titahkkbs.gov.bn/muat turun penerbitan/canangjulai2021.pdf · 2021. 8. 18. · titah. 2 majlis...

16
1 Sehubungan itu, bagi kesejahteraan rakyat dan penduduk seumumnya pula, Beta telah memperkenankan Perintah Akta Pencen Umur Tua dan Elaun Kurang Upaya, (Pindaan) 2021 dan Perintah Orang Kurang Upaya, 2021 yang akan berkuatkuasa pada 1 haribulan Oktober 2021. Dengan pindaan ini, Pencen Umur Tua dan Elaun Kurang Upaya hanya akan diberikan kepada Rakyat dan Penduduk Tetap yang tidak mempunyai kewarganegaraan lain. Dengan pindaan ini juga akan memperkasa pencarian pekerjaan di samping memperkenalkan Elaun Penyedia Penjagaan (Care Provider Allowance) berjumlah $250.00 sebulan bagi penerima elaun kurang upaya di bawah garispandu. Selain itu, orang kelainan upaya juga akan berhak menerima elaun kurang upaya disamping pencen umur tua apabila mencapai umur 60 tahun. Pindaan Perintah Orang Kurang Upaya, 2021 juga akan mengandungi undang-undang khusus, untuk melindungi golongan ini dari penderaan dan pengabaian. KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE-75 TAHUN1442H/2021M KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN سوكن دانان بلياين كبوداي كمنJULAI 2021 PETIKAN TITAH

Upload: others

Post on 04-Sep-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TITAHkkbs.gov.bn/Muat Turun Penerbitan/CanangJulai2021.pdf · 2021. 8. 18. · TITAH. 2 MAJLIS PENYERAHAN ANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA ... Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka

1

Sehubungan itu, bagi kesejahteraan rakyat dan penduduk seumumnya pula, Beta telah memperkenankan

Perintah Akta Pencen Umur Tua dan Elaun Kurang Upaya, (Pindaan) 2021 dan Perintah Orang Kurang Upaya, 2021

yang akan berkuatkuasa pada 1 haribulan Oktober 2021.

Dengan pindaan ini, Pencen Umur Tua dan Elaun Kurang Upaya hanya akan diberikan kepada

Rakyat dan Penduduk Tetap yang tidak mempunyai kewarganegaraan lain.

Dengan pindaan ini juga akan memperkasa pencarian pekerjaan di samping memperkenalkan Elaun Penyedia

Penjagaan (Care Provider Allowance) berjumlah $250.00 sebulan bagi penerima elaun kurang upaya di bawah

garispandu. Selain itu, orang kelainan upaya juga akan berhak menerima elaun kurang upaya disamping pencen umur

tua apabila mencapai umur 60 tahun.

Pindaan Perintah Orang Kurang Upaya, 2021 juga akan mengandungi undang-undang khusus, untuk melindungi

golongan ini dari penderaan dan pengabaian.

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH

IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN,

SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE-75 TAHUN1442H/2021M

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

كمنترين كبودايان بليا دان سوكن

JULAI 2021

PETIKAN TITAH

Page 2: TITAHkkbs.gov.bn/Muat Turun Penerbitan/CanangJulai2021.pdf · 2021. 8. 18. · TITAH. 2 MAJLIS PENYERAHAN ANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA ... Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka

2

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN

KEPADA MANGSA BENCANA RUMAH ROBOH

Sabtu, 03 Julai 2021

Bilik Mesyuarat An-Nur, Tingkat 7,

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat,

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kepada

mangsa yang terlibat dalam kejadian rumah roboh yang

berlaku pada 28 Jun 2021 Kampong Pekilong Muara yang

didiami oleh keluarga Dayang Maslindawati binti Ali.

KUNJUNGAN HORMAT

MRS AGNETE JOHNSGAARD-LEWIS

MANAGING DIRECTOR

BRUNEI SHELL PETROLEUM CO SDN BHD

Rabu 07 Julai 2021

Bilik Kunjungan,

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

MAJLIS PENYERAHAN DERMA TABUNG KEMANUSIAAN

PALESTIN 2021

Khamis, 12 Julai 2021

Bilik Kunjungan,

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 menerima sumbangan

derma daripada Yong Clinic & Dispensary, Seri Q-Lap Mall,

berjumlah $1,000.00 yang diserahkan oleh Dr. Wan Bazli bin

Wan Semani, Pengamal Perubatan.

Page 3: TITAHkkbs.gov.bn/Muat Turun Penerbitan/CanangJulai2021.pdf · 2021. 8. 18. · TITAH. 2 MAJLIS PENYERAHAN ANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA ... Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka

3

KUNJUNGAN HORMAT

MR JEROME SANIEZ

GENERAL MANAGER AND COUNTRY CHAIR

TOTAL ENERGIES BRUNEI

Selasa 13 Julai 2021

Bilik Kunjungan,

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

MAJLIS PENYERAHAN DERMA TABUNG KEMANUSIAAN

PALESTIN 2021

Selasa, 20 Julai 2021

Bilik Kunjungan,

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 menerima sumbangan

derma daripada Syarikat Bright Sky , berjumlah $2,817.00

yang diserahkan oleh Rahillah binti Aliudin, Pengasas Chu Chu

Exclusive, Syarikat Bright Sky dan Dayang Suzi binti Samat,

Pengurus Simply Sayang, Syarikat Bright Sky

MAJLIS PENYERAHAN DERMA TABUNG KEMANUSIAAN

PALESTIN 2021

Sabtu, 31 Julai 2021

Bilik Kunjungan,

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Tabung Kemanusiaan Palestin 2021 menerima sumbangan

derma daripada Kumpulan Isteri Menteri-menteri Kabinet,

Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap,

Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu,

berjumlah $8,900.00 yang diserahkan oleh Datin Paduka Hjh

Jahrah binti Hj Mohamad, isteri Yang Berhormat Pehin Orang

Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar

bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku

Pengerusi II.

