buku panduan program diploma pengurusan (uda) …

15
1 KEMASUKAN SESI 2021/2022 (JULAI) BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN (UDA) DIPLOMA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (UDB) DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN (UDC)

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN (UDA) …

1

KEMASUKAN SESI 2021/2022 (JULAI)

BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN (UDA)

DIPLOMA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (UDB) DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN (UDC)

Page 2: BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN (UDA) …

2

BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN (UDA)/DIPLOMA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (UDB)/

DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN (UDC) SESI 2021/2022 (JULAI)

KANDUNGAN HALAMAN

BAHAGIAN I

MAKLUMAT AM

1. Latar Belakang 3

2. Kemudahan 3

3. Visi 3

4. Misi 3

5. Staf Akademik 4

6. Staf Pentadbiran 4

BAHAGIAN II

MAKLUMAT PROGRAM

1. Pendahuluan 5

2. Pendaftaran 5

3. Struktur Program 5

4. Kehadiran Kelas 7

5. Skim Penggredan dan Gred 7

6. Mengulang Kursus 7

7. Mempertingkatkan Gred Kursus dan/atau Prestasi Akademik 7

8. Penentuan Prestasi Akademik Pelajar 8

9. Tidak Hadir Peperiksaan 9

10. Rayuan Terhadap Keputusan Peperiksaan 9

11. Eksesais Penilaian Kursus Dan Pengajaran (PKP/SES) 10

12. Kalendar Akademik 11

13. Jadual Struktur Program Pengajian 12

Page 3: BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN (UDA) …

3

BAHAGIAN I

MAKLUMAT AM

1. Latar Belakang

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) ditubuhkan secara rasmi sebagai

sebuat Pusat Tanggungjawab (PTj) berautonomi di bawah Universiti Malaya melalui kelulusan

Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) pada 4 Ogos 2011. UMCCed menawarkan program-program

akademik di peringkat Diploma dan Diploma Eksekutif, perkhidmatan perundingan, program-

program dalaman (in-house), seminar serta kursus-kursus profesional/jangka pendek.

Untuk memastikan semua program benar-benar berjaya mencapai objektifnya, satu

Jawatankuasa Akademik telah dibentuk untuk membincangkan hal-hal pelaksanaan dan

penambah baikan program akademik. Tumpuan diberikan terhadap setiap aspek yang

berkaitan terutama sekali mengenai struktur program, isi kandungan program, kelayakan para

pensyarah dan kemudahan pembelajaran yang berteraskan kepada kehendak pasaran kerja

serta perkembangan teknologi semasa. Setiap tenaga pengajar yang terlibat dalam kursus ini

dipilih berdasarkan kepada kelulusan akademik dan pengalaman mereka dalam bidang

berkaitan.

UMCCed berhasrat untuk menghasilkan individu-individu yang berupaya untuk mempamerkan

pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajian mereka, penyelidikan dan amalan

profesional yang bersesuaian serta proses-proses pemikiran kritis, pemikiran kreatif dan

penyelesaian masalah.

Penawaran program-program yang berkualiti melalui UMCCed ini adalah bertujuan memenuhi

hasrat Universiti Malaya untuk menyalurkan kepakaran serta memenuhi komitmennya untuk

memperkembangkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada segenap lapisan masyarakat.

Usaha ini juga adalah selaras dengan aspirasi negara untuk mewujudkan ekonomi

berpendapatan tinggi yang mampan dan inklusif melalui Model Ekonomi Baru.

2. Kemudahan

Para pelajar yang mengikuti program pengajian di UMCCed/ Pusat Pembelajaran UMCCed

(PPU) dapat menikmati kemudahan-kemudahan tertentu di Universiti Malaya / PPU tertakluk

kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kemudahan yang memerlukan para pelajar

menunjukkan kad matrik sebelum dapat menggunakannya, selain perlu mematuhi beberapa

syarat tambahan yang ditetapkan oleh PTj berkaitan.

3. Visi

Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pendidikan berterusan.

