tugasan kaunseling individu ;pengalaman sebagai klien

6
 FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA KAUNSELING INDIVIDU KKH 6013 TUGASA N INDIVIDU PORTFOLIO KAJIAN KES “PENGALAMAN SEBAGAI KLIEN” DISEDIAKAN OLEH ZULHAIDI ALIFITRI BIN ZAKARIA (M20131001069) DISEDIAKAN UNTUK Profesor Madya Dr. Ahmad Jazm! "! J#soh Pensyarah Kanan Kaunseling Individu  (KKH 6013) Fa$#%& Pe!dd$a! Da! Pem"a!'#!a! Ma!#sa U!(ers& Pe!dd$a! S#%&a! Idrs

Upload: zulhaidi-zakaria

Post on 06-Oct-2015

2.004 views

Category:

Documents


109 download

DESCRIPTION

kaunseling

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KAUNSELING INDIVIDUKKH 6013TUGASAN INDIVIDU PORTFOLIO

KAJIAN KESPENGALAMAN SEBAGAI KLIENDISEDIAKAN OLEH

ZULHAIDI ALIFITRI BIN ZAKARIA(M20131001069)

DISEDIAKAN UNTUKProfesor Madya Dr.Ahmad Jazimin bin Jusoh

Pensyarah KananKaunseling Individu (KKH 6013)Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia

Universiti Pendidikan Sultan IdrisBIODATA KAUNSELOR BERDAFTAR

NAMA PENUH

: CR. IZURINA BINTI MOHD SHARIFTEMPAT BERTUGAS

: KOLEJ VOKASIONAL LEBUH CATOR IPOHJAWATAN

: KETUA UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

PENGALAMAN

: 8 TAHUN KELULUSAN: SARJANA MUDA PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING, UPSINO. SIJIL PERAKUAN AMALAN

: PA03119NO. SIJIL KAUNSELOR BERDAFTAR

: KB03869REFLEKSI PROSES , KEMAHIRAN KAUNSELING DAN MANFAAT YANG DI TERIMASaya telah membuat temujanji untuk mengadakan sesi bagi merasai sendiri pengalaman sebagai seorang klien. Prosedur pertama yang perlu dilakukan adalah untuk mengisi borang temujanji yang disediakan dan perlu merujuk kepada jadual waktu yang telah disediakan oleh kaunselor berdaftar. Maklumat yang perlu diisi adalah nama klien, no kad pengenalan, tarikh dan masa perjumpaan dan masalah yang dihadapi samaada psikososial, disiplin, kerjaya, akademik, dadah/rokok, hiv/aids dan keluarga. Saya memilih untuk menjalani sesi psikososial pada 31 Mac 2014. Pada mulanya saya berasa ragu-ragu untuk berjumpa dengan kaunselor tersebut dan ingin mencari kaunselor berdaftar yang lain memandangkan kami mengenali antara satu sama lain memandangkan kami adalah sebaya, dipostingkan pada masa yang sama serta sering sama-sama menjayakan aktiviti sekolah. Selian itu, saya memang jenis yang tidak suka untuk menceritakan masalah kepada orang lain dan sering kali takut sekiranya masalah yang diceritakan nanti akan disebarkan kepada orang lain. Tetapi disebakan tugasan yng telah diberikan maka saya dengan sukarela untuk merasai sendiri pengalaman sebagai seorang klien.Ketika mula-mula dipostingkan di sekolah ini, saya sering kali melepak di bilik kaunseling memandangkan lokasinya yang strategik dan mempunyai penyaman udara tetapi untuk pengalaman sebagai seorang klien situasinya berubah kerana saya rasa berdebar-debar dan amat kekok sekali dan apabila duduk untuk berhadapan dengan kaunselor yang juga rakan sejawat saya disekolah ini membuatkan saya rasa malu.Semasa proses kaunseling yang pertama,saya dapat lihat bahawa kaunselor saya ini membinga hubungan yang baik dengan saya sehinggakan saya rasa kami sudah lama mengenali antara satu sama lain. Walaubagaimanapun masih ada perasaan malu-malu dalam diri saya. Semasa menyatakan masalah saya, mulanya saya seolah-olah menyembunyikan sesuatu namun mungkin menggunakan kemahiran yang dia ada, saya menjadi berterus terang tentang masalah saya. Contohnya pada mulanya saya menceritakan tentang masalah saya dengan seorang pelajar, lama kelamaan kaunselor ini dapat membongkar rahsia saya iaitu mengenai salah satu prinsip saya. Sebenarnya saya tidak suka orang tahu tentang prinsip ini namun akhirnya terbongkar juga. Tapi saya rasa berbaloi rahsia ini diketahui sebab individu yang mengetahui perkara ini adalah seorang yang berjanji akan merahsiakan perkara ini Sekurang-kurangnya ada juga yang sudi nak memahami saya dan tidaklah beban kepada saya untuk simpan sendiri. Pada sesi ini saya sendiri dapat mengenalpasti masalah saya yang sebenarnya melalui pendedahan dan gambaran yang kaunselor berikan. kaunselor sangat hebat bagi saya kerana dapat mengenalpasti masalah saya yang sebenarnya. Dalam sesi ini juga kaunselor menggunakan cara menulis di kertas sebagai cara untuk membuka minda saya. Melalui cara ini, iaitu menulis situasi dan kesan serta beberapa aspek lagi, saya dapat melihat situasi yang saya alami pada masa itu. Ia memberi saya gembaran yang jelas dan membuatkan saya menjadi faham akan situasi sebenar saya.Setelah berbincang saya dapati diri saya masih lagi ego untuk memberi pemikiran baru tetapi setelah di kaunselingkan dengan pelbagai kata-kata dan hujah yang bernas dan tidak dapat saya sangkal,saya dapati bahawa kaunselor adalah betul dan membuatkan saya sendiri yang mengakui bahawa prinsip itu tidak perlu dalam hidup saya kerana ia sedikit sebanyak telah menjejaskan kehidupan seharian saya. Akhirnya saya mengakui tentang satu perkara yang selama ini saya cuba lawan iaitu tentang prinsip disiplin. Jika sebelum ini saya tidak perasan bahawa saya ini sebenarnya terlalu keras dalam memstikan pelajar mematuhi disiplin agar tiada orang yang mengata tentang disiplin pelajar asrama.

