ucapan belanjawan tahun 2001 oleh y.a.b. datuk … filepada hari jumaat, 3 november 2000 tuan...

43
1 UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK SERI PANGLIMA OSU HJ. SUKAM KETUA MENTERI/MENTERI KEWANGAN SABAH DI PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. 2. Marilah kita bersama-sama mengangkat kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat dan izin- Nya, kita dapat berada di Dewan Yang Mulia ini untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab demi kepentingan negeri khususnya dan negara umumnya. Belanjawan Negeri bagi tahun 2001 menandakan bermulanya pelaksanaan Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8). Tahun pertama RMKe-8 ini menyediakan peluang keemasan kepada kita untuk memberikan nafas baru terhadap usaha-usaha memperkukuhkan lagi momentum pertumbuhan ekonomi yang telah berjaya dipulihkan.

Upload: vantuyen

Post on 28-May-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

1

UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH

Y.A.B. DATUK SERI PANGLIMA OSU HJ. SUKAM KETUA MENTERI/MENTERI KEWANGAN SABAH DI PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

PADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000

Tuan Speaker,

Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan

Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001 untuk kelulusan

Dewan Yang Mulia ini.

2. Marilah kita bersama-sama mengangkat kesyukuran

ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat dan izin-

Nya, kita dapat berada di Dewan Yang Mulia ini untuk

menunaikan amanah dan tanggungjawab demi

kepentingan negeri khususnya dan negara umumnya.

Belanjawan Negeri bagi tahun 2001 menandakan

bermulanya pelaksanaan Rancangan Malaysia Kelapan

(RMKe-8). Tahun pertama RMKe-8 ini menyediakan

peluang keemasan kepada kita untuk memberikan nafas

baru terhadap usaha-usaha memperkukuhkan lagi

momentum pertumbuhan ekonomi yang telah berjaya

dipulihkan.

Page 2: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

2

3. Namun kita perlu mengadakan anjakan paradigma

kerana kita terpaksa mengambilkira dan menyesuaikan

strategi dengan realiti suasana ekonomi dunia hari ini.

Suasana ekonomi dunia sedang mengalami perubahan

yang ketara. Faktor utama yang menjadi penentu

kejayaan ekonomi dewasa ini, dan pada masa depan,

bukan lagi modal wang atau sumber material, tetapi ilmu

pengetahuan. Inilah yang dimaksudkan dengan K-

ekonomi. Perubahan ini berlaku dalam konteks proses

globalisasi dan liberalisasi yang dipecut oleh teknologi

canggih, terutamanya teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT). Hal hakikat ini sekaligus menuntut peningkatan dan

pembangunan sumber tenaga manusia, bukan sahaja dari

segi kuantiti tetapi juga dari segi kualiti. Hasrat kita bukan

setakat menjadi pengguna teknologi tetapi kita mesti turut

menjadi penjana teknologi. Inilah budaya yang menjadi

asas kepada pembangunan tamadun. Anjakan baru ini

akan memandu kita untuk terus melangkah mara ke

hadapan dalam memenuhi agenda meningkatkan taraf

hidup rakyat agar dapat mengecapi kualiti kehidupan yang

lebih bahagia dan selesa. Untuk itu, kita terpaksa

bersedia menghadapi cabaran-cabaran baru menerusi

sistem pengurusan yang lebih profesional dan strategik,

serta bertindak secara lebih bijaksana dan efisyen. Kita

tidak seharusnya terlalu ghairah membesar-besarkan

Page 3: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

3

rekod kejayaan yang lalu, walaupun memang perlu untuk

pengetahuan umum. Apa yang lebih penting, ialah

keupayaan kita dipelbagaikan dan dipertingkatkan lagi

supaya sumber-sumber yang ada diuruskan dengan lebih

efisyen dan produktif di samping menghasilkan khidmat

dan produk baru. Untuk mencapai matlamat ini, kita harus

menyiapkan diri dan berani menangani cabaran

globalisasi dan liberalisasi. Belanjawan 2001 Negara

dengan tumpuan menggerakkan negara ke arah ekonomi

berasaskan pengetahuan (K-ekonomi) jelas menuntut

perubahan drastik di kalangan rakyat. Setiap golongan

rakyat termasuklah di negeri ini tidak dapat

mengecualikan diri daripada menerima K-ekonomi, kerana

dengan meminggirkan diri daripada hakikat ini, mereka

akan pasti ketinggalan dalam menikmati faedah daripada

ekonomi baru abad ke-21 ini. Dengan itu, rakyat perlu

bersama-sama memperlengkapkan diri dengan kemahiran

dan kebolehan baru.

Tuan Speaker,

4. Kaedah pengendalian sumber-sumber kekayaan

negeri pada abad ke-21 ini, memerlukan perancangan dan

pengurusan yang lebih dinamik. Dalam konteks ini,

terdapat enam bidang teknologi baru yang pasti akan

Page 4: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

4

mencorakkan ciri-ciri proses perancangan dan

pengurusan ekonomi, iaitu mikroelektronik,

pengkomputeran, telekomunikasi, kreativiti manusia,

robotik dan bioteknologi yang saling bertalian di antara

satu sama lain. Rangkaian teknologi canggih ini pasti

menguasai dan melahirkan bidang-bidang baru yang

membawa perubahan besar atau mempergiatkan semula

industri-industri lama dalam bentuk baru. Inilah

permulaan ledakan era pembangunan ekonomi dan

kekayaan yang berasaskan ilmu-pengetahuan.

Kebangkitan nafas baru dalam perkembangan ilmu-

pengetahuan ini merupakan daya kekuatan terbaru yang

harus kita sama-sama hayati sedalam-dalamnya dan

berusaha menerokainya serta memanfaatkannya dalam

kehidupan kita. Atas kesedaran inilah, maka Kerajaan

Negeri telah mengorak langkah bijaksana dengan

melancarkan pengurusan elektronik melalui Sabah Net,

yang bertalian dengan industri berasaskan ilmu-

pengetahuan. Sudah tentulah usaha yang lebih luas dan

gigih diperlukan bagi mewujudkan suasana persekitaran

yang boleh menggalakkan perkembangannya secara

merata di kalangan rakyat untuk menyumbang ke arah

peningkatan produktiviti dan seterusnya pertumbuhan

negeri ini dalam semua aspek pembangunan. Langkah ke

arah ini juga telah dimulakan dengan pemakaian Rangka

Page 5: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

5

Rancangan Jangka Panjang Sabah (RRJPS). Matlamat

serta strategi-strategi RRJPS telah menjadi teras kepada

dasar dan belanjawan negeri ini pada tahun-tahun

berikutnya. Strategi-strategi sedemikian telahpun

digariskan dalam dasar belanjawan tahunan di sepanjang

pelaksanaan RMKe-7 dan akan terus memandu

pelaksanaan RMKe-8, tetapi dengan pendekatan dan

nafas baru.

Tuan Speaker,

5. Oleh yang demikian, untuk membina pengurusan

yang lebih cekap ke arah mencapai prestasi cemerlang

yang diharapkan, Kerajaan bertekad untuk memberikan

tumpuan terhadap tiga strategi yang akan diterapkan di

sektor awam melalui Belanjawan Negeri tahun 2001, iaitu:

(i) mengemaskinikan peranan dan tanggungjawab

dalam membuat keputusan;

(ii) melicinkan proses menjalankan kuasa

berdasarkan kebijaksanaan tanpa mengorbankan

akauntabiliti; dan

Page 6: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

6

(iii) meningkatkan keupayaan di samping bersedia

untuk menyusun semula keutamaan serta

peruntukan sumber-sumber, di mana wajar.

