ulasan dialek bangka report2

Upload: nancy-chie-ujan

Post on 09-Jul-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ULASAN DIALEK BANGKA Kajian ini dijalankan di Pulau Bangka yang berada di Indonesia. Bangka yang terpisah dari Sumatera oleh Selat Bangka merupakan pulau yang besarnya di sekitar 113, 340 km persegi. Jarak yang paling jauh di Bangka, dari hujung barat laut sampai hujung tenggara. Menurut sensus 1980 penduduknya di sekitar 550,000. Bangka terkenal sebagai pulau timah dan kuli cina. Sekarang ini, seperempat penduduknya merupakan orang Cina. Pada tahun 1930, penduduk Cina di pulau Bangka masih di sekitar 50 peratus. . Daerah pemakaian bahasa Melayu Bangka meliputi Kota madya Pangkalpinang dan Daerah Tingkat II(Kabpaten) Bangka. Kabupaten ini terdiri atas 13 kecamatan(daerah), iaitu Mentok, Jebus, Kelapa, Belinyu, Sungailiat, Merawang, Mendo Barat, Pangkalan Baru, Sg Selan, Payung, Koba,Toboalo dan Lepar Pongok. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk merekonstruksi sejarah bahasa Melayu berdasarkan berbagai-bagai bahan seperti data tentang dialek Melayu dan bahasa-bahasa yang mempunyai hubungan kekerabatan yang erat dengan bahasa Melayu (misalnya bahasa Iban). Untuk penyelidikan ini, Collins mengusulkan kepada pengkaji untuk menjalankan kajian tentang dialek Melayu Bangka, oleh kerana beliau mengesan adanya hubungan kekeluargaan yang erat antara dialek Melayu Jakarta dan Bangka. Maksud utama penelitian ini adalah untuk membuat pemerian ciri dialek Bangka yang membezakannya daripada dialek Melayu lain. Untuk mengkaji dialek Melayu Bangka ini pengkaji menggunakan kajian lapangan. Pengkaji menggunakan pendekatan diakronis dan sinkronis untuk kajian ini. Bahagian diakronis dalam kajian ini ialah perbandingan data yang dirakam di sebelas desa demi rekonstruksi Melayu Bangka Purba(DBP). Bahagian sinkronisnya pula ialah penyajian data yang dikumpulkan di lapangan. Dalam kajian ini Northofer melakukan wawancara dengan menggunakan daftar kata Swadesh yang dilengkapi pertanyaan tentang ucapan kata tertentu dan tentang mofofonologi dan dan morfologi. Penelitian yang lebih dalam dilakukan oleh pengkaji di Arudalem dengan mengisi sebuah daftar kata yang berisi kira-kira 1000 entri. Dalam melakukan kajian ini, Northofer mewawancara dua atau tiga orang lelaki yang umurnya antara 30 dan 60 tahun yang lahir di desa dan diteliti dialeknya. Beliau mewawancara responden dengan menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa perantara. Semua wawancara dirakam dan terus ditranskripsikan.1

Dimulai 1993 dalam rangka projek kerjasama dengan Profesor James Collins dari ATMA,UKM. Projek ini adalah untuk merekonstruksi sejarah bM berdasarkan bermacammacam bahan seperti data tentang dialek Melayu dan bahasa-bahasa yang mempunyai hubungan kekerabatan yang erat dengan bM(coth bhs Iban). Collins mengusulkan kepada penyelidik ini untuk melaksanakan penelitian tentang dialek Melayu Bangka.8 titik penelitian (1995): Belingu, Gunungmuda, Kacung, Sungailiat, Mentok, Dul, Perlang, Pakuk dan Gadung. Dialek Pangkalpinang tidak dirakam Indonesia(BI). Dua jenis tulisan tentang keadaan linguistik di Bangka iaitu pertama Bahasa Lom,daftar kata pertama tentang Lom diterbitkan pada tahun 1862 oleh pengarang anonim. Jurnal ini mengisahkan sejarah dan kehidupan orang Lom atau Belom yang hidup di daerah Muntok (Mentok), Blinjoe (Belinyu) dan Soengeiliat(Sungailiat). Malah dikenali juga sebagai orang orang Mapor. Dahulu bahasa Lom kurang difahami oleh orang Melayu. Pada waktu tulisan karangan anonim itu, bahasanya hilang kerana pencampuran dengan dialek Melayu Bangka. Daftar kata jurnal 1862 terdiri atas sebelas kata yang dianggap penulis itu merupakan kata lama bahasa Lom yang masih dipelihara iaitu: itik ne Nidi ngrata Kesen Seiesikh ini tidak tida ada tidak mau kemari siapa kerana dialek Kotamadya tidak memelihara banyak unsur dialek Bangka oleh kerana pengaruh bahasa

