tugasan geografi

Upload: baburam-kumaraswaran

Post on 12-Oct-2015

70 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pt3 geografi

TRANSCRIPT

  • 5/21/2018 Tugasan Geografi

    1/8

    Contoh 1

    Tajuk:Isu Pencemaran Udara Di Bandaraya Kuala Lumpur

    Objektif kajian: Objektif utama adalah menyiasat punca, kesan dan langkah pencemaran udara di

    bandaraya Kuala Lumpur

    Kaedah kajian:Borang kaji selidik, Kaedah Temubual, Rakaman Audio atau Visual

    1. Konsep dan takrifan pencemaran alam yang dikaji (Tajuk kajian: Pencemaran udara)

    Pencemaran Udara :Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim

    zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-

    bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan.

    2. Faktor dan Punca Pencemaran Udara

    Antara penyebab utama pencemaran udara adalah:

    Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan.

    Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.

    Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran hutan yang

    berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku.

    Penyemburan racun makhluk perosak

    Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk

    Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau

    debu akibat tiupan angin.

    Letusan gunung berapi

    Pelepasan asap kenderaan

    Aktiviti Perindustrian dan pembangunan

    3. Kesan Pencemaran Udara

    Kesan utama pencemaran udara adalah menjejaskan kesihatan manusia, tumbuhan, haiwan, penipisan

    lapisan ozon, hujan asid, pemanasan global.

    Kesan terhadap Kesihatan Manusia

    menjejaskan sistem pernafasan.

    Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah.

    Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga

    menjejaskan matamanusia.

    Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan

  • 5/21/2018 Tugasan Geografi

    2/8

    Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun),

    Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan.

    Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya

    gas ozon di udara.

    Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagiandaripada pendudukdibumi juga terganggu.

    Kesan Terhadap Haiwan

    Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh.

    Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah

    terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam udara.

    Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut

    kepada haiwan.

    Kesan Terhadap Bahan

    Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada

    bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain.

    Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira-kira

    0.3 mikrometer.

    Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida(SO2) di

    dalam udara.

    Bahan cemar juga menyebabkan fabrik-fabrik mudah rosak.

    Kesan Terhadap Lapisan Ozon

    Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan

    di bumi ini daripada sinaran terus matahari.

    Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat

    penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini.

    Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat

    berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.

    Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global

    Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa

    kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.

    Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul di

    dalam udara.

    Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya

    suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.

  • 5/21/2018 Tugasan Geografi

    3/8

    4. Langkah mengurangkan pencemaran udara

    Antara langkah untuk mengurangkan pencemaran udara adalah:

    Menghijaukan kawasan

    Penggunaan petrol tanpa plumbum

    Program kitar semula

    Kempen

    Tindakan Undang-undang

    Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar

    5. Kesimpulan/ Rumusan

    Kesimpulannya, rakyat dan kerajaan harus berganding bahu untuk mengatasi masalah pencemaran

    udara. Walaupun hal ini tidak boleh diatasikan dalam sekelip mata, tetapi dengan kerjasama daripada

    pelbagai pihak masalah pencemaran udara dapat diatasi. Kita harus memikirkan generasi-generasi yang

    akan dating memerlukan alam sekitar yang cantik dan nyaman untuk mereka hidup di dunia ini. Akhir

    sekali, sayangilah alam sekitar yang telah dicipta oleh tuhan.

    6. Sumber/ Rujukan

    Senaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya.

    Sumber:Contoh Panduan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3 | melvister.com

    http://www.melvister.com/2014/06/contoh-panduan-tugasan-geografi-pt3-2014-tingkatan-3.html#ixzz36VBWQDr7http://www.melvister.com/2014/06/contoh-panduan-tugasan-geografi-pt3-2014-tingkatan-3.html#ixzz36VBWQDr7http://www.melvister.com/2014/06/contoh-panduan-tugasan-geografi-pt3-2014-tingkatan-3.html#ixzz36VBWQDr7http://www.melvister.com/2014/06/contoh-panduan-tugasan-geografi-pt3-2014-tingkatan-3.html#ixzz36VBWQDr7
  • 5/21/2018 Tugasan Geografi

    4/8

    Contoh 2

    Punca-Punca Pencemaran Udara

    Aktiviti pembangunan dan perindustrian

    Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang menghasilkan barang untuk

    dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik.

