tutorial dan jawapan

7
MUHAMMAD FAIS BIN ISMAIL SCE 3113 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS Tutorial dan jawapan: (1) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan ujian? (2) Apakah jenis-jenis kebolehpercayaan dalam pentaksiran? (3) Apakah jenis kebolehpercayaan dan kesahan yang perlu dipertimbangkan oleh guru? Jawapan: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan · Panjang pendek ujian itu boleh mempengaruhi keutuhan. Biasanya, semakin panjang ujian maka semakin tepat skornya kerana semakin kurang pergantungan kepada tekaan atau kebetulan. Demikian juga ujian yang bersifat objektif yang mempunyai keutuhan yang lebih tinggi kerana tidak terdedah kepada berbagai-bagai interpretasi. Ujian yang sah biasanya utuh, tetapi ujian yang utuh tidak semestinya sah. Skor yang konsisten tidak semestinya mengukur apa yang hendak diukur. Item-item ujian hanya merupakan sampel bagi bidang yang diuji . variasi dalam sampel mungkin terdapat dalam dua ujian yang setara bentuknya. Hal ini merupakan satu lagi punca ralat.Oleh kerana guru yang membina dan mentadbir ujian kepada murid-murid, maka perhubungan guru

Upload: pes10

Post on 09-Feb-2016

39 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

tutorial dan jawapan kursus

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial Dan Jawapan

MUHAMMAD FAIS BIN ISMAIL SCE 3113 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS

Tutorial dan jawapan:

(1) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan ujian?(2) Apakah jenis-jenis kebolehpercayaan dalam pentaksiran?(3) Apakah jenis kebolehpercayaan dan kesahan yang perlu dipertimbangkan oleh guru?

Jawapan:

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan

· Panjang pendek ujian itu boleh mempengaruhi keutuhan. Biasanya,

semakin panjang ujian maka semakin tepat skornya kerana semakin kurang

pergantungan kepada tekaan atau kebetulan. Demikian juga ujian yang bersifat

objektif yang mempunyai keutuhan yang lebih tinggi kerana tidak terdedah

kepada berbagai-bagai interpretasi. Ujian yang sah biasanya utuh, tetapi ujian

yang utuh tidak semestinya sah. Skor yang konsisten tidak semestinya

mengukur apa yang hendak diukur. Item-item ujian hanya merupakan sampel

bagi bidang yang diuji . variasi dalam sampel mungkin terdapat dalam dua ujian

yang setara bentuknya. Hal ini merupakan satu lagi punca ralat.Oleh kerana guru

yang membina dan mentadbir ujian kepada murid-murid, maka perhubungan

guru murid yang baik biasanya akan menambah keutuhan keputusannya.

Keadaan fizikal dan mental yang positif, azam dan motivasi, galakan guru,

kebiasaan dengan format ujian juaga akan memberi kesan yang positif terhadap

kebolehpercayaan.

Page 2: Tutorial Dan Jawapan

MUHAMMAD FAIS BIN ISMAIL SCE 3113 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS

Perbezaan skor mungkin timbul lantaran perbezaan cara ujian itu

ditadbirkan. Untuk meningkatkan kebolehpercayaan , arahan-arahan mestilah

tepat dan jelas. Murid-murid haruslah diberi masa yang cukup, terutama dalam

ujian daya (power test). Mereka mestilah diawasi dengan teliti semasa ujian.

Kadang-kadang kebolehpercayaan ditentukan dengan cara uji-ulang

(retest) . Sebarang manfaat yang didapati oleh murid-murid daripada ujian

pertama akan mengurangkan kebolehpercayaan. Contohnya dalam ulang uji

murid-murid mungkin lebih biasa dengan format , atau lebih faham dengan item-

item ujian. Oleh itu, mereka mendapat skor yang lebih tinggi. Hal ini

menunjukkan betapa perlunya penjelasan yang sempurna sebelum ujian

pertama dimulakan.

Keadaan persekitaran boleh mempengaruhi murid-murid dan skor

mereka. Persekitaran yang sesuai, seperti kerusi meja yang selesa , ruang dan

cahaya yang cukup , ventilasi yang baik, akan menambahkan kebolehpercayaan,

manakala keadaan hangar bingar, misalnya akan menganggu konsentrasi murid-

murid dan menjejaskan kebolehpercayaan ujian.Apabila sesuatu ujian itu bersifat

subjektif , biasanya markah yang diberi untuk jawapan yang sama adalah

berbeza mengikut pemeriksa, walaupun skim permarkahan ada disediakan.

Malahan, penilaian seseorang pemeriksa mungkin berubah mengikut

masa dan keadaan. Perkara ini tidak berlaku dalam ujian objektif, kerana semua

responnya adalah tepat. Mana-mana pemeriksa akan memberi markah yang

sama untuk respon yang sama. Oleh itu, keobjektifan merupakan satu syarat

bagi keutuhan.

Page 3: Tutorial Dan Jawapan

MUHAMMAD FAIS BIN ISMAIL SCE 3113 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS

1) Kestabilan/uji dan uji sekali lagi (test

retest)

2) Ujian bentuk setara (equivalence)

3) Kesetaraan dan kestabilan (equivalence

and stability.

