tugasan nuzul ayat

8
ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN 1 ASBAB AL-NUZUL AYAT 221 SURAH AL-BAQARAH 3 PENGAJARAN AYAT 221 SURAH AL-BAQARAH 6 ISLAM LIBERAL 8 BAHAYA PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL Manhaj Islam Liberal I- Manhaj Islam Liberal Terhadap agama Islam 9 II- Manhaj Islam Liberal terhadap Al-Quran 10 III- Manhaj Islam Liberal terhadap Nabi Muhammad S.A.W 11 IV- Manhaj Islam Liberal terhadap Hadith-Hadith 12 V- Manhaj Islam Liberal terhadap Ilmu-ilmu Islam 13 VI- Manhaj Islam Liberal terhadap hukum fiqh 14 BAHAYA ISLAM LIBERAL TERHADAP PENGKAJIAN HUKUM I- Kebebasan berijtihad dan penolakan terhadap Autoriti agama ( golongan Ulama) 15 2. Tafsir Abi Su’ud, jld.I,h. 169.

Upload: tasaka-ambotang

Post on 12-Jan-2016

220 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Bahan nuzul HBIS3203

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Nuzul Ayat

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 1

ASBAB AL-NUZUL AYAT 221 SURAH AL-BAQARAH 3

PENGAJARAN AYAT 221 SURAH AL-BAQARAH 6

ISLAM LIBERAL 8

BAHAYA PEMIKIRAN ISLAM LIBERALManhaj Islam LiberalI- Manhaj Islam Liberal Terhadap agama Islam 9II- Manhaj Islam Liberal terhadap Al-Quran 10III- Manhaj Islam Liberal terhadap Nabi Muhammad S.A.W 11IV- Manhaj Islam Liberal terhadap Hadith-Hadith 12V- Manhaj Islam Liberal terhadap Ilmu-ilmu Islam 13VI- Manhaj Islam Liberal terhadap hukum fiqh 14

BAHAYA ISLAM LIBERAL TERHADAP PENGKAJIAN HUKUMI- Kebebasan berijtihad dan penolakan terhadap Autoriti agama

( golongan Ulama) 15II- Hilangnya kepercayaan terhadap tradisi keilmuan Islam 16III- Mencabar kewibawaan sumber hukum yang telah disepakati 17IV- Islam Liberal mengunakan asas dan fahaman yang pincang,

menyeleweng dan tidak sesuai dalam menetapkan hukum islam. 18V- Meletakan sepenuhnya kepercayan terhadap tradisi keilmuan barat 19

KESAN PEMIKIRAN ISLAM LIBERALi- Pertembungan antara perundangan Syariah dan Sivil 20ii- Policing-moral 21iii- Pluralisme Agama 22iv- Aurat Wanita 23

KESIMPULAN 25

2. Tafsir Abi Su’ud, jld.I,h. 169.

Page 2: Tugasan Nuzul Ayat

PENDAHULUAN

Hukum perkahwinan dalam surah al-baqarah ayat 221 dan asbabun nuzul ayat .

221. dan janganlah kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan Sesungguhnya seorang hamba perempuan Yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) Dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan Sesungguhnya seorang hamba lelaki Yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan Dengan izinNya. dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya). [QS.al-Baqarah {2}221]

Imam Syafie’ menyatakan Allah menghalalkan perempuan-perempuan mukminat yang menderhaka dan mengecaulikan budak-budak perempuan mukminat yang halal untuk dinikahi. Walau bagai manapun dengan catatan orang yang hendak menikahi mukminat tidak memiliki kemampuan untuk menikahi perempuan merdeka sekaligus khawatir akan terjadi zina bila tidak menikahi mereka,bahawa seorang budak muslimah tidak boleh dinikahi sebelum orang yang hendak menikahinya memenuhi syarat itu. (HR.Ibnu Mundzir, Ibnu Abi Hakim dan Wahidi dari Muqatil.

