rekacipta instrumen puzzle heksagon kit · pdf filehafidz bin haji omar selaku penyelia psm...

25

Upload: doankhuong

Post on 26-Mar-2018

267 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

 

Page 2: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

    

REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT

BAGI UJIAN KETANGKASAN

AHMAD SYUKRI BIN MUHAMMAD

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 3: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

 

Page 4: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

 

Page 5: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

iv  

DEDIKASI

Buat ayahanda dan bonda tersayang

Muhammad bin Salleh dan Ashnah binti Mamat

Buat ahli keluarga yang tersayang

Fatimah Zahrah binti Muhammad

Siti Khadijah binti Muhammad

Mohd Ikhwan bin Muhammad

Abdul Fattaah bin Muhammad

Masitah binti Muhammad

Siti Rasyidah binti Muhammad

Siti Nur Hidayah binti Muhammad

Muhammad Saifuddin bin Muhammad

Muhammad Daniel Hakimi bin Muhammad

Buat teman-teman seperjuangan 4 SPS sesi 2010

Terima kasih diucapkan kepada kalian yang selama ini banyak membimbing dan

menyokong serta memberi semangat dalam mengharungi perjuangan ini

Kalian adalah pencetus inspirasi dan semangat juang

Diharapkan semua terus berjuang untuk mencapai kejayaan yang diinginkan dan

kenangan kita bersama tidak mungkin dapat dilupakan

 

Page 6: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

v  

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat juga

saya menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya. Disini saya

merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada PM Dr. Abdul

Hafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus

lumus dalam memberi bimbingan dan pandangan sepanjang menjalankan dan

menyiapkan projek ini.

Selain itu, tidak lupa juga kepada semua pensyarah-pensyarah Sains Sukan

yang telah membantu memberikan pandangan dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan

projek ini. Ucapan jutaan terima kasih kepada para subjek yang terlibat secara

langsung dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan kajian ini.

Seterusnya buat teman-teman seperjuangan 4 Sains Sukan tahun 2009/2010

dan seluruh warga SPS yang banyak memberikan dorongan dan semangat dalam

menyelesaikan projek ini. Terima kasih di atas segala bantuan dan kerjasama yang

diberikan. Semoga Allah merahmati kalian di dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih semua.

Page 7: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

vi 

ABSTRAK

Ujian ketangkasan heksagon merupakan satu ujian bagi menguji komponen ketangkasan kecergasan fizikal. Prosedur ujian ketangkasan heksagon (Arnot dan Gaines, 1984) memerlukan individu melompat pada 6 arah untuk melengkapkan satu pusingan. Individu perlu melengkapkan 3 pusingan lompatan menggunakan kedua-dua kaki dengan sepantas yang mampu bagi menentukan skor masa dan tahap ketangkasan berdasarkan rujukan norma Arnot dan Gaines (1984). Objektif utama kajian ini ialah untuk merekabentuk instrumen puzzle heksagon. Ia menggabungan teknologi digital berdasarkan prosedur ujian ketangkasan manual untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kesahan instrumen diuji menggunakan kaedah kesahan sejajar dengan mengambil kira nilai korelasi antara instrumen yang dicipta dan keadah manual ujian ketangkasan. Kebolehpercayaan diuji menggunakan kaedah uji ulang uji dengan melihat nilai korelasi antara kedua-dua ujian (ujian 1 & 2 mengunakan instrumen puzzle heksagon) dalam dua masa yang berbeza. Kajian juga dilakukan untuk melihat perbandingan tahap ketangkasan di antara sukan raket iaitu sukan tenis, badminton dan squash serta melihat potensi pasaran instrumen berdasarkan soal selidik yang diedarkan. Seramai 28 orang atlit Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dari ketiga-tiga jenis sukan berkenaan (19 orang lelaki dan 9 orang wanita) terlibat dalam kajian ini. Prosedur ujian dijalankan dengan mengambil masa ujian bermula dari bunyi “beep” sehingga subjek melengkapkan 3 pusingan lompatan sepantas yang mampu. Data dianalisis menggunakan SPSS 13.0 (Statistical Packages For Social Science) dan Microsoft Excel 2007. Analisis korelasi Pearson dan Spearman Rho digunakan untuk melihat perhubungan kesahan sejajar dan kebolehpercayaan instrumen tersebut. Keputusan kajian korelasi Pearson bagi kesahan instrumen ialah r=0.992 manakala korelasi Spearman Rho ialah r=0.894 iaitu pada tahap korelasi yang sangat kuat. Keputusan nilai korelasi Pearson bagi kebolehpercayaan instrumen ialah r=0.994 dengan korelasi kebolehpercayaan yang sangat tinggi dan korelasi Spearman Rho r=.0.657 pada tahap sederhana tinggi. Hasil kajian juga menunjukan atlit sukan squash mempunyai tahap ketangkasan yang tinggi (purata 11.304 saat) berbanding sukan badminton (purata 11.5167 saat) dan tenis (purata 13.3182 saat). Tinjauan bagi potensi pasaran instrumen menunjukkan nilai purata skala likert iaitu 4.2143 melebihi tahap setuju pada skala likert 4. Kesimpulannya instrumen puzzle heksagon sesuai dijadikan pengganti kepada pengukuran ketangkasan kaedah manual untuk memudahkan kebolehtakbiran ujian dijalankan dan meningkatkan minat individu untuk menjalankan ujian. Cadangan untuk pengkaji akan datang agar menambahbaik instrumen dengan mengabungkan instrumen dengan komputer dan membina satu pengkalan data untuk memudahkan penyimpanan data dilakukan.