2

Ome Bedjil

ladang bedjalan

Bahasa Lom menggunakan Akhiran ik dan ing pada tempat bahasa Melayu memakai i dan oe: Andjing antjik Babi Kajoe babik kajik anjing babi kayu

Dalam kajian ini, penulis membuat hipotesis bahawa Dialek Melayu Bangka temasuk bahasa Lom sebenarnya berasal daripada dari satu bahasa purba. Beliau mengemukakan bukti yang menyokong pernyataan beliau ini. Beliau mengatakan bahawa hipotesis ini berdasarkan jumlah persamaan yang dimiliki semua dialek Bangka ini. Buktinya terdiri daripada persamaan fonologis, morfologis dan leksikal yang tampil dalam semua atau kebanyakan dialek Melayu Bangka. Juga diandaikan oleh pengkaji bahawa Dialek Bangka Purba seperti dialek Melayu lain (misalnya Seraway, Banjar, Jakarta) berasal dari satu bahasa purba iaitu bahasa Melayu Purba(DMP). Antara buktinya ialah: Ada beberapa kata yang berakhir dengan -? di Bangka dan dengan h dalam BM/BI. Glotal ini juga muncul dalam dialek Melayu lain. Rekonstruksi BMP mempelihatkan *-h: BMP *kuah > *ku a? > ku a? kunyah BMP*basuh> *basu? > basu?

Voorhoeve(1955,23-24) menulis bahawa pulau-pulau di sebelah timur Sumatera boleh dibagi kepada tiga kelompok pertama meliputi Rupat, Bengkalis, Padang, Rangsang dan Tebing Tinggi, kelompok kedua meliputi Bangka dan Belitung. Oleh itu, bahasa Melayu yang digunakan di pulau pulau itu disebut Melayu Riau sama dengan bahasa Melayu kecuali beberapa perbezaan vokal. Malah beliau membuat kesimpulan pada paroh kedua abad ke-19 digunakan sebuah bahasa yang bukan dialek Melayu.3

Dalam atlas linguistik Wurm dan Hattori(1981) bahasa Lom didefinisikan sebagai grouplevel isolate, iaitu bahasa tersendiri. Smedal menerangkan bahawa adanya kekurangan dalam perlambangan fonetik, beberapa kata susah diketahui bentuknya: itik, antjik dan kajik seharusnya it3k, as3k, dan kay3k. Makna it3k bukan ini melainkan itu. Blust (1994) berpendapat bahawa Lom termasuk kumpulan dialek Melayu di Sumatera timur yang biasanya disebut Middle Malay. Disimpulkannya bahawa Lom banyak unsur dialek Melayu Semananjung selatan(Riau-Johore) yang dipinjam selama 500 tahun terakhir ini. Kedua ialah isolek lain, Nooij (1895) menjelaskan isolek yang digunakan di daerah pedalaman Pulau Bangka di pinggir jalan antara Mentok dan Pangkalpinang di daerag Mentok(Plangas, Bakam [Bakem]). Nooij mencatat bahawa a yang muncul dalam suku kata pertama bahasa Melayu umum sering bersepadan dengan e Bangka, sedangkan bahasa Melayu umum a dalam perlambangan terakhir muncul sebagai aP, (Nooij ) atau e (Nooij e) dan . Selain itu, Nooij mengatakan bM umum i sebelum jeda sebagai Bangka iP, eP (tambahan glotal), ei atau eiP.Malahan, bM umu bersepadan dengan Bangka uP, oP(tambahan glotal),o,au, dan auP.

Dalam kajian, pengkaji membuat pembahagian dialek Bangka dan pemetaaan data. Pembahagian dialek Bangka atas subdialek ditentukan dengan menghuraikan pembahagian cirri pembeza fonologis, morfologis dan leksikal. Perbezaan ini digambarkan dengan memakai peta linguistik. Peta-peta ini memperlihatkan adanya berkas isogloss. Berkas isogloss ini digunakan untuk menentukan batas subdialek.pengkaji membahagikan dialek Bangka kepada 5 bahagian seperti yang dinyatakan oleh Sofyan Solahidin iaitu:a) Dialek Mentok yang meliputi kelurahan Air Putih, Air Nyato, Air Belo, Belo Laut,

Kundi, Berang/Ibul, Petangas, Mayang, Air Limau, Peradong.

