ucapan yb tuan vs mogan sempena pelancaran skim tuisyen felda smk palong dua

2
UCAPAN YB TUAN VS MOGAN SEMPENA PELANCARAN SKIM TUISYEN FELDA DAN PIBG 2009 SMK PALONG DUA (F), GEMAS Saya berasa bersyukur kerana dapat bersama-sama berhimpun dalam majlis yang penuh bermakna ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Dua (Felda) kerana menjemput saya untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Skim Tuisyen Felda dan PIBG 2009 pada petang ini. Dengan adanya majlis pelancaran ini, telah membuktikan keprihatinan dan komitmen tinggi kerajaan melalui agensinya iaitu Felda dan warga Kementerian Pelajaran dalam memartabatkan agenda pembangunan pendidikan di kawasan luar bandar di negeri ini. Kita menyedari hakikat bahawa daripada segi prasarana pendidikan sekolah-sekolah khususnya di kawasan luar bandar masih agak jauh ketinggalan. Keadaan ini berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah keadaan lokasi. Justeru, kita memerlukan pendekatan yang menyeluruh dan implikasi kewangan yang besar yang perlu disediakan oleh kerajaan. Kita bersyukur kerana kerajaan sentiasa memberikan fokus dan keutamaan terhadap usaha-usaha memperkasa pendidikan di kawasan luar bandar. Kesungguhan ini diterjemahkan menerusi pelaksanaan pelbagai program dan projek yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMKe-9). Bagi peringkat Kementerian Pelajaran sendiri, kita dapat melihat agenda merapatkan jurang pendidikan telah diletakkan sebagai salah satu teras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006- 2010. Program pada hari ini sekali lagi membuktikan bahawa Skim Tuisyen Felda bukan sekadar perancangan di atas kertas tetapi telah pun diterjemahkan menjadi kenyataan. Skim ini merupakan satu daripada ribuan projek yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan. Bagi pihak kerajaan negeri, kita akan memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama kepada Kementerian Pelajaran dalam menjayakan agenda ini. Kita berharap sekolah di luar bandar akan terus diberi tumpuan utama dan dibekalkan dengan prasarana yang sama lengkap dan canggih seperti sekolah lain di bandar bagi merapatkan jurang perbezaan dalam bidang pendidikan. Penambahan prasarana pendidikan ini sudah tentu akan menjadi pemangkin kemajuan dan kejayaan sesebuah sekolah.

Upload: austin-schmidt

Post on 22-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rrr

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Yb Tuan vs Mogan Sempena Pelancaran Skim Tuisyen Felda Smk Palong Dua

UCAPAN YB TUAN VS MOGAN SEMPENA PELANCARAN SKIM TUISYEN FELDA DAN PIBG 2009

SMK PALONG DUA (F), GEMAS

Saya berasa bersyukur kerana dapat bersama-sama berhimpun dalam majlis yang penuh bermakna ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Dua (Felda) kerana menjemput saya untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Skim Tuisyen Felda dan PIBG 2009 pada petang ini.

Dengan adanya majlis pelancaran ini, telah membuktikan keprihatinan dan komitmen tinggi kerajaan melalui agensinya iaitu Felda dan warga Kementerian Pelajaran dalam memartabatkan agenda pembangunan pendidikan di kawasan luar bandar di negeri ini. Kita menyedari hakikat bahawa daripada segi prasarana pendidikan sekolah-sekolah khususnya di kawasan luar bandar masih agak jauh ketinggalan. Keadaan ini berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah keadaan lokasi. Justeru, kita memerlukan pendekatan yang menyeluruh dan implikasi kewangan yang besar yang perlu disediakan oleh kerajaan.

Kita bersyukur kerana kerajaan sentiasa memberikan fokus dan keutamaan terhadap usaha-usaha memperkasa pendidikan di kawasan luar bandar. Kesungguhan ini diterjemahkan menerusi pelaksanaan pelbagai program dan projek yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMKe-9). Bagi peringkat Kementerian Pelajaran sendiri, kita dapat melihat agenda merapatkan jurang pendidikan telah diletakkan sebagai salah satu teras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

Program pada hari ini sekali lagi membuktikan bahawa Skim Tuisyen Felda bukan sekadar perancangan di atas kertas tetapi telah pun diterjemahkan menjadi kenyataan. Skim ini merupakan satu daripada ribuan projek yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan. Bagi pihak kerajaan negeri, kita akan memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama kepada Kementerian Pelajaran dalam menjayakan agenda ini. Kita berharap sekolah di luar bandar akan terus diberi tumpuan utama dan dibekalkan dengan prasarana yang sama lengkap dan canggih seperti sekolah lain di bandar bagi merapatkan jurang perbezaan dalam bidang pendidikan. Penambahan prasarana pendidikan ini sudah tentu akan menjadi pemangkin kemajuan dan kejayaan sesebuah sekolah.

Page 2: Ucapan Yb Tuan vs Mogan Sempena Pelancaran Skim Tuisyen Felda Smk Palong Dua

Kemiskinan dalam kalangan pelajar khususnya di luar bandar merupakan antara masalah yang perlu diatasi sebagai langkah merapatkan jurang penguasaan ilmu di antara pelajar luar bandar dan bandar. Kerajaan tidak akan membiarkan kemiskinan menjadi penghalang untuk pelajar luar bandar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kerajaan sebenarnya menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada pelajar miskin sejak di peringkat sekolah rendah lagi, antaranya ialah Skim baucer tuisyen, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Biasiswa, Skim Pinjaman Buku Teks, dan Rancangan Makanan Tambahan.

Mungkin masih terdapat ibu bapa di kawasan ini masih tidak mengetahui tentang kemudahan yang telah pihak kerajaan sediakan. Oleh hal yang demikian, selain warga pendidik, para pemimpin masyarakat setempat juga perlu memberikan kesedaran akan kepentingan pendidikan dan memaklumkan tentang pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk pelajar luar bandar di kawasan masing-masing.

Dalam usaha kita menuntut keselesaan daripada segi pembangunan fizikal sekolah dan prasarana pendidikan, kita juga mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dan mencabar, iaitu untuk meningkatkan lagi kecemerlangan akademik, sahsiah dan akhlak selain kecemerlangan kokurikulum dalam kalangan generasi muda kita. Usaha murni kerajaan ini adalah untuk membangunkan modal insan yang akan menjadi generasi masa depan yang berilmu dan berakhlak, dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan bangsa dan negara.

Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran dan pihak Felda kerana sentiasa prihatin dan komited terhadap kemajuan pendidikan di kawasan luar bandar. Harapan saya agar warga pendidik, ibu bapa, para pelajar dan seluruh lapisan rakyat akan terus bekerjasama dengan kerajaan untuk memperkasakan lagi pembangunan pendidikan generasi muda bagi mewarisi masa depan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga usaha murni ini akan mencapai target yang disasarkan. Akhir kata, saya dengan sukacitanya melancarkan Skim Tuisyen Felda dan PIBG 2009 SMK Palong Dua (F).

Sekian, terima kasih.