ect312 fadzilah binti mohd yunus e30209130649

39
TUGASAN MEI 2014 SEMESTER KOD MATA PELAJARAN : ECT 312 NAMA MATA PELAJARAN : PENILAIAN DAN PENGUJIAN PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR : FADZILAH BINTI MOHD YUNUS NO. MATRIK : E30209130649 FASILITATOR AKADEMIK : CIK SU AZIZAH BINTI HAMDAN PUSAT PEMBELAJARAN : KOLEJ MCS, BANTING 1

Upload: hafadz32

Post on 30-Sep-2015

260 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

tugasan kursus

TRANSCRIPT

TUGASAN

MEI 2014 SEMESTER

KOD MATA PELAJARAN

:ECT 312

NAMA MATA PELAJARAN

:PENILAIAN DAN PENGUJIAN

PROGRAM: SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

:FADZILAH BINTI MOHD YUNUS

NO. MATRIK

:E30209130649

FASILITATOR AKADEMIK

:CIK SU AZIZAH BINTI HAMDAN

PUSAT PEMBELAJARAN

:KOLEJ MCS, BANTING

PENGHARGAANBismillahirrahmanirahim.Alhamdulillah, terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa, tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus Penilaian dan Pengujian dalam Bilik Darjah kod ECT312 yang diberikan. Seterusnya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Su Azizah selaku pensyarah saya kerana dengan tunjuk ajar dan bimbingannya kepada saya dalam membantu menyelesaikan tugasan yang telah diberi dengan jayanya.Dalam usaha mencari sumber rujukan, saya telah merujuk beberapa rujukan yang berlainan seperti buku dan melayari laman web. Semua maklumat yang saya gunakan adalah berdasarkan kepada jenis sumber rujukan yang betul dan diambil daripada internet dan buku rujukan. Melalui sumber-sumber tersebut saya telah mengolah maklumat yang diperolehi menjadi esei dan laporan. Esei dan laporan yang saya sediakan adalah mengikut format dan kehendak soalan.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada suami, ibu bapa serta anak-anak yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga terhasillah tugasan ini.Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar dan semua guru yang terlibat di Sekolah Kebangsaan Methodist, Telok Datok, Banting kerana telah memberi kerjasama yang cukup baik kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus yang diberi ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan serta membimbing saya untuk menghasilkan tugasan ini sebaik mungkin. Bimbingan kalian tidak akan saya lupakan.Sekian.