Abdillah bin Rawahah mempunyai seorang hamba sahaya wanita berkulit hitam. Pada suatu ketika dia marah dan memukulnya. Abidillah bin Rawahah merasa menyesal atas perbuatan itu, kemudian pergi menghadap Baginda Rasullah S.A.W kemudian menceritakan perbuatan yang telah dilakukan terhadap hamba sahaya, Rasullah kemudian bertanya kepadanya “Bagaimana keadaan hamba sahaya mu itu?” Jawab Abidillah bin Rawaha “dia berpuasa, Sholat, berwhuduk dengan baik dan bersaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah dan engkau Rasullah adalah utusan Allah S.W.T Rasullah S.A.W bersabda “Wahai Abidillah, dia itu seorang yang beriman” maka Abdillah menipali sabda Rasullah “ demi zat yang mengutusmu dengan hak, aku merdekakanya dan mengahwininya”, Peristiwa perkahwinan Abidillah bin Rawahah itu telah mencetus penghinaan dan rasa sinis terhadap kaum Muslimin yang lain. Mereka mengatakan :Abidillah bin Rawahah telah menikahi hamba sahaya yang beriman. Sehubungan dengan itu Allah S.W.T memberikan peringatan kepada mereka dengan menurunkan ayat ke-221 surah AL-Baqarah.

PENJELASAN AYAT SECARA LAFZIAH.

2. Tafsir Abi Su’ud, jld.I,h. 169.

Page 3: Tugasan Nuzul Ayat

La Tankih al-Musyrikaat. Maksudnya adalah jangan mengahwini perempuan Musyrik. Orang Musyrik adalah mereka yang menyembah berhala, tidak beriman kepada salah satu agama Samawi. Ada yang berpendapat, musyrik disini mencakupi perempuan Ahli Kitab juga, kerena mereka adalah termasuk orang-orang musyrik.Allah S.W.T berfirman

30. dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka Dengan mulut mereka sendiri, (Iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?31. mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan.

Amatun mukminah: Perkataan Al-Ammah ertinya perempuan yang dimiliki ( hamba sahaya ). Dasar katanya adalah amwun, kemudian huruf waw dihapus. Bentuk jamaknya ialah imaa. Ini selari dengan firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran

32. dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.

HURAIAN AYAT SECARA UMUM.

ALLAH S.W.T menyebutkan, “Wahai kaum mukminin, janganlah kamu mengahwini perempuan musyrik hingga mereka mahu beriman kepada Allah S.W.T dan Hari Kiamat. Sungguh, seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih afdal daripada perempuan kafir musyrik yang merdeka, sekalipun kecantikan, harta benda dan kedudukan serta yang lain daripada dirinya menarik hati dan perasaan kamu.“Janganlah kamu menikahi anak-anak kamu dengan para lelaki musyrik, hingga mereka mahu beriman kepada Allah S.W.T dan Rasul-NYA. Menikahkan mereka dengan

2. Tafsir Abi Su’ud, jld.I,h. 169.

Page 4: Tugasan Nuzul Ayat

seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik bagi kamu daripada menikahkanya dengan lelaki merdeka musyrik. Meskipun keadaan, kedudukan dan ketampanannya menarik hati dan perasaan kamu.“Sesungguhnya kaum Musyrik sama ada yang lelaki mahupun yang perempuan haram bagi kamu untuk menikah dengan mereka. Sebab mereka itu boleh menjerumus kamu ke dalam api neraka. Sementara Allah S.W.T mengajak kamu menuju amalan yang boleh menjadikan kamu sebagai penduduk syurga. Allah S.W.T menjelaskan dan dalil-dalilnya kepada Manusia, agar mahu saling mengingatkan dalam kebaikan dan keburukan.”

SEBAB TURUNYA AYAT 221 SURAH AL-BAQARAH.

Diriwayatkan bahawa ayat ini turun berkenaan Murthid bin Abi Murthid al-Ghunawi yang membawa sejumlah tawanan dari Mekah ke Madinah, sedang dia di Masa Jahiliyah, menjalin hubungan dengan seorang wanita yang namanya wanita itu si Anaq. Kemudian wanita itu mengunjungi Murthid dan bertanya: “Tidakah kamu masih bujang?” Murthid menjawab “Sayang, Islam telah menjadi penghalang antara kita”Lalu wanita itu bertanya lagi: “Tidakah kamu bermaksud mengahwini aku?” Dia Menjawab, “Benar, namun aku menghadap Rasullah s.a.w untuk meminta izin kepadanya”. Lantas turunla ayat ini.

Menurut al-sayuti, peristiwa tersebut bukanlah sebab turunya ayat ini, tetapi merupakan sebab turunya ayat dalam surah al-Nur ayat 3.