Page 4: TITAHkkbs.gov.bn/Muat Turun Penerbitan/CanangJulai2021.pdf · 2021. 8. 18. · TITAH. 2 MAJLIS PENYERAHAN ANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA ... Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka

4

Bengkel Doku-Drama di bawah bimbingan Pensyarah di Jabatan Kesusasteraan Melayu,

Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dr. Maslin bin Jukim /

Jukin Dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Bahagian

Kebudayaan dan Kesenian (BKK), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan

Radio Televisyen Brunei (RTB)

1010 JULAIJULAI

SABTUSABTU

Majlis Doa Kesyukuran dan Khatam Al-Quran,

Bersempena Sambutan Bulan Bahasa 2021

Dewan Digadong,Bangunan KKBS

0101 JULAIJULAI

KHAMISKHAMIS

Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil, khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien

Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam; Al-Marhumah Duli Raja

Isteri Pengiran Anak Damit binti Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman; dan

Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah

Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan

BENGKEL PENULISAN CERITA FOLKLOR KE-III

Dewan Digadong,Bangunan KKBS

FORUM BAHASA MELAYU

Forum dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah Bahagian Kebudayaan dan

Kesenian, KKBS, Awang Haji Mohd. Abdoh bin Haji Awang Damit dan ahli

panel forum terdiri daripada Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri

Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Adanan bin Haji Basar; Elit Budaya, Dr. Haji

Hashim bin Haji Abdul Hamid; dan Profesor Adjung Pusat Pembelajaran

Sepanjang Hayat, UBD, Profesor Adjung Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato

Paduka Haji Mohammed Yunos

PENERIMA CENDERAHATI PELAJAR CEMERLANG DALAM

MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU DAN KESUSASTERAAN

MELAYU BRUNEI CAMBRIDGE GCE PERINGKAT 'O' DAN 'A'

BAGI TAHUN 2020

0101 JULAIJULAI

KHAMISKHAMIS

SAMBUTAN BULAN BAHASA TAHUN 2021

‘ M e m p e r k a s a k a n B a h a s a M e l a y u ’

0505 JULAIJULAI

ISNINISNIN

MAJLIS SAMBUTAN BULAN BAHASA TAHUN 2021

Dewan Digadong,Bangunan KKBS

Page 5: TITAHkkbs.gov.bn/Muat Turun Penerbitan/CanangJulai2021.pdf · 2021. 8. 18. · TITAH. 2 MAJLIS PENYERAHAN ANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA ... Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka

5

MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA TERTINGGI SAMBUTAN HARI BELIA KEBANGSAAN KALI KE-16, TAHUN 2021

Yang Berhormat Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin,

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan mempengerusi Mesyuarat

BANDAR SERI BEGAWAN - World Anti-Doping Agency (WADA) telah mengada-

kan Mesyuarat 'Asia/Oceania Inter-Ministerial Governmental Meeting Of Anti-

Doping in Sports', Secara Maya (Virtual) Pandemik Covid-19 yang melanda

dunia pada masa ini

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Witold Banka Presiden WADA. Mesyuarat tersebut juga

dihadiri oleh Puan Yang Yang (Timbalan Presiden WADA), Tuan Olivier Niggli (Ketua Pengarah

WADA), Menteri dan Pegawai Kanan Sukan negara-negara Asia dan Oceania.

Mesyuarat tersebut memberi fokus kepada Pelan Strategik WADA, cabaran, serta peluang membina rangkaian kerjasama merentas negara.

Pelan Strategik WADA pula merangkumi Program Pendidikan, Pembangunan Kapasiti, Ujian Doping, serta penyelidikan.

Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan & Estet), Kementerian Kebudayaan

Belia dan Sukan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Anti-Doping Brunei Darussalam (BDADC).

0707 JULAIJULAI

RABURABU

MESYUARAT 'ASIA/OCEANIA INTER-MINISTERIAL GOVERNMENTAL MEETING OF ANTI-DOPING IN SPORTS'

Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, – Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Tertinggi (JKT)

Sambutan Hari Belia Kebangsaan, Tahun 2021 telah diadakan pada hari ini.

Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw, Timbalan Menteri

Tenaga selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-16, Tahun 2021, Yang

Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha- Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta Ahli-Ahli

Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-16, Tahun 2021.

0606 JULAIJULAI

SELASASELASA

Page 6: TITAHkkbs.gov.bn/Muat Turun Penerbitan/CanangJulai2021.pdf · 2021. 8. 18. · TITAH. 2 MAJLIS PENYERAHAN ANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA ... Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka

6

BANDAR SERI BEGAWAN, - Syarikat Methanol Brunei (BMC)

Sdn. Bhd. telah menyumbangkan sebanyak 15 buah komputer

masing-masing bagi DBP dan Jabatan Pembangunan

Masyarakat (JAPEM).

Sumbangan tersebut merupakan antara projek CSR syarikat berkenaan

untuk terus bekerjasama dengan mana-mana pihak atau kementerian

untuk meneroka projek-projek baharu yang dapat diusahakan bersama

mencapai kejayaan wawasan negara 2035.

