51680117 dialek melayu selangor

28
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN SEM 2 SESI 2009/2010 TAJUK TUGASAN : KAJIAN DIALEK MELAYU SELANGOR (SUNGAI BESAR) FONETIK DAN FONOLOGI ( BML 3043 ) NAMA PELAJAR : NORALIA BINTI ROSLAN NO. MATRIK : D20081032827 PROGRAM : PENDIDIKAN GEOGRAFI FAKULTI : SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN SEMESTER : SEM 4 SESI : SESI (2009/2010) KUMPULAN : E NAMA PENSYARAH : EN. RAZALI BIN AYOB TARIKH HANTAR : 1/3/2010 ISI KANDUNGAN 1

Upload: bunga-bougenvilla

Post on 23-Nov-2015

138 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

    SEM 2

    SESI 2009/2010TAJUK TUGASAN :

    KAJIAN DIALEK MELAYU SELANGOR (SUNGAI BESAR)

    FONETIK DAN FONOLOGI

    ( BML 3043 )

    NAMA PELAJAR : NORALIA BINTI ROSLAN

    NO. MATRIK : D20081032827

    PROGRAM : PENDIDIKAN GEOGRAFI

    FAKULTI : SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

    SEMESTER : SEM 4

    SESI : SESI (2009/2010)

    KUMPULAN : E

    NAMA PENSYARAH : EN. RAZALI BIN AYOB

    TARIKH HANTAR : 1/3/2010

    ISI KANDUNGAN

    1

  • ________________________________________________________________

    BIL. TAJUK HALAMAN

    1.0 PENGENALAN m/s 1-2

    2.0 DEFINISI m/s 3-5

    2.1 FONETIK

    2.2 FONOLOGI

    2.3 FONEMIK

    3.0 DIALEK m/s 6-8

    3.1 DIALEK MELAYU SELANGOR

    4.0 KAJIAN KES m/s 9-23

    4.1LATAR BELAKANG KAWASAN m/s 9

    4.2KAEDAH KAJIAN m/s 10

    4.2.1 BIODATA RESPONDEN m/s 11

    4.3HASIL KAJIAN m/s 12

    4.3.1 KONSEP WARNA m/s 12

    4.3.1.1DEFINISI WARNA m/s 12

    4.3.1.2PEMIKIRAN DALAM WARNA m/s 12-17

    4.3.1.3SIMBOL FONETIK SERTA CONTOH AYAT m/s 18-20

    4.3.2 KONSEP MENGHITUNG m/s 21

    4.3.2.1DEFINISI MENGHITUNG m/s 21

    4.3.2.2SEJARAH KATA MENGHITUNG m/s 21

    4.3.2.3SIMBOL FONETIK SERTA CONTOH AYAT m/s 21-23

    4.4 RUMUSAN KAJIAN m/s 23-24

    5.0KESIMPULAN m/s 25

    6.0 BIBLIOGRAFI

    1.0 PENGENALAN

    2

  • Tanpa kita sedari, pembelajaran utama yang diperoleh oleh manusia adalah bahasa. Bahasa

    tidak dapat dipisahkan dari orang yang menuturkannya. Sungguhpun pengwujudan pertuturan

    itu, adalah hasil kegiatan seseorang sebagai individu, tetapi bahasa tidak dapat wujud dalam

    sesebuah masyarakat jika tidak digunakan oleh sekumpulan individu dalam hubungan mereka

    satu sama lain. Oleh itu, bahasa adalah hak milik bersama sekumpulan individu, bukan

    kepunyaan satu-satu individu tertentu, (Asmah Hj Omar, 1985:3). Dalam bahasa, sifat yang

    penting yang ada pada manusia sebagai makhluk sosial adalah sifat perkongsian. Kebiasaan

    berkongsi satu sistem komunikasi ini melahirkan satu kumpulan manusia yang berbeza dari

    kumpulan lain yang menggunakan dan tumbuh sebagai sistem bahasa yang berlainan pula.

    Bahasa terdiri daripada sekumpulan dialek dan penutur dialek-dialek ini pula saling

    faham memahami antara satu sama lain (Chambers 1983:3 dalam Zaharani Ahmad,1993:4).

    Berdasarkan ciri-ciri linguistik, dialek dalam suatu bahasa mempunyai banyak persamaan dan

    juga beberapa perbezaan antara satu sama lain. Persamaan yang wujud itu menggambarkan

    dialek-dialek tersebut mengekalkan ciri-ciri warisan yang diwarisi bersama. Manakala

    perbezaan itu pula menunjukkan mereka telah mengalami perkembangan secara tersendiri

    dan terpisah daripada dialek-dialek lain. Newton (1972), menyatakan kewujudan pelbagai

    dialek dalam sesuatu bahasa itu adalah akibat daripada perubahan yang berlaku dari segi

    sejarah ke atas satu bahasa yang asalnya seragam. Faktor ruang geografi dan waktu

    merupakan dua faktor utama yang menyebabkan terpecahnya bahsa asal kepada beberapa

    dialek turunannya.

    Pengkajian tentang dialek ini disebut sebagai dialektologi. Menurut Zaharani Ahmad

    (1993:1), dialektologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji dialek-dialek dalam sesuatu

    bahasa. Kajian dialek yang menerapkan gagasan-gagasan dan hasil penemuan teori nahu

    transformasi generatif, khususnya teori fonologi generatif yakni kajian yang berhubung

    dengan perbandingan dialek dapat digunakan untuk mengkaji perbezaan dialek yang terdapat

    dalam Bahasa Melayu. Dengan berlandaskan pendekatan teori ini, huraian serta penjelasan

    tentang kepelbagaian dialek yang wujud dalam bahasa Melayu dapat dikaji. Tujuan utama

    fonologi generatif ini digunapakai adalah tidak lain iaitu untuk memformalisasikan

    kecekapan fonologi intrinsik seorang penutur sebagai satu sistem rumus yang

    bertanggungjawab melahirkan reprisentasi fonetik daripada struktur permukaan sintaksis.

    Menurut Asmah Hj Omar (1995:26), pengkajian terhadap dialek ini dilakukan kerana

    masyarakat menjalani perubahan dari segi kehidupan dan seterusnya mengalami perubahan

    3

  • dari segi bahasanya. Misalnya, sesuatu kemajuan dari segi teknologi, cara hidup dan ilmu

    pengetahuan sesebuah masyarakat akan mempengaruhi perubahan bahasa dari segi

    pemasukan kata-kata baru. Bahkan menurutnya lagi, bukan sahaja kata-kata baru yang

    dimasukkan, tetapi juga kata-kata yang sedia ada mungkin juga mengalami perubahan makna

    baik dari segi perluasan atau penyempitan makna. Begitu juga dengan cara penyebutan suatu

    perkataan, wujudnya perbezaan antara satu dialek dengan satu dialek yang lain.

    Sehubungan dengan itu, faktor-faktor yang menimbulkan dialek adalah terdiri

    daripada faktor alam, politik, penjajahan dan masa. Demikian pula halnya dengan ekonomi,

    cara hidup dan juga budaya, hal ini tercermin di dalam dialek yang bersangkutan (Guiraud,

    1970 dan Ayattrohaedi, 1979:60). Di semenanjung Malaysia, keadaan alam semula jadi yang

    terdiri daripada bukit-bukau, hutan rimba dan sungai, merupakan rintangan-rintangan kepada

    putusnya atau jauhnya perhubungan di antara penduduk-penduduknya. Faktor politik telah

    membahagi-bahagikan negara ini kepada unit-unit politik politik yang lebih kecil,

    menghasilkan negeri-negeri Melayu Semenanjung seperti negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang,

    Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

    Daripada nama-nama negeri tersebutlah timbulnya nama dialek-dialek di Semenanjung

    Malaysia, iaitu Dialek Perlis, Dialek Kedah, Dialek Pulau Pinang, Dialek Perak, Dialek

    Selangor, Dialek Negeri Sembilan, Dialek Melaka, Dialek Johor, Dialek Pahang, Dialek

    Terengganu dan Dialek Kelantan. Dialek-dialek yang berdasarkan tempat seperti itu

    dipanggil dialek setempat (Leonard Bloomfield 1967:50). Dialek-dialek setempat di

    Semenanjung Malaysia sebenarnya adalah variasi daripada bahasa Melayu (A. Teeuw

    1961:43).

