ucapan yb menteri sumber asli dan alam sekitar sempena ... ucapan nre/ucapan timbalan … · 75%...

5
Ucapan Yb Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Sempena Perasmian Bengkel Interaktif Herba Yang Berbahagia Hajjah Nancy Shukri ADUN Batang Sadung merangkap Pengerusi MFRDB Yang Berbahagia Dato’ Dr. Abdul Latif Mohmod, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Yang berusaha, Jawatankuasa Penganjur Bengkel Interaktif Herba Ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil masyarakat, Dif-dif kehormat dan ahli Direktorat FRIM Tuan-tuan dan puan-puan peserta bengkel yang dihormati sekalian. Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. 1. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jawatankuasa Bengkel Interaktif Herba di atas penghormatan yang diberikan kepada saya bagi menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan bengkel ini. Syabas dan tahniah saya ucapkan di atas kejayaan FRIM, Sarawak Biodiversity Centre (SBC) dan agensi / badan-badan di bawah kerajaan negeri Sarawak di atas penganjuran bengkel yang buat julung-julung kalinya di Simunjan ini. Ucapan yang sama juga buat hadirin dan para peserta bengkel yang telah membuat keputusan bijak untuk hadir ke bengkel perkongsian maklumat ini. Yang Berhormat, Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian, 2. Kita berkumpul di bengkel ini untuk membincang dan mengetahui lebih lanjut tentang herba yang terdapat di negara kita and betapa penting berasas herba untuk kesihatan kita serta untuk ekonomi negara. Penggunaan herba sebagai sumber ubatan, makanan, penjagaan kesihatan dan kecantikan merupakan sesuatu yang telah membudaya dalam

Upload: hahanh

Post on 07-Feb-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Yb Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Sempena ... Ucapan NRE/Ucapan Timbalan … · 75% diperolehi dari sumber liar atau hutan, ... Antara langkah yang diambil oleh kerajaan

Ucapan Yb Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Sempena Perasmian Bengkel

Interaktif Herba

Yang Berbahagia Hajjah Nancy Shukri

ADUN Batang Sadung merangkap Pengerusi MFRDB

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Abdul Latif Mohmod,

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Yang berusaha,

Jawatankuasa Penganjur Bengkel Interaktif Herba

Ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil masyarakat, Dif-dif kehormat dan ahli Direktorat FRIM

Tuan-tuan dan puan-puan peserta bengkel yang dihormati sekalian.

Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

1. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada

Jawatankuasa Bengkel Interaktif Herba di atas penghormatan yang diberikan kepada saya

bagi menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan bengkel ini. Syabas dan

tahniah saya ucapkan di atas kejayaan FRIM, Sarawak Biodiversity Centre (SBC) dan agensi /

badan-badan di bawah kerajaan negeri Sarawak di atas penganjuran bengkel yang buat

julung-julung kalinya di Simunjan ini. Ucapan yang sama juga buat hadirin dan para peserta

bengkel yang telah membuat keputusan bijak untuk hadir ke bengkel perkongsian maklumat

ini.

Yang Berhormat, Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

2. Kita berkumpul di bengkel ini untuk membincang dan mengetahui lebih lanjut tentang

herba yang terdapat di negara kita and betapa penting berasas herba untuk kesihatan kita

serta untuk ekonomi negara. Penggunaan herba sebagai sumber ubatan, makanan,

penjagaan kesihatan dan kecantikan merupakan sesuatu yang telah membudaya dalam

Page 2: Ucapan Yb Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Sempena ... Ucapan NRE/Ucapan Timbalan … · 75% diperolehi dari sumber liar atau hutan, ... Antara langkah yang diambil oleh kerajaan

kehidupan masyarakat kita. Masyarakat Malaysia termasuk di Sarawak yang terdiri daripada

pelbagai etnik dan suku kaum turut kaya dengan pengetahuan berupa amalan penggunaan

herba yang diwariskan oleh nenek moyang masing-masing. Selain faktor faedah kesihatan

dan ekonomi tersebut, minat masyarakat dunia terhadap produk berasas herba semakin

meningkat disebabkan kekhuatiran tentang status keselamatan dan risiko kesihatan yang

sering dikaitkan dengan penggunaan produk-produk berasaskan bahan kimia sintetik.