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGHARGAAN2

SENARAI KANDUNGAN3

PENDAHULUAN4

1.0 BAHAGIAN A1.1 DAPATAN UTAMA TENTANG AMALAN PENTAKSIRANYANG DILAKSANAKAN OLEH GURU-GURU DI MALAYSIA 5

1.2 PERSAMAAN DAPATAN KAJIAN DENGAN AMALANGURU-GURU DI SEKOLAH SAYA8

2.0 BAHAGIAN B2.1 PENGENALAN102.2 PROSEDUR112.3 ANALISIS UJIAN142.4 KESIMPULAN202.5 LAMPIRAN22

RUJUKAN26

PENDAHULUAN

Tugasan Penilaian dan Pengujian dalam bilik darjah adalah satu daripada tugasan yang perlu dilaksanakan oleh semua pelajar yang mengambil kursus ini. Tugasan ini merupakan salah satu komponen penaksiran yang telah ditetapkan bagi kursus ini.Tugasan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A, menghendaki agar pelajar membaca artikel yang diberikan, iaitu artikel yang bertajuk Pentaksiran Pembelajaran Pelajar : Amalan Guru-guru di Malaysia oleh Suah See Ling, Ong Saw Land an Shuki Osman, Universiti Sains Malaysia. Kami diminta membincangkan dapatan utama kajian ini tentang amalan pentaksirtan yang dilaksanakan oleh guru-guru di Malaysia dan menjelaskan sama ada dapatan kajian ini sama seperti amalan guru-guru di sekolah serta memberikan contoh-contoh yang spesifik bagi setiap dapatan kajian tersebut.Manakala tugasan Bahagian B pula bertujuan menguji kebolehan pelajar menganalisis Ujian Aneka Pilihan tentang Geografi Eropah. Namun begitu, oleh kerana murid sekolah rendah tidak mempelajari Geografi Eropah, saya telah menukarkan tumpuan soalan kepada Kajian Tempatan. Soalan-soalan ditumpukan kepada Ibu Kota; Bandar, negara dan benua, sungai, iklim, perdagangan dan eksport serta Budaya kaum dan agama. Kami juga diminta mentadbir ujian tersebut kepada sekumpulan 30 hingga 40 orang murid Tahun 5 atau 6. Selepas markah diberi, kami diminta mengira indeks kesukaran setiap soalan, indeks diskriminasi setiap soalan, min dan median serta kira sisihan lazim. Kami diminta untuk melengkapkan tugasan Bahagian B ini mengikut format laporan. Format ini mengandungi Pengenalan, Prosedur, Analisis Ujian dan Kesimpulan. Tugasan ini bertujuan untuk menilai peringkat-peringkat kognitif tahap tinggi, iaitu kebolehan mengaplikasikan prinsip dan konsep yang telah dipelajari dalam penyelesaian sesuatu masalah, menilai dengan kritis hasil yang diperolehi dan menghasil sesuatu yang baru atau mengubahsuai sesuatu yang sedia ada.Semoga semua peserta kursus ini dapat mengaplikasikan segala ilmu Penulisan Akademik dalam kerjaya mereka agar menjadi insan yang tahan dengan cabaran dan mendokong segala hasrat kerajaan untuk menghasilkan murid yang berjaya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

BAHAGIAN A

1) Dapatan Utama Kajian : Amalan Pentaksiran yang dilaksanakan oleh Guru-guru di Malaysia.Pelaksanaan penilaian bilik darjah merupakan elemen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, dalam melaksanakan penilaian bilik darjah yang betul, pengetahuan, pemahaman dan pengalaman terhadap proses-proses melaksanakan penilaian dalam kalangan warga pendidikan merupakan aspek paling penting dalam menghasilkan binaan-binaan soalan ujian yang berkesan dan bermakna dalam menilai keberkesanan hasil pembelajaran pelajar disamping dapat membuat penambahbaikan pembelajarn mereka. Antara aspek-aspek penting dalam melaksanakan penilaian bilik darjah ialah menentukan siibus, membina jadual spesifikasi ujian (JSU), cara membina ujian, pentadbiran ujian, semakan jawapan ujian, analisis item, pelaporan dan tindakan susulan. Terdapat beberapa amalan pentaksiran yang dilaksnakan oleh guru-guru di Malaysia, antaranya ialah:

a) Pengaruh peperiksaan awam.Kebanyakan pentaksiran yang dilakukan oleh guru adalah jelas mengakui kaedah pentaksiran mereka selalu dipengaruhi peperiksaan awam. Contohnya pentaksiran yang dilakukan oleh guru terhadap murid-murid tahun 6, mereka lebih memberi fokus mentaksir murid-murid sama seperti soalan peperiksaan UPSR. Ia dilakukan untuk membiasakan murid tersebut cara menjawab peperiksaan. Jika cara ini tidak dilakukan kemungkinan murid-murid akan sukar untuk menjawab peperiksaan dengan baik.

b) Penilaian bertulis.Guru-guru sekolah rendah lebih banyak menggunakan kaedah penilaian secara bertulis berbanding denga guru sekolah menengah dan guru pra universiti. Antara kaedah yang paling banyak digunakan oleh guru-guru sekolah ialah soalan objektif aneka-pilihan dan diikuti oleh soalan berbentuk esei. Kaedah yang paling kurang digunakan oleh guru-guru sekolah ialah soalan pemadanan. Namun begitu, guru juga gemar menggunakan ujian objektif aneka-pilihan untuk menilai pelajar dan guru-guru sangat kerap menggunakannya. Guru pra universiti lebih banyak menggunakan soalan esei untuk menilai pelajar berbanding dengan guru lain. Guru sekolah rendah lebih banyak menggunakan soalan isi tempat kosong, soalan betul/salah dan soalan pemadanan berbanding guru pra universiti.

