tutorial m12 rbt

11
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI RBT 3173 E Nama : Hemaneswary A/P Rethnam Lishalini A/P Rajandran Unit : N4 Nama Pensyarah : Pn.Siti Khamariah Binti Rizuwan

Upload: lishalini-rajandran

Post on 05-Nov-2015

235 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI RBT 3117 E

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGIRBT 3173 ENama : Hemaneswary A/P Rethnam Lishalini A/P RajandranUnit : N4Nama Pensyarah: Pn.Siti Khamariah Binti RizuwanTUROTIAL MINGGU 12Kaedah dan teknik pengajaran pemusatan guruSyarahan / KuliahDemonstrasi / Tunjuk caraBerceritaSyarahan / KuliahMenurut Atan Long (1980), guru dianggap sebagai individu yang mengetahui segala-galanya dan pelajar sebagai individu yang tidak mengetahui apa-apa.Kuliahmelibatkanpendedahanformal berterusanatauperbincangan mengenaibeberapa topikoleh guru.Keberkesanannyabanyak bergantung kepada penerangan, penstrukturan,persembahangayagurudanpenggunaan alat bantu mengajar.Kuliah atau syarahan adalah proses pengajaran dengan memberi penjelasan subjek secara lisan apa yang akan diajar.Syarahan sering diiringi oleh alat bantuan visual untuk membantu murid menggambarkan objek atau masalah. Kuliah adalah pembentangan lisan bertujuan untuk menyampaikan maklumat atau mengajar orang ramai mengenai subjek tertentuKuliah adalah sebagai satu cara yang cepat, mudah dan berkesan dalam bidang akademik untuk menyampaikan pengetahuan tertentu kepada sejumlah besar murid.Melalui kaedah ini, pelajar mendengar pengajaran guru, mencatat nota dan memikir semula isi pengajaran selepas pengajaran.Dari aspek guru pula, guru hanya berperanan sebagai fasilitator sahaja. Dalam kaedah ini, sesi perbincangan tidak dijalankan sewaktu pengajaran.

Demonstrasi / Tunjuk CaraPerbezaan yang ketara ialah syarahan memerlukan pelajarpelajar mendengar manakala demonstrasi pula memerlukan pelajarpelajar memerhati.Demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Dalam proses demonstrasi, terdapat komunikasi lisan yang langsung tentang sesuatu maklumat daripada guru kepada pelajar. Ia juga melibatkan pendekatan visual untuk memerhatikan proses, maklumat atau idea.Biasanya ia adalah interaktif kerana guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam persekitaran pembelajaran kolaboratif.

Demonstrasi membolehkan pelajar melihat perkara sebenar dan melihat bagaimana ia berfungsi. Terdapat jenis tunjuk cara semata-matanya, demonstrasi dengan komentar atau demonstrasi yang melibatkan pelajar. Bagi aktiviti yang melibatkan ramai pelajar, demonstrasi menyediakan model atau contoh-contoh perlakuan dan membina jangkaan-jangkaan dilakukan. Misalnya untuk pengajaran tarian, lukisan, gimnastik dan menjalankan uji kaji.Demonstrasi boleh digunakan untuk menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara berkesan, menimbulkan minat dalam sesuatu topik, menyediakan model untuk kemahiran mengajar, dan mengubah kadar pembelajaran pelajar. Ingatan murid tentang langkah-langkah dapat diperkukuhkan dan murid lebih memahami pembelajaran yang dijalankan. Latihan amali dapat membina kemahiran murid dengan tepat dan kukuh. Dalam masa yang sama guru dapat membetulkan sebarang kesilapan yang berlaku, membina keyakinan murid dan mengelakkan sebarang permasalahan berlaku.Bercerita Bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula perkara-perkara atau, peristiwa-peristiwa, sama ada imaginasi, tradisi atau kisah benar. Strategi ini boleh meningkatkan minat dan membina apresiasi serta menikmati kesusasteraan. Ia dapat memperkayakan pengajian pelbagai bahasa, membekalkan pelbagai pengalaman, mengembangkan kemahiran mendengar dan memotivasikan pelajar untuk membaca.Guru boleh menggunakan pelbagai cara menyampaikan cerita dalam kelas antaranya seperti secara lisan, murid mendengar pita rakaman, boneka dan lain-lain.Terdapat beberapa persediaan sebelum, semasa dan selepas bercerita. Antaranya ialah seperti berikut:-

Persediaan sebelum sesi bercerita:Suasana yang selesa diperlukan. Sebaik-baiknya pelajar duduk dalam satu bulatan bersama orang yang bercerita.Sekiranya guru merupakan orang yang bercerita, beliau perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:Pastikan cerita itu boleh didengar dengan jelas oleh semua pelajar Pastikan semua pelajar boleh melihat guru, terutamanya bahagian muka dan tangannya Bercakap dengan kuat dan jelas berserta intonasi yang sesuai Sekiranya guru tidak mahu diganggu, ingatkan pelajar untuk bertanya atau membuat ulasan hanya selepas selesai bercerita Pelajar perlu memberi sepenuh perhatian sebelum guru mula bercerita.

Semasa sesi bercerita:Pelajar diberi peluang membuat catatan untuk perbincangan kemudiannya.Pastikan pelajar menumpukan perhatian.Orang yang bercerita perlu berkemahiran membuat kontak mata dengan pelajar seolah-seolah bercerita secara langsung dengan mereka.

Selepas sesi bercerita:Beri peluang kepada pelajar merumuskan cerita. Minta mereka berkongsi nilai-nilai yang telah dipelajari.

Sekian, Terima Kasih