5) Konsisten dalaman (internal

consistency )

6) Skorer (scorer)

Isu kesahan dan kebolehpercayaan adalah amat penting dalam pembinaan sesuatu

alat ukur sebelum boleh diguna pakai. Walaupun sesuatu alat ukur yang digunakan

telah pernah dipakai oleh penyelidik terdahulu, dan telah teruji kebolehpercayaan dan

keesahannya, namun alat ukur tersebut masih perlu diuji rintis semula kerana inferens

yang diperolehi hanya sesuai untuk tujuan dan sampel kajian tertentu sahaja.

a) Cara yang baik untuk meningkatkan dan memastikan kesahan sesuatu ujian

ialah dengan menyediakan blue print, atau rancangan persediaan yang dinamakan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). JSU ini dapat memastikan kesahan isi ujian yang akan

disediakan. Di mana dalam JSU guru hendaklah menetapkan tajuk-tajuk yang hendak

diuji, peringkat objektif mengikut Taksonomi Bloom atau Taksonomi yang

seumpamanya, bilangan soalan bagi tiap-tiap satu objektif dan tajuk.

Penentuan objektif pelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada

mata pelajaran, tajuk-tajuk yang diuji serta peringkat kebolehan murid- murid yang

menduduki ujian itu. Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami isi kandungan

tiap-tiap tajuk dalam sukatan pelajaran. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kami

Page 4: Tutorial Dan Jawapan

MUHAMMAD FAIS BIN ISMAIL SCE 3113 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS

telah membina satu JSU soalan peperiksaan mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5

sebelum membina set soalan berdasarkan JSU tersebut.

b) Cara yang ideal bagi meningkatkan kesahan ialah mencari korelasi di antara

ujian yang diberi sebelum calon-calon itu melalui pengalaman yang berkenaan dengan

perlakuan yang di dalam konteks kriteria pada akhir pengalaman itu. Kesahan ujian itu

boleh diterima jikalau didapati calon yang tinggi markah dalam ujian itu mencapai

prestasi yang dikehendaki di dalam kriteria itu, dan calon yang rendah markahnya tidak

menunjukkan prestasi di dalam kriteria itu.

Faktor pertama ialah keadaan tempat murid-murid itu mengambil ujian. Keadaan yang

tidak selesa menyebabkan murid-muird tidak dapat menjawab seperti yang selalu

ditunjukkan. Jika bilik itu bising dan panas umpamanya, murid tidak akan dapat

menjawab soalan dengan sebaik-sebaiknya. Jika murid itu tidak sihat ketika mengambil

ujian, maka jawapannya juga tidak sebaik yang dapat ditunjukkannya semasa dia di

dalam keadaan sihat. Oleh itu, guru haruslah memastikan yang keadaan tempat murid

itu semasa mengambil ujian adalah baik.

Faktor kedua ialah kejelasan yang terdapat pada arahan dan item-item ujian itu. Arahan

dan item-item yang kurang jelas boleh menimbulkan interpretasi yang berlainan

dariapada murid-murid. Oleh itu semasa menyediakan ujian ataupun penilaian, guru

seharusnya memastikan yang arahan dan item-item, sama ada dalam bentuk

kenyataan, gambar dan lain-lain lagi itu jelas.

Faktor ketiga berkait dengan panjangnya ujian ataupun penilaian itu. Ujian yang banyak

itemnya itu selalunya lebih stabil oleh kerana guru berpeluang menyoalnya beberapa

kali. Sebaliknya, ujian yang banyak item itu memakan masa yang panjang. Murid yang

Page 5: Tutorial Dan Jawapan

MUHAMMAD FAIS BIN ISMAIL SCE 3113 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS

rendah umurnya sudah tentu tidak dapat memberi tumpuan yang dikehendaki. Kita

sedia maklum bahawa tempoh masa yang dapat ditumpukan oleh murid terhadap

sesuatu itu berbeza. Walau bagaimanapun, murid di peringkat sekolah rendah

mempunyai tumpuan yang terhad. Mereka cepat jemu dan dengan itu tidak akan dapat

menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Bagi mengelakkan perkara ini daripada

berlaku, guru seharusnya menyediakan ujian yang tidak terlalu memakan masa yang

panjang. Guru juga boleh memenggalkan ujian guru untuk diberikan beberapa kali.

Faktor keempat ialah, pemeriksaan dan pemarkahan. Ujian objektif tidak menimbulkan

masalah. Tetapi ujian ataupun penilaian yang berkaitan dengan sikap, nilai dan juga

amali sukar diperiksa dan diberikan markah secara objektif. Masalah ini sering berlaku

di dalam ujian-ujian terbuka yang guru lakukan. Di dalam pemerhatian juga, guru dapati

yang pemarkahan sukar diberi dengan tepat. Bagi mengelakkan perkara-perkara ini,

guru harus menyediakan satu skim pemeriksaan dan pemarkahan yang jelas dan kita

patuhi pada skim ini apabila membuat pemeriksaan dan pemarkahan.

Faktor kelima dalam meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian ataupun

penilaian ialah dengan memberikan bilangan soalan yang berpatutan. Biasanya

semakin bertambah bilangan soalan, maka semakin tepat pencapaian murid itu kerana

bilangan soalan ditambah akan dapat mengurangkan peluang untuk murid meneka.