rejab 1440h - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_feb2019.pdfrejab 1440h |februari...

24
Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | FEBRUARI 2019 EDARAN PERCUMA Bil 192 MS 3 MS 9 MS 14 Seramai 393 Orang Menerima Anugerah Karya Sastera Mampu Mencorak Pemikiran Masyarakat Cadangan bagi Mewujudkan Zon Agropelancongan 19 Lihat Muka HARI MURABBI UMMAH 100 Ribu Membanjiri Stadium

Upload: hoangmien

Post on 03-Jul-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | FEBRUARI 2019

    EDARAN PERCUMA Bil 192

    MS3

    MS9

    MS14

    Seramai 393 Orang Menerima Anugerah

    Karya Sastera Mampu Mencorak Pemikiran Masyarakat

    Cadangan bagi Mewujudkan Zon Agropelancongan

    19 Lihat Muka

    Hari Murabbi uMMaH100 Ribu Membanjiri Stadium

  • 2 REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    Sidang RedaksiPENAUNGYB DATO HJ MOHD NASSURUDDINB. HJ. DAUDPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta

    PENASIHATHJ. MUHAMAD AZMI BIN NORPengarah Urusetia PeneranganKerajaan Negeri Kelantan

    PENYELARAS

    SUSUN ATURAHMAD KARIEMULLAH SAIPUL [email protected]

    WARTAWANNIK AZMAN NIK [email protected]

    CHE MAZIAH BINTI [email protected]

    JURUFOTOMOHD ASRI HAMATABDUL AZIZ BIN [email protected] KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB)

    PENGEDARUNIT EDARAN UPKN

    PERCETAKANPUSTAKA AMAN PRESS SDN. BHD4200-A, Simpang Tiga Telipot, Jln Sultan Yahya Petra, Peti Surat 67, 15700Kota Bharu, Kelantan.Tel: 09 7481849, 09 7443681Faks: 09 748 7064Email: [email protected]

    ALAMAT SURAT MENYURATURUSETIA PENERANGAN KERAJAANNEGERI KELANTANPejabat Setiausaha KerajaanTingkat Atas, Blok 7 Kompleks Kota Darulnaim 15503 Kota Bharu Bandar Raya Islam,Kelantan DarulnaimTel 09-7483529(DL), 09-7481957 samb, 7810Faks: 09-7433529

    Website: [email protected] (Berita Adun)www.facebook.com/upknkelantan(sila email untuk sebarang pertanyaan)

    Merakyatkan Membangun Bersama Islam

    KEBERKATAN | KEMAKMURAN | KEBAJIKAN

    Lidah Pengarang

    Sambutan Hari Murabbi Ummah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya, Alhamdulillah.

    Kelantan dengan tradisi majlis ilmu dan pembinaan generasi berakhlak bukanlah perkara baharu. Sejak beratus tahun lamanya, negeri alim ulama ini subur dengan pelbagai aktiviti dan program keagamaan.

    Kalimah Murabbi ataupun sinonim dengan perkataan orang Kelantan sebagai Tok Guru adalah satu kalimah yang cukup keramat. Ia merupakan panggilan hormat tradisi orang Melayu terhadap insan agamawan yang dimuliakan. Ia bukan sahaja dirujuk sebagai pemilik ilmu, malahan pendidik, tempat rujuk, serta penyelesai masalah ummah.

    Mantan Menteri Besar Kelantan sendiri dipanggil Tok Guru Nik Aziz sesuai sifatnya yang bukan sahaja berjaya membangunkan sarana dan ekonomi negeri tetapi juga sepanjang puluhan tahun telah menjadi Murabbi kepada seluruh rakyat Malaysia.

    Kelantan yang sekian lama dikenali sebagai Universiti Terbuka cukup setia membuka dada dan sayapnya menadah ilmu daripada murabbi dan para guru seluruh dunia. Hasilnya lahirlah ribuan ulama muda, huffaz dan rakyat yang bijaksana. Lalu bertebaranlah ke serata pelusuk tanah air malahan di nusantara menabur jasa dan bakti kepada masyarakat.

    Nazman bin Che IberahimTimbalan Pengarah

    Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan

  • 3REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    KOTA BHARU: Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan berkenan berangkat Menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Kelantan kali ke-2, bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V yang ke -49 bagi tahun 2018.

    Pada istiadat berkenaan, Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri YB Dato Haji Mohd Nassuruddin Daud telah menerima anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K) yang membawa gelaran Dato.

    Manakala, Ketua Hakim Syarie Kelantan, YB Dato Daud Muhammad dianugerahkan Dato Seri Paduka Raja. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dianugerahkan Ahli Yang Kehormat

    Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K) yang membawa gelaran Datuk.

    Sementara itu, dua wira negara yang terkorban ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor, pada 3 Okt 2018 lepas iaitu Allahyarham Pegawai Bomba Kanan (PBK) Izatul Akma Wan Ibrahim dan Allahyarham PBK Muhammad Hifdzul

    Malik Shaari dianugerahkan Pingat Bakti (P.B) atas jasa yang dicurahkan mereka dalam tragedi berkenaan. Pingat itu diserahkan kepada ibu Muhammad Hifdzul Malik, Wan Kamilah Wan Yaacob manakala Izatul Akma diwakili bapanya, Wan Ibrahim Mat Daud.

    Majlis pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang Pingat dan Surat Kepujian kepada 393 orang penerima itu disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

    SERAMAI 393 ORANG MENERIMA ANUGERAH

    3REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

  • 4 REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    KOTA BHARU Ancaman dan penindasan yang berlaku kepada umat Islam di seluruh dunia dan di Malaysia secara umumnya seakan-akan kehilangan sumber kekuatan untuk membina perpaduan dan menjaga keizzahan Islam selaku agama Persekutuan sedangkan umat Islam di Malaysia adalah golongan majoriti.

    Menteri Besar, YAB Ustaz Dato Ahmad Yakob berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Pengurniaan Hadiah Menghafaz dan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 1440H/2019M yang bertemakan Menyantuni Umat Membawa Rahmat di Dewan Besar Balai Islam, Lundang baru lalu.

    Katanya, Majlis Menghafaz dan Tilawah Al-Quran yang diadakan setiap tahun di peringkat negeri adalah merupakan manifestasi usaha yang serius, strategi dan berterusan daripada pihak Kerajaan Negeri khususnya untuk mendaulatkan Al-Quran sebagai asas perpaduan ummah.

    Umat Islam hanya mempunyai satu pilihan sahaja untuk berjaya iaitu dengan beriman dan menyakini ajaran Al-Quran sepenuhnya yakni menjadikan kitab suci itu sebagai panduan hidup dalam kehidupan individu atau perlembagaan dalam kehidupan bernegara serta sumber rujukan bagi setiap isu dan permasalahan yang timbul.

    Segala program dan gerak kerja yang dilaksanakan bukan sahaja melibatkan bidang pembangunan material dan fizikal tetapi merangkumi aspek pembangunan insaniah yang boleh

    mengilap potensi kecemerlangan diri dan keunggulan sahsiah, katanya.

    Tambahnya, Kerajaan Negeri bersama-sama dengan agensi Perkhidmatan Sektor Awam sentiasa menerapkan keseimbangan dan pelaksanaan dasar pentadbiran untuk keseimbangan antara tuntutan duniawi dan ukhrawi.

    Keputusan menghafaz sebagaimana berikut, tahap satu (1-10 juzu dan tarannum) hafiz, johan Che Mahmud Yusoff, naib johan Muhammad Amirul Mukmin Mazlan dan tempat ketiga Ahmad Naufal Nasir.

