ulangkaji pjm 2 (1)

Upload: indra-thamilarasan

Post on 04-Jun-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Ulangkaji PJM 2 (1)

    1/7

    JESIE EDOT (MATEMATIK 1)

    SOALAN PJM3102 2 OKTOBER 2012 (SELASA)

    SOALAN STRUKTUR

    1) Kesedaran ruang :

    Kesedaran Ruang

    Elemen Yang Dipilih Contoh Aktiviti

    Lokasi Bermain permainan bola beracun dengan menggunakan

    setengah gelanggang badminton.

    Arah Menghantar bola kepada rakan dari arah kiri, kanan, atas

    dan bawah.

    Laluan Melantun bola mengikut skital yang disusun zig-zag.

    Aras Latihan menghantar bola aras dada, aras bahu dan aras

    kepala.

    2) Tujuan pengajaran pergerakan asas :

    Proses bagi memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi

    teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan

    kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan

    dan kreativiti.

    3) Sembilan keinginan asas kanak-kanak menurut Pangrazi & Dauer (1994) :

    Dauer dan Pangrazi (1983: 11-12) telah mengenalpasti 9 keinginan asas kanak-

    kanak, antaranya ialah :

    i. Keinginan untuk bergerak : Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk

    bermain & melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal.

    ii. Keinginan untuk berjaya & diiktiraf : Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya

    tetapi inginkan kejayaan itu dihargai.

    iii. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam

    masyarakat : Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai

    dan dihormati oleh orang lain.

  • 8/13/2019 Ulangkaji PJM 2 (1)

    2/7

    iv. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik : Kanak-

    kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau

    harga diri untuk menyesuaikan dirinya dengan masyarakat.

    v. Keinginan untuk bersaing : Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan

    kemahiran dan kekuatan fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya.

    vi. Keinginan untuk meneroka : Mereka gemar melibatkan diri dalam sesuatu

    kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan.

    vii. Keinginan untuk pencapaian kreatif : Kanak-kanak sangat gemar mengalami

    perkara baru melalui aktiviti kreatif.

    viii. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan : Kanak-kanak

    gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri

    dan persekitaran mereka.

    ix. Keinginan untuk kefahaman : Kanak-kanak mempunyai keperluan & ingin

    mengembangkan kefahaman & ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu

    mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi

    mereka dengan persekitaran.

    4) Kepentingan permainan kanak-kanak :

    - Melatih mereka menjalani gaya hidup sihat.

    - Murid-murid dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti kepantasan, daya

    tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense.

    - Dapat membantu murid dalam mengenal pasti bakat dan kebolehan murid

    tersebut.

    - Mendedahkan murid-murid kepada kemahiran-kemahiran asas dalam

    permainan dan sukan.

    - Dapat membantu kanak-kanak memahami aktiviti di sekitar mereka. Kanak-

    kanak belajar melalui penglibatan secara terus dan pengalaman langsung.

    - Membantu pembentukan personaliti kanak-kanak melalui kerjasama,

    berkongsi, mengikut peraturan, inisiatif dan kesedaran tentang kebersihan

    dan urutan.

    - Meningkatkan keyakinan diri.

    - Mmeningkatkan kebolehan fizikal dari aspek motor halus dan motor kasar.

  • 8/13/2019 Ulangkaji PJM 2 (1)

    3/7

    - Memberi peluang kepada kanak-kanak mengenal persekitaran fizikal, seperti

    saiz, bentuk, warna, berat, tekstur dan jenis.

    - Sebagai salah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaan gembira, marah

    dan geram.

    - Mengembangkan kebolehan kreatif semasa menyelesaikan masalah dalam

    permainan.

    - Sebagai latihan menyelesaikan masalah dengan pelbagai percubaan.

    - Sebagai satu kaedah berkomunikasi dan berinteraksi.

    - Meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata kanak-

    kanak.

    5) Menurut Bunker & Thorpe (1980), terdapat empat kategori permainan,

    berikan 5 contoh permainan dan matlamat mengajar setiap kategori :

    KategoriPermainan

    Contoh Permainan Matlamat

    Jaring dandinding

    Badminton,bolakeranjang,tenis,skuasy,bola jaring,sepak takraw, bolatampar

    Mengajar murid menghantar, melakukanpukulan bertahan, memahami gerak kakidan menerima bola daripada ahli pasukan.

    Pukulandan

    memadang

    Rounders, kriket, hoki,softball

    Murid dapat memahami apa itu larian, bilaperlu menangkap, memadan dan tiada

    pukulan.