4. Misi

Menyediakan peluang pendidikan berterusan kepada masyarakat umum, sama ada dari dalam

atau luar negeri, dengan menawarkan kursus-kursus dan aktiviti yang bertujuan

mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan keterampilan individu dari segi profesion atau

pembangunan diri.

Page 4: BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN (UDA) …

4

5. Staf Akademik

JABATAN PROGRAM AKADEMIK (JPA)

JAWATAN NAMA NO. TEL. E-MEL

Ketua Jabatan /

Pensyarah

Datin Farinda Abdul Ghani 03-22463459 [email protected]

Pensyarah/Penyelaras Akademik UDA

Puan Syahirah Mohd Baki 03-22463424 [email protected]

Pensyarah/Penyelaras Akademik UDB

Puan Norazima Md. Malia 03-22463426 [email protected]

Pensyarah/Penyelaras Akademik UDC

Puan Nurul Asyikin Mohd

Nordin

03-22463425 [email protected]

Pensyarah Puan Siti Amiroh Md Isa 03-22463425 [email protected]

Pensyarah Puan Khairunnisa Bujang 03-22463426 [email protected]

Pensyarah Puan Che Suzana Aida

Che Nordin

03-22463424 [email protected]

Pensyarah Cik Nur Jannah Marni 03-22463426 [email protected]

Pensyarah Encik Mustaffa Bin Bukhari 03-22463491 [email protected]

Pensyarah Encik Muhammad Yaqzan

Mohamad Yusoff

03-22463491 [email protected]

Pensyarah Puan Noordina Ab Aziz 09-7126491 [email protected]

Pensyarah Cik Nor Syafiqah Abdullah 09-7126491 [email protected]

Pensyarah Puan Noorshahirah Mohd

Noor

03-22463426 [email protected]

Pensyarah Puan Syarifah Nurul Adila

Syed Alwee

03-22463600 [email protected]

Pensyarah Cik Najihah Abdul Razak 03-2246 3429 [email protected]

6. Staf Pentadbiran

PEJABAT PENGARAH

JAWATAN NAMA NO. TEL. E-MEL

Pemangku Pengarah Dr. Amirrudin Bin Kamsin 03-22463633 [email protected]

Timbalan Pengarah

(Akademik)

Prof. Madya Dr. Ainuddin Wahid

Abdul Wahab

03-22463633

[email protected]

JABATAN PROGRAM AKADEMIK (JPA)

JAWATAN NAMA NO. TEL. E-MEL

Ketua Jabatan Datin Farinda Abdul Ghani 03-22463459 [email protected]

Pengurus Jabatan Encik Mohd Nasran Abd Halim 03-22463632 [email protected]

Penolong Pengurus Puan Maryam Ishak 03-22463631 [email protected]

Eksekutif Kanan Puan Nurziaty Alias 03-22463629 [email protected]

Eksekutif Puan Siti Noraishah

Kalis

03-22463628 [email protected]

Eksekutif Puan Wan Nurul Huda Wan Hassan 03-22463629 [email protected]

JABATAN PENGURUSAN KEWANGAN (JPK)

JAWATAN NAMA NO. TEL. E-MEL

Penolong Pengurus Puan Normaisarah Salim 03-22463647 [email protected]

Eksekutif Kanan Puan Masturah Saari 03-22463645 [email protected]

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (JEP)

JAWATAN NAMA NO. TEL. E-MEL

Penolong Pengurus Puan Noor Akidah Abdullah Tahrin 03-22463375 [email protected]

Eksekutif Puan Saliha Sairan 03-22463378 [email protected]

Eksekutif Encik Wan Mohd Hanif Wan Abdullah 03 - 22463496 [email protected]

Page 5: BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN (UDA) …

5

BAHAGIAN II

MAKLUMAT PROGRAM

1. Pendahuluan

(1) Pelajar dinasihatkan supaya membaca maklumat tentang Sistem Semester melalui Buku

Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Pengajian Diploma) 2013

dan edisi terkini (jika ada pindaan terbaru) sebagai pelengkap kepada Buku Panduan

Program Pengajian Diploma.