    Hafizah, johan Putri Auni Khadijah Mohd Hanif, naib johan Faten Nadia Tuan Hussain dan tempat ketiga Siti Hajar Zakaria.

    Keputusan tahap dua (1-20 juzu) hafiz, johan Abdul Munshi Mustapa, naib johan Afnan Kholili Khairul Anuar dan tempat ketiga Nik Muhammad Hazim Nik Ab Aziz.

    Hafizah, johan tiada peserta yang layak, naib johan tiada peserta yang layak dan tempat ketiga Hamiza Alyaa Che Yusoff.

    Tahap tiga (1-30 juzu dan tafsir) hafiz, johan Abdullah Ulwan Ismail, naib johan Abdul Rauf Sapuan dan tempat ketiga Ahmad Muslim Almi.

    Hafizah, johan Afifah Syakirah Mohd Radzi, naib johan Siti Ameerah Fauzi dan tempat ketiga Putri Aminah Mohd Hanif.

    Keputusan tilawah pula adalah qari, johan Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, naib johan Muhammad Anwar Abdullah dan tempat ketiga Mohd. Tariq Ismail.

    Qariah, johan Mariam Jusoh, naib johan Che Ruhani Mohd. Fathil dan tempat ketiga Rahimah Mahmud.

    Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

    Al-Quran Asas Perpaduan Ummah

    4 REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

  • 5REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    KOTA BHARU Negeri Kelantan merupakan sebuah negeri yang sentiasa menjaga keharmonian hubungan antara kaum tanpa berlaku sebarang diskriminasi antara kaum-kaum yang terdapat di negeri ini.

    Menteri Besar, YAB Ustaz Dato Ahmad Yakob berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Tiong Hwa Sempena Tahun Baru Cina 2019 di Dewan Perniagaan Cina Kelantan baru lalu.

    Katanya, Kelantan dengan jumlah penduduk 1.8 juta orang boleh dianggap sebagai sebuah negeri yang unik dengan budaya pelbagai kaum dan hidup dalam suasana aman damai.

    Kestabilan politik yang diwarisi sejak dari zaman pentadbiran Tok Guru banyak sekali memberi sumbangan dalam menjamin keamanan dan kesejahteraan hidup rakyat di negeri ini.

    Dasar persamaan tanpa diskriminasi

    antara kaum telah membuka ruang yang seluas-luasnya bagi menjamin wujudnya hubungan harmoni antara kaum, katanya.

    Tambahnya, keharmonian yang wujud selama ini hendaklah menjadi tanggungjawab semua kaum untuk terus mengekalkan tanpa ada sebarang unsur sensitif yang menyentuh kepentingan mana-mana kaum.

    Keamanan akan wujud apabila setiap kaum sentiasa menjaga sensitiviti kaum yang lain dan keamanan itu bakal menarik minat pelancong luar untuk berkunjung ke Kelantan.

    Rakyat Kelantan semua kaum mempunyai identiti yang tersendiri terkenal dengan sikap toleransi, berhemah, suka berniaga dan berjimat cermat, katanya.

    Turut berucap Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Dato Takiyuddin Hassan yang berpendapat bahawa, Negeri Kelantan mempunyai kelebihannya yang tersendiri dalam usaha menjaga

    dan mengekalkan keharmonian hubungan antara kaum selama ini.

    Rakyat Kelantan yang kuat berusaha dan ramai yang terlibat dalam bidang perniagaan tidak terkesan dengan kejatuhan ekonomi negara.

    Dasar Kerajaan Kelantan yang cukup prihatin dengan masalah rakyat tanpa mengira bangsa berhasil mengekalkan keamanan dan kesejahteraan hidup rakyat seluruhnya, katanya.

    Majlis anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN) itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato Md. Anizam Ab. Rahman, ADUN Bunut Payong, YB Dr. Ramli Mamat, ADUN Tanjong Mas, YB Hajjah Rohani Ibrahim, Pengerusi Persatuan Masyarakat Tiong Hwa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta pimpinan-pimpinan tempatan dan masyarakat Tiong Hwa.

    Kelantan Berjaya Mengekalkan Keharmonian Hubungan Kaum

    5REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

  • 6 REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    KOTA BHARU Seramai 200 orang telah diraikan pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Petugas Sambutan Hari Murabbi Ummah bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar baru lalu.

    Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato Haji Abdullah Yakub yang berucap mewakili Menteri Besar, merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas yang telah memberi kerjasama menjayakan program tersebut.

    Katanya, program yang besar itu telah mendapat sambutan yang cukup membanggakan bukan saja dari rakyat Kelantan bahkan ke seluruh pelusuk negara.

    Kita telah berhasil menampilkan seorang pendakwah yang cukup terkenal di nusantara ini iaitu Ustaz Abdul Somad dari Indonesia yang sentiasa dinantikan kehadirannya oleh seluruh rakyat Kelantan.

    Pada program-program yang

    akan datang kita akan membuat jemputan lagi untuk berbincang bagi mendapat buah fikiran dan tenaga daripada para petugas, katanya.

    Tambahnya, dengan sokongan dan dokongan daripada para petugas, kita mengharapkan kejayaan yang lebih besar melalui program seupama ini.

    Turut hadir Exco Kerajaan Negeri, YB Dato Haji Mohd. Nassuruddin Haji Daud, YB Wan Roslan Wan

    Hamat, Timbalan Speaker, YB Dato Haji Abdul Fattah Mahmood, Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato Haji Che Abdullah Mat Nawi, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan Parlimen serta Timbalan Mufti Kerajaan Kelantan, YB SF Dato Haji Nik Abdul Kadir Nik Muhammad.

    Sempena majlis tersebut juga diadakan cabutan nombor bertuah untuk hadiah saguhati kepada para petugas.

    KOTA BHARU Pengaruh dan peranan anak muda cukup besar dalam mencorakkan sejarah sesebuah negara seperti mana yang berlaku di Rusia, Perancis dan China satu waktu dulu apabila berlakunya revolusi menuntut perubahan.

    Timbalan Menteri Besar, YB Dato Mohd. Amar Nik Abdullah berkata demikian sewaktu berucap pada upacara Pembukaan Hari Anak Muda Kelantan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad Ke IV baru lalu.

    Katanya, seperti mana Arab Spring yang berlaku Negara Arab juga dicetuskan oleh golongan anak muda yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan sesebuah negara.

    Oleh itu pengaruh dan peranan golongan muda cukup besar dalam

    membantu mempertahan dan mengekalkan Kerajaan Negeri dengan dasar Membangun Bersama Islam.

    Untuk menuju kepada sesuatu kejayaan anak muda perlu ada model sebagai panduan, contoh yang jelas adalah kisah Ashabul Kahfi yang memberi pengajaran yang cukup besar kepada golongan muda berhubung dengan keimanan, katanya.

    Tambahnya, sejarah kehebatan dan kecemerlangan kehidupan orang Melayu di alam Melayu adalah bermula apabila mereka menerima Islam dan mempraktikkan ajaran Islam seperti mana kemajuan Melaka sebagai sebuah pusat pemerintahan dan perdagangan satu waktu dulu.

    Kerajaan Islam Pasai dan Acheh juga turut menjadi

    kuat dan maju sehingga dikenali di seluruh dunia sesudah mereka menerima ajaran Islam.