6. Dalam tahun 70-an dan 80-an, negeri Sabah

terkenal dengan kekayaan sumber asli, khususnya dalam

sektor perhutanan, tanah subur yang luas dan sumber

galian. Tetapi, akibat daripada kelemahan penyelarasan

di kalangan pembuat dasar dan juga di peringkat

pelaksana serta wujudnya jurang atau ketidak sehaluan di

antara ketetapan dasar dengan perancangan, belanjawan

dan proses pelaksanaan, ditambah lagi oleh masalah

kekurangan tenaga pekerja mahir dan bukan mahir, di

samping penggunaan teknologi yang rendah dan masalah

lain, maka perkembangan ekonomi negeri ini menjadi lesu

tidak bermaya. Walaupun kita tidak dapat menafikan

pelbagai program pembangunan telah dilaksanakan oleh

Kerajaan-Kerajaan Negeri yang lalu, namun apa yang

dapat dilihat pada hari ini ialah negeri Sabah masih

ketinggalan dari segi kemudahan infrastruktur utama.

Walaupun demikian, sejak Barisan Nasional menerajui

Kerajaan Negeri ini, tanda-tanda positif tentang halatuju

pembangunan negeri ini telah mula dapat dilihat.

Antaranya, Kerajaan telah menunjukkan komitmen yang

bersungguh-sungguh dan berupaya memperlihatkan

Page 7: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

7

kejayaan dalam pelaksanaan beberapa program

pembangunan jangka sederhana dan panjang. Ini

bertujuan memenuhi permintaan yang sentiasa

meningkat dan kerana itu menuntut pertambahan kapasiti

pengeluaran dari masa ke semasa. Sebagai contoh,

pelaksanaan projek-projek bekalan air khususnya

pembinaan empangan air Babagon dan bekalan air luar

bandar; pembinaan jalanraya Beaufort-Sipitang, Kota

Kinabalu-Kota Belud dan Tandek-Pitas; adalah di antara

keperluan asas kehidupan rakyat serta keperluan

penting sektor ekonomi, yang sekian lama menjadi

masalah, telah dapat digerakkan dengan sewajarnya.

Begitu juga dengan pelaksanaan infrastruktur ekonomi

menerusi ‘Kota Kinabalu Industrial Park’ (projek KKIP)

yang merupakan salah satu daripada program yang

berorientasikan anjakan baru.

Tuan Speaker,

7. Di samping memberikan keutamaan terhadap

pembangunan sektor ekonomi, pembangunan sosial tetap

terus diberikan perhatian yang wajar, khususnya melalui

pembangunan kawasan luar bandar yang bertujuan

mengatasi gejala kemiskinan. Tumpuannya adalah

kepada kegiatan-kegiatan ekonomi yang boleh menjana

Page 8: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

8

pendapatan yang stabil dan lumayan di kalangan rakyat.

Prasarana luar bandar yang semakin baik, dan kewujudan

persekitaran yang menggalakkan memberikan ruang dan

peluang kepada rakyat termasuk para belia dan

beliawanis, untuk menceburkan diri dalam bidang-bidang

perniagaan dan perusahaan. Pendekatan yang diambil

oleh Kerajaan ialah dengan memberikan dorongan melalui

program latihan motivasi dan kemahiran. Pendekatan

baru ini diharap akan dapat memastikan yang

perbelanjaan awam benar-benar dapat mencapai

matlamat yang dirancang dan sumber-sumber awam

diurus secara berhemat bagi manfaat rakyat.

Persekitaran Ekonomi

Tuan Speaker,

8. Ekonomi dunia dijangka bergerak ke hadapan

dengan tenaga dan keyakinan baru dalam dua tahun

pertama pada alaf baru ini. Tanda-tanda ini dapat dilihat

melalui beberapa petunjuk positif, seperti kekuatan

kedudukan ekonomi Amerika Syarikat yang berterusan,

perkembangan pesat ekonomi di Eropah, pemulihan padu

ekonomi di Asia, pemulihan semula ekonomi di Jepun,

kedudukan pelaburan dunia yang semakin pesat, di

Page 9: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

9

samping wujudnya kebebasan perdagangan serta

fenomena ‘e-commerce’. Dengan kedudukan krisis mata

wang Asia 1997/1998 yang telah berlalu, maka ekonomi

dunia dijangka berkembang pada kadar 4.7 peratus pada

tahun 2000, dan ini dijangka dapat bertahan pada kadar

4.2 peratus pada tahun 2001 selepas mencatat kadar 3.4

peratus pada tahun lalu.

9. Amerika Syarikat sebagai kuasa ekonomi terbesar

dunia dijangka akan terus berkembang pada tahun ini

dengan kadar pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus dan

dijangka akan menurun kepada kadar 3.2 peratus pada

tahun 2001, walaupun dasar makroekonomi negara itu

digunakan untuk mengawal impak penurunan yang

dialami. Kepesatan yang berterusan dalam pertumbuhan

ekonomi Amerika Syarikat berkaitrapat dengan

peningkatan produktiviti, iaitu hasil daripada peningkatan

penggunaan teknologi. Hal ini mendorong sesetengah

pihak membuat kesimpulan bahawa Amerika Syarikat kini

sedang mengalami dan menjadi peneroka ekonomi baru,

yakni K-ekonomi. Walaupun demikian, dengan pemulihan

ekonomi yang sedang berlaku di negara-negara lain di

dunia, Amerika Syarikat perlu memastikan bahawa

pengembangan tersebut boleh dikawal dan

dipertahankan.

Page 10: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

10

10. Ekonomi Jepun dijangka pulih secara beransur-

ansur. Pertumbuhan KDNK diramal pada 1.4 peratus dan

1.8 peratus masing-masing dalam tahun 2000 dan 2001

berbanding 0.2 peratus pada tahun lalu.

11. Manakala di Eropah, pertumbuhan ekonominya

adalah teguh disebabkan permintaan domestik dan

eksport yang tinggi, iaitu kesan daripada matawang Euro

yang lemah. Kawasan Euro diramalkan mencatat

pertumbuhan 3.5 peratus pada tahun ini dan 3.4 peratus

pada tahun hadapan berbanding dengan 2.4 peratus pada

tahun lalu. Kesatuan German dijangka berkembang

sebanyak 2.9 peratus pada tahun 2000 dan 3.3 peratus

pada tahun 2001 berbanding dengan kadar 1.6 peratus

pada tahun lalu, manakala Peranchis pula diramalkan

berkembang pada 3.5 peratus pada tahun 2000 dan 2001

berbanding dengan 2.9 peratus pada tahun lalu.

Ekonomi Malaysia

Tuan Speaker,

12. Kita amat berbangga atas kejayaan negara kita

dapat keluar daripada belenggu kegawatan ekonomi, dan

Page 11: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

11

kini berupaya meningkatkan maruah dan martabatnya

pada mata dunia. Ekonomi Malaysia terus menunjukkan

pengukuhannya. Kekuatan permintaan domestik,

dorongan fiskal dan suasana persekitaran yang positif

dalam ekonomi domestik dan kewangan terus menyokong

pertumbuhan dan penyatuan dalam pemulihan negara.

