tugasan berkumpulan cover

15
TUGASAN BERKUMPULAN NAMA NO MATRIK Aidil Iman Bin Abdullah P 79038 Hafiz Bin Idrus P 79024 Aliaa Nabilah Binti Kamrudin P 79092 Amalina Binti Othman P 79162 Shaidatul Nadira Binti Shaharum P 79021 Santhi A/P Sellamuthoo P 78983 PENSYARAH: PROF. MADYA DR. JAMALUDIN BIN HAJI BADUSAH GGGB6012 PENULISAN AKADEMIK 1 FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SEM 2 2014/2015 Tajuk Jurnal : Students-Teacher Perspectives on The Qualities of Mentor-Teachers

Upload: driezevens

Post on 18-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Tugasan Berkumpulan Cover

TRANSCRIPT

TUGASAN BERKUMPULAN NAMANO MATRIK

Aidil Iman Bin AbdullahP 79038

Hafiz Bin IdrusP 79024

Aliaa Nabilah Binti KamrudinP 79092

Amalina Binti OthmanP 79162

Shaidatul Nadira Binti ShaharumP 79021

Santhi A/P SellamuthooP 78983

PENSYARAH:PROF. MADYA DR. JAMALUDIN BIN HAJI BADUSAH

GGGB6012 PENULISAN AKADEMIK 1

FAKULTI PENDIDIKANUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIASEM 2 2014/2015

Tajuk Jurnal :Students-Teacher Perspectives on The Qualities of Mentor-TeachersPengarangMaria-Monica, Popescu-Mitroi & Alina, Mazilescu Crisanta (2014). Students-Teacher Perspectives on The Qualities of Mentor-Teachers. Social and Behavioral Sciences, 116 : 3559 3563

Isu Dan MasalahPerspektif Pelajar-Guru terhadap Kualiti Mentor-Guru

Tujuan Kajian/ Objektif Kajian/Persoalan KajianTujuan Kajian :Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kualiti penting yang perlu ada pada seorang mentor.

Objektif Kajian :1) Menganalisis kualiti yang penting dan positif yang perlu ada pada seorang mentor. 2) Menganalisis sifat-sifat negatif yang tidak sesuai pada seorang mentor semasa memberikan bimbingan.

Persoalan Kajian :1) Apakah kualiti yang perlu ada pada seorang guru-mentor yang baik? 2) Apakah sifat-sifat yang tidak sesuai pada seorang guru-mentor yang baik?

Kerangka Teori/Kerangka KonseptualB. arkovic & C. Bizjak (2010) dalam Perspectives and Features of Mentoring telah mengemukakan 5 ciri-ciri seorang mentor, antaranya ialah :1) Pembelajaran sepanjang hayat2) Kemahiran pengajaran dan pengetahuan3) Komunikasi interpersonal4) Sikap positif dan terbuka5) Keupayaan untuk membina kepercayaan

Menurut J.B. Rawley (1999) dalam Supporting teacher: The Good Mentor pula telah memberikan 6 ciri-ciri mentor yang baik iaitu :1) Menjadi model pelajar yang berterusan (mempunyai rasa ingin tahu, berfikiran terbuka).2) Efektif dalam pelbagai konteks interpersonal (gaya berkomunikasi & kawalan diri).3) Mahir dalam menyediakan sokongan pengajaran (bimbingan).4) Komited sebagai seorang mentor (kepercayaan).5) Penerimaan guru baharu (empati).6) Memberikan harapan dan keyakinan (harapan).

Manakala R.L. Davis (1991) dalam Mentoring: The Strategy of the Master telah mengeluarkan 7 ciri-ciri yang perlu ada pada seorang mentor. Antaranya :1) Mentor yang menyediakan pengajaran dan sokongan psikologi.2) Integriti sebagai mentor adalah model dalam profesion3) Kekerasan dalam kelembutan yang melibatkan matlamat dan kejujuran mentor.4) Kebolehan belajar dari kesilapan yang dilakukan5) Bijaksana iaitu gabungan membuat penilaian dan keberanian.6) Ketabahan dalam mencapai pembangunan peribadi menti

Langkah pertama :Berdasarkan sorotan literatur dan perbandingan ciri-ciri mentor yang baik seperti yang disebut oleh B. arkovic & C. Bizjak (2010), J.B. Rawley (1999), R.L. Davis (1991) dalam bidang permentoran, pengkaji mendapati terdapat 4 jenis sokongan oleh mentor, terhadap menti iaitu 1) Sokongan bermaklumat 2) Sokongan instrumental3) Sokongan menilai4) Sokongan emosi