Page 8: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

vii 

ABSTRACT

The Hexagon Agility Test is a test to measure the agility component of physical fitness. The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines, 1984) requires each individual to jump to 6 angles in order to complete one round. The individual needs to complete 3 rounds by jumping as fast as possible with both feet to determine the time score and agility level based on the Arnot and Gaines (1984) norm. The main objective of this study is to design puzzle hexagon instrument. It combines digital technology with the manual agility testing procedure to obtain higher validity and reliability. The validity of the instrument was tested using the concurrent validity method by considering the correlation value between the instrument and the manual agility testing method. The reliability of the instrument was tested using the test-retest method to see the correlation between the two tests (1st and 2nd test using instrument puzzle hexagon) in two different occasions. This study was also conducted in order to observe the comparison of agility level between racket sports like tennis, badminton and squash and to observe the market potential of the instrument based on questionnaire distributed. 28 athletes of University Technology Malaysia (UTM) from three types of racket sports (19 males and 9 females) were involved in this study. Test procedure was conducted by taking the test time starting from the sound of “beep” until subjects complete 3 rounds of jumping as fast as possible. The data was analyzed using SPSS 13.0 (Statistical Package for the Social Sciences) and Microsoft Excel 2007. Pearson and Spearman Rho correlation analysis were used to see the concurrent validity and reliability of the instrument. The result of the Pearson correlation for instrument validity was r=0.992 and Spearman rho correlation was r=0.894, showing strong correlation. The result of Pearson correlation for instrument reliability was r=0.994 which show high correlation and the Spearman rho correlation was r=0.657 showing a moderate high correlation. The result from this study also shows that squash athletes have a higher level of agility (mean 11.304 second) compared to badminton (mean 11.5167 second) and tennis athletes (mean 13.3182 second). Review for potential marketing of the instrument shows that the mean of the lickert scale was 4.2143 which is higher than the level of agreement, scale 4. In conclusion, the puzzle hexagon instrument is suitable as a replacement for the manual agility testing method to facilitate the administration in testing and to improve the level of individual interest to perform the test. For future research, I suggest to improve the instrument using computer and by building a database to facilitate the storing of testing data.

Page 9: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

viii  

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

SENARAI KANDUNGAN viii-xvi

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv-xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1-3