c) Penilaian Prestasi.Kerja rumah merupakan penilaian prestasi yang paling popular digunakan oleh guru-guru sekolah dan diikut pula oleh kerja amali. Kebanyakan guru kurang menggunakan portfolio untuk tujuan penilaian pelajar, terutama bagi subjek-subjek utama. Portfolio biasanya digunakan untuk menilai mata pelajaran seperti Kemahiran Hidup, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan lain-lain. Bagi murid tahun 1, 2, 3 dan 4 mereka tidak dinilai melalui kerja-kerja rumah yang dilakukan sebaliknya mereka di nilai pada setiap akhir pembelajaran.

d) Skema Pemarkahan.Cara pembentukan dan penggunaan skema pemarkahan adalah berbeza bagi guru yang mengajar pada peringkat persekolahan yang berlainan. Soalan esei lebih banyak dibina skema jawapannya oleh guru yang mengajar di peringkat pra universiti. Rubrik penskoran pula banyak digunakan oleh guru-guru sekolah menengah untuk menilai jawapan pelajar. Rubrik penskoran yang dibina pula banyak yang merujuk kepada rubrik peperiksaan awam dan buku teks atau buku rujukan. Manakala guru sekolah rendah pula banyak membina rubrik penskoran berdasarkan maklumat-maklumat yang dibekalkan oleh guru-guru lain.

e) Maklum Balas Hasil Penilaian.Kebanyakan guru sekolah rendah lebih banyak memberi maklum balas tentang penilaian berbanding dengan guru-guru yang mengajar di sekolah menengah dan pra universiti. Terdapat beberapa aspek maklum balas hasil penilaian. Antaranya ialah maklum balas hasil penilaian kepada pelajar, ibu bapa, guru lain dan pentadbir sekolah. Menurut kajian, guru sekolah rndah lebih kerap memberi maklum balas kepada ibu bapa berbanding dengan guru lain. Manakala guru pra universiti pula lebih banyak memberi maklum balas kepada pelajar mereka. Guru-guru sekolah rendah juga lebih banyak memberi maklum balas terhadap hasil penilaian kepada pentadbir sekoalh berbanding guru pra universiti.

f) Penggunaan Strategi Lain untuk Menilai Pelajar.Terdapat beberapa strategi lain yang digunakan oleh guru-guru untuk menilai pelajar. Antaranya ialah, menyoal secara lisan, pemerhatian, projek kerja lain, penilaian kendiri oleh pelajar dan temubual. Strategi ini banyak lebih banyak digunakan oleh guru-guru sekolah rendah untuk menilai pelajar berbanding guru yang mengajar pra universiti. Bagi penggunaan strategi lain untuk menilai pelajar, guru-guru sekolah rendah lebih banyak menggunakan teknik pemerhatian dan teknik menyoal secara lisan dan temubual untuk menilai pelajar.

g) Pentaksiran Berdasarkan Bidang Pengajaran Guru.Jika dilihat amalan pentaksiran guru-guru sekolah berdasarkan bidang pengajaran, ia tidak menunjukkan banyak perbezaan. Guru-guru yang mengajar bidang yang berlainan tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dalam amalan-amalan pentaksiran mereka, melainkan ujian bertulis. Ujian bertulis banyak digunakan untuk menilai pelajar oleh guru-guru sekolah yang mengajar mata pelajaran Bahasa. Manakala guru Sains dan Matematik merupakan golongan yang kurang menggunakan ujian bertulis. Mereka juga kurang menggunakan soalan isi tempat kosong, soalan betul/salah dan soalan pemadanan untuk menilai pelajar berbanding dengan guru-gurulain. Bagi guru bahasa pula mereka banyak menggunakan soalan esei untuk membuat penilaian tentang pelajar mereka berbanding guru lain.