    Serangan Bola sepak, bola baling,ragbi,

    Murid dapat memahami kemahiranhantaran, menerima, bergerak denganbola, mengawas dan memintas sertamengacah.

    Sasaran Memanah, bowling, golf Murid dapat memahami kemahiranmembaling, melatih koordinasi mata,tangan dan kaki, ketangkasan, menghalangbola, mengawas dan melontar bola.

  • 8/13/2019 Ulangkaji PJM 2 (1)

    4/7

    6) Bentuk-bentuk penilaian :

    Penilaian Contoh

    Sumatif UPSR, peperiksaan penggal

    Formatif Kuiz

    7) Senarai semak :

    Kemahiran : Melantun bola mengikut skital yang disusun zig-zag

    Bil. Aspek Kemahiran Tandakan ( )

    1. Boleh melantun bola secara zig-zag.

    2. Boleh melantun bola sehingga penamat.

    3. Dapat mengekalkan keseimbangan bola.

  • 8/13/2019 Ulangkaji PJM 2 (1)

    5/7

    SOALAN ESEI

    1) Lukis satu pelan lantai rangkaian pergerakan asas individu ; 5 lokomotor, 2

    bukan lokomotor dan 5 manipulasi alatan.

    BUKAN LOKOMOTOR

    Skipping

    LOKOMOTOR

    Lompat bintang

    LOKOMOTOR

    Lompat katak

    MANIPULASI ALATAN

    Lontar bola ke atas dan

    sambut

    LOKOMOTOR

    Berlari ketingting

    LOKOMOTOR

    Berlari mengiring

    MANIPULASI ALATAN

    Melantun bola kiri dankanan

    LOKOMOTOR

    Berlari mengiring

    BUKAN LOKOMOTOR

    Imbangan bangau

    MANIPULASI ALATAN

    Memusingkan hula hoop(gelung rotan) di pinggang

    MANIPULASI ALATAN

    Melompat menggunakan

    tali skipping

    MANIPULASI ALATAN

    Bermain yoyo dengan

    pelbagai gaya

    Stesen 1 Stesen 2 Stesen 3 Stesen 4

    Stesen 5Stesen 6Stesen 7

    Stesen 8 Stesen 9 Stesen 10

    Stesen 11Stesen 12

  • 8/13/2019 Ulangkaji PJM 2 (1)

    6/7

    2) Bina 1 permainan kanak-kanak.

    Nama permainan : Mini Dodgeball

    Kategori : Serangan

    Jangka masa : 8 minit

    Alatan : 10 biji bola dan 8 skital.

    Keselamatan : Bola yang digunakan tidak terlalu keras.

    Peraturan : Pemain tidak boleh membaling bola pada bahagianpinggang dan ke atas. Pemain hanya boleh

    membaling bola pada bahagian bawah pinggang.

    Cara bermain :

    1) Terdapat dua pasukan dan 6 orang dalam satu pasukan.

    2) 10 biji bola diletakkan di garisan tengah.

    3) Apabila pengadil membunyikan wisel, kedua-dua pasukan berlari ke garisan

    tengah dan mengambil bola dengan menggunakan anggota badan seperti

    kaki, tangan dan boleh baring untuk mencapai bola di garisan tengah.

    4) Setelah semua bola telah diambil, kedua-dua pasukan balik ke kawasan

    masing-masing.

    5) Apabila pengadil membunyikan wisel, pemain boleh mula membaling bola ke

    arah pihak lawan, tetapi tidak boleh melepasi kawasan bertahan.

    6) Pemain yang terkena bola di kawasan bawah pinggang dikira mati dan

    keluar gelanggang.

    7) Apabila masa perlawanan tamat, pasukan yang mempunyai ramai ahli yang

    masih hidup dikira sebagai pemenang.

  • 8/13/2019 Ulangkaji PJM 2 (1)

    7/7

    Selepas permainan, pemain hendaklah menyimpan semula bola dan skital di stor

    atau di tempat yang sepatutnya.

    3) Empat tujuan penilaian prestasi :

    i. Guru dapat membuat refleksi terhadap diri; dapat memperbaiki kelemahan

    diri.

    ii. Untuk tujuan penambahbaikan.

    iii. Menilai kelemahan dan kekuatan murid.

    iv. Memantau perkembangan murid, seterusnya membimbing murid agar dapat

    menguasai sesuatu kemahiran atau pengetahuan.

    Kawasan

    bertahan

    Kawasan

    bertahan

    Kawasan

    tengah