Dengan sumbangan ini, dihasratkan akan dapat membantu meningkatkan

fungsi Perpustakaan DBP dan Pusat Komuniti JAPEM sebagai pusat komuniti

yang menyediakan platform pembelajaran seumur hidup dengan memberikan

perkhidmatan dan sumber maklumat yang berkualiti, penyediaan peralatan dan

ruang fizikal yang kondusif dan memberikan latihan yang bersesuaian.

Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat BMC

Sdn. Bhd., Kaneshige Kubushiro kepada Pemangku Pengarah DBP yang juga

selaku wakil Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat.

0808 JULAIJULAI

KHAMISKHAMIS

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KOMPUTER DARI SYARIKAT METHANOL BRUNEI (BMC)

Dewan Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Kampung

Mentiri, - Majlis Pelancaran Projek DMY Grassroot

Football Team, yang merupakan projek latihan bola

sepak (pilot projek) yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu

Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Dato Mohd. Yassin, Kluster 2,

dengan sokongan bersama FABD. Projek tersebut melibatkan seramai

lebih daripada 70 murid sekolah rendah berkenaan yang mendaftar di

awal pembukaan (soft launch), pada 9 Julai lalu.

Walau bagaimanapun, pendaftarannya sentiasa dibukakan pada setiap

waktu latihan dijalankan pada setiap Jumaat, bermula jam 4.15 hingga

5.45 petang. Pada masa ini pendaftaran hanya dibukakan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Rendah Dato Mohd. Yassin)

dengan yuran pendaftaran sebanyak BND2.00 bagi setiap hadir latihan. Latihan akan dibahagikan pada beberapa peringkat (kategori),

mengikut kelas murid-murid dalam akademik (kelas sebelah pagi).

Antara tujuan lain projek ini diselenggarakan ialah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja mahir dalam bidang akademik,

malah juga dalam bidang sukan, di samping dapat melahirkan generasi belia yang berwibawa, berdisiplin dan tahan lasak.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut

Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian

Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal

bin Pengiran Haji Mahmud

MAJLIS PELANCARAN PROJEK DMY GRASSROOT FOOTBALL TEAM

16 16 JULAIJULAI

JUMAATJUMAAT

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B)

Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok

Dato Seri Paduka Haji Abidin hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan

penyerahan sumbangan.

Kompleks Membeli-belah Mabohai, Bandar Seri Begawan -

Golf Nation menyediakan pelbagai kemudahan, terutama

kepada para peminat sukan golf dengan pelbagai peralatan,

pakaian dan aksesori golf mengikut cita rasa pelanggan.

Kedai ini menyediakan Trackman 4, Simulator Golf sebagai

tarikan utamanya bagi menarik minat penggemar sukan golf dan orang

ramai menguji kebolehan dalam bidang sukan ini. Selain itu kedai ini juga

merupakan pengedar rasmi bagi produk Cobra dan Callaway di Negara

Brunei Darussalam, disamping itu ianya juga menawarkan produk, pakaian

dan aksesori daripada pelbagai jenama terkenal.

Beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam, Golf Nation juga

menyediakan khidmat bengkel bagi pemasangan peralatan, 'loft and lie'

serta penyesuaian dan perubahan pada pegangan golf.

1616 JULAIJULAI

JUMAATJUMAAT

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI GOLF NATION

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar

Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin

Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin

menyempurnakan perasmian.

Page 7: TITAHkkbs.gov.bn/Muat Turun Penerbitan/CanangJulai2021.pdf · 2021. 8. 18. · TITAH. 2 MAJLIS PENYERAHAN ANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA ... Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka

7

Bilik VIP, Tingkat I, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, BERAKAS, - Penyertaan negara ke Sukan Olimpik Ke-32 Tokyo 2020

membuktikan komitmen, dan keperpaduan Negara Brunei Darussalam (NBD) dalam sama-sama menyokong matlamat Sukan

Olimpik dalam memberikan kesempatan kepada semua negara ahli International Olympic Committee (IOC) untuk beraksi

dalam arena Sukan Olimpik, walaupun tidak mempunyai atlet yang berkelayakan.

Di samping itu, ia juga adalah menjadi satu obligasi bagi semua negara ahli IOC, selaras dengan Peraturan 27.3 daripada Olympic Charter

dalam menyertai Sukan Olimpik.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah

ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC)

KE XXXII OLYMPIC GAMES, TOKYO, JAPAN 2020

1717 JULAIJULAI

SABTUSABTU

“Apa yang dapat saya lihat selama ini, ada setengah persatuan telah pun mempraktikkan sikap pilih kasih dalam menilai dan memberikan peluang kepada atlet-atlet mereka untuk diketengahkan di

peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Sikap seperti ini sememangnya tidak patut berlaku dalam persatuan kerana perkara-perkara seperti

ini boleh sahaja menjejaskan pembangunan sukan di negara ini. Jadi Saya berharap peluang akan diberikan kepada semua atlet yang dilihat berkebolehan agar

mereka dapat diberikan peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka. Persatuan Sukan Kebangsaan hendaklah juga lebih proaktif dalam memberikan dan

membukakan peluang ini kepada atlet-atlet mereka. Seperti setiap Sukan Olimpik, Universality Places hanya akan diberikan kepada sukan olahraga dan sukan renang secara mandatori dengan syarat atlet-atlet hendaklah menyertai ataupun mengikuti kejohanan yang diiktiraf oleh IAAF dan FINA,”

Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang bertolak ke Tokyo pagi tadi, dianggotai seramai lima orang, terdiri daripada Chef de Mission Dayang Umi Kalthum binti Haji Abd. Karim; Pegawai Perhubungan; Pegawai Urusetia; jurulatih; dan atlet renang, Muhammad Isa bin Ahmad.