4

b) Dialek Sungailiat yang meliputi kelurahan Kapuk, Nekneng, Tiang Tara, Bukit Layang, Dalit, Bakam, Nangka, Mabat, Penyamun, Cit, Kenanga, Air Duren. c) Dialek Belinyu yang meliputi kelurahan Pangkal Nyiur, Riau/ Silip, Pungul, Gunung Muda, Gunung Pelawan d) Dialek Toboali yang meliputi kelurahan Tukak/Sadai, Ridik/Repeh, Gedung, Piknang, Jeriji, Serdang, Pergam, Rencah, Air Gegas, Delas, Nyelanding, Penutuk, Tanjung Labu, Tanjung Sangkar, Kumbung Punguk e) Dialek Pangkal Pinang yang meliputi kecamatan kota Pangkal Pinang I dan kota Pangkal Pinang II Berdasarkan pemerhatian pengkaji terhadap kajian yang dijalankan oleh Sofyan Solahidin, pengkaji menyatakan bahawa pembahagian atas empat dialek di daerah yang tidak termasuk Pangkal Pinang jauh terlalu kasar. Oleh itu, pengkaji mengusulkan empat dialek dalam kajian beliau iaitu dialek Kota pelabuhan Mentok, dialek kota pelabuhan Belinyu, dialek kota pemerintahan Sungailiat dan dialek daerah pendesaan dengan subdialek utara tengah dan selatan. Pengkaji mengemukakan ciri-ciri setiap kelompok dialek. Penjelasan dimulakan dengan mendaftarkan ciri-ciri dialek pendesaan. Dialek pendesaan ini terdiri daripada tiga subdialek iaitu dialek pendesaan utara(Kacung, Gunung Muda), dialek pendesaan tengah(Tuatunu, Dul, Perlang) dan dialek pendesaan selatan(Arungdalem, Pakuk, Gadung). Antara contoh dapatan kajian beliau ialah: 1. Dialek pedesaan 1.1. Subdialek pedesaan utara(Kacung,Gunung Muda). Contoh ciri-cirinya ialah: Untuk leher, kedua-dua desa ini memakai r r g . Kata dan ini muncul sebagai Dialek Melayu Iban(IBN) r dengan makna yang sama. Titik pengamatan daerah pedesaan yang lain dan Sungailiat memperlihatkan refleks Bahasa Melayu Purba(BMP) *liher: li r atau l r. Mentok dan Belinyu mengunakan refleks BM/BI, iaitu l h r. Untuk5

mulut dan membelah subdialek ini menggunakan refleks *mulut dan *piak ( :l r Inovasi bersama terdapat dalam dialek dialek pedesaan utara dan tengah dan di Sungailiat: BMP*a> dalam suku kata akhir ,kalau konsonan akhir bukan *-h atau *-? dan suku kata praakhir mengandungi vokal yang sama misalnya ta an > ta dn. Dialek lain memakai ta dn atau ta an(termasuk Mentok dan Belinyu).

1.3.

Subdialek Pendesaan Selatan(Arungdalem,Pakuk, Gadung)

Hubungan kekerabatan antara subdialek pedesaan utara dan tengah lebih erat daripada antara salah satu di antaranya dengan subdialek selatan. Cirri pembeza terletak pada bidang fonologis, morfologis, dan leksikal. Contohnya:

Subdialek selatan mempunyai fosil sufiksasi yang pada umumnya

tidak ada dalam dialek Bangka yang lain termasuk Sungailiat dan Belinyu.Mentok sering menggunakan an dan -k n.

2.

Subdialek Kota Pemerintahan(Sungailiat)

Subdialek ini dimarkahi dengan adanya banyak bentuk ganda. Anggota pertama bentuk ganda yang dianggap merupakan bentuk asli mempunyai cirri dialek pedesaan utara dan tengah, sedangkan anggota kedua merupakan pinjaman dari Bahasa Indonesia(BI). Sungailiat rupanya terletak justeru pada perbatasanantara dialek pedesaan utara dan tengah, sehingga dialek ini6

memperlihatkan ciri kedua-duanya, meskipun ciri pembeza yang dimiliki bersama dengan dialek pedesaan tengah lebih banyak, misalnya su t mulut (dialek pedesaan utara mul dt), l r leher (dialek pedesaan utara r g ,r ). Pengaruh BI lebih kuat di Mentok dan Belinyu daripada di Sungailiat, misalnya di Sungailiat memelihara bil telinga (Mentok t li i, Belinyu t l ), asu? dan Belinyu muntah) . (Mentok dan Belinyu anji ), Sungailiat l r (Mentok dan Belinyu l h r), Sungailiat mutah (Mentok

3.

