ulang kaji latihan edu

Upload: arname

Post on 14-Apr-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Ulang kaji latihan edu

    1/14

    EDU 3107

    BAHAGIAN A(20 markah)

    Jawab semua soalan dalam bahagian ini

    1. Terdapat beberapa jenis perkhidmatan Bimbingan yang dilaksanakan disekolah, berikut adalah jenis perkhidmatan Bimbingan yang dilaksanakankecuali,(A) penilaian(B) kaunseling(C) konsultasi dan rujukan(D) kesihatan

    2. Kaunseling individu adalah proses interaksi untuk(A) menyelesaikan masalah klien(B) mempertahankan hak individu(C) mencari kesempurnaan kendiri

    (D) memberi nasihat dan cadangan3. Berikut adalah antara kod etika perhubungan kaunseling yang digariskan oleh

    Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA)(A) perhubungan kaunseling dan maklumat yang didapati mestilah

    dirahsiakan(B) tanggungjawab utama ahli ialah menghormati kesepaduan dan

    memelihara kebajikan klien(C) memberi sumbangan aktif dalam meninggikan kehidupan moral,

    kebudayaan dan cendekiawan masyarakat(D) ahli-ahli boleh memilih untuk berunding dengan profesional lain yang

    berkelayakan mengenai seseorang klien

    4. Berikut adalah sumber pengumpulan maklumat yang biasa digunakan olehguru bimbingan di sekolah

    I. Kad 001II. Keputusan ujian dan peperiksaanIII. Rekod penggunaan pusat sumberIV. Rekod disiplin pelajar

    (A) I dan II(B) I,II dan III

    (C) I,II dan IV(D) I,III dan IV

    5. Beberapa orang murid datang berjumpa dengan guru bimbingan danmenyatakan masalah-masalah berikut:

    Perkhidmatan yang boleh diberikan kepada murid-murid tersebut ialah

    Pencapaian akademik yang rendah

    Rasa bosan untuk belajar

    Kurang berminat untuk belajar

    Ingin berhenti sekolah

  • 7/30/2019 Ulang kaji latihan edu

    2/14

    EDU 3107

    (A) rujukan(B) bimbingan(C) kaunseling(D) perundingan

    6. Pernyataan berikut yang manakah paling tepat menerangkan tujuanpenggunaan teori dalam proses kaunseling?(A) mambantu guru bimbingan dalam mempermudahkan penyelesaian

    masalah yang dihadapi klien(B) membantu guru bimbingan untuk menentukan arah dan fokus dalam

    menjalankan perkhidmatan kaunseling(C) membolehkan seseorang itu layak ditauliahkan sebagai guru

    bimbingan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

    (D) membolehkan guru bimbingan mengetahui peranan dan bidangtugasnya ketika menjalankan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

    7. Menurut Carl Rogers, seseorang klien perlu manjalani sesi apabila dia beradadalam keadaan tidak kongruenTidak kongruen dari pernyataan di atas bermaksud(A) terdapat banyak perbezaan antara kendiri dan pengalaman(B) wujudnya tidak keserasian hingga berlakunya konflik dalam diri(C) terdapat persetujuan dan penentangan dalam membuat keputusan(D) apabila terdapat banyak persamaan antara kendiri dengan

    pengalaman

    8. Teori Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) menganggap bahawamasalah manusia berpunca dari falsafah yang salah atau pemikiran yangtidak rasionalPernyataan manakah lebih memberi sokongan langsung terhadap anggapantersebut?(A) mengambil risiko(B) mempunyai fikiran terbuka dan feksibel(C) memerhati diri sendiri secara sepenuhnya(D) menerima perkara-perkara yang pasti sahaja

    9. Membina hubungan teraputikmerupakan salah satu ciri yang wujud dalamproses kaunseling .Dua elemen penting yang mesti wujud agar hubungan yang terjalinmempunyai nilai teraputik ialah(A) pengalaman dan perasaan(B) kepercayaan dan perasaan(C) penerimaan dan kefahaman(D) kepercayaan dan dan penerimaan

  • 7/30/2019 Ulang kaji latihan edu

    3/14

    EDU 3107

    10.