1.2 Latar Belakang Masalah 4-5

1.3 Penyataan Masalah 6-7

1.4 Objektif Kajian 7-8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 11-13

1.9 Penutup 13

Page 10: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

ix  

2 SOROTAN KAJIAN 14

2.1 Pengenalan 14-15

2.2 Teori Berkaitan Dengan Reka Bentuk 15-19

2.3 Kajian-Kajian Berkaitan Dengan Ketangkasan 19-24

2.4 Ujian-Ujian Bagi Komponen Ketangkasan 24

2.4.1 Ujian Lari Ulang Alik 4 x 10 Meter 25

2.4.2 Ujian Ketangkasn Illinois 25-26

2.4.3 Ujian T 26

2.5 Peralatan Ujian Ketangkasan 26

2.5.1 Berlari Sisi Helmas 27

2.5.2 Bola Ketangkasan 27

2.5.3 Timing Gates 28

2.5.4 Tangga Ketangkasan 28

2.5.5 Alat Lari Ulang Alik 4 x 10 Meter 28

2.6 Penutup 29

3 METODOLOGI KAJIAN 30

3.1 Pengenalan 30

3.2 Kaedah Penyelidikan 31

3.3 Subjek Kajian 31-32

3.4 Instrumen Kajian 32

3.5 Prosedur Kajian 32

3.5.1 Pemilihan Subjek 33

3.5.2 Penyerahan Surat Lantikan 33

3.5.3 Surat Persetujuan 33

3.5.4 Taklimat Kajian 34

3.6 Rekabentuk Kajian 34

3.6.1 Fasa Merekabentuk Instrumen 34

Page 11: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

x  

3.6.2 Fasa Penghasilan Instrumen 35

3.6.3 Fasa Pengujian Instrumen 35-37

3.7 Pengumpulan Data 37

3.8 Penganalisisan Data 37

3.9 Kajian Rintis 38

3.10 Pengenalan Rekabentuk Instrumen 38

3.11 Cadangan 38

3.11.1 Cadangan Awal 39-40

3.12 Peringkat Akhir 41

3.13 Instrumen Kajian 41-42

3.13.1 Rekabentuk Instrumen 42-43

3.13.2 Rekabentuk Alat Pengesan

Instrumen 44-45 

3.13.3 Prosedur Penggunaan Instrumen 45-46

3.14 Pengukuran 46-47

3.15 Penutup 47

4 ANALISIS DATA 48

4.1 Pengenalan 48

4.2 Penganalisaan Deskriftif dan Inferensi 48-49

4.3 Analisis Latarbelakang Subjek 49

4.4 Analisis Kesahan dan Kebolehpercayaan 56

Instrumen

4.4.1 Kesahan Instrumen 57-58

4.4.2 Kebolehpercayaan Instrumen 58-60

4.5 Analisis Keputusan Ujian Berdasarkan Sukan 60

4.5.1 Sukan Tenis 60-61

4.5.2 Sukan Badminton 61

4.5.3 Sukan Squash 62

4.5.4 Analisis Keseluruhan Tahap Ujian

Ketangkasan 62-64

Page 12: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

xi  

4.6 Persepsi Potensi Pasaran Instrumen

Ujian untuk Kegunaan Umum 64-73

4.7 Penutup 73

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN 74

5.1 Pengenalan 74

5.2 Ringkasan Kajian 75

5.3 Perbincangan 76

5.3.1 Instrumen Puzzle Heksagon mempunyai

Tahap Kesahan dan Kebolehpercayaan

yang Tinggi 76-77

5.3.2 Instrumen Dapat Mengukur dan

Menentukan Jenis-Jenis Sukan yang

Mempunyai Ketangkasan yang Tinggi 77-78

5.3.3 Maklum Balas Potensi Pasaran Daripada

Pengguna yang telah Mengetahui, Meneliti

Serta Mencuba Menggunakan Instrumen 78-79

5.4 Kesimpulan 79-80

5.5 Masalah yang Dihadapi 80

5.5.1 Kemahiran Dalam Memprogram Data

Didalam Paparan LCD 80

5.5.2 Pembinaan Sensor dan Suis Pemijak 81

5.5.3 Rekabentuk Alat 81

5.6 Cadangan 81

5.6.1 Penggunaan Buzzer yang Besar

Dalam Instrumen 81-82

5.6.2 Menaikkan Taraf Paparan LCD 82

5.6.3 Penggunaan Bunyi 82

5.6.4 Membina Profil Ujian dan

Mengabungkan instrumen dengan

Page 13: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

xii  

Komputer menggunakan Pendekatan

Tanpa wayar(wireless) atau Bluetooth 83

5.7 Penutup 83

RUJUKAN 84-90

LAMPIRAN 91-104

Page 14: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

xiii  

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.0 Prosedur Ujian Ketangkasan menggunakan instrumen