    Justeru, dalam kajian ini, saya akan menyoroti kepelbagaian dan kelainan dalam

    sebutan dialek Melayu Selangor khususnya, dari aspek fonetik dan fonologinya. Aspek ini

    akan dihuraikan secara terperinci dan mendalam mengenai perbezaan yang wujud antara

    dialek Melayu Selangor dengan bahasa Melayu baku. Kajian utama dilakukan terhadap cara

    sebutan dan simbol-simbol fonetik yang digunakan bagi melambangkan setiap vokal atau

    konsonan yang digunakan serta pemikiran masyarakat penutur dialek Melayu Selangor

    tentang konsep warna dan menghitung.

    2.0 DEFINISI

    Kajian terhadap dialek bahasa Melayu Selangor ini diteliti berdasarkan salah satu cabang

    ilmu bahasa (linguistik) iaitu dari aspek fonetik dan fonologinya. Pengkajian ini dilakukan 4

  • adalah untuk melihat sejauh mana perbezaan sebutan bahasa yang wujud di wilayah-wilayah

    tertentu. Dalam satu-satu dialek setempat di Malaysia, terdapat pula pelbagai ideolek, iaitu

    kelainan-kelainan pengucapan yang disebabkan oleh individu yang berlainan, dan kelainan

    stilistik yang terjadi akibat daripada konteks yang berlainan ( Mario A. Pei 1966:119). Semua

    kelainan ini disebut dialek. Sungguhpun terdapat kelainan-kelainan tetapi kelainan-kelainan

    itu masih tergolong dalam satu bahasa. Misalnya Dialek Perlis, Dialek Kedah, Dialek Pulau

    Pinang, Dialek Perak, Dialek Selangor, Dialek Negeri Sembilan, Dialek Melaka, Dialek

    Johor, Dialek Pahang, Dialek Terengganu dan Dialek Kelantan merupakan kelainan-kelainan

    bahasa daripada Bahasa Malaysia. Walaupun terdapat pelbagai idiolek dan kelainan-kelainan

    stilistik di dalam dialek-dialek tersebut, tetapi penutur-penuturnya masih saling memahami di

    antara satu sama lain. Disini turut disediakan perincian berkaitan maksud fonetik dan

    fonologi secara lebih terperinci :

    2.1 Fonologi

    Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting di dalam

    bahasa iaitu bunyi. Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang

    diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau difahami oleh kedua-dua belah pihak. Bidang ini

    disebut juga oleh kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi

    kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.

    2.2 Fonetik

    Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Bidang fonetik merupakan salah satu kajian

    yang terdapat di dalam ilmu linguistik yakni bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang

    dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan memberi lambang kepada bunyi-bunyi

    tersebut. Menurut kamus dewan (2005:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang

    berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Berdasarkan

    takrifan daripada Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan pula, dalam bukunya Linguistik Am

    (2007:33) fonetik merupakan bidang yang mengkaji unsur-unsur bunyi bahasa yang

    digunakan dalam pertuturan. Pendapat ini disokong oleh Fromkin, dan Rodman ( 1983 ) yang

    menyatakan bahawa, fonetik adalah kajian bunyi bahasa pertuturan yang membawa makna

    dalam semua bahasa manusia. Walau bagaimanapun, pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa

    dapat dihuraikan melalui tiga perspektif yang berbeza iaitu fonetik artikulatori, fonetik

    auditori dan fonetik akustik. Artikulatori merujuk kepada kajian yang menunjukkan cara-cara

    suatu bunyi dilafazkan. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana pendengaran 5

  • menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik meneliti ciri-ciri fizikal bunyi-

    bunyi bahasa itu sendiri iaitu transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa

    proses berkomunikasi.

    Menurut Arbak Othman pula (Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik

    mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi

    bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan memberikan simbol fonetik

    untuk bunyi. Cabang-cabang fonetik adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara

    mekanisma badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi.

    Fonetik Penerima ( auditori ), mempelajari bagaimana mekanisma telinga menerima bunyi.

    Fonetik Akustik pula mempelajari hakikatnya bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas

    hakikatnya bunyi ini.

    Kesimpulannya, pendapat-pendapat yang diberikan ini telah menjelaskan tentang

    maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik. Manakala fonologi pula mengkaji

    keadaan dan organisasi ucapan iaitu tentetan bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecah-

    pecahkan, hubungan antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya dan kejadiannya yang

    membentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas yang dimaksudkan disini adalah fonem-fonem

    iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang ikatan ucapannya dapat dipenggal-penggal. Kajian

    mengenai fonem-fonem ini pula umumnya diistilah sebagai fonemik. Jika diteliti tentang

    fonetik, fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan fizik atau jisim yang

    mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa fonetik ialah kajian yang

    berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran (auditori).

    2.3 Fonemik

    Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu

    pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Namun, perlu kita ketahui bahawa

    sebenarnya di antara fonetik dan fonologi terdapat sedikit perbezaan. Bidang fonetik

    mengkaji fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi

    mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas

    daripada pendapat Henderson yang menyatakan :

    The study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of

    individual language has variously been called phonology .

    6

  • Bidang ini juga umumnya disebut sebagai fonemik atau functional phonetics .

    Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan

    dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan

    peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu itu.

    Oleh itu, jelaslah fonologi merupakan bahagian dari linguistik deskriptif yang

    mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia,

    seterusnya terbahagi lagi menjadi fonetik dan fonemik. Fonetik merupakan bidang yang

    mempelajari segala bunyi bahasa dan memberikan simbol fonetik untuk bunyi. Secara

    ringkas, dapatlah dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Ia juga

    merupakan bidang fonetik yang mengkaji fenomena bunyi bahasa sejagat. Jelasnya, bunyi

    bahasa adalah bunyi-bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengkaji bunyi

    dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya. Biasanya, aspek

    yang dikaji merangkumi bunyi-bunyi yang digunakan untuk bertutur iaitu bunyi-bunyi bahasa

    sementara bunyi bukan bahasa seperti dengkuran, siulan, sendawa dan lain-lain tidak

    termasuk dalam kajian bidang fonetik. Fonemik pula bermaksud bidang yang mempelajari

    bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem iaitu fonem

    vokal, konsonan dan diftong. Dengan singkat, fonemik merupakan bidang yang mempelajari

    fonem-fonem sesuatu bahasa dalam dialek.

    3.0 DIALEK

    Dialek, menurut Hartmann dan Stork (dalam S. Narthesan : 2001 ), ialah sejenis kelainan

    bahasa, yang berbeza dari segi sebutan, tatabahasa dan kosa katanya daripada bahasa baku.

    Sementara itu Collins (1986:197) pula, mentakrifkan dialek sebagai satu ragam bahasa yang

    dibezakan secara tegas daripada ragam-ragam lain berdasarkan ciri-ciri penyebutan, kosa kata

    7

  • dan tatabahasa. Ragam bahasa ini terdapat dalam daerah geografi tertentu dan dalam suasana

    sosial tertentu. Yang nyata daripada dua takrif diatas ialah salah satu kelainan diantara dialek

    yang dapat dikesan adalah pada kosa kata yang digunakan dalam dialek tersebut.

