ucapan di majlis perhimpunan pagi - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas...

21
TEKS UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM OLEH KAUNSELOR HJ. MASBAH DATO’ HJ. MOHD TAHA TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI 9 JULAI 2003 Terimakasih Puan Pengerusi majlis, Yang Berbahagia Tan Sri Jamaluddin bin Hj. Ahmad Damanhuri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh, Dan salam sejahtera 1. Bagi pehak semua warga Bahagian Perkhidmatan Psikologi khususnya dan warga JPA amnya saya terlebih dahulu ingin mengalu-ngalukan kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri ke Majlis Perhimpunan Bulanan JPA pada kali ini yang dihostkan oleh Bahagian Perkhidmatan Psikologi walaupun Tan Sri sendiri sarat dengan program-program lainnya. 1

Upload: vuphuc

Post on 28-Jun-2019

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

TEKS UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

OLEH KAUNSELOR HJ. MASBAH DATO’ HJ. MOHD TAHA

TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI

9 JULAI 2003

Terimakasih

Puan Pengerusi majlis,

Yang Berbahagia

Tan Sri Jamaluddin bin Hj. Ahmad Damanhuri

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Malaysia,

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh,

Dan salam sejahtera

1. Bagi pehak semua warga Bahagian Perkhidmatan Psikologi

khususnya dan warga JPA amnya saya terlebih dahulu ingin

mengalu-ngalukan kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri ke

Majlis Perhimpunan Bulanan JPA pada kali ini yang dihostkan

oleh Bahagian Perkhidmatan Psikologi walaupun Tan Sri

sendiri sarat dengan program-program lainnya.

1

Page 2: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

2. Sesungguhnya kesudian Y.Bhg Tan Sri hadir di majlis

perhimpunan ini akan menjadi pencetus kepada semangat dan

motivasi semua warga JPA untuk terus menjadi warga

cemerlang.

3. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan

ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri

berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk

berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan pada kali ini.

Sesungguhnya kesempatan ini adalah amat bererti kepada

saya khususnya dan Bahagian Perkhidmatan Psikologi amnya

untuk berkongsi idea dan pengalaman dan adalah didoakan

agar kita semua mendapat menafaat darinya.

4. Yang Berbahagia Tan Sri,

Tajuk atau tema yang saya pilih untuk diucapkan pada

perhimpunan kali ini ialah PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL: KE ARAH WARGA JPA CEMERLANG. Untuk

tujuan itu saya dengan penuh hormat dan takzim memohon izin

untuk berucap kepada hadirin dan hadirat yang lainnya. Mohon

saya Tan Sri!!

2

Page 3: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

Yang Berbahagia

Dato’ Ismail bin Adam Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

(Pembangunan)

Yang Berbahagia

Dato’ Hj. Zakaria bin Mohd Taib Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)

Y. Bhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin,

Pengarah-Pengarah Bahagian,

Timbalan-Timbalan Pengarah,

Pegawai-Pegawai yang baru melapor diri,

Serta semua warga JPA yang dihormati sekelian,

11. Sekali lagi saya ingin merakamkan rasa besar hati

dan terimakasih kami di atas kesudian Dato’-Dato’ dan

sekelian hadirin memenuhi auditorium ini untuk sama-

sama berkumpul menyertai perhimpunan bulanan yang

dihostkan oleh Bahagian Perkhidmatan Psikologi.

12. Tema yang dipilih bersempena dengan

perhimpunan bulan Julai ini adalah menyentuh aspek-

aspek psikologikal mengenai Penjagaan Kesihatan Mental, yang mencangkupi elemen-elemen mental sakit, mental celaru, mental sehat dan yang terbaru

dikatakan “tiada mental.” Di kesempatan yang terbatas

3

Page 4: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

ini, saya juga akan menyentuh aspek-aspek kaedah

menjaga kesihatan mental, dari perspektif psikologi dan

Agama Islam sendiri.

Hadirin yang dihormati

13. Selaras dengan perkembangan semasa, kita semua

perlu berbangga dan bersyukur kepada Allah kerana

Malaysia mempunyai sebuah organisasi Perkhidmatan

Awam seperti JPA yang mempunyai Pengurusan Sumber

Manusia yang terbaik dalam mengharungi kepesatan

tanpa mengabaikan elemen-elemen psikologikal dan

keinsanan.

