tugasan ask 2022w - pindaan - 1

26
1.0 PENGENALAN Pendidikan telah diterima sebagai satu alat yang asas untuk mengawal alam sekitar dan juga pembangunan lestari sejak dari persidangan Tbilisi pada tahun (1977). Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan (Perikleous, 2004). Di Malaysia misalannya, konsep Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu proses yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran pelajar dalam membentuk nilai dan sikap positif terhadap alam sekitar (PPK,1998). Pelajar juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang membolehkan mereka menilai kualiti alam sekitar dan bertindak untuk memperbaikinya. World WildlifeFund (WWF) Malaysia pula mendefinisikan Pendidikan Alam Sekitar sebagai pendidikan yang membawa kepada kefahaman mengenai alam sekitar (Rosnani Ibrahim, 2006). Di peringkat antarabangsa pula, persatuan Pendidikan Alam Sekitar Australia mendefinisikan Pendidikan Alam Sekitar sebagai satu pendekatan pembelajaran yang berguna kepada individu dan kumpulan demi memahami saling hubungan antara manusia dan persekitaramiya (Palmer & Neil, 1994). Wilke (1985) menyatakan prinsip utama Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar tentang alam sekitar melalui interaksi langsung antara pelajar dengan alam sekitarnya.

Upload: firza12

Post on 21-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

aks

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Ask 2022w - Pindaan - 1

1.0 PENGENALAN

Pendidikan telah diterima sebagai satu alat yang asas untuk mengawal alam sekitar dan

juga pembangunan lestari sejak dari persidangan Tbilisi pada tahun (1977). Pendidikan

Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk mengawal kehidupan mereka

dan memakmurkan masa hadapan (Perikleous, 2004).

Di Malaysia misalannya, konsep Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu

proses yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran

pelajar dalam membentuk nilai dan sikap positif terhadap alam sekitar (PPK,1998).

Pelajar juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang membolehkan mereka

menilai kualiti alam sekitar dan bertindak untuk memperbaikinya. World WildlifeFund

(WWF) Malaysia pula mendefinisikan Pendidikan Alam Sekitar sebagai pendidikan yang

membawa kepada kefahaman mengenai alam sekitar (Rosnani Ibrahim, 2006).

Di peringkat antarabangsa pula, persatuan Pendidikan Alam Sekitar Australia

mendefinisikan Pendidikan Alam Sekitar sebagai satu pendekatan pembelajaran yang

berguna kepada individu dan kumpulan demi memahami saling hubungan antara

manusia dan persekitaramiya (Palmer & Neil, 1994). Wilke (1985) menyatakan prinsip

utama Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan

kesedaran pelajar tentang alam sekitar melalui interaksi langsung antara pelajar dengan

alam sekitarnya.

Menurut Palmer dan Neal (1994) pandangan lain terhadap 'pendidikan tentang

alam sekitar' ialah, semua domain kognitif yang merangkumi kefahaman, terjemahan

data persekitaran, analisis situasi persekitaran kepada komponen-komponen prinsip,

sintesis penyataan bagi menjelaskan persekitaran, penilaian data dan fenomena

persekitaran. Pendidikan Alam Sekitar memainkan peranan yang penting dalam

memotivasikan individu untuk mengambil bahagian secara aktif dalam memperbaiki

serta memelihara alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar juga membantu sesebuah

komuniti menjadi lebih sedar mengenai keadaan alam sekeiling secara holistic dalam

menjalin hubungan antara alam semula jadi dengan manusia sejagat (Palmer & Neal,

1994).

Page 2: Tugasan Ask 2022w - Pindaan - 1

2.0 SEJARAH PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Menurut sejarah, pengasas atau Bapa Pendidikan Alam Sekitar ialah Sir Patrick Geddes

(1854-1933) manakala orang yang pertama menggunakan nama istilah Pendidikan

Alam Sekitar ialah Thomas Pritchard semasa persidangan IUCN di Paris dalam tahun

1958.  Beberapa persidangan di peringkat antarabangsa seperti Persidangan Stockholm

(1972), Tbilisi (1977), The Belgrade Charter (1975), Malta (1991), Agenda 21 (1992)

sehinggalah terhasilnya Laporan Kabinet (1979) di Malaysia. Ini merupakan faktor

pencetus kepada arena perbincangan tentang alam sekitar dunia serta peranan

Pendidikan Alam Sekitar dalam memastikan keseimbangan alam sekitar.