3. Untuk makluman para hadirin sekalian, di peringkat dunia, nilai dagangan sektor herba

dijangka meningkat daripada RM 777 bilion pada 2009 kepada lebih RM 2 trilion menjelang

tahun 2020, iaitu meningkat tiga kali ganda. Pasaran industri herba tempatan pula berpotensi

berkembang sebanyak 15 peratus setahun dengan nilai pasaran negara meningkat daripada

RM 7 bilion pada 2010 kepada kira-kira RM 29 bilion pada 2020. Selain produk untuk kegunaan

farmaseutikal, penghasilan produk-produk makanan kesihatan berasas herba juga turut

berpotensi menjanjikan pulangan lumayan. Nilai pasaran makanan dan minuman di negara

ini dianggarkan RM 30 bilion. Industri makanan kesihatan berpotensi tinggi untuk memberi

pulangan yang lumayan. Ini ialah kerana makanan kesihatan dianggarkan merangkumi

antara 30 dan 40 peratus daripada jumlah makanan dan minuman yang dipasarkan di

negara ini. Menyedari hal ini, herba-herba yang dahulunya terbiar mulai mendapat perhatian

yang istimewa bukan sahaja dalam kalangan penyelidik malah pengeluar pelbagai produk

kecantikan, penjagaan diri, ubatan, makanan tambahan dan lain-lain seumpamanya.

4. Dengan bilangan yang direkod mencecah 2,000 spesies di hutan negara kita yang

mempunyai nilai perubatan, herba kini merupakan suatu komoditi bukan berasaskan kayu

(non-wood produce), yang amat berpotensi menyumbang kepada pembangunan ekonomi

negara. Sungguh pun demikian, 65% bahan mentah untuk penghasilan produk herba negara

diimport dari China, India dan Indonesia. Daripada baki 35% daripada sumber tempatan pula,

75% diperolehi dari sumber liar atau hutan, manakala herba yang ditanam pula

kebanyakannya adalah untuk makanan. Atas dasar inilah, kerajaan telah memperkenalkan

pelbagai inisiatif di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi menambah nilai aktiviti

eksport negara sambil mengurangkan import produk-produk berasas herba. Dalam hubungan

ini, Perbadanan Herba Malaysia (MHC) yang ditubuhkan pada 2001 sebagai sebuah anak

Page 3: Ucapan Yb Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Sempena ... Ucapan NRE/Ucapan Timbalan … · 75% diperolehi dari sumber liar atau hutan, ... Antara langkah yang diambil oleh kerajaan

syarikat penuh Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MiGHT) memainkan

peranan penting untuk mencapai matlamat tersebut.Hadirin yang dihormati sekalian,

5. Adalah menjadi impian Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak, untuk

menjadikan Malaysia sebuah Negara Maju menjelang Tahun 2020. YAB Perdana Menteri telah

menggariskan beberapa teras strategik bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi

negara. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan adalah dengan memperkenalkan 12

Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Selaku pemacu kelestarian sektor bio-ekonomi

negara, potensi herba sememangnya menyerlah sehingga dijadikan sebagai Projek

Permulaan (EPP) yang pertama di dalam NKEA Pertanian di bawah seliaan Kementerian

Pertanian Malaysia (MOA).

6. Projek Permulaan (EPP) 1 di bawah Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi Negara (NKEA),

bermatlamat menghasilkan produk bernilai tinggi dengan jumlah pendapatan kasar

sebanyak RM 2.2 bilion daripada lima herba iaitu tongkat ali, kacip fatimah, misai kucing,

hempedu bumi dan dukung anak. EPP 1 ini dijangka menyediakan 1,800 peluang pekerjaan

baharu serta melahirkan 300 pengilang. Terbaru saya difahamkan selain 5 spesies yang

disebutkan terdapat lima lagi spesies tambahan iaitu mengkudu, roselle, halia, mas cotek,

belalai gajah dan pegaga menjadikan 11 spesies kesemuanya sebagai spesies keutamaan

untuk RMK10.

7. Buat permulaannya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa kawasan seperti di Durian

Mentangau, Dungun (keluasan 406 hektar), Chegar Perah Lipis Pahang (327 hektar), Rantau

Manis Gua Musang Kelantan (323 hektar) untuk dibangunkan sebagai ladang herba

berkelompok di bawah Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) bagi

mengukuhkan kecemerlangan industri yang mampan dan berdaya maju. Berdasarakan

rekod di Jabatan Pertanian Malaysia, keluasan tanaman herba domestik yang berdaftar telah

meningkat daripada 303 hektar pada 2005 kepada 543 hektar pada 2010, iaitu peningkatan

11.93% setahun. Hal ini jelas menunjukkan minat yang semakin berkembang di kalangan rakyat

negara ini untuk turut sama berkecimpung dalam industri herba. Saya harap warga Simunjan

Page 4: Ucapan Yb Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Sempena ... Ucapan NRE/Ucapan Timbalan … · 75% diperolehi dari sumber liar atau hutan, ... Antara langkah yang diambil oleh kerajaan

khususnya dan rakyat Sarawak amnya tidak ketinggalan untuk memanfaatkan peluang

keemasan ini. Dalam hubungan ini, agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Asli Dan

Alam Sekitar (NRE) seperti FRIM beserta lain-lain badan kerajaan samada di peringkat pusat

mahupun negeri seperti SBC, badan swasta dan lainnya akan sentiasa menyokong dan

komited bagi memastikan hasrat murni kerajaan berjaya dicapai.

Para hadirin yanf saya hormati sekalian,

8. Selain penyaluran dana penyelidikan untuk mendokumentasi pengetahuan tradisi, NRE

turut prihatin terhadap isu perkongsian pintar di antara para penyelidik dan pengamal

perubatan tradisional. Inisiatif untuk mendokumentasi pengetahuan tradisi masyarakat pribumi

Semenanjung misalnya telahpun dimulakan semenjak akhir rancangan Malaysia ke 9 (RMKe-

9). Mekanisma perkongsian pintar bagi pengetahuan tradisi yang bersesuaian, selaras dengan

tuntutan Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) pula kini dalam peringkat semakan akhir

untuk dikuatkuasa dan diguna pakai.

9. Produk-produk terbitan R&D hasil teknologi dan kepakaran tempatan sememangnya

sesuatu yang kita nanti-nanti dan banggakan. Menerusi kerjasama erat pihak kerajaan dan

swasta, pelbagai produk bernilai tambah yang memenuhi keperluan piawaian kualiti,

keselamatan dan keberkesanan dijangka dapat dihasilkan dalam masa terdekat, lalu

menjana pulangan ekonomi yang disasarkan. Dalam konteks ini, usaha gigih penyelidikan

dalam bidang herba yang dipelopori oleh FRIM semenjak penubuhannya pada tahun 1995,

telah banyak membuahkan hasil yang membanggakan dan tak mungkin dapat saya

bacakan kesemuanya. Saya percaya FRIM akan terus komited untuk membangun dan

memperkasa industri herba tempatan. Hal ini terbukti menerusi kesudian FRIM untuk berkongsi

kepakaran dan pengalaman dengan para peserta bengkel biarpun Simunjan dan Kepong

beribu batu jauhnya dipisahkan oleh Laut China Selatan.

10. Selain penghasilan produk, kesungguhan FRIM dalam penyediaan khidmat yang terbaik

kepada usahawan herba telah diiktiraf oleh Malaysian Biotech Corp dengan anugerah status

Bionexus Partner kepada 6 makmalnya. Ratusan usahawan herba yang bernaung di bawah

Page 5: Ucapan Yb Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Sempena ... Ucapan NRE/Ucapan Timbalan … · 75% diperolehi dari sumber liar atau hutan, ... Antara langkah yang diambil oleh kerajaan

Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pertanian, Kementerian

Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) sebelum dibubarkan malah Kementerian

Pengajian Tinggi telah pernah mendapat sentuhan kepakaran FRIM menerusi pelbagai bentuk

program kerjasama. Saya turut difahamkan bahawa ada dalam kalangan usahawan ini telah

berjaya mencapai prestasi yang memberansangkan dengan kejayaan mengeksport herba

ke pasaran antara bangsa.

Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

11. Saya yakin dan percaya bengkel ini akan memberi manafaat kepada para peserta

yang sama ada yang terlibat secara langsung atau pun tidak dengan industri herba. Ambillah

peluang keemasan menerusi pembentangan, forum perbincangan mahupun pameran yang

telah diatur bagi mengumpul apa jua maklumat berkaitan herba – dari aspek penanaman,

pembangunan produk berkualiti malah pewujudan jaringan kerjasama pemasaran untuk

memperkasa industri herba negara ke arah penerokaan pasaran global.

12. Adalah menjadi harapan saya agar lebih banyak usahawan dan bakal usahawan herba

dari Simunjan khususnya dan Sarawak umumnya akan mendapat manafaat dari teknologi

dan prasarana yang ditawarkan oleh pihak FRIM, SBC dan agensi-agensi berkaitan yang lain.

13. Dengan kata-kata itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Bengkel Interaktif Herba

2013.

Selamat berbengkel.

Sekian, terima kasih.