN AKHBAR 4 Mei 2020 PNB Lancar Focus 4 · Pelan Strategik 2020-2022 pacu pertumbuhan ke peringkat seterusnya Kuala Lumpur, 4 Mei 2020 – Permodalan Nasional Berhad (PNB)

3/5

Selaras dengan itu, bagi mengoptimumkan pulangan dalam persekitaran pulangan rendah

yang berterusan, PNB terus meneliti semula porfolionya dengan matlamat untuk melabur di

kaunter-kaunter yang mampu memberikan prospektif pulangan dan potensi pulangan jangka

panjang yang lebih baik, bagi mondorong penggunaan modal yang lebih efisien. Untuk

jangka masa terdekat, ini termasuklah memanfaatkan prospek yang ditawarkan oleh

“mispricing” pasaran semasa. Strategi ini juga membolehkan PNB untuk memantapkan

kedudukan kewangannya dalam jangkaan ketidakstabilan pasaran. Ini akan disokong

dengan memperkukuhkan proses pelaburan sedia ada dan menambah baik kecekapan

membuat keputusan, dengan penekanan tindak balas kepada peluang dan risiko sambil

mengambil kira jangka masa yang lebih panjang bagi pelaburannya.

Penciptaan Nilai

Bagi merangsang prestasi syarikat-syarikat pelaburannya dan mencipta nilai yang lebih

baik, PNB telah mewujudkan Rangka Kerja Tadbir Urus yang bertujuan untuk

mengartikulasikan falsafah dan jangkaan PNB terhadap syarikat-syarikat dalam lingkungan

pelaburannya, dengan tujuan untuk menggalakkan budaya berteraskan prestasi dan

mengukuhkan kedudukan organisasi masing-masing.

Selain dari memposisikan PNB sebagai pelabur yang memberikan nilai tambah, rangka

kerja ini juga menetapkan Garis Panduan Undian yang telah dibangunkan untuk

memperkenalkan amalan tadbir urus terbaik di Malaysia serta menetapkan jangkaan yang

jelas terhadap syarikat-syarikat pelaburan. Kedua-dua rangka kerja dan garis panduan ini

boleh didapati di laman web PNB www.pnb.com.my bermula hari ini.

Pengurusan Risiko

Selaras dengan Rangka Tindakan Pengurusan Risiko Organisasi (ERM) lima tahunnya,

PNB ingin memupuk budaya risiko dan infrastruktur yang mantap dengan memberi

tumpuan kepada empat elemen utama ERM iaitu tadbir urus, rangka kerja dan proses,

digitalisasi serta sumber. Ini termasuklah mengembangkan skopnya bagi menguruskan

risiko ‘transversal’ yang meliputi seluruh organisasi, berdasarkan kerumitan persekitaran

masa kini dan untuk menambah baik kecekapan operasi.

Bagi merealisasikan hasrat ini, platform teknologi digital akan digunakan untuk

membangunkan sistem berpusat, yang merangkumi alat analisis risiko dan meningkatkan

keupayaan bagi pemantauan dan laporan pengurusan risiko automatik. Satu rangka kerja

budaya risiko berstruktur juga akan turut diwujudkan untuk menambah baik kecekapan di

semua peringkat.

Page 4: KENYATAAN AKHBAR 4 Mei 2020 PNB Lancar Focus 4 · Pelan Strategik 2020-2022 pacu pertumbuhan ke peringkat seterusnya Kuala Lumpur, 4 Mei 2020 – Permodalan Nasional Berhad (PNB)

4/5

Transformasi Organisasi

Sebagai sebahagian dari aspirasi jangka panjangnya untuk transformasi organisasi, PNB

telah menetapkan 10 elemen buat memantapkan kecekapan dan kecemerlangan institusi,

yang telah dikelaskan kepada empat bidang utama yang saling berhubung bagi jangka

masa segera: Modal Insan & Budaya, Tadbir Urus & Proses, Digital, dan Struktur & KPI.

Modal Insan & Budaya menekankan kepada pemerolehan, pembangunan dan pengekalan

bakat melalui persekitaran kerja yang amat kondusif serta rangka kerja pengurusan bakat

untuk menggalakkan kesejahteraan dan perkembangan kerjaya, di samping memupuk

budaya keterbukaan dengan menambah baik inisiatif komunikasi dan outreach.

Tadbir Urus & Proses tertumpu kepada tadbir urus korporat yang mantap dan mewujudkan

satu Rangka Kerja Pengurusan Pengetahuan untuk membina organisasi cekap yang

berteraskan pengetahuan. Melalui Rangka Tindakan IT lima tahun PNB, teknologi digital

diguna pakai sebagai penggerak utama untuk meningkatkan kecekapan, menyokong

pembangunan struktur dan KPI yang optimal selari dengan objektif organisasi bagi memacu

prestasi.

Jalil menerangkan, “Dengan tumpuan tiga tahun ini, Focus 4 akan menempatkan PNB

sebagai sebuah institusi pelaburan dengan falsafah yang jelas dan konsisten, dengan

kepelbagaian portfolio, serta menjadi peneraju dalam bidang pengurusan risiko, prestasi

tinggi dan pengawasan tadbir urus korporat. Pekerja dan budaya organisasi kami yang

berprestasi tinggi dijangka akan berkembang pesat di dalam persekitaran yang digerakkan

oleh teknologi dan model operasi yang optimal, bersandarkan kepada amalan tadbir urus

yang terbaik, selaras dengan perkembangan PNB yang berterusan untuk merealisasikan

visi kami sebagai firma pelaburan distinktif bertaraf dunia.”