14. Sepertimana yang kita semua maklum, tuntutan dan

harapan stake-holder dan pengurusan tertinggi terhadap

perlunya kita semua menjadi warga cemerlang adalah

tinggi sekali. Kita bukan sahaja dituntut menjadi

cemerlang, warga gemilang, warga serba boleh, multi skilling, berdisiplin, menghadapi dan mengadaptasi nilai murni, malah selaras dengan pelaksanaan Sistem

Saraan Malaysia, kita juga akan dinilaikan sama ada

cukup berkompetensi atau sebaliknya.

15. Saya rasa tuan-tuan bersetuju dengan saya

bahawa semua tuntutan berkenaan dengan mudah dapat

4

Page 5: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

dilaksanakan jika mental kita sihat. Bagaimanapun jelas

kepada kami, bahawa ramai diantara kita yang

mengabaikan kesihatan mental dan jika adapun sign atau symptom gejala berkenaan, ianya dibiarkan begitu

sahaja kerana mengganggapnya sebagai remeh temeh

dan tidak penting. Justeru, sebagai pengamal ilmu

psikologi dan kaunseling kami dapat meramalkan dan

merasakan ramai diantara kita mengalami gejala simptom

kesihatan mental seperti cepat marah, murung, stress, memencil diri, menyombong diri, bersikap angkuh, malas, tidak berdisiplin, melanggar peraturan, datang lewat bekerja, ponteng kerja, merokok di tempat yang dilarang, prestasi kerja rendah, tidak boleh ditegor, cepat melenting, lembab, lembam dan 1001 macam lagi gejala kesihatan mental.

16. Dalam disiplin ilmu psikologi kaunseling mahupun

bidang perubatan moden, tidak ada istilah orang gila, crazy people ataupun mad people. Yang ada ialah

orang yang berpenyakit mental atau cacat akal.

Kaunselor dan ahli psikologi mampu dan memang tugas

mereka merawat dan membantu pesakit atau individu

yang bermasalah tetapi bukan berelemenkan

psikopatologi. Makna yang mudah ialah mereka masih

waras dan masih siuman. Manakala tugas psikiatrist ialah

merawat dan membantu pesakit-pesakit yang dikenali

sebagai pesakit mental atau mental illness patients.

5

Page 6: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

17. Kita semua sedia maklum bahawa perkembangan

teknologi yang pesat telah banyak membantu pengurusan

organisasi dalam mengurus sumber manusia. Namun

demikian, masih terdapat elemen tertentu yang tidak

petah ditangani oleh teknologi terkini. Elemen yang

dimaksudkan adalah Penjagaan Kesihatan mental bagi

setiap individu.

18. Justeru itu, disinilah dilihat betapa pentingya konsep

“Penjagaan Kesihatan Mental: Ke Arah Warga JPA Yang

Cemerlang” perlu diambil perhatian yang sewajarnya oleh

semua warga JPA. Ini adalah kerana kejayaan dan

kecemerlangan sesebuah organisasi itu bergantung

kepada usaha dan komintmen yang menyeluruh dari

setiap warga kerjanya tidak kira dari pegawai sokongan

ataupun atasan yanag mentalnya sehat.

Hadirin yang dihormati 19. Dari segi psikologi, definisi Kesihatan Mental

adalah ditakrifkan sebagai individu yang mempunyai

tahap kestabilan emosi yang sempurna, yang ditandai

dengan kemampuan memberikan respons dan

tindakbalas yang positif terhadap rangsangan

persekitaran. Jelas di sini bahawa kesihatan mental itu

mempunyai kaitan yang rapat dengan keupayaan

6

Page 7: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

seseorang individu di dalam menangani aspek-aspek

pengurusan emosi, kognitif dan tinglakunya.

10. Sebut sahaja emosi, terbayang di kepala kita

perasaan seperti gembira, riang, suka dan seronok. Itu

adalah sekadar contoh beberapa emosi berbentuk positif.

Emosi yang berbentuk negatif berkait rapat dengan

fenomena tekanan hidup antaranya ialah bimbang, takut, cemas, sedih,gementar dan marah.