2.1 Persidangan Stockholm (1972)

Berikutan daripada Persidangan Stockholm serta beberapa persidangan lain ini akhirnya

telah berjaya merangka suatu garis panduan, prinsip, matlamat dan juga objektif

Program Pendidikan Alam Sekitar. Persidangan Stockholm telah diadakan pada tarikh

5-16 Jun, 1972 di Stockholm, Sweden dengan tema “Prinsip dan Alam Sekitar Manusia”

(Human Environment and Principles) dan dianjurkan oleh United Nations. Tujuan

persidangan ini adalah untuk mencapai satu keputusan tentang pendekatan global yang

diperlukan bagi mencari penyelesaian terhadap situasi kemerosotan alam sekitar yang

semakin hari semakin bertambah. (Palmer & Neal, 1994).

2.2 PERSIDANGAN TBILISI (1977)

Persidangan Tbilisi pada tahun 1977 merupakan persidangan Pendidikan Alam Sekitar

yang pertama di dunia dan melibatkan ramai pemerintah atau kerajaan di seluruh dunia.

Persidangan ini dikendalikan oleh United Nations Education, Scientific and Cultural

Organization (UNESCO) dengan kerjasama U.N. Environment Programme (UNEP) dan

diadakan di Tbilisi, Georgia (USSR) pada 14-26 Oktober 1977. Seminar ini

mengesyorkan bahawa matlamat utama Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk

membantu masyarakat sarwajagat menyedari dan memahami isu-isu alam sekitar di

samping dapat menguasai kemahiran dan kesungguhan dalam usaha mengatasi isu-isu

alam sekitar serta dalam masa yang sama dapat mengekalkan kualiti alam sekitar dan

secara langsung dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia.

Page 3: Tugasan Ask 2022w - Pindaan - 1

3.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DI MALAYSIA

Di Malaysia, Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji

semula Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan tujuan untuk memperbaiki

pelaksanaannya supaya matlamat untuk berdisiplin serta bagi pembangunan negara.

Hasil Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979 memutuskan

pelaksanaan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum dalam struktur Kurikulum

Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

KBSR mula menerapkan Pendidikan Alam Sekitar merentas kurikulum bermula

dengan subjek Alam & Manusia bagi pelajar tahun 4 hingga 6. Penerapan Pendidikan

Alam Sekitar merentas kurikulum juga dilakukan dalam subjek lain seperti Matematik,

Muzik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Agama Islam. Sehubungan dengan itu juga

pihak Pusat Perkembangan Kurikulum telah membina satu garis panduan untuk guru-

guru dengan mengeluarkan satu buku bertajuk “Buku Panduan Guru Pendidikan Alam

Sekitar Merentas Kurikulum KBSR” pada tahun 1998.

Di peringkat sekolah menengah (KBSM) pula, elemen alam sekitar telah difokuskan ke

dalam mata pelajaran Geografi, dan Sains. Rancangan Malaysia ke-7 (1996)

merupakan fasa pelaksanaan perancangan yang telah dibuat dalam Rancangan

Malaysia ke-6. Pendidikan Alam Sekitar diberi wajah baharu.