    Namun, ini telah menambah buruk keadaan pencemaran udara dunia.

    Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingankepada kehidupan alam sekitar.

    Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk yang mampu

    mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan.

    http://3.bp.blogspot.com/_GOKjgR1WI10/TFznHora7gI/AAAAAAAAABI/CpzlIO2VuNs/s1600/chinapoll.gif
  • 5/21/2018 Tugasan Geografi

    5/8

    Kenderaan motor

    Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia. Masyarakat moden amat

    bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, motor, lori, kapal terbang dan sebagainya.

    Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses

    pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida,

    hydrokarbon dan habuk-habuk.

    Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan telah berdaftar digunakan di Malaysia. Angka ini adalah 2 kali ganda

    berbanding dengan sedekad lalu. Manakala penggunaan kenderaan di jalan raya dijangka akan

    meningkat kepada 1 bilion pada tahun 2020, namum dijangka juga akan mencapai angka itu lebih awal.

    Pembakaran terbuka

    Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan

    industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan.

    http://2.bp.blogspot.com/_GOKjgR1WI10/TF1KZcdldVI/AAAAAAAAAEI/68AZxHUjBKY/s1600/19pembuk.gifhttp://3.bp.blogspot.com/_GOKjgR1WI10/TFzpo83RKRI/AAAAAAAAABQ/e0H2lX93-dM/s1600/air-car-pollution.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_GOKjgR1WI10/TF1KZcdldVI/AAAAAAAAAEI/68AZxHUjBKY/s1600/19pembuk.gifhttp://3.bp.blogspot.com/_GOKjgR1WI10/TFzpo83RKRI/AAAAAAAAABQ/e0H2lX93-dM/s1600/air-car-pollution.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_GOKjgR1WI10/TFzpo83RKRI/AAAAAAAAABQ/e0H2lX93-dM/s1600/air-car-pollution.jpg
  • 5/21/2018 Tugasan Geografi

    6/8

    Akibatnya partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah dihasilkan. Akhirnya,

    keadaan jerebu berlaku di sekeliling tempat.

    Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana ia turut menyumbang

    kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak

    penglihatan.

    Contohnya, masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan hampir seluruh

    negara seolah-olah diselubungi 'asap'.

    Aktiviti harian manusia

    Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan

    perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara.

    Apabila cecair penyejuk digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke udara dan ia mampumenipiskan lapisan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang

    mengandungi CFC juga menyebabkan pencemaran udara.

    Read more:http://rossacalla.blogspot.com/2014/07/punca-dan-faktor-pencemaran-udara-geografi-

    pt3.html#ixzz36VC3ORlo

    Follow us:@rossacalla on Twitter|PerlingPutih on Facebook

    http://rossacalla.blogspot.com/2014/07/punca-dan-faktor-pencemaran-udara-geografi-pt3.html#ixzz36VC3ORlohttp://rossacalla.blogspot.com/2014/07/punca-dan-faktor-pencemaran-udara-geografi-pt3.html#ixzz36VC3ORlohttp://rossacalla.blogspot.com/2014/07/punca-dan-faktor-pencemaran-udara-geografi-pt3.html#ixzz36VC3ORlohttp://rossacalla.blogspot.com/2014/07/punca-dan-faktor-pencemaran-udara-geografi-pt3.html#ixzz36VC3ORlohttp://ec.tynt.com/b/rw?id=dS9P04s4ar4O13acwqm_6r&u=rossacallahttp://ec.tynt.com/b/rw?id=dS9P04s4ar4O13acwqm_6r&u=rossacallahttp://ec.tynt.com/b/rw?id=dS9P04s4ar4O13acwqm_6r&u=rossacallahttp://ec.tynt.com/b/rf?id=dS9P04s4ar4O13acwqm_6r&u=PerlingPutihhttp://ec.tynt.com/b/rf?id=dS9P04s4ar4O13acwqm_6r&u=PerlingPutihhttp://ec.tynt.com/b/rf?id=dS9P04s4ar4O13acwqm_6r&u=PerlingPutihhttp://3.bp.blogspot.com/_GOKjgR1WI10/TF1ZGzoIjjI/AAAAAAAAAEo/AMtZGznX5k8/s1600/Aerosol-Spray-Insecticide-QM-l1-.jpghttp://ec.tynt.com/b/rf?id=dS9P04s4ar4O13acwqm_6r&u=PerlingPutihhttp://ec.tynt.com/b/rw?id=dS9P04s4ar4O13acwqm_6r&u=rossacallahttp://rossacalla.blogspot.com/2014/07/punca-dan-faktor-pencemaran-udara-geografi-pt3.html#ixzz36VC3ORlohttp://rossacalla.blogspot.com/2014/07/punca-dan-faktor-pencemaran-udara-geografi-pt3.html#ixzz36VC3ORlo
  • 5/21/2018 Tugasan Geografi