(2) Pelajar perlu mengambil perhatian bahawa pendaftaran kursus adalah berdasarkan

kursus-kursus yang ditawarkan pada semester berkenaan.

(3) Bilangan pelajar untuk sesuatu kursus juga adalah tertakluk kepada kapasiti bagi kursus

berkenaan.

(4) Maklumat Am Program ini hanya terpakai untuk pelajar Diploma Pengurusan, Diploma

Pengurusan Sumber Manusia dan Diploma Pengurusan Perniagaan kemasukan Sesi

2021/2022 (Julai) sahaja. Buku ini hendaklah diguna pakai sepanjang tempoh pengajian

pelajar.

2. Pendaftaran

(1) Tempoh minimum bagi menyempurnakan sesuatu pengajian diploma ialah 6 semester

dan tempoh maksimum pengajian adalah 9 semester.

(2) Pada amnya bilangan kredit maksimum yang boleh diambil bagi Semester I adalah 9

kredit manakala Semester II dan Semester III adalah 20 kredit. Pelajar baharu dihadkan

mengambil tidak melebihi 18 kredit dalam semester permulaan pengajian.

(3) Pelajar hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya 12 kredit bagi Semester II dan

Semester III. Mana-mana pelajar yang ingin mendaftar kurang dari yang ditetapkan

hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengarah UMCCed.

3. Struktur Program

(1) Pelajar dikehendaki mengambil sejumlah minimum 92 kredit. Komponen kursus yang

melayakkan seseorang pelajar dianugerahi Diploma ialah:

(a) Kursus Wajib Universiti (24 kredit)

(b) Kursus Teras Program (68 kredit)

(2) Pemindahan Kredit

(a) Pemindahan kredit bermakna pemindahan kredit bersama-sama dengan gred

yang diperolehi bagi kursus yang diambil oleh pelajar selepas diterima masuk

untuk mengikuti program pengajian di Universiti.

(b) Kredit yang diperolehi bersama-sama dengan gred dan mata gred bagi kursus

berkenaan akan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar.

Kebenaran untuk pemindahan kredit tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Page 6: BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN (UDA) …

6

(i) Kursus yang dipohon untuk pemindahan kredit mempunyai pertindihan

sekurang-kurangnya 75% dengan kursus yang ditawarkan di Universiti ini;

(ii) Gred atau mata gred yang diperolehi untuk kursus berkenaan adalah tidak

kurang daripada C atau 2.0; dan

(iii) Kursus yang dipohon untuk pemindahan kredit hendaklah merupakan

kursus dari program pengajian yang setaraf dengan program pengajian

yang sedang diikuti di Universiti.

(3) Pengecualian Kredit

(a) Pengecualian kredit bermakna pengecualian dari mendaftar dan mengikuti

kursus yang ditetapkan untuk sesuatu program pengajian berdasarkan kursus

yang diambil oleh pelajar sebelum diterima masuk ke program pengajian

Universiti ini seperti mana yang diluluskan oleh Senat. Kursus yang diluluskan

pengecualian kredit akan diberikan gred K dan kredit tidak diambilkira dalam

pengiraan PNG dan PNGK.

(b) Bagi maksud pertimbangan pengecualian kredit:

(i) Pelajar dikehendaki mengemukakan slip keputusan peperiksaan atau

transkrip separa bagi program pengajian terdahulu; dan

(ii) Permohonan dikemukakan dalam semester pertama pengajian.

(c) Syarat-syarat untuk pengecualian kredit adalah seperti berikut:

(i) Kursus yang dipohon untuk pengecualian kredit mempunyai pertindihan

sekurang-kurangnya 75% dengan kursus yang ditawarkan di Universiti ini;

dan

(ii) Gred atau mata gred yang diperolehi untuk kursus berkenaan adalah tidak

kurang daripada C atau 2.0.