2) Huraian Kajian.Amalan guru-guru di sekolah saya mempunyai sedikit persamaan dengan kajian yang telah dilakukan oleh Suah See Ling, Ong Saw Land an Shuki Osman mengenai Pentaksiran Pembelajaran di Malaysia. Antaranya ialah:

a) Kerja RumahKerja rumah merupakan pentaksiran yang paling polular yang dilaksanakan oleh kebanyakan guru. Melalui kerja-kerja rumah yang diberi, murid dapat dinilai sejauh mana hasil pembelajaran murid tersebut dapat dicapai. Ianya juga amatlah mudah ditadbir. Kebanyakan guru akan memberi kerja rumah dengan memberi soalan yang terdapat di dalam buku teks, terutamanya matematik untuk diselesaikan oleh murid di rumah. Ini sekaligus dapat memberi peluang kepada murid tersebut untuk mengulangkaji pelajaran yang telah di ajar oleh guru. Setelah siap, keesokannya akan dikumpulkan dan dinilai oleh guru. Maka, dari situlah guru-guru dapat menilai sejauh mana keberkesanan pengajaran yang telah dijalankan oleh mereka.

b) Pengaruh Peperiksaan AwamGuru-guru di sekolah saya lebih gemar untuk menggunakan ujian objektif aneka-pilihan dalam membuat pentaksiran tentang murid mereka. Ini mungkin disebabkan oleh pengaruh peperiksaan awam. Kebanyakan guru, terutama guru-guru tahun 6 lebih gemar mentaksir murid dengan dipengaruhi oleh peperiksaan awam. Ini kerana peperiksaan awam memainkan peranan penting dalam membuat keputusan tentang masa hadapan calon serta sistem pendidikan Malaysia. Untuk memastikan murid berjaya dalam peperiksaan UPSR, guru-guru sekolah berusah menyediakan murid supaya biasa dengan format soalan peperiksaan awam. Apabila mereka sudah terbiasa dengan kaedah pepeiksaan UPSR membolehkan mereka dapat menjawab peperiksaan dengan lebih baik. Bagi murid KBSR, mereka dinilai oeh guru menggunakan kerja rumah, manakala bagi murid KSSR mereka dinilai tahap pencapaian mereka setiap kali habis sesuatu kemahiran.

c) Ujian bertulisGuru-guru di sekolah saya lebih cenderung untuk melaksanakan ujian bertulis ketika melaksanakan pentaksiran terhadap murid-murid. Ujian bertulis amat sesuai untuk mendapatkan diognastik tentang pengetahuan murid. Ianya amat sesuai diberi sebelum topik baru disampaikan untuk mengetahui aras pengetahuan murid. Ini amat memudahkan guru untuk menyusun strategi atau teknik pengajaran yang lebih berkesan agar murid lebih faham dan menguasai topik yang hendak disampaikan oleh guru.

d) Lembaran kerja.Lembaran kerja juga salah satu medium yang digunakan oleh guru untuk menilai murid. Namun begitu, kebanyakan guru lebih gemar memberi lembaran kerja yang telah sedia ada di pasaran berbanding lembaran kerja yang dibina sendiri. Lambakan buku kerja di pasaran ini memudahkan guru untuk diberi kepada murid. Tetapi guru-guru terpaksa memilih lembaran yang sesuai dengan tahap murid mereka agar penilaian dapat dijalankan dengan memberi impak yang baik. Jika lembaran yang tidak sesuai diberi kepada murid, akan menyebabkan proses penilaian lebih sukar dijalankan kerana murid tidak faham dengan kehendak soalan.

e) Penyoalan Secara LisanPenyoalan secara lisan juga amat popular dijadikan sebagai proses penilaian terutama ketika pengajaran dijalankan. Ia adalah satu pentaksiran yang paling mudah dan senang untuk menilai hasil pembelajaran sama ada telah dicapai ataupun tidak. Hasil maklum balas daripada murid juga dapat diperolehi ketika penyoalan dijalankan kerana murid dapat dinilai dengan cepat. Hasilnya, guru boleh merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan sekiranya sesuatu hasil pengajaran tidak dapat dicapai oleh guru tersebut.

f) Kerja Kursus / Kerja Projek.Kerja kursus pula lebih popular dinilai oleh guru bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Kemahiran Hidup pula dinilai melalui kerja projek. Kedua-dua penilaian ini akan dinilai 40% daripada markah yang keseluruhan.

