ucapan buku pibg

Upload: muralee-veeramalai

Post on 13-Oct-2015

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PIBG

TRANSCRIPT

  • 5/22/2018 Ucapan Buku PIBG

    1/2

    Bismillahirrahmanirrahim,

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ;

    Alhamdulillah, rasa kesyukuran ini saya panjatkan terlebih dahulu kerana saya ditempatkan di SMK

    Pengkalan Permatang yang bukannya asing bagi saya, ibarat sirih pulang ke gagang. Oleh itu, saya

    berharap agar kehadiran saya dapat memberikan nafas baharu kepada Mesyuarat Agung PIBG ke-21

    pada hari ini.

    Saya sangat mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan penjaga untuk menjayakan mesyuarat

    agung PIBG Kali ke-21. Pihak sekolah sangat berterima kasih atas sumbangan PIBG terhadap

    sekolah. Saya percaya pihak sekolah akan memanfaatkan sumbangan tersebut supaya ia memberikan

    impak kepada sekolah, terutamanya kepada anak-anak kita.

    Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan satu organisasi yang sangat penting dan

    berperanan seperti yang telah dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996. Perenggan 130(2)(i) dalamakta tersebut menyatakan bahawa Menteri berhak membuat peraturan-peraturan PIBG, iaitu

    peraturan-peraturan yang digunakan sekarang. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025

    melalui Anjakan ke-9 yang dilancarkan baru-baru ini pula menyebut bahawa Kementerian Pelajaran

    akan bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara lebih meluas. Sehubungan

    dengan itu, ibu bapa akan dilengkapi dengan sarana dan SAPS yang membolehkan mereka untuk

    memantau perkembangan pelajaran anak-anak mereka secara online. Pada masa yang sama, PIBG

    akan memberikan maklum balas tentang pelaksanaan kurikulum dan kualiti guru mulai 2016.

    Jelaslah, peranan PIBG kepada dunia pendidikan sangat besar sehingga dinyatakan dengan terperinci

    dalam Akta Pendidikan 1996 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

    Sehubungan dengan itu, peranan PIBG perlu diteruskan dengan pemilihan perwakilan dalam

    Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-21 pada hari ini. Memandangkan perjumpaan dalam mesyuarat

    seperti ini hanya dijalankan setahun sekali, kesempatan yang ada seharusnya digunakan dengan sebaik

    mungkin untuk memilih wakil terbaik dalam kalangan ibu bapa. Masa yang singkat ini perlu

    dimanfaatkan untuk memberikan usul-usul yang bernas demi kebaikan anak-anak, bukannya dijadikan

    ruang forum untuk bertanyakan pelbagai masalah. Ibu bapa boleh datang ke sekolah pada waktu lain

    untuk tujuan tersebut.

    Saya menaruh harapan agar mesyuarat kali ini akan berjalan lancar dan barisan AJK yang

    terpilih akan meneruskan amanah dan tanggungjawab dengan lebih baik. Sesungguhnya amanah yang

    dijunjung oleh permuafakatan ibu bapa dan guru ini sangat penting untuk menentukan hala tuju dankemenjadian anak-anak kita pada masa hadapan.

    Sekian. Terima kasih.

  • 5/22/2018 Ucapan Buku PIBG

    2/2