(d) Semua urusan pengecualian kredit hendaklah diselesaikan dalam semester

pertama pengajian pelajar.

(4) Permohonan Pemindahan dan Pengecualian Kredit

(a) Permohonan untuk pemindahan atau pengecualian kredit hendaklah dibuat

dengan menggunakan borang pemindahan kredit/pengecualian kredit yang boleh

didapati di UMCCed. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan

kepada Pengarah UMCCed tidak lewat dari hari Jumaat minggu kuliah kedua

semester bersama-sama dengan:

(i) Bayaran yuran proses atas suatu kadar yang ditetapkan. Yuran ini tidak

akan dikembalikan; dan

(ii) Dokumen sokongan seperti hasil pembelajaran kursus, silibus/kandungan

kursus dan skim penggredan kursus yang dipohon untuk pemindahan atau

pengecualian kredit.

(b) Jumlah maksimum kredit yang boleh dipindahkan dan/atau dikecualikan tidak

boleh melebihi satu pertiga jumlah kredit program pengajian berkenaan.

(c) Pelajar akan dimaklumkan secara bertulis oleh Pengarah UMCCed mengenai

keputusan permohonan pemindahan atau pengecualian kredit yang dipohon.

Page 7: BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN (UDA) …

7

4. Kehadiran Kelas

(1) Pelajar diwajibkan menghadiri semua kelas (kuliah dan tutorial).

(2) Seseorang pelajar yang tidak dapat hadir kelas seperti yang ditetapkan mestilah

mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pengarah UMCCed. Pelajar yang tidak

hadir kerana sakit, perlu mengemukakan surat akuan daripada pegawai perubatan

berdaftar ke UMCCed selewat-lewatnya 7 hari selepas ketidakhadirannya.

(3) Mana-mana pelajar yang mencapai kehadiran di bawah 80% tanpa sebab yang boleh

diterima atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran boleh dihalang daripada

mengambil Peperiksaan Akhir kursus.

5. Skim Penggredan Dan Gred

(1) Gred rasmi Universiti serta maksudnya seperti berikut:

Markah Gred Mata Gred Maksud

90-100

80-89

75-79

A+

A

A-

4.0

4.0

3.7

Amat Cemerlang

Cemerlang

Cemerlang

70-74

65-69

60-64

B+

B

B-

3.3

3.0

2.7

Kepujian

Kepujian

Kepujian

55-59

50-54

C+

C

2.3

2.0

Lulus

Lulus

45-49

40-44

35-39

00-34

C-

D+

D

F

1.7

1.3

1.0

0.0

Gagal

Gagal

Gagal

Gagal

(2) Gred lulus bagi semua kursus adalah gred C kecuali bagi kursus yang dinilai hanya dari

segi memuaskan atau tidak memuaskan.

6. Mengulang Kursus

(1) Pelajar yang memperolehi gred gagal bagi sesuatu kursus dikehendaki mengulang

kursus berkenaan sehingga mencapai sekurang-kurangnya gred lulus tertakluk kepada

pelajar masih berada di dalam program pengajiannya.

(2) Walau bagaimanapun sekiranya pelajar memperolehi gred F sebanyak tiga kali bagi

kursus yang sama, pelajar adalah dianggap gagal keluar dari program pengajiannya di

Universiti.

7. Mempertingkatkan Gred Kursus Dan/Atau Prestasi Akademik

Seseorang pelajar dibenarkan mengulang mana-mana kursus sekali sahaja untuk

mempertingkatkan gred kursus yang telah lulus kepada satu gred yang lebih baik.

Page 8: BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN (UDA) …

8

8. Penentuan Prestasi Akademik Pelajar

(1) Kaedah Pengiraan PNG dan PNGK

(a) Prestasi akademik pelajar bagi sesuatu semester ditunjukkan oleh PNG dan

PNGK.

