ulasan buku cerita sultan mahmud mangkat dijulang

6
Ulasan Buku yang saya ulas adalah sebuah buku cerita siri kisah klasik Melayu yang bertajuk Sultan Mahmud mangkat dijulang. Berdasarkan permerhatian saya terhadap buku tersebut, saya mendapat beberapa perkara perlu dibincangkan dan diulas bagi memperbaiki kualiti buku tersebut agar ianya sesuai dan berkesan untuk pembacaan pelajar tahap satu dan tahap dua. Buku ini ditulis oleh Suhaiza dan diilustrasikan oleh Amos Raja. Pertama sekali saya mahu membincangkan tentang ilustrasi kulit depan buku ini. Pada pandangan saya, ilustrasi pada kulit buku ini tidak memberi gambaran awal berkenaan tajuk yang hendak diketengahkan. Pengilustrasi ini telah memaparkan gambaran watak dua orang hulubalang Melaka. Gambaran yang dipaparkan adalah tidak sesuai dengan tajuk buku tersebut. Pengilustrasi sepatutnya mengilustrasi kulit buku sesuai dengan tajuk buku tersebut seperti gambar sultan Mahmud mangkat dijulang. Hal ini demikian kerana sangat penting untuk memberi gambaran awal berkenanan tajuk yang hendak didedahkan. Hal ini membolehkan kanak-kanak atau pelajar mudah memahami tajuk yang hendak dipaparkan kepada mereka. Dari sudut warna pula, warna yang digunakan adalah sesuai dan boleh membangkitkan minat kanak-kanak atau pelajar untuk membaca. Tulisan tidak terlalu padat dan memudahkan pembacaan. Kulit buku dibina dengan menggunakan kertas yang keras. Kertas yang keras dan tidak mudah koyak sangat sesuai digunakan untuk pembacaan kanak-kanak kerana bersifat tahan lama. Hal ini demikian kerana kelakukan kanak-kanak adalah sangat kasar. Oleh itu, kulit yang keras amat perlu agar tidak mudah koyak dan tahan lama. Buku ini terdiri daripada enam

Upload: mohamad-nazmie-mohamed-tarmizi

Post on 26-Dec-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ulasan

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Buku Cerita sultan mahmud mangkat dijulang

Ulasan

Buku yang saya ulas adalah sebuah buku cerita siri kisah klasik Melayu yang

bertajuk Sultan Mahmud mangkat dijulang. Berdasarkan permerhatian saya terhadap

buku tersebut, saya mendapat beberapa perkara perlu dibincangkan dan diulas bagi

memperbaiki kualiti buku tersebut agar ianya sesuai dan berkesan untuk

pembacaan pelajar tahap satu dan tahap dua. Buku ini ditulis oleh Suhaiza dan

diilustrasikan oleh Amos Raja. Pertama sekali saya mahu membincangkan tentang

ilustrasi kulit depan buku ini. Pada pandangan saya, ilustrasi pada kulit buku ini tidak

memberi gambaran awal berkenaan tajuk yang hendak diketengahkan. Pengilustrasi

ini telah memaparkan gambaran watak dua orang hulubalang Melaka. Gambaran

yang dipaparkan adalah tidak sesuai dengan tajuk buku tersebut. Pengilustrasi

sepatutnya mengilustrasi kulit buku sesuai dengan tajuk buku tersebut seperti

gambar sultan Mahmud mangkat dijulang. Hal ini demikian kerana sangat penting

untuk memberi gambaran awal berkenanan tajuk yang hendak didedahkan. Hal ini

membolehkan kanak-kanak atau pelajar mudah memahami tajuk yang hendak

dipaparkan kepada mereka.

Dari sudut warna pula, warna yang digunakan adalah sesuai dan boleh

membangkitkan minat kanak-kanak atau pelajar untuk membaca. Tulisan tidak

terlalu padat dan memudahkan pembacaan. Kulit buku dibina dengan menggunakan

kertas yang keras. Kertas yang keras dan tidak mudah koyak sangat sesuai

digunakan untuk pembacaan kanak-kanak kerana bersifat tahan lama. Hal ini

demikian kerana kelakukan kanak-kanak adalah sangat kasar. Oleh itu, kulit yang

keras amat perlu agar tidak mudah koyak dan tahan lama. Buku ini terdiri daripada