Subdialek kota pelabuhan(Mentok, Belinyu)

Kedua-dua kota pelabuhan ini merupakan dialek Melayu Bangka yang banyak dipengaruhi oleh bahasa Indonesia. Pengaruh ini lebih banyak menonjol di Mentok daripada di Belinyu yang pelabuhannya jauh lebih kecil dan kurang penting. 3.1. Persamaan yang muncul di Mentok dan Belinyu. Contoh: Kedua-dua dialek ini meminjam kata untuk mulut, anjing,leherdan muntah dari bahasa Indonesia. Ada pinjaman lain dari sumber yang sama: misalnya Mentok,Belinyu k t r kotor, buntut ekor. 3.2. Perbezaan antara Mentok dan Belinyu. Contoh: Belinyu pada umumnya tidak memakai akhiran, misalnya rambut rambut, rambutan rambutan, mandi? memandikan, melainkan Mentok memperlihatkan an dan -k n dalam kata ini: rambutan dan mandi? k n. Namun demikian, dalam cukup banyak kata akhiran ini tidak wujud, misalnya Mentok norun menurunkan. Pengkaji juga mengkaji hubungan kekerabatan dialek Bangka dengan dialek Melayu yang lain. Northofer(1995) membuktikan bahawa dialek Melayu Jakarta(JAK)7

mempunyai hubungan kekerabatan yang paling erat dengan Dialek Melayu Palembang dan dialek Melayu lain yang tersebar di pantai tenggara Pulau Sumatera, terutama dengan dialek Melayu Bangka(BAN). Berdasarkan jumlah inovasi bersama, pengkaji mengandaikan bahawa JAK berasal dari Bangka. Pengkaji mengemukakan beberapa inovasi yang hanya ditemukan dalam dialek Melayu Bangka dan beberapa isolek Borneo barat laut(iaitu dialek Melayu Sarawak, Melayu Kendayan, Melayu Selako, Melayu Tioman dan bahasa Iban). Pengkaji mengandaikan bahawa inovasi ini terjadi pada suatu bahasa atau dialek purba ketika semua isolek ini belum terpisah, iaitu masih merupakan satu bahasa atau dialek. Pengkaji menyatakan bahawa bahasa/dialek purba ini digunakan di Borneo Barat laut oleh kerana daerah itu merupakan daerah yang tingkat keanekaseragaman isoleknya, yang perlu dianggap dialek Melayu atau bahasa yang mempunyai hubungan kekerabatan sangat erat dengan bahasa Melayu, paling tinggi. Makin lama suatu daerah dihuni, makin beranekaragaman isoleknya. Bukti hipotesis migrasi dari Borneo ke Bangka terdiri atas inovasi bersama pada semua tingkat struktur linguistik. Antara dapatan beliau ialah: 1. Inovasi fonologis. Contoh: Pelesapan *b- yang tidak teratur: BMP *bukan, BAN, BEL ukan, IBN ukay (dengan diftongisasi yang tidak teratur)

2.

Retensi Fonologis. Contoh: BMP *b dalam lingkungan *a_a dipelihara BAN,IBN dan SEL BMP *kaban kawan,kumpulan, BAN kabadn, IBN kaban, SEL kabatn

3.

Inovasi Morfologis. Contoh:8

BAN dan IBN menggunakan p - yang fungsinya sama dengan SM an, misalnya SM makanan, BAN p mak n, IBN p makai

4.

Retensi Morfologis. Konsonan hambat yang bersuara dan c- pada awal hilang sesudah *N- dalam dialek BAN, IBN, SAR dan SEL: BMP *N- + *beri, BAN (DUL) m r ? , SEL mare? BMP *N + *baik + *-i, IBN, SAR miki?

5.

Inovasi Leksikal. Contoh: Kosa kata yang khas dalam kedua kelompok isolek yang tersebut di atas: BAN,BEL,IBN,KEN, au? , BES au, dialek Orang darat (Pulau Batam dan Rempang) ao? ya

6.

Inovasi Semantik. Contoh: Kata ga? bermakna tidak mahu dalam dialek Melayu Iban(IBN) dan dialek Bangka(BAN), sedangkan maknanya dala dialek Melayu Jakarta(JAK) tidak. Seperti untuk bula? susah diketahui makna mana yang merupakan inovasi.