Perkembangan selanjutnya dalam pembaharuan

perbankan dan penstrukturan korporat dan juga

peningkatan prospek pekerjaan telah mengukuhkan

permintaan domestik. Pelaburan terus diperluas dengan

peningkatan yang ketara dalam pembentukan modal

kasar tetap sebenar (real gross fixed capital formation)

dari segi pelaburan baru dan juga dari segi meningkatkan

keupayaan yang sedia ada dalam memenuhi permintaan

yang tinggi.

13. Dasar-dasar kewangan dijangka terus memberikan

sokongan kepada pertumbuhan ekonomi. Tekanan inflasi

juga dijangka terus terkawal. Pertumbuhan eksport yang

kukuh dijangka dapat juga bertahan. Berdasarkan unjuran

Kerajaan, KDNK sebenar Malaysia dijangka berkembang

sebanyak 7.5 peratus pada tahun 2000 berbanding

dengan 5.8 peratus pada tahun lalu. Berdasarkan

strategi-strategi dalam pembentangan Belanjawan

negara bagi tahun 2001 yang telah dibentangkan pada 27

Page 12: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

12

Oktober yang lalu, ekonomi negara dijangka mencatat

pertumbuhan 7.0 peratus pada tahun 2001.

Ekonomi Sabah

Tuan Speaker,

14. Pemulihan bagi kebanyakan rakan dagang negeri

adalah juga faktor penting yang membawa kepada

unjuran pertumbuhan dalam ekonomi Sabah yang

berasaskan eksport. Pertumbuhan keluaran Dalam

Negeri Kasar (KDNK) bagi Negeri Sabah adalah

dianggarkan 4.3 peratus dalam tahun 1999 berbanding

dengan penguncupan yang dialami pada tahun-tahun

sebelumnya. Perkembangan ini pada amnya adalah hasil

daripada pemulihan ekonomi Asia dan Malaysia selepas

kejatuhan matawang pada tahun 1997 dan 1998.

Pertanian dan penternakan, perlombangan dan kuari terus

menjadi jentera pertumbuhan yang utama dalam ekonomi

Sabah. Gabungan kedua-dua sektor ini menyumbangkan

lebih daripada 40 peratus KDNK sebenar negeri.

15. Dasar penggalakan perkembangan ekonomi

Kerajaan Persekutuan yang didampingi dengan langkah

melonggarkan kawalan modal telah membantu

Page 13: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

13

memulihkan keyakinan pelabur dan perbelanjaan

pengguna di samping merangsang pembangunan

infrastruktur bagi negeri yang memerlukannya seperti

negeri Sabah. Perhubungan dan kerjasama yang

semakin erat di antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan

Negeri telah membawa pertambahan peruntukan

Persekutuan untuk pembangunan di negeri ini.

Tuan Speaker,

16. Dengan faktor-faktor yang telah saya nyatakan tadi

serta semangat yang positif, di samping peningkatan

penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta

jangkaan pengukuhan ekonomi Malaysia yang didorong

oleh, dengan izin, ‘current cyclical electronics boom’,

ekonomi negeri Sabah diramalkan akan mencatatkan

pertumbuhan yang menggalakkan pada kadar 4.5

peratus pada tahun ini dan meningkat kukuh kepada 5.0

peratus pada tahun 2001 berbanding dengan 4.3 peratus

pada tahun lalu.

17. Dalam tempoh lapan bulan yang pertama tahun ini,

Kerajaan Negeri dijangka terus mencatatkan lebihan yang

menggalakkan sebanyak RM1.21 billion dalam imbangan

Page 14: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

14

perdagangannya. Dalam tempoh Januari hingga Ogos

tahun ini, eksport telah bertambah sebanyak 3.1 peratus,

iaitu bernilai RM8.53 billion berbanding dengan RM8.27

billion dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

18. Bidang pertanian akan terus menjadi penggerak

utama pertumbuhan ekonomi negeri ini, walaupun dalam

keadaan yang agak perlahan memandangkan adanya

tekanan harga komoditi di pasaran antarabangsa. Dalam

tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, jumlah eksport

keluaran minyak sawit telah meningkat sebanyak 15.3

peratus, iaitu 1.70 juta ton berbanding dengan 1.48 juta

ton dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

19. Sektor perlombongan dan kuari dijangka didorong

oleh harga minyak di pasaran dunia. Dalam tempoh lapan

bulan pertama tahun ini, jumlah eksport petroleum mentah

dicatatkan pada kadar 2.2 peratus, iaitu meningkat kepada

2.84 juta ton daripada 2.78 juta ton bagi tempoh yang

sama tahun lalu. Nilai eksport juga meningkat sebanyak

91.2 peratus, iaitu bernilai RM2.20 billion daripada

RM1.15 billion.

Tuan Speaker,

Page 15: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

15

20. Sektor perkhidmatan dan pelancongan juga dijangka

menjadi penyumbang utama dalam KDNK Sabah. Ini

ditunjukkan melalui pertambahan yang ketara dalam

bilangan ketibaan di Negeri ini, iaitu dalam tempoh lapan

bulan pertama tahun ini, pertambahan sebanyak 56.3

peratus, iaitu 409,851 ketibaan berbanding dengan

262,158 ketibaan dalam tempoh yang sama pada tahun

lalu. Ini disebabkan oleh pertambahan pengunjung

domestik dari negeri-negeri di Malaysia dan pelawat asing

yang masing-masing mencatat pertambahan 248.0

peratus dan 17.1 peratus dalam tempoh lapan bulan

pertama tahun ini.

21. Bidang perkilangan, iaitu salah satu sektor yang

dilanda krisis ekonomi, dijangka akan bertambah baik

dengan adanya suasana perkembangan ekonomi negara

yang sihat. Angka eksport bagi komoditi perkilangan yang

utama menunjukkan perubahan pemulihan yang positif.

Dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, jumlah

eksport kayu bergergaji meningkat sebanyak 11.2 peratus,

lapisan veneer sebanyak 3.7 peratus, ‘wooden mouldings’

sebanyak 8.3 peratus, methanol sebanyak 65.6 peratus

dan HBI sebanyak 14.2 peratus. Walau bagaimanapun,

Page 16: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

16

papan lapis telah mencatatkan penurunan jumlah eksport

sebanyak 3.3 peratus dalam tempoh yang sama.

22. Dalam pada itu, hasil perhutanan dan pembalakan

dijangka menurun, walaupun hanya dengan kadar yang

rendah. Kerajaan Negeri akan terus mematuhi ‘annual

coupe’ untuk pembalakan daripada hutan simpan kekal;

dan usaha akan dipertingkatkan untuk menjaga serta

mengawal baki hutan tropika daripada aktiviti pembalakan

yang berlebihan dan juga pembalakan haram.

Pengeluaran permit pembalakan akan diberhentikan buat

sementara. Pengeluaran balak bagi tahun 2000 ini

dijangka di sekitar 3.0 juta meter padu, sama dengan

kedudukannya pada tahun lalu. Dalam tempoh lima bulan

pertama tahun ini, pengeluaran balak mencapai 1.24 juta

meter padu. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 19.0

peratus berbanding dengan angka tahun lalu, iaitu 1.04

juta meter padu dalam tempoh pemerhatian yang sama.