Contoh Pengiraan PNG:

Kursus Gred Mata

Gred

Kredit Kredit

X Mata Gred

K1

K2

K3

K4

Jumlah

A

C+

C-

C

4.0

2.3

1.7

2.0

4

3

3

3

13

4 X 4.0 = 16.0

3 X 2.3 = 6.9

3 X 1.7 = 5.1

3 X 2.0 = 6.0

PNG = 34

13

= 2.62

(b) PNG ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperolehi dengan

jumlah kredit yang diambil dalam sesuatu semester.

(c) PNGK ditentukan dengan membahagikan jumlah mata gred yang diperolehi

dengan jumlah kredit yang telah diambil mulai semester pertama sehingga

semester terkini bagi kursus di dalam program pengajiannya.

(2) Keperluan minimum program pengajian

Untuk memenuhi keperluan minimum program pengajian di Universiti, seseorang pelajar

hendaklah memperolehi PNG dan PNGK tidak kurang daripada 2.0 pada setiap

semester sehingga tamat pengajiannya.

(3) Tempoh Pemerhatian Akademik dan Amaran

Mana-mana pelajar yang memperolehi PNG di bawah 2.0 dalam sesuatu semester akan

diberi keputusan Pemerhatian bagi semester berkenaan dan diletakkan di dalam

Tempoh Pemerhatian Akademik dalam Semester berikutnya. Tempoh ini akan terus

kekal sehingga PNG pelajar tersebut mencapai 2.0.

(4) Gagal Keluar

(a) Seseorang pelajar boleh ditamatkan daripada program pengajiannya sekiranya:

(i) sedang berada dalam Tempoh Pemerhatian Akademik dan selepas itu

mendapat PNG 1.5 atau kurang untuk dua semester berturut-turut;

(ii) memperoleh PNG kurang daripada 2.0 untuk tiga semester berturut-turut;

(iii) memperoleh gred F sebanyak tiga kali bagi kursus yang sama;

(iv) memperoleh PNGK kurang daripada 1.0 untuk dua semester berturut-turut;

dan

Page 9: BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN (UDA) …

9

(v) gagal menyempurnakan keperluan program pengajiannya dalam tempoh

maksimum yang ditetapkan.

(b) Mana-mana pelajar yang diterima masuk semula selepas gagal keluar dan

memperolehi PNG kurang dari 2.0 akan ditamatkan pengajiannya.

9. Tidak Hadir Peperiksaan

(1) Peraturan Am

Mana-mana pelajar yang tidak hadir pada mana-mana kertas peperiksaan akan diberi

markah sifar bagi komponen Peperiksaan Akhir kursus berkenaan.

(2) Tidak hadir peperiksaan atas sebab perubatan/perikemanusiaan:

(a) Pelajar yang tidak mengambil sebahagian atau keseluruhan peperiksaan atas

alasan perubatan (sakit) atau perikemanusiaan (simpati) iaitu ditimpa musibah

atau kematian ibu bapa serta waris terdekat seperti penjaga, anak, suami/isteri,

adik beradik, datuk/nenek hendaklah mengemukakan permohonan bertulis kepada

Pengarah/Ketua Bahagian tidak lewat daripada dua (2) minggu dari tarikh

peperiksaan kursus berkenaan. Sekiranya tidak ada permohonan bertulis diterima,

komponen Peperiksaan Akhir kursus berkenaan akan diberikan markah sifar.

(b) Permohonan bertulis itu mestilah disertakan dengan:

(i) sijil sakit dan laporan perubatan yang dikeluarkan oleh Doktor Klinik

Kesihatan Pelajar atau hospital kerajaan atau Pusat Perubatan Universiti

Malaya atau Pusat Perubatan/Hospital Swasta sekiranya atas sebab

perubatan. Sijil cuti sakit tanpa laporan perubatan tentang jenis penyakit

pelajar tidak akan diberi pertimbangan; atau

(ii) satu laporan daripada pegawai daerah atau pegawai polis yang menjadi

ketua daerahnya jika telah tidak memasuki sebahagian atau seluruh

peperiksaannya disebabkan oleh sebab perikemanusiaan (simpati).