    Tindak balas guru bimbingan tersebut merupakan kemahiran(A) konfrantasi(B) penerokaan(C) memberi nasihat(D) refleksi perasaan

    11. Saya benci dia....benci yang amat-amat sangat!.... Lia terus meluahkanperasaannya sambil tersenyum tawar.Sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling, kemahiran mengenalpasti masalahmemerlukan anda untuk

    (A) membuat refleksi isi(B) membuat refleksi perasaan(C) membuat refleksi pengalaman(D) membuat refleksi tindakan

    12.

    Tahap-tahap Proses Terapi Main berlaku dalam empat tahap Tentukan apayang terjadi di tahap ke empat?

    (A) Penamatan

    (B) Tindakan Susulan

    (C) Pemilihan alternatif

    (D) Bertindak mengikut alternatif sehingga berjaya

    Tahap Satu

    Rasa diterima

    Ikin kata Ikin tak tahu kemana nak pergi selepas peperiksaanSPM nanti.Saya cadangkan Ikin teruskan denganpersekolahan Ikin jika berjaya dalam SPM nanti. Apa kataIkin?.

    Tahap Dua

    Luahan Perasaan Yang Terpendam

    Tahap TigaPenerokaan Peristiwa Yang

    mencetuskan Pemikiran

    Tahap Empat

    ......................................................

  • 7/30/2019 Ulang kaji latihan edu

    4/14

    EDU 3107

    13. Lukisan boleh menjadi perantaraan dorongan luahan pemikiran positif dannegatif tentang diri kanak-kanak, keluarga dan dunia mereka.

    Pernyataan di atas adalah berkaitan Terapi Seni.Berikut ialah jenis-jenislukisan yang boleh digunakan dalam Terapi Seni.

    I Potret diri

    II lukisan bebas

    III lukisan keluarga

    IV lukisan komersial

    (A) I dan II

    (B) III dan IV

    (C) I, II dan III

    (D) I, III dan IV

    14. Terapi Muzik memberikan kesan teraputik dan sebagai satu saluranmelahirkan perasaan kanak-kanak.

    Aktiviti manakah yang bersesuaian dengan kenyataan tersebut?

    (A) terapi muzik secara individu dan kelompok yang menuju kepadamasalah klien

    (B) pengalaman rekreaksi dan berorientasikan hiburan bertujuan untukmemupuk proses sosialisasi

    (C) kelompok teraputik yang mendengar lagu bertujuan meningkatkankejelekitan kelompok

    (D) aktiviti yang mirip kepada psikoterapi bertujuan merangsang emosi,

    menggalakkan perbincangan, memupuk pemahaman kendiri danmeningkatkan hubungan sosial.

    15. Pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang dapat mengamalkankepelbagaian semasa mengendalikan sesi kaunseling Kelompok.

    Berikut adalah antara ciri-ciri peribadi yang patut dimiliki oleh pemimpinkelompok :

    I Kreatif

    II Berkarisma

  • 7/30/2019 Ulang kaji latihan edu

    5/14

    EDU 3107

    III Bersemangat

    IV Memiliki kelenturan

    (A) I dan II

    (B) II dan III

    (C) I, II dan IV

    (D) I, II, III dan IV

    16. Jadi anda mengaku, anda masih merahsiakan hubungan ini daripada ibuanda.

    Parafrasa adalah kemahiran yang sangat penting dalam kaunseling kelompokkerana ia memainkan beberapa peranan seperti berikut kecuali

    (A) mengambarkan empati pemimpin kepada ahli

    (B) ahli belajar menghadapi konflik dan konfrontasi dengan berkesan

    (C) ia membuktikan kepada ahli segala yang diucapnya, didengari olehpemimpin

    (D) ini menimbulkan perasaan dihargai dalam diri klien lalumenggalakkannya supaya terus berkongsi dengan kelompok.

    17. Sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling, saya menyedari bahawa teknikkemahiran belajar merupakan satu keperluan untuk murid-murid menghadapiUjian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).Oleh itu sepanjang tahun ini, sayatelah mendedahkan pelbagai jenis teknik dan kemahiran belajar yang perludikuasai oleh murid-murid Tahun Enam.

    Berdasarkan pernyataan di atas, apakah jenis kelompok yang telah dilakukan

    oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling berkenaan?

