ucapan prapersaraan

Upload: surasmt

Post on 06-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Ucapan Prapersaraan

    1/5

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan

    Salam Sejahtera

    Pertamanya saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allahs.w.t. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita dapat

    berhimpun dalam seminar yang cukup bermakna pada hari ini

    di Dewan Majlis Perbandaran Tanjung. Saya ucapkan ribuan

    terima kasih kepada pihak urusetia seminar kerana sudi

    menjemput saya ke majlis perasmian penutup pada petang ini.

    Saya juga berasa sungguh gembira kerana berpeluang untuk

    bersua muka dan berjumpa dengan tuan-tuan dan puan-puan

    bakal pesara Tahun 2013 dan 2014. Saya juga mengambil

    peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada

    pihak penaja di atas tajaan seminar pada hari ini dan juga

    ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua

    penceramah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

    Hadirian Sekelian,

    Sebelum ini sesi yang sama seperti ini telah dijalankan untuk

    bakal-bakal pesara bagi Zon Tengah. Sehubungan itu saya

    mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima

    kasih kepada Unit Latihan dan Kemajuan Staf Jabatan

    Pelajaran yang telah dapat merancang dan mengatur seminar

    untuk tuan-tuan dan puan-puan selama satu hari. Tahniah dan

    syabas kepada Jawatankuasa Seminar hari ini yang telah dapat

    mengelolakan seminar hari ini dengan jayanya. Terima kasih

    dan tahniah juga diucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan

  • 8/3/2019 Ucapan Prapersaraan

    2/5

    yang telah dijemput dan dapat menghadirkan diri dalam

    seminar ini.

    Sesungguhnya pengetahuan dalam urusan persaraan dan

    persediaan menghadapi alam persaraan amatlah berfaedah

    kepada semua bakal pesara.Walau apapun perkara yang kita

    ingin buat, satu proses yang tidak boleh kita abaikan ialah

    perancangan. Semua perkara bermula dengan perancangan

    dan tanpa perancangan kemungkinan kesudahan yang kita

    harapkan dalam sesuatu perkara tidak akan tercapai atau

    kurang berjaya. Kita mungkin berhadapan dengan pelbagai

    masalah dan kesukaran dan sekiranya tiada penyelesaian

    diperolehi kemungkinan kehidupan harian, juga kesihatan dan

    kedamaian semasa alam persaraan kita akan terjejas. Paling

    malang apabila tempias itu terkena kepada waris-waris kita.

    Hadirian yang saya hormati,

    Alam persaraan pasti dihadapi oleh semua penjawat awam.

    Bagi menentukan perjalanan dan proses ke arah persaraan itu

    difahami, setiap penjawat awam perlu didedahkan tentang

    maklumat yang berkaitan dengan persaraan, pemberian faedah

    persaraan, kemudahan persaraan dan lain-lain perkara seperti

    yang terkandung dalam Akta Pencen 1981 (Akta227). Dalam

    seminar ini perkara-perkara seperti berikut mungkin juga telah

    disentuh iaitu persediaan dan penyesuaian gaya hidup,

    kesedaran pengurusan kewangan berhemah, penjagaan

  • 8/3/2019 Ucapan Prapersaraan

    3/5

    kesihatan diri dan pemakanan untuk kesihatan dan juga

    perancangan dan peluang kerjaya selepas persaraan

    Sehubungan dengan itu, taklimat atau kursus khas termasuk

    seminar seperti ini perlu diberikan kepada bakal-bakal pesara

    agar mereka dapat bersedia lebih awal dari aspek fizikal,

    mental, rohani dan emosi. Kunci kejayaan perancangan

    persaraan kita ialah ilimu pengetahuan dan pendedahan yang

    kita perolehi seperti dalam seminar ini. Diharapkan seminar ini

    sedikit sebanyak dapat membantu tuan-tuan dan puan puandalam membuat persediaan awal untuk persaraan.

    Tuan-tuan dan Puan-Puan,

    Saya berharap selepas seminar pra persaraan ini , tuan-tuan

    dan puan-puan akan berupaya membuat perancangan yang

    baik tentang persaraan tuan-tuan dan puan-puan. Di samping

    itu diharapkan juga segala proses dokumen persaraan yang

    disediakan oleh pihak sekolah dan jabatan masing-masing

    telah berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

    Tuan-tuan dan Puan-Puan,

    Berdasarkan kepada beberapa kes yang telah berlaku, didapati

    ada pesara-pesara dikatakan menghadapi masalah dalam

    mengharungi dunia persaraan akibat tiada perancangan

    sebelum persaraan mereka seperti leka mengamalkan gaya

    hidup mewah, silap mengurus kewangan, menanggung bebanhutang rumah atau pendidikan anak, tidak mempunyai tempat

  • 8/3/2019 Ucapan Prapersaraan

    4/5

    tinggal dan yang paling malang menghabiskan sisa-sisa hidup

    di rumah orang tua atau ditinggalkan keseorangan. Mungkin

    pula ada dalam kalangan bakal-bakal pesara di dewan ini yang

    telah membuat ketetapan atau perancangan untuk terus

    berehat selepas persaraan dan menghabiskan masa-masa

    dengan beribadat dan mendalami ilmu agama, mungkin ada

    yang akan terus bekerja secara kontrak atau menjadi ahli

    jawatankuasa pelbagai badan atau mungkin juga ada yang

    akan mencebur diri dalam dunia keusahawanan. Semua ini

    adalah bergantung kepada faktor-faktor tertentu yang ada

    pada setiap individu pesara itu.

    Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

    Alam persaraan sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan penuh

    juga dengan pelbagai kejutan sama ada dari segi gaya hidup,

    kesihatan, kecenderungan politik dan alam perkahwinan

    Pelbagai senario suka duka dunia persaraan ini bakal dilalui

    oleh tuan-tuan dan puan-puan seperti yang telah dilalui dan

    dialami oleh rakan-rakan pesara yang telah lebih awal bersara.

    Apapun saya mengharapkan dan mendoakan yang terbaik

    untuk tuan-tuan dan puan-puan semoga kehidupan tuan dan

    puan selepas persaraan dirahmati Allah. Kami yang masih

    berkhidmat ini akan juga melalui proses yang sama seperti

    tuan-tuan dan puan-puan pada masa akan datang.

  • 8/3/2019 Ucapan Prapersaraan

    5/5

    Hadirin sekelian,

    Akhir kata, saya ingin mengucapkan sekali lagi setinggi-tinggi

    tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat

    dalam menjayakan seminar ini. Tidak lupa juga saya ucapan

    terima kasih kepada semua penceramah yang terlibat serta

    Ahli Jawatankuasa Seminar, Dif-Dif Jemputan dan tidak lupa

    kepada semua bakal pesara yang telah hadir ke seminar ini.

    Maka dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM saya

    dengan rasminya menutup Seminar Pra Persaraan Pegawai dan

    Kakitangtan Perkhdimatan Pelajaran Negeri Siri 2 Tahun 2011

    Bagi Zon Selatan.

    Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum w.b. t