10. Rayuan Terhadap Keputusan Peperiksaan

(1) Pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan termasuk komponen

Penilaian Berterusan dan Peperiksaan Akhir kursus boleh membuat rayuan untuk

keputusan tersebut disemak semula. Rayuan hendaklah dibuat dalam tempoh dua

minggu dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan.

(2) Rayuan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengarah bersama dengan resit asal

bayaran yang ditetapkan. Bayaran ini tidak akan dikembalikan.

(3) Rayuan tidak akan diterima sekiranya:

(a) dikemukakan selepas tempoh yang dinyatakan di atas; atau

(b) tidak dikemukakan bersama-sama dengan resit asal bayaran.

(4) Jawatankuasa Rayuan UMCCed akan memutuskan sama ada markah dan/atau gred

keputusan peperiksaan tersebut dikekalkan atau dipinda.

Page 10: BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN (UDA) …

10

11. Eksesais Penilaian Kursus Dan Pengajaran (PKP/SES)

(1) Eksesais Penilaian Kursus dan Pengajaran (PKP/SES) akan dibuka pada tempoh

cetakan slip menduduki peperiksaan akhir.

(2) Semua pelajar program Diploma diwajibkan membuat PKP/SES bagi semua kursus yang didaftar.

(3) Tujuan utama eksesais PKP/SES dijalankan adalah untuk menggunakan maklumat dari penilaian pelajar untuk penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran bagi kursus berkenaan.

(4) Pelajar yang gagal menyelesaikan eksesais PKP/SES akan dihalang daripada mencetak slip menduduki peperiksaan akhir.

Kemaskini pada 28.6.2021

Page 11: BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN (UDA) …

11

12. KALENDAR AKADEMIK

TAHUN 1 (SESI 2021/2022)

SEMESTER I

Pendaftaran & Taklimat 2-4 Julai 2021

Kuliah 05 Julai 2021 - 22 Ogos 2021 (7 minggu)

Peperiksaan Akhir 23 Ogos 2021 - 29 Ogos 2021 (1 minggu)

Cuti Semester 30 Ogos 2021 - 12 September 2021 (2 minggu)

SEMESTER II

Kuliah 13 September 2021 - 31 Oktober 2021 (7 minggu)

Cuti Antara Semester 01 November 2021 - 07 November 2021 (1 minggu)

Kuliah 08 November 2021 - 26 Disember 2021 (7 minggu)

Minggu Ulangkaji 27 Disember 2021 - 02 Januari 2022 (1 minggu)

Peperiksaan Akhir 03 Januari 2022 - 16 Januari 2022 (2 minggu)

Cuti Semester 17 Januari 2022 - 06 Februari 2022 (3 minggu)

SEMESTER III

Kuliah 07 Februari 2022 - 27 Mac 2022 (7 minggu)

Cuti Antara Semester 28 Mac 2022 - 03 April 2022 (1 minggu)

Kuliah 04 April 2022 - 22 Mei 2022 (7 minggu)

Minggu Ulangkaji 23 Mei 2022 - 29 Mei 2022 (1 minggu)

Peperiksaan Akhir 30 Mei 2022 - 12 Jun 2022 (2 minggu)

Cuti Semester 13 Jun 2022 - 03 Julai 2022 (3 minggu)

TAHUN 2 (SESI 2022/2023)

SEMESTER I

Kuliah 04 Julai 2022 - 21 Ogos 2022 (7 minggu)

Peperiksaan Akhir 22 Ogos 2022 - 28 Ogos 2022 (1 minggu)

Cuti Semester 29 Ogos 2022 - 11 September 2022 (2 minggu)

SEMESTER II

Kuliah 12 September 2022 - 30 Oktober 2022 (7 minggu)

Cuti Antara Semester 31 Oktober 2022 - 06 November 2022 (1 minggu)

Kuliah 07 November 2022 - 25 Disember 2022 (7 minggu)

Minggu Ulangkaji 26 Disember 2022 - 01 Januari 2023 (1 minggu)

