ulasan kajian tindakan

6
ULASAN KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN DUA SUKU KATA TERBUKA DAN TERTUTUP KV+KVK PENGENALAN Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara kita. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Justeru, Bahasa Melayu diajar di semua peringkat pendidikan bermula daripada peringkat rendah, peringkat menengah dan peringkat pengajian tinggi. Terdapat tiga kemahiran yang perlu dikuasai murid di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu kemahiran membaca, menulis dan kemahiran lisan. Membaca adalah satu kemahiran yang amat penting dalam menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu. Kegagalan murid menguasai kemahiran ini mengakibatkan mereka sukar menjawab peperiksaan dengan baik. Ini kerana kelemahan membaca menyebabkan murid terdorong untuk terus menjawab soalan peperiksaan tanpa membaca terlebih dahulu dan memperoleh keputusan yang tidak memuaskan di dalam mata pelajaran ini. Artikel ini akan mengulas tentang kajian tindakan yang telah dibuat oleh Puan Aspalaila Ramli dan Puan Maslinda Mahmud. Fokus kajian adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid membaca ayat-ayat yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup KV+KVK. Melalui pembacaan yang dibuat, kami mendapati kajian tindakan yang dijalankan ini menggunakan Model Somekh (1989).

Upload: gregory-smith

Post on 24-Apr-2015

29 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

terbaikk....

TRANSCRIPT

Page 1: ulasan kajian tindakan

ULASAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI

PERKATAAN GABUNGAN DUA SUKU KATA TERBUKA DAN TERTUTUP KV+KVK

PENGENALAN

Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara kita. Semua pihak perlu memainkan

peranan masing-masing dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Justeru, Bahasa

Melayu diajar di semua peringkat pendidikan bermula daripada peringkat rendah, peringkat

menengah dan peringkat pengajian tinggi. Terdapat tiga kemahiran yang perlu dikuasai

murid di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu kemahiran membaca, menulis dan

kemahiran lisan. Membaca adalah satu kemahiran yang amat penting dalam menguasai

mata pelajaran Bahasa Melayu. Kegagalan murid menguasai kemahiran ini mengakibatkan

mereka sukar menjawab peperiksaan dengan baik. Ini kerana kelemahan membaca

menyebabkan murid terdorong untuk terus menjawab soalan peperiksaan tanpa membaca

terlebih dahulu dan memperoleh keputusan yang tidak memuaskan di dalam mata pelajaran

ini.

Artikel ini akan mengulas tentang kajian tindakan yang telah dibuat oleh Puan

Aspalaila Ramli dan Puan Maslinda Mahmud. Fokus kajian adalah bertujuan untuk

meningkatkan kemahiran murid membaca ayat-ayat yang mengandungi suku kata terbuka

dan tertutup KV+KVK. Melalui pembacaan yang dibuat, kami mendapati kajian tindakan

yang dijalankan ini menggunakan Model Somekh (1989).

Page 2: ulasan kajian tindakan

MODEL SOMEKH

LANGKAH 1: MENGENALPASTI MASALAH/FOKUS YANG DIMINATI

Berdasarkan artikel kajian tindakan ini, kami mendapati fokus utama pengkaji adalah

untuk meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid. Seramai 15 orang murid

Pemulihan Khas telah dikenalpasti lemah dalam membaca perkataan dan ayat-ayat yang

mengandungi suku kata terbuka dan tertutup KV+KVK.

Guru terbabit mendapati kebanyakan pelajar ini akan duduk di dalam kelompok

mereka sendiri dan mengganggu pelajar-pelajar lain. Tugasan yang diberikan kepada

mereka juga tidak dapat disiapkan dengan baik. Hasil tinjauan guru ini juga mendapati murid

kurang menguasai kemahiran membaca disebabkan aras pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas terlalu tinggi dan sukar dicapai berbanding dengan kebolehan mereka.

Pada pendapat kami, kajian tindakan ini adalah sangat penting terhadap murid-

murid. Ini disebabkan tanpa penguasaan dalam pembelanjaran, murid-murid tidak akan

dapat menguasai mata pelajaran yang hendak diajar. Membaca merupakan perkara asas

yang sangat penting dalam proses P&P. Murid yang gagal membaca tidak akan dapat

memahami kehendak soalan dan menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan

menjawab soalan tanpa membaca terlebih dahulu. Proses P&P juga akan menjadi tidak

lancar dan akhirnya murid-murid ini akan bosan untuk belajar.

2. Mengumpul Data

3. Menganalis data / Membentuk Hipotesis

4. Merancang Tindakan

5. Melaksanakan Pelan Tindakan

6. Mengumpul Data Untuk mengesahkan

Perubahan

7. Menganalisis dan Menilai

8. Putaran Seterusnya

1. Mengenalpasti masalah / fokus yang diminati

Page 3: ulasan kajian tindakan

LANGKAH 2: MENGUMPUL DATA

Antara langkah yang diambil oleh pengkaji dalam melakukan kajian tindakan ini

adalah dengan mengumpul data. Proses ini penting sebelum sesuatu kajian tindakan dibuat.

Ini merupakan satu pendekatan yang khusus yang ada kaitan dengan keperluan penyelidik

untuk memahami masalah dan amalan mereka dengan lebih lanjut.

Kajian tindakan memerlukan pelbagai cara mengumpul data bagi mendapatkan

maklumat. Kajian dijalankan ke atas 15 orang murid Tahun 3 Kemboja, di Sekolah

Kebangsaan Sawah Dato’,Mersing yang juga merupakan murid-murid pemulihan. Tinjauan

terhadap masalah dibuat bagi mengenal pasti secara lebih mendalam masalah responden.