11. Secara amnya, kesejahteraan yang seimbang

merangkumi aspek-aspek seperti berikut:

a. Emosi

b. Fizikal

c. Sosial

d. Intelektual

e. Persekitaran

f. Budaya dan

g. Spiritual-

Penjagaan kesihatan mental dari aspek Spiritual atau

kerohanian disini bermaksud menghayati konsep

ketaqwaan kepada Allah SWT. Ini termasuklah redho,

sabar, syukur, kenal Allah dengan yakin dan

mengharapkan rahmatNya. Kita berdoa sepanjang

7

Page 8: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

masa untuk dihindarkan dugaan, kerana kita memang

tidak mampu diduga. Berdoalah.

Sebagai insan kerdil, kita dituntut oleh agama untuk

bersifat sabar, bersyukur, bersifat taat, bersifat benar,

amanah, berani, belas ehsan, berakhlak mulia, berikhtiar,

bertaqwa, bertawakkal, menepati janji dan bersifat

tawadhu’.

Seterusnya kita dituntut membanteras sifat-sifat

mazmumah seperti berkata-kata yang tidak perlu, kata-

kata batil dan mengejek, melafazkan kata-kata cabul dan

laknat, bergurau senda yang berlebihan, fitnah dan

mengadu domba, berbantahan dan bertengkar, berjanji

dan bersumpah dusta, bersifat munafiq, berdendam,

berhasad dengki dan bersifat riak. Sementara itu,

penjagaan kesihatan mental dari aspek psikologi pula

meliputi perkara-perkara seperti:

a. Merasa senang dengan diri sendiri seperti

bersikap realistik, menghormati diri sendiri,

bertolak ansur, boleh mengawal perasaan dan

menyukai kerja sambilan;

b. Merasa selesa dengan orang lain iaitu seperti

saling mempercayai, merasa diri sebahagian

dari kumpulan atau kelompok,

bertanggungjawab, tidak mengambil

8

Page 9: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

kesempatan terhadap orang lain dan

menjalinkan hubungan yang baik dan

bekekalan;

c. Mampu menghadapi cabaran seharian seperti

menggunakan kebolehan sendiri, menerima

pengetahuan dan pengalaman baru secara

terbuka, menetapkan matlamat yang sesuai,

boleh menerima tanggungjawab dan berpuas

hati setelah mengusahakan yang terbaik.

12. Disinilah dapat dilihat betapa pentingnya konsep

penjagaan kesihatan mental diberi perhatian yang

sewajarnya oleh semua warga JPA. Ini adalah kerana

kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi itu

bergantung kepada usaha dan komitmen yang

menyeluruh dari setiap warga kerjanya.

13. Individu yang mengalami masalah dalam

memberikan tindakbalas terhadap persekitaran akan

mengalami bentuk gangguan kejiwaan. Gangguan

kejiwaan boleh jadi dalam bentuk mengasingkan diri,

tertekan, sepi , sunyi dan hampa. Dalam pada itu , akan

sampai pada tahap penyakit jiwa yang kronik yang

disebut sebagai schizofrenia atau simptom paranoid.

Pada tahap ini individu biasanya akan memberikan tindak

balas yang melampau terhadap rangsangan

persekitarannya, seperti marah atau takut yang

9

Page 10: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

keterlaluan. Individu yang mengalami gangguan jiwa

seperti ini sebenarnya adalah dalam keadaan kecelaruan

mental atau mental disorders. Oleh itu adakah kita

menaruh harapan ke atas indiviedu seumpama ini untuk

memberi sumbangan bernas kepada perkhidmatan

awam?

Hadirin sekelian,

15. Warga Cemerlang Tunggak Kejayaan. Tidak kiralah

besar atau kecil manapun sesebuah organisasi itu

sekiranya setiap anggotanya bersikap jujur, amanah,

dedikasi, berwawasan dan berkomitmen tinggi sudah

tentu pengurusan dan perjalanan sesebuah organisasi itu

akan bergerak dengan lancar. Dan untuk memastikan

tercapainya matlamat serta objektif ini di sinilah

pentingnya Penjagaan Kesihatan Mental kepada semua

warga Jabatan Perkhidmatan Awam.