23. Kerajaan Negeri juga berhasil mengawal tekanan

inflasi melalui beberapa strategi sejajar dengan dasar-

dasar negara. Dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun

ini, indeks harga pengguna Sabah telah meningkat sedikit

sebanyak 0.4 peratus, iaitu 115.6 berbanding dengan

115.1 dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

Page 17: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

17

Kerajaan Negeri akan terus memastikan bahawa kadar

inflasi berada pada tahap yang rendah.

Anggaran Hasil

Tuan Speaker,

24. Hasil sebenar yang dipungut pada penghujung tahun

1999 berjumlah RM1,258.01 juta, menunjukkan

peningkatan sebanyak 3.7 peratus berbanding dengan

anggaran asal. Dengan mengambilkira senario semasa,

sasaran hasil tahun ini yang berjumlah RM1,345.36 juta

dijangka menunjukkan peningkatan sebanyak 1.16

peratus, iaitu RM1,361.03 juta. Manakala hasil negeri

bagi tahun 2001 dianggarkan berjumlah RM1,236.77 juta.

25. Sebagaimana yang diumumkan dalam belanjawan

tahun 2000, duti kastam merupakan penyumbang terbesar

kepada hasil negeri iaitu dianggarkan sebanyak

RM290.080 juta atau 21.56 peratus. Sebahagian besar

dariapda jumlah itu diperolehi melalu pungutan duti import

dan eksais bagi barangan petroleum. Walau

bagaimanapun jangkaan hasil daripada sumber ini tidak

dapat dicapai akibat daripada pemansuhan duti import

dan eksais bagi barangan petroleum yang berkuatkuasa

Page 18: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

18

mulai 1 Januari 2000. Ini adalah sejajar dengan komitmen

Kerajaan Malaysia di bawah Kawasan Dagangan Bebas

ASEAN (AFTA).

Tuan Speaker,

26. Sebagai mendokong dasar negara, Kerajaan Negeri

telah bersetuju terhadap pemansuhan duti import dan

eksais bagi barangan petroleum dengan pendirian

bahawa Item I dalam Bahagian V di bawah Jadual 10

Perlembagaan Persekutuan tidak dimansuhkan. Kerajaan

Negeri akan terus memperolehi hasil bagi menggatikan

item ini, iaitu melalui pampasan yang dibayar oleh

Kerajaan Persekutuan. Untuk tahun ini, Kerajaan

Persekutuan dijangka akan membayar bayaran interim

sebanyak RM150.0 juta kepada Kerajaan Negeri.

27. Perlu diterangkan di sini bahawa walaupun tanpa

pemansuhan duti import dan eksais barangan petroleum,

pungutan hasil daripada kastam tahun ini akan terus

berkurangan. Dengan kenaikan harga minyak, Kerajaan

Persekutuan terpaksa memberikan subsidi yang besar ke

atas barangan petroleum, iaitu dengan memberikan kadar

pengecualian maksimum bagi membolehkan rakyat

menikmati harga yang rendah dalam dua keluaran utama

Page 19: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

19

petroleum, iaitu petrol dan diesel. Oleh yang demikian,

tidak ada kemungkinan yang Kerajaan Negeri dapat

memungut purata RM200 juta melalui duti kastam seperti

tahun-tahun lalu. Walau bagaimanapun, untuk tahun

2000, hasil yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan

bagi menggantikan duti import dan eksais bagi barangan

petroleum masih lagi dikira sebagai hasil kastam. Pada

tahun 2001, hasil daripada kastam hanya terhad kepada

duti eksport bagi kayu balak dan hasil-hasil hutan sahaja.

Tuan Speaker,

28. Seperti yang dinyatakan sebentar tadi bahawa

anggaran hasil bagi tahun 2001 turun sebanyak 9.13

peratus, berbanding anggaran hasil disemak bagi tahun

2000. Kerajaan Negeri berharap yang tren penurunan

hasil negeri akibat daripada penurunan hasil hutan,

dapat diatasi menerusi Enakmen Cukai Jualan Negeri

Tahun 1998. Malangnya, pungutan cukai jualan daripada

minyak sawit mentah hanya dapat bertahan untuk suatu

tempoh yang sangat singkat akibat daripada faktor-faktor

di luar kawalan Kerajaan. Sebagaimana yang telah

ditetapkan, cukai jualan sebanyak RM50.0 untuk seton

metrik akan hanya dipungut apabila harga pasaran minyak

sawit mentah mencapai RM1,000 seton metrik. Bermula

Page 20: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

20

pada bulan Julai tahun ini, cukai jualan ini tidak dapat

dilakukan kerana harga pasaran jatuh di bawah paras

RM1,000 seton metrik. Oleh itu, selain daripada RM60

juta yang telah dipungut, sasaran pungutan sehingga

pada penghujung tahun ini sukar dicapai. Dipercayai yang

keadaan ini akan berterusan kerana terdapat stok yang

tinggi, diikuti dengan pertambahan pengelauran dan

penurunan permintaan eksport. Oleh yang demikian

hanya tanda peruntukan sebanyak RM10.0 dicatatkan

untuk item ini pada tahun hadapan.

29. Dijangka yang Kerajaan Pusat akan menjadi

penyumbang hasil terbesar sebanyak RM344.29 juta atau

27.8 peratus bagi anggaran hasil tahun 2001. Dibawah

kelas hasil ini, satu item baru telah diperkenalkan.

Kerajaan Negeri telah meminta pampasan tahunan yang

kekal untuk menggantikan kehilangan hasil daripada duti

import dan eksais bagi barangan petroleum bermula

daripada RM200 juta. Untuk tahun 2001, adalah dijangka

Kerajaan Persekutuan akan membuat pembayaran

berjumlah RM250.0 juta sebagai pampasan. Manakala

baki sebanyak RM94.29 juta di bawah kelas ini akan

merangkumi sumbangan tahunan biasa daripada

Kerajaan Persekutuan seperti Pemberian Mengikut Kiraan

Kepala, Pemberian Khas, Pemberian Pertambahan Hasil;

Page 21: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

21

Pemberian Bagi Membiayai Perbelanjaan Pengurusan

bagi Jabatan-jabatan di Bawah Senarai Bersama dan

sebagainya.

30. Hasil daripada tanah dan hutan menjadi

penyumbang kedua terbesar kepada hasil negeri tahun

2001 dengan anggaran sebanyak RM241.03 juta bagi

tanah dan RM241.25 juta bagi hutan. Hasil tahunan

daripada tanah telah bertambah baik sejak tahun 1997.

Untuk tahun 2000, pungutan dijangka melebihi RM200

juta mencapai hasil disemak yang dianggarkan sebanyak

RM241.1 juta. Jumlah ini menunjukkan peningkatan

sebanyak 105 peratus berbanding dengan pungutan hasil

tanah yang sebenar bagi tahun 1999 dengan jumlah

RM117.43 juta. Adalah diharapkan yang momentum ini

dapat dikekalkan dengan adanya kerjasama daripada

orang awam bagi mencapai anggaran hasil tanah

RM241.03 juta pada tahun 2001.

