cft 1032 m12 seni alat bunyian & hiasan manuskrip new

Upload: stylo-selva

Post on 10-Mar-2016

303 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

wertyuiop[

TRANSCRIPT

Seni Alat Bunyian Tradisional & Seni Hiasan Manuskrip

Seni Alat Bunyian Tradisional &Seni Hiasan ManuskripMinggu 12Seni Alat Bunyian TradisionalFungsi utama sebagai alat hiburan namun digunakan juga sebagai: -alat penyebar maklumat-lambang budaya bangsa -alat ritual utk menghubungkan manusia dgn alam luar biasa (magis).

Lima kategori alat muzik Tradisional:IdiofonKordofonMembranofonErofon

Seni Alat Bunyian Tradisional1. Idiofon:Jenis-jenis alat yang mana suaranya dihasilkan secara spontan melalui kaedah laga, goyang dan ketukan mengikut keadaan dan bentuk semulajadi sesebuah alat itu.Terbahagi kepada:Knobeb Gong-Kumpulan Gong: Gong/Tetawak Anak dan Ibu, Gong Nobat, Bonang/ Keromong, Canang, Cak Lempong, Mong, Kempul, Kenong, Kesi

Slabed-type-Kumpulan berbilah diperbuat daripada perunggu, kuningan, besi, kayu dan buluh: Saron Demung, Slentem, Gambang Kayu, Gambang Buluh, Kertuk Kelapa/ Kayu, Cerik/ Kecerek, Keline/ Kelinang

Tubed-type-Kumpulan berpipa atau tabung diperbuat daripada buluh atau kayu : Angklung, Kertuk Buluh, Kertuk Kayu

Idiofon-Kumpulan berlesung diperbuat daripada kayu: Alu Bunyi, Tumbuk Kalang

Seni Alat Bunyian Tradisional (Idiofon)Knobeb Gong-Kumpulan Gong

Cak Lempong Gong Kenong

Seni Alat Bunyian Tradisional (Idiofon)Slabed-type-Kumpulan berbilah diperbuat daripada perunggu, kuningan, besi, kayu dan buluh

Saron Demong Kertuk Kelapa Kecerek

Seni Alat Bunyian Tradisional (Idiofon)Tubed-type-Kumpulan berpipa atau tabung diperbuat daripada buluh atau kayu

Angklung Kertuk Buluh Kertuk Kayu

Seni Alat Bunyian Tradisional (Idiofon)Kumpulan berlesung diperbuat daripada kayuAlu bunyi merupakan alunan muzik yang dilahirkan melalui kegiatan menumbuk padi.Alu sebagai alat untuk menumbuk yang bertindak sebagai perantara bunyi yang dilahirkan oleh lesung berkenaan.Namun bagi masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan, kesenian ini dikenali sebagai Tumbuk Kalang di mana beberapa pemain akan menumbuk lesung sambil menyanyi.

Lesung dan Alu

Seni Alat Bunyian Tradisional2. Kordofon

Jenis-jenis alat yang bunyinya dihasilkan daripada bahan tali yang diregangkanContoh instrumen kordofon: rebabgambus kecapi buluhsape

Seni Alat Bunyian Tradisional (Kordofon)Rebab

Gambus

Seni Alat Bunyian Tradisional (Kordofon)Kecapi BuluhSape

Seni Alat Bunyian Tradisional3. Membranofon -Bunyi yang dihasilkan dalam jenis instrumen ini adalah daripada bahan kulit yang diregangkan -Contoh: 1) Kumpulan gendang satu muka, beduk, rebana, gedombak, tar rodat, tabla2) Kumpulan gendang dua muka yang terdiri dari gendang ibu, gendang anak, gendang terinai, gendang gamelan, maruas, geduk Seni Alat Bunyian Tradisional (Membranofon)RebanaTabla Kompang

Seni Alat Bunyian Tradisional (Membranofon)Gendang ibu & gendang anak Gendang Gamelan Geduk

Seni Alat Bunyian Tradisional4. ErofonJenis alatan yang mana sumber bunyinya terhasil melalui peniupan atau hembusan angin.Contoh :Serunai, Seruling, Nafiri, Puling Tanah, Tetuan tanduk, Bangsi, Dedaun dan puput, Serunai daun kelapa, Pi/pi nai

Nafiri Serunai Seruling

Seni Alat Bunyian Tradisional (Erofon)BangsiSerunai Daun Kelapa Pi/pi Nai

Seni Hiasan ManuskripPengenalanPenemuan banyak batu-batu bersurat yang ditulis dalam Bahasa Melayu kuno dengan menggunakan skrip kawi menunjukkan bahawa masyarakat Melayu telah tahu membaca dan menulis lama sebelum kedatangan Islam lagi.Selepas kedatangan Islam, tulisan Jawi telah dicipta berdasarkan kepada skrip Arab-Parsi. Lantaran itu, mereka telah dapat melahirkan satu tradisi menyedakan bahan menulis dan membaca, sebahagian daripadanya adalah kesan daripada pengaruh tradisi Islam.

