ucapan belanjawan tahun 2020pkn.pahang.gov.my/images/bajet/ucapan belanjawan 2020... ·...

46

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2020

Oleh

YAB DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL

MENTERI BESAR PAHANG

KETIKA MEMBENTANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2020) 2019

DI DEWAN NEGERI PAHANG

PADA ISNIN, 18 NOVEMBER 2019

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

1

UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2020

YAB MENTERI BESAR PAHANG

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH,

SALAM SEJAHTERA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan limpah

inayahNYA kita dapat hadir ke Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri

Yang Keempat Belas yang bermula pada hari ini. Pada sidang kali ini, insya-Allah

saya akan membentangkan Belanjawan Negeri Pahang Darul Makmur bagi

Tahun 2020.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

1. Dalam Belanjawan 2020, Kerajaan Pusat telah memperuntukkan sejumlah

297 bilion ringgit, di mana 241 bilion ringgit adalah untuk

Perbelanjaan Mengurus sementara 56 bilion ringgit adalah untuk

Perbelanjaan Pembangunan. Peruntukan ini tidak termasuk Simpanan Luar

Jangka berjumlah 2 bilion ringgit.

2. Di bawah Peruntukan Pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan

sebanyak 31 bilion ringgit bersamaan 10.4 peratus yang merangkumi

pengangkutan, perdagangan, industri, tenaga, kemudahan awam dan

pertanian. Sektor sosial akan menerima sejumlah 15 bilion ringgit iaitu

5.1 peratus. Manakala, bagi sektor keselamatan diperuntukkan sebanyak

6.5 bilion ringgit bersamaan 2.2 peratus, dan sektor pentadbiran am

sebanyak 3.3 bilion ringgit bersamaan 1.1 peratus.

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

2

3. Kutipan hasil negara dijangka mencecah 244.5 bilion ringgit pada tahun

2020 iaitu peningkatan sebanyak 11.2 bilion ringgit berbanding tahun

2019, tanpa mengambil kira dividen khas PETRONAS sebanyak 30 bilion

ringgit.

4. Dalam pembentangan Belanjawan 2019 yang lalu, Kerajaan Pusat telah

mengumumkan perkongsian 50 peratus hasil kutipan bagi cukai

pelancongan yang akan diterima sebagai hasil kepada Kerajaan Negeri.

Alhamdulillah, Negeri Pahang telah menerima 7.86 juta ringgit daripada

keseluruhan kutipan cukai pelancongan tahun 2018 yang berjumlah

15.72 juta ringgit. Kerajaan Negeri disarankan untuk menggunakan

pemberian ini bagi maksud penyelenggaraan dan penyediaan kemudahan

pelancongan, promosi dan pemasaran destinasi pelancongan.

5. Kerajaan Negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan

Persekutuan atas kelulusan beberapa projek antaranya;

a) Peruntukan 810 juta ringgit untuk hal-hal berkaitan kebajikan

peneroka FELDA di seluruh negara yang akan dimanfaati oleh 43,124

peneroka serta anggota keluarga FELDA di Pahang (jumlah teramai di

negara ini).

b) Peruntukan 69.5 juta ringgit kepada Majlis Pembangunan Wilayah

Ekonomi Pantai Timur atau dikenali sebagai East Coast Economic

Region Development Council (ECERDC) untuk meningkatkan lagi taraf

infrastruktur Pelabuhan Kuantan.

c) Pinjaman bagi tiga (3) projek untuk mengatasi masalah bekalan air di

Kawasan Perindustrian Gebeng, Semambu dan Raub bernilai 637 juta

ringgit.

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

3

d) Membina klinik-klinik kesihatan baharu termasuklah sebuah di Cameron

Highlands.

6. Sehubungan dengan kelulusan projek-projek ini, Kerajaan Negeri ingin

mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan berharap,

kerjasama baik ini dapat diteruskan dalam usaha untuk membangunkan

ekonomi negeri dan yang paling penting adalah kesejahteraan rakyat.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

7. Menurut Laporan Buletin Suku Tahunan 2019 oleh Bank Negara, ekonomi

Malaysia secara keseluruhannya merekodkan pertumbuhan stabil 4.9

peratus dalam tempoh suku tahun pertama dan kedua 2019.

8. Sehingga 15 November 2019, Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip

hasil sebanyak 588 juta ringgit berbanding sasaran yang ditetapkan

sebanyak 703.80 juta ringgit iaitu pencapaian sebanyak 83 peratus.

Kerajaan Negeri menjangkakan sehingga hujung tahun ini sasaran 90

peratus kutipan hasil yang telah disasarkan akan dapat dicapai

berdasarkan trend kutipan hasil terutamanya hasil tanah. Dalam tempoh

yang sama, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah 530 juta

ringgit berbanding sasaran yang ditetapkan sebanyak 679.46 juta

ringgit iaitu pencapaian sebanyak 78 peratus untuk Perbelanjaan

Mengurus. Bagi Perbelanjaan Pembangunan pula sebanyak 36 juta

ringgit telah dibelanjakan berbanding dengan sasaran 71 juta ringgit

bersamaan dengan pencapaian prestasi 51 peratus. Kerajaan Negeri juga

berjaya menunjukkan lebihan dari bulan Ogos sehingga kini. Kita berjaya

mencapai penjimatan yang ketara sekaligus menunjukkan ekonomi

Pahang dalam keadaan baik dan sihat.

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

4

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

9. Demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat, Belanjawan 2020 akan

menyediakan peruntukan berjumlah 739.89 juta ringgit bagi

Perbelanjaan Mengurus dan 120.75 juta ringgit bagi Perbelanjaan

Pembangunan. Belanjawan 2020 adalah belanjawan pengembangan

dengan memberi tumpuan kepada perbelanjaan infrastruktur dan

peningkatan Perbelanjaan Pembangunan sebanyak 22.70 juta ringgit

daripada jumlah yang telah Kerajaan Negeri peruntukkan pada Belanjawan

tahun 2019. Daripada 120.75 juta ringgit Perbelanjaan Pembangunan

tersebut, sejumlah 85.55 juta ringgit akan menggunakan pembiayaan

cara langsung, manakala baki 35.20 juta ringgit adalah daripada

pinjaman Kerajaan Persekutuan bagi membiayai Projek Bekalan Air.

10. Daripada jumlah 739.89 juta ringgit yang diperuntukkan untuk

Perbelanjaan Mengurus, 332.47 juta ringgit adalah untuk Emolumen;

165.48 juta ringgit untuk Perkhidmatan dan Bekalan; Manakala

sebanyak 229.96 juta ringgit lagi adalah untuk Pemberian dan Kenaan

Bayaran Tetap; Sebanyak 7.67 juta ringgit diperuntukkan untuk

Perbelanjaan Lain; dan 4.32 juta ringgit untuk Pembelian Aset.

Anggaran Perbelanjaan Mengurus untuk 2020 meningkat sebanyak 60.43

juta ringgit atau 8.9 peratus berbanding 2019.

11. Bagi tahun 2020, Kerajaan Negeri dijangka mengutip hasil sebanyak

744.02 juta ringgit iaitu peningkatan sebanyak 40.22 juta ringgit atau

5.71 peratus berbanding anggaran tahun 2019. Kutipan hasil tahun 2020

dijangka diperolehi daripada hasil tanah sebanyak 417.79 juta ringgit;

hasil perhutanan sebanyak 165.50 juta ringgit; hasil air sebanyak 3.77

juta ringgit; Geran Kerajaan Persekutuan sebanyak 94.2 juta ringgit;

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

5

dan lain-lain hasil sebanyak 62.76 juta ringgit. Kutipan hasil negeri

dijangka akan mengalami peningkatan melalui pelaksanaan yang lebih

bersepadu bagi kutipan cukai, premium dan hasil baharu bagi hasil tanah,

hasil hutan dan duti hiburan.

12. Kesimpulannya, Belanjawan 2020 menganggarkan kutipan hasil negeri

sebanyak 744.02 juta ringgit manakala Perbelanjaan Mengurus

dijangka sebanyak 739.89 juta ringgit dengan lebihan 4.13 juta

ringgit. Walaubagaimanapun, jumlah sebenar bergantung kepada

prestasi kutipan hasil dan perbelanjaan pada tahun 2020.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

13. Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) yang bermula pada tahun

2016 akan berakhir pada tahun 2020 kini memasuki fasa terakhir ke arah

mencapai status negara maju yang bertemakan ‘Pertumbuhan

Berpaksikan Rakyat’ memberi tumpuan kepada kemakmuran dan

kesejahteraan rakyat.

