tugasan hbec 3203 psikologi kanak-kanak

20
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN ( SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN ) SEMESTER JANUARI 2015 HBEC 3303 TERAPI BERMAIN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TAJUK: ANALISIS LARAS BAHASA MELAYU NAMA : NUR ZYELAH NO.MATRIK : 651226125041-001 NO.KAD PENGENALAN : 651226-12-5041 NO.TEL : 0128327414 TUTOR : ABDUL NASIR BIN HJ PAISAL E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM TAWAU

Upload: c-rinold-mad-jaraha

Post on 25-Sep-2015

396 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

_x0001_

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN( SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN ) SEMESTER JANUARI 2015

HBEC 3303TERAPI BERMAIN DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

TAJUK: ANALISIS LARAS BAHASA MELAYU

NAMA: NUR ZYELAHNO.MATRIK: 651226125041-001NO.KAD PENGENALAN: 651226-12-5041 NO.TEL : 0128327414TUTOR : ABDUL NASIR BIN HJ PAISALE-MAIL: [email protected] PEMBELAJARAN: OUM TAWAU

2

ISI KANDUNGAN

KANDUNGANMUKA SURAT

1.0 PENGENALAN3

2.0 NONPARENTAL CARE4

3.0 KESAN NONPARENTAL CARE DI SEKOLAH

3.1 TINGKAH LAKU BERMASALAH 3.2 CADANGAN MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU6

711

4.0 KESIMPULAN13

5.0 RUJUKAN14

1.0 PENGENALAN

Kemahiran sosial kanak-kanak adalah bergantung pada cara seseorang kanak-kanak itu dibesarkan sejak berumur 5 tahun yang pertama. Tahap penjagaan seseorang kanak-kanak akan mempengaruhi tahap perkembangan sosial kanak-kanak tersebut apabila usia mereka semakin meningkat. perkembangan sosial kanak-kanak yang dimaksudkan merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain di sekeliling mereka mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Perkembangan sosial ini juga meliputi proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau menyesuaikan diri mereka dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial.

Sejak anak-anak dilahirkan, ibu bapa adalah orang yang pertama yang akan mempengaruhi sikap mereka sama ada bersikap baik atau sebaliknya. Menurut Asri (1997), ibu bapa adalah individu yang paling rapat dengan anak mereka. Bagi anak-anak, didikan dan asuhan daripada ibu bapa mereka akan mempengaruhi sikap mereka terutama dalam aspek sosial mereka apabila mereka dewasa kelak.

Terbaru, berita yang paling hangat disaksikan di media elektronik dan media cetak berhubung dengan seorang amah atau pembantu rumah yang mendera seorang bayi kepada majikannya dengan cara membaling bayi tersebut umpama membuat sekeping roti canai adalah sangat kejam. Tiada siapa yang tahu akan nasib bayi berkenaan jika sekiranya berterusan dan mungkin akan menjejaskan bukan sahaja perkembangan kognitif bayi tersebut bahkan turut akan menjejaskan perkembangan kemahiran sosialnya.

Di dalam konteks kemahiran sosial anak-anak, tugasan ini akan membincangkan berhubung dengan satu isu yang semakin hangat diperkatakan dan telah menjadi satu isu kajian di serata dunia. Isu yang dimaksudkan ialah isu penjagaan anak tanpa melibatkan ibu bapa atau nonparental care. Isu ini akan memfokuskan kepada kesan-kesan yang akan berlaku atau dalam erti kata lain tingkah laku bermasalah yang akan wujud kesan daripada penjagaan anak-anak tanpa campur tangan ibu bapa ini. Seterusnya saya akan cuba menyediakan beberapa cadangan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tingkah laku yang berlaku yang lebih berfokus kepada pendidikan di peringkat awal persekolahan.

2.0 NONPARENTAL CARE

Istilah nonparental care merujuk kepada cara penjagaan yang diterima oleh anak-anak yang bukan daripada ibu, bapa atau penjaga termasuk juga perkhidmatan pusat-pusat jagaan kanak-kanak, penjagaan luar dan dalam rumah oleh saudara atau bukan saudara yang mempunyai tali persaudaraan dengan anak-anak tersebut. Tiada istilah yang sesuai untuk digunakan di dalam bahasa Melayu yang dapat memberikan maksud yang jelas berkaitan dengan penjagaan kanak-kanak yang bukan di bawah jagaan ibu atau bapa. Oleh yang demikian, saya menggunakan istilah nonparental care untuk memudahkan pemahaman pembaca berhubung dengan perbincangan berkaitan dengan topik ini. Saya juga telah membuat beberapa pembacaan daripada artikel-artikel dan buku-buku untuk mengkaji sejauh mana kesan yang mungkin akan timbul disebabkan oleh penjagaan anak-anak tanpa melibatkan ibu bapa (nonparental care).