3. lelaki Yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan Dengan perempuan Yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan Yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki Yang berzina atau lelaki musyrik. dan perkahwinan Yang demikian itu terlarang kepada orang-orang Yang beriman.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, bahawa ayat ini turun berkenaan dengan Abdullah bin Rawahah, dimana dia pernah mempunyai hamba sahaya iaitu seorang perempuan hitam, dan ketika dia marah kepadanya, maka hamba itu ditampar. Kemudian dia merasa tidak sedap hati lalu datang menghadap Rasullah s.a.w dan menyampaikan kepadanya apa yang dia alami dengan wanita tadi.

Lalu Nabi s.a.w bertanya kepadanya, “bagaimana keadaan wanita itu wahai Abdillah?” maka jawabnya “Wanita itu berpuasa, Sholat, memperbaiki whuduknya dan mengucap syahadat “Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan Rasullah.” Kemudian Nabi s.a.w bersabda: “Wahai Abdillah dia adlah mukminah.”

Kemudian Abdullah berkata “demi zat yang mengutuskan mu dengan benar, aku akan meemrdekakan dan mengahwininya”. Lalu dia pun mengahwininya. Maka orang-

2. Tafsir Abi Su’ud, jld.I,h. 169.

Page 5: Tugasan Nuzul Ayat

orang pun lantas mengejek: “Abdullah mengahwini perempuan-perempuan musyrikah kerana menyukai status social mereka yang tinggi maka turunlah ayat.1

TAFSIR (HURAIAN) AYAT

Apa yang dimaksudkan dengan Nikah didalam ayat ini ialah “mengahwini” bukan “menyetubuhi”, sehingga dikatan (kepadanya sebagai bantahan): “bahawa memang tidak ada dalam al-Quran mengunakan bahasa sindiran dan diantara kehalusan lafa-lafaz Al-Quran.”

Didalam Firman Allah s.w.t: “Lebih baik daripada perempuan Kafir musyrik sekalipun keadaanya menarik hati kamu”. Terdapat satu isyarat Halus, bahawa yang harus diperhatikan dalam memilih jodoh ialah “akhlak dan agama”, bukan kecantikan, ketinggian status social dan hartanya. Sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi s.a.w: yang bermaksud “janganlah kalian mengahwini perempuan-perempuan kerana kecantikan mereka, sebab boleh kecantikan mereka akan menghancurkan mereka. Janganlah kalian mengahwini perempuan-perempuan kerana hartanya, kahwinilah perempuan-perempuan kerana agama mereka. Sesunguhnya hamba perempuan yang hitam dan buruk rupanya namun baik agamnya adalah lebih baik2

HUKUM YANG TERKANDUNG DIDALAM AYAT 221 SURAH AL-BAQARAH

Kesimpulan daripada hukum-hukum yang terdapat dalam ayat ini dapat disimpulkan adalah seperti berikut:

1. Hukum menikahi wanita ahli kitab

dan janganlah kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam)”

2. Tafsir Abi Su’ud, jld.I,h. 169.

Page 6: Tugasan Nuzul Ayat

Ayat ini menunjukan haramnya mengahwini perempuan- perempuan Majusi dan penyembah berhala. Walaubagaimanapun perempuan- perempuan Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani), boleh dinikahi sebab Allah telah berfirman: “Makanan (sembelihan)orang yang diberi Ahli Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. Dan dihalalkan mengahwini perempuan- perempuan yang menjaga kehormatanya dalam kalangan perempuan- perempuan yang beriman dan perempuan- perempuan yang menjaga kehormatanya dikalangan orang yang diberi al-kitab.” Maksudnya, perempuan- perempuan yang menjaga kesucian diri dari kalangan Ahli kitab. Ini Adalah pendapat Jumhur ulama, termasuk ulama mazhab yang ke-empat.

Ibnu Umar r.a berpendapat haram mengahwini perempuan- perempuan ahli kitab, dan kalau ditanya tentang lelaki ( Muslim ) yang mengahwini perempuan- perempuan Nasrani dan Yahudi dia menjawab (dikahwini) orang-orang Islam tidak melihat kesyirikan yang lebih besar daripada seorang perempuan yang berkata “Isa adalah Tuhan, atau Tuhannya adalah Manusia hamba Allah s.w.t dan Syiah Imamiyah.

2. Tafsir Abi Su’ud, jld.I,h. 169.