tunggal

3
Ayat Tunggal Susunan Biasa dan Ayat Tunggal Susunan Songsang Ayat Tunggal Susunan Biasa dan Ayat Tunggal Susunan Songsang Susunan Kontituen Ayat Tunggal Ayat tunggal dibina oleh dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Contoh: (Ali) (suka makan nasi goreng berlada). (Kereta itu) (baru sahaja dibeli oleh ayah). Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu; i). Susunan biasa ii). Susunan songsang Susunan Biasa Dalam susunan biasa ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat, seperti dalam contoh-contoh berikut: Seorang guru telah memenangi hadiah itu.

Upload: jamilahabdulhalim

Post on 14-Sep-2015

309 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

ayat

TRANSCRIPT

Ayat Tunggal Susunan Biasa dan Ayat Tunggal Susunan SongsangAyat Tunggal Susunan Biasa dan Ayat Tunggal Susunan SongsangSusunan Kontituen Ayat Tunggal Ayat tunggal dibina oleh dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek.Contoh:(Ali) (suka makan nasi goreng berlada).(Kereta itu) (baru sahaja dibeli oleh ayah).Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu;i). Susunan biasaii). Susunan songsangSusunan BiasaDalam susunan biasa ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat, seperti dalam contoh-contoh berikut:Seorang guru telah memenangi hadiah itu.Beberapa buah bangunan musnah dalam kebakaran itu.Semua pelajar kita berjaya dalam peperiksaan tahun lalu.Setiap tuntutan akan mendapat layanan.Mereka semua sudah lama menetap di Malaysia.Setengah-setengah bangunan itu masih kukuh lagi.Kebanyakan calon tidak memahami soalannya.Hampir semua pekarja telah hadir dalam majlis tersebut.Negeri-negeri pantai timur masyhur dengan perusahaan kraftangan.Penyalahgunaan dadah dapat melemahkan tenaga pekerja negara kita.Lazimnya dalam percakapan dan penulisan biasa terdapat penegasan atau penekanan yang dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kata-kata penegas yang biasa digunakan ialah lah, -tah, -kah. Kontituen yang menerima kata penegas mengalami proses pendepanan, seperti :1. A) Bapa saya dia.B) Dialah bapa saya. 2. A) Adik kami datang semalam. B) Datangkah adik kami semalam?Dalam ayat susunan biasa, kata penekan yang biasa digunakan ialah pun-, jua-, juga, sahaja dan lagi.Contoh;Pengawai itu pun tidak melayan kita.Saya ingin juga ke sana.Kita meminta rahmat daripada Allah jua.Sepanjang hari dia mengelamun sahaja.Orang itu tidak akan datang lagi.