Dewasa kini ramai ibu bapa yang sibuk bekerja dan tidak mempunyai banyak masa untuk menguruskan anak-anak mereka. Sebagai buktinya, dapatan kajian di Malaysia mendapati, penglibatan penjawat awam telah bertambah dari 65.1% pada tahun 2001 kepada 66.9% pada tahun 2006 dan penglibatan pekerja wanita turut bertambah dari 44.4% pada tahun 2001 kepada 46.1% pada tahun 2006. Oleh yang demikian, mereka menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat asuhan kanak-kanak, Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA), dan banyak lagi pusat-pusat penjagaan kanak-kanak yang terdapat di negara kita Malaysia.

Selain menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat asuhan, ada juga ibu bapa yang memilih alternatif lain disebabkan oleh kemampuan kewangan mereka. Antara penyelesaian yang sering dipilih oleh ibu bapa ini adalah menghantar anak-anak mereka kepada saudara mara atau bukan saudara mara untuk dijaga di rumah. Saudara mara mereka sama ada ibu, ibu saudara, sepupu, kakak atau adik. Manakala bukan saudara pula adalah lebih kepada pengasuh atau seseorang yang menjaga anak-anak mereka di rumah mereka sendiri. Pengasuh yang dimaksudkan ini mungkin tidak mempunyai lesen perkhidmatan untuk mengasuh anak-anak.

Terdapat kebimbangan mengenai tahap penjagaan anak-anak oleh pengasuh. Hal ini kerana kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai latihan penjagaan bayi dan tidak berlesen. Penjagaan anak-anak oleh pengasuh melaporkan banyak kes penderaan kanak-kanak berlaku. Ibu bapa yang bekerja atau ibu dan bapa tunggal yang bekerja berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menjaga dan mendidik anak-anak. Mereka perlu memainkan peranan dalam keluarga dan juga sebagai pekerja. Peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka sama ada dirumah atau di tempat kerja menyebabkan timbulnya pelbagai masalah dan konflik dalaman dan luaran. Oleh sebab itu, apabila mereka menghantar anak-anak mereka ke pusat penjagaan kanak-kanak, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan sedikit sebanyak tekanan yang dihadapi oleh mereka. Mereka tidak perlu risau dengan anak-anak sewaktu mereka sedang bekerja kerana mereka telah menempatkan anak mereka di tempat yang sepatutnya.

Terdapat beberapa teori yang dapat dikaitkan dengan penjagaan kanak-kanak bukan melalui ibu bapa yang sedang dibincangkan ini. Teori-teori tersebut adalah lebih menumpukan kepada teori-teori dalam aspek perkembangan sosial seseorang kanak-kanak. Teori yang pertama ialah teori oleh Erik Erikson (1902-1994) yang telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Teori Erik Erikson dikenali sebagaiTeori Perkembangan Psikososial Eriksonkerana ia menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial.Dalam konteks penjagaan anak-anak, teori ini dapat dikaitkan kerana ibu bapa merupakan salah satu keperluan asas kepada anak-anak memperkembangkan kemahiran sosial mereka.

Teori yang kedua ialah teori yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner di mana menurut beliau, persekitaran kanak-kanak terdiri daripada satu set sistem sosial sebagai struktur berlapis bermula dengan mereka yang terdekat dengan kehidupan kanak-kanak seperti ibu-bapa serta keluarga dan beransur kepada mereka yang akan terlibat dalam kehidupan kanak-kanak ini secara langsung atau tidak langsung. Menurut Bronfenbrenner lagi, perkembangan terjadi melalui proses interaksi yang regular, aktif, dua aras antara individu dan lingkungan sehari-hari. Interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran dipercayai dapat mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak merupakan hasil daripada interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut beliau lagi, persekitaran individu terdiri daripada lima lapisan sistem iaitu:MikrosistemMesosistemEksosistemMakrosistemKronosistemDalam konteks teori yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner ini, lebih menjurus kepada persekitaran kanak-kanak. Persekitaran kanak-kanak yang baik akan dapat merangsang perkembangan sosial anak-anak dengan baik. Dikaitkan dengan isu yang sedang dibincangkan, penjagaan anak-anak di rumah-rumah asuhan sebagai contohnya, akan mempengaruhi tahap perkembangan sosial anak-anak tersebut kerana anak-anak pada peringkat awal sudah mula berjauhan dengan ibu bapa mereka sekiranya mereka dibesarkan oleh orang lain. Hal ini menyebabkan anak-anak akan kehilangan rasa kasih sayang daripada ibu bapa mereka sendiri.