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA NEGARA KEPADA KONTINJEN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang bertolak ke Tokyo pagi tadi, dianggotai seramai dua orang yang terdiri daripada juru-latih dan atlet olahraga, Mohd Firdaus Ar-Rasyid bin Haji Mohd Idris.

2626 JULAIJULAI

ISNINISNIN

1717 JULAIJULAI

SABTUSABTU

Awang Mohd Yussof bin Yaakub, salah seorang DCO daripada Jawatankuasa Anti-Doping Brunei Darussalam (BDADC) telah terpilih sebagai salah seorang IDCO di Tokyo 2020

1919 JULAIJULAI

ISNINISNIN

Page 8: TITAHkkbs.gov.bn/Muat Turun Penerbitan/CanangJulai2021.pdf · 2021. 8. 18. · TITAH. 2 MAJLIS PENYERAHAN ANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA ... Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka

8

Kawasan Lapang Letak Kereta berhadapan dengan Muzium Alat

Kebesaran Diraja, BANDAR SERI BEGAWAN, - Acara Pentas

Perayaan yang berlangsung bagi memeriahkan dan menyemarak-

kan lagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali

Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam Yang Ke-75 diteruskan pada malam ini dengan Persembahan

Sketsa Keputeraan bertajuk 'Wabak' oleh Kumpulan Penggiat Seni Tanah Air

Brunei (PeSTAB). Antara atur cara yang dipersembahkan, persembahan

Tausyeh, persembahan nyanyian lagu-lagu dakwah oleh penyanyi-penyanyi

tempatan.

SKETSA WABAK OLEH KUMPULAN PENGGIAT SENI TANAH AIR BRUNEI (PESTAB)

Hadir selaku tetamu kehormat, Timbalan Setiausaha Tetap

(Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr.

Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

2121 JULAIJULAI

RABURABU

PKWE, Jalan 77, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lambak Kanan, BANDAR SERI BEGAWAN, - Sebanyak dua ekor kerbau

dikorbankan pada Majlis Ibadah Korban sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1442 Hijrah / 2021 Masihi, anjuran Pusat

Kegiatan Warga Emas (PKWE), Daerah Brunei dan Muara. Seramai 14 Ahli PKWE menyertai ibadah korban tahun ini, yang

diagihkan kepada 35 golongan asnaf sekitar kawasan RPN Lambak Kanan.

Hadir selaku tetamu kehormat, seterusnya mengagihkan daging korban tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat

Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Turut hadir,

Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Saidah binti Haji Wahid @ Burut.

'RAMADAN: PENGHAYATAN SEPANJANG TAHUN'

2222 JULAIJULAI

KHAMISKHAMIS

Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar,

BANDAR SERI BEGAWAN, - Sebanyak lima ekor sapi telah

disembelih Majlis Ibadah Korban sempena Sambutan Hari

Raya Aidiladha 1442 Hijrah / 2021 Masihi, anjuran Ahli

Jawatankuasa Takmir Masjid Rasidah Sa’adatul Bolkiah dan kemudian

daging-dagingnya diagihkan kepada 35 peserta ibadah korban yang

kemudiannya akan menyerahkan daging korban tersebut kepada 115

fakir miskin dan tiga orang anak yatim dari kampung tersebut dan

kawasan sekitarnya.

Penyerahan daging korban tersebut disempurnakan oleh Menteri Sum-

ber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia

Awang Haji Ali bin Apong dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin

Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku Penaung Bersama MRSB.

2323 JULAI JULAI

JUMAATJUMAAT

MAJLIS IBADAH KORBAN AHLI JAWATANKUASA TAKMIR MASJID RASHIDAH SA'ADATUL BOLKIAH (MRSB)

Page 9: TITAHkkbs.gov.bn/Muat Turun Penerbitan/CanangJulai2021.pdf · 2021. 8. 18. · TITAH. 2 MAJLIS PENYERAHAN ANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA ... Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka

9

Dewan Digadong, Bangunan KKBS, BANDAR SERI BEGAWAN, - Sebanyak 10 ekor sapi ditumbangkan dalam ibadah korban

pada tahun ini bagi warga Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta Kumpulan

Meraih Berkah.

Daging-daging berkenaan diagihkan kepada seramai 330 penerima, terdiri daripada penerima-penerima asnaf dan anak-anak yatim juga

kakitangan KKBS dan JAPEM, disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Timbalan Setiausaha Tetap

(Kebudayaan), Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

Bertermpat Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei (PSB) pengagihan daging korban kepada seramai 217 orang yang terdiri daripada

anak yatim dan kakitangan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dan PSB disampaikan oleh Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet),

KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud dan Pengarah Penyelidikan, Perkembangan dan Hal Ehwal Antarabangsa

KKBS, Dayang Hajah Fauziah binti Haji Abdul Hamid.

Manakala, di Dewan Bina Diri, Pusat Pembangunan Belia Hadir pengagihan daging korban kepada seramai 325 penerima yang terdiri dari

anak yatim dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan dan Jabatan Muzium-Muzium disampaikan oleh Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi

dan Dasar), KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan dan Pemangku Pengarah Pembangunan Masyarakat, Pengiran

Siti Rahmah binti Pengiran Haji Saleh.

MAJLIS IBADAH KORBAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN DAN

JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Walillahil Hamd.

