tugasan siyasah syariah

12

Click here to load reader

Upload: sharif-abdullah

Post on 07-Aug-2015

140 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Siyasah Syariah

SIYASAH SYARIAH

PPPG 3113

Kaedah masalikh mursalah dan Sad dharai dalam aplikasi siasah syariyyah pada masa sekarang.

PENGHARAMAN MEROKOK

NAMA PELAJAR :

SHARIF BIN ABDULLAH ( GB 01153 )

NAMA PENSYARAH :

UST. ANUAR FAKRI OMAR

Page 2: Tugasan Siyasah Syariah

Tugasan Siyasah Syariah

Nama : Sharif Abdullah

No Metrik : GB 01153

Pensyarah : Anuar Fakri

Tajuk :

A ) Huraikan satu sahaja daripada peraturan atau tindakan yang diambil oleh kerajaan

Pada pandangan anda dibuat berdasarkan Siyasah Syariah ( seperti pendaftaran

Perkhawinan dan lain-lain .)

B) Huraikan apakah yang menjadi dasar atau prinsip kepada peraturan atau tindakan tersebut

( seperti Masalkh Mursalah ,sad Dharai dan sebagainya. )

Kaedah masalikh mursalah dan Sad dharai dalam aplikasi siasah syariyyah pada masa sekarang.

PENGHARAMAN MEROKOK

1. Genarasi Islam sekarang haruslah sedar dan membuka minda serta bangun untuk mengambil

kembali pembendaharaan Islam yang telah digarap begitu jitu oleh generasi silam. Generasi

silam (zaman Rasulullah s.a.w., para sahabat, tabie’in, tabie’ tabi’en serta ulama-ulama salaf)

bukan sahaja meninggalkan kaya dengan pembendaharaan syari’yyah bahan kajian dan analisa

yang tinggi nilainya, malah hasil usaha-usaha mereka itu telah memberi petunjuk ke jalan

kesejehteraan sebenar.

2. Pembendaharaan siasah syar’iyyah yang menjadi landasan dan sandaran dalam sebarang

tindakan pemerintahan negara, menjadikan hukum Islam berkembang pesat dan kaya dengan

Page 3: Tugasan Siyasah Syariah

kaedah penyelesaian kepada berbagai persoalan semasa. Khazanah hukum Islam telah banyak

memberi sumbangan kepada siasah syar’yyah terutamanya dalam perkembangan hukum Islam.

3. PENGERTIAN SIASAH SYAR’IYYAH Dari segi BAHASA : Siasah berasal daripada bahasa

ARAB sebagaimana yang ditegaskan oleh Al- Marqizi di dalam bukunya Al-Khutat dan telah

menolak pandangan yang mengatakan perkataan siasah berasal daripada bahasa FARSI atau

MOGHOL, kerana kata dasarnya adalah jelas dalam bahasa Arab, iaitu sawasa atau sasa

4. Dari segi ISTILAH : Pertama: Siasah syari’yyah sebagai metod atau kaedah pemerintah negara.

Ia bermaksud mengendalikan urusan pemerintahan negara mengikut landasan Syara’, samada

berpandukan al-Quran, al-Sunnah atau ijtihad bagi menjamin kepentingan rakyat. Ia juga

merangkumi seluruh aspek pemerintahan negara seperti politik, pentadbiran, kewangan,

kemasyarakatan dan sebagainya Kedua: Siasah syari’yyah sebagai metod penentuan hukum di

bawah bidang kuasa kerajaan Islam atau pemimpin yang diberi mandat dalam perkara-perkara

yang dinyatakan secara terang oleh nas-nas syara’ (Quran dan Sunnah).

5. KONSEP SIASAH SYAR’IYYAH Perbezaan dari segi skop penggunaannya Khusus Umum

6. KEDUDUKAN SIASAH SYAR’IYYAH SEBAGAI MEKANISMA HUKUM MENGIKUT

PANDANGAN ULAMA :

1. Siasah itu hendaklah adil mengikut petunjuk syara’

2.Tidak bercanggah secara hakiki dengan nas- nas syara’.

7. Ulama Syafi’ie mengatakan La siasah illa ma nataqa al-syara, maksudnya: Tiada siasah kecuali

yang disebut oleh syara’ Siasah syar’iyyah yang diterima di sisi syara’ adalah suatu yang

bertepatan dengan landasan dan ruh syar’iyyah tetapi bukan pula bermaksud, ia semestinya

dinaskan satu persatu oleh al-Quran dan al- Sunnah.

8. Ibn Furhun seorang ulama Islam berkata: Sesungguhnya Allah Ta’ala mensyar’iatkan sesuatu

hukum dengan tujuan menjaga maslahah hamba-hambaNya dan juga menghindarkan mereka

dari segala bentuk fasad (rosak).

9. Kaedah-kaedah atau mekanisma ijtihad memberikan peranan yang sangat besar dalam aplikasi

siasah syar’iyyah Mana-mana ijtihad yang tidak mengikut landasan dan sandaran ijtihad kaedah

yang dibenarkan oleh syara’, maka siasah tersebut tidak lagi dianggap syar’ie dan ianya terbatal.

Al-Musalih mursalah Sad Zara’i (al-istislah)

Page 4: Tugasan Siyasah Syariah

10. Al-Musalih Sad Zara’i mursalah Masalah-masalah yang tidak terkeluar atau yang tidak

menyeleweng dari maksud-maksud atau tujuan-tujuan syara’ yang telah ditetapkan dalam usul

fiqh yang terhimpun dalam lima faktor penting maqasid al-syar’iyyah

11. Definisi Kaedah al-Masalih Mursalah Dari segi bahasa: Al-masalih jama’ dari maslahah, sama

seperti manfa’ah pada wazan dan makna Manakala segi istilah pula: “menarik manfa’at dan

menolak kemudharatan”, ertinya memelihara objektif syara’ mencipta hukum dengan

memelihara al-Maqasid al- Syar’iyyah

12. Para Ulama’ usul fiqih menta’rifkan perkataan “Masalih Mursalah” Kemuslihatan yang

ditujukan untuk memelihara kesucian agama dan kebaikan hukum-hukum syara’ Tujuan-tujuan

tersebut sesuai dengan nas- nas al-Quran, Hadith dan Ijma’ Ulama, cuma dalilnya yang terang

atau pokoknya yang tertentu dari nas-nas syara’ tiada didapati, bahkan yang didapati ialah

kemuslihatan dan kemanfaatannya sahaja.

13. Tafsirannya: “Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi

mu.” Dalil al-Quran sebagai hujjah syara’ dalam kaedah masalih mursalah ُ� وال اليسر بكم ُهللا� يريدالعسر بكم يريد َ ْ ُ Tafsirannya: “Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki

kesukaran bagi mu.

14. 1. Ianya hanya berlaku dalam bidang mu’amalat sahaja, ia tidak boleh digunakan didalam bidang

ibadat. 2. Ianya tidak berlawanan dengan salah satu daripada tujuan-tujuan perundangan Islam

dan tiada bertentangan pula dengan salah satu daripada mana-mana dalil syara’ yang empat iaitu

Al-Quran, Hadith, Ijma’ dan Qias. 3. Ianya hendaklah tetap dan tahqiq pada syara’

15. 1. Jabatan-jabatan kerajaan 2. Mewujudkan penjara 3. Pengilang memberikan jaminan terhadap

barangannya. 4. Diharuskan mengambil cukai daripada orang kaya selain dari zakat 5.

Mengenakan hukum qisas keatas satu kumpulan yang membunuh seorang sahaja

16. • Tindakan Saiyidina Othman menyalin semula al-Quran dari naskhah dizaman Saiyidina Abu

Bakar dan mengedarkan ke seluruh wilayah. Kemudian beliau mengarahkan supaya membakar

semua naskhah lain yang dimiliki oleh orang Islam ketika itu.

17. • Pada dasarnya, kedudukan masalih mursalah sebagai kaedah ijtihad diterima oleh mazhab-

mazhab Islam secara dasarnya. Apa yang berbeza dikalangan mereka ialah dari segi skop

penggunaannya. • Mazhab Syafi’e dan sebahagian daripada mazhab Hanafi mengambil

pendekatan yang sederhana, sedangkan Imam Malik menggunakan kaedah ini dengan lebih

meluas. • Semua mazhab-mazhab tersebut telah bersepakat diatas satu landasan dan sandaran

Page 5: Tugasan Siyasah Syariah

iaitu apabila kaedah masalih mursalah itu membawa kepada maslahah kuliyyah dan tidak pula

bercanggah dengan nas-nas syara’, maka ia diterima pakai sebagaimana mekanisma hukum

siyasah.

18. DEFINISI SAD ZARA’I Al-Dzarî’ah itu pada bahasa: Menurut Ibnu al-Qayyim: ُ� ُ� كاَن� ما َ َ َ� ًَ َ َ َ

الشىء ِإ�ىل يقاً � وطر يلة وس� ِ Ertinya: “Apa-apa yang menjadi perantara dan jalan kepada sesuatu.”

19. DEFINISI SAD ZARA’I Menurut Al-Qurtubi : “Suatu perkara yang tidak dilarang di dalamnya,

tetapi ia dikhuatiri akan menjurus kepada sesuatu yang terlarang jika dilakukan.” Menurut

Syeikh al-Islam Ibnu Taymiyah : Suatu jalan atau laluan kepada sesuatu. sad al-zara’i’ ialah

merupakan salah satu hujjah (hukum) dalam Syari’ah

20. DEFINISI SAD ZARA’I TUJUAN PENGHALANG MENDORONG Sad al-zara’i bermaksud

mengeluarkan hukum syara’ mengikut kaedah menutup saluran kerosakan, walaupun saluran itu

pada asalnya harus.

21. Berdasarkan kaedah ini, kerajaan boleh mengambil tindakan menyekat sesuatu perkara, bagi

menjamin kebaikan rakyat dan negara walaupun larangannya tidak ada didalam nas al- Quran

dan al- Sunnah

22. Contoh Kaedah Sad Zara’i Dalam Aplikasi Siyasah Syar’iyyah Contoh Pertama: • Allah telah

melarang orang-orang Islam mencaci tuhan- tuhan orang kafir, sedangkan perkara itu harus. •

Hal ini telah ditegaskan dalam firman Allah Ta’ala dalam surah al-An’aam ayat 108: Tafsirnya:

“Dan janganlah kamu mencaci tuhan- tuhan yang mereka sembah selain dari Allah, kalau tidak

mereka akan mencaci Allah dengan marah dan bodoh.”

23. Larangan Mencaci Tuhan Agama Lain • Disebabkan perbuatan seperti itu akan membawa

keburukan dan mudharat yang lebih besar berbanding dengan maslahahnya. • Iaitu ianya akan

mengundang kemarahan golongan kafir dan akan mengambil tindakan mengutuk Allah secara

membabi buta. • Maka Allah melarang perbuatan pada asalnya yang di bolehkan kerana

mafsadahnya lebih besar.

24. Contoh Kaedah Sad Zara’i Dalam Aplikasi Siyasah Syar’iyyah TIDAK MEMBUNUH ORANG

MUNAFIK Rasulullah s.a.w tidak membunuh orang-orang munafik seperti Abdullah bin Ubai

bin Salul . Agar tidak menjadi FITNAH di kalangan masyarakat bahawa Rasulullah telah

membunuh sesama orang Islam. KAUM MUNAFIK bijak berlakon dan pandai memperdayakan

masyarakat dengan gaya dan percakapan sehingga mereka itu sukar dibezakan dan kadang-

kadang dianggap oleh masyarakat sebagai orang Islam juga. Untuk menutup ruang fitnah , maka

Page 6: Tugasan Siyasah Syariah

Rasululah s.a.w tidak membunuh golongan munafiq walaupun sebenarnya mereka itu perlu dan

boleh dibunuh bagi menyelamatkan masyarakat Islam dari kejahatan mereka.

25. Contoh Kaedah Sad Zara’i Dalam Aplikasi Siyasah Syar’iyyah Isu di zaman sekarang

PENGHARAMAN ROKOK. Hukum HARAM merokok telah pun ditegaskan oleh pihak

kerajaan dalam konteks di Negara kita Malaysia , berdasarkan ijtihad yang telah dibuat oleh para

ulama Islam.

26. PENGHARAMAN MEROKOK Pengharaman ini adalah bertujuan : Menutup jalan-jalan

kerosakan dan membuka jalan-jalan ke arah kebaikan dalam kehidupan individu dan masyarakat

amnya. Kerana tabiat merokok bukan sahaja mengancam kesihatan, akal mahupun kesejehteraan

masyarakat awam, juga wujudnya pembaziran. Selain daripada itu, ia juga melibatkan ancaman

terhadap nyawa orang yang merokok (perokok aktif) dan orang yang menghidu asap rokok

(perokok pasif).