3.0 KESAN NONPARENTAL CARE DI SEKOLAH

Kanak-kanak yang bukan di bawah jagaan ibu bapa mereka kebanyakannya akan menimbulkan masalah apabila mereka berada di dalam kelas untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan murid yang mempunyai masalah tingkah laku di dalam kelas adalah murid-murid yang kebanyakan masa mereka membesar dengan orang lain dan bukan dengan ibu bapa mereka sendiri. Ada juga segelintir murid yang berada di bawah jagaan ibu bapa mereka yang mempunyai masalah tingkah laku di sekolah tetapi tidaklah berada pada jumlah yang banyak jika dibandingkan dengan anak-anak yang dibesarkan bukan di bawah jagaan ibu bapa mereka. Berikut adalah perbincangan berhubung dengan tingkah laku bermasalah yang mungkin akan berlaku oleh kanak-kanak tersebut di sekolah.

3.1 TINGKAH LAKU BERMASALAHPerbincangan berhubung dengan isu nonparental care diteruskan lagi dengan membincangkan soal tingkah laku bermasalah yang mungkin akan berlaku di sekolah sekiranya murid-murid ini adalah daripada golongan kanak-kanak yang berada di bawah jagaan orang lain selain daripada ibu bapa mereka sendiri. Berikut adalah perbincangan berhubung dengan tingkah laku bermasalah dengan isu nonparental care.Mengikut kajian dan pemerhatian, tingkah laku bermasalah yang wujud akibat kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi atau pun akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitarannya. Mohd. Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. G. P Driscoll dalam bukunya bertajuk What Control Our Behavior (Nov.1946) menegaskan bahawa; Tingkah laku individu adalah ditentukan oleh nilai-nilai yang ada pada seseorang dan dianggap penting dan kepuasan yang ia dapati dalam kehidupan sehari-hari. Setiap individu inginkan kefahaman prestij dan peluang untuk berbakti. Yang lebih penting ialah pengekalan keseimbangan emosi diperlukan supaya hidup setiap individu menjadi bermakna kepadanya, yang ia dapati dari peluang untuk mencari pernyataan yang memuaskan hati bagi nilai rohaninya .Di bawah konteks pendidikan, menurut Kerr dan Nelson (1989), tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau pun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah ini boleh diklasifikasikan sebagai tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya, bertentang dengan tingkah laku normal yang lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam masyarakat. Menurut Robert H Woody di dalam bukunya berjudul The School and the Behaviour Problem Child menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain.Tingkah laku Bermasalah dapat dikategorikan kepada dua bahagian iaitu:-1. Tingkah laku Bermasalah NegatifTingkah laku bermasalah negatif merangkumi :- Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri. Kebimbangan sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang, tiada keyakinan diri. Pergantungan lebihan terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya, terlalu manja, tidak boleh berdikari Pengunduran diri malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak-agak memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri, sering menggangap orang lebih baik dari dirinya Pengasingan diri tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu pada kawan-kawan Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan orang lain. Hiperaktif kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif Kelakuan nakal suka menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawan-kawan sekelas. Bising menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap . Bergerak sesuka hati suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa. Ketawa kuat ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya Agresif secara lisan / fizikal menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang ajar, tidak sopan

Mengikut Despert ( 1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi neurotic atau psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah, melawan, ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil.Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat.Permusuhan nyata suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari pasal dengan mana-mana murid terutama rakan sebaya.Vandalisme suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng dinding menggunakan pen, pensil, marker atau tapak kaki, mematahkan alat pengepam tandas, memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik darjah, menggores atau menconteng meja.Kumpulan liar terlibat dengan kumpulan tidak bermoralKlik mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baikGeng menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah, kumpulan yang ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain, bertindak membuli atau menakut-nakutkan murid-murid lain.Tingkah laku anti-sosial lebih menjurus kepada masalah tingkah laku berbentuk jenayah. Di dalam sebuah sekolah, ia lebih difokuskan kepada masalah disiplin. Tingkah laku murid sebegini harus diberi perhatian khusus oleh guru-guru rendah kerana bibit-bibit jenayah pada peringkat ini jika dibiarkan akan menular dan merebak dan menjadi masalah besar pada peringkat akan datang.