2.0 BAHAGIAN B2.1 PENGENALANTugasan Bahagian B menghendaki kami untuk mentadbir satu ujian terhadap sekumpulan murid tahun 5 atau 6. Saya memilih untuk mentadbir ujian ini untuk murid tahun 5 kerana murid tahun 6 telah mula sibuk dengan gerak gempur untuk peperiksaan UPSR mereka.Tujuan tugasan ini dilakukan adalah untuk menguji kebolehan kami menganalisis Ujian Aneka pilihan tentang Geografi Eropah. Tumpuan soalan yang diuji ialah mengenai Geografi Eropah [tidak ada soalan tentang Malaysia]. Antara contoh-contoh topik daripada negara-negara Eropah yang diberi tumpuan ialah soalan-soalan berkaitan Ibu kota; Bandar, Negara dan benua; kedudukan; saiz, sungai, iklim, perdagangan dan eksport serta budaya kaum dan agama.Soalan-soaloan ujian yang dibina ialah soalan berbentuk aneka pilihan. Soalan yang diberi terdiri daripada 12 soalan atau item. Setiap soalan yang dibina mempunyai 4 pilihan jawapan, iaitu satu jawapan dan 3 pengganggu. Melalui ujian ini, murid dapat dikesan tentang pengetahuan mereka tentang Ibu kota, negara dan benua, sungai, iklim, perdagangan dan eksport serta budaya kaum dan agama penduduk Eropah.Tahap hasil pembelajaran yang akan diukur hanyalah tahap pengetahuan, pemahaman, aplikasi dan analisis sahaja. Manakala tahap sintesis dan penilaian tidak dapat diukur kerana kebanyakan murid tidak terdedah dan kurang maklumat mengenai Geografi EropahMurid-murid telah dimaklumkan mengenai ujian ini sehari lebih awal supaya mereka lebih bersedia. Mereka telah memaklumkan kepada saya bahawa mereka cuba untuk mencari maklumat mengenai geografi eropah ini di dalam laman sesawang kerana mereka tidak pernah mengetahui mengenai Geografi Eropah dan tidak pernah mempelajarinya.Saya telah mentadbir ujian tersebut. Ujian ini saya jalankan untuk kelas tahun 5 Berjaya. Ia juga telah dijalankan selama 30 minit. Murid-murid menggunakan kertas jawapan yang disediakan dengan menghitamkan kertas jawapan untuk menjawab soalan yang diberikan. Kesemua murid dapat menjawab soalan tersebut dengan baik.Setelah ujian dijalankan, saya juga dikehendaki untuk mengira indeks kesukaran setiap soalan, mengira indeks diskriminasi setiap soalan, mengira min dan median serta mengira sisihan lazim. Semoga dengan terhasilnya tugasan ini dapat menjadikan saya lebih mahir untuk membina, mentadbir dan menganalisis ujian yang telah dijalankan, sekaligus dapat membina item yang baik untuk dijadikan pentaksiran.2.2 PROSEDURProses mentadbir ujian dilakukan dengan melalui beberapa prosedur, iaitu pembinaan ujian, pemilihan murid, prosedur pentadbiran, penggubalan skema jawapan dan pemarkahan ujian.2.2.1 Pembinaan Ujian.Sesebuah ujian perlu dirancang dengan baik untuk memastikan keputusan yang diperolehi juga adalah yang terbaik. Ia terhasil daripada perancangan yang teliti dan cermat. Perancangan dilaksanakan melaui fasa-fasa berikut: memperjelaskan tujuan, menyediakan jadual spesifikasi, menentukan format ujian, menyemak semula, menghimpunkan, mereproduksi dan melaksanakan ujian.Namun begitu, bagi melengkapkan tugasan Bahagian B ini, proses menyediakan ujian itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana topik yang dikehendaki untuk menguji murid-murid adalah topik yang langsung tidak dipelajari di sekolah. Jadual spesifikasi tidak dapat dibuat sepenuhnya kerana tahap hasil pembelajaran seperti sintesis dan penilaian kerana ia adalah terlalu sukar bagi murid-murid untuk menjawabnya. Format ujian yang dibina ialah berbentuk soalan aneka pilihan. Panjangnya ujian dan peruntukan masa yang diberi kepada murid untuk menjawab semua soalan ujian ialah selama 30 minit. Masa yang diperuntukkan adalah sangat sesuai kerana ujian ini hanya mengandungi 12 soalan sahaja. Arahan-arahan juga telah diberikan di muka surat pertama kertas soalan ujian tersebut.Saya juga telah meminta rakan saya untuk menyemak semula soalan bagi mendpatkan pandangan kritikan mereka. Perkara yang akan disemak mengenai soalan ujian ini ialah menyemak pilihan jawapan, menyemak sekiranya ada item-item atau soalan-soalan yang bertindih. Menyemak respon set dimana tidak terdapat corak yang dapat dikenalpasti dalam satu siri respon untuk item ujian objektif.Setelah soalan disemak, saya menghimpun dan menyusun soalan-soalan mengikut bidang atau kandungan yang dicakupi oleh ujian. Kandungan yang diuji hendaklah berkaitan Ibu kota; bandar, negara dan benua; kedudukan; saiz, sungai, iklim, perdagangan dan eksport serta budaya kaum dan agama. Ia dibuat bagi memudahkan bagi tujuan peeriksaan (ataupun pemarkahan) dan membuat interpretasi tentang prestasi untuk menghimpun mengikut bidang tersebut dan menyusunnya mengikut objektif pentaksiran.2.2.2 Pemilihan MuridBagi pemilihan murid yang ingin ditadbir ujian, saya telah memilih murid daripada kelas tahun 5 Berjaya sebagai kelas yang ingin saya tadbir untuk ujian ini. Kelas ini mempunyai murid daripada pelbagai kebolehan. 10 orang murid kelas ini adalah murid pencapaian tinggi; 10 orang murid pencapaian sederhana dan 10 orang murid pencapaian rendah. Saya merasakan kelas ini amat sesuai untuk saya tadbir ujian ini dan amat berpuas hati dengan pemilihan murid dan kelas yang ingin saya jalankan ujian ini.