ujian puzzle heksagon dan kaedah manual serta

penilaian potensi instrumen yang dibangunkan 36-37

3.1 Peralatan elektronik yang terlibat didalam pembinaan

instrumen ujian ketangkasan puzzle heksagon 43

3.2 Norm skor mentah ujian ketangkasan heksagon 47

4.0 Taburan purata, median dan sisihan piawai subjek

mengikut umur, berat dan tinggi 49

4.1 Korelasi Pearson menggunakan skor mentah

bagi ujian kesahan 57

4.2 Korelasi Spearman rho menggunakan data

non-parametrik bagi ujian kesahan 58

4.3 Korelasi Pearson menggunakan skor mentah

bagi ujian kebolehpercayaan 59

4.4 Korelasi Spearman rho menggunakan data

non-parametrik bagi ujian kebolehpercayaan 59

4.5 Purata dan sisihan piawai tahap ketangkasan mengikut

sukan menggunakan data non-parametrik 63

4.6 Purata dan sisihan piawai tahap ketangkasan mengikut

sukan menggunakan data mentah 63

4.7 Tahap potensi pasaran instrumen 73

Page 15: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

xiv  

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Lakaran awal rekabentuk instrumen 40

3.2 Lakaran awal litar elektronik instrumen 40

3.3 Rupabentuk instrumen ujian ketangkasan puzzle

heksagon 42

3.4 Jenis bekalan kuasa kepada instrumen 44

3.5 Struktur pengesan papan pijak 45

3.6 Gambar rajah ujian sedang dilakukan 46

4.0 Jantina subjek 50

4.1 Kategori umur subjek 50

4.2 Kategori berat subjek 51

4.3 Kategori ketinggian subjek 52

4.4 Taburan bangsa subjek 52

4.5 Taburan agama subjek 53

4.6 Kategori sukan subjek 54

4.7 Aktif bersukan subjek 54

4.8 Jumlah kekerapan bersukan subjek 55

4.9 Pengalaman menjalani ujian 55

4.10 Jenis ujian ketangkasan yang pernah disertai 56

4.11 Keputusan ujian bagi subjek sukan tenis 60

4.12 Keputusan ujian bagi subjek sukan badminton 61

4.13 Keputusan ujian bagi subjek sukan squash 62

4.14 Peratusan tahap ketangkasan mengikut sukan 62

4.15 Instrumen berteknologi ini mampu mengukur

tahap prestasi ketangkasan. 65

4.16 Instrumen ini membantu penguji melakukan ujian

dengan tepat 65

Page 16: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

xv  

4.17 Ujian lebih mudah dijalankan dengan menggunakan

instrumen ini. 66

4.18 Instrumen ini selamat untuk digunakan 67

4.19 Instrumen ini mudah alih dan tahan lasak. 67

4.20 Instrumen ini akan mendapat sambutan baik. 68

4.21 Penipuan tidak berlaku semasa ujian dijalankan 69

4.22 Perisian didalam instrumen ini mudah digunakan 69

4.23 Keupayaan instrumen boleh dipertingkatkan lagi 70

4.24 Instrumen ini meningkatkan motivasi untuk

melakukan ujian 71

4.25 Ruang yang sedikit diperlukan untuk guna dan

simpan instrumen 71

4.26 Instrumen mampu dimiliki pada harga RM 300-

RM400 72

Page 17: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

xvi  

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA

SURAT

A Borang Kesihatan dan Kecergasan Diri 91

B Surat Perlantikan Subjek 92

C Surat Pelepasan Tanggungjawab 93

D Surat Kebenaran Menggunakan Atli Universiti 94

E Surat Kebenaran Menggunakan Makmal Kayu 95

F Borang Pengujian 96

G Borang Soal Selidik 97-100

H Gambar Instrumen 101-104

 

 

 

 

Page 18: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Kecergasan fizikal penting bagi setiap individu kerana membantu mereka

melakukan rutin harian tanpa sebarang masalah. Cobin dan Linsey (1994),

mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai keupayaan keseluruhan organ badan

manusia berfungsi dengan cekap dan berkesan. Dari sudut kesihatan, kecergasan

fizikal merangkumi beberapa aspek berkaitan fungsi fisiologi dan psikologi yang

dipercayai dapat memberi seseorang individu itu perlindungan dari ancaman

penyakit-penyakit hipokenetik seperti penyakit jantung, kegemukkan dan pelbagai

lagi penyakit otot serta tulang (Falls, 1980). Selain itu, kemampuan dan kebolehan

individu melakukan aktiviti seharian tanpa merasa lesu dan masih mempunyai

lebihan tenaga untuk melakukan aktiviti pada masa lapang serta masih mempunyai

tenaga bagi menghadapi saat-saat kecemasan juga dikatakan sebagai kecergasan

fizikal (Giam Choo Keong, 1981).