Tuan Speaker,

31. Hasil hutan bagi tahun 2001 dianggarkan berjumlah

RM241.25 juta. Jumlah ini berkurangan sebanyak 19.50

peratus berbanding dengan anggaran hasil disemak bagi

tahun 2000 yang berjumlah RM300.00 juta. Ini adalah

Page 22: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

22

kerana rancangan pembalakan telah dikurangkan

daripada 3 juta meter padu dalam tahun 2000 kepada 2.4

juta meter padu sahaja dalam tahun 2001. Justeru, royalti

balak dijangka lebih rendah, iaitu dianggarkan sebanyak

RM161.84 juta pada tahun 2001 berbanding dengan

anggaran disemak bagi tahun 2000 yang berjumlah

RM267.01 juta. Sehubungan dengan ini, keadaan industri

pembalakan masakini jauh berbeza daripada dahulu di

mana Sabah pada ketika itu amat kaya dengan sumber

perhutanan. Pada tahun 1978 dan 1987 pembalakan

telah dibuat secara berleluasa hingga mencapai tahap

pengeluaran yang paling tertinggi, iaitu masing-masing

pada 13.28 juta padu meter dengan pungutan hasil

sebanyak RM510.30 juta dan 12.0 juta padu meter

dengan hasil sebanyak RM1,000.70 juta. Keghairahan

membalak pada masa itu gagal mengambilkira keperluan

perancangan masa depan, maka masalah kekurangan

kemudahan asas infrastruktur amat dirasai sekarang ini.

Walau bagaimanapun, Jabatan Perhutanan meramalkan

hasil yang lebih tinggi bagi dua item yang lain, iaitu

premium bagi balak bulat dan yuran bagi pemuliharaan

hutan yang masing-masing berjumlah RM60.77 juta dan

RM10.129 juta. Hasil daripada premium bagi balak bulat

dianggarkan lebih tinggi pada tahun 2001. Ini adalah

kerana Yayasan Sabah yang bertanggungjawab

Page 23: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

23

menghasilkan 50 peratus daripada pengeluaran balak

tidak diberi pengecualian daripada pembayaran premium.

Berikutan dengan kelulusan Kerajaan Negeri bagi

Pembangunan Perladangan Pokok Perindustrian

(Industrial Tree Plantation) ITP, pungutan hasil daripada

yuran pemuliharaan hutan dijangka akan meningkat.

Tuan Speaker,

32. Hasil daripada royalti minyak adalah dianggarkan

berjumlah RM134.59 juta atau 10.88 peratus daripada

jumlah hasil negeri bagi tahun 2001. Harga bagi

petroleum mentah telah meningkat ke tahap yang paling

tinggi pada tahun ini. Ini membolehkan hasil daripada

item ini disemak lebih tinggi, iaitu daripada RM109.350

juta kepada RM170.00 juta bagi tahun 2000. Terdapat

rancangan bahawa negara-negara OPEC dan Amerika

Syarikat bersedia untuk menambah pengeluaran minyak

bagi menstabilkan pasaran antarabangsa agar harga

petroleum mentah turun kepada tahap yang lebih

munasabah pada tahun hadapan. Dengan keadaan ini,

jumlah pungutan hasil yang rendah dengan jumlah

RM134.59 juta adalah dijangka pada tahun hadapan.

Tuan Speaker,

Page 24: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

24

33. Hasil daripada penjualan air merupakan item yang

penting dalam menyumbang hasil kepada Kerajaan

Negeri. Bagi tahun 2001, hasilnya dianggarkan sebanyak

RM80.7 juta. Jumlah ini meningkat sebanyak 32.8

peratus berbanding anggaran disemak bagi tahun 2000

yang berjumlah RM60.77 juta. Kerajaan Negeri telah

menyediakan segala kemudahan untuk membolehkan

Jabatan Air bertindak dengan lebih efisyen dan efektif

dalam pemungutan hasil daripada jualan air.

Penyemakan ke atas undang-undang dan peraturan

berhubung dengan perkara-perkara air sedang dalam

proses pelaksanaan, yang akan memberikan penekanan

ke atas penguatkuasaan bagi mengawal kehilangan hasil

air. Orang ramai diseru supaya menyelesaikan

pembayaran bil air dan mengelak daripada

penyambungan air secara haram, kerana ini merupakan

tindakan yang jelas menyalahi undang-undang.

34. Selain itu, hasil berasaskan “pungutan, dividen dan

faedah” dijangka dapat memberikan sumbangan

sebanyak RM69.81 juta. Ini menunjukkan penurunan

sedikit, sebanyak 3.26 peratus berbanding dengan jumlah

yang disemak sebanyak RM72.16 juta pada tahun 2000;

iaitu kesan daripada penurunan hasil faedah akibat

Page 25: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

25

penurunan pinjaman kepada agensi-agensi awam. Oleh

kerana kadar faedah di pasaran untuk deposit adalah

rendah dan dijangka kekal pada tahun hadapan, maka

hasil daripada baki tunai dan deposit Kerajaan Negeri

tidak banyak berubah.

35. Pada tahun lalu Kerajaan Negeri telah

mengumumkan pengenaan cukai jualan bagi jualan tiket

loteri. Jangkaan pungutan sebanyak RM45 juta daripada

cukai jualan ini diramalkan dapat dicapai dan dengan yang

demikian anggaran disemak untuk tahun ini dikekalkan

pada RM45 juta. Adalah dijangka jumlah yang sama

akan diperolehi pada tahun 2001.

36. Item hasil yang lain bagi tahun hadapan merangkumi

Lesen dan Hasil Dalaman sebanyak RM2.66 juta.

Kutipan hasil daripada Perkhidmatan Kerajaan yang

tertentu sebanyak RM1.82 juta, Keretapi RM1.20 juta,

Sewa bagi Bangunan Kerajaan RM18.99 juta, Pelabuhan

dan Dermaga RM1.59 juta dan Pelbagai RM53.81 juta.

Perbelanjaan Perbekalan

Tuan Speaker,

Page 26: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

26

37. Anggaran Perbelanjaan Perbekalan yang

dicadangkan bagi tahun 2001 sejumlah RM1,236.13 juta

adalah menurun sebanyak 8.77 peratus berbanding

dengan anggaran disemak RM1,355.03 juta bagi tahun

2000. Daripada jumlah ini sebanyak RM406.65 juta

adalah untuk emolumen, RM361.38 juta disediakan untuk

Perbelanjaan Berulang dengan sebanyak RM468.10 juta

untuk Perbelanjaan Khas. Peruntukan untuk emolumen

sebanyak RM406.65 juta menunjukkan pertambahan

sebanyak RM27.12 juta atau 7.14 peratus. Pertambahan

ini mengambilkira kenaikan 10 peratus gaji bagi

anggota-anggota perkhidmatan awam dan juga kenaikan

gaji biasa. Seterusnya, peruntukan sebanyak RM361.38

juta adalah untuk Perbelanjaan Berulang, menunjukkan

pengurangan kecil sebanyak 0.98 peratus dibandingkan

dengan anggaran yang disemak sejumlah RM364.99 juta

pada tahun 2000. Manakala Perbelanjaan Khas adalah

sebanyak RM468.10 juta, termasuk caruman kepada

Kumpulan Wang Amanah serta urusan-urusan lain untuk

kepentingan awam.