Pengkaji menggunakan istilah sokongan kerana sifat-sifat peribadi seorang mentor termasuklah memberi sokongan kepada menti mereka.Langkah kedua :Pengkaji membentangkan 50 ciri-ciri yang telah dikenal pasti oleh pelajar kepada sekumpulan lima pakar dalam Pendidikan Sains dari Jabatan Pengajaran Latihan yang diedarkan kepada mereka dalam 4 kategori sokongan tersebut. Selepas itu, setiap kategori digabungkan setiap peratusan yang telah dikira mengikut jumlah rujukan yang diberikan oleh pelajar.

Metodologi Termasuk reka bentuk kajian, persampelan, instrumentasi dan kaedah analisis data**terangkan detail instrument/alat kajian yang digunakanReka Bentuk Kajian :Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk gabungan di mana ia menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data yang diperoleh juga menggunakan data kuantitatif dan data kualitatif.

Persampelan :Sampel terdiri daripada 80 orang pelajar-guru dari Fakulti Sains Komputer (N = 55), Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Kuasa (N = 12) dan Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Telekomunikasi (N = 13), yang berinteraksi selama 2 semester dengan 12 orang guru-mentor di dua buah sekolah menengah tinggi.

Instrumentasi :Kajian menggunakan teknik yang dikenali sebagai "temu bual" berdasarkan persoalan kajian dengan pelajar-pelajar yang terlibat sebagai sampel kajian ini.

Kaedah Analisis :Data dianalis menggunakan aplikasi pengiraan statistik SPSS13. Pengkaji kemudiannya mengira kekerapan setiap ciri yang disebutkan oleh pelajar. Sebanyak 25 ciri-ciri telah dipilih bagi setiap kategori dan ciri-ciri yang kekerapannya dibawah 5% telah ditolak keluar.

Sifat-sifat peribadi yang baik pada seorang guru-mentor mengikut urutan kekerapan ialah Profesional / pakar, Kebijaksanaan pedagogi, Model / Integriti, Keghairahan / bersemangat, Toleransi, Pandai bergaul, Bijak berkomunikasi, Berkebolehan membuat keputusan, Emosi yang seimbang, Benar, Sabar, Berempati, Aktif, Yakin, Tenang, Bersetuju, Kerjasama, Pembelajaran kendiri, Insentif, Sentiasa ada, Baik, Berkredibiliti, Fleksibel, Serius dan Sering menghulurkan bantuan.

Keputusan/ Dapatan Kajian/ PerbincanganDapatan kajian menunjukkan terdapat ciri positif yang perlu ada pada seorang mentor yang baik dan juga ciri-ciri negatif pada seorang mentor. Pengkaji telah memilih data yang relevan dan bagi ciri-ciri yang negatif pula telah diubah kepada lawannya yang positif kerana pada asasnya, pengkaji cuba mengemukakan ciri-ciri mentor yang baik yang dimaksudkan oleh pelajar.Sebuah graf dihasilkan dengan menggunakan data yang diperoleh berdasarkan kekerapan 50% ke atas dalam temu bual yang dijalankan. Berdasarkan graf tersebut, kualiti yang paling penting pada seorang guru-mentor yang baik ialah Profesional / pakar (kategori : sokongan maklumat) sebanyak 75%, Kebijaksanaan pedagogi dan seterusnya Model / Integriti (kategori : sokongan instrumental) kedua-duanya sebanyak 60 %, Keghairahan / bersemangat (kategori : sokongan instrumental) sebanyak 55%. Bagi ciri-ciri negatif yang diubah kepada lawannya yang positif ialah Formal / Jarak - Terlibat (kategori : sokongan instruksional) sebanyak 70%, bersikap tidak peduli - dinamik (kategori : sokongan menilai) sebanyak 90%, Lembut - ketat (kategori : sokongan menilai) sebanyak 70%, Permintaan tinggi - lebih munasabah (kategori : sokongan menilai) sebanyak 60%, Kritis - lebih menghargai (kategori : sokongan menilai) sebanyak 55%, Kekerasan - sensitif (kategori : sokongan emosi) sebanyak 60% dan akhir sekali Agresif - tidak agresif (kategori : sokongan emosi) sebanyak 50%.