    Islam adalah agama yang telah banyak membawa perubahan dan kemajuan kepada kerajaan-kerajaan lain yang pernah wujud di rantau ini sesudah mereka menerima ajaran Islam, tambahnya.

    Katanya lagi, ajaran Islam hendaklah dijadikan jati diri kita dalam mengharungi cabaran hidup pada zaman yang mencabar ini kerana Islam sahajalah yang mampu menyelesaikan segala kesulitan yang bakal dihadapi.

    Berhubung perkara yang sama, beliau menjelaskan bahawa pelaksanaan program yang berkaitan dengan dasar Membangun Bersama Islam semakin kukuh di bumi Kelantan.

    Peranan Anak Muda Cukup Besar Dalam Mencorakkan Sejarah Sesebuah Negara

    Petugas Hari Murabbi Ummah Diraikan

  • 7REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    PENGKALAN KUBOR Sokongan dan kerjasama daripada setiap lapisan masyarakat adalah perlu dalam memerangi gejala rasuah yang boleh mengancam kestabilan negara.

    Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat ketika berucap mewakili Menteri Besar pada Majlis Perasmian Papan Iklan Mesej Anti Rasuah Dwi-Bahasa (Malaysia-Thai) di Kompleks ICQS Pengkalan Kubor baru lalu.

    Katanya, program seperti ini akan memberi kesan positif dalam memerangi aktiviti penyeludupan di sempadan kedua-dua negara yang membabitkan Malaysia-Thailand.

    Masyarakat perlu memberi kerjasama dalam memerangi rasuah yang membabitkan aktiviti di sempadan yang tentunya akan mengancam keselamatan masyarakat dan negara.

    Isu pengawalan di kawasan sempadan perlu ditingkatkan daripada semasa ke semasa dan masyarakat perlu sentiasa peka dengan masalah di sempadan, katanya.

    Tambahnya, sebagai rakyat Kelantan kita perlu berterima kasih kepada pasukan keselamatan di sempadan yang telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab walaupun terpaksa berdepan dengan keselamatan diri mereka.

    Turut berucap, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM,

    Dato Jaafar Mahad, yang turut menekankan bahawa kerjasama daripada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum adalah penting dalam memerangi gejala rasuah.

    Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar yang memberi kerjasama dalam memerangi gejala rasuah di negeri ini.

    Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan semangat anti rasuah di kalangan agensi-agensi kerajaan yang bertugas di sempadan dan penduduk setempat.

    Mendidik orang awam yang menggunakan pintu keluar masuk negara di ICQS Pengkalan Kubor untuk memerangi rasuah, serta mewujudkan keterlibatan pemimpin tertinggi negeri

    dan agensi-agensi Kerajaan Negeri dalam usaha pencegahan rasuah yang dilaksanakan oleh SPRM.

    Turut hadir Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato Haji Che Abdullah Mat Nawi, ADUN Wakaf Bahru, Mohd. Rusli Abdullah, ADUN Kelaboran, Haji Mohd. Adanan Hassan, Ketua Jajahan Tumpat, Rosnazli Mohd. Amin dan Pengarah SPRM Kelantan, Ramli Ismail.

    Selain itu, turut serta adalah Konsul General Kedutaan Thailand, Gabenor Wilayah Narathiwat dan Pegawai-Pegawai Daerah Takbai.

    Majlis tersebut adalah anjuran bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Majlis Daerah Tumpat, ICQS Pengkalan Kubor dan SPRM Negeri Kelantan.

    Kerjasama Masyarakat Perlu Dalam Memerangi Rasuah

    7REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

  • 8 REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    SEMINAR KEtOKOHAN Ustaz Abdullah Mohamed NakulaKOTA BHARU Penganjuran Seminar Ketokohan Ustaz Abdullah Mohamed Nakula adalah sebagai mengenang jasa Allahyarham Abdullah Mohamed atau dikenali sebagai Nakula, yang disifatkan sebagai tokoh penelaah, pencatat, pengkaji, penulis dan pengarang berwibawa serta dinamik, malah ada yang mengelarkan sejarawan Kelantan itu sebagai ulat buku.

    Begitulah gambaran hebat yang disifatkan terhadap Nakula yang meskipun beliau sudah kembali ke pengkuan Ilahi pada April 1998.

    Semangat dan cinta kepada buku sudah ditunjukkan Nakula sejak berusia 13 tahun lagi pada 1944 yang menyaksikan beliau membaca ratusan buku dan melakukan banyak kerja penyalinan teks atau rencana.

    Menurut Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK), Ruslan Ludin, melalui penganjuran program seperti ini banyak maklumat-maklumat yang tidak diketahui oleh masyarakat sebelum ini dapat disebarkan dan dimaklumkan kepada masyarakat.

    Mungkin ada di antara kita yang

    tidak pernah mendengar nama Ustaz Abdullah Nakula, atau jika pernah pun kita tidak mengetahui siapakah beliau yang sebenarnya.

    Sangat eloklah nama beliau ini diketengahkan kerana jasa beliau dalam membuat kajian dan menulis buku-buku berkaitan sejarah Kelantan sangatlah besar, katanya.

    Tambahnya, nama beliau sepatutnya diangkat dan diperkenalkan kepada seluruh rakyat Negeri Kelantan dan buku-buku tulisan beliau seharusnya digunakan sebagai salah satu buku rujukan utama di dalam menjalankan kajian berkaitan sejarah Negeri Kelantan.

    Sebanyak empat kertas kerja dibentangkan iaitu Biografi Ustaz Abdullah Mohamed (Nakula) oleh Dato A. Aziz Deraman selaku Presiden Peradaban, Kosmologi Melayu Dalam Bentuk Alam Yang Mengkagumkan oleh Prof. Dr. Shahrir Mohd. Zain (Mantan Timbalan Naib Canselor UKM), Falsafah Pemikiran Melayu Dan Hubungan Dengan Kebudayaan Islam, Pandangan Nakula oleh Dr. Mohammad Ali Noor

    bin Abdul Kadir (Mantan Pensyarah UKM), Perbahasan Sejarah Kelantan Dalam Penulisan Nakula, Cabaran Dan Harapan Generasi Muda oleh Encik Nuraidil bin Zakaria (Timbalan Pengerusi PPSK, manakala slot khas dikendalikan oleh Ustaz Abdul Razak Mahmud (Mantan Editor Pengasuh MAIK).

    Seminar yang diadakan di Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) itu anjuran bersama Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan (PPSK) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Perbadanan Muzium Kelantan dan Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (Peradaban).

    8 REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

  • 9REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    PASIR MAS- Lawatan YB Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar ke tapak Zon Agropelancongan Projek Perternakan Rong Chenok serta Projek Akuakultur di Danau Tok Uban. Kunjungan tersebut adalah bagi mendengar taklimat cadangan projek, pembentangan video serta dibawa melawat ke kawasan yang berpotensi untuk dijadikan zon Agroperlancongan.

    Dengan tanah yang berkeluasan sebanyak 200 ekar itu dibuka dengan 68 ekor induk dan baka rusa sebagai permulaan dalam misi menjadikan ladang tersebut sebagai kawasan Agropelancongan. Kini, populasi ternakan di ladang rusa Rong Chenok telah pun mencecah sebanyak 450 ekor ternakan termasuk rusa dan 30 ekor lembu. Selain daripada aktiviti ternakan di ladang rusa ini juga, menganjurkan kursus, latihan dan lain-lain aktiviti kepada kakitangan jabatan dan agensi-agensi luar sebagai aktiviti di ladang rusa Rong Chenok.