    Menurut Collins J.T (1996:13), penyebaran dialek Melayu sudah lama wujud sebelum

    abad ke-16 lagi. Hal ini kerana, Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa utama bukan

    sahaja di sumatera, semenanjung tanah Melayu dan Borneo sahaja, malah turut digunakan di

    kepulauan Filipina dan Maluku di Lautan Pasifik. Kewujudan lebih daripada enam puluh

    dialek daerah yang masih tergolong dalam jaringan bahasa Melayu ini membuktikan

    keunggulan penutur melayu, sebagai perintis budaya, niaga dan teknologi. Terdapat juga

    dialek Melayu yang timbul sebagai hasil daripada perkembangan bahasa pergaulan dan

    perdagangan tanpa penghijrahan penutur Melayu dan pembentukan masyarakat imigran di

    perkampungan baru. Setiap dialek Melayu ini dilatari dan diwarnai dengan sejarahnya

    masing-masing. Sememangnya, sesuatu dialek hanya dapat dihargai dan dihayati dalam

    lingkungan sosial penuturnya sendiri.

    Sehubungan itu, kepelbagaian dialek Melayu yang diwariskan oleh penutur purba ini

    harus disanjung sebagai pusaka atau khazanah yang tidak ternilai. Khazanah ini hendaklah

    disusun, diatur, disemak, diteliti dan harus diperlihatkan dari segi keistimewaannya.

    Penghargaan terhadap pusaka hidup ini haruslah berbentuk pengkajian dan penyelidikan

    mengenainya. Syahadan, tugas para pengkaji dialek Melayu teramatlah besar. Bahkan,

    menurut Collins (1989), terdapat lebih kurang 1500 penulisan tentang berbagai-bagai dialek

    Melayu telah dirakamkan. Dialektologi ini telah mengkaji ragam bahasa Melayu yang wujud

    kesan dari aspek geografi. Tambahan lagi, Menurut Collins J.T (1996 : 16), pengkajian dialek

    Melayu mesti dilakukan dengan selengkap mungkin dengan mengolah dan mengambil kira

    semua maklumat daripada semua sumber.

    Menurut S. Nathesan (2001:111), Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara

    Malaysia mempunyai daerah pertuturan yang amat luas iaitu dari negeri Perlis hinggalah ke

    negeri Sabah. Oleh kerana, penggunaan Bahasa Melayu yang amat luas di negara kita, maka

    timbul banyak kelainan penggunaanya dari segi pertuturan, makna perkataan, binaan atau

    susunan ayat. Antara ciri yang menjadikan satu bahasa daerah berbeza dari bahasa daerah

    yang lain termasuklah perbezaan makna perkataan, sebutan dan ungkapan tertentu dalam

    dialek-dialek yang berkenaan.

    8

  • Bahasa Melayu di Malaysia pada umumnya mempunyai beberapa dialek seperti

    dialek Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan

    Sabah. Walaupun terdapat banyak dialek dalam bahasa Melayu dengan perbezaan-perbazaan

    yang tersendiri, namun ada unsur saling memahami antara penutur yang menggunakan

    dialek-dialek tersebut. Menurut Asmah Haji Omar (dalam S. Nathesan, 2001:112),

    menyatakan bahawa bahasa Melayu terbahagi kepada empat kelompok seperti yang berikut :

    i. Kelompok Barat laut (Kedah, Perlis, Perak Utara dan Pulau Pinang)

    ii. Kelompok timur laut (dialek Kelantan)

    iii. Kelompok timur laut (dialek Terengganu)

    iv. Kelompok selatan (Johor, Melaka, Selangor dan Perak Selatan)

    Dalam tugasan ini, kelainan fonetik dan fonologi dalam dialek Melayu Selangor akan

    diteliti untuk melihat perbezaan sebutan yang didukung dalam dialek berkenaan. Beberapa

    konsep akan diterangkan serta digunakan bagi mengkaji perbezaan bunyi-bunyi bahasa yang

    dihasilkan dalam dialek melayu Selangor untuk berinteraksi dan berkomunikasi antara

    mereka. Hal ini disokong lagi dengan menurut Nik Safiah Karim (1988), timbul perbezaan

    bahasa yang lebih nyata pada satu-satu bahasa khususnya dari segi perbendaharaan kata,

    tatabahasa dan sebutan kerana peredaran masa yang panjang dan daerah yang luas.

    Menurut Collins J.T (1996:89), penyelidikan dialek daerah haruslah menghasilkan

    gambaran yang utuh tentang hubungan antara ragam-ragam yang tersebar di suatu kawasan

    geografi tertentu. Maksudnya, dialektologi seperti yang juga telah diperkatakan oleh Zaharani

    Ahmad tidak hanya bertujuan menyoroti sesuatu dialek tetapi sebaliknya hendak menggali

    data dan menyajikan teori yang dapat menggambarkan jaringan antara pelbagai dialek.

    Justeru itu, melalui kajian yang telah saya jalankan, didapati bahawa salah satu faktor yang

    mempengaruhi bahasa percakapan seseorang itu bertutur adalah disebabkan faktor

    dialektologinya. Penerangan lebih lanjut mengenai dialek dibincangkan dalam penerangan

    berikutnya ini.

    3.1 DIALEK MELAYU SELANGOR

    Menurut Asmah Hj Omar (1985 : 162), kajian dialek bagi negeri Selangor adalah lebih rumit

    daripada kajian dialek bagi negeri lain. Hal ini kerana Selangor merupakan tempat

    pertembungan pelbagai penutur dari berbagai-bagai kawasan dialek lain. Selain itu, hal ini

    berlaku disebabkan oleh kedudukan Kuala Lumpur sebagai ibu negeri Selangor pada tahun 9

  • 1972 yang merupakan pusat pentadbiran, pusat budaya dan pusat perniagaan, bukan sahaja

    bagi semenanjung Malaysia tetapi juga bagi seluruh Malaysia. Hal ini disokong lagi

    berdasarkan andaian yang telah dibuat yang menyatakan bahawa sebelum abad ke-20

    penutur-penutur bahasa Melayu memang tinggal di kampung-kampung yang terletak di

    tebing-tebing sungai, baik di muara mahupun di hulu, malahan negeri-negeri Melayu pada

    waktu itu dinamakan riverine states (Burns 1976:3 dalam Collins J.T 1996:90). Menurut

    Collins lagi, negeri Selangor telah wujud sebagai kesatuan politik pada abad ke-18 lagi yang

    sebelum ini daerah-daerah yang kemudian digabung menjadi kerajaan Selangor adalah

    tertakluk pada kesultanan Melaka dan seterusnya kesultanan Johor. Namun demikian, nama

    Selangor yang membawa maksud lembangan Selangor dan Kuala Selangor sudah terdapat

    dalam sejarah Melayu. Sesungguhnya, dapatlah dikatakan disini bahawa daerah yang

    dinamakan sebagai negeri Selangor ini sudah lama diduduki oleh orang Melayu.

    Berdasarkan laman sesawang http://prpm.dbp.gov.my, dialek melayu di Selangor

    adalah dialek yang dituturkan di negeri Selangor. Dialek ini mempunyai pelbagai ragam.

    Kepelbagaian ini berkait rapat dengan keadaan penuturnya yang terdiri daripada penutur

    pendatang dari pelbagai kawasan dialek Melayu lain di Semenanjung. Sebagai tempat

    pertembungan pelbagai penutur dialek Melayu, maka tentu sahaja sukar bagi kita untuk

    memastikan ragam yang manakah yang mencirikan dialek asli Melayu Selangor sebenar.