Menurut Duke (1980) menyatakan bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap perlakuannya sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikut kehendak-kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakannya sebagai the potential influence of students free will .Tingkah laku bermasalah PositifTingkah laku bermasalah positif merangkumi :-Tingkah laku ingin tahu sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihatTingkah laku cepat belajar cepat menangkap atau catch up sesuatu perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepatTingkah laku pintar cerdas sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikirTingkah laku proaktif sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lainMengikut Parsona (1964) bahawa rumah adalah kilang menghasilkan peribadi manusia. Jika ibu bapa gagal memproses anak-anak mereka di kilang ini maka hasilnya ialah anak-anak yang tidak bermoral.Kajian-kajian Sandstorm (1968), Maslow, Combs, Kelly dan Rogers (1962) dan Bee (1975) menunjukkan bahawa perasaan ketegangan akan terluah sebagai perlakuan salah penyesuaian yang dilakukan di rumah dan di sekolah.Menurut Hussein Mahmood (1980) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga.Kajian Harbans Kaur (1982) dan K Kandiah (1982) mengenai Jevenile Delinquency mengesahkan bahawa hasil dari kajian mendapati pesalah laku bermasalah datangnya dari rumahtangga yang serba kekurangan.

CADANGAN MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKUBerikut adalah beberapa cadangan yang boleh digunakan oleh seorang guru yang berhadapan dengan murid yang mempunyai masalah tingkah laku kesan daripada penjagaan bukan daripada ibu bapa mereka. antaranya ialah, Selain dari langkah menangani melalui kaedah kemahiran komunikasi guru dalam bilik darjah, guru juga boleh menggunakankaedah pengurusan disiplin bilik darjah.Menurut James (Jun, 2005) yang telah mengemukakan Pendekatan Instruktional (Instructional classroom management approach) yang berpandangan bahawa pengajaran yang dirancang dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan akan berjaya mengelakkan atau setidak-tidaknya mengurangkan masalah disiplin pelajar dalam bilik darjah. Peranan guru adalah untuk merancang dan melaksanakan pengajaran yang baik yang sesuai dengan keperluan dan minat pelajar atau dalam kata lain, pelajaran yang dapat memotivasikan murid. Guru juga hendaklah melaksanakan rancangan pelajaran dan mempelbagaikan kaedah mengajardan menggunakan bahan bantuan mengajar utuk menarik perhatian dan minat pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran harus sejajar dengan kebolehan pelajar. Teknik pengajaran haruslah berpusatkan pelajar dan memenuhi keperluan-keperluan mereka.Aktiviti-aktiviti yang dirancang hendaklah menarik minat pelajar. Guru hendaklah memastikan pelajar sentiasa memenuhi masa dengan tugasan yang berfaedah agar mereka tidak berasa dan tidak menimbulkan masalah disiplin.

Dalam pengurusan disiplin dalam bilik darjah juga dapat dipraktikkan dengan memberi peneguhan kepada pelajar sama ada dalam betuk peneguhan positif atau peneguhan negatif. Peneguhan positif terdiri daripada memberi ganjaran, pujian, hadiah untuk hasil kerja pelajar dan supaya pelajar mewujudkan tingkah laku yang membina dan positif serta dikaitkan dengan perasaan kegembiraan. Mengubah tingkah laku dengan memberi ganjaran kepada tingkah laku yang diingini dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Penggunaan peneguhan yang sistematik boleh membentuk tingkah laku seperti yang dikehendaki. Tingkah laku menjadi kurang atau lemah jika tidak diikuti dengan pengukuhan.

Pemberian ganjaran dalam bentuk token ekonomiiaitu sesuatu simbol yang boleh ditukar dengan peneguhan lain yang disukai oleh pelajar contohnya 5 bintang boleh ditukar dengan sebatang pensel berjenama yang disukai oleh pelajar. Manakala perjanjian kontrakyang formal menyatakan dengan jelas apa yang diharapkan daripada pelajar dalam bentuk tingkah laku dan hasilan kerja serta ganjaran yang diterima jika mematuhi kontrak.. Melalui teknik menggunakan kad di mana kad pelajar akan dicop jika mereka mencapai tingkah laku sasaran yang ditetapkan. Kad yang sempurna dicop dan memenuhi syarat boleh ditukarkan dengan aktiviti yang menyeronokkan.melalui teknik hentian sejenak semasa proses pengajaran, guru boleh berhenti sejenak sekiranya pelajar menimbulkan kebisingan. Guru terus merenung ke arah pelajar dan biasanya pelajar-pelajar berkenaan akan berasa segan dan terus mengubah tingkah laku.