    Antara usaha yang telah dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan adalah dengan memberi cadangan bagi memajukan tanah pertanian (tanah rezab Ragutan) tersebut. Kawasan yang dimaksudkan adalah Lot 3142 yang berkeluasan 266.288H yang dijadikan sebagai Pusat Ternakan Rusa Rong Chenok ini.

    Dengan merujuk kertas cadangan bajet pembangunan negeri bagi

    rancangan Malaysia yang kesebelas (RMK-11) Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan membuat pelbagai rangka dalam membantu membangunkan industri ternakan di Negeri Kelantan sepanjang tempoh 2016 hingga 2020.

    Antara objektif lain, memberi pendedahan tentang ladang ternakan rusa dan program yang akan dilaksanakan untuk menaiktaraf ladang rusa sebagai sebuah ladang agroperlancongan sepertimana hasrat awal penubuhan ladang rusa ini. Di samping itu, menjalinkan hubungan baik antara Jabatan Veterinar dengan Kerajaan Negeri serta agensi agensi lain bagi memajukan dan merialisasikan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk mewujudkan agropelancongan di Ladang Ternakan tersebut. Menjadikan ladang ternakan rusa Rong Chenok sebagai pemangkin industi ternakan di Malaysia khususnya di Negeri Kelantan.

    Sejurus selepas itu, YB Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail serta rombongan meninjau Projek Akuakultur Danau Tok Uban Pasir Mas. Danau Tok Uban seluas 607 hektar akan dijadikan sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA) bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan. Beliau berkata, cadangan pembangunan tasik tersebut akan dilengkapi fasiliti sesuai dengan zon industri akuakultur. Selain itu, membaiki surau sedia ada, membina tandas dan dewan bagi kemudahan pelancong. Selain itu, cadangan sama turut diangkat kepada kementerian bagi membantu penduduk yang berminat untuk memajukan tasik sebagai pusat pelancongan agro.

    Turut hadir Ketua Jajahan Pasir Mas, Mohd Anis Hussein; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) Engku Rajhan Engku Ismail dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kamal Mustapha.

    CADANGAN BAGI MEWUJUDKAN ZON AGROPELANCONGAN

  • 10 REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    DIALOG ANAK RANtAU ERAtKAN UKHWAH

    Negeri mendapat input secara langsung daripada rakyat yang menunjukkan sikap keterbukaan Kerajaan Negeri Pimpinan Menteri Besar Dato Bentara Kanan dalam memastikan dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam dapat dirasai di setiap lapisan masyarakat khususnya kepada anak Kelantan di perantauan. Turut hadir ADUN Kemuning YB Mohd Roseli Ismail, ADUN Cempaka YB Ahmad Fathan Mahmood, ADUN Semerak YB Wan Hassan Wan Ibrahim , serta Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, YB Ahmad Marzuk Shaary.

    SHAH ALAM : Majlis Ramah Mesra & Dialog Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan bersama anak Kelantan di perantauan baru-baru ini telah diadakan bertempat di De Palma Hotel Shah Alam. Majlis yang berbentuk dialog dua hala ini menarik minat anak rantau hadir lebih kurang 200 orang. Antara objektif utama dialog tersebut adalah untuk memberi penerangan berkaitan isu semasa dan seterusnya dapat menjalinkan ukhwah antara barisan pimpinan serta anak Kelantan di perantauan.

    Melalui dialog tersebut, Kerajaan

    10 REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

  • 11REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    KOTA BHARU- Buat julang kalinya Kota Bharu sekali lagi bergema dengan suara-suara wanita yang hadir ke Program Daurah Wanita yang telah diadakan di Dewan Konvensyen Trade Centre, Kota Bharu. Program dengan kerjasama Kerajaaan Negeri serta Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita telah menerima kehadiran seramai 1,200 orang peserta berkumpul bersama bagi meraikannya.

    Program ini diadakan sempena Hari Murabbi Ummah menampilkan tiga orang penceramah iaitu Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Hjh Siti Zailah Mohd Yusoff dan Ustazah Shadiya Abbas dalam forum Asiah, Wanita Penghuni Syurga serta Ustazah Datuk Dr Hafizah Musa dalam slot Wanita Penjaga Khazanah Ummah. Wanita yang disinonim sebagai penjaga khazanah ummah kerana dari rahim serta didikan pertama anak-anak bermula dari air tangan wanita serta membicarakan topik berkaitan

    peranan dan tanggungjawab wanita dalam melaksanakan dakwah Islam.

    Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, YB Hjh Mumtaz Md Nawi. Dalam ucapannya beliau berkata, para muslimat wajar menjadikan tokoh Saidatina Asiah sebagai idola dalam mengharungi cabaran menjadi muslimat sejati. Sejurus selepas itu, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa juga telah dipilih oleh Kerajaan Negeri Kelantan bagi penerimaan Anugerah Selebriti Dakwah atas

    usaha berterusan beliau dalam bidang dakwah serta sumbangannya kepada ummah. Pemilihan Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa sebagai Tokoh Selebriti Dakwah adalah sebagai satu usaha untuk mendidik ummah dalam kegiatan dakwah agar terus berkembang dengan pesat.

    Program daurah tersebut turut diserikan dengan segmen Sejenak Bersama Palestin oleh Dr. Diaa Muhammad Al-Juneidi serta diakhir persembahan dikir barat oleh kumpulan Soutul Azahar dari Maahad Amir Indra Petra.

    LEBIH 1000 WANItA PENJAGA KHAZANAH UMMAH BERHIMPUN

    11REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

  • 12 REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    YAB Ustaz Dato Bentara Kanan Menteri Besar, mengiringi keberangkatan YTM Tengku Mahkota Kelantan ke majlis pengurniaan hadiah menghafaz dan tilawah Al-Quran negeri Kelantan bertempat di Dewan Besar Balai Islam Lundang.

    YAB Ustaz Dato Bentara Kanan Menteri Besar menerima kunjungan hormat daripada Menteri Hal Ehwal Ekonomi YB. Dato Seri

    Mohamed Azmin Ali serta Timbalannya YB Dr. Mohd Radzi Md Jidin bersama rombongan ke Mabna MBI. Kunjungan hormat

    tersebut adalah pertemuan mahabbah dan silaturrahim dalam menjunjung semangat federalisme antara Kerajaan negeri dan pusat.

    YB Dato Haji Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar hadir merasmikan Majlis perasmian Revisit Kota Bharu 2019 bertempat di Dataran Bandaraya, Kota Bharu. Turut diadakan persembahan kebudayaan dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Kota Bharu photo / Video Challenge 2018. Dataran Bandaraya yang terletak di Jalan Dato pati (sekitar Bangunan MARA) merupakan port santai terbaru yang menarik minat pengunjung pada sebelah malam.

    YB. Dato Dr. Mohamed Fadzli Dato Haji Hassan, pengerusi Jawatankuasa pembangunan Insan, pendidikan, pengajian Tinggi,

    Sains dan Teknologi hadir merasmikan Majlis persidangan Meja Bulat Unit pembangunan Insan 2019 anjuran portfolio

    pembangunan Insan, pendidikan,pengajian Tinggi, Sains & Teknologi negeri Kelantan bertempat di Sutra Beach Resort, Marang,

    Terengganu yang telah berlangsung selama 2 hari.

    Lensa12 REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

  • 13REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    YB Dato Haji Hanifa Ahmad pengerusi Jawatankuasa perindustrian, perdagangan, pelaburan dan pembangunan Usahawan,

    menyampaikan bantuan beras al- itaam, dan keperluan asas kepada masyarakat yang diberikan secara bulanan.