    Terjadinya keadaan seperti ini ada hubungannya dengan kedudukan negeri Selangor yang

    pada awal sejarahnya merupakan pusat pentadbiran, pusat budaya dan pusat perniagaan bagi

    Semenanjung Malaysia.

    Dialek Melayu Selangor dengan dialek Melayu Johor tidak banyak berbeza. Hal ini

    adalah kerana, kedua-duanya tidak banyak menerima pengaruh daripada negara luar. Sebagai

    contoh, dialek yang menerima pengaruh luar adalah dialek Melayu Kelantan. Dialek ini sukar

    difahami oleh penutur-penutur dari kawasan barat semenanjung Malaysia mereka telah

    menerima pengaruh luar daripada bahasa Siam.

    4.0 KAJIAN KES

    Kajian dijalankan khusus di kawasan sungai besar, Selangor dengan menggunakan

    responden-responden yang berkaitan. Wujud kelainan yang dapat dikenalpasti antara bahasa

    Melayu Baku dengan Dialek Melayu Selangor kerana masyarakat di kawasan tersebut

    memang pada asalnya adalah penutur Bahasa melayu asli sama seperti masyarakat di negeri

    Johor. Namun, setelah berlaku beberapa kemajuan daripada pelbagai aspek terutamanya dari

    10

  • aspek penghijrahan dan kemajuan teknologi, sebutan bahasa melayu yang pada mulanya baku

    ini telah berubah bentuk, membentuk kesatuan bahasa mereka yang lebih utuh. Berdasarkan

    kajian didapati bahawa, dialek Melayu Selangor banyak membuat perubahan pada

    penggunaan vokal a kepada penggunaan e-pepet. Sebagai contoh dalam bahasa melayu

    baku bagi perkataan ada disebut sebagai ada, namun bagi masyarakat Melayu Selangor

    perkataan ada disebut sebagai ade. Perbezaan-perbezaan ini menunjukkan kepelbagaian

    dialek yang wujud di negara kita.

    4.1 Latar belakang kawasan kajian

    Gambarajah 4.1.1

    Diperoleh dari : http://images.google.com.my

    Kajian ini meneliti dan mendalami dialek bahasa Melayu yang digunakan di salah sebuah

    daerah kecil di Sungai Besar, Selangor. Gambarajah 4.1.1 diatas menunjukkan kawasan

    kajian. Pengkajian dialek ini dilakukan adalah untuk melihat perbezaan yang wujud dalam

    perbendaharaan kata antara dialek bahasa Melayu Selangor dengan bahasa Melayu Baku dari

    segi fonetik dan fonologinya. Sungai Besar merupakan pusat bandar di daerah Sabak Bernam,

    Selangor. Sungai Besar terletak di sebelah barat daya pusat Bandar daerah Sabak Bernam.

    Kedudukannya ialah kira-kira 7 kilometer dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan

    Salahuddin Abdul Aziz Shah, Batu 38,Sabak Bernam. Kawasan ini terletak lebih kurang 120

    kilometer dari utara Kuala Lumpur. Perjalanan dengan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke

    11

  • Sungai Besar mengambil tambang sebanyak RM9.00. Perjalanan dengan menaiki kereta dari

    Kuala Lumpur ke Sungai Besar mengambil masa kira-kira 2 jam.

    Penduduk Sungai Besar dianggarkan berjumlah 22,673 di mana 43% adalah dalam

    lingkungan umur antara 20 tahun ke 55 tahun. Daripada jumlah keseluruhan penduduknya,

    63% terdiri dari Melayu, Cina (33%) dan India (3.5%). Disini juga terdirinya penduduk dari

    pelbagai masyarakat majmuk iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Bagi masyarakat melayu

    disini, bahasa komunikasi mereka terbahagi kepada tiga dialek iaitu iaitu bahasa jawa, bahasa

    banjar dan juga bahasa melayu tulen. Perlu diketahui juga, penutur bahasa Banjar hanyalah

    mewakili sebahagian kecil bilangan penduduk di kawasan Sungai Besar berbanding penutur

    bahasa Jawa, manakala yang selebihnya menggunakan bahasa Melayu tulen dengan sedikit

    perubahan digunakan dalam percakapan sehari-harian. Majoriti penduduk Sungai Besar

    terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Bersawah padi adalah pekerjaan utama, selain

    berkebun kelapa dan kelapa sawit serta menangkap ikan. Sungai Besar menjadi pusat

    pentadbiran Majlis Daerah Sabak Bernam di mana pejabat-pejabat kerajaaan dan Majlis

    Daerah yang terletak di pekan Sungai Besar.

    4.2 Kaedah kajian

    Saya menggunakan kaedah temubual dan soal selidik dalam mencari perbezaan dialek ini

    dengan bahasa Melayu Baku. Selain itu, pengkajian ini turut dibantu oleh pengkajian-

    pengkajian yang telah dijalankan oleh para pengkaji bahasa seperti Asmah Hj Omar dan

    sebagainya bagi melancarkan penulisan saya ini. Didapati wujud perbezaan sebutan antara

    penutur dialek Melayu, Selangor dengan bahasa Melayu Baku. Bersama kajian ini juga turut

    disertakan rakaman suara temubual saya bersama responden, sebagai bukti kewujudan

    perbezaan dalam bunyi sebutan.

    4.2.1 Responden

    12

  • NAMA PELAJAR : NOR AMIRA BINTI ROSLAN

    UMUR : 19 TAHUN

    JANTINA : PEREMPUAN

    STATUS : BUJANG

    NO K/P : 921115-10-5520

    TARIKH LAHIR : 15/11/1992

    TEMPAT LAHIR : HOSPITAL TANJUNG KARANG

    ADIK-BERADIK : 9 ORANG

    KECACATAN : TIADA

    NO. TELEFON : -

    ASAL : SUNGAI BESAR, SELANGOR

    4.3 HASIL KAJIAN

    Kajian dilakukan terhadap konsep warna dan juga konsep membilang bagi masyarakat

    penutur dialek Melayu Selangor. Melalui kajian juga didapati terdapat pelbagai pemikiran

    yang dihasilkan tentang konsep warna dan menghitung bagi menerangkan perbezaan bunyi

    13

  • sebutan yang dihasilkan untuk merujuk kepada sesuatu perkara atau benda. Rakaman turut

    disertakan sebagai bukti kajian dan bolehlah dirujuk di dalam CD yang telah dilampirkan

    bersama.

    4.3.1 PENGKAJIAN DARI ASPEK KONSEP WARNA

    4.3.1.1 Definisi Warna

    Warna jika dirujuk pada Kamus Dewan edisi keempat membawa maksud kesan yang

    didapati oleh mata daripada cahaya yang dipantulkan oleh benda-benda (dengan gelombang

    yang berbeza-beza). Selain itu warna menurut kamus ini membawa maksud berbagai-bagai

    dan corak. Sesuai dengan penemuannya, warna sememangnya adalah cahaya yang

    dipantulkan oleh objek, dalam bentuk pelbagai dan bercorak. Jika kita merujuk sumber lain

    iaitu McGraw-Hill Dictionary of Scientific and Technical Terms, warna ditakrifkan sebagai

    general term that refers to the wavelength composition of light, with particular reference to

    its visual appearance iaitu sesuatu yang berkaitan dengan gelombang cahaya.

    Berdasarkan dua rujukan maksud warna di atas, dapat disimpulkan bahawa warna

    adalah hasil daripada kepanjangan gelombang cahaya yang berbeza. Panjang ini

    membuatkannya berbeza antara satu sama lain jika dilihat secara visual. Contohnya apabila

    kita melihat sesuatu benda berwarna, sebenarnya benda itu memantulkan komposisi cahaya

    pada panjang gelombang tertentu. Warna yang berbeza adalah disebabkan kesan pantulan

    berbeza yang bergantung kepada panjang gelombang yang dipantulkan.