Beta menaruh keyakinan, bahawa apa yang berlaku kepada Brunei Darussalam adalah berpunca dari keberkatan mendekati Allah. Apa sahaja masalah

atau musibah, kita tetap akan merujuknya kepada Allah, melalui do'a dan zikir memohonkan kelepasan. Inilah makanya, rahmat pun turun kepada Brunei,

menjadikannya sebuah negara yang selamat.

Khusus di zaman pancaroba ini, amalan-amalan berugama sangatlah diperlukan. Namun bukan semua orang nampak pendekatan ini. Bagi mereka yang

nampak akan beruntung, sementara yang tidak nampak akan kekal dalam kerugian. Kita di Brunei tidak mahu berada dalam kerugian. Kerana itulah, dalam

menghadapi wabak, kita dari awal-awal lagi sudah membiasakan diri dengan zikir dan do'a.

Membiasakan diri dengan vaksin ketuhanan ini, adalah ia tuntutan ugama. Ia perlu dibuat dengan yakin dan sabar. Mengapa dengan yakin dan sabar?

Kerana kalau tidak yakin dan sabar, orang tidak akan melakukannya, walaupun zikir dan do'a itu perkara mudah.

Tetapi alhamdulillah, Brunei kita adalah "Brunei yang benar-benar yakin dan sabar", k

erana itulah sampai sekarang kita masih belum berhenti dari berzikir dan berdo'a.

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Walillahil Hamd.

Yakin dan sabar itu adalah pakaian nabi-nabi dan orang-orang salih. Lalu, kerana yakin dan sabarlah,

Nabi Ibrahim 'Alaihissalam sanggup melaksanakan perintah Allah untuk menyembelih putera baginda, Nabi Ismail.

Ini adalah tahap tertinggi contoh orang yakin dan sabar ketika berhadapan dengan ujian.

PETIKAN TITAH

2424 JULAIJULAI

SABTU SABTU

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH

IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN,

SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

SEMPENA HARI RAYA 'IDIL ADHA 1442H/2021M

Page 10: TITAHkkbs.gov.bn/Muat Turun Penerbitan/CanangJulai2021.pdf · 2021. 8. 18. · TITAH. 2 MAJLIS PENYERAHAN ANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA ... Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka

10

Pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Julai 2021 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-75 Tahun mengenai Akta Pencen Umur Tua dan Elaun Kurang Upaya (Pindaan), 2021 dan Perintah Orang Kurang Upaya (OKU) 2021 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2021, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) bersama Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) mengadakan Taklimat Pembarigaan mengenai Perintah Akta Pencen Umur Tua dan Elaun Kurang Upaya (Pindaan), 2021 dan Perintah OKU, 2021.

Taklimat tersebut antara lain bertujuan untuk memberikan kefahaman secara lebih terperinci kepada penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung mengenai rang-rang Pindaan Perintah Akta Pencen Umur Tua dan Elaun Kurang Upaya, 2021 dan Perintah OKU, 2021 khususnya dalam menitikberatkan dan memberi keutamaan terhadap kebajikan dan kesejahteraan warga emas dan orang kelainan upaya di negara ini agar sentiasa dijaga dan dipelihara serta diberi peluang saksama bagi menjalani kehidupan secara inklusif di negara ini.

Bagi Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong taklimat diadakan pada Sabtu, 24 Julai 2021 pada sesi berasingan. Sesi sebelah pagi bagi Daerah Brunei dan Muara dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan), KKBS, Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari. Turut hadir ke taklimat di Galeri Sukan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Daerah Brunei dan Muara ialah Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan), Kementerian Kesihatan, Awang Maswadi bin Haji Mohsin serta wakil-wakil daripada agensi yang berkenaan seperti Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan KHEDN berlangsung bertempat di Dewan Kuliah Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Pada sesi sebelah petang pula, taklimat bagi Daerah Temburong dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan), KKBS, Dayang Saidah binti Haji Wahid@Burut berlangsung di Dewan Muafakat, Bangunan Jabatan-Jabatan KerajaanDaerah Temburong.

Manakala bagi Di Daerah Belait dan Tutong taklimat diadakan pada Isnin, 26 Julai 2021 pada sesi berasingan. Sesi sebelah pagi bagi Daerah Belait, taklimat diadakan di dewan Pusat Operasi Kecemasan Daerah (DEOC), Pejabat Daerah Belait. Manakala, pada sesi sebelah petang bagi Daerah Tutong diadakan di Dewan Santap, Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong.

Taklimat dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan) di KKBS, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari.Turut hadir ialah Timbalan Setia-usaha Tetap (Kemasyarakatan) di KKBS, Dayang Saidah binti Haji Wahid; ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput serta perwakilan daripada pelbagai agensi yang terlibat, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung.

TAKLIMAT PEMBARIGAAN MENGENAI PERINTAH AKTA PENCEN UMUR TUA DAN ELAUN KURANG UPAYA

(PINDAAN), 2021 DAN PERINTAH OKU, 2021.

Page 11: TITAHkkbs.gov.bn/Muat Turun Penerbitan/CanangJulai2021.pdf · 2021. 8. 18. · TITAH. 2 MAJLIS PENYERAHAN ANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA ... Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka

11

Tingkat 8, Ibu Pejabat Bank Baiduri, GADONG, - Festival Seni dan Budaya Visual Brunei-China anjuran Galeri Seni Huifong

disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Kedutaan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam;

Beijing People’s Association for Friendship with Foreign Countries (BPAFFC); Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Kerajaan Rakyat

Perbandaran Nanjing dan Persatuan Persahabatan Brunei-China (BCFA) dan ditaja oleh Bank Baiduri.