14. Negeri Pahang merupakan negeri yang menyumbang secara konsisten

kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pada tahun

2018, Negeri Pahang merekodkan nilai KDNK bagi tahun 2018 berjumlah

56.2 bilion ringgit berbanding 54.6 bilion ringgit pada tahun

sebelumnya. Pahang mencatatkan KDNK sebanyak 4.4 peratus

berbanding purata KDNK Nasional sebanyak 5.0 peratus. Sektor

perkhidmatan meningkat 6.5 peratus disokong oleh subsektor

perdagangan borong dan runcit, perkhidmatan lain dan perkhidmatan

kerajaan. Sektor pembuatan kekal positif dengan merekodkan

pertumbuhan 5.8 peratus didorong oleh subsektor bahan kimia dan

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

6

produk kimia. Walau bagaimanapun, sektor pertanian bertumbuh perlahan

pada kadar 1.2 peratus selepas mencatatkan peningkatan kukuh 9.3

peratus pada tahun 2017, dipengaruhi oleh subsektor kelapa sawit yang

menyusut kepada negatif 5.2 peratus.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

15. Kerajaan Negeri akan sentiasa menitikberatkan keseimbangan di antara

keadaan ekonomi dan kesejahteraan rakyat selaras dengan tagline ‘Maju

Terus Pahang’ dan ‘Pahang 1st’. Pada masa yang sama juga, Kerajaan

Negeri akan terus berusaha untuk meningkatkan kutipan hasil dan sentiasa

mengamalkan perbelanjaan secara berhemah untuk mengelakkan defisit

fiskal. Belanjawan 2020 memberi fokus kepada tiga (3) strategi utama:

Pertama : Melonjak Ekonomi ke arah Negeri Berdikari

Kedua : Memperkasa Perkhidmatan dan Modal Insan

Ketiga : Mensejahterakan Kehidupan Rakyat

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

7

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

STRATEGI PERTAMA: MELONJAK EKONOMI KE ARAH NEGERI

BERDIKARI

Meningkatkan Hasil Kerajaan Negeri

16. Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited bagi meningkatkan hasil negeri

dan telah mensasarkan kutipan hasil sebanyak 1 bilion ringgit

dalam tempoh tiga (3) atau empat (4) tahun akan datang. Bagi

meningkatkan kecekapan kutipan hasil, Kerajaan Negeri juga telah

menetapkan Prestasi Petunjuk Utama kutipan hasil sebanyak 90 peratus.

Bagi mencapai tujuan tersebut, pelbagai inisiatif sedang dirangka,

antaranya ialah memperkemaskan sistem penyampaian dengan

memperkenalkan langkah-langkah proaktif yang akan meningkatkan

pendapatan Kerajaan Negeri sekaligus mencapai hasrat kerajaan untuk

menjadi Negeri Berdikari.

17. Pentadbiran Negeri Pahang sentiasa berusaha meningkatkan hasil dengan

mengurangkan ketirisan. Antara inisiatif yang telah diambil adalah

penubuhan beberapa unit khas di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan

Negeri Pahang, iaitu Unit Kutipan Balik Hasil, Unit Petugas Khas Hasil, dan

Unit Tender Khas.

18. Selain itu, beberapa langkah proaktif telah diambil termasuk yang

melibatkan kutipan Duti Hiburan. Pada tahun 2018, kutipan Duti Hiburan

adalah 9.6 juta ringgit. Sehingga 15 November 2019, kutipan Duti

Hiburan telah mencecah 15 juta ringgit. Jumlah ini dijangkakan

meningkat pada tahun 2020 apabila Kerajaan Negeri mensyaratkan agar

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

8

bayaran Duti Hiburan perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum lesen

hiburan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pengemaskinian prosedur ini, dijangka dapat meningkatkan kutipan hasil

negeri dan PBT.

19. Untuk memperkasakan penguatkuasaan, sebanyak 1.9 juta ringgit telah

diperuntukkan pada tahun ini bagi pembelian jentera berat iaitu dua (2)

unit excavator, dua (2) unit backhoe dan satu (1) unit self-loader untuk

melaksanakan kerja-kerja penguatkuasaan dan pemusnahan bangunan

tanpa izin di atas tanah kerajaan. Perolehan jentera ini adalah komitmen

Kerajaan Negeri dalam menangani kes-kes pencerobohan yang secara

tidak langsung dapat membendung ketirisan hasil negeri.

20. Sebanyak lima (5) operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan yang

melibatkan pelbagai agensi sepanjang tahun 2019 antaranya; Ops

Tanglung, Ops Lombong 4.0, Ops Tebas, Ops Ronda dan Ops

Lombong Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang.

21. Sejak tahun 2018 sehingga Oktober 2019, Jabatan Perhutanan Negeri

Pahang telah membawa sembilan (9) kes kesalahan hutan untuk

pertuduhan di mahkamah dan telah memenangi kesemua kes tersebut,

pesalah telah dijatuhi hukuman denda dan penjara. Sebanyak 764 ribu

ringgit telah berjaya dikutip sebagai denda dan penalti pelbagai

kesalahan hutan.

Penyampaian Perkhidmatan yang lebih berkesan melalui Penyelarasan

Kutipan Cukai Yang Mampan

22. Selain daripada mengurangkan ketirisan melalui penyelarasan semula

kadar Duti Hiburan dan memperkasakan kaedah kutipan, Kerajaan Negeri

juga telah menyemak semula kadar fi dan permit untuk aktiviti-aktiviti di

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

9

Taman Negara. Sejak 70 tahun beroperasi, ini adalah kali pertama kadar-

kadar ini disemak semula. Kadar baharu ini dilihat mampu menjamin

kelestarian alam semulajadi serta kelangsungan kepelbagaian flora dan

fauna selain daripada menambah pendapatan negeri. Kerajaan Negeri

juga akan memperkenalkan cukai katil seperti yang dilaksanakan di Pulau

Pinang dan caj warisan di Negeri Melaka.

23. Majlis Tanah Negara ke-71 pada 14 Disember 2015, telah mengarahkan

semua negeri supaya menyemak semula kadar Cukai Tanah di negeri

masing-masing. Sehubungan itu, Semakan Cukai di bawah Seksyen

101 Kanun Tanah Negara 1965 yang melibatkan kira-kira 700 ribu

hak milik sedang giat dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada

industri berat, perniagaan dan estet. Kali terakhir semakan kadar Cukai

Tanah dibuat adalah pada tahun 2007. Semakan dibuat agar kadar yang

dikenakan adalah lebih adil, seragam dan teratur, sejajar dengan

pembangunan semasa serta peningkatan nilai hartanah. Kadar baharu ini

akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2020.

24. Namun begitu, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, Kerajaan Negeri

akan memastikan pindaan kadar Cukai Tanah yang dikenakan tidak akan

membebankan golongan berpendapatan rendah (B40). Ini sebaliknya lebih

mensasarkan kepada syarikat-syarikat besar contohnya bagi pemilik tanah

berkeluasan 101 hektar bersamaan 250 ekar di mana cukai semasa

yang dikenakan sebanyak 235 ribu ringgit setahun, sedangkan

keuntungan bersih tahunan pemilik tanah tersebut adalah sebanyak 55

juta ringgit setahun. Maka dengan kadar cukai baharu, Kerajaan Negeri

akan mengutip 5 juta ringgit setahun. Ini akan memberikan impak

kenaikan hasil yang sangat besar kepada Kerajaan Negeri selari dengan

kadar keuntungan yang diperolehi oleh pemilik tanah.

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

10

25. Kerajaan Negeri memberi jaminan kenaikan kadar cukai tidak akan

membebankan pemilik tanah pertanian (kelapa sawit, getah, teh, koko,

kopi, dusun dan hasil hutan) yang berkeluasan empat (4) hektar

bersamaan 10 ekar ke bawah. Dengan pelaksanaan kadar baharu ini,

Kerajaan Negeri menganggarkan kutipan cukai pada tahun 2020, tidak

termasuk pengeluaran hak milik baharu adalah sebanyak 617 juta

ringgit berbanding kutipan Cukai Tanah sedia ada iaitu 192 juta ringgit,

iaitu peningkatan sebanyak 425 juta ringgit setahun.

26. Kerajaan Negeri juga mengambil inisiatif mewujudkan Pengurusan Pasir

Pahang Berhad (PPPB). Pada bulan pertama PPPB beroperasi, Kerajaan

Negeri telah menerima hasil daripada pengeluaran pasir melalui Lesen

Pendudukan Sementara Bercantum Permit sebanyak 4 juta ringgit.

Adalah dianggarkan hasil pengeluaran pasir pada tahun 2020 sebanyak

26 juta ringgit.

27. Penubuhan Daerah Kecil Gebeng yang berkeluasan 20,297 hektar

bersamaan 50,155 ekar dan Daerah Kecil Genting yang berkeluasan

6,668 hektar bersamaan 16,478 ekar juga akan menambahkan

pendapatan langsung kepada Kerajaan Negeri melalui perubahan

semakan pindaan kadar Cukai Tanah. Pada tahun 2020, dianggarkan

Daerah Kecil Gebeng menyumbang hasil sebanyak 200 juta ringgit

setahun manakala Daerah Kecil Genting akan menyumbang hasil

sebanyak 2 juta ringgit setahun.

28. Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan

pengeluaran industri penternakan melalui pengkomersialan rizab padang

ragut, Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Sebanyak 73 kawasan yang

melibatkan jumlah keluasan 3,784 hektar bersamaan 9,350 ekar telah

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

11

dikenalpasti untuk dimajukan. Selain dapat mengelakkan tanah terbiar,

diceroboh dan disalahgunakan, rizab padang ragut berkenaan akan

dipajakkan secara tender terbuka untuk memberi peluang kepada pelabur

yang menawarkan harga yang terbaik di samping dapat membantu

pengeluaran ternakan ruminan di Negeri Pahang dengan menggunakan

teknologi moden. Sehingga kini, terdapat empat (4) kawasan yang

sedang diproses untuk dipajakkan di daerah Pekan dan Kuantan.