3.1 PENERAPAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTASI

KURIKULUM DI MALAYSIA

Pendirian KPM untuk melaksanakan penerapan Pendidikan Alam Sekitar secara

merentasi kurikulum bertepatan arah memelihara alam sekitar adalah tanggungjawab

setiap individu. Pihak sekolah memainkan peranan yang sangat penting sebagai

pelaksana penerapan Pendidikan Alam Sekitar iaitu mendidik serta melahirkan generasi

yang berupaya memelihara dan menangani isu-isu alam sekitar. Pengajaran Pendidikan

Alam Sekitar berkait rapat dengan matlamat negara untuk membina masyarakat yang

sensitif dan memiliki pengetahuan yang tepat, kemahiran dan nilai terhadap isu alam

sekitar dan berkeupayaan untuk member sumbangan kepada penyelesaian masalah

alam sekitar (Louis, 1998). Untuk merealisasikan matlamat ini, pihak sekolah

Page 4: Tugasan Ask 2022w - Pindaan - 1

memerlukan guru yang berkualiti dan bersedia melaksanakan tugasan utama mendidik

generasi masa hadapan.

4.0 PENGENALAN HUTAN PAYA BAKAU

Pokok Bakau merujuk kepada tumbuhan yang hidup di kawasan berpaya di muara

sungai, antara pertembungan air tawar dan air laut. Pokok bakau terdiri daripada

pelbagai spesies antaranya termasuk spesies Api-api Avicennia spp., Bakau

Kurap Rhizophora spp., Perepat Sonneratia spp. dan Berus Bruguiera spp.

Ekosistem hutan bakau adalah ekosistem di bahagian intertidal di kawasan

tropika dan subtropika yang didominasikan oleh tumbuhan yang beradaptasi khas.

Hutan bakau boleh dijumpai di sepanjang muara sungai besar yang tanahnya berselut,

dan di kawasan persisiran pantai terlindung (termasuk lagun, teluk, aliran pasang surut).

Ia melibatkan gabungan sekumpulan pokok yang bertoleransi dengan situasi air dan

tanah yang bergaram (bersaliniti). Hutan paya bakau boleh ditemui di sempadan antara

laut dan daratan. Selain itu, Terdapat pelbagai spesies haiwan serta hidupan yang

menghuni di kawasan hutan paya bakau.

Hutan bakau di Malaysia hidup subur di muara dan delta yang terlindung dari

tiupan angin. Terdapat 586,036 hektar keluasan hutan bakau di Malaysia; ia

merangkumi sebanyak 57 % kelauasan di negeri Sabah, 26 % keluasan di Sarawak dan

keluasan sebanyak 17 % di Semenanjung Malaysia. Di Malaysia, hutan Bakau biasanya

dilindungi dan kawasan hutan Bakau Simpan yang telah digazetkan diuruskan oleh

Jabatan Perhutanan untuk pengeluaran kayu secara mapan.

4.1 KEPENTINGAN DAN KEGUNAAN HUTAN PAYA BAKAU

Hutan paya bakau mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Kepentingan hutan

bakau boleh dibahagikan kepada kepentingan ekologi dan biodiversiti, penting untuk

ekosistem pantai. Selain itu, dari sudut kepentingan fizikal, hutan bakau memainkan

peranan penting dalam melindungi kawasan pantai dari daya-daya hakisan dan

kerosakan akibat bencana ribut taufan. Hutan paya bakau mempunyai kepentingan

ekonomi kerana menyediakan beberapa  keperluan asas manusia  seperti sistem

Page 5: Tugasan Ask 2022w - Pindaan - 1

pengangkutan yang cekap, sumber bahan binaan, bahan api, kulit kayu dan ubatan. 

Kesemua keperluan ini boleh didapati dengan mudah di hutan bakau.

4.2 PUNCA KEMUSNAHAN HUTAN PAYA BAKAU

Kemusnahan hutan bakau boleh dibahagikan secara umum kepada perkara iaitu

kemusnahan akibat kegiatan manusia dan kemusnahan akibat bencana dan kejadian

semulajadi.

4.2.1 KEMUSNAHAN AKIBAT KEGIATAN MANUSIA

Semenjak turun temurun, masyarakat yang hidup di kawasan hutan telah mengeksploit

pokok  hutan bakau untuk dijadikan kayu api, arang, sumber tanin dan bahan binaan. Di

Vietnam misalnya, 90%  bahan api adalah terdiri daripada pokok bakau. Dengan

meningkatnya bilangan penduduk, eksploitasi secara berlebihan telah berlaku.  Dari hari

ke hari, lebih banyak kawasan hutan bakau telah musnah untuk memenuhi tuntutan-

tuntutan manusia yang bertambah ini.  Sekiranya kegiatan ini tidak dibendung, lebih

banyak kawasan hutan bakau akan musnah.

