uda bina 286 unit rumah atas tanah wakaf maikitsupport.udanet.com/cc/repository/cc/uda/17.11.2016...

3
UDA bina 286 unit rumah atas tanah wakaf MAIK | November 16, 2016 | Malay, Utama | No Comments ALOR SETAR: UDA Holding Berhad (UDA) menerusi anak syarikatnya, UDA WAQF Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) akan membina 286 unit rumah khas untuk orang Islam di tanah wakaf seluas 11 hektar di Telok Chengai, Jalan Kuala Kedah, di sini tahun depan. Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah, berkata harga rumah itu akan dijual lebih murah daripada harga pasaran bermula RM49,000 hingga RM533,000. “Rumah ini terdiri daripada 64 unit rumah kos rendah, 149 unit rumah teres dua tingkat, 56 unit rumah berkembar dan 17 unit kedai pejabat dua tingkat. “Projek ini akan dibangunkan di tanah wakaf khas untuk manfaat tiga masjid iaitu Masjid Derga, Masjid Tanjung Musang dan Masjid Jabi yang diwakafkan bekas setiausaha kerajaan negeri (SUK) semasa pemerintahan Al Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu Allahyarham Mohd Ariffin Mohd Arsyad,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Cadangan Membangunkan Tanah Wakaf Mukim Telok Cengai antara MAIK dan UDA WAQF Sdn Bhd di Wisma Darul Aman, di sini hari ini. Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah berangkat menyaksikan majlis yang ditandatangani oleh Pengarah Syarikat UDA WAQF Sdn Bhd, Datuk Julainie Mohd Salleh dan Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Sheikh Hasbullah Abdul Halim. Mengulas lanjut, Mohd Shafei berkata, penjualan rumah itu terbuka kepada umat Islam di negeri ini namun bagi rumah kos rendah, kerajaan negeri akan menyenaraikan nama tersebut. Katanya untuk permulaan, UDA WAQF menyerahkan wang tunai sebanyak RM200,000 kepada MAIK bagi tujuan pembangunan itu. (BHONLINE)

Upload: lekhue

Post on 22-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: UDA bina 286 unit rumah atas tanah wakaf MAIKitsupport.udanet.com/cc/repository/cc/UDA/17.11.2016 UDA.pdf · selepas majlis menandatangani perjanjian usahasama cadangan membangunankan

UDA bina 286 unit rumah atas tanah wakaf

MAIK

| November 16, 2016 | Malay, Utama | No Comments

ALOR SETAR: UDA Holding Berhad (UDA) menerusi anak syarikatnya, UDA WAQF Sdn

Bhd dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) akan membina 286 unit rumah

khas untuk orang Islam di tanah wakaf seluas 11 hektar di Telok Chengai, Jalan Kuala

Kedah, di sini tahun depan.

Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah, berkata harga rumah itu

akan dijual lebih murah daripada harga pasaran bermula RM49,000 hingga RM533,000.

“Rumah ini terdiri daripada 64 unit rumah kos rendah, 149 unit rumah teres dua tingkat, 56

unit rumah berkembar dan 17 unit kedai pejabat dua tingkat.

“Projek ini akan dibangunkan di tanah wakaf khas untuk manfaat tiga masjid iaitu Masjid

Derga, Masjid Tanjung Musang dan Masjid Jabi yang diwakafkan bekas setiausaha kerajaan

negeri (SUK) semasa pemerintahan Al Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu

Allahyarham Mohd Ariffin Mohd Arsyad,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian

Usahasama Cadangan Membangunkan Tanah Wakaf Mukim Telok Cengai antara MAIK dan

UDA WAQF Sdn Bhd di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah

berangkat menyaksikan majlis yang ditandatangani oleh Pengarah Syarikat UDA WAQF Sdn

Bhd, Datuk Julainie Mohd Salleh dan Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Sheikh

Hasbullah Abdul Halim.

Mengulas lanjut, Mohd Shafei berkata, penjualan rumah itu terbuka kepada umat Islam di

negeri ini namun bagi rumah kos rendah, kerajaan negeri akan menyenaraikan nama tersebut.

Katanya untuk permulaan, UDA WAQF menyerahkan wang tunai sebanyak RM200,000

kepada MAIK bagi tujuan pembangunan itu.

(BHONLINE)

Page 2: UDA bina 286 unit rumah atas tanah wakaf MAIKitsupport.udanet.com/cc/repository/cc/UDA/17.11.2016 UDA.pdf · selepas majlis menandatangani perjanjian usahasama cadangan membangunankan

Rabu, 16 November 2016 @ 4:41 PM UDA bina 286 unit rumah atas tanah wakaf MAIK

Oleh Noorazura Abdul Rahman [email protected]

TUNKU Temenggong Kedah (Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah) Tan Sri Tunku

Sallehuddin Sultan Badlishah (tengah,duduk) bergambar bersama Pengerusi UDA Holding

Berhad, Datuk Dr. Shafie Abdullah (tiga dari kanan ,duduk) serta tetamu-tetamu kenamaan

selepas majlis menandatangani perjanjian usahasama cadangan membangunankan tanah

wakaf di Wisma Darul Aman. - Foto Amran Hamid

ALOR SETAR: UDA Holding Berhad (UDA) menerusi anak syarikatnya, UDA WAQF Sdn

Bhd dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) akan membina 286 unit rumah

khas untuk orang Islam di tanah wakaf seluas 11 hektar di Telok Chengai, Jalan Kuala

Kedah, di sini tahun depan.

Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Dr Mohd Shafei Abdullah, berkata harga rumah itu

akan dijual lebih murah daripada harga pasaran bermula RM49,000 hingga RM533,000.

"Rumah ini terdiri daripada 64 unit rumah kos rendah, 149 unit rumah teres dua tingkat, 56

unit rumah berkembar dan 17 unit kedai pejabat dua tingkat.

"Projek ini akan dibangunkan di tanah wakaf khas untuk manfaat tiga masjid iaitu Masjid

Derga, Masjid Tanjung Musang dan Masjid Jabi yang diwakafkan bekas setiausaha kerajaan

negeri (SUK) semasa pemerintahan Al Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu

Allahyarham Mohd Ariffin Mohd Arsyad," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian

Usahasama Cadangan Membangunkan Tanah Wakaf Mukim Telok Cengai antara MAIK dan

UDA WAQF Sdn Bhd di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Page 3: UDA bina 286 unit rumah atas tanah wakaf MAIKitsupport.udanet.com/cc/repository/cc/UDA/17.11.2016 UDA.pdf · selepas majlis menandatangani perjanjian usahasama cadangan membangunankan

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah

berangkat menyaksikan majlis yang ditandatangani oleh Pengarah Syarikat UDA WAQF Sdn

Bhd, Datuk Julainie Mohd Salleh dan Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Sheikh

Hasbullah Abdul Halim.

Mengulas lanjut, Mohd Shafei berkata, penjualan rumah itu terbuka kepada umat Islam di

negeri ini namun bagi rumah kos rendah, kerajaan negeri akan menyenaraikan nama tersebut.

Katanya untuk permulaan, UDA WAQF menyerahkan wang tunai sebanyak RM200,000

kepada MAIK bagi tujuan pembangunan itu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/213567