Festival dianjurkan antaralain bertujuan untuk meraikan kepelbagaian

seni dan budaya serta persahabatan antara masyarakat Brunei dan China

bersempena dengan Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Ke-30 antara

kedua buah negara.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B)

Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok

Dato Seri Paduka Haji Abidin dalam ucapannya melahirkan rasa

penghargaan dan penghormatan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak

Republik Rakyat China ke NBD, Puan Yang Terutama Yu Hong dan pihak

Kedutaan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam kerana

terus menjadi rakan aktif dan memainkan peranan penting dalam

menyokong kerjasama erat dan ‘people-to-people exchange’ antara

kedua-dua buah negara melalui budaya dan kesenian.

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat

Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin

Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin

hadir selaku tetamu kehormat dan serusnya

menyempunakan perasmian festival.

FESTIVAL SENI DAN BUDAYA VISUAL BRUNEI-CHINA

2626 JULAIJULAI

ISNINISNIN

Bandar Seri Begawan - Building on the discussion from the ASEAN High-Level Cultural Forum (HLCF) on Promoting An ASEAN

Adaptive Community of Greater Understanding, Tolerance and A Sense of Regional Agendas Among The Peoples of ASEAN,

and the 1st Project Steering Committee (PSC) held early this year, the 2nd PSC Meeting on Fostering Greater Understanding,

Tolerance and a Sense of Regional Agendas among the Peoples of ASEAN held today, via video conference, served as the

advisory role in the development of the draft Strategic Policy Framework on Fostering Greater Understanding, Tolerance and

a Sense of Regional Agendas among the Peoples of ASEAN.

The meeting was attended by Yang Mulia Hajah Nor Ashikin binti Haji

Johari, Permanent Secretary (Community and Culture), Ministry of Culture,

Youth and Sports as the Chair of Senior Officials Committee for the ASEAN

Socio-Cultural Community Council (SOCA); and joined by Chairs, Vice

Chairs and representatives of ASEAN Socio-Cultural Community Sectoral

Bodies namely Senior Officials Meeting on Culture and Arts, Senior

Officials Meeting Responsible for Information, Senior Officials Meeting on

Education, Senior Officials Meeting on Sports, and Senior Officials Meeting

on Youth; Officials' from the Mission of Japan to ASEAN, JAIF Management

Team; Project Consultant and the ASEAN Secretariat.

The meeting also discussed preparations for the upcoming ASEAN

Regional Workshop, scheduled to be held early August this year.

The Strategic Policy Framework will serve as an overarching document

to lend greater coherence and narrative in guiding ASCC's efforts to

promote greater understanding, tolerance and to imbue a sense of

regional agendas among the peoples of ASEAN. It will also one of the

outcome documents under ASEAN Socio-Cultural Community Pillar to be

submitted to the ASEAN Leaders for adoption at the 38th ASEAN Summit.

2626 JULYJULY

MONDAYMONDAY

2ND PROJECT STEERING COMMITTEE (PSC) MEETING DISCUSSES THE DRAFT ASEAN STRATEGIC POLICY FRAMEWORK ON FOSTERING

GREATER UNDERSTANDING, TOLERANCE AND A SENSE OF REGIONAL AGENDAS AMONG THE PEOPLES OF ASEAN.

Page 12: TITAHkkbs.gov.bn/Muat Turun Penerbitan/CanangJulai2021.pdf · 2021. 8. 18. · TITAH. 2 MAJLIS PENYERAHAN ANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA ... Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka

12

Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, BERAKAS - Kejohanan Seni Pencak Silat sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 bagi Tahun 2021 Peringkat Kebangsaan membuka tirainya dan akan berakhir pada 31 Julai 2021.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan kejohanan tersebut, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

Dewan Bahasa dan Pustaka, BANDAR SERI BEGAWAN -

Kedutaan Kesultanan Oman di Negara Brunei Darussalam

begitu aktif dengan gerakan budaya membaca terus mem-

berikan sokongan dan dukungan kepada usaha Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP) dalam memperkasa budaya membaca di negara ini.

Usaha tersebut dipertingkatkan lagi dengan penyediaan satu sudut di

Perpustakaan DPB pusat bandar yang dinamakan Sudut Terbitan Al-

Khalil bin Ahmad Al-Farahidi sempena Sambutan Ulang Tahun Hari

Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-75.

Sudut tersebut dinamakan sempena Ahli Filologi, Ahli Leksikografi dan Ahli Tatabahasa Oman yang terkenal, Al-Khalil bin Ahmal Al-Farahidi,

yang menyusun kamus Arab pertama dikenali sebagai Kitab Al-'Ayn. Sekitar 200 bahan penerbitan yang menyoroti sumbangan sarjana-

sarjana Kesultanan Oman terkenal di beberapa cabang ilmu, termasuk juga Kitab al-'Ayn dan bahan bacaan mengenai sejarah, geografi,

budaya, tradisi, sastera dan warisan Kesultanan Oman.

KEJOHANAN SENI PENCAK SILAT SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI

YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-75

2626 JULAI JULAI

ISNINISNIN

MAJLIS PERASMIAN SUDUT TERBITAN AL-KHALIL BIN AHMAD AL-FARAHIDI

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri

Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral

(B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang

Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan - Sidang Media Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-16, Tahun 2021

dipengerusikan oleh Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan

Estet) selaku Setiausaha Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-16, Tahun 2021 bagi mengongsikan

maklumat-maklumat mengenai acara-acara utama, sampingan dan persiapan-persiapan yang telah dilaksanakan bagi sambutan tersebut.