enam belas muka surat tidak termasuk kulit depan dan belakang. Dari sudut muka

surat, ianya tidak terlalu panjang dan terlalu pendek. Buku cerita yang terlalu pendek

menyebabkan kanak-kanak tidak merasa puas membaca manakala buku cerita yang

mempunyai muka surat yang terlalu panjang akan menimbulkan kebosanan kerana

tempoh masa yang diambil untuk menghabiskan pembacaan tersebut atau

memahami tajuk yang hendak disampaikan terlalu lama. Lama-kelamaan kanak-

kanak merasa bosan dan meninggalkan pembacaan. Oleh itu, bilangan muka surat

patut diambil kira agar matlamat sesuatu buku cerita itu ditulis dalah berkesan.

Page 2: Ulasan Buku Cerita sultan mahmud mangkat dijulang

Dari sudut bentuk tulisan buku cerita ini, saya medapati buku ini

menggunakan tulisan “Times New Roman” hal ini kerana strukturnya mudah dibaca

dan jelas. Namun begitu, fon yang digunakan tidak sesuai kerana ianya agak kecil

untuk dibaca. Hal ini boleh menimbulkan kesukaran kepada kanak-kanak untuk

membaca ditambah pula dengan tulisan yang digelapkan. Jarak antara tulisan pula

terlalu rapat dan boleh menimbulkan kekeliruan kepada kanak-kanak ketika

membaca. Ada kanak-kanak yang tersilap baris ketika membaca kerana jaraknya

terlalu rapat. Namun begitu, penulis menggunakan pembatangan suku kata dengan

menggunakan warna yang berbeza bagi setiap suku kata. Hal ini demikan sangat

sesuai untuk kanak-kanak tahap satu dimana mereka masih diperingkat mula mahir

membaca. Teknik sangat sesuai untuk melatih kanak-kanak mengeja dan membaca.

Di samping itu, di setiap muka surat terdapat ilustrasi yang menggambarkan

keadaan seperti peritiwa tersebut benar-benar berlaku. Penggunaan ilustrasi yang

sesuai mengikut jalan cerita menimbulkan minat kanak-kanak. Kanak-kanak pada

tahap satu lebih cenderung memahami sesuatu cerita secara visual. Hal ini akan

memudahkan kanak-kanak tersebut untuk memahami jalan cerita dengan mudah

berdasarkan gambaran yang diberikan oleh illustrator.

Pengarang juga ada menggariskan perkataan-perkatan yang jarang didengari

dan kemudiaannya. Perkataan-perkataan yang dianggap baru tersebut dijelaskan di

bahagian bawah muka surat. Hal ini menunjukkan bahawa pengarang buku cerita ini

sangat mementingkan aspek bahasa dan menginginkan agar pembaca buku ini

boleh memahami sedikit sebanyak perkataan yang baru mereka dengari. Sebagai

Contohnya, perkataan “mengingkari” membawa maksud tidak mengikut suatu

perintah atau arahan. Di sini pengarang bukan sahaja mementingkan aspek sejarah

malah mementingkan aspek bahasa. Hal ini menunjukkan bahawa pengarang

merupakan seorang yang berpengatahuan dalam kaedah penggabungjalinan. Ia

amat penting bagi mengelakkan kebosanan sesuatu buku cerita. Di setiap muka

surat juga begitu, pengarang menggariskan satu perkataan bagi setiap muka surat

dan menghuraikannya di bahagian bawah setiap muka surat. Pada penghujung

cerita ini juga diselitkan moral mengenai cerita ini. Moral cerita ini ialah janganlah

menjadi seorang yang zalim kerana kezaliman hanya akan membawa kepada

kemusnahan. Pada pendangan saya, penulis hanya mahu menumpukan seluruh

penulisannya hanya untuk memahami moral ini. Buku cerita ini bertemakan

kezaliman membawa padah. Penulis ingin menasihati pembaca agar tidak

mencontohi perbuatan sultan Melaka yang bertindak zalim dan tidak rasional.

Page 3: Ulasan Buku Cerita sultan mahmud mangkat dijulang

Dalam penulisannya, penulis cuba menggambarkan watak sultan Melaka iaitu

Sultan Mahmud II sebagai seorang yang zalim dan bertindak secara membuta tuli.