2.2.3 Prosedur PentadbiranMatlamat pentadbiran ujian adalah untuk memastikan keadaan yang paling konsisten dengan tujuan ujian. Ianya perlu dijalankan dengan keadaan yang akan memastikan kerja yang paling cekap untuk murid mengambil yang mengambil ujian ini. Dalam pentadbiran ujian terdapat beberapa aspek perlu diberi penekanan antaranya ialah keadaan yang betul. Ia bermaksud guru perlu memastikan bahawa semua keadaan fizikal menyokong kerja yang baik. Harus ada cahaya dan aliran udara yang mencukupi, suhu yang selesa, kesenyapan, kerusi yang selesa serta cukup ruang kerja agar murid dapat menjawab soalan dengan baik dan selesa. Bagi mentadbir ujian ini, saya hanya menjalankannya di kelas serta semua meja dan kerusi telah di jarakkan kedudukannya. Saya tidak menggunakan Sistem Audio kerana jumlah murid seramai 30 orang adalah memadai bagi saya menggunakan suara biasa. Selain itu, ujian ini juga dijalankan dengan cermat. Bahan ujian diagihkan dan dikumpulkan mengikut rancangan. Saya telah mengedarkan terlebih dahulu kertas jawapan, setelah itu barulah kertas soalan diedarkan. Saya juga telah membaca beberapa arahan yang terdapat pada muka surat pertama kertas soalan tersebut. Saya juga telah memberitahu kepada murid masa yang diambil untuk menjawab soalan ini iaitu selam 30 minit.

2.2.4 Penggubalan skema jawapanPenggubalan skema jawapan telah saya siapkan sejurus sahaja pembinaan item atau soalan siap. Ia adalah dokumen yang mengandungi jawapan muktamad. Skema jawapan amat penting untuk disiapkan lebih awal bagi membantu melancarkan proses pemeriksaan.

