ucapan ybhg. datin ruzaina wan haniff · pdf fileseorang ydp puspanita kebangsaan ke ......

5
UCAPAN YBHG. DATIN RUZAINA WAN HANIFF PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN KPWKM SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KE-7 PUSPANITA CAWANGAN KPWKM 31 MAC 2010 (RABU), 10 PAGI, DEWAN NIEW, WISMA SIME DARBY Terima kasih saudari Pengerusi Majlis. Pegawai-pegawai Kementerian dan Jabatan, Puan-puan Ahli Jawatankuasa dan ahli PUSPANITA Cawangan yang dihormati sekelian. Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapatlah kita berkumpul sekali lagi sempena Mesyuarat Agung Ketujuh PUSPANITA Cawangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Alhamdulillah kita berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun ini sebelum berakhirnya bulan Mac, seperti yang dikehendaki oleh Perkara 20 Perlembagaan. Semasa saya mengambil alih jawatan Pengerusi Puspanita Cawangan ini pada tahun 2008, memang menjadi hasrat saya untuk memastikan segala perjalanan aktiviti Puspanita adalah berlandaskan Perlembagaannya. Hadirin dan hadirat sekalian, Yang Dipertua Puspanita Kebangsaan, YBhg. Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin telah melawat Puspanita Cawangan KPWKM pada 12 Mac 2010 baru-baru ini. Lawatan itu adalah julung-julung kali dibuat oleh 1

Upload: dangdat

Post on 07-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN YBHG. DATIN RUZAINA WAN HANIFF · PDF fileseorang YDP Puspanita Kebangsaan ke ... merakamkan ucapan terima kasih beliau kepada ... yang bertungkus lumus menyiapkan segala acara

UCAPAN YBHG. DATIN RUZAINA WAN HANIFFPENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN KPWKM

SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KE-7PUSPANITA CAWANGAN KPWKM

31 MAC 2010 (RABU), 10 PAGI, DEWAN NIEW, WISMA SIME DARBY

Terima kasih saudari Pengerusi Majlis.

Pegawai-pegawai Kementerian dan Jabatan,

Puan-puan Ahli Jawatankuasa dan ahli PUSPANITA Cawangan yang

dihormati sekelian.

Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah swt

kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapatlah kita berkumpul sekali

lagi sempena Mesyuarat Agung Ketujuh PUSPANITA Cawangan

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Alhamdulillah kita berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan

pada tahun ini sebelum berakhirnya bulan Mac, seperti yang

dikehendaki oleh Perkara 20 Perlembagaan. Semasa saya mengambil

alih jawatan Pengerusi Puspanita Cawangan ini pada tahun 2008,

memang menjadi hasrat saya untuk memastikan segala perjalanan

aktiviti Puspanita adalah berlandaskan Perlembagaannya.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Yang Dipertua Puspanita Kebangsaan, YBhg. Puan Sri Wan Noorlina

Wan Hussin telah melawat Puspanita Cawangan KPWKM pada 12 Mac

2010 baru-baru ini. Lawatan itu adalah julung-julung kali dibuat oleh

1

Page 2: UCAPAN YBHG. DATIN RUZAINA WAN HANIFF · PDF fileseorang YDP Puspanita Kebangsaan ke ... merakamkan ucapan terima kasih beliau kepada ... yang bertungkus lumus menyiapkan segala acara

seorang YDP Puspanita Kebangsaan ke Puspanita KPWKM. Dalam

Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 26 Mac 2010, YBhg. Puan Sri telah

merakamkan ucapan terima kasih beliau kepada kita kerana telah

memberikan sambutan yang hangat di atas lawatan beliau itu.

Dalam lawatan tersebut, Puan Sri Wan Noorlina telah sudi melancarkan

laman web PUSPANITA Cawangan KPWKM. Saya berbangga hasrat

untuk mempunyai laman web ini tercapai juga akhirnya. Puan-puan

bolehlah melayari laman web ini dari masa ke masa untuk mengetahui

aktiviti Puspanita dan maklumat terkini. Saya berharap laman web ini

dapat terus dikemas kini supaya sentiasa menarik dan memberi manfaat

kepada pembaca. Penting sekali antara barisan AJK baru yang dipilih

pada sesi kali ini ada di antara mereka yang mahir dalam bidang IT

atau setidak-tidaknya berminat dalam perkara publisiti agar segala

perancangan dan aktiviti Puspanita dapat disampaikan kepada ahli-ahli

dengan tepat dan cepat.

Dalam ucapan YBhg. Puan Sri semasa lawatan tersebut, beliau

berharap supaya Puspanita Cawangan sentiasa mencari idea-idea

untuk menjalankan program terutamanya dengan mengambil kira minat

dan hasrat ahli-ahli dalam pelbagai aktiviti. Puan Sri juga amat

menggalakkan supaya ahli memilih untuk menjadi Ahli Seumur Hidup.