Kawasan bakau kerap kali dijadikan kawasan untuk membina pelabuhan,  kilang,

industri  dan kawasan penempatan manusia.  Untuk menampung keperluan pelancong,

hotel-hotel dan tempat penginapan turut didirikan di kawasan hutan-hutan bakau. 

Pembukaan tanah di kawasan bakau sudah tentu akan memusnahkan ekosistem yang

produktif ini. Sebagai contoh, beribu-ribu hektar hutan bakau di negara-

negara Asia telah dibersihkan untuk dijadikan kolam udang.  Kesan kegiatan akuakultur

udang terhadap persekitaran adalah seperti meningkatkan keperluan oksigen biologi

dan kimia.

Tumpahan minyak juga turut meninggalkan kesan jangka panjang dan jangka pendek

pada ekosistem hutan bakau.  Lentisel pada akar bakau sangat mudah tersumbat oleh

minyak mentah dan pencemar lain.  Kawasan berlumpur di hutan bakau memerlukan 20

tahun atau lebih untuk pulih daripada kesan racun tumpahan minyak.

Page 6: Tugasan Ask 2022w - Pindaan - 1

Selain itu, Penggunaan teknologi menerusi aktiviti tebusguna tanah, pembalakan

Secara Berleluasa, pencemaran sampah sarap serta penggunaan terlebih sumber-

sumber menjejaskan kawasan hutan paya bakau.

4.2.2 KEKANGAN POLITIK DAN EKONOMI

Masalah alam sekitar berkait rapat dengan masalah ekonomi dan seterusnya kekukuhan

politik pemerintah pemerintah. Keutamaan yang diberikan terhadap penjagaan alam

sekitar bermakna sedikit sebanyak akan menyekat dan menjejaskan prestasi ekonomi.

Penguatkuasaan denda terhadap pihak yang melakukan pencemaran juga mempunyai

kaitan dengan kepentingan ekonomi. Denda yang dikenakan ibarat merupakan ’derma’

daripada pencemar yang sedikitpun tidak akan memberi sebarang pengajaran kepada

mereka. Mereka akan terus melakukan pencemaran dan membayar denda yang kecil.

4.2.3 MASALAH PELAKSANAAN (ETIKA) DAN KELEMAHAN

PENGUATKUASAAN UNDANG- UNDANG

Keberkesanan kaedah kawalan alam sekitar bergantung pada setakat mana kawalan-

kawalan itu mencukupi dan memadai. Di Malaysia, peruntukkan undang-undang adalah

merangkumi hampir segala aspek tentang alam sekitar namun adalah menjadi satu

trend bagi pihak berkuasa untuk menumpukan kawalan ke atas masalah-masalah alam

sekitar yang telah serius dan mendapat perhatian dan meminggirkan masalah-masalah

yang biasa. Kawalan yang menyeluruh memerlukan kos yang tinggi. Masalah

seterusnya ialah dari segi ketegasan langkah-langkah kawalan yang telah diambil.

Kelemahan penguatkuasaan dan undang-undang yang ada masih belum mampu

membendung pencemaran di tahap yang dikehendaki.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kelemahan

penguatkuasaan alam sekitar. Namun masalah ini tidak seharusnya dijadikan alasan

untuk para pegawai penguatkuasa untuk tidak menjalankan tugas mereka dengan baik.

Kelemahan dan tiada kesungguhan di pihak pegawai penguatkuasa sendiri akan

membantutkan lagi penguatkuasaan dan menambah masalah yang sudah banyak

berkenaan penguatkuasaan .

