ucapan&ceramah

Upload: lei-tao-yu

Post on 08-Jan-2016

248 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ucapan&ceramah

TRANSCRIPT

Jenis-jenis Ucapan

Pengkelasan Ucapan1. Berdasarkan Ucapan Informatif/Pemberitahuan -Untuk memberi maklumat -Matlamat perucap adalah untuk memaklumkan atau menerangkan kepada audiens tentang sesuatu konsep, fenomena, perkara, proses, idea dan sebagainya. -Contohnya, Ceramah Motivasi Pemujukan -Untuk memujuk -Menerusi ucapan, perucap cuba mempengaruhi fikiran audiens untuk menghasilkan perubahan dari segi citarasa, sikap, kepercayaan, fahaman atau tindakan. -Contohnya; jurujual, hakim, peguam, ahli politik dan pegawai motivasi Menghibur -Tujuan untuk membangkitkan suasana ceria dan menyeronokkan. -Di majlis keraian. Tetamu khas yang diminta berucap menyentuh hal-hal yang melucukan dan menarik minat audien. majlis Khas -Ucapan berlangsung dalam sesuatu majlis yang bersifat rasmi. Teks ucapan akan disediakan oleh AJK untuk tetamu yang berucap.

2. Berdasarkan Cara Impromptu -Disampaikan secara spontan. Perucap hanya membicarakan isu-isu ringan yang menyentuh hal-hal yang telah berlalu, isu semasa, harapan dan ramalan masa hadapan. -Isi ucapan berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran. Menghafal -Ucapan disediakan dengan lengkap -Perucap hafal teks -Contohnya, perbahasan dan pidato Membaca Teks -Membaca sebuah skrip atau teks -Ucapan ini dilakukan sekiranya terdapat fakta-fakta yang penting, setiap perkataan tercatat perlu dibaca. -Contohnya; Pembentangan Belanjawan Tahunan oleh Perdana Menteri/ Menteri Kewangan Extemporaneous (ucapan yang cukup persediaan) -Menggabungkan ketiga-tiga jenis ucapan -Perucap hanya menghafal bahagian-bahagian tertentu -Contoh seorang penceramah agama 1.Impromptu - berucap berdasarkan pengalaman dan kemahiran. 2.Hafal - hafal petikan dan contoh-contoh 3.Baca teks - menyediakan isi-isi utama

Ciri-ciri Perucap Yang Baik

1. Berpengetahuan Menguasai bidang Berpengetahuan luas Sensitif pada topik2. Berkeyakinan Yakin terhadap diri, persediaan dan penguasaan topik.3. Berkemahiran Berucap Berkeupayaan untuk mengawal dan menarik perhatian audien kepada ucapannya.4. Peribadi/Perwatakan Baik Audien menilai perucap termasuk cara berpakaian, berjalan ke tempat ucapan, gerak-geri fizikal dan lain-lain.

Sifat-sifat Perucap yang tidak baik

Perucap yang tidak baik: Seronok sendiri Wayang Kulit Penyajak Kabur Kera Luku Ucapan Kelambu Nenek Berleter

Langkah-langkah Penyediaan dan Persembahan Ucapan berkesan

Langkah-langkah:1. Mengawal gugup2. Menganalisi diri3. Mengumpul bahan - situasi - audien4. Menyusun bahan5. Merancang teks6. Berlatih7. Menyampaikan ucapan

Teknik Penyampaian Berkesan

Peringkat Persediaan: Menetapkan tujuan Analisis diri Analisis audien Analisis majlis Menulis teks ucapan Latihan

Peringkat Penyampaian Bersedia mental dan fizikal Tunjukkan keyakinan semasa berdiri untuk berucap

Peringkat Refleksi Pengucap yang baik akan sentiasa memperbaiki diri. Salah satu contoh dengan edaran Contoh: Borang penilaian kepada audien

Etiket Dan Etika Dalam Pengucapan Awam

EtiketMelakukan sesuatu dengan betul, kena masa dan tempatnya termasuklah menjaga penampilan diri dan protokol panggilan hormat.

EtikaBerkait dengan darjah betul atau salahnya sesuatu perlakuan manusia. Perkara penting dalam pengucapan : Kejujuran Menyimpan maklumat Kepuasan pendengar Ketepatan

Tanda-tanda Kegugupan

Tanda-tanda gugup secara fisiologi Jantung kencang Berpeluh ketiak Sesak nafas Ketar lutut Pitam Suara lemah Tubuh kaku Bibir kering

Tanda-tanda gugup secara psikologi Tidak berani bertentang mata Takut audien Bimbang lupa idea Malu Allergic kepada ucapan

Teknik Mengawal gugup

Sebelum berucap: Pilih subjek yang diminati Analisis audien Susun idea dengan jelas berlatih secukupnya Pujuk diri sendiri Senaman Tarik nafas panjang-panjang Matlamat ucapan munasabah Tenangkan mental dan fikiran Bersedia secukupnya Jaga makan minum Berangan Memahami emosi

Semasa Ucapan: Pilih audien yang mesra sebagai tumpuan di awal bicara Wujud dan kekalkan hubungan mata Jangan pentingkan gaya penyampaian Bergerak Jangan berhenti bercakap walaupun gugup Berlagak seperti yakin walaupun tidak berapa yakin

Merancang Penutup

1. Kenyataan untuk diingat Ulang teknik tarik perhatian Rujuk tema Bentuk perasaan Beri cabaran Soalan Rayuan

2. Elakkan Tukar gaya bercakap Mengaku lupa idea Minta maaf keterlaluan Huraian panjang

3. Review Beritahu hendak berhenti Ringkaskan idea utama Ulang sebut idea utama

4. Menyediakan audien untuk berhenti mendengar

Kaedah Latihan

Berlatih:1. Jangan berlatih bahasa badan2. Jangan berlebihan3. ukur masa4. Hayati ucapan Berlati guna APD5. Rujuk nota6. Rakaman7. Buat penilaian8. berlatih 3-6 kali9. Hafal idea

Petua dalam Ucapan

1. Bahasa badan Pergerakan Non-verbal: kepala, bahu, mata, mimik muka, tangan/jari2. Penggunaan mikrofon Jarak - sejengkal, laraskan volume, biarkan ditiangnya, kedudukan - audien dapat lihat muka (bawah paras dagu)3. Pengawalan suara Nada, kelantangan, pengulangan, jeda, sebutan tepat4. Kaedah jawab soalan Dengar soalan - tumpuan, jangan melayang fikiran Ulang sebut soalan - minta diulang, sebut sendiri, rumusan Definisi istilah, Soalan pendapat, Pecahkan soalan, Soalan fakta

Penutup

Perucap yang cemerlang merupakan perucap yang sentiasa berupaya dalam menyampaikan setiap ucapannya dengan baik dan berkesan tanpa mengira audien, suasana, dan saluran berucap.Posted by wacana at 4:53 AM 0 comments Wacana Akademik Bahasa Melayu selamat datang ke blog wacana akademik bahasa melayu!! Posted by wacana at 4:50 AM 0 comments Wacana Akademik Bahasa Melayu Posted by wacana at 4:50 AM 0 comments Home Subscribe to: Posts (Atom) Date-Time 2 JackAngel

Slideshow

Followers

Blog Archive 2009 (5) April (5) Hari ini Ujian Wacana Bahasa Melayu Topik 2 : Analisis Dan penilaian pengucapan Awam Topik 1 : Pengucapan Awam Wacana Akademik Bahasa Melayu Wacana Akademik Bahasa Melayu

About Mewacana View my complete profile