    (A) Kelompok Berpusat Masalah

    (B) Kelompok Berpusatkan Krisis

    (C) Kelompok Berpusatkan Pertumbuhan

    (D) Kelompok Latihan Kemahiran Hidup

  • 7/30/2019 Ulang kaji latihan edu

    6/14

    EDU 3107

    18. Ahli-ahli kelompok akan meneruskan dengan pembinaan kepercayaan dankejelekitan antara satu sama lain. Kesanggupan ahli-ahli untuk mendengar,kemudian memberi maklumbalas yang membuktikan bahawa mereka sudahmencapai kejelekitan.

    Kenyataan di atas menunjukkan ahli-ahli kelompok sedang berada padaperingkat

    (A) Orientasi

    (B) Transisi

    (C) Bekerja

    (D) Penamatan

    19. Apakah takrifan yang tepat dengan gaya hidup?

    (A) Satu cara hidup yang berorientasikan kepentingan umum

    (B) Satu cara hidup yang mencerminkan sikap dan nilai seseorang ataukelompok.

    (C) Satu sikap individu merangkumi sikap terhadap diri, orang lain danpersekitaran sosial.

    (D) Satu cara hidup yang menjadi panduan asimilasi dan penggunaanpengalaman masa depan.

    20. Berikut ialah empat komponen yang dianggap sebagai penentu minatseseorang terhadap sesuatu bidang kerjaya kecuali

    (A) personaliti

    (B) konsep kendiri

    (C) pengaruh rakan sebaya

    (D) pengaruh rangsangan intelek

  • 7/30/2019 Ulang kaji latihan edu

    7/14

    EDU 3107

    BAHAGIAN B(40 markah)

    Jawab semua soalan dalam bahagian ini

    (a) Kaunseling boleh diertikan sebagai satu proses pertolongan yang

    profesional bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alamsekelilingnya. Namun terdapat beberapa ciri yang bukan dianggap sebagaikaunseling.Berikan dua daripadanya.

    [ 4 markah ]

    (b) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah mula diterima danmendapat sambutan dalam kalangan murid dan ibubapa hari ini.Nyatakan tiga kepentingan / rasional perkhidmatan Bimbingan danKaunseling di sekolah.

    [ 6 markah ]

    1. (a) Kualiti peribadi guru bimbingan berkait rapat dengan keberkesananperkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Jelaskan tiga ciriutama yang perlu dimiliki oleh seseorang guru bimbingan

    [ 6 markah ]

    (b) Semua guru adalah guru bimbingan merupakan kenyataan yangmerujuk kepada peranan guru dalam membantu perkhidmatanbimbingan dan kaunseling di sekolah. Nyatakan dan jelaskan secararingkas dua peranan guru biasa dalam membantu perkhidmatanbimbingan dan kaunseling di sekolah.

    [ 4 markah ]

    2. (a) Terdpat beberapa jenis intervensi yang boleh dilaksanakan dalamperkhidmatan kaunseling kanak-kanak. Nyatakan empat jenis intervensitersebut.

    [ 4 markah ]

    (b) Pilih dua daripada intervensi di atas dan terangkan kaedahmenjalankanya secara ringkas.

    [ 6 markah ]3. (a) Saya tak tahu apa minat saya cikgu, kadangkala saya keliru siapasaya ini. Tengok cikgu, saya minat juga nak jadi guru, tapi bila tengokpegawai polis dalam cerita polis kat TV tu, rasanya minat juga.Pernyataan di atas antara keluhan biasa dalam kalangan pelajar.Berdasarkan pernyataan di atas, apakah perkhidmatan yang boleh diberikankepada pelajar tersebut?.

    [ 4 markah ]

  • 7/30/2019 Ulang kaji latihan edu

    8/14

    EDU 3107

    (b) Ujian minat kerjaya Self-Directed Search (SDS) oleh Holland telahmengklaskan ciri manusia kepada enam ciri / tema utama. Pilh duadaripadanya dan nyatakan ciri-ciri personaliti dan contoh pekerjaannya

    [ 6 markah ]

    BAHAGIAN C

    (40 markah)

    Jawab dua soalan.

    1. Banding dan bezakan Teori Pemusatan Perorangan dan Teori RasionalEmotif Terapi (REBT).

    [ 20 markah ]

    2. Sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling, bincangkan keberkesanankemahiran melayan dan mendengar yang boleh anda aplikasikan untukmembantu muridmurid yang kurang bermotivasi dalam prosespembelajaran.