    YB. Hajjah Mumtaz Md nawi, pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, pembangunan Keluarga dan Wanita bersama Datin Bentara Kanan Hajah Siti Zabidah mengiringi keberangkatan pulang DYMM Seri paduka Baginda Raja permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar berangkat pulang ke Kuala Lumpur setelah selesainya Majlis

    perasmian Hari peringatan Sedunia 2019 peringkat Kebangsaan persatuan pandu putri Malaysia.

    Majlis pelancaran dan penyampaian Anugerah program Dapur Hijau 2019 telah diadakan bertempat di Dewan Teratai,

    Kompleks Kota Darulnaim. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail selaku pengerusi Jawantankuasa pertanian,Industri Asas Tani,Bioteknologi,Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Kelantan.

    YB Sr. Hj. Azami Mohd nor, pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti meneruskan delegasi lawatan ke kilang dura-mine, kilang pembuatan paip dan fiber bertempat di Beranang, Selangor.

    Lensa13REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

  • 14 REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    KOTA BHARU Puisi Tradisional Melayu merupakan warisan bangsa Melayu yang sangat unit dan mempunyai banyak keistimewaan dan peranannya yang tersendiri di kalangan masyarakat dahulu dan sekarang dalam mencorakkan pemikiran khususnya orang Melayu.

    Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato Md. Anizam Ab. Rahman berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Pengucapan Puisi Kota Bharu Sempena Hari Puisi Sedunia (UNESCO) Peringkat Negeri Kelantan 2019 di Dataran Bandaraya, Kota Bharu baru lalu.

    Katanya, Puisi Tradisional Melayu telah muncul sebelum bermulanya sistem tulisan yang sebati dalam jiwa masyarakat sebagai satu hasil seni dan merupakan satu bentuk wadah pemeliharaan adat, pembina sahsiah diri, pengajar agama, pertahanan, hiburan dan kepercayaan.

    Di hadapan kita sedang menunggu satu alaf yang penuh cabaran yang memerlukan kita sentiasa berada dalam situasi yang bersiap sedia untuk menghadapinya dan cabaran itu bukan sahaja dalam bidang ekonomi, perdagangan dan politik tetapi juga dalam bidang kebudayaan dan kesusasteraan.

    Banyak peristiwa yang berlaku pada hari ini memerlukan tafsiran

    para seniman melalui ketajaman minda, hati nurani dan mata fikir dalam memberi jalan yang harus dipilih oleh masyarakat, katanya.

    Tambahnya, dalam mentafsir melalui ketajaman sensitiviti dan kreativiti janganlah kita terlalu ghairah dan emosional sehingga boleh membawa kehancuran dan bencana pada masyarakat kita walaupun konsep kebebasan adalah menjadi asas pendirian yang amat dipertahankan oleh para seniman.

    Masyarakat Melayu amat terkenal dengan nilai-nilai kesusasteraan, kesopanan dan kesusilaan, berbudi bahasa, kesetiaan, beradat dan berpantang larang mungkin kerana masyarakat Melayu dari zaman ke zaman telah membaca dan menekuni hasil-hasil karya puisi dan penulisan yang menekankan sistem nilai, adat, alam, perjuangan dan kehidupan bermasyarakat.

    Jelas kesusasteraan Melayu

    mampu membentuk jati diri dan membangkitkan semangat orang Melayu dalam menuntut kemerdekaan negara pada tahun 1957 yang dapat kita simpulkan bahawa karya sastera berhasil membentuk dan mencorak pemikiran masyarakat Melayu serta memupuk jati diri yang jitu, katanya.

    Pada masa yang sama YB Dato Md. Anizam turut mengambil peluang mendeklamasikan sebuah sajak bertajuk Budi Mulia.

    Program Hari Puisi Sedunia disambut pada setiap tahun pada tarikh 21 Mac. Pada tarikh ini, UNESCO menggalakkan negara anggota untuk mengambil bahagian yang aktif dalam menyambut Hari Puisi Sedunia, sama ada di peringkat tempatan atau negara, melalui penyertaan aktif jabatan, NGO, institusi awam atau swasta.

    Objektifnya adalah untuk mendukung semangat dan apresiasi perpaduan melalui suara dan bait-bait puisi yang dapat menarik minat khalayak terhadap

    Karya Sastera Mampu Mencorak Pemikiran Masyarakat

    14 REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

  • 15REJAB 1440H |FEBRUARI 2019sastera dan bahasa Melayu amnya.

    Menanam minat khalayak terhadap seni kebudayaan tradisional dan puisi moden.

    Serta menyatukan semua sasterawan, penggiat seni, budayawan, pelajar, kakitangan kerajaan untuk bersatu suara melalui puisi dalam melahirkan perpaduan antara kaum dan semangat cinta akan agama, bangsa dan negara.

    Majlis diisi dengan persembahan Fragmen Teater Kota Kubang Labu oleh Senitra Jastera, deklamasi puisi (Nuraina Sofea Mazlan, Muhammad Faeq Rosli, Abdul Hafiz Saedi, Nurhusna Farisha Roslan, Mokhtar Mustaffa) lagu puisi (Anbakri), lagu rakyat Kelantan (Hasnul), penampilan istimewa-Sasterawan Negara (SN)

    Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh serta Dikir Barat: Kelantan Cakna Bahasa, Sastera dan Budaya oleh Kumpulan Warisan Anak Tani, Sri Sokor, Kok Lanas (Amran DBA dan Arman DBA).

    Antara lain yang hadir dan turut mengambil bahagian dalam persembahan ialah Penaung Kehormat Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR) Tan Sri Dato Sri (Dr) Hamad Kama Piah Che Othman, Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka, Profesor Datuk Dr. Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Penyair Malaysia, Dato Dr. Radzuan Ibrahim, Presiden Peradaban Malaysia, Dato A. Aziz Deraman, Ahli Majlis MPKB-BRI,

    Ruzely Abdullah, Wakil Pengarah JKKN Kelantan, Maroof Seman RS dan Pengerusi Penyair Malaysia Cawangan Kelantan, Ilmin Abdullah.

    Majlis tersebut adalah anjuran Persatuan Penyair Malaysia Cawangan Kelantan (PENYAIR), Kerajaan Negeri Kelantan dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) dengan kerjasama Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia (PERADABAN), Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MKPB-BRI), Persatuan Penulis Kelantan (PPK), Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA), Persatuan Penulis dan Budayawan Negeri Kelantan (PESISIR) dan Gabungan Penulis Muda Negeri Kelantan (GEMA).

    15REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

  • 16 REJAB 1440H |FEBRUARI 201916 REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    SETELAH hampir enam kali ditunda sejak 2015, Pilihan Raya Umum (PRU) Thailand akhirnya menjadi kenyataan tahun ini setelah Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn mengeluarkan dekri diraja meluluskan proses pemilihan pertama sejak tentera merampas kuasa pada 2014.

    Menurut pihak istana, dekri yang diterbitkan dalam Warta Diraja itu mengarahkan pilihan raya diadakan segera bagi memilih anggota Parlimen baharu setelah tertangguh selepas bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra digulingkan.

    Ekoran dekri diraja itu, Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand dalam kenyataannya berkata, PRU Thailand akan diadakan pada 24 Mac ini.