    4.3.1.2 Pemikiran dalam warna

    Bagi dialek Melayu Selangor, terdapat sepuluh perkataan untuk melambangkan warna utama

    yang sering digunakan dalam aktiviti seharian. Warna-warna tersebut adalah hitam, putih,

    merah, kelabu, hijau, biru, oren, kuning, unggu, coklat dan kelabu. Bagi masyarakat melayu

    di Selangor, enam dari warna-warna ini boleh dianggap sebagai warna asas iaitu warna hitam,

    putih, merah, hijau, biru dan kuning. Warna utama ini adalah warna-warna yang sering

    diguna pakai oleh masyarakat melayu dalam mengklasifikasikan, mengenalpasti dan

    mengkhususkan suatu warna dengan suatu warna yang lain. Tiap-tiap kata nama mempunyai

    tambahan yang dikaitkan pada bunga-bungaan, tumbuhan, haiwan, daun-daunan dan pelbagai

    benda-benda lain yang boleh menyatakan perbezaan kelainan daripada warna-warna yang

    14

  • sudah ada. Masyarakat penutur dialek Melayu Selangor mempunyai banyak istilah lain bagi

    menggambarkan warna. Antaranya ialah :

    i. Hitam

    Merupakan warna paling gelap dalam senarai warna yang sering diguna pakai dalam

    kehidupan seharian. Bagi penutur dialek Melayu Selangor ianya sering dikaitkan dengan

    warna yang menawan di samping memberi makna kejahatan, kengerian dan penuh kerahsiaan

    bagi sepemakainya. Sinonim dengan warna malam ialah ilmu hitam dan elegen. Antara

    contoh perkataan yang digabungkan dengan kata am warna hitam untuk memberikan makna

    yang berlainan bagi dialek melayu Selangor adalah :

    a) Hitam Legam Merujuk kepada warna dasar yang serupa dengan

    warna arang atau memperlihatkan warna yang serupa warna arang.

    Hitam ini dilambangkan dengan warna hitam yang sanagt pekat seperti

    arang.

    b) Hitam manis Bagi masyarakat penutur dialek Melayu Selangor

    warna ini melambangkan warna kulit orang melayu. Kata adjektif

    manis digabungkan bagi memberi maksud cantik. Klasifikasi bagi

    warna hitam ini adalah hitam kemerah-merahan.

    c) Hitam pekat Melambangkan warna hitam yang sangat pekat dan

    menyerupai warna kicap bagi orang Selangor.

    d) Hitam Bontot kuali Digunakan bagi melambangkan warna hitam

    yang dikaitkan dengan warna bontot kuali dan sering digunakan bagi

    melambangkan warna wajah seseorang individu yang lain sama ada

    bertujuan untuk mengherdik, mengejek, mengumpat dan sebagainya.

    e) Hitam berkilat Warna hitam yang berminyak dan berkilat. Biasanya

    digunakan untuk menggambarkan warna kulit wajah seseorang yang

    bekerja ditengah panas.

    f) Hitam putih Melambangkan perjanjian yang dibuat diatas kertas

    secara bertulis dan bertandatangan. Hal ini merujuk kepada dakwat

    berwarna hitam yang digunakan untuk menulis diatas kertas berwarna

    putih.

    ii. Putih

    15

  • Putih merupakan warna yang dianggap paling suci dan bersih. Warna dasar yang serupa

    dengan warna kapas atau memperlihatkan warna yang serupa dengan warna kapas. Juga

    melambangkan kemurnian, kesucian serta menunjukkan keseimbangan di antara warna. Bagi

    masyarakat penutur dialek Melayu Selangor, putih sering digunakan dan dikaitkan dengan

    perkahwinan kerana ia melambangkan kesucian ikatan perkahwinan dan percintaan yang

    dibina. Ia juga melambangkan kebersihan dan kecantikan semulajadi manusia. Antara

    perkataan yang sering digabungkan dengan kata am putih bagi melambangkan suatu warna

    yang lain adalah :

    a) Putih melepak Melambangkan warna yang sangat-sangat putih. Kata

    lepak adalah kata yang sudah usang yang membawa maksud putih. Dalam

    bahasa Batak ada kata nalopak = putih (Asmah Hj Omar, 1986:114).

    b) Putih gebu Putih gebu melambangkan warna kulit kaum wanita yang

    putih dan bersih. Bagi masyarakat Selangor istilah putih gebu digunakan

    untuk menggambarkan wanita yang berkulit putih dan bertubuh sederhana.

    c) Putih bersih Putih bersih biasanya digunakan bagi merujuk kepada wajah

    seseorang yang bersih tanpa jerawat, bekas jerawat mahupun parut. Juga

    digunakan bagi menggambarkan hati seseorang yang berhati mulia.

    d) Putih susu Bagi penutur dialek Melayu Selangor, putih susu digunakan

    bagi merujuk kepada suatu benda yang berwarna putih dan lembut serta

    menyerupai warna susu.

    e) Putih telur Digambarkan putih bak telur yang sememangnya berwarna

    putih.

    f) Putih lesi Merujuk kepada putih pucat.

    iii. Merah

    Merupakan warna yang dianggap garang bagi masyarakat melayu Selangor. Warna dasar

    yang serupa dengan warna darah atau yang memperlihatkan warna yang serupa dengan warna

    darah. Merah sering dikaitkan dengan perasaan marah dan panas. Warna api dan darah,

    membawa makna kekuatan, kemarahan, kebencian, keberanian, semangat dan isyarat. Ada

    juga yang menyifatkankannya sebagai warna berahi dan warna hati. Bagi masyarakat

    Selangor ianya sering dikaitkan dengan warna yang popular di kalangan wanita. Kebanyakan

    warna mengandungi implikasi positif dan negatif. Warna merah juga membawa maksud

    16

  • agresif, kemarahan dan keganasan. Merah gelap memperlihatkan sifat kebangsawanan

    manakala merah muda menggambarkan alam percintaan.

    a) Merah mak ngah Melambangkan warna merah yang terang. Pada

    kebiasannya, istilah merah mak ngah ini sering digunakan bagi

    melambangkan wanita yang berpakaian serba merah iaitu dari hujung

    rambut hingga ke hujung kaki, kesemuanya berwarna merah dan menarik

    perhatian orang lain. Hal ini kerana, istilah mak ngah sering dikaitkan

    dengan wanita yang berumur yang gemar bergaya untuk menarik perhatian

    orang.

    b) Merah padam Merah padam melambangkan istilah warna yang sering

    digunakan bagi menerangkan serta menunjukkan warna kulit wajah

    seseorang yang berada dalam keadaan sangat malu ataupun sangat marah.

    Merah ini merujuk kepada warna yang sangat merah.

    c) Merah hati Merah hati adalah warna merah yang menyerupai warna hati

    yang terdapat di dalam tubuh badan manusia. Merah hati adalah merujuk

    kepada merah kehitam-hitaman.

    d) Merah jambu Merah jambu adalah melambangkan warna merah muda

    dan keputih-putihan. Warna ini sering digunakan oleh kaum wanita bagi

    melambangkan kelembutan dan sifat-sifat kewanitaan yang ada pada kaum

    hawa.

    e) Merah cair Merah cair adalah warna merah yang tidak pekat dan sedikit

    cair dek kerana campuran elemen putih yang dimasukkan di dalam

    kombinasi warna bagi mewujudkan perbezaan kombinasi warna antara

    merah cair, pekat dan merah hati.

    f) Merah pekat Merah ini adalah warna merah yang betul-betul dan sangat

    pekat dengan kelikatan warna dalam peratus yang tinggi tanpa campuran

    warna lain. Warna ini sering digayakan oleh individu yang berkulit cerah

    dan berani.

    g) Merah darah Merah darah juga seperti merah pekat. Warna ini menyamai

    warna darah tubuh manusia.

    h) Merah menyala Merah menyala merupakan istilah yang digunakan bagi

    melambangkan keberanian seseorang untuk memakai pakaian yang

    berunsur merah. Menyala dikaitkan dengan nyalaan api yang terang.