Hal yang demikian adalah kerana Penjagaan Kesihatan Mental

amat berkait rapat dengan aspek kecerdasan emosi (emotional

intelligence) dan kompetensi emosi (emotional competence).

Kecerdasan emosi merupakan faktor penentu keupayaan seseorang

10

Page 11: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

untuk belajar dan mengamalkan 5 kemahiran utama iaitu kesedaran

diri (self awareness), motivasi, pengurusan kendiri, empati, dan

adaptasi dalam perhubungan. Kompetensi emosi pula merupakan

keupayaan untuk mempelajari sesuatu untuk menghasilkan satu

pencapaian dan prestasi yang terbaik.

16. Pun begitu terdapat beberapa halangan dan cabaran dari segi

Psikologi dalam membentuk warga yang cemerlang secara

menyeluruh. Dalam satu kajian oleh Bahagian Psikologi mengenai

persepsi terhadap faktor penghalang warga cemerlang, yang

dilakukan terhadap warga JPA yang mengikuti kursus induksi,

pegawai-pegawai kaunselor dan peserta seminar kaunseling era

globalisasi, kami dapat merakamkan ratusan dapatan kajian yang

saya ringkaskan seperti berikut:

a. Tidak tidak professional

b. Bos pilih kasih

c. Malas

d. Takut dengan cabaran

e. Tekanan dari pegawai

f. Masalah peribadi

11

Page 12: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

g. Tiada keyakinan diri

h. Kurang ilmu

i. Masalah rumahtangga

j. Tidak suka dengan bos

Untuk makluman hadirin dapatan berkenaan belum

dipastikan kesahan dan kebolehpercayaannya.

Bagaimanapun persepsi awal amat penting untuk

membantu kami membangunkan kaedah penyelidikan

yang lebih saintifik di masa hadapan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Salah satu aspek penjagaan kesihatan mental yang perlu dititikberat

ialah bagaimana kita menguruskan emosi kita. Menguruskan emosi

bermakna mengetahui emosi diri dan merancang bagaimana ianya

perlu diluahkan. Perluahan perasaan itu akan dapat menepati apa

yang dikehendaki dan selaras pada masa dan situasinya. Ini akan

menghasilkan satu suasana lebih terkawal dan tidak akan

merosakkan persekitaran. Dalam konteks ini kita perlu

menggabungkan pengurusan emosi dengan pengurusan kognitif bagi

12

Page 13: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

mendapatkan satu keputusan atau pertimbangan terbaik untuk

dijelmakan dalam tingkah laku kita.

Apa yang unik dengan emosi adalah ianya banyak berkait dengan

persekitaran.Tercetusnya sesuatu emosi akibat sekitaran dan cara

kita meluahkan emosi juga memberi kesan kepada persekitaran. Di

sinilah bermula proses interaksi atau hubungan interpersonal, proses

yang banyak memberi makna dalam kehidupan seharian. Sekiranya

interaksi itu dilakukan dengan baik iaitu melalui pengurusan emosi

yang betul maka ia menghasilkan suasana kondusif yang dapat

mempertingkat motivasi kepada semua pihak. Sekiranya ini berlaku

maka seseorang itu bukan sahaja akan mendapat kepuasan hidup

tetapi mampu merangsang suasana dan persekitaran untuk

menghasilkan produktiviti terbaik.

Ramai kita tidak menyedari bahawa kita mempunyai hak-hak asertif

yang tidak boleh diganggu gugat, yang mana ia merupakan satu

kaedah mendidik kita memantapkan kesihatan mental dan bersikap

tegas dan mempunyai jadi diri. Pakar psikologi menamakannya

sebagai Hak-Hak Asertif yang boleh diaplikasikan dalam membentuk

13

Page 14: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

interaksi yang positif di samping penjagaan emosi diri yang mantap,

mengandungi 11 elemen iaitu :

i. Hak untuk bertindak dalam tatacara yang boleh

meningkatkan tahap kendiri dan rasa hormat selagi mana

ianya tidak melanggar tatasusila yang dibenarkan;

ii. Hak untuk dilayan secara terhormat;

iii. Hak untuk mengatakan tidak tanpa berasa bersalah;

iv. Hak untuk merasai pengalaman dan meluahkan

perasaan;

v. Hak untuk berfikir secara mendalam mengenai sesuatu

perkara dalam tempoh masa yang sesuai;

vi. Hak untuk mengubah fikiran;

vii. Hak untuk meminta apa yang dihajati;

viii. Hak untuk tidak melakukan sesuatu yang berada luar

dari keupayaan individu terbabit;

ix. Hak untuk bertanyakan dan mendapatkan sesuatu

informasi;

x. Hak untuk membuat kesilapan dan

xi. Hak untuk merasa bangga tentang diri sendiri.