Menyediakan Persekitaran dan Kemudahan Yang Kondusif Kepada

Pelabur

29. Pelaburan dari dalam dan luar negeri adalah penting untuk Negeri Pahang.

Setiap pelaburan sudah pasti akan memberikan kesan limpahan positif

kepada negeri dan rakyat melalui penyediaan peluang pekerjaan kepada

penduduk terutamanya dalam sektor perindustrian sama ada tenaga buruh

mahir atau separuh mahir, meningkatkan KDNK negara dan menjamin

pertumbuhan ekonomi yang pesat. Negeri Pahang telah berjaya mencapai

beberapa kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi. Pelaburan swasta di

Pahang terus berkembang dengan sebahagian besarnya dipacu oleh

kerjasama antara Kerajaan Persekutuan melalui ECERDC dan Kerajaan

Negeri dalam melaksanakan projek-projek berimpak tinggi dan kerja-kerja

infrastruktur awam.

30. Bagi tahun 2019, Kerajaan Negeri mengambil peluang untuk menarik

kemasukan pelabur-pelabur baru dengan melaksanakan beberapa misi

perdagangan. Sebelum misi perdagangan diadakan, Kerajaan Negeri

terlebih dahulu akan mengkaji potensi menarik pelaburan di negara-

negara berkenaan termasuk dari segi faedah yang akan diperolehi kerana

kita tidak mahu usaha yang dilakukan adalah sia–sia tanpa sebarang hasil.

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

12

31. Dalam tempoh Januari sehingga Jun 2019, pelaburan tempatan dan

pelaburan asing di Negeri Pahang mencatatkan nilai 6.44 billion ringgit.

Ini melibatkan pelaburan di bawah Malaysian Investment Development

Authority (MIDA), ECERDC dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang

(PSK).

32. Pada tahun 2019, antara misi perdagangan yang telah Kerajaan Negeri

jayakan adalah misi perdagangan ke Belgium, Belanda, Singapura dan

terkini ke China. Insya-Allah, selepas ini Kerajaan Negeri akan mengkaji

peluang sektor pertanian di Thailand terutamanya dalam penggunaan

teknologi moden.

33. Forum Pelaburan Pahang 2019 yang telah berlangsung di

Singapura pada 1 dan 2 Ogos 2019 yang lalu, Kerajaan Negeri Pahang

telah berjaya menarik pelaburan kira-kira 1.134 bilion ringgit apabila

menandatangani sebelas (11) Memorandum Persefahaman (MoU)

dengan beberapa syarikat di Singapura.

34. Antara pelaburan komited berimpak tinggi ialah MoU yang telah

ditandatangani bersama Syarikat Hercules Technologies Sdn. Bhd. yang

akan melabur sehingga 450 juta ringgit melibatkan tiga projek

berlainan. Projek-projek itu ialah 200 juta ringgit untuk membangunkan

pusat pembekalan simen, konkrit; 200 juta ringgit bagi pembinaan

kilang bio-komposit; manakala baki 50 juta ringgit bagi penubuhan

pusat latihan, kawalan kualiti dan pensijilan produk yang akan beroperasi

di Kawasan Perindustrian Gebeng. Pihak syarikat dijangka akan

menandatangani perjanjian usahasama dengan Perbadanan Kemajuan

Negeri Pahang (PKNP) pada tahun hadapan.

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

13

35. Selain itu, syarikat lain yang berminat untuk menjadikan Negeri Pahang

sebagai destinasi pelaburan adalah Syarikat Zhong Hai Resources Group

Private Limited, dengan jumlah pelaburan berjumlah 400 juta ringgit

untuk membangunkan kawasan seluas 654 ekar di Muadzam Shah,

Rompin sebagai Ladang Solar. Bagi status terkini, pelan perniagaan bagi

usahasama ini telah dirangka dan selanjutnya cadangan bagi mewujudkan

terma perkongsian antara syarikat dan PKNP akan dilakukan dalam masa

yang terdekat.

36. Pahang juga dijangka akan menerima pelaburan daripada IBN Corporation

Private Limited berjumlah 100 juta ringgit bagi projek pembinaan kolam

takungan dan pembekalan air terawat bagi memenuhi keperluan seluruh

kawasan Genting Highlands. Dengan pembekalan air terawat ini, IBN akan

menjadi pelengkap kepada kawasan yang tidak mampu dibekalkan oleh

Genting Utilities & Services Sdn Bhd.

37. Pahang juga bakal menerima kemasukan pelaburan dari China berjumlah

1.386 bilion ringgit ekoran termeterainya Memorandum Persefahaman

(MoU) antara Kerajaan Negeri dengan enam (6) syarikat dari negara

tembok besar tersebut. Keenam-enam syarikat terlibat ialah:

a. ND Paper (M) Bhd. dengan pelaburan 522.2 juta ringgit yang akan

membina kilangnya di Bentong bagi pengeluaran kertas dan pulpa.

b. Syarikat TNP Power Sdn. Bhd. dengan nilai pelaburan berjumlah

341.74 juta ringgit bagi membina kilang di Taman Perindustrian

Kuantan Malaysia-China (MCKIP) 1, Kuantan untuk penjanaan

bersepadu tenaga dan haba;

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

14

c. Syarikat lain, adalah China Travel Service Meizian Company Limited

yang melibatkan jumlah pelaburan 200 juta ringgit bagi

mewujudkan Eco Tourism City di Bukit Tinggi, Bentong;

d. Zhongxin Resources Regeneration Technology Sdn. Bhd., dengan

122.48 juta ringgit nilai pelaburan bagi projek pengeluaran kertas

dan habuk plastik di MCKIP 1. Bagi tujuan pelaburan ini, Zhongxin

Resources telah pun mendapat lesen pengilang daripada MIDA;

e. Wuxi Jinxie Industrial Company Limited dengan nilai pelaburan 100

juta ringgit bagi projek pembinaan turbin angin untuk menjana

tenaga di Pulau Tioman, Rompin; dan

f. Power China Construction Group, dengan nilai pelaburan 100 juta

ringgit bagi pembinaan kilang pengeluaran panel solar untuk

kediaman di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan.

38. Bagi menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri untuk terlibat secara

langsung dalam projek pelaburan yang baharu, Kerajaan Negeri

mencadangkan untuk menetapkan satu peratus (1%) Golden Share

diberikan kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) dan lima peratus

(5%) Preference Share (Syer Keutamaan) diberikan kepada Syarikat

berkaitan Kerajaan Negeri (State GLC) seperti Perbadanan Kemajuan

Negeri Pahang (PKNP), Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang

(PKPP) dan sebagainya yang akan ditentukan pihak kerajaan.

39. Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) akan terus menjadi

taman industri utama di Negeri Pahang. Pelabur utama ialah Alliance Steel

Sdn. Bhd. (ASSB) yang telahpun menjalankan pengeluaran percubaan

dengan kapasiti pengeluaran produk besi keluli antara 25 hingga 50

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

15

peratus. Kilang ASSB ini dijangka memulakan pengeluaran sepenuhnya

pada 2020 dengan kapasiti 3.5 juta tan setahun. Pelaburan ASSB di

MCKIP telah menawarkan 3,789 peluang pekerjaan yang mana 2,874

orang atau 75 peratus adalah pekerja tempatan.

40. Antara pelaburan lain yang komited dan berpotensi tinggi di Taman

Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) ialah:

a. Dongguan Jianhui Paper Company Limited bagi projek

pengeluaran kertas dan pulpa dengan jumlah pelaburan 3.35 billion

ringgit dan dijangka menyediakan sekurang-kurangnya 2,000

peluang pekerjaan;

b. TNP Power Sdn. Bhd. dengan pelaburan bernilai 250 juta ringgit

dalam projek melibatkan tenaga dan haba; dan

c. MiGao Private Limited iaitu projek dalam bidang pembuatan baja

potash (potash fertilizer) bernilai 300 juta ringgit.

41. Jumlah pelaburan yang diluluskan di MCKIP dari tahun 2016 sehingga

tahun 2019 adalah sebanyak 8.279 billion ringgit, majoritinya

melibatkan pelabur-pelabur dari Negara China.

42. Melihat kepada impak positif yang akan diterima dari segi limpahan

ekonomi, ianya dijangka akan dapat membantu merancakkan lagi

pembangunan dan penggunaan Pelabuhan Kuantan. Melalui projek East

Coast Rail Link (ECRL), selain pembinaan sebuah stesen penumpang

berhampiran Pelabuhan Kuantan yang akan dinamakan sebagai Stesen

Kuantan Port City 1, satu laluan keretapi kargo (spurline) ke dalam

kawasan operasi Pelabuhan Kuantan akan turut dibina dalam fasa 2 projek

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

16

tersebut. Apabila siap kelak, laluan keretapi ini akan menghubungkan

Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Klang yang bakal mewujudkan land

bridge yang dijangka dapat meningkatkan mobiliti kargo di antara kedua-

dua pelabuhan. Projek yang melibatkan laluan yang menghubungkan lima

(5) buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan

Kelantan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada Disember 2026.

43. Ini menunjukkan betapa Kerajaan Negeri amat serius dan komited untuk

terus bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan apa jua

pelaburan yang dibuat akan terus berjaya. Antara usaha yang

dilaksanakan adalah dengan menyediakan segala prasarana industri yang

terbaik dan persekitaran yang kondusif bagi memenuhi keperluan pihak

pelabur. Ini termasuklah dua (2) projek bagi mengatasi masalah bekalan

air di Kawasan Perindustrian Gebeng dan Semambu telah diluluskan oleh

Kerajaan Persekutuan berjumlah 619 juta ringgit. Dengan pelaksanaan

Projek Bekalan Air ini, maka sistem bekalan air akan menjadi lebih baik.