Tuan Speaker,

38. Anggaran yang dicadangkan bagi perbelanjaan

pengurusan untuk Kementerian Kewangan bagi tahun

Page 27: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

27

2001, adalah sebanyak RM295.83 juta. Daripada jumlah

ini sebanyak 55.09 peratus adalah untuk sumbangan

kepada Kumpulan Wang Berkanun, iaitu sebanyak

RM150.00 juta dicarum kepada Kumpulan Wang

Pembangunan dan RM13.00 juta kepada Kumpulan Wang

Pinjaman. Sejumlah RM109.55 juta lagi diperuntukkan

kepada Perbelanjaan Am Perbendaharaan.

Perbelanjaan-perbelanjaan ini termasuklah pelaburan

ekuiti dalam Sabah Electricity Sdn. Bhd., sebanyak

RM35.00 juta, dan penyewaan kenderaan swasta

RM15.00 juta. Manakala sejumlah RM23.27 juta

disediakan untuk membiayai keperluan perbelanjaan

pengurusan bagi Kementerian Kewangan, Jabatan

Bendahari Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Komputer.

Kerajaan Negeri juga akan terus menyediakan peruntukan

kepada badan-badan keagamaan bukan Islam dan

bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah. Perlu

dinyatakan di sini bahawa walaupun hasil negeri terhad,

namun rancangan pelaksanaan program-program

pembangunan akan dapat diteruskan; melalui pembiayaan

daripada sumbangan khas Persekutuan dan kemudahan-

kemudahan pinjaman. Penggunaan sumber kewangan ini

akan diuruskan berasaskan keutamaan, khususnya untuk

pembangunan infrastruktur ekonomi.

Page 28: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

28

39. Jabatan Ketua Menteri yang meliputi, antara lain,

tanggungjawab yang penting, ke atas Perhutanan, Tanah

dan Ukur, Perkhidmatan Awam Negeri, Pengajian Tinggi,

Pencetakan, Hal Ehwal Agama Islam, Perhubungan

Negeri dan Hal Ehwal Keselamatan Negeri, diperuntukkan

sebanyak RM224.49 juta. Sebahagian besar daripada

peruntukan ini untuk membiayai kos operasi bagi Jabatan

Ketua Menteri sebanyak RM41.60 juta; RM50.63 juta

adalah untuk Jabatan Perhutanan; RM45.62 juta untuk

Jabatan Tanah dan Ukur, sebanyak RM43.52 juta

disediakan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri

Sabah dan seterusnya RM33.17 juta untuk Jabatan

Perkhidmatan Awam Negeri untuk menguruskan

perolehan tenaga mahir melalui pengajian tinggi dengan

pemberian biasiswa di samping menerajui program

‘reinventing government’ (RG) dalam sektor Awam.

40. Kementerian Pembangunan Infrastruktur yang

merangkumi beberapa buah Jabatan seperti Jabatan

Kerja Raya, Jabatan Air, Jabatan Keretapi, Jabatan

Pelabuhan dan Dermaga diperuntukkan sebanyak

RM328.39 juta untuk tahun 2001. Daripada jumlah ini,

sebanyak RM156.02 juta diperuntukkan kepada Jabatan

Air, RM148.83 juta untuk Jabatan Kerja Raya, RM10.46

juta untuk Jabatan Pelabuhan dan Dermaga; RM10.16

Page 29: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

29

juta untuk Jabatan Keretapi Negeri dan baki sebanyak

RM2.91 juta untuk perbelanjan pejabat Kementerian

berkenaan.

41. Kementerian Pembangunan Pertanian dan Industri

Pemakanan berserta beberapa Jabatan dan Agensi di

bawahnya akan diperuntukkan sebanyak RM126.65 juta.

Daripada jumlah ini sebanyak RM43.41 juta disediakan

untuk Jabatan Pengairan dan Saliran, RM9.62 juta untuk

Jabatan Perikanan, RM15.10 juta untuk Jabatan

Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, RM40.18

juta lagi untuk Jabatan Pertanian dan RM18.33 juta untuk

empat buah agensi di bawahnya termasuk pejabat

Kementerian berkenaan. Adalah diharapkan agar dasar

pertanian negeri Sabah dapat berjalan dengan lebih

berkesan untuk mencapai matlamatnya, khususnya dalam

penghasilan produk-produk pertanian yang strategik ke

arah pengurangan import bahan makanan.

42. Sebanyak RM33.01 juta dicadangkan bagi

perbelanjaan pengurusan untuk Kementerian

Pembangunan Pelancongan, Alam Sekitar, Sains dan

Teknologi. Peruntukan ini bertambah sebanyak 9.34

peratus berbanding dengan peruntukan disemak

sebanyak RM30.19 juta pada tahun ini. Dengan kekayaan

Page 30: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

30

alam semula jadi yang merangkumi warisan budaya dan

sumber alam sekitar, yang berpotensi melahirkan produk

baru negeri yang membanggakan, adalah diharapkan

Kementerian berkenaan akan dapat terus meransang

perkembangan sektor pelancongan dan industri

perkhidmatan di negeri ini. Selain daripada itu, negeri

Sabah kini tersenarai oleh para ahli sains sebagai salah

satu destinasi di dunia yang mempunyai khazanah

sumber alam dengan kepelbagaian biologi yang amat

unik. Dengan kecemerlangan pengurusan alam sekitar

yang diberikan keutamaan oleh Kerajaan, ini dapat

menjamin pembangunan dan penggunaan sumber-

sumber alam diurus secara lestari dan seimbang dengan

keperluan perlindungan dan konservasi alam sekitar.

43. Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal

Ehwal Pengguna dijangka menerima peruntukan

sebanyak RM75.07 juta, untuk meneruskan agenda sosial

sejajar dengan dasar masyarakat penyayang. Manakala

sejumlah RM35.57 juta diperuntukkan kepada

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Adalah diharapkan agar Kementerian ini dapat

memainkan peranannya untuk memastikan Kuasa-kuasa

Tempatan di bawah kawalannya dapat mengukuhkan

kedudukan kewangan masing-masing tanpa

Page 31: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

31

mengharpakan pemberian daripada Kerajaan di

sepanjang masa dalam melaksanakan urusan dan

tanggungjawab mereka.

44. Kemajuan sukan dan pembangunan belia adalah

penting dalam pembangunan masyarakat yang

berdisiplin, sama seperti bidang-bidang pengurusan lain

dalam latihan kepimpinan dan bukannya untuk kesihatan

tubuh-badan semata-mata. Dengan ini sebanyak

RM22.92 juta adalah diperuntukkan untuk tahun hadapan.

Program-program belia yang dinamik akan dapat

membendung kegiatan-kegiatan yang tidak sihat yang

boleh mengancam perkembangan mental di peringkat

usia remaja. Dengan peningkatan peruntukan kepada

Kementerian berkenaan adalah diharapkan juga agar

persediaan awal atlit-atlit negeri akan berjaya

membuahkan hasil untuk merangkul Kejohanan SUKMA,

di mana Sabah akan menjadi tuan rumah pada tahun

2002. Sekaligus program ini dapat memberikan manfaat

kepada kegiatan pelancongan domestik.