Pengurusan disiplin di dalam bilik darjahboleh dilakukan dengan teknikTime-outdi managuru akan meletakkan pelajar yang menimbulkan masalah disiplin di sudut khas. Pelajar yang bermasalah tingkah laku akan terasa dia telah melakukan satu kesalahan. Selepas satu atau dua minit, dia akan ditanya secara perlahan samaa da sudah bersedia untuk kembali ke tempat duduknya. Selain itu, dengan mengasingkan pelajar yang bermasalah seperti pelajar yang hiperaktif boleh ditempatkan berhampiran meja guru dan dihadkan kawasan pergerakannya. Pelajar yang sentiasa mengganggu perhatian ditempatkan menghadap dinding atau meja karel disediakan untuk menggadang gangguan perhatian.

4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak mereka. Perkembangan awal anak-anak mereka adalah bergantung pada tahap penjagaan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Perkembangan seseorang kanak-kanak adalah tidak sempurna jika tiada penjagaan yang baik daripada ibu bapa. Oleh yang demikian, ibu bapa haruslah memberikan lebih perhatian kepada anak-anak mereka terutama dalam usia awal perkembangan kanak-kanak mereka supaya mereka dapat membesar dan memperoleh perkembangan mereka secara normal dan seterusnya dapat mengelakkan masalah-masalah tingkah laku yang serius berlaku apabila mereka dewasa kelak.Asri (1997), ibu bapa adalah individu yang paling rapat dengan anak. Jika ibu bapa tidak menjadi rol model yang baik, maka gagal pendidikan formal di rumah. Ini kerana sejak anak-anak dilahirkan, ibu bapa merupakan orang yang mula-mula akan mempengaruhi sikap mereka sama ada baik ataupun sebaliknya.

5.0 RUJUKAN BUKU

Abdul Aziz Abdul Shukor, Suppiah Nachiappan & Ramlah Jantan. 2008. Psikologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Aminah Ayob, et.al (2008). Kurikulum PERMATA, Panduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak 0-4 Tahun. Tanjong Malim : Pusat Penyelidikan Kanak-Kanak Negara.

Azizi Yahya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim dan Yusof Boon ( 2005 ). Psikologi Sosial Alam Remaja. Cetakan Pertama. Pahang : PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. 2009.Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.Kuala Lumpur. KumpulanBudiman Sdn. Bhd

Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas Pendidikan .Selangor : Penerbitan Kyazano Enterprise

Supiah Nachiappan et. Al. 2007.Psikologo Pendidikan. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd

Mahmood Nazar Mohamed. 1992.Pengantara Psikologi Satu Pengenalan Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia.Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

INTERNET

(2011, 06). Non-Parental Child Care.StudyMode.com. Retrieved 06, 2011, from http://www.studymode.com/essays/Non-Parental-Child-Care-723303.html

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kerajaansediainsentifatasikeskanak-kanakdiderapengasuhtidakterlatih/Article/index_html diakses pada 22 Februari 2013.

http://www.womenshealthdata.ca/category.aspx?catid=146&rt=2 diakses pada 26 Februari 2013.

http://www.rehal-centre.com/index.php?option=com_content&view=article&id=104:fahami-fitrah-kanak-kanak&catid=29:pendidikan-anak&Itemid=23 diakses pada 26 Februari 2013.

http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/pendekatan-psikologi-dalam-mendidik-anak-1.11002 diakses pada 27 Februari 2013.

http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html diakses pada 27 Februari 2013.

http://naga-5.blogspot.com/2012/08/markah-tugasan-3840-psikologi-kanak.html diakses pada 28 Februari 2013.

http://ccsgkasai.blogspot.com/2010/01/psikologi-perkembangankanak-kanak.html diakses pada 28 Februari 2013.

http://perkembangan.blogspot.com/2007/02/perkembangan-sosial-kanak-kanak.html diakses pada 1 Mac 2013.

paa2013.princeton.edu/papers/130568 diakses pada 1 Mac 2013.

5