    Keputusan berkenaan secara tidak langsung membolehkan kempen pilihan raya dimulakan secara rasmi walaupun terdapat kemungkinan muncul pelbagai parti baharu termasuk yang berkaitan dengan tentera selain keluarga Shinawatra.

    Bulan lalu juga, kerajaan tentera menamatkan sekatan ke atas aktiviti politik, membenarkan parti berkempen. Susulan itu, ribuan ahli politik mendaftar untuk menyertai PRU pertama Thailand sekali gus bakal menyaksikan ramai calon muka baru mewakili pelbagai parti politik.

    Pada 24 Mac ini, rakyat Thailand perlu menyatakan pendirian mereka untuk menyekat rejim tentera, kata Ketua Parti Future Forward, Thanathorn Juangroongruangkit, yang memperjuangkan pemisahan tentera daripada politik.

    Penganalisis Thailand mendakwa, tentera akan kembali menyertai kerajaan melalui parti proksi dengan pemimpin junta, Prayut Chan Ocha akan memainkan peranan sebagai pemimpin awam selepas pilihan raya.

    Parti Phalang Pracharath yang mempunyai kaitan dengan tentera dan diketuai oleh anggota kabinet junta dilapor mengadakan pengambilan ahli baharu di kubu kuat Yingluck dan abangnya, Thaksin yang juga digulingkan pada 2006.

    Namun masih timbul persoalan sama ada parti utama Shinawatra, Pheu Thai masih mampu menarik kesetiaan pengundi mereka di utara dan timur laut Thailand serta golongan miskin tanpa pengaruh dua beradik tersebut yang kini hidup dalam buangan di luar negara.

    Sementara itu, Bangkok Post melaporkan, Prayut mengumumkan bersedia mempertimbangkan untuk menyertai mana-mana parti tanpa meninggalkan dasar yang telah dibuat kerajaan ketika itu.

    Bagaimana parti politik mesti

    menjemput saya (menyertai) terlebih dahulu. Sama ada saya akan menerimanya atau tidak, itu cerita lain.

    Jika saya membuat keputusan untuk kekal (dalam politik) meneruskan tanggungjawab, saya perlu memilih parti yang berdedikasi, tidak mementingkan diri dan berazam untuk mengubah negara ke arah lebih baik dan bukan bertujuan untuk membatalkan apa yang telah dimulakan kerajaan, kata Perdana Menteri itu.

    Tambahnya, beliau masih belum mendapat tawaran untuk menyertai Parti Palang Pracharath.

    Menurut AFP, PRU kali ini menyaksikan ratusan ahli politik, termasuk yang memakai kostum adiwira mendaftar untuk menyertai pilihan raya pertama Thailand sejak rampasan kuasa 2014, sekali gus bakal menyaksikan ramai calon muka baru mewakili pelbagai parti politik.

    Sejak peristiwa rampasan kuasa, pemerintahan tentera bertindak meminda Perlembagaan, menentang perbezaan pendapat dan melantik sekutu junta di dalam kerajaan.

    Proses pendaftaran yang berlangsung sekarang, disambut dengan suasana pesta, apabila puluhan kumpulan penyokong mengibarkan kain pemidang dan bendera parti ketika memasuki stadium di tengah Bangkok.

    SEtELAH tERtANGGUH, PRU tHAILAND DIJANGKA SENGItOleh : Azhar Che Lah (KVPC) Persatuan Penulis dan Budayawan Kelantan

  • 17REJAB 1440H |FEBRUARI 2019 17REJAB 1440H |FEBRUARI 2019Selain pemimpin parti Pheu

    Thai dan parti pro tentera, Phalang Pracharat, turut mendaftar adalah calon dari parti Phalang Prachatipatai atau kuasa demokrasi, yang memakai kostum ikon budaya pop Amerika Syarikat,Lone Ranger.

    Yang turut tampil, calon parti Pakatan Tindakan untuk Thailand, yang membawa poternya memakai pakaian Superman.

    Kami tetap dengan pendirian dan prinsip untuk menamatkan kuasa (pemerintahan tentera).

    Pada 24 Mac ini, rakyat Thailand perlu menyatakan pendirian mereka untuk menghentikan rejim tentera, kata Ketua Parti Future Forward, Thanathorn Juangroongruangkit, yang memperjuangkan pemisahan tentera daripada politik.

    Menurut Reuters, pengumuman kakak kepada Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn sebagai calon Perdana Menteri untuk parti yang setia kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, pada pilihan raya umum 24 Mac ini.

    Tindakan tidak dijangka oleh Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Varnavadi yang berusia 67 tahun itu memecah tradisi Thai yang mana kerabat dirajanya tidak menyertai politik.

    Thailand mengamalkan monarki perlembagaan sejak 1932, tetapi keluarga dirajanya mempunyai pengaruh yang besar dan mendapat sokongan jutaan rakyat. Kakak sulung raja itu telah mendaftar sebagai calon parti Thai Raksa Chart, serpihan Parti Pheu Thai yang disokong Thaksin.

    Pilihan raya akan datang dilihat sebagai pertandingan antara para penyokong dan sekutu Thaksin di satu pihak dan kerajaan yang disokong tentera di pihak yang lain.

    Prayuth Chan Ocha, yang menjadi Perdana Menteri sejak mengetuai rampasan kuasa pada 2014, turut dipilih sebagai calon untuk memimpin kerajaan seterusnya.

    Kesinambungan daripada itu menurut CNN Indonesia, Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn, menyatakan

    tidak bersetuju dengan keputusan kakaknya terlibat ke dunia politik dan ikut dalam pilihan raya Mac ini. Hal ini kemungkinan akan mengandakan cita-cita kakak untuk melawan penyandang, Prayut Chan Ocha.

    Keterlibatan anggota keluarga kerajaan dalam politik dalam bentuk apa pun bertentangan dengan tradisi negara, tata cara, dan kebudayaan dan hal itu saya anggap sangat tidak pantas, kata Vajiralongkorn dalam pernyataan yang diterbitkan istana Thailand.

    Pencalonan Ubolratana ini diumumkan langsung oleh penyokongnya, Parti Thai Raksa Chart, parti sokongan keluarga mantan Perdana Menteri, Yingluck dan Thaksin Shinawatra.

    Seluruh keluarga kerajaan harus mentaati aturan yang berlaku, dan tidak terjun dalam kegiatan politik, kerana itu bertentangan dengan tujuan undang-undang dasar, tulis Vajiralongkorn dalam pernyataannya.

    Ubolratana dikenal sebagai berperibadi ceria, sangat berbeza dengan Vajiralongkorn yang kaku. Ia sempat melepaskan titel kerajaannya saat menikahi seorang rakyat Amerika Syarikat beberapa dekat lalu.

    Ubolratana kemudian bercerai dan kembali ke Thailand, yang mana ia masih dianggap sebagai bagian dari keluarga kerajaan. Thailand menjadi negara monarki konstitusional sejak 1932. Namun, keluarga kerajaan memiliki pengaruh penting dan dapat menggiring opini jutaan rakyat.

    Di sisi lain, konstitusi Negara Gajah Putih sangat melindungi institusi raja. Hal itu termaktub dalam Pasal 112 UUD Thailand yang mengatur soal hukuman bagi sesiapa pun yang mempermalukan, menghina, dan mengancam raja, ratu, serta seluruh keturunan mereka. Pelakunya boleh dihukum penjara selama tiga hingga 15 tahun, bahkan ada yang lebih tergantung status kesalahan.