    7/8

    Contoh 3

    Punca-punca Pencemaran Udara Dan Langkah MengatasinyaBaru-baru ini, negara kita dilanda jerebu

    yang teruk akibat pembakaran ladang kelapa sawit di negara Indonesia (selatan Sumatera dan Riau).

    Sebenarnya jerebu ini adalah satu fenomena pencemaran udara. Banyak punca yang menyebabkan

    pencemaran udara. Antaranya ialah

    1. Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon

    monoksida dan nitrogen oksida.Asap yang dikeluarkan juga bewarna hitam dan berjelaga yang boleh

    mencemarkan udara persekitarannya.

    Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis asap.

    Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang engkar, boleh diambil tindakan

    undang-undang seperti denda dan penjara.

    2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan

    minyak diesel kerana harganya yang lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkanasap yang terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara, disamping baunya

    yang menyakitkan hidung.

    Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun dan memasang alat catalytic

    converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan

    kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini

    kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak

    mengeluarkan asap hitam!

    3. Pembakaran bahan api fosil di stesyen jana kuasa elektrik terma. Apabila bahan api fosil yang terdiri

    dari petrolium, gas asli dan arang batu dibakar, asap hitam akan dilepaskan di stesyen jana kuasa

    berkenaan. Contohnya, pencemaran udara di Paka dan Bintulu adalah kerana pembakaran gas asli di

    stesyen jana kuasa terma di Paka dan Bintulu.

    Langkah mengatasi : Penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam seperti kuasa hidro elektrik, biomas

    dan tenaga suria. Negara kita telah menuju ke arah ini apabila beberapa pusat tenaga suria telah dibina

    di Teluk Ewa, Langkawi dan Ulu Tembeling, Pahang.

    4. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah. Bagi menjimatkan kos, kebanyakan pesawah

    membakar jerami padi setelah musim menuai. Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara di kawasan

    tersebut seperti yang sering berlaku di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan suatu ketika dahulu.

    Langkah mengatasi : Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan sumber untuktenaga

    biomas seperti yang digunakan oleh Kilang Beras di Alor Setar.

    5. Pembakaran ladang kelapa sawit sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik ladang di Sumatera dan

    Riau baru-baru ini. Kesannya bukan hanya menyebabkan pencemaran udara tetapi juga kejadian jerebu

    yang amat teruk.

  • 5/21/2018 Tugasan Geografi

    8/8

    Langkah mengatasi: Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti dijadikan baja kompos dan

    makanan ternakan. Lidinya boleh dijadikan penyapu.

    6. Pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan yang

    luas, tetapi telah menyebabkan pencemaran udara di kawasan perumahan berkenaan.

    Langkah mengatasi : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menetapkan hari-hari tertentu untuk

    mengangkut bahan-bahan buangan pepejal di kawasan perumahan. Diharap usaha ini dapat

    mengurangkan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk perumahan.

    7. Kebakaran Hutan. Kejadian jerebu yang melanda kawasan perumahanku baru-baru ini kerana

    kebakaran hutan gambut secara semulajadi akibat pancaran matahari terik dan cuaca panas. Hutan

    gambut ini terbakar apabila menjelangnya petang sehingga ke malam, menyebabkan kawasan

    perumahan berhampiran dipenuhi debu-debu bewarna hitam dan bau asap yang menyesakkan

    pernafasan.

    Langkah Mengatasi : Pihak Jabatan Kaji Cuaca telah mengambil langkah membentukawan tiruan dengan

    tujuan menurunkan hujan. Dengan Rahmat Allah yang telah menurunkan hujan telah menghapuskan

    kejadian jerebu ini. Syukur alhamdulillah kepada MU Ya Rabb.