44. Selain itu juga, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Pelabuhan Kuantan

sedang berusaha meningkatkan keupayaan, kecekapan dan kapasiti

pengendalian Pelabuhan Kuantan dengan kerjasama ECERDC dalam

melaksanakan perancangan untuk membesarkan Pelabuhan Kuantan yang

telah dimulakan sejak tahun 2013 lagi.

45. Pembesaran ini merangkumi pembinaan Terminal Baru Laut Dalam atau

New Deep Water Terminal berserta kemudahan-kemudahan lain

berkaitan; antaranya pembinaan pemecah ombak sepanjang 4.7

kilometer, pembinaan tangki air untuk bekalan air ke Pelabuhan Kuantan,

pembangunan infrastruktur jalan raya baharu melibatkan pembinaan

trumpet interchange di Pintu Utara Pelabuhan Kuantan dan pembinaan

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

17

prasarana yang berkaitan. Pembinaan New Deep Water Terminal ini dapat

meningkatkan kapasiti pengendalian kargo daripada 24 juta tan

setahun kepada 50 juta tan setahun. Sejak memulakan operasi pada

Mac 2019, New Deep Water Terminal telah mengendalikan kargo mineral

sebanyak hampir 3.5 juta tan atau purata hampir 500 ribu tan sebulan

atau 30 peratus daripada jumlah pengendalian keseluruhan Pelabuhan

Kuantan. Ia juga telah membuka laluan baru kepada kapal-kapal yang

lebih besar sehingga 150,000 displacement tonne, berbanding hanya

53,000 displacement tonne sahaja sebelum ini. Kemasukan kapal-kapal

yang lebih besar dapat membuka peluang bagi Pelabuhan Kuantan untuk

menjadi pelabuhan pilihan dan utama ke Asia Timur dan lebih berdaya

saing berbanding hanya menjadi pelabuhan sokongan (feeder port)

sebelum ini.

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua,

Meningkatkan Potensi Industri Pelancongan dan Warisan

46. Industri Pelancongan dijangka akan terus berkembang pada tahun 2020,

terutama melalui kempen Visit Malaysia 2020 yang dianjurkan oleh

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi meningkatkan sasaran

kedatangan pelancong ke Malaysia iaitu seramai 30 juta pelancong

antarabangsa.

47. Pada tahun 2018, Negeri Pahang merupakan destinasi teratas yang

dikunjungi pelancong domestik iaitu seramai 9.2 juta pelancong. Angka

ini meletakkan Negeri Pahang sebagai penerima pelawat domestik

tertinggi diikuti Negeri Johor dan Negeri Perak. Pada tahun 2020, Kerajaan

Negeri menyasarkan ketibaan seramai 15 juta pelancong domestik dan

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

18

dijangka akan menerima limpahan pelancong terutama di destinasi-

destinasi seperti Cameron Highlands, Kuantan, Genting Highlands, Pulau

Tioman dan destinasi-destinasi lain.

48. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan 6 juta ringgit bagi

memperkukuhkan industri ini melalui pembangunan infrastruktur untuk

menarik pelaburan swasta di kawasan berpotensi tinggi seperti Mossy

Forest Cameron Highlands, pintu masuk kedua ke Taman Negara Merapoh

(Caving Paradise) dan Taman Negeri Endau-Rompin.

49. Kerajaan Pahang juga komited untuk melindungi dan melestarikan

hidupan liar dengan mempertingkatkan lagi pewujudan Koridor Hidupan

Liar (Wild Life Corridor) di beberapa daerah seperti Raub, Temerloh dan

Lipis. Ini amat penting bagi membolehkan pergerakan hidupan liar yang

lebih bebas dan selamat serta mengelakkan kepupusan setempat.

50. Umum mengetahui, di bawah Kerajaan Negeri, setiap daerah mempunyai

rumah rehatnya sendiri yang mempunyai nilai sejarah dan estetika yang

diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Kerajaan Negeri melihat ini

sebagai satu peluang untuk penjenamaan semula rumah-rumah rehat ini.

Dengan itu, Kerajaan Negeri telah bersetuju memperuntukkan sebanyak

4.4 juta ringgit bagi kos baik pulih dan peralatan bagi kesemua rumah

rehat yang terlibat. Urusan penjenamaan semula rumah rehat ini akan

dipertanggungjawabkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang

(PKNP).

51. Pada masa ini, Negeri Pahang dihubungkan secara terus ke negara jiran

Singapura melalui perkhidmatan penerbangan Firefly, Scoot, AirAsia dan

Malaysia Airlines, dengan kapasiti 975 tempat duduk dalam seminggu.

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

19

Bagi meningkatkan lagi pelaburan serta pelancong dari Negara China,

Kerajaan Negeri dalam perbincangan bersama Guangxi Beibu Airlines bagi

penerbangan terus dari Nanning-Kuantan-Singapura dan sebaliknya.

Langkah ini diharap dapat meningkatkan kedatangan pelancong ke Negeri

Pahang dan sekaligus meningkatkan ekonomi tempatan sejajar dengan

peningkatan penggunaan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah.

52. Kerajaan Negeri turut melihat kepentingan muzium dalam konteks

pengekalan warisan, pendidikan dan sektor pelancongan. Mulai 2019,

Perbadanan Muzium Negeri Pahang sedang menaik taraf Muzium Seni

Pahang dan bangunan bekas pejabat Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

(PKBF) di Kuantan kepada Muzium Sultan Haji Ahmad Shah.

53. Perbadanan Muzium Negeri Pahang dengan sokongan Kerajaan Negeri

juga akan sentiasa menambah baik dan mengemaskini maklumat-

maklumat berkaitan dengan pameran di dalam galeri-galeri sedia ada,

mempelbagaikan program dan aktiviti bagi menarik minat pengunjung.

Antara program yang telah dijalankan seperti Program Bermalam di

Muzium dan The Young and Our Heritage iaitu mewujudkan Mini Muzium

di sekolah yang terpilih.

54. Tenun Pahang Diraja merupakan tradisi menenun sejak berabad lalu yang

memperlihatkan secara halus hubungan di antara tradisi menenun ini

dengan alam sekitar yang mencerminkan pemikiran serta jiwa rakyat

masyarakat Pahang. Eratnya hubungan dan ikatan antara raja dan rakyat

seperti jalinan antara benang loseng dan pakan, jika tiada salah satunya

maka kain tenun yang cantik tidak akan dapat dihasilkan, begitulah

simboliknya hubungan antara raja dan rakyat.

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

20

55. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri

Agong telah memainkan peranan yang penting bagi memartabatkan seni

Tenun Pahang Diraja ini. Peranan dan usaha Baginda dalam membantu

serta mengangkat martabat Tenun Pahang Diraja ke peringkat yang lebih

tinggi telah membuahkan hasil dengan tertubuhnya Institut Kemahiran

Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam bertempat di Pulau

Keladi Pekan yang bertujuan untuk melahirkan golongan muda yang

berketerampilan serta menjadi penenun mahir di dalam institusi Tenun

Pahang Diraja.

56. Bagi memperkasakan lagi industri Tenun Pahang Diraja, Kerajaan Negeri

berhasrat agar hari Khamis minggu pertama setiap bulan dijadikan Hari

Tenun Pahang Diraja.

57. Bagi sektor pertanian, pada tahun 2020, Kerajaan Negeri akan

memperuntukkan sebanyak 9.23 juta ringgit bagi memartabatkan

industri pertanian melalui Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan

Veterinar dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

58. Kerajaan Negeri komited untuk meneruskan Program Pembangunan

Industri Asas Tani dan buah-buahan dengan memperuntukkan sebanyak

5 juta ringgit secara keseluruhannya untuk membantu Jabatan Pertanian

Negeri Pahang dalam usaha meningkatkan pengeluaran bahan makanan

terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran untuk keperluan rakyat.

59. Selaras dengan hasrat pucuk pimpinan Kerajaan Negeri yang ingin melihat

Negeri Pahang sebagai pengeluar utama bahan makanan di negara ini,

Jabatan Pertanian akan membangunkan Taman Kekal Pengeluaran

Makanan (TKPM) yang terbesar bagi sayur sayuran dan tanaman kontan

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

21

seluas 80 hektar bersamaan 200 ekar di daerah Kuantan. Sebanyak 1.3

juta ringgit disediakan pada tahun 2020 bagi Projek TKPM ini antaranya

termasuklah di TKPM Jelai, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan 250

ribu ringgit untuk menambah baik kemudahan dan penyelenggaraan di

kawasan projek pertanian berkenaan.

60. Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak 4.97 juta ringgit

untuk Program Pembangunan Ruminan (PROPER) dan Projek Rintis

Tenusu bagi memastikan pembangunan industri ternakan ditingkatkan

sejajar dengan usaha Kerajaan Negeri bagi mencapai hasrat sebagai

pengeluar utama ternakan dan makanan negara.

61. Latihan kepada petani juga turut dilaksanakan bagi mempelbagaikan

kemahiran petani dan pengusaha industri asas tani. Justeru, sebanyak

414 kursus dan latihan telah dirancang sepanjang tahun 2020 dengan

penglibatan seramai 8,280 orang petani di seluruh Negeri Pahang.