Terdapat 11 komponen kecergasan fizikal yang dibahagikan kepada 2

kategori utama. Menurut Wee Eng Hoe (1996), kecergasan fizikal dibahagikan

kepada dua kategori iaitu kecergasan fizikal berasaskan kesihatan (daya tahan

kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan dan komposisi badan) dan

kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor (koordinasi, imbangan, kuasa,

ketangkasan, masa tindakbalas dan kelajuan) yang memberi sumbangan kepada

kualiti kehidupan secara keseluruhannya. Komponen-komponen kecergasan fizikal

ini boleh diuji dengan pelbagai kaedah seperti Ujian Kecergasan Jasmani

Page 19: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

2  

Kebangsaan (UKJK) yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk

menguji tahap kecergasan fizikal atlit berasaskan lakuan motor dan kesihatan.

Daripada komponen-komponen kecergasan fizikal yang dinyatakan,

ketangkasan merupakan salah satu komponen yang penting dalam sukan prestasi

tinggi. Markovic et al. (2006) mendefinisikan ketangkasan sebagai kebolehan dalam

menukar arah tanpa menjejaskan kepantasan, keseimbangan dan kawalan tubuh.

Dari sudut pandangan lain pula, ketangkasan adalah pelakuan motor iaitu pergerakan

berturutan pada pelbagai arah, cekap dan pantas (Helen Ten dan Haridas, 1996).

Manakala menurut Sheikh Kamarudin dan Sarjit Singh (1998), ujian ketangkasan

merupakan ujian yang mengukur kebolehan seseorang itu bertindak dengan cepat

dan pantas untuk membantunya dalam situasi permainan dan juga masa kecemasan

dari segi menyelamatkan diri.

Ketangkasan juga merupakan sebahagian faktor kemenangan bagi atlit dalam

sukan-sukan tertentu. Ini selari dengan penyataan Yong et al. (1996) yang

menyatakan kebolehan menguasai kemahiran ketangkasan yang baik pada tahap-

tahap tertentu memberi kelebihan untuk lebih berjaya dalam sukan yang dicuburi dan

penentu kepada kejayaan atlit dalam sukan-sukan tertentu. Menurut Kurz (2001),

ketangkasan yang baik dapat meningkatkan corak permainan dan kemampuan

seseorang pemain itu dari segi kawalan dan penguasaan gelanggang. Terdapat

pelbagai ujian ketangkasan yang direka oleh pakar-pakar sains sukan bagi mengukur

tahap ketangkasan seperti ujian Illinois Agility Run, ujian Shuttle Run , Ujian Zig

Zag , Ujian 505 agility , Ujian Quadrant Jump, Ujian-T, 10 meter shuttle, 20 Yard

Agility (soccer), 20 Yard Shuttle (NFL, SPARQ), Agility Cone Drill (SPARQ), 3-

Cone Drill (NFL), Box Drill (NFL) dan Ujian Heksagon.

Walaubagaimanapun, kebanyakkan ujian ketangkasan ini hanya wujud dalam

kaedah manual sahaja tanpa mengabungkan peralatan yang berteknologi. Umum

mengetahui bahawa teknologi banyak membantu dalam meningkatkan prestasi atlit.

Teknologi didefinisikan sebagai satu kaedah saintifik yang menggunakan

pengetahuan sains bagi mencapai satu tujuan secara praktikal (Kamus Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1998). Teknologi sukan pula ialah material atau objek yang direkacipta

Page 20: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

3  

atau dibangunkan bagi memudahkan urusan dan aktiviti berkaitan dengan sukan

seperti mesin, perkakasan, hardware, software dan sistem dan tidak berkait dengan

aspek biologikal (Loland, 2009).

Menurut Liebermann et al. (2002), teknologi sukan banyak membantu atlit

dalam meningkatkan prestasi kemahiran sukan mereka. Oleh itu, individu atau

kumpulan tertentu lebih yakin dengan penggunaan alatan berteknologi kerana kadar

keberkesanannya telah dikaji secara saintifik. Ini selari dengan kenyataan Sheikh

Kamaruddin Sheikh Ahmad (2000), yang menyatakan alat-alat berteknologi seperti

alat latihan isokinetik, isometrik dan isotonik banyak membantu atlit dalam

meningkatkan daya fizikal mengikut keperluan masing-masing.