KAJIAN PRESTASI BAGI TAHUN 2019 & JANGKAAN MASA HADAPAN

Mengimbas semula tahun 2019, keadaan ekonomi global yang mencabar ditambah dengan

perkembangan geopolitik telah menghasilkan tahun yang tidak menentu. Namun begitu,

PNB masih mampu mempertahankan perkembangan Aset di Bawah Pengurusannya,

apabila berjaya mencapai RM312.0 bilion, melebihi tanda aras RM300 bilion, dengan unit-

unit dalam edaran meningkat kepada 7.3% mencapai hampir 254 bilion pada tahun 2019.

PNB juga turut mengagihkan sejumlah RM13.2 bilion dalam bentuk pengagihan pendapatan

Page 5: KENYATAAN AKHBAR 4 Mei 2020 PNB Lancar Focus 4 · Pelan Strategik 2020-2022 pacu pertumbuhan ke peringkat seterusnya Kuala Lumpur, 4 Mei 2020 – Permodalan Nasional Berhad (PNB)

5/5

dan bonus kepada pemegang unitnya pada tahun kajian, mencapai jumlah keseluruhan

agihan pendapatan sebanyak RM200 bilion bagi kesemua 14 dana sejak penubuhan.

Tan Sri Dr. Zeti Aziz menambah, “Ini banyak didorong oleh pendekatan pelaburan kami

yang berhemah selaras dengan kepelbagaian pelaburan terbaharu kami dalam kelas aset

dan pasaran kewangan global baharu. Ekuiti awam antarabangsa menjana pulangan

tertinggi, menyumbang kepada lebih dari 11.6% kepada Pendapatan Kasar keseluruhan

bagi tahun 2019, walaupun dengan pendedahan yang sedikit iaitu 5.9%. Pendedahan global

kami juga turut mencatatkan peningkatan dari 1.8% atau RM4.7 bilion pada tahun 2016,

kepada 8.5% atau RM26.4 bilion pada tahun 2019. Dengan fokus pada asas pelaburan

yang mengambil kira jangka masa yang lebih panjang dan disokong kuat oleh komitmen

kami terhadap tadbir urus dan ketelusan yang mampan, ianya telah membolehkan kami

untuk bertahan dalam arus ekonomi yang mencabar ini. Seiring perjalanan kami pada tahun

2020, pendekatan Focus 4 kami yang terperinci bertambah relevan bagi menghadapi

pergolakan pasaran ekoran pandemik Covid-19”.

“Focus 4 bertujuan untuk memastikan PNB sentiasa berada di kedudukan yang baik untuk

menempuh cabaran ini, kerana ia bertujuan untuk membolehkan kami membina daya tahan

dan mencorak laluan bagi PNB meneroka prospek-prospek baharu serta mengembangkan

kecekapan kami. Dengan memanfaatkan asas kami yang kukuh yang telah terbina sejak

lebih 40 tahun, dan pengalaman lalu dalam menempuhi pelbagai cabaran getir mahupun

meraikan kejayaan, kami kekal komited untuk memenuhi mandat kami kepada pemegang

unit untuk tahun-tahun mendatang,” rumus Tan Sri Dr. Zeti.

-Tamat-

Mengenai Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia dengan

Aset di Bawah Pengurusan (AUM) kini melebihi RM300 bilion. Portfolio PNB merangkumi pelaburan-

pelaburan strategik di syarikat korporat terkemuka Malaysia, ekuiti global, pelaburan persendirian dan

hartanah. Untuk maklumat lanjut, layari www.pnb.com.my.

Page 6: KENYATAAN AKHBAR 4 Mei 2020 PNB Lancar Focus 4 · Pelan Strategik 2020-2022 pacu pertumbuhan ke peringkat seterusnya Kuala Lumpur, 4 Mei 2020 – Permodalan Nasional Berhad (PNB)

KEPELBAGAIAN1

PENCIPTAAN NILAI2

PENGURUSAN RISIKO3

TRANSFORMASIORGANISASI4

KEPELBAGAIAN1

PENCIPTAAN NILAI2

PENGURUSAN RISIKO3

TRANSFORMASIORGANISASI4

Mempertajam arah strategik kami dengan cara yang lebih mengikut konteksuntuk mendorong PNB maju melalui empat bidang berimpak tinggi

• GEOGRAFI • KELAS ASET• PROSES • PEMINDAHAN PENGETAHUAN

• RANGKA KERJA TADBIR URUS • PENGLIBATAN AKTIF• TADBIR URUS KORPORAT • PENGUNDIAN PROKSI

• RANGKA TINDAKAN PENGURUSAN RISIKO ORGANISASI• ANALISA PORTFOLIO • RISIKO BERSTRUKTUR

• MODAL INSAN & BUDAYA • TADBIR URUS & PROSES • DIGITAL • STRUKTUR & KPI

PLAN STRATEGIK