62. Pembangunan industri pengeluaran makanan berasaskan ternakan

terutama dalam industri ruminan iaitu pedaging dan tenusu boleh menjadi

sumber kekayaan baru bagi Negeri Pahang. Nilai pengeluaran ternakan

bagi Negeri Pahang pada tahun 2018 hampir mencapai 1.47 bilion

ringgit di mana komoditi daging ayam merupakan penyumbang utama

iaitu 711 juta ringgit. Ianya diikuti pengeluaran sarang walit berjumlah

463 juta ringgit, telur ayam 123 juta ringgit, daging lembu dan kerbau

sebanyak 108 juta ringgit, susu 17.8 juta ringgit dan komoditi lain

berjumlah 47.2 juta ringgit.

63. Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak 450 ribu ringgit bagi sektor

perikanan yang meliputi tiga (3) projek pemuliharaan sumber perikanan

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

22

darat iaitu 150 ribu ringgit untuk Khidmat Pengembangan Akuakultur,

100 ribu ringgit diperuntukkan bagi Program Pembangunan Komuniti

Nelayan Darat dan 200 ribu ringgit untuk Pengurusan Sumber Perikanan

Marin Secara Mapan.

64. Selain itu, sejumlah 1.27 juta ringgit telah disediakan bagi membaiki dan

menaik taraf Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri, daerah dan Pusat

Veterinar termasuk kuarters yang telah uzur bagi memastikan keselesaan

kepada pelanggan dan kakitangan terjamin. Ini termasuklah kerja-kerja

menaik taraf Pusat Sumber Genetik Ternakan (PSGT) Bukit Kajang, Raub

dan PSGT Lepar, Kuantan dengan kos 600 ribu ringgit bagi

menghasilkan baka lembu Kedah-Kelantan dan Brahman yang berkualiti

untuk diagihkan kepada penternak.

65. Sumber hutan merupakan aset semulajadi yang terpenting dalam

pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri. Pengurusan hutan

memerlukan kebijaksanaan bagi mengimbangi permintaan pasaran

terhadap pelbagai keluaran dan perkhidmatan hutan yang sentiasa

berubah. Jumlah keluasan hutan di Negeri Pahang sehingga Oktober 2019

adalah seluas 2.05 juta hektar bersamaan 6 juta ekar atau 57 peratus

daripada keluasan tanah negeri yang bersaiz 3.6 juta hektar bersamaan

8.8 juta ekar.

66. Sektor perhutanan akan terus memainkan peranannya sebagai salah

satu penyumbang utama kepada hasil Kerajaan Negeri. Sehingga 15

November 2019, pungutan cukai hasil hutan adalah sebanyak 80.7 juta

ringgit. Sektor ini akan terus menjadi salah satu penyumbang utama

kepada sumber pendapatan negeri dengan jangkaan sumbangan hasil

bagi tahun 2020 berjumlah 165 juta ringgit melalui kutipan bayaran

premium, royalti dan caj-caj lain.

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

23

67. Projek-projek teras dan utama akan terus diberi perhatian oleh Kerajaan

Negeri dalam memperkukuhkan sektor perhutanan merangkumi projek

pembangunan berlandaskan penghutanan semula, penanaman semula

dan pemulihan hutan.

68. Dalam meningkatkan usaha bagi kutipan hasil hutan, Kerajaan Negeri juga

akan terus memberi keutamaan kepada pembangunan untuk aktiviti

memulihara dan melindungi kepelbagaian biologi hutan, air dan tanah

untuk memastikan pengekalan dan penggunaannya secara terurus dan

terancang. Projek-projek yang berkaitan dengan eko-pelancongan dan

biodiversiti hutan akan terus dijalankan bagi memastikan aspek kestabilan

dan pengekalan alam sekitar terpelihara. Usaha Kerajaan Negeri dalam

pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi dan khazanah

biodiversiti diteruskan lagi dengan perancangan ke arah penggubalan

Enakmen Biodiversiti Negeri Pahang. Enakmen ini dirangka bagi

melindungi kepentingan negeri dan rakyat daripada kehilangan hasil

penyelidikan serta pengetahuan turun-temurun kepada orang luar tanpa

memberi apa-apa pulangan kepada pihak yang sepatutnya.

69. Bagi usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan di Pahang, Kerajaan

Negeri telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU)

berkaitan Carbon Trading bersama sektor korporat. Memorandum ini

bertujuan untuk menjalankan kajian bersama bagi melihat potensi

penjanaan pendapatan baharu melalui penggunaan Carbon Credit di

kawasan-kawasan konservasi di Negeri Pahang di samping menilai

keupayaan terhadap potensi pelaksanaan projek bagi memelihara dan

memulihara alam sekitar.

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

24

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

STRATEGI KEDUA: MEMPERKASA PERKHIDMATAN DAN MODAL INSAN

70. Dalam usaha memantapkan pentadbiran Kerajaan Negeri, Pusat

Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) sedang dibangunkan yang

bakal menggantikan Wisma Sri Pahang yang telah berusia 49 tahun.

Semua pentadbiran kerajaan akan dikelompokkan dalam satu kawasan

yang lebih terancang bagi memudahkan rakyat berurusan dan di samping

mempercepatkan sistem penyampaian.

71. PPSAS bakal menjadi ikon terbaharu Negeri Pahang dengan reka bentuk

bangunan kompleksnya diinspirasikan daripada Jata Negeri. Ia juga

mengaplikasikan teknologi hijau demi penekanan kepada pemuliharaan

alam sekitar. Tarikh pemilikan dan pembinaan projek ini bermula pada

tahun 2016 dan dijangka akan siap pada tahun hadapan.

72. Pahang Corporation Sdn. Bhd (Pahang Corp.) merupakan syarikat

milik penuh Kerajaan Negeri yang ditubuhkan pada 21 Mac 2019. Ia

memainkan peranan sebagai satu badan komersial khas yang

bertanggungjawab memantau, menyelaras dan menjalankan kerjasama

strategik dengan badan-badan berkanun negeri di samping menilai

cadangan-cadangan pelaburan agar Kerajaan Negeri mendapat pulangan

terbaik.

73. Pahang Corp. kini sedang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk

melaksanakan pembaharuan dalam pengurusan aset-aset kerajaan bagi

tujuan peningkatan kecekapan dan mengurangkan perbelanjaan modal

dan kos selenggara. Contohnya menerusi model Penyumber Luaran Fleet

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

25

Kenderaan Kerajaan, melalui model pengurusan yang baharu, Kerajaan

Negeri tidak lagi perlu membuat perolehan kenderaan yang baharu tetapi

hanya membayar kos penyewaan kenderaan tersebut. Dengan ini,

Kerajaan Negeri tidak perlu menanggung kos selenggara yang tinggi dan

semakin meningkat setiap tahun.

74. Kerajaan Negeri juga melalui anak syarikatnya PahangGo telah pun

membangunkan platform kutipan hasil negeri secara digital. Bayaran bil

utiliti, cukai dan pembayaran kompaun kini boleh dibuat melalui aplikasi

mobile dan portal. Dengan adanya platform ini, rakyat akan lebih mudah

untuk membuat semakan tunggakan dan seterusnya membuat

pembayaran. Usaha ini akan meningkatkan kutipan kompaun yang

dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebanyak 20 peratus

menjelang tahun 2020. PahangGo juga akan mewujudkan pusat

pengumpulan data berpusat dengan menempatkan pelayan (server) dan

pangkalan data untuk agensi kerajaan dan PBT di satu lokasi. Langkah ini

akan membolehkan pemeriksaan bertindih (cross checking) dilakukan bagi

setiap urusan. Selain itu, dalam meningkatkan mutu pengurusan Kerajaan

Negeri, PahangGo dipertanggungjawabkan untuk memoden dan

mendigitalkan sistem pengurusan kerajaan melalui sistem yang lebih

terkini dan memudahkan rakyat.

75. Antara inisiatif yang sedang dibangunkan ialah sistem parkir secara mobile

di mana 50 ribu petak parkir milik sebelas (11) PBT akan diuruskan

secara digital yang merupakan salah satu pilihan kepada kaedah

pembayaran parkir menggunakan kupon pada ketika ini telah boleh dimuat

turun bermula 23 Oktober 2019.

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

26

76. Kerajaan Negeri juga menubuhkan satu Unit Antarabangsa untuk

membina jaringan strategik dengan agensi-agensi di peringkat

antarabangsa bagi tujuan pembangunan kapasiti, sumber manusia,

peluang pelaburan dan perniagaan.

Melaksanakan Reformasi Pengurusan Pentadbiran

77. Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited dalam meningkatkan

perkhidmatan sistem penyampaian kerajaan demi kesejahteraan rakyat.

Penubuhan Daerah Kecil Muadzam Shah dan Daerah Kecil Jelai

adalah bukti kesungguhan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan

pengukuhan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat,

selain bertindak sebagai barisan hadapan jentera kerajaan dalam

memudahcara penyampaian dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan

kepada masyarakat setempat sama ada di kawasan bandar mahupun luar

bandar. Inisiatif ini dibuat bagi memastikan tadbir urus dan perkhidmatan

yang lebih berkesan dan cepat dapat disalurkan kepada rakyat.