Dalam kesempatan ini, saya menyeru ahli-ahli Puspanita Cawangan

menggunakan ruang dan peluang yang ada untuk menjadi Ahli Seumur

Hidup dengan membayar yuran sebanyak RM100 sahaja. Kepada

pegawai dan kakitangan terutamanya kepada yang masih muda,

rebutlah peluang ini. Banyak manfaat yang boleh diperoleh dengan

keahlian dalam Puspanita di samping banyak yang boleh dicurahkan

2

Page 3: UCAPAN YBHG. DATIN RUZAINA WAN HANIFF · PDF fileseorang YDP Puspanita Kebangsaan ke ... merakamkan ucapan terima kasih beliau kepada ... yang bertungkus lumus menyiapkan segala acara

oleh puan-puan juga untuk memastikan Puspanita menjadi persatuan

yang aktif dan disegani.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Penasihat Puspanita Cawangan pernah menyuarakan pandangan

supaya kita menganjurkan aktiviti yang menjurus kepada kumpulan

sasar di bawah Kementerian, seperti program lawatan ke institusi

kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sebagai permulaan,

pada tahun lepas, seramai 20 orang Ahli Jawatankuasa Cawangan dan

ahli, termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi telah mengadakan

lawatan ke Rumah Tunas Harapan Bukit Beruntung Selangor bertujuan

menyampaikan sumbangan duit raya, hadiah dan hamper kepada anak-

anak yatim di sana.

Suka juga saya maklumkan di sini, bagi tahun ini, kita akan menjadikan

Rumah Tunas Harapan Tengku Ampuan Rahimah, Kuala Selangor dan

Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban sebagai

anak angkat dengan harapan dapat mendekati kanak-kanak dan OKU

sebagai usaha dalam menunjukkan keprihatinan kepada golongan ini.

Insyaallah kita akan mengatur aktiviti khusus ke arah ini.

Seperti tahun 2008, pada tahun 2009 juga Puspanita Cawangan telah

berjaya menjalankan aktiviti yang saya yakin memberi manfaat kepada

ahli-ahli, dengan kerjasama pihak lain seperti KESKEB, Jabatan

Pembangunan Wanita, pertubuhan bukan kerajaan dan Puspanita

Kebangsaan sendiri. Saya amat berharap jalinan kerjasama seperti ini

dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Yang

Dipertua KESKEB umpamanya, selaku Penasihat II Puspanita

3

Page 4: UCAPAN YBHG. DATIN RUZAINA WAN HANIFF · PDF fileseorang YDP Puspanita Kebangsaan ke ... merakamkan ucapan terima kasih beliau kepada ... yang bertungkus lumus menyiapkan segala acara

Cawangan, telah banyak memberikan sokongan kepada aktiviti

Puspanita dan sering memastikan kerjasama antara kedua-dua

persatuan ini dijalin kerana lazimnya ahli kedua-dua persatuan ini

adalah orang yang sama. Jika kita bersatu tenaga, tentu kita mendapat

lebih kebaikan dan manfaat yang dapat dikongsi bersama.

Saya juga faham, dalam kekangan waktu dan tugas hakiki pegawai dan

kakitangan, agak membataskan penglibatan mereka dalam aktiviti yang

dijalankan. Ini juga kadangkala bertembung dengan program peringkat

Kementerian atau Jabatan sendiri. Walau bagaimanapun, saya mohon

ahli-ahli meluangkan sedikit masa untuk menyertai aktiviti yang telah

dirancang kerana ia merupakan satu langkah yang amat penting bagi

menjamin kesinambungan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh Puspanita.

Semua ini dapat memberi peluang untuk kita sama-sama belajar melalui

ilmu,pengalaman dan kepakaran masing-masing . Kunjungi lah laman

web, lihat poster yang ditampal, tanya lah kepada AJK di agensi

masing-masing supaya semua dapat mengetahui apakah aktiviti

seterusnya yang dirancang. Kejayaan Puspanita sebenarnya

bergantung kepada puan-puan untuk menentukannya. Puspanita

Cawangan KPWKM bukan milik AJK atau ahli tertentu sahaja, tetapi

milik semua ahli berdaftar yang membayar yuran, dan puan-puan

mempunyai hak untuk bertanya dan mendapat manfaat daripada aktiviti

yang dijalankan.

Saya dan ahli jawatankuasa juga akan terus sentiasa memikirkan

program dan aktiviti yang menarik untuk dilaksanakan dan insyaallah,

saya yakin lebih ramai ahli-ahli dapat bergiat aktif di peringkat jabatan

dan agensi masing-masing dengan merangka dan mengatur pelbagai

program yang bersesuaian. Saya juga berharap agar puan-puan semua

4

Page 5: UCAPAN YBHG. DATIN RUZAINA WAN HANIFF · PDF fileseorang YDP Puspanita Kebangsaan ke ... merakamkan ucapan terima kasih beliau kepada ... yang bertungkus lumus menyiapkan segala acara

dapat memberi sokongan dan membantu saya dan AJK Puspanita.

Saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan demi manfaat kita

bersama agar PUSPANITA dapat berdiri teguh di belakang Kementerian

demi untuk memartabatkan agenda wanita, keluarga dan masyarakat.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua

yang hadir pada Majlis pada pagi ini. Kepada semua ahli jawatankuasa

yang bertungkus lumus menyiapkan segala acara kita hari ini jutaan

terima kasih diucapkan. Suka saya maklumkan di sini bahawa barisan

AJK sesi 2008/2010 telah menjalankan tugas dengan cemerlang dalam

memastikan yang terbaik untuk semua ahli Puspanita Cawangan.

Diharapkan kepada AJK baru yang akan dipilih bagi tempoh 2010

hingga 2012 dalam Mesyuarat Agung sebentar lagi, dapat memastikan

kesinambungan kecemerlangan ini diteruskan. Berikanlah yang terbaik

untuk semua ahli dan jalankanlah amanah ini dengan penuh rasa

tanggungjawab dan keikhlasan.

Sekian, Wabillah hit taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum wrt wbt.

5