Peperiksaan Akhir 02 Januari 2023 - 15 Januari 2023 (2 minggu)

Cuti Semester 16 Januari 2023 - 05 Februari 2023 (3 minggu)

SEMESTER III

Kuliah 06 Februari 2023 - 26 Mac 2023 (7 minggu)

Cuti Antara Semester 27 Mac 2023 - 02 April 2023 (1 minggu)

Kuliah 03 April 2023 - 21 Mei 2023 (7 minggu)

Minggu Ulangkaji 22 Mei 2023 - 28 Mei 2023 (1 minggu)

Peperiksaan Akhir 29 Mei 2023 - 11 Jun 2023 (2 minggu)

Cuti Semester 12 Jun 2023 - 02 Julai 2023 (3 minggu)

Nota : Kuliah/Cuti Semester di Pusat Pendidikan Universiti Malaya, Bachok Kelantan bermula sehari lebih awal daripada tarikh-tarikh di atas.

Page 12: BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN (UDA) …

12

13. Jadual Struktur Program Pengajian

(1) Diploma Pengurusan / UDA

MATA PELAJARAN KREDIT MATA PELAJARAN KREDIT MATA PELAJARAN KREDIT

DDWU1101 - Kemahiran Perundingan 3 DDWU1201 - English Language Proficiency 4DDWU1202 - Critical Think ing and Effective

Presentation Sk ills 4

DDWU1203 - Program Pembangunan Kendiri I 2

UECM1105 - Etika dan Undang-undang Perniagaan 4 UECM1101 - Pengenalan kepada Pengurusan 4 UECM1106 - Sistem Maklumat Pengurusan 4

UECM1103 - Prinsip Ekonomi 4 UECM1107 - Penyelidikan Perniagaan 4

UECM1102 - Prinsip Pemasaran 4 UECM1104 - Tingkah Laku Organisasi 4

UECM1201 - Prinsip Perakaunan 4

Jumlah Kredit 7 18 20 45

MATA PELAJARAN KREDIT MATA PELAJARAN KREDIT MATA PELAJARAN KREDIT

DDWU1303 - Introduction to Business and

Professional Writing4 DDWU1103 - Asas Pembudayaan Usahawan 3

DDWU1204 - Program Pembangunan Kendiri II2

DDWU1304 - Program Pembangunan Kendiri III 2

UECM2103 - Pengurusan Sumber Manusia 4 UECM2101 - Pengurusan Projek 4 UECM2102 - Keusahawanan dan Perniagaan Kecil 4

UECM2104 - Psikologi Tingkah Laku Kerja 4 UECM2105 - Pengurusan Komunikasi Korporat 4

UECM2201 - Perakaunan dan Pengurusan

Kewangan4 UECM2106 - Pengurusan Kualiti 4

UECM2107 - Pengurusan Operasi 4

UECM2108 - Penyesuaian dan Pelaksanaan

Strategi4

Jumlah Kredit 10 17 20 47

92

Kursus Wajib Universiti

JUMLAH KREDIT KESELURUHAN

KOMPONEN

TAHUN 2

JUMLAH

KREDITSEMESTER I SEMESTER II SEMESTER III

Kursus Teras

Kursus Wajib Universiti

KOMPONEN

TAHUN 1

JUMLAH

KREDITSEMESTER I SEMESTER II SEMESTER III

Kursus Teras

Page 13: BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN (UDA) …

13

(2) Diploma Pengurusan Sumber Manusia / UDB

MATA PELAJARAN KREDIT MATA PELAJARAN KREDIT MATA PELAJARAN KREDIT

DDWU1101 - Kemahiran Perundingan3

DDWU1201 - English Language Proficiency 4DDWU1202 - Critical Think ing and Effective

Presentation Sk ills 4

DDWU1203 - Program Pembangunan Kendiri I 2

UECH1105 - Etika dan Undang-undang Perniagaan4

UECH1101 - Pengenalan kepada Pengurusan 4 UECH1106 - Sistem Maklumat Pengurusan 4