2.2.5 Pemarkahan UjianCara pemarkahan ujian ini ialah contohnya, jika seorang murid dapat menjawab 10 soalan daripada 12 soalan, maka 10 dibahagi dengan 12 dan didarah dengan 100. Markah yang diperolehinya ialah 83%.

Jumlah jawapan yang betul x 100% = __________%Jumlah soalan

10 x 100% = 83 %12

2.3 ANALISIS UJIANSaya telah menjalankan sebuah ujian objektif dengan 12 item aneka pilihan dalam mata pelajaran Geografi Eropah kepada 30 orang murid. Sebelum analisis dijalankan, langkah pertama yang perlu saya lakukan ialah memeriksa setiap kertas jawapan. Kemudian saya akan menyusun kertas jawapan daripada markah tertinggi kepada markah terendah yang diteima. Seterusnya saya akan kalikan 30 (bilangan buku jawaban) dengan 35% sebgai nilai iaitu menjadi 10.5 dan dibulatkan menjadi 11. Langkah seterusnya saya akan susunkan 30 buku jawaban tadi mengikut markah yang diterima (daripada markah tertinggi kepada markah terendah). Saya akan mengeluarkan 11 buku jawapan daripada atas longgokan tadi dan 11 buku jawapan daripada bawah longgokan. Longgokan tadi digelarkan murid markah tinggi dan murid markah rendah. Kertas-kertas jawapan dipertengahan diketepikan bagi memudahkan prosedur.Kemudian, saya akan merujuk kepada Item #1 atau soalan #1. Saya akan mengira bilangan murida daripada kumpulan markah tinggi yang menjawab setiap pilihan (A, B, C atau D), dan saya juga akan mengira bilangan murid daripada kumpulan markah rendah yang menjawab pilihan A, B, C atau D.Soalan 1 : Ujian Geografi EropahApakah ibu kota bagi United Kingdom?A. SydneyB. LondonC. ViennaD. Berlin

Analisis Item

PilihanABCDKosong

Kumpulan Markah Tertinggi (n=11)01010 0Kumpulan Markah Terendah(n=11)1 351 0

Jadual 1 Analisis Item Untuk Satu Item atau Soalan

Daripada analisis ini, 10 pelajar daripada kumpulan Markah Tinggi dan 3 murid daripada kumpulan Markah Rendah memilih jawapan B iaitu jawaban yang betul. Ini bemakna bahawa 113 daripada 22 murid telah memilih jawaban yang betul.

2.3.1 Indeks Kesukaran ItemDengan menggunakan maklumat yang diberi dalam Jadual 1, Indeks Kesukaran Item dapat dihitung iaitu suatu indikator kuantitatif tentang tahap kepayahan setiap item atau soalan. Ia dapat dihitung menggunakan formula berikut:Bilangan Murid Dengan Jawaban Betul (R)Indeks Kesukaran = ____________________________________(p)Bilangan Murid Yang Cuba Menjawab (T) R19 ===0.59 T22Apakah maksud Indeks Kesukaran (p) yang berjumlah 0.59? Indeks Kesukaran merupakan pekali yang menunjukkan peratusan murid yang menjawab dengan betul berbanding bilangan murid dalam dua kumpulan tadi yang mendapat jawaban yang salah. Dalam erti kata lain, 59% murid telah memilih jawaban yang betul. Walaupun hitungan ini berdasarkan kumpulan markah tinggi dan rendah sahaja, ia memberikan suatu anggaran yang hamper kepada anggaran yang mungkin dibuat dengan kesemua murid. Dengan itu, kita boleh katakana bahawa indeks kesukaran untuk item ini adalah 86% (untuk kumpulan ini). Perhatikan, oleh kerana kesukaran merujuk kepada peratusan yang menjawab item dengan betul, lebih kecil peratusan maka lebih payah item tersebut. Lien (1980) memberikan beberapa garis panduan tentang maksud indeks kepayahan seperti berikut:>0.70=Mudah 0.30 - 0.69=Sederhana