Kami mendapati pengkaji terbabit mengadakan perbincangan dengan guru mata pelajaran

untuk mendapatkan maklum balas mengenai tingkah laku murid-murid ini semasa proses

P&P berjalan. Kaedah temu bual tidak berstruktur juga turut dibuat untuk mengesan

perasaan murid semasa belajar Bahasa Melayu Pada pendapat kami,langkah ini sangat

baik kerana adalah penting untuk seseorang guru itu mengetahui bagaimana reaksi murid

agar P&P berjalan lancar.

Pengkaji juga didapati menggunakan kaedah pemerhatian untuk mengesan punca

kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran membaca. Kaedah terakhir yang digunakan

adalah melalui ujian pra untuk menilai secara kuantitatif tahap pencapaian pelajar.

LANGKAH 3: MENGANALISA DATA

Hasil tinjauan yang telah dibuat oleh pengkaji mendapati tidak ada bimbingan

daripada guru mata pelajaran dalam membaca. Guru sering mengamalkan kaedah bacaan

frasa demi frasa dan murid mengikutinya. Hasil temu bual yang dilakukan oleh pengkaji

mendapati murid-murid ini berasa rendah diri dan bimbang ditertawakan oleh rakan.

Kesannya, mereka menjadi tidak bersemangat untuk belajar. Melalui kaedah pemerhatian,

pengkaji mendapati murid-murid menghadapi masalah membaca suku kata tertutup KVK.

Hasil daripada ujian pra yang dibuat oleh pengkaji ke atas murid-murid terbabit jelas

menunjukkan tahap penguasaan yang lemah dalam membaca. Murid-murid gagal untuk

mendapat lebih daripada 20% markah ujian.

LANGKAH 4: MERANCANG TINDAKAN

Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji pada akhir kajian ini.

Tindakan yang diambil adalah bertujuan untuk:

1- meningkatkan penguasaan suku kata dan perkataan KVK

2- murid boleh membaca perkataan gabungan KV+KVK

3- mempastikan murid-murid boleh membaca ayat-ayat yang mengandungi

gabungan enam ke lapan patah perkataan dengan lancar.

Page 4: ulasan kajian tindakan

LANGKAH 5: MELAKSANAKAN PELAN TINDAKAN

Antara langkah yang dilaksanakan oleh pengkaji ialah dengan membuat latih tubi

membaca suku kata KVK. Murid mengeja dan menyebut suku kata secara berulang-ulang

selama 5 minit. Latih tubi dilaksanakan selama 3 minggu.

Selain itu, pelan tindakan yang dibuat juga turut merangkumi aktiviti nyanyian. Murid-

murid diberi kad suku kata yang bersaiz 20 x 30 cm di mana mereka akan mengangkat kad-

kad huruf semasa aktiviti nyanyian diajar. Kami juga mendapati pengkaji melaksanakan

kelas bimbingan selama 30 minit setiap hari Isnin hingga Khamis selama 2 bulan secara

intensif. Bahan bantu mengajar seperti kad perkataan KVK, kad perkataan KV+KVK, ayat

gabungan suku kata dan petikan pemahaman turut digunakan dalam kajian ini.

LANGKAH 6: MENGUMPUL DATA UNTUK MENGESAHKAN PERUBAHAN

Data-data direkodkan oleh pengkaji untuk menilai keberkesanan tindakan yang

diambil dalam membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran membaca.

LANGKAH 7: MENGANALISIS DAN MENILAI

Hasil pembacaan jurnal kajian tindakan ini, kami mendapati murid-murid telah dapat

meningkatkan kemajuan dalam penguasaan bacaan perkataan KVKVK. Ini adalah refleksi

daripada latih tubi yang dijalankan selama 3 minggu.

Melalui aktiviti nyanyian, murid-murid didapati menunjukkan minat yang mendalam

dengan menggantikan perkataan-perkataan tertentu semasa menyanyi. Secara tidak

langsung murid-murid dapat membaca seni kata lagu yang diajar. Penguasaan murid juga

meningkat melalui pelbagai alat bantu mengajar yang diaplikasikan dalam tindakan.

Bagi membuat perbandingan secara kuantitatif, ujian pasca telah dijalankan ke atas

murid-murid terbabit. Dapatan ujian pasca jelas menunjukkan peningkatan murid iaitu

semua murid lulus dalam aspek kemahiran yang diuji. Hampir kesemua murid mendapat

markah melebihi 80%.

RUMUSAN

Pada pemerhatian kami, pengkaji telah dapat mencapai objektif kajian tindakan yang

disasarkan pada awal kajian. Kesemua murid yang bertindak sebagai responden dalam

kajian ini telah dapat menguasai kaedah membaca suku kata yang diberikan. Merujuk

kepada dapatan pengkaji, dapatlah kami rumuskan bahawa kaedah-kaedah yang digunakan

dapat membantu murid-murid yang lemah ini untuk membaca. Murid-murid juga semakin

seronok kerana boleh membaca bukan sekadar perkataan KVKVK tetapi perkataan yang

lebih mencabar lagi.

Page 5: ulasan kajian tindakan

Kami berpendapat kajian seperti ini harus diteruskan pada masa-masa akan datang

agar dapat membantu lebih banyak murid yang lemah. Walaupun pada awalnya kesemua

murid-murid yang terbabit tidak mempunyai keyakinan diri dan menghadapi kesukaran untuk

membaca, namun dengan bimbangan dan perhatian yang diberikan oleh guru dapat

mengubah tahap penguasaan murid. Murid-murid ini tidak seharusnya dipinggirkan agar

kecenderungan mereka untuk belajar dapat ditingkatkan.

Diharap usaha ini akan berterusan dan dapat dimanfaatkan oleh semua guru supaya

proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan.