ebuletin nre bil 2

8
1 Kuching,- Menyedari kepentingan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah meneruskan inisiatif lagi dengan mengadakan program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) bagi tahun 2010. Siri penjelajahan HBP NRE pada tahun ini telah diadakan di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada 2 hingga 5 Mac 2010. Antara jabatan dibawah NRE yang turut serta memeriahkan program ini adalah Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Program ini tururt dimeriahkan dengan lawatan ke pameran daripada YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Razak beserta isteri, YAB Ketua Menteri Sarawak, YAB Menteri NRE serta tetamu kehormat yang turut mengiringi YAB Perdana Menteri. Program yang diselaraskan oleh Unit Komunikasi Korporat NRE merupakan usaha untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dan kumpulan sasar seterusnya memenuhi ekspektasi stakeholder. Program berbentuk outreach ini juga antara lainnya untuk mempromosikan perkhidmatan dan meningkatkan imej kementerian serta mendekati khayalak di negeri-negeri dan daerah. Antara aktiviti yang diadakan ialah pameran, ceramah, kaunter aduan dan maklumbalas pelanggan dan aktiviti kuiz. eBULETIN NRE www.nre.gov.my PERCUMA Edisi Mac 2010 KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR WARISAN SUMBER ASLI UNTUK KESEJAHTERAAN ALAM SEKITAR

Upload: hoangbao

Post on 04-Feb-2017

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Kuching,- Menyedari kepentingan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah meneruskan inisiatif lagi dengan mengadakan program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) bagi tahun 2010. Siri penjelajahan HBP NRE pada tahun ini telah diadakan di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak pada 2 hingga 5 Mac 2010. Antara jabatan dibawah NRE yang turut serta memeriahkan program ini adalah Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Program ini tururt dimeriahkan dengan lawatan ke pameran daripada YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Razak

beserta isteri, YAB Ketua Menteri Sarawak, YAB Menteri NRE serta tetamu kehormat yang turut mengiringi YAB Perdana Menteri. Program yang diselaraskan oleh Unit Komunikasi Korporat NRE merupakan usaha untuk meningkatkan kefahaman masyarakat dan kumpulan sasar seterusnya memenuhi ekspektasi stakeholder. Program berbentuk outreach ini juga antara lainnya untuk mempromosikan perkhidmatan dan meningkatkan imej kementerian serta mendekati khayalak di negeri-negeri dan daerah. Antara aktiviti yang diadakan ialah pameran, ceramah, kaunter aduan dan maklumbalas pelanggan dan aktiviti kuiz.

eBULETIN NRE www.nre.gov.my

PERCUMA Edisi Mac 2010

K E M E N T E R I A N S U M B E R A S L I D A N A L A M S E K I T A R

WARISAN SUMBER ASLI UNTUK KESEJAHTERAAN ALAM SEKITAR

2

Renungan …

"Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi

jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"

Tinta Editor

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Buat pertama kalinya Buletin NRE diterbitkan secara

online pada tahun ini. Penerbitan yang dikenali

sebagai e-Buletin NRE ini merupakan salah satu

usaha bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang

dijalankan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam

sekitar seperti Sambutan Hari Air dan Sambutan Hari

Hutan ini diberi promosi yang sewajar. Ini sejajar

dengan usaha untuk meningkatkan sisitem penyam-

paian perkhidamatan dan memenuhi kehendak

pelanggan serta ekspektasi stake holder.

Selain diemelkan kepada semua warga NRE, buletin

ini juga turut dimuatnaik dalam laman web NRE untuk

memastikan penyebaran secara meluas dapat

dilaksanakan. Terutama kepada masyarakat umum

khasnya untuk melihat kesungguhan penjawat awam

yang bertugas di NRE dalam melaksanakan amanah

yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Sekian.

3

Muar, 27 Mac – YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan pelancaran Sambutan Hari Air Sedunia 2010 Peringkat Kebangsaan yang bertempat di Dataran Tanjong Mas, Muar Johor. Sambutan yang bertemakan ”Air Bersih Dunia Sihat” itu merupakan acara tahunan yang dianjurkan bersama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau. Sambutan Hari Air Sedunia ini dianjurkan dengan kerjasama anggota UNESCO-IHP Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kementerian, agensi kerajaan, pusat pengajian tinggi awam dan sektor swasta. Dalam ucapannya, beliau berkata sambutan seperti ini dapat menunjukkan keprihatinan dan komitmen Kerajaan dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan sumber air secara lestari, malah ia juga mem-bantu meningkatkan kesedaran awam tentang betapa penting melindungi dan memelihara sumber air untuk generasi masa kini dan masa akan datang .

Beliau turut menyarankan agar agensi yang terlibat dapat memberi keutamaan supaya Dasar Sumber Air Negara dan perundangan berkaitan dapat disiapkan pada tahun ini dengan mengambil kira semua aspek yang mempengaruhi pengurusan sumber air negara dari aspek bekalan hingga pengagihan untuk keperluan semua sektor. Antara tetamu yang turut hadir memeriahkan sambutan ini ialah Y.B Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Y.B Datuk Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan kehadiran jemputan di peringkat persekutuan dan negeri.

4

Kuala Lumpur, 21 Mac — Sempena dengan Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Ke 39 Peringkat Kebangsaan yang disam-but diseluruh dunia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur telah mengadakan sambutan tersebut di Dataran Menara Kuala Lumpur dan Taman Eko Rimba KL. Sambutan yang bertemakan “Sayangi Hutan” dan telah dirasmikan oleh Y.B. Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Dalam ucapannya beliau berharap agar pelbagai aktiviti kearah arah menyayangi, melindungi dan memelihara hutan akan terus dipertingkatkan dan Hari Hutan akan terus disambut secara secara besar-besaran supaya semangat sayangkan hutan dapat dipupuk secara berterusan di kalangan masyarakat. Tambah beliau lagi, pada kali ini sebanyak 300 batang pokok-pokok buah-buahan hutan dari jenis Beruas, Kundang, Rambai, Keranji, Sentol dan Asam Gelugor. Sambutan ini juga dimeriahkan dengan kehadiran aktivitis alam sekitar, selebriti tempatan dan antarabangsa seperti Nasha Aziz, Zainal Abidin dan lain-lain lagi yang turut sama

5

6

Lawatan di Balai Seni Lukis oleh YB Tan Sri Joseph Kurup selepas

menyempurnakan perasmian pameran foto “Malaysian in 24 Hours

Beautiful Destinations-Underwater Sceneries Of Malaysia” pada 6

Mac 2010

YB Tan Sri Joseph Kurup bersama Ketua Pengarah Jabatan

Taman Laut Malaysia di Majlis Pelancaran Marine Park @ Zoo

Negara di Zoo Negara pada 20 Mac 2010

YB Tan Sri Joseph Kurup menerima cendera kenangan

setelah menyempurnakan Majlis Perasmian Pelancaran

IUFRO Kuala Lumpur 2010 pada 8 Mac bertempat Hotel

Legend Kuala Lumpur Y.Bhg Dato Zoal Azha Yusof, KSU NRE bersama Y.Bhg Prof. Anuar

Zaini Di Majlis Perasmian Bengkel Pembangunan Indeks Prestasi

Alam Sekitar pada 16 Mac 2010 bertempat di Dewan Baiduri NRE

YB Tan Sri Joseph Kurup dalm sesi membuat Mudball dalam

Pelancaran Mudball di Tasik Zoo Negara pada 6 Mac

2010, bertempat di Zoo Negara KL

LENSA NRE MAC

7

Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Asli dan Alam

Sekitar Siri 2, bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia

sempena pelancaran Kempen Bumi Hijau pada 15 Mac 2010.

Sesi lawatan Y,Bhg Dato’ Zoal Azha Yusof, KSU NRE ke booth

jualan di ruang legar Wisma Sumber Asli sempena Mesyuarat

Agung PUSPANITA 22 Mac 2010.

YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam sesi foto bersama

peserta lawatan Ketua Masyarakat Miri ke NRE pada 23 Mac 2010 di Bilik Mesyuarat Mutiara, Wisma

YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar meneriam lawatan

Timbalan Ketua Menteri Jepun pada 31 Mac 2010 bertempat di

Aras 17, Wisma Sumber Asli.

LENSA NRE MAC

Perjumpaan Y.Bhg Dato’ Zoal Azha Yusof bersama dengan

Pegawai Tadbir dan Diplomatik lantikan baru pada !7 Mac 2010

bertempat di Biklik Mesyuarat 13.

8

1 300 80 1010 : JPS CARELINE GATEWAY

A Single Hotline to Handle Enquiries and Complaints with Faster Respond

Department of Irrigation And Drainage Malaysia has conduct JPS Careline 1-300-80-1010 aims to improve the JPS delivery

system service especially in management of complaints or enquiries from public. One gateway (JPS Careline) has been

developed whereas the objectives are as below :

Public can make complaints/enquiries through JPS Careline 16 hours per day, 7 days a week. Increase the effectiveness of JPS delivery services where about latest technology implemented to improve the system

of complaints/enquiries in order to avoid late responds. To make sure all public complaints/enquiries can be distribute to relevant JPS state and district to gain information

and answers within 2 days. Gateway Model JPS Careline Gateway is a central of processing complaints/enquiries whereas JPS can distribute the complaints to JPS dis-tricts and state. JPS Careline Gateway have been developed based on 4 components which are Consumer, Telekom Malaysia, JPS Careline Gateway and JPS district and state officers. Gateway Description Facilities provided by Telekom Malaysia

Item Role

User

User can use all types of telephone model or any local telecommunication network and at any

place to make complaints/enquiries though JPS Careline 1-300-80-1010.

Telekom Malaysia

Telekom Malaysia will provide Customer Service Representative to receive call and distribute the

complaints/enquiries to the relevant DID State and district in charge.

Representatives from

Corporate Develop-

ment Division

JPS Careline Gateway act as a central DID complaints centre in Malaysia. JPS Careline Gateway equipped with variety facilities that support the operation of JPS Careline

service. JPS Careline Gateway Operation execute by authorities appointed by DID.

DID State and Dis-

trict Officers

DID State and District Officers that consist of all DID officers that have been appointed by their

Director responsible to manage the complaints and do the investigation.

INFO NRE

JPS Careline Gateway Characteristic Registration process and verification – Complaint from a complainant will be register in CRM. CSR will escalate the case to department/ division for further action. CRM system will also include the date for the next action and CRM automatically will inform CSR on the day stated.