Page 7: Tugasan Ask 2022w - Pindaan - 1

4.2.4 MASALAH KAKITANGAN DAN MASALAH KOS PENGURUSAN

Masalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar dalam menguatkuasakan Akta

Kualiti Alam Sekitar adalah dari segi masalah kakitangan organisasi iaitu berkaitan

dengan pengambilan kakitangan untuk mengisi jawatan kosong. Oleh sebab kakitangan

yang ada tidak mencukupi untuk menjalankan segala aktiviti yang berkaitan dengan

penguatkuasaan peraturan yang ditetapkan di bawah akta tersebut, maka terdapat

kekangan bagi mengurus tadbir terhadap kes-kes yang dilaporkan.

Bagi buangan kotoran kumbahan domestik, pungutan dan pelupusan sampah

sarap pepejal dikatakan melibatkan kos yang tinggi. Peruntukkan kewangan yang

diberikan kepada kerajaan untuk pembangunan alam sekitar negara tetap tidak

mencukupi kerana pencemaran terus meningkat kerana masyarakat tidak memainkan

peranan memelihara alam sekitar.

4.2.5 MASALAH KESEDARAN DAN PENERIMAAN UMUM

Majoriti rakyat Malaysia masih tiada kesedaran yang menyeluruh tentang pemuliharaan

dan pemeliharaan alam sekitar. Terdapat rakyat yang tidak bertanggungjawab dalam

pemeliharan alam sekitar dan mengharapkan keperluan menjaga alam sekitar terletak

pada pihak kerajaan semata-mata.

4.2.6 KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

Pendidkan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk menanamkan

kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat.

Keadaan ini membuktikan kecacatan dalam sistem pendidkan negara yang gagal

menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji serta tentang hal-hal alam sekitar kepada

masyarakat dan golongan pelajar. Untuk keperluan peperiksaan, matapelajaran seperti

Kajian Tempatan tidak dipertitikberatkan. Oleh itu, pendidkan alam sekitar diabaikan

untuk memenuhi keperluan untuk pelajaran lain.

Page 8: Tugasan Ask 2022w - Pindaan - 1

4.2.7 KEMUSNAHAN SEMULAJADI

Kemusnahan hutan bakau yang besar boleh berlaku disebabkan oleh ribut taufan.  Ribut

taufan yang dahsyat  boleh memusnahkan sebahagian besar hutan bakau dengan

menumbangkan pokok-pokok bakau, mempertingkatkan kadar pemendakan atau

mengubah saliniti air dan tanah.  Ribut taufan Donna yang telah melanda Taman

Negara Everglade pada tahun 1960 telah memusnahkan 75% daripada 100,000 ekar

hutan bakau di taman tersebut.  Proses pemulihan daripada kemusnahan ini

dianggarkan mengambil masa lebih kurang 25 tahun. Selain itu, punca kemusnahan

adalah daripada isopodkecil Sphaeroma terebrans. Isopod ini memusnahkan pokok

bakau dengan mengorek lubang di akar sokong.  Dengan rosaknya akar-akar ini,

substrat di keliling pokok tersebut senang dihakis dan lama kelamaan pokok bakau akan

tumbang.

5.0 KESAN-KESAN KEMUSNAHAN HUTAN PAYA BAKAU

Terdapat beberapa kesan akibat daripada kemusnahan hutan paya bakau. Antaranya

ialah kesan kepada:

a) Flora dan fauna

b) Keseimbangan ekosistem

- kehilangan habitat

- kualiti hidup manusia menurun

c) Degradasi alam dan sekitar

a) Flora dan fauna

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010), flora membawa maksud ‘tumbuh-

tumbuhan yang terdapat pada satu-satu daerah atau pada suatu masa” manakala fauna

pula bermaksud ‘seluruh binatang yang hidup di suatu tempat”. Kepupusan flora dan

fauna boleh didefinisikan sebagai kebinasaan atau kelenyapan tumbuhan dan haiwan

semulajadi dari muka bumi. Hakisan yang berlaku kebiasaannya disebabkan oleh

ombak kuat yang menghempas ke pokok-pokok bakau ini. Sekaligus, ini boleh

merencatkan pertumbuhan bakau, malah lebih teruk lagi boleh membawa kepada

kepupusan spesies-spesies bakau yang jarang ditemui seperti Rhizophora apiculata sp