Perbincangan/Implikasi kajianKajian menunjukkan, pelajar percaya bahawa seorang mentor yang baik perlulah mempunyai kualiti yang berikut : 1) Dinamik (kategori : sokongan menilai) 2) Profesional / Pakar (kategori : sokongan maklumat) 3) Terlibat (kategori : sokongan instruksional) 4) Ketat (kategori : sokongan menilai) 5) Kebijaksanaan pedagogi (kategori : sokongan instrumental) 6) Model / Integriti (kategori : sokongan menilai) 7) Lebih munasabah (kategori : sokongan menilai) 8) Sensitif (kategori : sokongan emosi) 9) Keghairahan / bersemangat (kategori : sokongan instrumental)10) Lebih menghargai (kategori : sokongan menilai) 11) Tidak agresif (kategori : sokongan emosi)

Kualiti ini mungkin mengandungi maklumat yang relevan dalam membantu sesi pemilihan calon-calon untuk kemasukan dalam program permentoran. Mereka bukan sahaja dapat menyumbang kepada pembangunan kurikulum latihan bagi mentor, tetapi juga dalam proses penilaian guru terhadap prestasi sebagai mentor.

PengarangSukiman Saad, Noor Shah Saad, Mohd Uzi Dollah.

Isu Dan MasalahPENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR: PERSEPSI DAN AMALAN GURU MATEMATIK SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH.

Tujuan Kajian/ Objektif Kajian/Persoalan Kajiani) Mengkaji persepsi guru terhadap pengajaran kemahiran berfikir dari aspek pendekatan pengajaran, nilai dan kepentingan pengajaran kemahiran berfikir, efikasi guru dan juga sokongan kurikulum dan sekolah.ii) Mengkaji pengajaran kemahiran berfikir yang diamalkan oleh guru matematik dalam bilik darjah. Amalan ini merangkumi aspek pengajaran kemahiran berfikir aras rendah (KBAR), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), bentuk dan pendekatan kemahiran berfikir, strategi pengajaran dan juga sikap guru.iii) Mengenal pasti amalan pengajaran kemahiran berfikir antara jantina guru dan pengalaman mengajar.iv) Mengenal pasti hubungan antara persepsi guru dan amalan pengajaran kemahiran berfikir.

Kerangka Teori/Kerangka KonseptualSoal selidik.

Metodologi Termasuk reka bentuk kajian, persampelan, instrumentasi dan kaedah analisis data**terangkan detail instrument/alat kajian yang digunakan- Kajian bukan eksperimental.- Borang soal selidik diedarkan untuk mendapat maklum balas daripada guru-guru matematik sekolah menengah.- Populasi seramai 235 orang guru matematik sekolah menengah yang mengajar di daerah Muar, Johor.- 144 orang guru matematik daripada 22 buah sekolah menengah daripada populasi dijadikan sampel kajian.- Kaedah pemilihan sampel ialah kaedah rawak strata dalam memilih guru matematik lelaki dan perempuan.- Memastikan setiap sampel daripada populasi mendapat peluang yang sama untuk terpilih.

Keputusan/ Dapatan Kajian/ Perbincangana. Persepsi Guru Terhadap Pendekatan Pengajaran Kemahiran berfikir.Min bagi setiap item pendekatan pengajaran melebihi 3.0 menunjukkan persetujuan yang tinggi terhadap keempat-empat pendekatan pengajaran. b. Persepsi Guru Terhadap Nilai dan Kepentingan Pengajaran Kemahiran Berfikir.Min keseluruhan persetujuan bagi persepsi guru terhadap kepentingan dan nilai pengajaran kemahiran berfikir adalah tinggi, iaitu 3.52.c. Persepsi Guru Terhadap Efikasi Diri.Guru mempunyai efikasi diri yang tinggi untuk mengembangkan kemahiran berfikir dalam diir pelajar dengan min keseluruhan 3.09.d. Persepsi Guru Terhadap Sokongan Kurikulum dan Sekolah.Min keseluruhan adalah pada tahap sederhana, iaitu 2.65%.e. Amalan Pengajaran Berfikir yang Diamalkan oleh Guru Matematik.Min keseluruhan 3.05.

Perbincangan/Implikasi kajianGuru merasakan pengajaran berfikir adalah penting kepada pelajar. Ia membantu pelajar untuk berjaya di luar sekolah., meningkatkan prestasi akademik dan relevan kepada kerjaya pada masa akan datang. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pengajaran kemahiran berfikir tidak diberi penekanan. Antaranya ialah sesetengah guru berpendapat bahawa pelajar perlu terlebih dahulu mengetahui semua fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran sebelum mereka boleh digalakkan berfikir. Tetapi, setelah mengajar semua fakta dan konsep, masa pula tidak mengizinkan untuk menggalakkan pelajar berfikir. Faktor kedua ialah penekanan kepada peperiksaan yang mementingkan pengujian kebolehan pelajar mengingati kembali fakta.