Teknologi dalam sukan bukan sahaja meningkatkan daya fizikal dan prestasi

atlit malah juga memberikan kelebihan dalam pelbagai aspek lain. Menurut Loland

(2009), teknologi sukan banyak membantu atlit dari pelbagai aspek seperti

meningkatkan prestasi sukan, pentadbiran undang-undang sukan dan keselamatan

dalam sukan. Ini memberi lebih perlindingan dan keselamatan kepada setiap atlit

dalam setiap sukan yang dicuburi.

Namun begitu, kekurangan peralatan berteknologi dipasaran pada masa kini

bagi mengukur komponen ketangkasan telah memberikan idea kepada penyelidik

untuk mencipta satu instrumen bagi menguji tahap ketangkasan individu. Instrumen

ujian yang dihasilkan mampu mengukur tahap ketangkasan dengan tepat dan

mengeluarkan keputusan berkaitan tahap prestasi seseorang individu tersebut serta

merta setelah tamat ujian. Disamping itu, instrumen yang dicipta mempunyai fungsi

mudah alih ataupun portable yang bermaksud mudah dibawa, mudah disimpan dan

mudah dikendalikan selain mempunyai sifat ringan dan saiz yang kecil. Usaha untuk

merekabentuk dan membangunkan instrumen pengukuran ketangkasan ini dapat

memudahkan guru, jurulatih dan penguji untuk menjayakan ujian ke atas anak didik

mereka dengan mudah dan tepat tanpa sebarang masalah atau ralat yang besar.

Page 21: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

4  

1.2 Latar Belakang Masalah

Daripada pengamatan, pembacaan dan kajian yang dilaksanakan, penyelidik

mendapati tahap pencapaian sukan pada masa kini lebih baik jika hendak

dibandingkan dengan pencapaian sebelumnya berdasarkan rekod-rekod yang telah

dihasilkan oleh atlit-atlit negara pada alaf ini. Terdapat pelbagai faktor yang

dikenalpasti oleh para saintis sukan yang menjadi penyumbang kepada peningkatan

tahap prestasi atlit-atlit negara pada masa kini. Antaranya seperti faktor genetik,

bentuk program latihan yang sistematik, kawalan pemakanan yang bersesuaian,

teknologi sukan dan latihan yang berasaskan prinsip serta ilmu pengetahuan sains

sukan. Ini selari dengan kenyataan Sheikh Kamaruddin bin Sheikh Ahmad (1994)

yang menyatakan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kecergasan fizikal

seseorang individu itu seperti baka (genetik), persekitaran dan tingkahlaku.

Selain itu, peralatan sukan yang semakin canggih yang direkacipta khusus

bagi sukan-sukan tertentu untuk membolehkan seseorang individu itu melakukan

latihan mereka tanpa mengira keadaan cuaca dan waktu antara faktor peningkatan

prestasi atlit-atlit negara pada masa kini. Pada masa kini, terdapat pelbagai peralatan

berteknologi yang boleh digunakan dalam meningkatkan prestasi dan tahap

kecergasan seseorang individu. Antaranya ialah seperti peralatan motion analysis,

electromyography, time measurement device, dynamometer dan three-dimentional

movement analysis system yang berasaskan teknologi biomekanik. Peralatan-

peralatan ini telah berjaya memberi maklumat penting berkaitan sistem lokomotor

manusia bagi memudahkan jurulatih menyediakan program latihan yang sesuai dan

sistematik untuk meningkatkan prestasi atlit pada tahap maksimum. Ini kerana

kekurangan pada atlit mudah dikesan dan dikenalpasti dengan bantuan peralatan-

peralatan ini. Namun begitu, peralatan berteknologi bagi menguji mengukur

komponen ketangkasan masih kurang di pasaran pada masa kini

Hasil daripada kajian, penyelidik juga mendapati peralatan senaman yang

berada di pasaran pada masa kini terlalu mahal dan tidak mampu dimiliki

terutamanya oleh pihak sekolah. Maka atas alasan itu, penyelidik berusaha

merekabentuk instrumen yang berupaya untuk menguji serta meningkatkan prestasi

Page 22: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

5  

atlit dari segi ketangkasan dengan harga yang berpatutan. Kualiti yang tinggi serta