Page 9: Tugasan Ask 2022w - Pindaan - 1

(Bakau Minyak), Rhizophora mucronata sp (Bakau Kurap), dan Rhizophora stylosa sp

(Bakau Kecil). Selain itu, hakisan juga akan memendakkan laut, dan ini akan

menyebabkan flora dan fauna yang sedia ada berkemungkinan besar juga akan turut

terjejas.

b) Keseimbangan ekosistem

Ekosistem ialah satu proses interaksi antara benda-benda hidup hdengan benda-benda

bukan hidup yang wujud dalam alam sekitar. Keseimbangan ekosistem hutan penting

kerana memelihara, melindungi dan mengekalkan sumber tumbuh-tumbuhan dan

hidupan. Faktor seperti tumpahan minyak juga boleh mengancam pertumbuhan dan

habitat paya bakau ini. Hal ini akan menyebabkan hidupan alam air akan mengalami

ancaman untuk terus hidup dan membiak dengan sempurna dalam habitatnya.

Tumpahan minyak akan menyebabkan akar bakau tidak dapat bernafas sekaligus boleh

mengundang kepada kepupusan pokok. Selain itu, pokok bakau juga tidak dapat

melancarkan pertumbuhan benihnya yang secara semulajadinya tersebar melalui air.

Selain itu, faktor sampingan seperti sampah sarap juga boleh mengundang

kepada kepupusan pokok bakau sekiranya tidak dibendung. Kesan kepada aktiviti tidak

bermoral ini samada dating daripada pihak penduduk setempat mahupun orang awam

boleh mengganggu persekitaran bakau. Lebih memilukan, aktiviti ini boleh membawa

kepada kemusnahan habitat hidupan-hidupan air kecil seperti belacak dan ketam.

Malah, habitat haiwan seperti monyet juga akan turut terjejas. Masyarakat

akan rugi jika membiarkan tanah paya bakau mengalami kemusnahan kerana negara

akan kehilangan satu ekosistem alam yang unik dan tidak terdapat di kawasan lain. Jika

eksploitasi berlebihan dilakukan di kawasan tanah paya ini akan menyebabkan

kawasan tanah paya bakau akan berkurangan dan keseimbangan ekosistem juga

turut terancam. Satu sistem pengurusan bagi mengelakkan kemusnahan tanah paya

bakau yang efisien perlu dilaksanakan supaya dapat menjaga kelestarian tanah paya

bakau agar akan terus berkekalan. 

Oleh sebab itu, semua pihak  seharusnya memainkan peranan penting dalam

memastikan kawasan tanah paya bakau ini terus berkekalan dan tidak hanya

memandang untuk mendapat keuntungan sahaja.

Page 10: Tugasan Ask 2022w - Pindaan - 1

c) Degradasi alam dan sekitar

Hutan paya bakau merupakan sempadan di antara lautan dan daratan, kerana ombak

dan arus pasang surut mendedahkan daratan kepada bahaya hakisan. Justeru itu, paya

bakau berupakan benteng yang menahan daratan daripada terus habis dihakis oleh

ombak laut. Paya bakau juga merupakan zon penampan kepada ribut, kerosakan harta

benda, dan kehilangan nyawa akibat bencana semula jadi seperti tsunami. Kawasan-

kawasan yang telah ditebang hutan bakau, selalunya terdedah kepada ancaman ribut

dan juga pemendakan yang teruk.

Jika kawasan kawasan pinggir pantai terdedah kepada angin dan ombak tanpa

halangan semulajadi yang wujud maka bencana yang besar akan berlaku. Contohnya

ialah kejadian tsunami yang melanda pinggir pantai tidak akan terlalu memusnahkan

kawasan pinggir pantai tersebut kerana mendapat halangan daripada pokok bakau.

Hutan paya bakau akan membantu menghalang pemendapan lumpur berlebihan

dimuara sungai, di tali air dan di terusan serta mampu mengawal corak cuaca dan

hujan.