Antaranya ia lah atur cara Acara Kemuncak Sambutan iaitu Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-16, Tahun 2021 akan diadakan pada

hari Sabtu, 27 Zulhijjah 1442H bersamaan 07 Ogos 2021M di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas yang memuatkan

Pengurniaan Anugerah-Anugerah Hari Belia Kebangsaan bagi tahun 2020 dan tahun 2021 , Pameran Hari Belia dan Konvensyen Belia

Brunei.

Beberapa acara sampingan antaranya Majlis Kesyukuran dan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaasin dan

Do'a Kesyukuran, Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja Khutbah Jumaat Khusus Sempena Sambutan Hari Belia

Kebangsaan Ke-16.

Sidang media turut dihadiri oleh beberapa Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-16, Tahun 2021 iaitu YM

Dayang Mariam binti Ulat, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, YM Dr Nuriskandar bin Mohd Hasnan, Penyelaras Pameran Hari Belia dan

YM Awang Muhd Amirul Syazmie bin Ibrahim, Penyelaras Konvensyen Belia Brunei.

SIDANG MEDIA SAMBUTAN HARI BELIA KEBANGSAAN KE-16, TAHUN 2021 2828

JULAIJULAI RABURABU

2727 JULAI JULAI

SELASASELASA

Page 13: TITAHkkbs.gov.bn/Muat Turun Penerbitan/CanangJulai2021.pdf · 2021. 8. 18. · TITAH. 2 MAJLIS PENYERAHAN ANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA ... Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka

13

Pusat Kesenian Sekolah Antarabangsa Jerudong

(JIS), TUNGKU LINK, - Festival Teater Nasional

Brunei (NTFB) bertemakan ‘New Beginning’

dilancarkan hari ini sebagai tanda permulaan era

baharu bagi komuniti seni persembahan tempatan.

Festival dianjurkan oleh 247 Studios bersama rakan-rakan

kreatif Medley House Productions, The Creative Core BN dan

Just Bruneians sebagai tanda usaha sulung komuniti pengamal

teater dan penghibur tempatan dengan sokongan oleh

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Bank Baiduri.

Terdahulu, memulakan majlis NTFB Co-Festival Director dan

Pengarah Urusan 247 Studios, Mohd. Syazni bin Haji Abu

Bakar dalam ucapan alu-aluannya mengongsikan bahawa projek tersebut merupakan projek yang mengambil masa selama tiga tahun dan

diilhamkan daripada Festival Teater Belia Asia serantau.

Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD), TUNGKU LINK - Bersempena dengan sambutan Hari Beli a Kebangsaan Ke-16,

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran (Solat Fardu Maghrib dan Isyak

Berjemaah, Bacaan Surah Yaa Siin, Bertahlil serta Doa Kesyukuran).

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka

Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Juga hadir, Timbalan Menteri Tenaga, Yang

Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Kesyukuran sempena

Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-16, Tahun 2021.

Atur cara majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dan diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah yang

diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid UBD, Awang Mohammad bin Haji Bagol.

Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil dikhususkan kepada Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi

Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam; Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran

Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman; dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah; serta kaum Muslimin dan

Muslimat yang telah kembali ke rahmatullah, yang dipimpin oleh Imam Masjid UBD, Awang Mohd. Amirul Rahmad bin Mohamad.

Bacaan Doa Kesyukuran sempena Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-16, Tahun 2021 dan Doa

Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Doa Menghindari Wabak COVID-

19 kemudiannya dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid UBD, Awang

Mohammad, yang seterusnya mengimamkan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.

MAJLIS DOA KESYUKURAN (SOLAT FARDU MAGHRIB DAN ISYAK BERJEMAAH, BACAAN SURAH YAA SIIN,

BERTAHLIL SERTA DOA KESYUKURAN).

2929 JULAIJULAI

KHAMISKHAMIS

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan,

Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri

Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri

Paduka Haji Abidin.

FESTIVAL TEATER NASIONAL BRUNEI (NTFB)

3030 JULAIJULAI

JUMAATJUMAAT

Page 14: TITAHkkbs.gov.bn/Muat Turun Penerbitan/CanangJulai2021.pdf · 2021. 8. 18. · TITAH. 2 MAJLIS PENYERAHAN ANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA ... Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka

14

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN

HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN,

SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-75.

DEWAN DIGADONG, KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

2626 JULAIJULAI

ISNINISNIN

KEMPEN PENANAMAN POKOK DI BAWAH PROKOTOL HIJAU DAN KEMPEN KEBERSIHAN BAGI

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA

3131 JULAIJULAI

SABTUSABTU

Page 15: TITAHkkbs.gov.bn/Muat Turun Penerbitan/CanangJulai2021.pdf · 2021. 8. 18. · TITAH. 2 MAJLIS PENYERAHAN ANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA ... Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka

15

Negara Brunei Darussalam, Pengerusi Tunggak Komuniti Sosio-Budaya ASEAN 2021, menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Kebudayaan G20

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 30 Julai 2021 -

Yang Berhormat Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengerusi Tunggak Komuniti Sosio-Budaya ASEAN bagi tahun 2021, telah menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Kebudayaan G20 selaku jemputan khas kepada Republik Itali yang merupakan Pengerusi G20 bagi Tahun ini. Mesyuarat telah dilaksanakan dalam format hybrid (secara fizikal dan dalam talian) semalam, yang dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Dario Franceschini, Menteri Kebudayaan Republik Itali dan telah dihadiri oleh Menteri-menteri Kebudayaan dari negara-negara G20 serta pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.

