ulasan jurnal (kpt 6044)
DESCRIPTION
Ulasan Jurnal: Pembelajaran berasaskan Elektronik & Web (KPT 6044) (UPSI)TRANSCRIPT
ULASAN JURNALTajuk Jurnal:
Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik.
Kajian: Rubiah Omar dan Jamilah Hj. AhmadJurnal Pendidikan 34(1)(2009):
155-172
DISEDIAKAN OLEH : JEYA KUMAR A/L PARAMSIVAMNO.MATRIK : M20111000206KURSUS : Pembelajaran Berasaskan Elektronik & Web (KPT 6044)
PENGENALAN• E-pembelajaran bermaksud belajar menggunakan
teknologi.
• Kaedah pembelajaran penting terutamanya di peringkat pendidikan tinggi.
• Proses P&P lebih efektif serta lebih fleksibel.
• Menurut Rosmah, Rasidah, Nor Liza, dan Rohayu (2001), e-pembelajaran ini membolehkan pembelajaran tercanggih dilaksanakan dan membolehkan pencapaian ke atas lebih ramai pelajar tanpa mengira jarakjauh di samping membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan
PENYATAAN MASALAH• Kaedah e-pembelajaran yang semakin popular
dan menjadi dominan dalam pembelajaran masa kini.
• Namun impak dan penerimaan e-pembelajaran oleh masyarakat di Malaysia masih lagi diragui.
• Tahap pelaksanaan e-pembelajaran pada masa kini belum lagi mencapai matlamat seperti yang diharapkan.
• Pelaksanaan e-pembelajaran memerlukan tenaga akademik yang cemerlang, berkelayakan disamping memiliki prasarana yang terbaik.
TUJUAN KAJIANSejauh manakah kesediaan ahli akademik
khususnya di Universiti Sains Malaysia (USM)
Pulau Pinang menerima e-pembelajaran dalam
aktiviti pengajaran mereka dan apakah faktor yang
menjadi penyebab penerimaan atau penolakan
kepada kaedah ini.
OBJEKTIF KAJIANi. Kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran
dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.
ii. Penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik.
iii. Penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
METODOLOGI
• Berbentuk tinjauan dan kaedah non-probability • Berbentuk kajian deskriptif• Soal selidik.• Responden: Ahli akademik USM P.Pinang
seramai 119 responden dari 15 pusat pengajian.• Analisis kuantitatif, program SPSS versi 14.0
DAPATAN KAJIAN
• Berdasarkan objektif kajian yang pertama , secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman responden berada pada tahap yang tinggi yang ditunjukkan oleh nilai-nilai min bermula dari 3.99 hingga min paling tinggi iaitu 4.52 (rujuk jadual 2).
• Keadaan ini berbeza dengan dapatan kajian bagi objektif yang kedua, di mana pengkaji mendapati bahawa ia hanya berada di tahap sederhana sahaja pada nilai min antara 3.13 hingga 3.26 (rujuk jadual 1).
DAPATAN KAJIAN
• Dapatan kajian bagi objektif yang ketiga, menunjukkan bahawa dua tanggungjawab berada pada tahap min tinggi iaitu 3.75 dan 3.99 sementara dua tanggungjawab lagi pada tahap min sederhana iaitu 3.51 dan 3.55 (rujuk Jadual 3).
• Pengkaji juga mendapati bahawa 12 faktor yang mempengaruhi ahli akademik di USM untuk melaksanakan e-pembelajaran dipersetujui oleh responden di mana nilai min berada di tahap 3.05 hingga 4.59 (rujuk Jadual 4).
IMPLIKSAI KAJIAN & PERBINCANGAN• konsep kedua iaitu salah satu usaha sejajar dengan
perkembangan ICT menunjukkan nilai min paling tinggi. Ini menunjukkan bahawa ahli akademik sedar tentang kepentingan ICT .
• Tahap min paling rendah pula ditunjukkan pada konsep ketiga iaitu memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran. Majoriti ahli akademik tidak bersetuju bahawa konsep e-pembelajaran memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran.
PERBINCANGAN• Secara keseluruhannya, dapatan kajian
membuktikan majoriti ahli akademik USM bersetuju dan sedar terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem P&P.
• Tahap kefahaman responden terhadap perlaksanaan e-pembelajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri adalah pada tahap sederhana.
PERBINCANGAN• Terdapat faktor-faktor lain yang boleh
menyumbang kepada perlaksanaan e-pembelajaran terutamanya faktor mempunyai kemudahan komputer. (Mohamed Noor, 2001).
• Terdapat ahli akademik yang kurang mahir menggunakan komputer dan ICT. Ini akan mengakibatkan mereka tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.
• Ahli akademik perlu mempunyai kemahiran dalam bidang ICT dan perkomputeran serta perlu menghadiri kursus dan latihan ICT.
RUMUSANKetiga-tiga objektif yang ditetapkan pada awal
kajian telah dicapai.Kajian ini dapat melihat tahap penerimaan ahli
akademik USM terhadap e-pembelajaran dan persepsi kesediaan e-pembelajaran arahan kendiri ahli akademik, sekaligus mengenal pasti hubungan antara kedua-dua pembolehubah tersebut.
Penggunaan teknologi baru membolehkan ahli akademik menjadi fasilitator & pembelajaran menjadi efektif serta mewujudkan suasana yang melahirkan pelajar yang lebih inovatif dan kreatif.
SEKIAN, SEKIAN, TERIMA KASIHTERIMA KASIH