    17

  • i) Merah cili Merah ini digunakan masyarakat penutur dialek Melayu

    Selangor bagi merujuk kepada warna merah yang terang dan pekat.

    j) Merah biji saga Merah biji saga pula merujuk kepada merah yang cuba

    didefinisikan seperti warna biji saga.

    iv. Kuning

    Merupakan warna seperti warna isi kunyit, cerah dan sering dikaitkan dengan warna diraja.

    Kuning ialah warna matahari. Warna ini lebih optimis dan moden. Tenaga yang disalurkan

    oleh warna kuning boleh menjadi terlalu kuat. Melambangkan kegembiraan, penuh semangat

    dan riang. Juga dikaitkan sebagai warna panas dan berinovasi. Dalam masyarakat Melayu

    sungai Besar, Selangor, kuning sering kali dikaitkan dengan warna padi yang sedang

    menguning. Hal ini adalah kerana sebahagian besar kawasan Sungai Besar adalah terdiri

    daripada tanaman padi yang merupakan mata pencarian utama penduduk di sekitar Sungai

    Besar. Antara perkataan yang sering digunakan bagi menggambarkan warna kuning adalah :

    a) Kuning langsat Kuning langsat adalah warna kuning yang sering

    digunakan bagi melambangkan warna kulit seseorang individu yang

    berwarna putih kekuning-kuningan.

    b) Kuning keemasan Merujuk pada warna kuning yang menyerupai warna

    emas. Kuning ini lazimnya berkilau-kilau.

    c) Kuning cair Kuning ini adalah istilah yang digunakan untuk menyatakan

    kuning yang tidak atau kurang pekat.

    d) Kuning pekat adalah kuning yang gelap.

    e) Kuning krim kuning krim merupakan warna kuning yang keputih-

    putihan dan menyerupai warna krim yang biasanya digunakan dalam

    menghias kek.

    f) Kuning telur merupakan warna kuning yang pekat dilambangkan dengan

    warna kuning telur. Telur yang dimaksudkan disini adalah warna kuning

    telur yang terdapat di bahagian tengah telur ayam.

    g) Kuning padi Merujuk kepada warna kuning yang seakan-akan warna

    padi masak.

    h) Kuning pucat Kuning yang keputih-putihan. Biasanya menggambarkan

    kulit muka orang yang sedang sakit.

    18

  • v. Hijau

    Merupakan warna alam. Hijau merujuk seperti warna daun atau rumput. Dalam mod

    positifnya, menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan,

    kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Sebaliknya, mod negatifnya yang terdapat pada ton

    tertentu seperti hijau-coklat menggambarkan lapuk, toksid dan peniruan. Antara istilah lain

    yang menggambarkan warna hijau adalah :

    a) Hijau tahi lembu merupakan campuran warna hijau dengan warna kelabu

    menghasilkan kombinasi warna yang berbeza. Sering digunakan dalam

    penghasilan kain-kain batik yang menunjukkan dan melambangkan

    kemewahan sipemakainya.

    b) Hijau pucuk pisang merupakan campuran kombinasi warna hijau muda

    dengan warna kuning. Istilah ini digunakan bagi mewakili warna hujau

    yang lebih berkilat dan lebih menyerlah berbanding warna hijau yang lain.

    c) Hijau tua Merupakan hijau gelap. Menjadi kesukaan golongan berumur

    dalam memilih pakaian, kereta dan sebagainya.

    d) Hijau muda Melambangkan warna hijau keputih-putihan. Gemar dipakai

    oleh golongan remaja.

    e) Hijau daun merupakan warna merujuk warna hijau yang menyerupai

    warna daun.

    vi. Biru

    Merupakan warna ketenangan juga adalah warna laut dan langit. Membawa maksud

    ketenangan. Warna yang sejuk, damai, sejahtera dan pasif. Menggambarkan keadaan

    semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan. Biru

    mewakili kesejukan, kejauhan, semangat dan elegan. Di dalam mod negatif, biru memberi

    implikasi kesedihan, pasif, keseorangan dan kemurungan.

    a) Biru laut menunjukkan warna biru yang cair. Sering digunakan untuk

    melambangakn ketenangan.

    19

  • b) Biru tua Menunjukkan warna biru yang pekat dan gelap serta sering

    digunakan oleh golongan yang berusia.

    c) Biru muda menunjukkan warna biru yang cair.

    d) Biru langit Merujuk kepada warna biru muda dan cair. Istilah langit

    digunakan bagi menggambarkan warna langit yang berwarna biru lembut.

    4.3.1.3 Simbol fonetik dan terjemahannya dalam bentuk ayat.

    Penutur dialek Melayu Selangor memaparkan sebutan mereka yang tersendiri dalam

    berkomunikasi. Cara sebutan yang dihasilkan adalah berbeza dengan bunyi asal yang asli

    dalam Bahasa Melayu Baku. Oleh itu, di bahagian ini juga akan dipaparkan contoh ayat

    untuk menunjukkan kelainan yang berlaku.

    Bil Bahasa Melayu

    baku

    Dialek melayu

    selangor

    Simbol fonetik Contoh ayat

    ( DMS = Dialek Melayu Selangor, BMB = Bahasa

    Melayu baku )1. Hitam

    Hitam legam Hitam manis Hitam pekat Hitam

    bontot kuali Hitam

    berkilat

    Itam

    itam legam itam manis itam pekat itam Bontot

    kuwali itam bekilat

    [ I tam ]

    [I tam lgam] [I tam m nis] [I tam p kat] [I tam B wontot

    kwuali]

    [I tam bkilat]

    DMS : Mimi suke pakai baju wane itam.

    BMB : Mimi suka pakai baju warna hitam.

    2. Putih

    Putih melepak

    Putih gebu Putih bersih Putih susu

    Putih lesi

    Puteh

    Puteh melepak

    Puteh gebu Puteh bersih Puteh susu

    Puteh lesi

    [Pwuteh]

    [pwuteh mlpak]

    [pwuteh gbu] [pwuteh brseh] [pwuteh susu] [pwuteh lsi]

    DMS : Wajah pengantin tu puteh brseh.

    BMB : Wajah pengantin itu putih bersih.

    3. Merah

    Merah mak ngah

    Meyrah

    Meyrah Mak Ngah

    [M ah]

    [M ah Mak ah]

    20

  • Merah padam

    Merah hati Merah cair Merah pekat Merah darah Merah

    menyala Merah cili Merah biji

    saga Merah

    jambu

    Meyrah padam

    Meyrah Hati Meyrah cayer Meyrah Pekat Meyrah darah Meyrah

    menyaler Meyrah cili Meyrah bijik

    sage

    Meyrah jambuw

    [M ah padam]

    [M ah Hati] [M ah ca y r] [M ah

    P kat] [M ah

    da ah] [M ah

    m alr] [M ah ili] [M ah biji

    Sag] [M ah

    amb wu]

    DMS : Amboi! Meyrah Mak ngah kawan kite ni!

    BMB : Amboi! Merah betul kawan kita ini!