78. Kerajaan Negeri dalam sidang dewan ini akan membentangkan kertas

penubuhan Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH)

yang bertujuan untuk merancang pembangunan di daerah Cameron

Highlands selain bertindak sebagai agen pelaburan di daerah tersebut,

selain itu juga, PKCH ini akan merangka, merancang dan mengawal

pembangunan kawasan tanah tinggi secara bersepadu dengan

mengekalkan kelestarian tanah tinggi dan mengambil kira keperluan

pembangunan ekonomi meliputi pelancongan, pertanian dan penempatan.

PKCH ini kelak akan mengolah semula sistem Lesen Pendudukan

Sementara bagi aktiviti pertanian dengan cara pajakan jangka pendek dan

secara tidak langsung akan dapat membangunkan sosio-ekonomi

setempat.

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

27

79. Pihak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar

Bandar (KPLB) sedang dalam kajian untuk menubuhkan semula Lembaga

Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan

Wilayah Jengka (LKWJ) yang telah dibubarkan secara rasmi pada 1

November 2000.

80. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menyokong cadangan penubuhan

semula DARA dan LKWJ dengan syarat peruntukan tahunan bagi tujuan

pengurusan dan pembangunan wilayah berkenaan perlu disalurkan oleh

pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) atau agensi

Persekutuan lainnya, sama seperti Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah

(KEDA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga

Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Johor

Tenggara (KEJORA) dan Lembaga Kemajuan Pulau Pinang (PERDA),

manakala pentadbirannya hendaklah tidak menghakis kuasa dan kawalan

negeri ke atasnya. Kaedah terbaik bagi pelaksanaan cadangan ini juga

hendaklah dirunding dengan pihak negeri sebelum dimuktamadkan.

81. Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) merupakan

perantara di peringkat akar umbi yang akan menyalurkan maklumat,

dasar-dasar kerajaan, permasalahan atau aduan rakyat kepada pihak-

pihak yang berkuasa dan berkaitan terhadap sesuatu isu yang timbul .

MPKK telah ditubuhkan atas persetujuan bersama antara Kerajaan Negeri

dan Persekutuan sebelum ini telah berjalan dengan baik dan harmoni.

Walau bagaimanapun, kini Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk

mewujudkan MPKK Persekutuan yang berasingan. Ini merupakan langkah

yang ke belakang. Tindakan ini hanya akan mewujudkan jurang

persefahaman antara dua (2) organisasi yang akan memecah belahkan

penduduk kampung. Sekiranya Kerajaan Persekutuan meneruskan

langkah menubuhkan MPKKP, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

28

untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran

Kampung (JKKK) bermula pada 1 Januari 2020 dengan peruntukan 7 juta

ringgit.

Pendidikan Bagi Masa Hadapan Lebih Baik

82. Bagi sektor pendidikan, Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang turut

menyediakan Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) dan Biasiswa Sekolah

Menengah (BSM) kepada murid di seluruh Negeri Pahang. Sepanjang lebih

tiga (3) dekad, jumlah bantuan pendidikan dan kebajikan yang telah

dikeluarkan adalah lebih 1.2 bilion ringgit melibatkan 1.4 juta

penerima. Sejak diperkenalkan pada 2001, Biasiswa Sekolah Rendah (BSR)

telah memanfaatkan 108 ribu murid dengan implikasi kewangan

berjumlah lebih 74 juta ringgit. Di peringkat sekolah menengah,

Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) yang telah dibelanjakan adalah

sebanyak 290 juta ringgit dan telah memanfaatkan seramai 169 ribu

murid.

83. Bagi tahun 2020, agihan biasiswa ini akan memberi manfaat kepada

49,720 pelajar penerima Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) dan penerima

Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) dengan peruntukan berjumlah 23.59

juta ringgit. Yayasan Pahang juga akan memperuntukkan 5 juta ringgit

bagi meneruskan pemberian Geran Bantuan Belajar ke IPT secara one-off

kepada 11 ribu anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian di

peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Masters) dan

Kedoktoran (PhD).

84. Program pendidikan agama akan terus memberi fokus kepada

pengukuhan pendekatan ajaran Islam bagi melahirkan generasi yang

mempunyai jati diri dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

29

transformasi dan arus globalisasi. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri

bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak 114 ribu ringgit bagi

membiayai Program Kelas Tahfiz Bistari di Sekolah Kebangsaan Tg. Gahai,

Kuala Lipis dan 27 ribu ringgit bagi Program Pengajian Al-Quran dan

Fardu Ain Remaja di FELDA Sungai Koyan bagi tahun 2020.

85. Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sebanyak 3 juta ringgit bagi

pembayaran elaun kepada 350 orang guru kelas Al-Quran asrama yang

bertanggungjawab mendidik para pelajar sekolah rendah dan menengah

yang tinggal di asrama seluruh Negeri Pahang sama ada di Sekolah

Menengah Agama Kerajaan Negeri (SMAN), mahupun di Sekolah Rendah

Kebangsaan dan Menengah Kebangsaan.

86. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah membangunkan sistem e-Munakahat

yang melibatkan kos berjumlah 929 ribu ringgit yang mempunyai fungsi

lebih terperinci bagi memastikan setiap urusan penceraian dan

permohonan khidmat nasihat direkodkan dengan lebih berkesan. Kerajaan

Negeri juga kini dalam melaksanakan proses pengimejan digital bagi sijil

nikah, cerai dan rujuk dengan kerjasama Percetakan Nasional Malaysia

Berhad (PNMB) yang dimulakan awal tahun 2019.

87. Bagi melahirkan pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) yang

lebih kompetitif, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah 72.6

juta ringgit dalam belanjawan tahun 2020 bagi memperkasakan misi

pendidikan bagi melahirkan pelajar aliran agama yang lebih kompetitif. Ini

termasuklah emolumen guru SMAN berjumlah 30.77 juta ringgit, elaun

guru agama dan Al-Quran asrama berjumlah 4.32 juta ringgit dan

37.55 juta ringgit bagi bekalan dan perkhidmatan.

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

30

88. Bagi menyediakan persekitaran yang kondusif kepada semua pelajar,

3 juta ringgit juga telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 bagi

tujuan penyelenggaraan bagi semua Sekolah Menengah Agama Negeri

Pahang.

89. Bagi memperkasakan ilmu falak, Kerajaan Negeri juga turut

memperuntukkan 558 ribu ringgit bagi perolehan peralatan falak dan

percetakan buku sukatan Kokurikulum Falak Sekolah Menengah Agama

Negeri bagi melahirkan pelapis sebagai penyambung, pengembang serta

pengamal ilmu falak yang memenuhi piawaian pihak berkuasa kepada

generasi akan datang.

90. Kerajaan Negeri melalui Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

(KUIPSAS) juga telah mengambil inisiatif dengan menjadi pusat rujukan

dalam memperkasakan tulisan jawi dan Pusat Akademik Hadis

sebagaimana yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sehingga kini, KUIPSAS telah

menawarkan 28 program asasi sehinggalah ke peringkat Sarjana dan

akan berkembang ke peringkat PhD pada tahun 2020. Kerajaan Negeri

juga memperuntukkan bagi tahun 2020 sebanyak 832 ribu ringgit untuk

pembangunan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah bagi

tujuan langganan buku jurnal, menambah baik kemudahan asrama,

pemberian Geran Pembangunan dan penyelidikan inovasi, pembangunan

akademik kakitangan serta naik taraf infrastruktur rangkaian kawasan

setempat (WiFi).

91. Kerajaan Negeri melalui inisiatif Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang

(Pahang Skills) akan terus menyediakan latihan kemahiran dengan

menekankan aspek pembangunan modal insan yang berkualiti,

berkemahiran dan berpengetahuan serta relevan dengan keperluan

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

31

pasaran pekerjaan. Selain itu, Pahang Skills telah menandatangani MoU

dengan dua belas (12) syarikat antaranya Lynas Malaysia Sdn. Bhd.,

MKRS Bumi (M) Sdn. Bhd. dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri

Pahang dan lain-lain bagi menjalin kerjasama strategik dalam bentuk

sumbangan kepakaran atau mesin peralatan untuk melatih tenaga kerja

mahir dalam bidang khusus yang amat diperlukan dalam industri.

92. Bagi tahun 2020, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan 1.18 juta

ringgit bagi tujuan penggantian, naik taraf, selenggara peralatan makmal

sedia ada dan makmal baru, penyenggaraan bangunan dan kampus.

Peranan Perpustakaan sebagai Gudang Ilmu

93. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang

telah membuat inisiatif memperkenalkan Program Buat Kerja Sekolah.

Inisiatif ini berikutan maklum balas dan keluhan oleh ibu bapa kepada

pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pahang bahawa masih

ramai anak-anak yang tidak menyiapkan kerja sekolah. Program ini juga

mendapat kerjasama erat daripada Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan

yang telah melibatkan seramai 13,350 orang pelajar turut serta dalam

program ini di seluruh daerah dalam Negeri Pahang.

94. Matlamat daripada Program ini adalah untuk membantu pelajar membuat

kerja sekolah dengan selesa di perpustakaan serta dapat membantu

pelajar memperolehi bahan yang diperlukan dari koleksi sedia ada dan

internet. Selain itu, melalui program ini juga pihak Perbadanan

Perpustakaan Awam Pahang dapat bekerjasama dengan ibubapa dalam

menggalakkan anak-anak mereka membuat kerja sekolah di perpustakaan

sekaligus memanfaatkan kemudahan yang ada.