Tuan Speaker,

45. Kementerian Pembangunan Perindustrian beserta

Jabatan di bawahnya akan mendapat peruntukan

Page 32: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

32

pengurusan sebanyak RM4.71 juta. Manakala sebanyak

RM43.87 juta diperuntukkan kepada Kementerian

pembangunan Luar Bandar dan Keusahawanan agar

Kementerian ini dapat terus memain peranan

membangunkan ekonomi luar bandar, mewujud peluang-

peluang pekerjaan dan perniagaan, sekaligus

membanteras masalah kemiskinan. Jumlah ini termasuk

perbelanjaan pengurusan bagi semua daerah penuh dan

daerah kecil. Sebagai usaha untuk meningkatkan

kesedaran kepada masyarakat luar bandar berhubung

dengan teknologi maklumat dan komunikasi, Kerajaan

akan menyediakan peruntukan untuk program ‘internet’

bergerak pada tahun hadapan. Sementara itu

Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan

Teknologi Maklumat dan agensi di bawahnya akan

menerima sebanyak RM17.01 juta bagi membolehkan

Kementrian ini menampung perbelanjaan bagi latihan

kakitangan awam, program penempatan pekerjaan dan

aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan

dalam tenaga mahir dalam bidang yang diperlukan.

Sebanyak RM14.27 juta lagi akan disediakan bagi

memenuhi perbelanjaan Yang di-Pertua Negeri, Dewan

Undangan Negeri, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Negeri, Jabatan Peguam Besar Negeri dan Jabatan

Kehakiman Syariah Negeri.

Page 33: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

33

Tuan Speaker,

46. Walaupun peringatan demi peringatan diberikan

melalui setiap dasar belanjawan, masih terdapat

kelemahan di kalangan sesetengah pegawai pengawal

dan juga di agensi-agensi Kerajaan dari segi disiplin

mematuhi peraturan kewangan dan pengawalan

penggunaan wang awam. Misalnya, keabaian

tanggungjawab ke atas kawalan penggunaan kenderaan

Kerajaan telah mengakibatkan Kerajaan menanggung

kos penyelenggaraan yang tinggi setiap tahun. Setiap

pengguna kenderana Kerajaan sepatutnya memelihara

kenderaan berkenaan sama seperti harta sendiri, iaitu

lebih cermat dan jimat. Demikian juga dalam mengawal

perbelanjaan bagi peralatan lain. Anggota-anggota awam

hendaklah meningkatkan keutuhan menerusi disiplin

kewangan, agar menjadi kebanggaan kepada

perkhidmatan awam dan seterusnya meyakinkan orang

awam.

Peranan Agensi-Agensi Awam

Tuan Speaker,

Page 34: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

34

47. Kerajaan akan terus memberikan bantuan dan

galakan kepada sesetengah agensi-agensi awam yang

mendokong projek sosio-ekonomi. Sebanyak RM49.5 juta

diperuntukkan bagi tahun 2001. Jumlah ini bertambah

sebanyak 3.34 peratus berbanding dengan tahun ini, iaitu

sebnayak RM47.9 juta. Walau bagaimanapun kita perlu

mengadakan perubahan dari segi pendekatan.

Penglibatan sektor swasta yang lebih aktif dalam

menyediakan beberapa kemudahan dan perkhidmatan

yang sama menimbulkan masalah pertindihan dan

penggunaan sumber yang tidak efisyen. Cadangan

penyerapan kegiatan Yayasan Usaha Maju (YUM) ke

dalam Perbadanan Pinjaman Sabah pada tahun

hadapan akan memanfaatkan kedua-dua agensi dan

seterusnya, memantapkan kemudahan pinjaman mikro

bagi masyarakat luar bandar sejajar dengan dasar

masyarakat penyayang. Dasar ini akan terus memandu

proses penyatuan (consolidation) ke atas agensi-agensi

awam yang lain pada masa akan datang. Sehingga

penghujung tahun 1999 bayaran balik yang tertunggak

atas pinjaman negeri yang belum diselesaikan oleh

agensi-agensi awam ialah RM1.15 billion. Jumlah ini

amatlah tidak munasabah untuk terus dibiarkan. Justeru,

penstrukturan ke atas ekuiti dan hutang agensi-agensi

awam ini akan juga dilakukan untuk membolehkan

Page 35: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

35

mereka terus berfungsi dan dalam entiti baru. Kerajaan

yakin yang agensi-agensi awam ini berperanan untuk

menggerakkan kegiatan ekonomi negeri.

Belanjawan Pembangunan 2001

Tuan Speaker,

48. Matlamat kembar ekonomi baru di bawah

Rancangan Malaysia Ketujuh (RMKe-7) akan diteruskan

di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), iaitu;

- mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dengan

kadar pertumbuhan yang tinggi; dan

- mengurangkan insiden kemiskinan dan

ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi

di antara kawasan bandar dengan kawasan luar

bandar.

49. Belanjawan Pembangunan tahun 2001 sewajarnya

memberikan penekanan kepada matlamat kembar

tersebut. Dalam pemilihan projek dan peruntukan dana

pembangunan, pelbagai strategi pembangunan telah

diambilkira, seperti berikut:

Page 36: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

36

- memperkukuh asas ekonomi dan menggalakkan

pelaburan asing;

- membangunkan infrastruktur dan kemudahan awam

di kawasan bandar dan luar bandar; dan

- memperbaiki taraf sosial dan kualiti hidup rakyat

terutama di kawasan luar bandar.

50. Secara khususnya, pembahagian peruntukan projek

dalam anggaran perbelanjaan pembangunan tahun 2001,

adalah berdasarkan kriteria berikut:

- keutamaan diberikan kepada projek sambungan dan

projek baru yang sedia dilaksanakan;

- projek berupaya menambah hasil Kerajaan dan

keuntungan dari segi pertukaran wang asing;

- projek infrastruktur yang menyumbang kepda

pertumbuhan di kawasan bandar dan luar bandar;

- program untuk membasmi kemiskinan; dan

- program/projek untuk membantu membangunkan

dan menggalakkan penyertaan bumiputera dan

wanita dalam pelbagai sektor ekonomi.

51. Di sepanjang pelaksanaan RMKe-7 dengan siling

peruntukan sebanyak RM3,242.59 juta, yang melibatkan

sejumlah 1,182 projek pembangunan, sebanyak

Page 37: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

37

RM1,844.20 juta atau 56.87 peratus telah dibelanjakan

bagi empat tahun pertama tempoh tersebut. Daripada

jumlah projek itu 489 telah siap dilaksanakan manakala

381 sedang dalam tahap pelaksanaan dan 312 masih

dalam perancangan pelaksanaan. Bagi RMKe-8 siling

yang diluluskan ialah sebanyak RM3,754.77 juta. Jumlah

ini merupakan pertambahan sebanyak 15.79 peratus

daripada jumlah siling bagi RMKe-7, yang melibatkan

1,184 projek pembangunan, terdiri daripada 381 projek

sambungan dan 803 projek baru.

52. Dengan ini sejumlah RM516.59 juta telah

dicadangkan untuk peruntukan pembangunan tahun 2001.

