tugasan penilaian moral

9
TUGASAN (40%) SEMESTER SEPTEMBER 2015 KOD KURSUS EEM 433 NAMA KURSUS PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR SITI ROSNAH BINTI ABDUL HAMID NO. MATRIK E30209120530 NAMA FASILITATOR AKADEMIK ENCIK JUSTIN TOISIN PUSAT PEMBELAJARAN KOTA KINABALU (SABAH)

Upload: nonny-atika-yahya

Post on 27-Jan-2016

286 views

Category:

Documents


41 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Penilaian Moral

TUGASAN (40%)

SEMESTER SEPTEMBER 2015

KOD KURSUS EEM 433

NAMA KURSUS PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR SITI ROSNAH BINTI ABDUL HAMID

NO. MATRIK E30209120530

NAMA FASILITATORAKADEMIK ENCIK JUSTIN TOISIN

PUSAT PEMBELAJARAN

KOTA KINABALU (SABAH)

Page 2: Tugasan Penilaian Moral

TUGASAN A

“PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL MENGGUNAKAN KAEDAH PROJECT-

BASED”

1.0 PENGENALAN

Negara sedang menuju ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 sebagai negara maju menurut

acuan sendiri. Sehubungan dengan itu, sudah menjadi tugas pendidik yang bertindak sebagai

pelaksana pendidikan untuk menyiapkan diri menghadapi gelombang inovasi dalam pendidikan

yang sentiasa mengalami perubahan selaras dengan perkembangan global dan dunia tanpa

sempadan.

Seorang guru masa kini perlu bijak dalam menangani semua perubahan yang berlaku dalam

sistem pendidikan, bijak mengenalpasti dan mengaplikasi pelbagai strategi dan kaedah yang

inovatif dalam pendidikan, mahir dalam menggunakan semua jenis teknologi dalam pengajaran

dan mampu menyesuaikan diri dalam perubahan teknologi tersebut. Seseorang guru masa kini

juga perlu mahir dalam merancang reka bentuk resos yang inovatif serta mampu menggunakan

pelbagai reka bentuk pentaksiran dan penilaian yang terkini serta inovatif. Di harap dengan

kemampuan guru mendepani semua perubahan dalam sistem pendidikan masa kini akan mampu

meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara yang maju pada tahun 2020.

Page 3: Tugasan Penilaian Moral

2.0 Penggunaan Projek Dalam Pentaksiran Pendidikan Moral

Proses pentaksiran pembelajaran ini berfokuskan tugasan berdasarkan isi pelajaran yang

melibatkan kutipan dan analisis data serta penyediaan satu laporan lengkap dan betul secara

holistik. Pelajar dapat melalui pengalaman belajar yang kompleks berdasarkan situasi sebenar

terhadap permasalahan autentik yang memerlukan pemikiran kritis. Proses ini memerlukan

pelajar mengaplikasikan pelbagai sumber maklumat, mementukan dan mengurus sumber, masa

dan bahan pembelajaran. Pelajar mempunyai autonomi dalam membina pembelajaran masing-

masing dan rasa tanggungjawab dalam diri mereka akan turut meningkat

Projek perlu menarik dan bermafaat serta dapat membina kemahiran baru, namun masih

berfokus kepada aktiviti pembelajaran bukannya pentaksiran.Contoh aktiviti : pembelajaran

dalam bilik darjah “Projek Amal Sekolahku”

Peranan Guru Dalam Pentaksiran Berasaskan Projek:

● Membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran yang sesuai.

● Terapkan kaedah inkuari – menjana hipotesis, membuat ramalan dan menyelesaikan

masalah.

● Pastikan pelajar mempunyai pengetahuan tentang projek yang hendak dijalankan.

● Alat pengukuran informal.

● Aplikasi teknik pengukuran mutakhir

● Wujudkan suasana pembelajaran dan penerokaan.

● Menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus.

Apakah Kelebihan Pentaksiran Berasaskan Projek

● Memberi peluang kepada pelajar menjana idea mengenai topik tugasan yang dijalankan.

● Mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaan individu.

● Menggalakkan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan

pandangan masing-masing.

● Menunjukkan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.

Page 4: Tugasan Penilaian Moral

Pentaksiran Pendidikan Moral Berasaskan Projek dalam Pembelajaran disokong oleh konsep

pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para pensyarah dan pelajar melalui proses

pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif. PBM merangkumi cabaran kepada keadaan

penyelesaian masalah sebenar berkaitan topik yang hendak dibincangkan, melibatkan

penggunaan akal dan fikiran yang kritikal serta menyeluruh, kemahiran meyelesaikan

permasalahan yang berkaitan, memenuhi keperluan dan disiplin kerja atau tugasan, pembelajaran

kendiri, gerak kerja berpasukan dan gigih dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan.

Hasil daripada pendekatan pengajaran berasaskan masalah, pelajar akan dapat :

a) Belajar menyelesaikan masalah berdasarkan realiti permasalahan yang sebenar.

b) Menguasai kemahiran pemikiran aras tinggi (high order thinking skills)

c) Kemahiran menyelesaikan.

d) Kemahiran mencari maklumat dari pelbagai bidang pengajian.

e) Kemahiran pembelajaran secara kendiri (self Directed Learning Skills)

f) Kemahiran bekerja secara berkumpulan

g) Menguasai kemahiran berkomunikasi yang berkesan.

Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan peringkat

pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Ia sebagai satu proses/prosedur yang sisitematik

bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran yang bertujuan memberikan

maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap, Ia merangkumi aspek pengujian

dan pengukuran.

Tujuan Penialaian:

a) Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.

b) Membantu guru membuat perbandingan antara pelajar dengan pelajar mahupun antara satu

kelas dengan kelas yang lain.

c) Membantu perbandingan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut dengan subjek lain.

d) Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dengan yang rendah pencapaiannya.

Page 5: Tugasan Penilaian Moral

e) Membantu guru melakukan pengayaan dan pemulihan.

f) Membolehkan guru menilai bahan dan teknik serta kaedah pengajaran.

g) Meningkatkan keberkesanan pengajaran.

Pendekatan Tindakan Sosial bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar supaya dapat

bertindak ke atas nilai-nilai kendiri sebagai agen moral dalam menyelesaikan sesuatu masalah

atau konflik moral. Melalui pendekatan ini murid diberi peluang untuk bertindak dalam

menyelesaikan konflik atau sesuatu masalah. Pendekatan ini amat menarik keranai ia tidak hanya

tertumpu dengan pembelajaran di dalam bilik darjah sahaja. Murid berpeluang untuk berlajar

dengan aktif melalui aktiviti seperti projek atau kumpulan tindakan sosial.

Pelaksanaan pendekatan ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat melibatkan murid dan

guru dengan alam sekitar, pengguna atau kelab kebajikan. Disamping itu, melalui pendekatan ini

juga murid dapat diterapkan dengan nilai yang lebih meluas. Konsep penggabungjalinan dan

penerapan nilai dapat digunakan dalam pelaksanaan pendekatan ini. Walaupun pendekatan ini

mampu menarik minat murid semasa sesi pembelajaran ia juga terdapat kelemahannya. Dalam

pelaksanaan pendekatan ini sokongan dari orang lain diperlukan bagi melicinkan projek yang

hendak dijalankan.

Sebagai contoh, satu projek membersihkan kawasan tepi sungai berhampiran sekolah dirancang

untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Cintai Alam Sekitar. Bagi melaksanakan

projek ini bantuan dan kerjasama dari pihak keselamatan, perbadanan atau perbandaran juga

diperlukan bagi memastikan keselamatan murid terjamin.

Teknik Projek Dalam Pendidikan Moral memberi peluang kepada guru untuk mentaksir samada

pelajar mampu mempelajari sesuatu perkara melalui penglibatan diri secara langsung dalam

aktiviti pembelajaran sama ada dilaksanakan dalam bentuk kumpulan mahupun individu. Aktiviti

projek adalah aktiviti yang melibatkan murid merasai sendiri pengalaman pembelajaran iaitu

secara hands-on dan minds-on. Aktiviti ini dapat di jalankan secara membuat pemerhatian dalam

atau luar bilik darjah. ini termasuk mencari, mengumpul dan menganalisis sesuatu maklumat.

Antara langkah-langkah yang harus diikuti dalam kaedah projek ini adalah guru menerangkan

mengenai nilai yang hendak diperkukuhkan. Guru menentukan jenis projek yang sesuai

Page 6: Tugasan Penilaian Moral

mengikut kebolehan murid-murid dari segi fizikal dan mental. Kemudian, guru menerangkan

bagaimana sesuatu projek itu di jalankan. Guru dan murid menentukan kumpulan kerja.

Pengawasan murid dilakukan oleh guru secara terbimbing semasa aktiviti berlangsung.

Kemudian hasil murid dikumpul dan dipamerkan serta dinilai. Rumusan akhir dan refleksi

diadakan di akhir aktiviti.

Kaedah projek dapat melibatkan diri murid dalam perancangan dan menghasilkan rancangan

mereka serta menerapkan nilai kerjasama dan bertanggungjawab.

Dalam pendidikan islam, kaedah projek dapat dijalankan seperti aktiviti membuat buku skrap

tentang alam sekitar ciptaan Tuhan. Guru boleh meminta murid menghimpunkan daun-daun

kering dan gambar-gambar bunga, binatang, air terjun dan benda-benda ciptaan Tuhan.

Kemudian tampal dan label dalam buku skrap.

Selain itu, guru boleh meminta murid membersihkan dan menjaga taman sains. Ini sebagai salah

satu usaha menerapkan nilai cintakan alam pemberian Tuhan kepada manusia. Dalam pendidikan

moral pula, guru boleh meminta murid membersihkan bilik darjah secara beramai-ramai. Murid

juga boleh mengumpul dan menampal gambar peminpin dan Raja dalam buku skrap.

Page 7: Tugasan Penilaian Moral