kos penghasilan instrumen yang minima juga menjadi keutamaan penyelidik dalam

penghasilkan instrumen yang menguji komponen ketangkasan ini. Selain itu juga,

penyelidik menekankan ciri-ciri keselamatan yang tinggi, mudah dikendalikan,

ringan dan mudah alih pada instrumen yang dibangunkan ini. Ini kerana ciri-ciri ini

adalah selari dengan kehendak pengguna pada masa kini. Dengan perkembangan

teknologi yang kian pesat, pengguna lebih cenderung kepada peralatan yang boleh

memberikan maklumat dan tindak balas serta merta tentang prestasi dan tahap

ketangkasan seseorang individu itu sekiranya diuji.

Selain itu, kebolehpercayaan sesuatu peralatan juga mendorong pengguna

untuk membeli dan menggunakan alatan tersebut. Azizi Yahya et al. (2007),

menyatakan kebolehpercayaan sesuatu alat itu diertikan sebagai tiada relatif bagi

kesilapan penilaian dalam peralatan pengukuran tersebut. Maka semakin banyak

kesilapan, semakin kurang kestabilan dan ketepatan alatan pengukuran tersebut dan

ia pasti bertentangan dengan kehendak pengguna. Kesahan peralatan juga

dipertimbangkan oleh pengguna untuk membeli dan menggunakan peralatan

tersebut. Kesahan peralatan pengukuran didefinisikan sebagai sejauh mana ia

berjaya mengukur apa yang sepatutnya diukur (Azizi Yahya et al., 2007). Jika

kedua-dua elemen kebolehpercayaan dan kesahan terdapat pada sesuatu alatan itu

maka ia pasti memberi tarikan kepada pengguna untuk memilikinya.

Kekurangan peralatan ujian ketangkasan secara elektronik memberikan

inisiatif dan idea kepada penyelidik untuk menerokai bidang ini bagi menampung

kekurangan peralatan ujian ketangkasan secara elektronik dipasaran pada masa kini.

Usaha ini dilakukan agar bidang sukan tidak ketinggalan dan selari dengan

perkembangan teknologi semasa serta menjadi titik tolak kepada penciptaan

peralatan sukan dengan lebih meluas lagi bagi memenuhi kehendak pasaran. Dengan

penghasilan instrumen ujian ketangkasan elektronik ini, diharap dapat membantu

jurulatih dalam menguji tahap ketangkasan atlit mereka dengan kebolehpercayaan

yang tinggi serta kesahan yang tepat tanpa memikirkan ralat yang berlaku semasa

ujian dijalankan seperti menjalankan ujian ketangkasan secara kaedah manual.

Page 23: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

6  

1.3 Penyataan Masalah

Kekurangan peralatan ujian kecergasan berteknologi terutamanya peralatan

ujian ketangkasan memberi beban kepada jurulatih dan penguji kecergasan untuk

mengukur tahap ketangkasan dikalangan atlit mereka. Selain itu, guru-guru

pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah juga mengalami kesukaran yang sama

untuk mengukur tahap ketangkasan pelajar-pelajar mereka kerana ketiadaan

peralatan yang berkeupayaan dengan kebolehpercayaan yang tinggi serta kesahan

yang tepat untuk mengukur tahap ketangkasan para pelajar. Masalah yang sama juga

dihadapai di peringkat daerah dan Majlis Sukan Negari.

Selain itu, atlit dan pelajar tidak begitu gemar dengan cara atau kaedah

manual ujian ketangksan kerana pelajar terpaksa melakukannya sendiri dan ditambah

lagi dengan keadaannya yang tidak menarik. Para pelajar dan atlit terpaksa

melakukannya ujian tersebut secara berpasangan kerana memerlukan rakan untuk

memberikan arahan ”mula” dan mencatat masa. Kebiasaanya, rakan tidak menekan

masa (jam randik) pada waktu mula dan berhenti dengan tepat dan menyebabkan atlit

atau pelajar tidak dapat mengukur tahap ketangkasan sebenar diri mereka. Ini

mendorong atlit dan pelajar melakukan sesuatu ujian secara sambil lewa kerana tidak

yakin dengan cara pelaksanaannya. Ini terjadi kerana kurangnya alatan ujian

ketangkasan dipasaran yang dapat mengukur ketangkasan dengan tepat dan jitu.