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

32

Program Pembangunan Teknologi Maklumat

95. Pihak Kerajaan Negeri komited untuk melaksanakan transformasi

perkhidmatan awam ke arah people centric serta meningkatkan

produktiviti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan.

Bagi mencapai hasrat ini, penggunaan teknologi maklumat perlu

digarapkan bersekali dan disimulasikan dalam proses kerja semasa demi

menghasilkan penyampaian perkhidmatan yang memenuhi aspektasi

pelanggan dan rakyat.

96. Pihak Kerajaan Negeri akan memperuntukkan tambahan sewaan

rangkaian sebanyak 1.6 juta ringgit bagi menghubungkan pejabat-

pejabat kerajaan di daerah dan mukim dengan ibu pejabat masing-masing

menggunakan sambungan rangkaian internet yang lebih baik bagi

membolehkan semua penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan.

Bagi memastikan capaian ini dapat berfungsi dengan baik, pembaharuan

lesen-lesen perisian Information and Communications Technology (ICT)

juga perlu dilaksanakan di mana peruntukan berjumlah 1.5 juta ringgit

akan disediakan. Bagi tahun 2020, peruntukan sebanyak 1.7 juta ringgit

akan disediakan bagi menaik taraf kapasiti simpanan data di Pusat Data

Utama Negeri, naik taraf server di Pusat Pemulihan Bencana (DRC),

penggantian infrastruktur switch rangkaian di empat belas (14) Pejabat

Agama Islam Daerah dan lapan belas (18) buah Sekolah Menengah

Agama Negeri serta penggantian kemudahan ICT di kaunter-kaunter

kutipan hasil yang telah dikenalpasti. Dengan peningkatan kapasiti

rangkaian dan penggunaan perisian yang terkini ini, diharapkan

penyampaian perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan Negeri akan menjadi

lebih baik dan produktif.

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

33

97. Selain dari itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan penubuhkan Unit

Komunikasi dan Media Negeri Pahang (UKOMP) sebagai salah satu

usaha untuk meningkatkan imej Kerajaan Negeri melalui strategi

penyampaian maklumat perkhidmatan yang cepat dan berkesan. Melalui

UKOMP, penyaluran maklumat dari pihak Kerajaan Negeri akan dapat

disampaikan kepada kumpulan sasaran dengan lebih pantas, tepat dan

berkesan.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

Menjamin Kebajikan dan Kualiti Hidup Rakyat

98. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat.

Dalam keadaan situasi kewangan yang sedia ada, Kerajaan Negeri akan

tetap meneruskan usaha dan program pembangunan untuk

mensejahterakan kebajikan rakyat dengan meneruskan bantuan kepada

golongan yang memerlukan seperti Orang Kelainan Upaya (OKU), pesakit

kronik, ibu tunggal yang miskin dan anak-anak yatim.

99. Bagi tahun 2020, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diperuntukkan

sejumlah 13.71 juta ringgit untuk penerima Bantuan Am. Seramai

3,808 orang akan terus mendapat manfaat daripada peruntukan tersebut

dengan kadar bantuan 3 ratus ringgit sebulan. Selain daripada itu,

Kerajaan Negeri juga akan terus memperuntukkan maksimum 1 ribu

ringgit kepada mangsa bencana alam yang layak melalui Kumpulan Wang

Amanah Jawatankuasa Malapetaka Negeri Pahang.

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

34

Memupuk Budaya Sukan

100. Kerajaan Negeri Pahang juga sentiasa prihatin dan mengambil berat

berkaitan perkembangan aktiviti sukan dengan memastikan program

pembangunan sukan negeri dirancang dan dilaksanakan secara sistematik

dan menyeluruh bagi mencapai objektif yang ditetapkan.

101. Untuk menghadapi SUKMA ke-20 pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri

telah memperuntukkan sejumlah 2 juta ringgit sebagai persediaan atlet.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan 120 ribu

ringgit bagi pembelian tiga (3) unit perahu layar di bawah Majlis Sukan

Pahang. Sebanyak 200 ribu ringgit juga telah diperuntukkan pada tahun

2020 bagi tujuan penyenggaraan dan pembaikan kemudahan sukan.

Membentuk Belia Berdaya Saing

102. Golongan belia akan terus diperkasakan dengan pelbagai aktiviti dan

program yang dapat membentuk jati diri. Mereka akan dibentuk dengan

acuan yang berteraskan pelbagai kemahiran, pengetahuan dengan

menampilkan semangat patriotisme yang tinggi bagi menghadapi cabaran

globalisasi di samping menjadi penyumbang utama pembangunan sosial

dan ekonomi negara.

Pembangunan Orang Asli

103. Kerajaan Negeri turut memberi perhatian terhadap Pembangunan

Orang Asli dengan pelaksanaan program-program pembangunan

infrastruktur asas, peningkatan intelek dan pendidikan, dan pengupayaan

ekonomi kepada semua lapisan masyarakat. Pada tahun 2019, Kerajaan

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

35

Negeri telah menubuhkan Unit Orang Asli bagi memantau 262 buah

Kampung Orang Asli yang menempatkan hampir 76,697 orang

penduduk. Ianya berfungsi sebagai agen penyampaian perkhidmatan dan

maklumat dari Kerajaan Negeri kepada penduduk Orang Asli selain

mengurangkan kebergantungan Kerajaan Negeri kepada Agensi

Persekutuan seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

104. Selain itu juga, usahasama Kerajaan Negeri dengan Syarikat Berkaitan

Kerajaan Negeri (S-GLC) bagi penanaman durian di kawasan rizab Orang

Asli di Pantos, Jelai sebagai satu usaha bagi meningkatkan pendapatan

dan tahap ekonomi Orang Asli. Jabatan Perhutanan dalam proses

mengenalpasti kesesuaian tapak lokasi yang dipilih.

105. Kerajaan Negeri juga bersetuju meneruskan Program Pembangunan

Tamadun Masyarakat Orang Asli (PETAMA) untuk membimbing dan

memberi tunjuk ajar ajaran Islam kepada masyarakat Orang Asli.

Kurikulum PETAMA telah diiktiraf dan dinaik taraf mengikut keperluan

pembangunan sumber manusia negara.

Memperkasa Wanita

106. Wanita merupakan tulang belakang kepada pembangunan bangsa dan

agama. Justeru, peranan yang dimainkan oleh wanita adalah penting

dalam pembentukan keluarga, perpaduan, pembangunan masyarakat dan

negara. Bagi memastikan usaha ini lebih fokus, Kerajaan Negeri juga telah

bersetuju mewujudkan Unit Pembangunan Wanita yang akan

merangka pelan tindakan bagi memastikan keterlibatan dan membolehkan

capaian komunikasi kepada akar umbi dapat dibuat dengan cepat dan

tepat. Majlis Pembangunan Wanita Pahang di peringkat Parlimen turut

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

36

akan diwujudkan di mana peruntukan sebanyak 140 ribu ringgit

disediakan bagi menampung perbelanjaan penubuhan majlis ini. Pengerusi

Majlis Pembangunan Wanita di peringkat Parlimen akan dipilih daripada

wanita-wanita yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan berkongsi

kesungguhan dalam memperkasakan peranan wanita.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

STRATEGI KETIGA: MENSEJAHTERAKAN KEHIDUPAN

Pembangunan Untuk Kesejahteraan

107. Kerajaan Negeri terus memberi penekanan yang serius ke atas

pembangunan di setiap pelusuk daerah untuk terus mendapat kemudahan

terbaik. Kesejahteraan ekonomi yang berterusan adalah sasaran utama

yang bakal memanfaatkan hampir 1.67 juta penduduk di Negeri Pahang.

108. Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan berjumlah 120 juta

ringgit bagi memacu agenda pembangunan dengan membiayai lebih

daripada 150 projek, sejumlah 85 juta ringgit akan menggunakan

pembiayaan cara langsung, manakala baki 35 juta ringgit adalah

daripada pinjaman Kerajaan Persekutuan bagi membiayai Projek Bekalan

Air.

109. Bagi memberi impak terus kepada golongan sasaran, sejumlah RM23 juta

ringgit telah diperuntukkan bagi pelbagai Projek Pembangunan antaranya

adalah projek kecil negeri, projek khas kampung serta projek kecil yang

berupaya meneruskan momentum pembangunan masyarakat luar bandar

di samping menjamin pentadbiran daerah yang berkesan.

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

37

Perumahan dan Kemudahan Untuk Rakyat

110. Perumahan merupakan Sektor Utama yang sentiasa menjadi keutamaan

Kerajaan Negeri dalam memastikan usaha menyediakan rumah mampu

milik dan berkualiti untuk dinikmati oleh rakyat. Melalui Projek rumah

mampu milik iaitu PR1MA Pahang, sehingga Oktober 2019, 17 projek

yang telah lengkap Certificate of Completion and Compliance (CCC)

iaitu bersamaan dengan 3842 buah rumah yang siap diduduki oleh rakyat

di seluruh Negeri Pahang.

111. Kerajaan Negeri juga turut mengambil kira golongan yang berpendapatan

rendah dengan memperkenalkan Projek Rumah Makmur yang

menawarkan rumah teres setingkat mampu milik berharga 80 ribu

ringgit bagi isi rumah yang berpendapatan di bawah 5 ribu ringgit

sebulan. Sehingga 31 Oktober 2019 sebanyak 21 projek dengan jumlah

rumah sebanyak 7,088 unit rumah telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri

bagi tujuh (7) daerah.