Pengarang1. Chew Fong Peng1. Shashipriya Nadaraja

Isu Dan Masalah Pelajar Negara Malaysia kurang mampu menggunakan pengetahuan dan berfikir secara kritikal dalam konteks di luar akademik. Pelajar berbeza dari segi kebolehan. Guru kekurangan pengetahuan. Pelajar bersikap pasif, tidak menunjukkan minat, tidak suka membaca, pengaruh rakan sebaya. Soalan aras rendah, soalan aras tinggi tidak diberi perhatian. Persekolahan kurang memberi penekanan terhadap tugas memperkembang daya pemikiran pelajar. Pelajar hanya belajar untuk mendapatkan keputusan cemerlang. Latar belakang sosial pelajar.

Tujuan Kajian/ Objektif Kajian/Persoalan Kajian Sejauh mana keberkesanan KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengenal pasti perbezaan antara latar belakang social pelajar dengan pelaksanan KBKK di sekolah menengah.

Kerangka Teori/Kerangka Konseptual Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Rujuk pada Model Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (Sumber: PPK 2001)

Metodologi Termasuk rekabentuk kajian, persampelan, instrumentasi dan kaedah analisis data**terangkan detail instrument/alat kajian yang digunakan Kajian menggunakan kaedah tinjauan sebagai instrumen. Dua set boring soal selidik iaitu untuk para guru dan para pelajar. Set soal selidik dua bahagian, A & B. A latar belakang responden. B pelaksanaan KBKK B terdapat tiga bahagian: Pelaksanaan KBKK dalam p&p Keberkesanan pencerapan KBKK dalam p&p dalam pandangan pelajar. Masalah pelaksanaan KBKK dalam p&p bagi pandangan guru dan pelajar Rekabentuk kajian: Sasaran meliputi pelajar tingkatan empat dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di tiga buah sekolah. Jumlah sampel guru 40 orang. Jumlah sampel pelajar 40 orang. Data dianalisis menggunakan alat kajian Statistical Package For Social Science (SPSS 18.0). Hasil dibentang dalam bentuk jadual & inferens. Statistik keperihalan: min & sisihan lazim. Statistik inferensi: Ujian-t dan Anova sehala.

Keputusan/ Dapatan Kajian/ Perbincangan 22.5% guru sahaja yang pernah mengikuti kursus KBKK. Responden pelajar seimbang dari segi latar belakang sosial. Guru memberi peluang kepada pelajar untuk memberikan pendapat, tetapi pelajar tidak mahu cuba kerana takut salah.

Perbincangan/Implikasi kajian Pelaksanaan KBKK lancar di sekolah. Tetapi masih kurang mencapai objektif. Hal ini kerana: Segelintir guru masih belum dapat pendedahan penerapan KBKK. Teknik pengajaran subjek tertentu tidak dikemaskini.

TajukTahap Numerasi Awal Murid Tahun Satu Sekolah di Sebuah Kawasan FELDA

PengarangSharifah Norul Akmar Bt Syed ZamriJurnal Pendidikan, 28(1)

Isu Dan MasalahKanak-kanak perlu mempunyai keterampilan matematik awal pada tahap yang tertentu. Kepayahan dalam numerasi awal boleh mengganggu proses kemahiran matematik murid di peringkat seterusnya. Murid perlu menguasai konsep asas numerasi awal bagi membantu mereka mempelajari matematik di peringkat yang lebih tinggi.

Tujuan Kajian/ Objektif Kajian/Persoalan KajianMengukur tahap numerasi awal murid Tahun 1 di 19 buah sekolah di daerah Jempol.1. Sejauh manakah murid Tahun 1 sekolah rendah FELDA menguasai kelapan-lapan kemahiran asas numerasi awal.1. Apakah tahap numerasi awal murid Tahun 1 di daerah Jempol mengikut secara keseluruhannya dan mengikut peringkat umur.

Kerangka Teori/Kerangka KonseptualDalam kajian ini kandungan numerasi awal merujuk kepada model sintetik yang dikemukakan oleh van de Rijt (2003) yang meliputi perbandingan, klasifikasi, padanan satu dengan satu, seriasi, menggunakan nama nombor, membilang berstruktur, membilang resultatif, dan aplikasi pengetahuan am tentang nombor.