Pada tahun pertama RMKe-8 jumlah ini adalah dikira

sederhana mengikut kapasiti pelaksanaan. Dari jumlah

ini, RM275.96 juta atau 53.42 peratus diperuntukkan untuk

projek sambungan, dan RM240.63 juta atau 46.58 peratus

untuk projek baru. Pengagihan bagi jumlah peruntukan

yang dicadangkan bagi sektor-sektor adalah seperti

berikut:

RM(Juta) %

Ekonomi 322.49 62.4

Sosial 153.47 29.7

Page 38: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

38

Utiliti Pentadbiran 40.63 7.9

53. Daripada RM240.63 juta yang dicadangkan untuk

projek baru pada tahun 2001, RM143.91 juta atau 59.81

peratus adalah untuk sektor ekonomi, RM90.59 juta atau

37.65 peratus untuk sosial dan RM6.13 juta atau 2.54

peratus untuk pentadbiran. Untuk sektor ekonomi

sebanyak RM75.32 juta telah diperuntukkan untuk

Pertanian dan Pembangunan Tanah dan RM37.59 juta

untuk kemudahan-kemudahan infrastruktur awam. Di

antara komponen terbesar di bawah sektor sosial

RM41.00 juta adalah untuk pembangunan masyarakat

dan luar bandar, RM30.00 juta untuk kemudahan

pembangunan infrastruktur sukan dan RM16.70 juta untuk

pembangunan bandar dan perumahan awam. Sektor

perindustrian amat penting bagi pertumbuhan negeri.

Peruntukan sebanyak RM5.94 juta yang disediakan untuk

sektor ini akan ditokok tambah melalui sumber pinjaman

sejajar dengan pendekatan baru.

54. Saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini

bahawa dengan jumlah peruntukan yang dicadangkan,

Kerajaan akan terus memastikan agar perancangan

perlaksanaan program-program utama dalam agenda

pembangunan dapat berjalan dengan lancar.

Page 39: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

39

Tuan Speaker,

55. Saya dengan penuh rasa yakin memaklumkan

bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan

sumbangan kepada Kerajaan Negeri seperti yang

dilakukan pada tahun-tahun lalu. Berdasarkan

Belanjawan Negara yang dibentangkan pada 27

Oktober baru-baru ini, sumbangan yang dikhaskan

untuk projek-projek pembangunan adalah berjumlah

sebanyak RM111.81 juta bagi tahun hadapan, iaitu

RM34.06 juta untuk imbuhan balik persekutuan dan

sebanyak RM77.76 juta sebagai pinjaman. Pembiayaan

menerusi imbuhan balik persekutuan merangkumi projek-

projek di bawah Jabatan-jabatan, iaitu Pengairan dan

Saliran RM12.54 juta, Pertanian RM14.24 juta dan

Perkhidmatan Haiwan RM7.28 juta. Manakala pinjaman

persekutuan adalah terdiri daripada projek KKIP

RM30.00 juta, pembangunan perumahan kos rendah

RM0.76 juta, sukan RM10.00 juta dan bekalan air

sebanyak RM37.00 juta.

56. Di samping itu program-program seperti jalanraya,

bekalan air, bekalan elektrik luar bandar dan lain-lain

kemudahan-kemudahan infrastruktur awam akan terus

Page 40: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

40

dinikmati oleh rakyat di negeri ini. Peruntukan sebanyak

RM609.34 juta di bawah pengendalian Kerajaan

Persekutuan telah disediakan untuk maksud tersebut.

Sumbangan sedemikian besar membuktikan bahawa

rancangan pembangunan negeri ini sentiasa mendapat

perhatian yang wajar daripada pihak Kerajaan Pusat. Ini

juga menandakan kesanggupan serta keprihatinan

Kerajaan Pusat dalam pembangunan sosio-ekonomi yang

diperlukan oleh rakyat di negeri ini. Justeru, saya bagi

pihak Kerajaan Negeri merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada kepimpinan Kerajaan Pusat atas

sokongan moral dan kewangan yang berterusan.

Penutup

Tuan Speaker,

57. Betapa peri mustahaknya untuk kita memberikan

perhatian yang serius terhadap kesan belanjawan ke atas

prestasi ekonomi negeri dan peruntukan sumber dan cara

penggunaan sumber, oleh kerana untuk melangkah ke

RMKe-8, kita mahu menggelak daripada melakukan

sebarang kesilapan dalam membuat keputusan yang

boleh menjejaskan kepentingan rakyat dan negeri ini. Kita

perlu mempastikan penyelarasan yang licin di antara

Page 41: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

41

perancangan dan ketetapan dasar dengan proses

pelaksanaan dan pengurusan belanjawan. Perlu disedari

bahawa prestasi ekonomi adalah dipengaruhi oleh

elemen-elemen berisiko luaran, ditambah dengan

ketidakpastian ekonomi dunia dan sistem kewangan yang

di luar kawalan Kerajaan. Pengalaman daripada krisis

kewangan di Asia pada tahun 1997 hingga 1998

mengingatkan kita semua bahawa krisis kewangan

mungkin akan berulang tanpa dapat diduga, lebih-lebih

lagi dalam era ini, iaitu era teknologi maklumat dan

komunikasi tanpa sempadan. Di samping itu, virus

komputer yang lebih berbahaya boleh muncul dan

memusnahkan kekayaan kebanyakan negara dalam masa

yang singkat. Dalam hubungan ini, berdasarkan

pengalaman krisis kewangan yang baru berlalu, adalah

penting untuk kita memiliki agenda ekonomi sendiri dan

lebih berdikari (self-reliance) serta mempunyai kekuatan

yang mampu bertahan daripada kesan-kesan negatif

ekonomi ‘baru’ yang berisiko tinggi. Dengan yang

demikian, struktur ekonomi semasa yang kita miliki

sekarang ini perlu segera diubahsuai supaya

berorientasikan ilmu-pengetahuan, semoga kita boleh

bersaing dan dapat meneruskan agenda kita dengan lebih

berwibawa dan mampan di tengah-tengah gelombang

globalisasi dunia baru.

Page 42: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

42

58. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita yang berada dalam

Dewan ini merupakan pemegang amanah rakyat, tempat

rakyat mengadu tentang kesulitan yang mereka hadapi

dalam hidup seharian dan menuntut pembelaan.

59. Dengan demikian kita bertanggungjawab untuk

memastikan pengurusan negeri dan pengendalian proses

pembangunan berjalan dengan lancar dan efisyen serta

mengelak daripada melakukan kesilapan yang

mengakibatkan pembaziran sumber dan tenaga negeri.

60. Kini kita seharusnyalah menjadi lebih matang dalam

menghadapi apa juga isu dan cabaran semasa, sama ada

di peringkat negeri, nasional atau global. Selain itu, kita

juga harus lebih bijaksana dan rasional dalam menangani

apa juga isu semasa yang boleh menggugat perpaduan

di kalangan rakyat di negeri ini. Perpaduan amat penting

sebagai paksi pembinaan tamadun bangsa ke arah masa

depan negeri dan negara yang lebih cemerlang agar kita

berjaya merealisasikan wawasan negeri dan negara maju

menjelang tahun 2020.

61. Saya yakin bahawa dengan sokongan daripada

rakyat dan semua pihak yang terlibat terutamanya Ahli-

Page 43: UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2001 OLEH Y.A.B. DATUK … filePADA HARI JUMAAT, 3 NOVEMBER 2000 Tuan Speaker, Dengan penuh hormat, saya mohon membentangkan Belanjawan Negeri bagi Tahun 2001

43

ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai Kerajaan, para

pengusaha dan ahli perniagaan di sektor swasta serta

para pemimpin masyarakat di segenap lapisan. Kita boleh

membawa negeri Sabah ke tahap yang lebih cemerlang.

Tuan Speaker, saya memohon mencadangkan.