Seni Hiasan ManuskripSeni hiasan manuskrip ini dibahagikan kepada dua iaitu:1)Hiasan Illuminasi:Hiasan seni penulisan manuskrip diindahkan dengan lukisan yang dikenali sebagai iluminasi. Lukisan ini kebiasaaannya menggunakan motif pengaruh daripada alam flora dengan menggunakan warna merah, kuning, hijau dan biru. Illuminasi sering dilukis di kitab mawlid dan kitab-kitab agama yang terpilih. Ada juga hikayat dihias dengan iluminasi di muka surat depan.

2) Hiasan Illustrasi:Hiasan illustrasi adalah lukisan atau rajah yang di buat diatas manuskrip bagi tujuan menyampaikan atau menjelaskan sesuatu teks. Rajah tersebut termasuk ilmu tentang pertukangan keris, perubatan tradisi Melayu, tasauuf, azimat, tumbuhan dan herba Melayu dan lain-lain.

Seni Hiasan Manuskrip (Illuminasi)Kitab SembahyangDitulis oleh Lebai Daya pada malam Jumaat, bulan JamadilakhirKitab MawlidMuka surat depan mempunyai hiasan berbentuk kubah berwarna merah, biru dan kuning dan dihias dengan corak bermotif tumbuh-tumbuhan

Seni Hiasan Manuskrip (Illuminasi)Hikayat Hang TuahDisalin pada tahun 1282H. Muka surat 1 dan 2 dihias dengan lukisan lingkaran daun dan bunga berwarna merah, kuning, biru dan hijau yang memenuhi muka surat. Teks ditulis dalam ruang yang berbentuk berlian.Hikayat Pendawa LeburDisalin pada awal abad ke-19. Muka surat 1 dan 2 dihias dengan lukisan bunga dan daun berwarna hijau, jingga, ungu dan hitam. Teks dituliis dalam bingkai kecil di tengah taburan bunga.

Seni Hiasan Manuskrip (Illuminasi)Kitab MawlidIlluminasi di beberapa muka surat tertentu berbentuk kubah di bahagian atas. Ruang di kiri, kanan dan bawah dihias dengan lingkaran daun dan bunga berwarna merah, hijau, kuning, cokllat dan biru.Idah al-albab li murid al-nikah bi al-sawabDiterjemah oleh Syeikh Daud b.Abdullah Fatani pada tahun 1224H (1809H). Teks tertulis dalam bingkai yang beriluminasi garisan warna hitam, kuning dan coklat. Juga dihiasi dengan lukisan bintang dan dua garisan pendek yang menyerong dalam warna hijau dan merah jambu.

Seni Hiasan Manuskrip (Illuminasi)Aqidah al-AwwanHiasan bermotif tumbuh-tumbuhan dengan warna merah, kuning, hijau dan hitam mengelilingi teks di muka surat awalDalail al-khairatSebuah kitab selawat dihiasi dengan lukisan lingkaran daun di muka surat depan menggunakan dakwat hitam keseluruhannya.

Seni Hiasan Manuskrip (Illustrasi)Petua KerisManuskrip ini mengandungi gambar pelbagai jenis pamur keris dengan makna dan lambang yang pelbagai.Matn Umm al-BarahinMengandungi rajah lukisan yang berkaitan dengan tasawuf

Seni Hiasan Manuskrip (Illustrasi)AzimatManuskrip ini mempunyai ilustrasi seekor naga yang digunakan sebagai azimat.Kitab tibMemberi berbagai petua perubatan tradisional orang Melayu. Mengandungi ilustrasi bentuk badan manusia sebagai panduan mengubati penyakit.

Seni Hiasan Manuskrip(Illustrasi)

Seni Hiasan Manuskrip(Illustrasi)

Tugasan 2: CongkakMembuat rekabentuk sebuah congkak sama ada moden atau tradisional- full scale modelBoleh menggunakan sebarang bahan/ materialBoleh mengekalkan unsur-unsur tradisional congkak seperti ukiran dan bentuk-bentuk congkak Jika rekaan sendiri congkak mestilah kemas dan tidak mudah pecah

Report mesti asli tidak diplagiat, ditiru atau dihantar lewat dari minggu ke-10 Rujukan dan ulasan butiran rekaan congkak perlu dimasukkan ke dalam report, penghargaan tidak perluReport 10 halaman tidak termasuk halaman muka depan dan rujukan