14

Page 15: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

Maka di sinilah, Bahagian Perkhidmatan Psikologi berusaha untuk

menjalankan peranan dan tanggungjawab Psikologikal dalam

membantu warga JPA khususnya ke arah warga yang cemerlang dan

produktif. Usaha-usaha ini cuba digembleng melalui 6 dimensi dasar

Bahagian kami iaitu :-

(i) Pengurusan Dan Dasar Psikologikal;

(ii) Pembangunan Psikologikal;

(iii) Penyelidikan Psikologikal;

(iv) Kaunseling;

(v) Khidmat Runding; dan

(vi) Pembangunan Psikososial;

Hadirin yang saya muliakan,

Kalau dilihat dari penubuhan Bahagian Perkhidmatan Psikologi ,

boleh dikatakan ianya masih agak baru dan merupakan anak kedua

bongsu dari semua bahagian di JPA ini selepas HRMIS. Pun begitu,

telah banyak aktiviti dan program yang telah dilaksanakan oleh

bahagian ini dalam usaha membantu, memberi kemahiran , input dan

latihan kepada warga JPA menerusi khidmat bimbingan dan

kaunseling, program Summer Camp, kursus untuk anak-anak warga

15

Page 16: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

JPA yang menghadapi peperiksaan, DCFT (team building), ujian-

ujian Psikologi dan baru-baru ini sahaja, bahagian kami telah

menganjurkan dua program penting iaitu Bengkel Pengurusan

Keganasan Rumahtangga dan Seminar Kaunseling Era Globalisasi

Dalam Perkhidmatan Awam.

Menerusi perkhidmatan kaunseling khususnya, kami sentiasa

bersedia menerima klien dengan hati terbuka dengan penuh

penghormatan dan cuba membantu mereka menyelesaikan

permasalahan yang dihadapi. Kaunseling merupakan paksi utama

untuk mengharmoni dan melahirkan satu wadah ataupun wahana

bagi matlamat sesuatu organisasi. Dalam konteks kehidupan masa

kini, aktiviti dan penglibatan kaunseling bukan sahaja terdiri daripada

golongan professional tetapi juga golongan yang bukan professional.

Penglibatan ini memang penting bagi membolehkan individu

mendapat celik akal malah seterusnya dapat hidup dalam keadaan

yang menggembirakan dan penuh bahagia.

15. Justeru jika tuan-tuan masih merasakan masih

waras, janganlah gusar untuk mendapat perkhidmatan

kaunseling samada melalui media bersemuka, emel

mahupun bersurat. Begitupun seorang kaunselor ataupun

16

Page 17: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

psikologis, masih mampu membuat diagnostik bahawa

kliennya tidak sehat otaknya melalui ujian psikometrik dan

mereka ini akan dirujuk kepada psikiatris untuk rawatan

lanjut.

Isu-isu psikososial dan patologi social kian menggugat

kehidupan masyarakat Malaysia masa kini seperti

sumbang mahram, bohsia, mengandung di luar nikah dan

sebagainya. Isu kekeluargaan dan kewanitaan seperti kes

keganasan rumahtangga dan penderaan juga adalah

merupakan cabaran terkini dalam perkhidmatan

kaunseling. Pada tahun 2002 sahaja, terdapat sebanyak

2755 kes keganasan rumahtangga di seluruh negara.

Masalah ini bukan sahaja menjadi kebimbangan

masyarakat umum tetapi juga menjadi kegusaran kepada

kerajaan dan stake holders.

Di JPA sendiri khususnya “ Skim Saraan Malaysia”

adalah merupakan isu dan cabaran kepada kita di mana

ia sering menimbulkan stress bukan sahaja kepada

pegawai dan kakitangan yang mengambil peperiksaan

17

Page 18: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

atau menghadiri kursus tetapi juga kepada pegawai yang

mengendalikan Penilaian Tahap Kecekapan itu sendiri.