Gambaran tentang dialek Bangka ini masih sangat kasar dan tidak menyeluruh, oleh kerana daftar kata diisi dengan kerjasama responden hanya terdiri daripada 200 kata dan beberapa pertanyaan tentang morfologi dialek Bangka. Jumlah titik pengamatan sangat sedikit juga. Meskipun begitu, jelas sekali bahawa di Bangka perlu dibezakan dua jenis dialek iaitu dialek kota pelabuhan dan pemerintahan dan dialek pendesaan.dapat dilihat9

dalam kajian yang dilakukan oleh penulis bahawa dialek kota banyak dipengaruhi dialek Melayu yang lain dan bahasa Indonesia, meskipun masih mempunyai ciri yang membezakan dialek Bangka sebagai kesatuan dari dialek Melayu yang lain. Pengkaji berharap kajian ini dapat diperdalam dengan menyusun daftar kata yang unsurnya jauh lebih banyak dan dengan mengunjungi beberapa desa lain. Teks cerita penutur asli dialek Bangka perlu melengkapi korpus data untuk menganalisis morfologi dan sintaksis dialek. Kajian ini dijalankan dengan harapan dapat menjawab pertanyaan tentang sejarah dialek Bangka. Terdapat bukti yang cukup kuat untuk berkesimpulan bahawa dialek Melayu yang hubungan kekerabatannya paling erat denga dialek Bangka bukan hanya dialek Melayu yang dipakai di sekitar Bangka (iaitu dialek Melayu Palembang, dialek Belitung, dan Dialek Melayu Jakarta), melainkan juga dialek Melayu Borneo barat laut. Rupanya ada satu bahasa/dialek purba yang tanah airnya di Borneo barat laut. Bahasa dan dialek yang meneruskan bahasa/dialek purba ini tersebar di antara Borneo barat laut, Sumatera tenggara dan Jakarta. Pemerian dialek Bangka tidak boleh terbatas pada geografi dialek, oleh kerana hasil penelitian ini menunjukkkan bahawa ada aspek sosilinguistik yang sangat menarik. Pengkaji juga menyatakan bahawa perlu dikaji sama ada pengaruh bahasa Indonesian sama untuk semua penutur seperti umur dan pendidikan. Juga menarik bahawa di pinggir kota besar ada dialek (misalnya Dul, Tuanu) yang masih memelihara banyak cirri pembeza yang terdapat antara pendesaan dan kota., meskipun para responden mengakui bahawa mereka ditertawakan waktu dating ke kota dan bahawa mereka menggunakan semacam dialek campuran di sana. Unsur linguistik dialek pendesaan yang mana paling resisten terhadap bahasa Indonesia dan yang mana paling cepat diganti? Penelitian tentang sejarah bahasa Melayu yang berdasarkan dialeknya belum dapat dilaksanakan dengan baik, oleh kerana data tentang dialeknya belum mencukupi. ULASAN KRITIS

10

Terdapat beberapa kesalahan penterjemahan yang dilakukan terutamatamanya dalam bahasa iban oleh pengkaji.Antaranya: Kesalahan 1.anjing-asu Pembetulan udow

2.Brapa iko gaw nuan? berapa Berapa orang dengan kamu? orang mengantarakan kamu? 3.nga - tidak mahu ngai- tidak mahu

Kebanyakan orang berbangsa Iban akan menggunakan udow untuk menyatakan anjing,bukanlah asu,asu biasanya digunakan dalam bahasa Melayu Sarawak. Manakala pertanyaan Berapa iko gaw nuan? berapa orang mengantarakan kamu? Sepatutnya berapa orang dengan kamu?,bukanlah berapa orang mengantarakan kamu. Selain itu, nga diterjemah tidak mahu adalah salah kerana dalam bahasa Iban ngai barulah tidak mahu. Wujud kekaburan makna dan ada keraguan dalam data disebabkan penutur bukan penutur natif. Oleh yang demikian seharusnya pengkaji mempelajari bahasa yang hendak dikaji dengan mendalam sebelum membuat kajian supaya hal sebegini tidak berlaku. Hal ini kerana, fonetik bagi bahasa-bahasa adalah tidak sama dan semuanya berlainan.

KESIMPULAN Penelitian tentang sejarah bahasa Melayu yang berdasarkan dialeknya belum dapat dilaksanakan dengan baik, oleh kerana data tentang dialeknya belum mencukupi. Sampai sekarang tatabahasa dan kamus dialek Melayu kurang. Diperlukan mahasiswa yang turun ke lapangan untuk menyusun data tentang dialek seperti Selako, Sambas, Jambi, serta dialek Melayu sepanjang Sungai Musi untuk menentukan saja jumlah dialek Melayu sampai sekarang kurang atau belum pernah diteliti. Setiap penelitian lapangan yang berfokuskan pada dialek Melayu merupakan sembangan pada rekonstruksi bahasa dan kebudayaan Melayu.

11

12