UECH1103 - Prinsip Ekonomi 4 UECH1107 - Penyelidikan Perniagaan 4

UECH1102 - Prinsip Pemasaran 4 UECH1201 - Tingkah Laku Organisasi 4

UECH1104 - Prinsip Perakaunan 4

Jumlah Kredit 7 18 20 45

MATA PELAJARAN KREDIT MATA PELAJARAN KREDIT MATA PELAJARAN KREDIT

DDWU1303 - Introduction to Business and Professional

Writing4 DDWU1103 - Asas Pembudayaan Usahawan 3

DDWU1204 - Program Pembangunan Kendiri II 2 DDWU1304 - Program Pembangunan Kendiri III 2

UECH2103 - Pengurusan Sumber Manusia 4 UECH2101 - Pengurusan Projek 4 UECH2102 - Pengurusan Pampasan dan Faedah 4

UECH2104 - Psikologi Tingkah Laku Kerja 4 UECH2105 - Undang-undang Pekerjaan 4

UECH2108 - Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 4 UECH2106 - Perancangan Sumber Manusia 4

UECH2107 - Perhubungan Industri 4

UECH2201 - Latihan dan Pembangunan 4

Jumlah Kredit 10 17 20 47

92

Kursus Wajib Universiti

JUMLAH KREDIT KESELURUHAN

Kursus Teras

Kursus Teras

KOMPONEN

TAHUN 2

JUMLAH

KREDIT

SEMESTER I SEMESTER II SEMESTER III

Kursus Wajib Universiti

KOMPONEN

TAHUN 1

JUMLAH

KREDIT

SEMESTER I SEMESTER II SEMESTER III

Page 14: BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN (UDA) …

14

(3) Diploma Pengurusan Perniagaan / UDC

MATA PELAJARAN KREDIT MATA PELAJARAN KREDIT MATA PELAJARAN KREDIT

DDWU1101 - Kemahiran Perundingan3

DDWU1201 - English Language Proficiency 4DDWU1202 - Critical Thinking and Effective

Presentation Skills 4

DDWU1203 - Program Pembangunan Kendiri I 2

UECB1105 - Etika dan Undang-undang Perniagaan4

UECB1101 - Pengenalan kepada Pengurusan 4 UECB1106 - Sistem Maklumat Pengurusan 4

UECB1103 - Prinsip Ekonomi 4 UECB1107 - Penyelidikan Perniagaan 4

UECB1102 - Prinsip Pemasaran 4 UECB1104 - Tingkah Laku Organisasi 4

UECB1201 - Prinsip Perakaunan 4

Jumlah Kredit 7 18 20 45

MATA PELAJARAN KREDIT MATA PELAJARAN KREDIT MATA PELAJARAN KREDIT

DDWU1303 - Introduction to Business and

Professional Writing4 DDWU1103 - Asas Pembudayaan Usahawan 3

DDWU1204 - Program Pembangunan Kendiri II 2 DDWU1304 - Program Pembangunan Kendiri III 2

UECB2106 - Kewangan Islam 4 UECB2101 - Pengurusan Projek 4 UECB2107 - Strategi Perniagaan 4

UECB2103 - Perniagaan Antarabangsa 4UECB2102 - Keusahawanan dan Perniagaan

Kecil4

UECB2201 - Perakaunan dan Pengurusan

Kewangan4 UECB2104 - Pengurusan Perkhidmatan 4

UECB2105 - Pengurusan Komunikasi Korporat 4

UECB2108 - E-Perniagaan 4

Jumlah Kredit 10 17 20 47

92

KOMPONEN

TAHUN 1

JUMLAH

KREDITSEMESTER I SEMESTER II SEMESTER III

Kursus Wajib

Universiti

JUMLAH KREDIT KESELURUHAN

Kursus Wajib

Universiti

Kursus Teras

Kursus Teras

KOMPONEN

TAHUN 2

JUMLAH

KREDITSEMESTER I SEMESTER II SEMESTER III

Page 15: BUKU PANDUAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN (UDA) …

15