    [ 20 markah ]

    3. Guru Besar telah mengarahkan anda untuk mengadakan satu sesi kaunselingkelompok bagi membantu murid-murid yang berprestasi rendah dalampeperiksaan semester.

    Bincangkan sejauhmanakah halangan-halangan dalam komunikasi, bolehmengagalkan usaha anda untuk menjayakan sesuatu sesi kaunselingkelompok.

    [ 20 markah ]

  • 7/30/2019 Ulang kaji latihan edu

    9/14

    EDU 3107

    BAHAGIAN A(20 markah)

    1) D

    2) B

    3) D

    4) A

    5) B

    6) C

    7) A

    8) C

    9) A

    10) B

    11) B

    12) D

    13) C

    14) D

    15) D

    16) B

    17) D

    18) B

    19) B

    20) D

  • 7/30/2019 Ulang kaji latihan edu

    10/14

    EDU 3107

    10

    BAHAGIAN C(40 markah)

    Jawab dua soalan.

    1. Banding dan bezakan antara Teori Pemusatan Perorangan dan Teori RasionalEmotif (REBT).[[ 20 markah ]

    Aspek Teori PemusatanPerorangan

    Teori Rasional Emotif

    Pandangan/anggapanterhadapmanusia

    mempunyai maruah danharga diri

    mempunyai kebolehanuntuk mencapai arahkesempurnaan kendiri

    berkebolehan untukmemilih nilai masing-masing

    berkebolehan menanganiperasaan, pemikiran dantingkahlaku masing-masing

    berpotensi melakukanperubahan yang konstruktif

    manusia bersifat tidakrasionaldan cenderung

    kepadakegagalan.

    manusia berkebolehanmenangani perasaan,pemikiran dantingkahlaku masing-masing jika beradadalam keadaanrasional.

    Manusia berpotensiuntuk berubah menjadilebih rasional

    1fakta = 1 markah

    1 fakta dan huraian : 2.5 markahMarkah penuh : 5 markah

    PerananKaunseling

    klien dalam keadaan

    tidak kongruen dan Guru

    Bimbingan dan

    Kaunseling pula dalam

    keadaan kongruen.

    sesi kaunseling

    bermatlamat supaya

    klien menjadi kongruen

    dan berjaya mencapai

    kesempurnaan kendiri

    menstruktur semulapemikiran klien yang tidakrasional sehingga klienmemperolehi falsafahhidup yang lebih positifdan rasional.

    1fakta = 1 markah1 fakta dan huraian = 3 markah

  • 7/30/2019 Ulang kaji latihan edu

    11/14

    EDU 3107

    11

    markah penuh = 3 markah

    Teknik Kaunseling 1) ketulenan

    tidak terikat denganperanan

    bersifat spontan tidak bersifat defensif

    bersifat tekal

    membuat pengkongsiandiri

    2)Penerimaan Positif tanpasyarat

    memberi perhatian yangberkualiti

    bersikap tidak

    menghukum menyedari dan

    meningkatkan potensidan kebolehan klien

    3)Empati

    kemahiran melayan dankesenyapan.

    Teknik kognitif

    menstruktur semulapemikiran dan

    kepercayaan tidakrasional menggunakanTeori ABCDE

    A - peristiwa pencetusB- penilaian terhadapperistiwaC-konsekuen akibatpenilaianD- rawatanE pemikiran menjadirasional

    mendefinisi semulasituasi negatif menjadipositif

    menkonseptualisasimasalah menjadiholistik

    Teknik Emotif

    unsur kecindan

    membentuk pola-polaemosi yang positif

    latihan menyerangperasaan/provokasi

    Teknik Behavioral

    latihan asertif danpembentukan

    pengurusan kendiri

    pemantauan kendiri

    1 fakta = 1markah1fakta dan huraian = 4 markah

    markah penuh = 12

    2. Sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling, bincangkan keberkesanankemahiran melayan dan mendengar yang boleh anda aplikasikan untuk

  • 7/30/2019 Ulang kaji latihan edu

    12/14

    EDU 3107

    12

    membantu murid-murid yang kurang bermotivasi dalam proses pengajaran danpembelajaran.1) Definisi kemahiran melayan dan mendengar: [ 02 markah ]