    Peraturan ini menjadikan seluruh keluarga diraja, termasuk Ubolratana, kebal terhadap kritik. Meski dia dianggap sebagai peribadi yang

    membuka diri dan aktif di media sosial, media massa setempat tidak boleh sembarang mengambil atau mengutip apa pun darinya, walaupun hal itu menarik diberitakan.

    Dikhuatirkan jika Ubolratana terjun ke politik, peraturan itu boleh menjadi alat untuk memberangus lawan politik dan membungkam pihak-pihak yang mengkritiknya.

    Bagaimanapun, penyertaan Ubolratana yang sepatutnya mewakili parti yang ada kaitan dengan keluarga Shinawatra, dibatalkannya sekali gus memberi laluan kepada junta tentera untuk mengekalkan kuasa.

    Bagaimana pun Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand menolak pencalonan mengejutkan daripada seorang puteri raja negara itu untuk bertanding jawatan menteri selepas Raja Maha Vajiralongkorn menyifatkan kekandanya itu sebagai tidak bersesuaian dan bertentangan dengan perlembagaan.

    Portal berita Bangkok Post sebelum ini melaporkan, suruhanjaya itu juga akan menilai tentang perkara itu selain mengkaji satu aduan yang mendesak parti populis yang mencalonkan Puteri Ubolratana agar dikenakan tindakan.

    Perkembangan mengenai isu tersebut meletakkan Thailand dalam keadaan berjaga-jaga. Polis pengawal rusuhan ditempatkan di wilayah Pichit di utara Bangkok, iaitu tempat yang dikatakan bakal dilawati Ubolratana.

    Ubolratana telah meminta maaf kerana telah mendatangkan masalah bagi rakyat Thailand itu menjelang pilihan raya.

    Suruhanjaya tersebut mengulangi teguran Raja Maha Vajiralongkorn, bahawa kerabat diraja tidak harus melibatkan diri dalam politik dan pencalonan Puteri Ubolratana adalah tidak wajar serta menyalahi perlembagaan.

    Saya minta maaf kerana niat ikhlas saya ingin berkhidmat kepada negara dan rakyat Thai telah menyebabkan masalah yang tidak patut berlaku pada era ini, katanya menerusi akaun Instagram miliknya.

  • 18 REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    KOTA BHARU Seramai 250 peserta telah berjaya mengikuti program Daurah Ruqyah Syariyyah (Perubatan Rawatan Islam) membabitkan perawat-perawat yang sudah berpengalaman dan yang baru dalam kursus intensif perubatan rawatan Islam di Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji baru lalu.

    Program selama dua hari itu dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Hilmi Abdullah mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dato Haji Mohd. Nassuruddin Haji Daud.

    Program daurah ini dibimbing oleh Syeikh Abu Al-Barra Usamah bin Yaasin Al-Maani berasal dari negara Jordan, lulusan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan di Universiti Jordan, penulis buku Ensiklopedia Ilmu Ruqyah Syariyyah (Nahwu Mausuah Syariyyah fi Ilmi Al-Ruqa), 14 jilid dan beliau telah menghasilkan 12 buah buku lain dalam judul yang sama.

    Turut diadakan sesi khas bersama YB. SF. Dato Haji Nik Abdul Kadir Nik Muhammad, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan dan bersama wakil Pusat Rawatan Islam DarusSalam.

    Menurut Hilmi, rawatan Islam adalah satu kaedah rawatan secara sihat untuk menolak sebarang amalan tahayul dalam merawat pesakit yang bersumberkan nas yang soheh daripada al-Quran.

    Rawatan secara Islam tidak akan memberi sebarang kesan negatif kepada pesakit bahkan akan menambahkan

    ketaqwaan pesakit tentang keyakinan mereka kepada ajaran Islam.

    Tambahnya selaku Pengarah Program yang berlangsung selama dua hari itu, beliau berharap semoga para peserta dapat memanfaatkan segala ilmu yang berkaitan dengan As-Syifa untuk kebaikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

    Program Daurah Ruqyah Syariyyah atau Kursus Intensif Perubatan Rawatan Islam merupakan satu program yang menfokuskan berkenaan dengan mendalami ilmu perubatan Islam.

    Dalam konteks di Negeri Kelantan, Bahagian Dakwah Halaqat telah menubuhkan Unit As-Syira di setiap jajahan sebagai satu pasukan khas yang mendekati masyarakat melalui kaedah perubatan Islam.

    Secara tidak langsung aktiviti Ruqyah Syariyyah ini bergerak seiring dengan aktiviti dakwah terutama dalam menekankan aspek kembali menghayati ajaran agama Islam dan mengamalkannya

    dalam kehidupan seharian.Dari segi impaknya, program

    ini merupakan usaha dalam memperkasakan ilmu para perawat Rawatan Islam di Kelantan dengan mengambil manfaat keberadaan pakar dalam ilmu perubatan Rawatan Islam di Malaysia.

    Selain ke arah melahirkan pengamal Rawatan Islam yang mencukupi dalam menyelesaikan masalah kesihatan rakyat Kelantan yang mengalami gangguan sihir dan seumpamanya.

    Serta mengukuhkan jalinan antara pengamal Rawatan Islam dari pelbagai institusi dalam menggerakkan agenda dakwah secara lebih bersistematik.

    Program selama dua hari itu adalah anjuran Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan dengan kerjasama Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK), Ilmuan Islam Kelantan, Bahagian Dakwah Halaqat JAHEAIK dan Pusat Rawatan Islam DarusSalam Cawangan Kelantan.

    Rawatan Islam Mampu Meningkatan Ketakwaan Kepada Allah

    18 REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

  • 19REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    KOTA BHARU Selama 29 tahun Kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan ulamak pelbagai halangan dan tribulasi berjaya diharungi dalam usaha meletakkan asas yang kukuh dan destinasi yang jelas menuju sebuah model Kerajaan Islam yang berpaksikan kepada tiga ciri asas iaitu, Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan.

    Menteri Besar, YAB Ustaz Dato Haji Ahmad Yakob berkata demikian sewaktu berucap sempena Malam Bicara Agung, Hari Murabbi Ummah di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV baru lalu.

    Katanya, tiga ciri tersebut merupakan sendi utama dalam dasar pentadbiran Kerajaan Kelantan yang kini memasuki fasa Merakyat Membangun Bersama Islam ke arah meningkatkan usaha menyebarluas ilmu kepada rakyat melalui cara memberi pengetahuan, meningkatkan pemahaman, memastikan penerimaan, menggalakkan penghayatan dan memakmurkan amalan.

    Kita tidak akan melupakan jasa Al-Marhum Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, mantan Menteri Besar Kelantan juga antara murabbi yang banyak meninggalkan jasa dan bakti dalam mentransformasi sistem pendidikan dan pentadbiran Negeri Kelantan.

    Institusi tarbiah seperti pengajian pondok di Kelantan terus dijaga dan dibangunkan yang mana sehingga kini mempunyai 40 buah pondok yang terletak di seluruh daerah dan pelusuk negeri, katanya.

    Tambahnya, antara pondok yang tertua ialah Pondok Lubuk Tapah atau nama rasminya Madrasah Al-Rahmaniah merupakan pondok tertua di Kelantan, ia diasaskan pada tahun 1931 yang terletak di Kampung Lemal, Pasir Mas.

    Pondok kedua tertua ialah Pondok Haji Yakob Kampung Berangan yang ditubuhkan pada tahun 1948 oleh

    Al-Marhum Tuan Guru Haji Yakob Ishak, dan ketiga tertua Pondok Pasir Tumboh atau nama rasminya Madrasah Ad-Diniah Al-Bakriah sempena nama Tuan Guru Haji Abu Bakar yang mengasaskan Pondok Pasir Tumboh pada tahun 1954.