Elemen definisi yang hampir sama antara ketangkasan dan masa reaksi

menjadi penyebab sesuatu peralatan ujian ketangkasan harus dibangunkan.

Ketangkasan atau agility ialah kebolehan tubuh badan bertindak balas sebaik sahaja

menerima sebarang ransangan luar dan mempunyai perkaitan dengan kepantasan,

masa reaksi dan keseimbangan. Ketangkasan mempunyai persamaan dengan masa

reaksi iaitu daripada segi keupayaan menerima rangsangan luar. Masa reaksi pula

diistilahkan sebagai keupayaan seseorang bertindak hasil daripada sesuatu

rangsangan iaitu semakin cepat tindak balas semakin baik masa reaksi seseorang itu.

Perbezaan diantara ketangkasan dengan masa reaksi ialah dari segi kedudukan arah

iaitu ketangksan mengukur rangsangan seseorang terhadap keupayaan seseorang

menukar arah dan kedudukan manakala masa reaksi berkaitan dengan rangsangan

Page 24: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

7  

seseorang terhadap masa iaitu hasil tindak balas apabila menerima ransangan

daripada luar.

Bagi mengelak kekeliruan dan mendapatkan keputusan yang tepat terhadap

sesuatu komponen kecergasan yang hendak diuji maka satu peralatan khusus yang

dapat mengukur tahap ketangkasan seseorang individu perlu diperolehi. Namum,

pada masa kini masih belum terdapat peralatan khusus bagi mengukur tahap

ketangkasan. Pengguna terpaksa menggunakan kaedah manual ujian ketangkasan

yang menyebabkan banyak ralat semasa proses pengukuran ketangkasan dilakukan.

Bagi mengatasi masalah ini, satu peralatan berteknologi harus direka untuk

mengukur tahap ketangkasan dengan tepat dan jitu tanpa sebarang ralat yang boleh

menjejaskan keputusan ujian.

Penggunaan tenaga manusia yang ramai dan pengawasan yang teliti harus

dilakukan sekiranya melakukan ujian ketangkasan secara manual untuk mengelakkan

ralat yang besar terhasil. Ini boleh menjejaskan keputusan ujian disamping

penggunaan ruang yang luas. Penggunaan instrumen ini juga dapat mengelakkan

ralat dan penipuan semasa ujian ketangkasan dilaksanakan kerana pengesan yang

diletakkan pada garisan instrumen boleh mengesan sebarang penipuan yang

dilakukan oleh pengguna.

1.4 Objektif Kajian Pada masa kini, penggunaan peralatan berelektronik dan berteknologi adalah

satu elemen penting dalam kehidupan untuk memudahkan urusan seharian. Oleh itu,

objektif kajian ini bertujuan untuk :

1.4.1 ngkasan puzzle heksagon yang akan

direka cipta oleh penyelidik.

Membangunkan instrumen ujian keta

Page 25: REKACIPTA INSTRUMEN PUZZLE HEKSAGON KIT · PDF fileHafidz bin Haji Omar selaku penyelia PSM ini yang telah banyak bertungkus ... The hexagon agility test procedure (Arnot and Gaines,

8  

1.4.2 n kesahan instrumen ujian puzzle

heksagon elektronik dalam menguji tahap ketangkasan seseorang individu.

Menilai tahap kebolehpercayaan da

.4.3 Menilai keupayaan dan keberkesanan instrumen dalam mengukur tahap

1.4.4 engenalpasti potensi instrumen untuk dipasarkan bagi kegunaan umum

.5 Persoalan Kajian

.5.1 Adakah instrumen ujian puzzle heksagon elektronik mempunyai

.5.2 Adakah instrumen ini berkesan dan mampu mengukur tahap ketangkasan

.5.3 Adakah instrumen ini berpontensi untuk dipasarkan bagi kegunaan umum

1

ketangkasan dikalangan atlit-atlit sukan raket dan membandingkan tahap

ketangkasan bagi 3 jenis sukan raket iaitu tenis, badminton dan squash.

M

sebagai satu peralatan ujian kecergasan

1 1

kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi dalam menguji tahap ketangkasan

seseorang individu?

1

dikalangan atlit-atlit sukan raket sukan raket dan membandingkan tahap

ketangkasan bagi 3 jenis sukan raket iaitu tenis, badminton dan squash?

1

sebagai satu peralatan ujian kecergasan?