Buktinya Sultan Mahmud telah membunuh Dang Anum walaupun suaminya Megat

Seri Rama sanggup menggadaikan nyawa untuk sultan. Di sini penulis mahu

pembaca mengambil iktibar supaya berhati-hati dalam setiap tindakan yang

dilakukan kerana setiap kesilapan dalam tindakan yang dilakukan boleh membawa

kesan yang sangat buruk kepada yang membuat keputusan. Di sini penulis

menggambarkan sultan sebagai seorang yang tidak berpandangan jauh. Sultan tidak

memikirkan kesan akibat tindakan yang akan dilakukan. Penulis cuba melarang

pembaca daripada membuat tindakan yang terburu-buru. Setiap penulisan yang

dilakukan mestilah dapat mempengaruhi pembacanya sama ada baik atau buruk.

Berdasarkan pandangan saya, buku carita ini sangat sesuai dan menarik untuk

dibaca oleh kanak-kanak terutamanya tahap satu kerana buku cerita ini menyajikan

pelbagai ilmu pengetahuan bukan sahaja dalam bidang sejarah, malah dalam bidang

bahasa serta ingin membentuk nilai dan akhlak pembaca. Buku ini kelihatan menarik

dengan penggunaan warna yang sesuai dengan ilustrasi. Kanak-kanak sangat

tertarik dengan pendangan pertama dengan buku ini. Maka tidak hairan jika buku

sebegini menjadi perhatian dan pembacaan dalam kalangan kanak-kanak

terutamanya tahap satu.

Jalan cerita buku ini adalah jelas dan mengikut kronologi. Cerita bermula

dengan pemergian Megat Seri Rama dan diikuti dengan pembunuhan Dang Anum

dengan kematian Sultan Melaka ketika dijulang. Walaubagimanapun, dialog yang

digunakan oleh penulis bukan dialog yang benar-benar diucapkan ketika peristiwa

tersebut berlaku tetapi penulis berusaha menggambarkan dengan jelas bagaimana

keadaan tersebut berlaku bagi memberi mesej dan pemahaman kepada pembaca.

Kisah ini bukan cerita dongeng kerana kisah sedih ini tercatat dalam Sejarah Johor

oleh Tun Sri Lanang sebagai " Sultan Mahmud Mangkat Dijulang" Baginda mangkat

dalam usia yang muda dan menaiki taktha pada tahun 1685. Kemangkatan baginda

yang tidak meninggalkan zuriat menyebabkan pembesar Johor pada masa itu

bermuafakat untuk melantik Bendahara Tun Habib Abd.Majid menjadi Sultan Johor

yang baru dengan gelaran Sultan Abd.Jalil IV (1699-1718) dan semenjak itu

berakhirlah titisan zuriat Sultan Mansur Syah, Sultan Melaka yang mengasaskan

kesultanan Johor semenjak 1428. Penulis tidak menghuraikan sebab-musabab

peristiwa tersebut berlsaku. Maksudnya kebanyakan fakta yang ditulis adalah tidak

jelas. Sifat semula jadi kanak-kanak adalah perasaan ingin tahu. Buku ini akan

Page 4: Ulasan Buku Cerita sultan mahmud mangkat dijulang

menimbulkan persoalan mengapakah perkara tersebut berlaku. Penulis hanya

meceritakan dan menyusun fakta secara meleret.

Pada akhir muka surat buku cerita ini, penulis menyajikan beberapa soalan.

Penulis bijak kerana penulis tahu bahawa kanak-kanak hanya membaca buku

tersebut sekali sahaja. Pembacaan yang sedikit tidak membolehkan kanak-kanak

mengingat keseluruhan fakta dalam buku ini. Oleh itu, penulis cuba menyediakan

soalan supaya pelajar dapat mengasah memori dan pemikiran pembaca supaya

dapat mengingat fakta dalam jangka masa yang panjang. Soalan ini juga menguji

pemahaman pembaca terhadap cerita yang disampaikan. Kesimpulannya buku ini

sangat sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak terutama kanak-kanak tahap satu dan

dua. Namun begitu, masih terdapat perkara-perkara yang perlu diperbaiki agar buku

ini terjaga dari segi kualiti. Sepatutnya penulis perlu sedar bahawa kualiti lebih

penting dari kuantiti. Kuantiti yang banyak tidak menjanjikan kualiti yang terbaik.