Saya mendapati bahawa pelajar terdiri darpada pelbagai latar belakang yang berbeza dan kekerasan semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah disiplin tersebut..Saya harus lebih rasional dan berfikiran positif untuk masa sekarang dan masa hadapan. Sesi ini adalah sangat bernilai dan saya sangat berpuas hati akan kaunselor yang telah berjaya mengubah prinsip saya dan mengubah persepsi saya terhadap diri sendiri. Dia benar-benar membuka mata saya yang selama ini saya tutup dan selindung dari kenyataan yang sebenar. Saya sangat berterima kasih kepada kaunselor dan merindui sesi ini.KEMAHIRAN KANSELING

Di awal sesi, kaunselor cuba menjadikan saya klien merasa lebih selesa, dengan setting bilik kaunseling yang kondusif membuatkansaya rasa begitu selesa untuk sesi tersebut. Kaunselor yang kelihatan amat bersedia dan dilihat begitu professional menambahkan kayakinan diri saya untuk menghadapi sesi kaunseling yang pertama dalam hidup saya. Pewatakan kaunselor yang amat yakin dan sentiasa memberi dorongan yang amat positif memudahkan proses penerokaan dimana kaunselor dapat membuakan saya bercerita tentang masalah-masalah yang saya hadapai dan pendamkan selama ini. Keterbukaan kaunselor dan perjanjian yang dibuat bahawa sesi ini adalah rahsia membuakan saya rasa lebih yakin untuk bersama-sama melakukan penerokaan dan berhasil menemui permasalahan pokok yang melanda diri saya.

Kaunselor juga amat berkeyakinan dalam memberi penerangan kepada saya tentang permasalahan yang dihadapi cuba membantu untuk menerbitkan celik akal di dalam diri saya. Kaunselor berjaya untuk membuatkan saya terus bercerita dan menyelami segala permasalahan yang saya hadapi dengan tenang dan memberi dorongan positif kearah itu. Tingkah laku yang dilakukan oleh kaunselor seperti mesra dan sentiasa memberi dorongan minima membuatkan saya amat senang untuk terus bercerita tentang masalah yang saya hadapi.

Setelah masalah berjaya diteroka, kaunselor cuba memberi penerangan tentang cara-cara untuk mengatasi permasalahan tersebut dan penerangan yang diberikan amat jelas dan mudah untuk saya ikuti. Dalam penerangannya kaunselor dengan jelas menerangkan masalah yang saya hadapi atau punca kepada permasalahan yang saya hadapi serta mencadangkan beberapa alternatif dalam mengatasi permasalahan tersebut. Tetapi dengan kekangan masa yang terhad kaunselor tidak menerangkan satu persatu tantang alternatif-alternatif tersebut.

Tetapi amat jelas sekali kaunselor menggunakan pendekatan Rational Emotive Behavioural Theory dengan menggunakan teknik ABCD. Tetapi kaunselor dilihat amat yakin dengan kaedah dan teknik tersebut dan mampu memberikan kesedaran kepada saya tentang apa yang selama ini saya hadapi.

Secara keseluruhannya kaunselor mempunyai pengalaman dan mempunyai kemahiran kaunseling yang tinggi dalam mewujudkan suasana yang therapeutic dengan membina hubungan dengan klien dan persekitaran. Selain itu, kaunselor mahir dalam penerokaan masalah dan amat membantu dalam mengenal pasti punca masalah dan memberi alternative-alternatif penyelesaian kepada masalah tersebut.

MANFAAT YANG DITERIMASaya amat berterima kasih kepada pensyarah kerana memberikan tugasan ini kerana tanpa tugasan ini mungkin sampai sekarang saya masih belum merasai pengalaman bagaimana perasaan menjadi klien dalam sesi kaunseling yang sebenar dan berasa ragu-ragu untuk berjumpa dengan kaunselor bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.Selepas sesi berlangsung saya rasakan lebih tenang kerana selama ini saya hanya menyimpan segala permasalahan dan malu untuk berkongsi dengan orang lain tetapi melalui pengalaman ini sebahagian daripada masalah saya berjaya diluahkan dan saya menjadi lebih selesa dan berfikiran lebih waras.

Tugasan ini juga memberikan pendedahan kepada saya bagaimana untuk mengendalikan sesi kaunseling dengan baik dimana kaunselor memberikan contoh dan panduan dalam kemahiran-kemahiran kaunseling yang perlu ada kepada seseorang kaunselor dalam sesuatu sesi. Kaunseling tidak semata-mata bergantung kepada teori tetapi kemahiran seseorang kaunselor itu untuk mengaplikasikan teori-teori adalah penting dalam menjayakan sesuatu sesi dan membantu klien mengatasi masalah yang dihadapi.