27. Kajian telah mendapati bahawa rokok mengandungi 4,000 bahan kimia yang toksik dan 37

daripadanya telah dikenal pasti sebagai bahan penyebab kanser. Antara Kandungan Rokok :

Aseton (bahan untuk pengawet katak mati), Hidrogen sianida (racun), Naftalena (ubat gagat),

Nikotin (bahan pembunuh serangga), Asid stearik (bahan menanggalkan pengilat kuku),

Ammonia (bahan pencuci tandas), Kadmium (bateri), Karbon Monoksida (asap dari ekzos

kereta), Etanol (arak)

28. Merokok boleh membunuh walaupun secara perlahan. • Natijahnya sama sahaja iaitu

memudharatkan atau menyebabkan kematian. Dalam firman Allah Ta’ala seterusnya dalam

surah al-Baqarah ayat 195: Tafsirnya:“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam

kebinasaan.”

29. Atas dasar inilah ijtihad kaedah sad zara’i digunakan oleh para ulama : Sebagai jalan untuk

berhati-hati (ihtiyat) dalam beramal dan agar tidak sampai melakukan perbuatan yang dapat

menimbulkan kerosakan. Jumhur ulama menempatkan faktor manfa’at dan mudharat sebagai

bahan pertimbangan dalam menetapkan hukum, mereka menerima kaedah sad zara’i, walaupun

terdapat perbezaan dalam kadar penerimaannya.

Page 7: Tugasan Siyasah Syariah

KESIMPULAN

Kesimpulannya ialah peranan masalih al-mursalah dalam menetapkan hukum sesuatu adalah

penting walaupun seperti apa yang kita ketahui masalih al-mursalah juga termasuk dalam salah

satu hukum yang tidak disepakati akan tetapi pada masa yang sama hukum yang telah ditetapkan

melalui kaedah ini masih lagi diterima pakai dalam keadaan tertentu.

Masalih al-mursalah amat diperlukan dalam menetapkan sesuatu hukum kerana tidak semua

hukum tertulis atau tercatat dalam Kitab Allah S.W.T. Melalui kaedah ini hukum dapat

ditetapkan mengikut piawaian semasa dalam konteks masyarakat hari ini. Masalih al-mursalah

menjaga kemaslahatan manusia terutamanya. Hal ini dapat dilihat dalam pengertian maslahah itu

sendiri yang memberi definisi suatu keadaan yang sesuai diadakan hukum syarak yang boleh

mendatangkan kebaikan atau menjauhkan keburukan serta tidak ada satupun nas syarak yang

mengesahkan atau menghapuskan hukumnya.

Jumhur ulama bersepakat menerima masalih mursalah sebagai salah satu cara untuk menetapkan

hukum tetapi hukum berkenaan dengan ibadat ulama sama sekali tidak membenarkan kaedah

masalih al-mursalah ini kerana soal ibadat ini tidak ada ruang untuk berijtihad dan mesti

dilakukan sesuai dengan perintah syarak.

Di samping itu, masalih al-mursalah adalah bertepatan dengan maslahah umum iaitu menjaga

lima perkara seperti akal, agama, jiwa, harta dan keturunan. Hal ini kerana beragama merupakan

fitrah manusia dan lima kepentingan ini adalah diperlukan untuk mencapai kebahagiaan hidup di

dunia dan di akhirat.

Oleh itu, dengan pengambilan masalih al- mursalah sebagai salah satu cabang hukum adalah

langkah yang terbaik kerana mengikut peredaran masa dan zaman. Ini kerana Islam adalah

agama yang relevan sepanjang zaman dan memberi rukhsah kepada umatnya dan tidak

membebankan.

RUJUKAN

Al-Quran.

Page 8: Tugasan Siyasah Syariah

Abdul Latif Muda. 2003. Sejarah perundangan Islam dan mazhab fiqh. Kuala Lumpur : Pustaka

Salam Sdn. Bhd.

Abdul Latif Muda & Rosmawati Ali @ Mat Zin. 1997. Pengantar usul fiqh. Kuala Lumpur:

Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Al-Buti Muhammad Said Ramadhan. 2000. Dawabit al-maslahah fi shari’ah al- Islamiyyah.

Beirut: Resalah Publisher.

Hassan bin Ahmad. 2002. Usul fiqh dan qawaid fiqhiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abd

Majid.

Mohd Nasran Mohamad, Anwar Fakhri Omar, Mohd Zamro Muda & Mohamad Zaini Yahaya.

2001. Metodologi fiqh. Bangi: UKM

Mohd. Saleh Ahmad. 1999. Pengantar syariat Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.