Justeru , di sinilah peranan kaunselor amat penting dalam

menangani isu-isu tersebut di mana kaunselor perlu

mempunyai kemahiran dan kompetensi tertentu untuk

berhadapan dengan cabaran di era globalisasi ini seperti

generic competency, functional competency dan

specialized competency.

BPPs telah mengatur strategi untuk menangani isu

sedemikian. Langkah rawatan secara proaktif juga turut

dilaksanakan oleh bahagian ini di mana kami ada

menyediakan perkhidmatan De Stress Centre, Ujian

Tekanan Darah, Psychological Health dan pengendalian

kaunseling kelompok yang memaparkan unsur Curative

Factors. Antaranya ialah :

i. Kesejagatan ( Universality ) : Orang lain menghadapi

atau mengalami masalah yang serupa

18

Page 19: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

ii. Menyemai Harapan (Instillation of Hope ) : Penyemaian

sebegini penting dalam melakukan tugasan/kerja secara

positif dan merasakan terdapat satu jalan penyelesaia0n

iii. Penyampaian Maklumat (Imparting Information) :

Dengan berkongsi maklumat cara

penyelesaian/penyembuhan; Apa harus dilakukan dan

peringkat-peringkat urutan yang diperlukan;

iv. Altruism : Cara membantu orang lain; tempat menerima

dan memberi pertolongan. “Membantu orang lain” adalah

pendekatan Terapi;

v. Rumusan Pembetulan terhadap perkara berkait

dengan Keluarga: Kegiatan kumpulan membantu dan

menyediakan persekitaran menyokong klien bagi

membuat pembetulan kepada unsur negatif dan

kekeluargaan;

vi. Membangun Teknik sosialisasi: bersama-sama orang

lain; bercakap dan mendengar.

vii. Meniru/melakukan Tingkahlaku yang berjaya.

viii. Pembelajaran interpersonal: Mempelajari kehidupan ini

tidak sentiasa seperti yang kita harapkan;

19

Page 20: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

ix. Kekitaan : Memahami apa yang kita sebut dan buat

adalah penting untuk orang lain;

x. Catarsis : Menyelami perasaan, kelegaan;

xi. Faktor-faktor kewujudan : Sedar kita berbeza dari segi

Filosofi hidup. Kita faham kita tidak dapat mengawal

semua benda/perkara. Penghujungnya, kita adalah diri

kita dan mesti menerima hakikatnya dan mesti

menyesuaikannya.

Adalah menjadi harapan kami agar warga JPA

memanfaatkan sepenuhnya program yang telah

disediakan ini.

Hadirin sekelian,

Secara kesimpulannya, usaha yang padu dan

menyeluruh serta komitmen yang tinggi amatlah

diperlukan dalam sama-sama memastikan warga JPA

mencapai tahap kesihatan mental yang optimum dan

terbaik.

20

Page 21: UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PAGI - docs.jpa.gov.my · ucapan ribuan terimakasih di atas kepercayaan yang Tan Sri berikan kepada saya sebagai Timbalan Pengarah BPPs untuk berucap

21

Sebelum saya berundur, saya memohon mengambil kesempatan ini

untuk mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pehak yang

telah membantu bahagian kami melaksanakan pehimpunan pagi ini

khususnya kepada Pengarah Bahagian Latihan kerana

membenarkan anakbuahnya berpadu suara dalam kumpulan koir

kami, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber

Manusia kerna turut mengizinkan warganya melapangkan masa dan

tenaga membantu kami, kepada warga BPPs sendiri dan semua

hadirin yang sudi menjayakan majlis pada pagi ini.

Yang Berbahagia Tan Sri,

Demikian sahaja ucapan saya pada pagi ini, dan bagi pehak warga

BPPs saya sekali mengucapkan jutaan terimakasih kerna memberi

kepercayaan kepada bahagian kami untuk menjayakan perhimpunan

bulanan JPA bulan Julai 2003. Mohon maaf di atas kelemahan dan

keterlanjuran kami. Sekian, wabillahi taufik, wahidayah wassalam

mualaikum warohmatullahi wabarokaatuh.

Terimakasih.

Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. 070703