    4. Kuning

    Kuning cair Kuning

    langsat Kuning

    pekat Kuneng

    emas Kuning

    pucat Kuning krim

    Kuning telur

    Kuneng

    Kuneng cayer Kuneng

    langsat Kuneng pekat Kuneng mas Kuneng pucat Kuneng krim

    Kuneng telor

    [kwun ]

    [kwun a y r] [kwun lasat] [kwun p?

    kat] [kwun m s] [kwun p wuat [kwun krim] [kwun tel wor]

    DMS : Pelamin kenduri tadi bertemakan kuneng krim.

    BMB : Pelamin di majlis kenduri kahwin tadi bertemakan kuning cair.

    5. Hijau

    Hijau tahi lembu

    Hijau muda Hijau tua Hijau pucuk

    pisang

    Hijau daun

    Ijaw

    Ijaw taik lembu

    Ijaw muda Ijaw tuwa Ijaw pucok

    pisang Ijaw dawon

    [I a w]

    [I a w tai Lembu]

    [I a w mwuda] [I a w tuwa] [I a w pwuok

    pisa]

    [I a w dawon]

    DMS : Tolong amikkan baju

    kurung saye wane ijaw.

    BMB : Tolong ambilkan baju

    kurung saya yang berwarna

    hijau.

    6. Biru

    Biru tua Biru muda Biru laut

    Biruw

    Biruw tuwa Biruw mude Biruw laut

    [Bi w u]

    [Biwu twua] [Biwu mud] [Biwu lawut]

    DMS : ibu, tolong urutkan, kaki

    kakak dah naik biruw ni.

    BMB : ibu, tolong urutkan, kaki

    kakak sudah naik biru ini.21

  • Biru langit Biruw langet [Biwu laet]7. Unggu

    Unggu pekat Unggu

    keladi

    Ungu

    Ungu pekat

    Ungu keladi

    [Uwu]

    [Uwu p kat]

    [Uwu kladi]

    DMS : kereta Gen-2 wane ungu pekat tadi, nampak sangat cantik.

    BMB : kereta Gen-2 berwarna ungu pekat sebentar tadi, kelihatan sangat cantik.

    8. Kelabu

    Kelabu asap

    Kelabu tahi anjing

    Klabu

    Klabu asap

    Klabu taik anjing

    [Klabwu]

    [Klabwu asap] [Klabwu tai?

    Anji]

    DMS : Ko ni, pergi mandi! Dah

    kelabu asap aku tengok.

    BMB : Kau ini, pergilah mandi!

    Sudah macam orang penat aku

    tengok.9. Oren

    Oren pekat

    Oren cair

    Oreng

    Oreng pekat

    Oreng cayer

    [O ]

    [O p?kat] [O a y r]

    DMS : ibu memberikan ayah

    segelas air oreng untuk

    diminum.

    BMB : ibu memberikan ayah

    segelas air oren untuk diminum.10. Coklat Coklet [ k lt] DMS : adik suka makan kuih

    berwarna coklet.

    BMB : adik suka makan kuih

    berwarna coklat.

    4.3.2 KONSEP MENGHITUNG

    4.3.2.1 Definisi menghitung

    Menghitung menurut Kamus Dewan edisi keempat membawa maksud perihal membuat kira-

    kira atau kiraan iaitu sama ada membahagi, mencampur, mendarab dan sebagainya. Begitu

    juga dengan perkataan membilang yang membawa maksud yang sama iaitu hitung dan kira

    jumlah barang yang banyak. Kedua-duanya mempunyai pengertian maksud yang sama tetapi

    menggunakan istilah yang berbeza. Demikian pula, menurut Asmah Hj Omar (1986 :116),

    menyatakan bahawa dalam Bahasa Malaysia terdapat tiga perkataan yang mempunyai makna 22

  • yang sama iaitu menghitung yang membawa maksud bilang, kira dan hitung. Berdasarkan

    kaedah perbandingan yang dikaitkan dengan pertumbuhan konsep perhitungan, dapatlah

    disimpulkan bahawa dalam Bahasa Melayu konsep bilang dan kira itu adalah lebih tua dari

    hitung.

    4.3.2.2 Sejarah kata menghitung

    Konsep dan kata hitung timbul kemudian iaitu selepas kedua-duanya wujud. Menurut Asmah

    Hj Omar (1986 :117), besar kemungkinan bahawa istilah hitung itu timbul sebelum bangsa

    besar melayu itu berpecah menjadi pelbagai suku bangsa seperti Melayu jati, Murut, Dusun,

    Jawa dan sebagainya. Bukti yang lain pula menyatakan bahawa bilang pada mulanya terhasil

    daripada tindakan memberi nama yang juga terdapat dalam kata terbilang yang bermaksud

    ternama dan terkenal.

    4.3.2.3 Simbol fonetik dan terjemahannya dalam bentuk ayat.

    Perkara utama yang hendak dibincangkan di bahagian ini adalah mengenai cara sebutan

    masyarakat melayu Selangor dalam membilang dan apakah perbezaan yang dapat dilihat dari

    segi fonetik dan fonologinya.

    23

  • 24

    Bil Bahasa baku Dialek Melayu

    Selangor

    Simbol

    fonetik

    Contoh ayat

    ( DMS = Dialek Melayu Selangor, BMB = Bahasa Melayu baku )

    1. Satu satuw [satwu] DMS : saye nak satwu!

    BMB : saya hendak satu!2. Dua duwe [dwuw] DMS : Duwe bijik kreta tebabas di simpang 3

    pagi tadi.

    BMB : Dua biji kereta terbabas di simpang 3 pagi tadi.

    3. Tiga tige [tig] DMS : Mak cik, saye nak goreng pisang tige ringgit.

    BMB : Mak cik, saya hendak goreng pisang tiga ringgit.

    4. Empat pat [Pat ] DMS : pat orang plajar sesi petang ditangkap atas kesalahan merokok dalam tandas.

    BMB : Empat orang pelajar sesi petang ditangkap atas kesalahan merokok dalam tandas.

    5. Lima limer [limr] DMS : limer ekor ikan tlah sangkut dijaring ayah.

    BMB : lima ekor ikan sepat telah sangkut pada jaring ayah.

    6. Enam nam [n m] DMS : raju! Brikan aku n m bijik paku!

    BMB : Raju! Berikan aku enam biji paku!7. Tujuh Tujoh [Tu h] DMS : Kali ni! Dah masok tujoh kali aku ke

    tandas!

    BMB : Kali ini! Sudah masuk tujuh kali aku ke tandas!

    8. Lapan lapan [Lapan ] DMS : Lapan Bijik limau yang dibli semalam sumenya busuk

    BMB : lapan biji limau yang dibeli semalam kesemuanya busuk.

    9. Sembilan semilan [smilan] DMS : Baju tu beharge semilan ringget.

    BMB : Baju itu berharga Sembilan ringgit.10. Sepuluh sepuloh [spul h] DMS : Selonggok durian beharge sepuloh

    ringget.

    BMB : Satu longgok durian berharga sepuluh ringgit.

    11. Sebelas Seblas [sb las] DMS : Bratur seblas, seblas..cepat!

    BMB : Beratur sebelas, sebelas..cepat!12. Dua belas Doblas [Dob las] DMS : Diwet kelas sebulan doblas ringget.

    Stuju?

    BMB : Duit kelas sebulan dua belas ringgit. Setuju?

  • 4.4 RUMUSAN KAJIAN

    Secara ringkas, terdapat beberapa ciri yang menunjukkan perbezaan dalam sebutan dialek

    Melayu Selangor antaranya adalah terdapat lapan fonem vokal dalam ragam dialek Melayu

    Selangor iaitu /a/,/e/,/ /,//,/i/,/o/,/ / dan /u/. Tetapi jumlah fonem ini memerlukan penelitian yang sangat mendalam untuk mengkajinya. Bagi dialek Melayu Selangor, fonem /e/

    seringkali digunakan serta menunjukkan banyak alofon terutamanya diawal suku kata.