Metodologi Termasuk rekabentuk kajian, persampelan, instrumentasi dan kaedah analisis data**terangkan detail instrument/alat kajian yang digunakan1. Sampel kajian terdiri daripada 357 orang murid Tahun 1 yang dipilih daripada 19 buah sekolah rendah FELDA Daerah Jempol.1. 19 orang murid dipilih daripada setiap sekolah.1. Sampel dipilih secara rawak oleh guru Tahun 11. Sampel kajian telah dikategorikan mengikut jantina dan tahap umur dalam tahun dan bulan. 1. 180 orang adalah murid lelaki & 177 adalah murid perempuan1. Menggunakan Utrecht Early Numeracy Test (UNT) 1. Ujian ini mengandungi lapan kemahiran numerasi dan setiap satu kemahiran terbahagi kepada lima item. 1. Kemahiran tersebut adalah perbandingan klasifikasi, padanan satu dengan satu, seriasi, menggunakan nama nombor, membilang berstruktur, membilang resultatif, dan aplikasi pengetahuan am tentang nombor. 1. Lapan kemahiran ini telah dibentuk berasaskan kemahiran numerasi yang telah didefinisikan atau dikenal pasti berasaskan penulisan yang lalu.1. Terdapat 40 item dalam intrumen ini dan antara 40 item ini, lima item dikenali sebagai core item.

Keputusan/ Dapatan Kajian/ PerbincanganLaporan dapatan kajian dimulakan dengan :-1. Pencapaian murid dalam lapan kemahiran numerasi awal iaitu pencapaian dalam perbandingan, klasifikasi, padanan satu dengan satu, seriasi, penggunaan nama nombor, membilang secara berstruktur, membilang secara hasilan/resultatif dan pengetahuan am nombor. Seterusnya, kemahiran numerasi awal dan tahap numerasi awal murid secara keseluruhan dilaporkan.

Hasil daripada dapatan kajian ini diharapkan dapat:1. Memberi gambaran tentang kesediaan murid FELDA menghadapi pembelajaran matematik formal di sekolah1. Membantu guru dalam merancang dan melaksanakan pengajaran matematik yang berkesan dengan mengambil kira tahap keterampilan matematik murid.1. Memberi manfaat kepada pihak lain seperti penulisan buku teks, ahli kurikulum dan masyarakat amnya.

Perbincangan/Implikasi kajianSecara khusus, kajian ini meninjau penguasaan murid dalam lapan kemahiran pranombor dan menentukan tahap kecekapan/kompetensi mereka. Dapatan hasil daripada kajian ini dapat memberikan petunjuk tentang kesediaan mereka untuk mengikuti pembelajaran matematik Tahun 1. 1. Hasil daripada analisis menunjukkan bahawa kebanyakan murid Tahun 1 masih belum menguasai lapan kemahiran pranombor yang diuji. 1. Namun demikian, murid juga didapati tidak menguasai dengan baik kemahiran yang melibatkan membilang.1. Murid Tahun 1 juga dilihat berada pada tahap kecekapan atau kompetensi C, iaitu pada tahap sederhana. Oleh hal demikian, dicadangkan agar tindakan susulan diberikan kepada murid yang gagal menguasai kemahiran pranombor.

Sementara itu, hasil daripada dapatan kajian ini diharap dapat menyumbang kepada bidang pendidikan matematik sama ada diperingkat prasekolah atau sekolah rendah.

Implikasi juga menunjukkan keperluan untuk menilai persediaan murid sebelum mereka melangkah masuk ke sekolah rendah. Keperluan meningkatkan pengetahuan guru matematik untuk mengesan masalah di peringkat awal lagi dan mengambil tindakan intervensi yang berkesan secepat mugkin adalah penting. Guru juga perlu memberi bimbingan dan perhatian yang lebih kepada murid yang didapati masih belum menguasai kemahiran pranombor dan disamping menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai.

PengarangCemalettin Yldz, Adnan Baki, Mehmet Aydn, Davut Koce,.(2010). Development of materials in instruction of decimals according to constructivist approach. Procedia Social and behavioral Sciences 2 (2010) 3660-3665. Retrieved from ScienceDirect.

Isu Dan MasalahPembangunan bahan pengajaran melibatkan topik perpuluhan mengikut pendekatan Konstruktivis.

Tujuan Kajian/ Objektif Kajian/Persoalan KajianPembangunan bahan pengajaran pelajar berdasarkan 4 langkah dalam pendekatan konstruktivis berkaitan topik perpuluhan, ujian pencapaian dan memperbetulkan kelemahan.