    Bersedia untuk mendengar Mencari makna dalam apa yang dikatakan klien

    Berfokus kepada tindakan, perasaan dan sikap klien2) Jenis-jenis Kemahiran melayan dan mendengara) Mendengar secara aktif [ 09 markah ]

    Memahami klien

    Bersifat tidak menghukum

    Memberikan tumpuan sepenuhnya

    Gunakan kesenyapan1 fakta = 1 markah

    1 fakta dan huraian = 3 markahmarkah penuh = 09 markah

    b) Kemahiran mendengar dan melayan asas [ 09 markah ]

    Soalan terbuka Parafrasa

    Reflesi perasaan

    Dorongan minima

    Meminta penjelasan

    Merumus

    Menyemak persepsi1 fakta = 1 markah

    1 fakta dan huraian = 3 markahMarkah penuh = 09 markah

    ( Penting : Kaitkan semua kemahiran melayan dan mendengar denganmemberi contoh membantu murid-murid yang kurang bermotivasi dalamproses pengajaran dan pembelajaran).

    3. Guru Besar telah mengarahkan anda untuk mengadakan satu sesi kaunselingkelompok bagi membantu murid-murid yang mendapat prestasi rendah dalam

    peperiksaan semester.Bincangkan sejauhmanakah halangan-halangan dalam komunikasi, bolehmengagalkan usaha anda untuk menjayakan sesuatu sesi kaunseling kelompok.

    1) Halangan fizikalBenda-benda fizikal dalam persekitaran yang boleh menganggu proseskomunikasi seperti

    tempat perjumpaan yang tidak selesa (pencahayaan,suhu, pengudaraan)

  • 7/30/2019 Ulang kaji latihan edu

    13/14

    EDU 3107

    13

    kedudukan/susunatur meja kaunselor dan kerusi klien,

    gangguan di persekitaran

    2) Halangan PsikologiHalangan dalam proses komunikasi yang disebabkan oleh faktor-faktor

    emosi,persepsi dan pemilihan, seperti Klien menghadapi tekanan emosi dan tidak bersedia untuk memberitahu

    masalahnya kepada klien

    Klien tidak dapat memberi fokus

    Klien yang memberi jawapan yang salah

    Persepsi klien berbeza dengan kaunselor

    Klien melihat setiap situasi dengan cara yang berbeza dari pada

    kaunselor

    3) Halangan PersekitaranMerujuk aktiviti-aktiviti dalam persekitaran yang boleh mempengaruhi corakkomunikasi dan kemahiran interpersonal dalam proses kaunseling seperti :

    Persekitaran yang bising

    Persekitaran yang menghalang komunikasi

    Persekitaran yang menggalakkan tingkahlaku sosial pasif

    Persekitaran dimana murid-murid selalu dikritik

    Persekitaran yang tidak membenarkan kejayaan

    4) Halangan Sosial dan budayaSumber konflik dan kesalahfahaman melalui tingkahlaku bukan verbal/verbalContoh

    Kontak mata : bagi orang timur mata yang tidak bertentangan sebagaisimbol hormat dan sopan santun, sebaliknya budaya barat kontak mataboleh ditafsirkan sebagai minat, kejujuran dan kredibiliti.

    Norma-norma sosial, adat, peraturan, kepercayaan, latarbelakang danpendidikan yang berbeza

    Ekspresi,perkataan dan lawak jenaka yang boleh menjadi sensitif kepadaklien-kliennya dengan latar belakang yang berbeza.

    5) Halangan BahasaKekeliruan dalam pesanan atau mesej yang ingin disampaikan antara kaunselordan klien mengakibatkan mesej yang disampaikan tidak jelas kepada penerima.

    Menggunakan bahasa pasar

  • 7/30/2019 Ulang kaji latihan edu

    14/14

    EDU 3107

    14

    Bercakap mengenai topik lain pada masa yang sama

    (mana-mana jawapan yang munasabah dan menjadi halangan kepadakomunikasi)

    1 fakta = 1 markahKonsep = 1 markahHuraian = 3 markah

    1 fakta + konsep + huraian = 5 markah.4 fakta +konsep + huraian = 20 markah

    Markah penuh = 20 markah