    Kelantan juga mempunyai Pondok Moden di Kandis, Bachok yang mempelajari isi-isi kitab tua dalam masa yang sama melalui sistem pembelajaran berorientasikan peperiksaan yang mana Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah diamanahkan untuk mentadbir Pondok Moden ini. Pengajian pondok ini yang melayakkan pelajarnya menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir, katanya.

    Berhubung perkara yang sama beliau menjelaskan bahawa Kerajaan Kelantan turut membuka laluan bagi pelajar di Pusat Pengajian Pondok Kandis dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) untuk menyambung pengajian jurusan agama di Universiti Az-Zaitunah di Tunisia iaitu universiti tertua di dunia yang dibina pada tahun 737 Masihi.

    Majlis pada malam itu bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Exco Kerajaan Negeri, YB Ustaz Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail dan diikuti kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani yang bertajuk Hidup Selepas Mati.

    Jemaah seterusnya bersolat Isyak

    berjemaah bersama YAB Dato Bentara Kanan Menteri Besar dan diikuti dengan solat hajat royalti yang diimamkan Sahibul Fadhilah Dato Haji Nik Abdul Kadir Nik Muhammad, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan.

    Acara kemuncak Hari Murabbi Ummah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YAB Menteri Besar diikuti oleh tayangan video murabbi, dan selepas itu diikuti dengan Bicara Agung Malam Murabbi Ummah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Somad Daie Nusantara dengan tajuk Tegakkan Islam Tanggungjawab Ummah.

    Pada majlis tersebut, pendakwah terkenal Ustaz Abdul Somad dianugerah Tokoh Daie Nusantara oleh Kerajaan Negeri.

    Anugerah itu berupa wang tunai, replika Masjid Kampung Laut, dinar, rida dan sijil penghargaan.

    Manakala Ustaz Azhar Idrus pula dianugerah Ikon Anak Muda berupa wang tunai, replika Masjid Kampung Laut dan sijil penghargaan sempena Hari Murabbi Ummah.

    Menteri Besar menyampaikan anugerah kepada kedua-dua pendakwah tersebut pada program tersebut.

    Ustaz Abdul Somad dan Ustaz Azhar Idrus terkenal sebagai pendakwah di beberapa negara di Asia Tenggara.

    Kira-kira 100,000 orang hadir pada program berkenaan yang julung kali pernah diadakan membabitkan rakyat Kelantan dan luar Kelantan.

    Hari Murabbi Ummah-100 Ribu Membanjiri Stadium

    19REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

  • 20 REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    LOJING Pembangunan Lojing Highlands merupakan agenda yang dititikberatkan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap elemen pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan menepati ciri-ciri pembangunan mapan.

    Disamping pembangunan fizikal, Kerajaan Negeri turut mengetengahkan produk-produk eko-pelancongan bagi dipromosikan kepada para pelancong dalam dan luar negara.

    Disamping kekuatan Lojing Highlands yang mempunyai pelbagai tarikan alam semulajadi seperti udara yang nyaman, bukit bukau, kolam air panas dan kepelbagaian jenis gunung yang menjadi pilihan para peminat aktiviti mendaki seperting Gunung Yong Yap yang dikategorikan sebagai G7 oleh pendaki tempatan.

    Gunung G7 yang lain ialah Gunung Tahan dan Gunung Yong Belar di Pahang, Gunung Korbu, Gunung Gayong, Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat di Perak.

    Malah keunikan Bunga Rafflesia atau pun pakma telah menjadi sinonim dengan Lojing Highlands. Pada tahun 2009, Kerajaan Negeri telah mewartakan kawasan seluas 550 hektar tanah tinggi itu sebagai kawasan pemuliharaan Rafflesia.

    Kajian oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mendapati Tanah Tinggi Lojing

    merupakan salah satu tempat yang mempunyai populasi Rafflesia Kerrii yang terbanyak di dunia.

    Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato Md. Anizam Ab. Rahman bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato Kaya Setia Haji Nazran Muhammad, merasmikan tapak Base Camp kemuncak Gunung Lojing Highlands.

    Base Camp yang terletak berhampiran Masjid LongTan, lojing ini akan menjadi tapak pertemuan para pendaki dan peminat aktiviti lasak sebelum memulakan aktiviti di sekitar Lojing Highlands.

    Inilah antara keunikan eko-pelancongan yang terdapat di Lojing

    Highlands. Keprihatinan Kerajaan Negeri yang berterusan menitik beratkan pembangunan Lojing Highlands juga tidak meminggirkan eko-pelancongan merupakan satu aktiviti pelancongan yang dapat memulihara alam serta menyediakan satu ruang tarikan pelancongan alam semulajadi dan ekologi buatan yang mampu menjadi pemangkin industri pelancongan lojing, katanya.

    Turut hadir Penasihat Undang-Undang Negeri, YB Dato Shahidani Abd Aziz, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato Ahmad Robert, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Ketua Jajahan Gua Musang, Ketua-Ketua Jajahan, Pengarah-Pengarah Jabatan Negeri dan Persekutuan dan Persatuan Malim Gunung Kelantan.

    Kerajaan Majukan Produk Eko-Pelancongan

    20 REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

  • 21REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    KOTA BHARU Hari Jumaat (22 Mac 2019) seluruh wanita di Negeri Kelantan sama ada Islam atau bukan Islam disarankan memakai hijab warna putih sebagai satu inisiatif untuk menunjukkan tanda solidariti kepada masyarakat Islam di New Zealand ekoran insiden tembakan rambang yang baru berlaku di dua masjid di Christchurch.

    Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, YB Hajjah Mumtaz Md. Nawi menyarankan demikian pada Sidang Media selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Kali Pertama Penggal Yang

    Ke-2 di Kota Darulnaim baru lalu.Memakai hijab itu adalah sebagai

    lambang kedamaian dan sekali gus melindungi maruah seorang wanita

    Wanita Kelantan Disaran Memakai Hijab Putih

    yang amat dituntut oleh agama Islam, pemakaian hijab putih pada hari Jumaat ini sebagai sama-sama meraikan solidariti di sana, katanya.

    Lensa

    YB Dr Haji Izani Husin, pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, perumahan dan Kesihatan, hadir merasmikan program Seminar Isu-isu perundangan Ahli Majlis pihak Berkuasa Tempatan negeri Kelantan anjuran Jabatan Undang-Undang

    MpKB-BRI dengan kerjasama pertubuhan Lepasan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia Kelantan (LUHAM) bertempat di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.

    21REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

  • 22 REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Tiong Hwa

    3.4%

  • 23REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    2018 STPM / Pelajar Terbaik STPM 2018

    2018 STPM 4 (PEKA) . Tanah Merah . , . (PEKA) . ..

    2018 STPM . (SMK Dato Mahmud Paduka Raja Tanah Merah), (SMK Dato Mahmud Paduka Raja Tanah Merah), ( SMK Sultan Yahya Petra (1) Kuala Krai) (SMK Dato Biji Wangsa, Tumpat)

    23REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

  • 24 REJAB 1440H |FEBRUARI 2019

    Tahun Ke-29 | ISSN 1311-6891 | REJAB 1440H | FEBRUARI 2019

    23 .

    .

    . .

    .

    . .

    23 .

    .

    . .

    .

    . .