Kerangka Teori/Kerangka KonseptualMurid memerlukan persekitaran pembelajaran yang baik untuk membina pengetahuan yang baru berdasarkan pengetahuan yang sedia ada.(Baki, 2008) 4 model yang dibangunkan ialah :1. Membangkitkan rasa ingin tahu (inkuiri)2. Menerangkan hasil penemuan3. Abstrak4. Penilaian.

Metodologi Termasuk rekabentuk kajian, persampelan, instrumentasi dan kaedah analisis data**terangkan detail instrument/alat kajian yang digunakanMetodologi : Kajian KesPeserta Kajian : 32 orang 6th grade yang belajar di sekolah menengah awam di Trabzon ketika musim bunga 2008-2009. 17 lelaki dan 15 perempuan. Purata umur 12 tahun.Pembangunan bahan pengajaran :Lembaran kerja (appendix 1)Teks perubahan konseptual (appendix 2)Peta analogi (appendix 3)Pada peringkat awal untuk membangunkan bahan , temubual tidak berstruktur dijalankan kepada 5 orang guru matematik mengenai perpuluhan dan pengarahan. Hasilnya, murid mengalami masalah untuk memahami perpuluhan. Bahan pengajaran dibangunkan bagi mengatasi masalah tersebut. Material dinilai oleh dua orang ahli akademik dan 2 orang guru matematik. Rintis bahan pengajaran :Kelas 6th gred sekolah menengah di Trabzon untuk tempoh masa kelas 2 jam. Murid berpasangan. Kesalahan telah dikenalpasti dan telah diperbaiki secara langsung.Pendahuluan : menggalakkan murid berfikir secara inkuiri (menarik perhatian murid kepada tajuk). Murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada, idea dan kesalahan konsep serta pengetahuan awal yang dibawa masuk ke dalam kelas. Hal ini membolehkan guru untuk melakukan aktiviti mengikut aras kefahaman murid. Pada peringkat ini, pengetahuan lampau dan pengetahuan awal disemak dan sedikit perbincangan diperlukan. Soalan akan diberi dalam bentuk am dan meneliti pandangan mereka terhadap soalan tersebut.Menerangkan hasil penemuanPengalaman yang berkait untuk menerangkan konsep kepada murid. Pelbagai kaedah pengajaran dilakukan bagi menarik perhatian kepada subjek.masalah kajian diberikan kepada murid dan dibimbing untuk berfikir dan mentafsir. Lembaran kerja diberikan dan murid bekerja secara berpasangan dan menentukan nama kumpula n masing-masing. Murid diminta untuk melaksanakan aktiviti didalam lembaran kerja. Guru memantau dan membimbing dan seterusnya guru mengedarkan peta analogi yang berkaitan dengan topik dan terangkannya.Abstrak :Membanding pengetahuan dengan pengetahuan awal , soalan dan mengubahnya. Guru semakin aktif kerana perlu menerangkan konsep atau subjek mengikut aras kelas. Membenarkan murid untuk bertanya soalan dan bantu dalam kefahaman subjek. Guru menerangkan secara langkah demi langkah dan perbezaan perpuluhan dengan menggunakan carta dan mengedarkan kepada murid perubahan konseptual teks kepada kes saintifik matematik.Penilaian :Murid aplikasi pengetahuan baru pada keadaan yang baru. Kemahiran penyelesaian masalah,menulis esei, dan meghubungkaitkan kepada situasi sebenar. Hal ini membenarkan murid untuk praktis mengenai konsep yang dipelajari. Pada tahap ini, murid akan ditanya 6th dan 7th soalan dalam lebaran kerja bagi mengukuhkan pengetahuan yang baru

Keputusan/ Dapatan Kajian/ PerbincanganSecara umunya, murid mendakwa mereka lebih seronok belajar kerana boleh menghubungkaitkan sesuatu topik tanpa mereka sedari. Ianya akan menjadikan keadaan di dalam kelas menjadi lebih ceria dan mendorong murid untuk berfikir. Murid menyatakan material sangat berguna.

Perbincangan/Implikasi kajianModel ini boleh digunakan kerana saiz kelas kecil dan pada setiap langkah, arahan diterangkan didalam kelas untuk bahan dan aktiviti. Tanggapan konsep matematik yang salah mesti diperbetulkan kerana penting dalam pembentukan pemahaman konsep pengajaran matematik.