112. Bagi tahun 2020, Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak 1,000 buah unit

PRIMA Pahang akan dapat disiapkan dan 2,000 tawaran rumah yang

merangkumi projek PRIMA Pahang dan Rumah Makmur.

113. Dalam pembentangan belanjawan tahun 2019 yang lalu, Kerajaan Negeri

telah meluluskan penubuhan Tabung Perumahan Rakyat Pahang. Sebagai

permulaan, tabung ini telah pun mula menerima sumbangan iaitu

sebanyak hampir 216 ribu ringgit bagi tahun pertama. Nilai ini

dijangkakan akan bertambah sehingga 6 juta ringgit pada tahun 2020.

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

38

Tabung Amanah Bencana

114. Tabung Amanah Bencana Kerajaan Negeri diwujudkan untuk membantu

mangsa-mangsa bencana dari aspek keperluan asas rumah, pakaian,

persekolahan dan pengangkutan, selain itu, ianya turut digunakan untuk

penyenggaraan dan pembaikian rumah dan premis yang terlibat dengan

bencana. Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah membelanjakan

sejumlah 441 ribu ringgit untuk membantu mangsa-mangsa yang

ditimpa bencana.

115. Selain itu, sebagai contoh bagi persediaan menghadapi musim tengkujuh

ini, Kerajaan Negeri juga telah menyalurkan peruntukan sebanyak 2 juta

ringgit kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk perbelanjaan

menghadapi bencana.

Bekalan Air

116. Negeri Pahang merupakan negeri yang mempunyai sumber air yang

terbesar di Semenanjung Malaysia. Namun begitu, bagi pembekalan air

bersih kepada rakyat, sumber air ini perlulah dirawat terlebih dahulu dan

dengan kadar tarif sedia ada, sehingga 31 Mei 2019, Pengurusan Air

Pahang Berhad (PAIP) menanggung kos operasi dan pentadbiran

sebanyak 300 juta ringgit setahun, erti kata yang lain, pihak PAIP

beroperasi dengan kerugian sebanyak 25 juta ringgit sebulan.

117. Sungguhpun begitu, Kerajaan Negeri juga amat merasai keluh resah

rakyat berkenaan gangguan bekalan air yang sering berlaku contohnya di

daerah Temerloh dan Raub. Bagi memastikan rakyat Negeri Pahang

mendapat bekalan air yang berkualiti dan berterusan, Kerajaan Negeri

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

39

bercadang untuk meliberalisasikan industri perkhidmatan bekalan air di

mana langkah ini akan memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna

dan menghasilkan tarif yang lebih berdaya saing.

118. Ketika ini, Kerajaan Negeri sedang memperhalusi beberapa cadangan

daripada pemain-pemain industri berkenaan seperti Ranhill Holdings

Berhad, YTL Power International Berhad dan Salcon Berhad yang

menunjukkan minat untuk melabur di Pahang. Walau bagaimanapun,

perkara ini akan diteliti dengan rapi bagi memastikan kepentingan

Kerajaan Negeri terpelihara dan rakyat memperoleh manfaat yang

sepatutnya.

119. Kerajaan Persekutuan memberikan persetujuan supaya pinjaman Kerajaan

Persekutuan berkaitan bekalan air diambil alih daripada Kerajaan Negeri

dan dinovasikan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Kerajaan

Negeri tidak lagi akan bertanggungjawab ke atas pinjaman tersebut.

Melalui penstrukturan ini, pinjaman bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar

yang berjumlah 1.01 billion ringgit akan dihapus kira dan baki pinjaman

ini akan ditanggung semula oleh Pengurusan Air Pahang (PAIP) secara

sewa pajakan selama 45 tahun.

Meningkatkan Taraf Kesihatan Rakyat

120. Bagi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), Kerajaan Persekutuan

melalui Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah memperuntukkan lebih

1.019 bilion ringgit untuk melaksanakan projek-projek pembangunan

fasiliti kesihatan melibatkan 26 projek sambungan dan empat (4) projek

baru terdiri daripada dua (2) projek hospital baru, lapan (8) Projek naik

taraf Hospital, 14 projek Klinik Kesihatan dengan kuarters, dua (2)

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

40

Projek Klinik Kesihatan sahaja, tiga (3) Projek Pembinaan Kuarters dan

satu (1) Projek Klinik Pergigian.

Jaminan Keselamatan Awam

121. Kerajaan Negeri dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan

terus berusaha supaya kadar Indeks Jenayah di Negeri Pahang berada

dalam keadaan terkawal. Antara program yang telah dirangka bagi

meneruskan usaha pada tahun 2020 bagi membendung kejadian jenayah

dan masalah sosial di kalangan masyarakat Pahang adalah OPS RUMAH

SELAMAT di musim perayaan dan Program Pencegahan Jenayah yang

dijalankan di peringkat sekolah dan kampung-kampung. Melalui program

ini diharapkan pihak masyarakat dapat memberikan kerjasama kepada

polis insya-Allah kadar jenayah akan dapat dikurangkan.

PENUTUP

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

122. Saya bagi pihak Kerajaan Negeri mengambil kesempatan ini untuk

menyembahkan setinggi-tinggi junjung kasih ke sisi Sultan Pahang,

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni

Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah

Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil

Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam

Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

41

123. Di sebalik komitmen dengan urusan seharian selaku Raja Pemerintah

untuk negara yang bersemayam di Istana Negara, hal-hal berkaitan negeri

tumpah darah Baginda di Negeri Pahang Darul Makmur sentiasa dekat

dihati.

124. Oleh sebab itulah juga apakala rakyat jelata di negeri ini ditimpa musibah

dan bencana, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

berkenan bercemar duli menziarahi serta menitahkan bantuan segera

dilaksanakan oleh pihak-pihak berkenaan khususnya Kerajaan Negeri.

125. Dengan ini, Kerajaan Negeri sendiri sentiasa sahaja bersiap-siaga dalam

apa jua keadaan sekalipun dan ini tentunya baik demi kemakmuran negeri

dan kesejahteraan rakyat jelata. Menjunjung kasih, Tuanku.

‘Kapal tidak akan mampu belayar tanpa nakhodanya, kapal tanpa

pembantu juga, tidak akan mampu memacu arah tujunya, begitulah

moleknya hubungan kerjasama dan kebergantungan sesama kita’.

126. Dengan ini saya mewakili pihak Kerajaan Negeri ingin mengucapkan terima

kasih kepada kesemua Ahli Exco Kerajaan Negeri dan kesemua Ahli Dewan

Negeri sama ada daripada kerajaan, rakan-rakan ADUN PAS menerusi

gagasan Muafakat Nasional, mahupun pembangkang, yang telah

memberikan kerjasama baik semasa kita berada pada persidangan Dewan

Negeri ini.

127. Tidak lupa juga sekalung tahniah atas segala jasa dan pengorbanan

penjawat awam selaku jentera pelaksana kepada segala dasar dan

pembangunan negeri. Penjawat awam diibaratkan tulang belakang

kerajaan dan pencapaian yang kita kecapi sehingga kini tidak akan dapat

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

42

diperolehi tanpa komitmen yang jitu, tanpa mereka pincanglah urus tadbir

negeri.

Marilah kita bersatu padu,

Tekadkan hati berganding bahu,

Agenda Pembangunan telah diseru,

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

128. Sukacita saya ingin mengumumkan bahawa, Kerajaan Negeri bersetuju

untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak 750 ringgit kepada

kesemua kakitangan kerajaan tanpa pengecualian gred, kerana

pencapaian yang kita perolehi hari ini adalah hasil usaha padu kita semua.

Seramai 8,000 penjawat awam akan menerima manfaat tersebut dan

pembayaran dibuat pada bulan Disember ini. Jumlah peruntukan untuk

Bayaran Khas Kewangan ini adalah sebanyak 6 juta ringgit.

129. Pemberian Bantuan Khas Kewangan ini bertambah berbanding dengan

tahun lepas yang berjumlah 500 ringgit dan insya-Allah, pada tahun yang

mendatang, sekiranya prestasi kewangan negeri bertambah kukuh, tidak

mustahil Kerajaan Negeri akan memberikan Bantuan Khas Kewangan ini

dengan lebih lagi, dalam bahasa mudahnya ‘Bagi tetap bagi, sikit banyak

cerita lain’.

130. Harapan Kerajaan Negeri ialah agar pemberian ini dihargai semua, dan

dapatlah juga kita sama-sama memahami akan falsafah ‘Jika berbelanja

janganlah sampai boros, dan jika berjimat janganlah sampai kedekut’.

UCAPAN BELANJAWAN 2020

SULIT

SULIT

43

Kepinggir hutan bersama rakan

Memungut petai berpapan-papan

Selesai sudah saya bentangkan

Belanjawan negeri tahun hadapan

Memungut petai berpapan-papan

Sesudah pungut pulang ke rumah

Belanjawan negeri tahun hadapan

Mohon bahaslah dengan berhemah

Sesudah pungut pulang ke rumah

Peraih dah tunggu di dalam lori

Mohon bahaslah dengan berhemah

Demi kemuliaan Dewan Negeri

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua,

131. Saya dengan ini membentangkan Belanjawan 2020 dan saya mohon

mendapat sokongan semua, insya-Allah.

Saya mohon mencadangkan.

WABILLAHI TAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM

WARAHMATULLAHI WABARAKATUH