2. Para Menteri telah membincangkan isu-isu berkaitan kebudayaan, warisan, sejarah dan industri kreatif sejagat menerusi tema-tema mempertahankan warisan budaya; menangani kesan perubahan iklim melalui budaya; membangun kapasiti melalui latihan dan Pendidikan; transformasi digital dan teknologi baru bagi budaya; dan sektor-sektor kebudayaan dan kreatif sebagai pemacu kepada penjenamaan semula dan pembangunan yang mampan yang seimbang.

3. Dalam mesyuarat tersebut, Yang Berhormat Dato mengketengahkan peranan budaya dalam merapatkan jurang perbezaan, membina persefahaman, dan sebagai penyelesaian meningkatkan kesejahteraan mental terutama sekali dalam masa-masa yang mencabar ini. Yang Berhormat Dato juga mengongsikan usaha-usaha ASEAN dalam meningkatkan kerjasama selaras dengan bidang keutamaan yang digariskan oleh mesyuarat G20 seperti berikut:

a. Deklarasi ASEAN mengenai Warisan Budaya menekankan usaha bersepadu ke arah menangani cabaran kehilangan budaya akibat perubahan iklim, bencana manusia dan alam. Beberapa inisiatif dan dasar dalam menangani cabaran kehilangan budaya akibat perubahan iklim, bencana manusia dan alam juga ada dilaksanakan antaranya melalui ASEAN Cultural Creative Cities Network for Sustainable Development. ASEAN juga mengambil langkah yang lebih kukuh dalam mengubah pemikiran dari mitigasi kepada pencegahan. Melalui ASEAN Culture of Prevention, ASEAN menyokong pendekatan pencegahan rentas sektoral ke arah mengatasi kehilangan budaya akibat perubahan iklim dan perdagangan haram.

b. Peranan utama budaya digital dalam melindungi warisan budaya, di mana ASEAN sedang mengusahakan beberapa inovasi termasuk penggunaan realiti maya dalam mempromosikan tapak warisan UNESCO ASEAN dan Arkib Digital Warisan Budaya ASEAN. ASEAN berharap G20 dapat menyediakan program pembangunan kapasiti kepada para petugas dan pakar-pakar warisan budaya di samping memfokuskan langkah-langkah seperti celik budaya dan literasi digital terutama dalam kalangan netizen.

c. Melihat ekonomi kreatif sebagai salah satu pemacu penting dalam pemulihan pasca pandemik yang mana melalui ASEAN Comprehensive Recovery Framework (ACRF), ekonomi kebudayaan kreatif telah dikenalpasti sebagai salah satu sektor kritikal yang dapat membantu pemulihan serantau. ASEAN juga perlu untuk membina ekosistem yang berorientasikan rakyat melalui pendigitalan yang membimbing dan membolehkan industri kebudayaan serta kreatif ke arah pembangunan sosio-ekonomi, pertumbuhan seimbang, menjana pekerjaan dan menggalakkan aktiviti perdagangan. Sehubungan itu, ASEAN berharap akan dapat bekerjasama dengan G20 dalam membangunkan rangka kerja dasar.

d. Perlunya mengukuhkan kerjasama di antara pihak awam dan swasta yang lebih kukuh untuk meningkatkan dan mengembangkan model ekonomi ASEAN yang mana COVID-19 telah membuktikan kerapuhan dunia. Dalam hal ini, model ekonomi perlu diseimbangkan bagi membolehkan sektor kebudayaan disesuaikan dengan transformasi digital khususnya sentiasa bersedia menghadapi cabaran-cabaran mendatang.

e. Dalam memastikan sektor budaya yang berbentuk inklusif agar tiada sesiapa yang ketinggalan, ini juga dengan berpandangan bahawa kekuatan budaya dapat merapatkan perbezaan serta meningkatkan pemahaman antara-budaya. Oleh itu, memastikan masyarakat boleh menggunakan ruang-ruang digital dengan selamat sebagai platform membanteras ekstremisme dan sikap tidak bertoleransi adalah juga penting.

4. Dalam mesyuarat tersebut para Menteri telah mengeluarkan dokumen bertajuk "Declaration G20 Culture Ministers Meeting" yang antara lain membentangkan usaha-usaha bersama dalam menjadikan budaya dan ekonomi kreatif sebagai agenda utama dalam proses dan dasar pembangungan ke arah mencapai Agenda Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pembangunan Lestari; menjadikan sektor budaya, warisan budaya dan industri kreatif sebagai salah satu stategi pemulihan pasca pandemik; serta berkerjasama dalam membasmi pemerdagangan haram harta benda budaya dan ancaman terhadap harta intelek.

5. Turut hadir ialah Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan) dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

PEMBUKAAN ASEAN HIGH-LEVEL CULTURAL FORUM ON PROMOTING AN ADAPTIVE ASEAN COMMUNITY OF

GREATER UNDERSTANDING, TOLERANCE AND A SENSE OF REGIONAL AGENDAS AMONG THE PEOPLES OF ASEAN

' We Care, We Prepare, We Prosper '

3030 JULAIJULAI

JUMAATJUMAAT

Page 16: TITAHkkbs.gov.bn/Muat Turun Penerbitan/CanangJulai2021.pdf · 2021. 8. 18. · TITAH. 2 MAJLIS PENYERAHAN ANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA ... Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka

16

Tim Penerbitan Unit Perhubungan Awam Penyunting & Penyemak, Unit Perhubungan Awam Perwajahan dan Aturhuruf Unit Perhubungan Awam

Jurufoto Hajah Ajijah binti Haji Ali, Pg Suhaimi bin Pg Haji Othman, Haji Norfaisal bin Haji Mohd Salleh.