    Contohnya dalam perkataan [m ah]. Seterusnya, penggunaan fonem /e/ wujud dalam bentuk / / pada suku kata awal dan suku kata akhir perkataan. Dalam lingkungan ini /e/ wujud sebagai vokal depan separuh luas dan bibir dihamparkan. Sebagai contoh dalam

    perkataan [kwun ], [s kto ] dan [O ]. Selain itu, fonem/o/ wujud dalam bentuk / / iaitu dalam bentuk vokal belakang separuh luas. Bibir dibundarkan ketika menghasilkannya.

    Sebagai contoh bagi perkataan [ k lt]. Akhir sekali, penggunaan vokal tengah // sebagai alofon /e/ dalam perkataan. Sebagai contoh bagi perkataan [pwuteh mlpak] dan [pwuteh

    gbu].

    Bagi konsonan pula, menurut Collins J.T (1996:99), terdapat tiga fonem yang berbeza

    yang digunakan dan dapat dikenalpasti dalam sebutan dialek Melayu Selangor antaranya

    adalah fonem / /, // dan / /. Terdapat juga penggunaan tanda glottis /?/, pembibiran / w/, penglelangitkerasan // dan / / dan penyengauan // dalam perkataan. Penggunaan fonem / /,geseran lelangit lembut bersuara, wujud dengan satu alofon sahaja bagi melambangkan fonem/r/ dalam perkataan. Getaran lidah yang dihasilkan oleh penutur dialek Melayu

    Selangor dalam membunyikan huruf /r/ adalah sangat ketara, sebagai contoh dalam perkataan

    [O ], [M ah], [ umput], [ ambut] dan banyak lagi. Selain itu, penglelangitkerasan turut ditekankan dalam perkataan. Sebagai contoh dalam perkataan [kwun a y r] dan [I a w pwuok pisa]. Seterusnya penggunaan teknik pembibiran dalam menghasilkan bunyi

    perkataan. Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007:97),

    pembibiran atau labialisasi tambahan berlaku semasa hendak menyebut bunyi vokal

    belakang. Misalnya semasa kita menyebut perkataan [kuni]. Sebenarnya, semasa kita

    hendak menyebut bunyi kosonan [k] yang diikuti oleh vocal belakang [u] dalam perkataan

    kuning itu, berlaku sedikit pembundaran bibir, iaitu pengaruh daripada hendak menyebut

    bunyi vokal belakang [u] dalam perkataan kuning itu. Olej itu, artikulasi tambahan

    pembibiran ditambah dengan lambang [w]. Sebagai contoh dalam perkataan [kwun ],

    25

  • [Pwuteh] dan [Bi w u]. Akhir sekali adalah hentian glottis / / pada pertengahan dan akhir perkataan. Sebagai contoh dalam perkataan [p kat], [i tam] dan [ k lt].

    Jelaslah disini bahawa, sebutan dialek Melayu Selangor masih belum lari dari sebutan

    asal Melayu Baku. Perbezaan-perbezaan yang wujud hanyalah selepas berlakunya

    penambahan fonem diawal atau diakhir vokal serta konsonan. Berlaku sedikit lajakan sebutan

    dalam penyebutan dialek Melayu Selangor secara jelas dan nyata.

    5.0 KESIMPULAN

    Negara Malaysia adalah negara yang kaya dengan dialek. Dialek-dialek yang wujud ini

    adalah merupakan hasil pengembangan daripada dialek Melayu yang asli. Setiap dialek

    mempunyai ciri-ciri yang tersendiri mengikut pengaruh yang diserap daripada luar.

    Walaupun penggunaan dialek masih tetap berlangsung dan masih pekat dikalangan

    masyarakat Melayu, penggunaan bahasa Melayu Standart tetap digunakan apabila bergaul

    dengan masyarakat dari negeri lain.

    Sehubungan dengan itu, terdapat pelbagai pemikiran yang berbeza tentang konsep

    warna dan juga menghitung bagi setiap dialek. Disebabkabkan dialek-dialek ini dibezakan

    oleh jarak diantara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain, pemikiran yang dihasilkan

    juga adalah berbeza. Sebagai contoh, kelainan dari segi cara masyarakat dikawasan Timur

    Semenanjung Malaysia dengan Barat Semenanjung Malaysia berfikir tentang warna.

    Dikawasan Barat Semenanjung, pemikiran yang diwujudkan adalah berdasarkan alam

    semulajadi, tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Manakala di kawasan Timur Semenanjung

    Malaysia seperti negeri Kelantan dan Terengganu mereka lebih banyak mewujudkan istilah-

    istilah baru bagi merujuk suatu warna tertentu berdasarkan pengaruh luar. Dari segi

    perbezaan antara dialek Melayu Selangor dengan Bahasa Melayu baku pula, dialek Melayu

    Selangor melakukan banyak penambahan perbendaharaan kata bagi merujuk kepada suatu

    warna mahupun bilangan. Walaubagaimanapun, jika dirujuk kepada Bahasa Melayu Baku,

    26

  • penambahan-penambahan pada kata am warna tidak wujud bagi mengklasifikasikan suatu

    warna lain.

    Kesimpulannya, bagi kajian ini, dialek Melayu Selangor merupakan salah satu dialek

    yang masih belum jauh berbeza dari dialek melayu sebenar. Hal ini kerana, perbezaan-

    perbezaan yang wujud dari segi fonetiknya hanya menggugurkan serta memberi sedikit

    penambahan pada suatu perkataan. Hal ini, sebaliknya tidak merosakkan maksud sebenar

    perkataan dan tidak memberikan makna yang berlainan dari maksud asal. Justeru itu,

    diharapkan pengkajian mengenai dialek Melayu Selangor ini terus dijalankan supaya kita

    akan dapat memperoleh kajian yang benar-benar tepat bagi menggambarkan cara sebutan

    masyarakat Melayu Selangor negara kita dengan jitu.

    6.0 BIBLIOGRAFI

    Abdul Hamid Mahmood (1995). Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu : cabaran dan harapan.

    Syarahan Inaugural,Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, 10 jun 1995.

    Abdullah Hassan (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Fajar

    Bakti.

    Abdullah Hassan (2005). Linguistik Am. Kuala Lumpur : PTS Professional.

    Abdullah Hassan, Mardian Shah Omar dan Indirawati Zahid (2006). Fonetik dan Fonologi.

    Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

    Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik Fonetik dan Fonologi

    Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Aslita Sdn. Bhd.

    Asmah Hj Omar (1997). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur :

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Asmah Hj Omar (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Asmah Hj Omar (1995). Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur :

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    27

  • Beverley Collins and Inger M.Mees (2003). Practical Phonetics and Phonology : A Resource

    for Students. London and New Yorks : Taylor & Francis Group.

    Collins J.T (1996). Khazanah Dialek Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit UKM

    Goay Teck Chong, Choo Say Tee dan Zainuddin Ahmad (2006). Teks Pra-U STPM Bahasa

    Melayu. Selangor : Pearson Longman.

    Newton, B. (1972). The Generative Interpretation of Dialect: A Study of Modern Greek

    Phonologi. Cambridge : Cambridge University Press.

    S.Nathesan (2001). Makna dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Zaharani Ahmad (1993). Fonologi Generatif : Teori dan penerapan. Kuala Lumpur : DEwan

    Bahasa dan Pustaka.

    SUMBER INTERNET

    Diperoleh pada 26 Februari, 2010 daripada

    http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm

    Diperoleh pada 23 Februari, 2010 daripada :

    http://mypbm.org/aspati-cms/articles.

    Diperoleh pada 28 Februari, 2010 daripada:

    http://prpm.dbp.gov.my

    28