Pokok bakau menjadi penampan semulajadi.Sumber :http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bakau#Lokasi

Page 11: Tugasan Ask 2022w - Pindaan - 1

6.0 CARA MENGATASI KEMUSNAHAN HUTAN PAYA BAKAU

Bagi memastikan kemusnahan paya bakau diatasi di Malaysia dengan berkesan

terdapat dua cara bagi memastikan pemeliharaan paya bakau dan pembangunan yang

lestari dapat dijalankan iaitu melalui:

a) Perundangan dan penguatkuasaan

- Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

- Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

- Akta Perhutanan Negara 1984

- Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972

- Akta Perancangan Bandar dan Desa

b) Bukan perundangan

-

a) Perundangan dan penguatkuasaan

Terdapat lima akta yang dapat membantu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

iaitu Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta

Perhutanan Negara 1984, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Akta Perancangan

Bandar dan Desa.

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditubuhkan pada tahun 1975 untuk menguatkuasakan Akta

Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan diketuai oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling

yang mempunyai bidang kuasa tertentu dalam mentadbir pengurusan alam sekitar di

bawah Akta tersebut. Jabatan ini merupakan salah satu agensi kerajaan di bawah

Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ( kini Kementerian Sumber Asli dan

Alam Sekitar ).

Page 12: Tugasan Ask 2022w - Pindaan - 1

Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (selepas ini akan disebut sebagai Akta 172)

adalah   bertujuan   mengadakan keseragaman undang-undang serta kawalan dan

peraturan yang lengkap bagi perancangan bandar dan desa dalam kawasan-kawasan

pihak berkuasa tempatan di Semenanjung Malaysia. Akta ini memberi kuasa kepada

Pihak Berkuasa Negeri untuk bertanggungjawab terhadap dasar am berkenaan dengan

pemeliharaan, pemajuan dan penggunaan semua tanah dan bangunan di dalam Negeri.

Akta Perhutanan Negara 1984

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pentadbiran, pengurusan dan

pemuliharaan hutan dan pembangunan perhutanan dalam Negeri di Malaysia dan bagi

maksud yang berkaitan. Bahawasanya adalah suai manfaat bagi maksud hanya untuk

menentukan persamaan undang-undang bagi Negeri di Malaysia untuk membuat

undang-undang mengenai pentadbiran, pengurusan dan pemuliharaan hutan dan

pembangunan perhutanan.

Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972

Suatu Akta bagi menyatukan undang-undang berhubungan dengan hidupan liar dan

selanjutnya bagi mengadakan peruntukan untuk memberi perlindungan kepada hidupan

liar dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

b) Bukan Perundangan

DASAR ALAM SEKITAR NEGARA 2002

Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan

ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi

kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tujuan DASN adalah untuk

memastikan bahawa alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi

generasi masa kini dan masa hadapan, pemuliharaan kebudayaan dan warisan

Page 13: Tugasan Ask 2022w - Pindaan - 1

semulajadi yang unik dan pelbagai dengan penyertaan berkesan semua

golongan masyarakatdan sebagai cara hidup, pola penggunaan dan

pengeluaran yang lestari.

Oleh yang demikian, terdapat lapan (8) prinsip di bawah DASN untuk

mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam

sekitar iaitu:

Pengawasan Alam Sekitar

Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam

Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar

Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli

Membuat Keputusan Bersepadu

Peranan Sektor Swasta

Komitment dan Kebertanggungjawaban

Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa

4.2. KONVENSYEN ANTARABANGSA

Pelbagai usaha telah dijalankan bagi memastikan kelestarian alam sekitar

menjadi suatu perkara yang menjadi perkara yang dititikberatkan oleh seluruh

umat manusia. Usaha-usaha ini meliputi pelbagai peringkat baik dari peringkat

tempatan, mahupun antarabangsa. Antara usaha yang telah dilakukan oleh

pihak antarabangsa adalah melalui Deklarasi Langkawi (1989).

4.3. AGENDA 21 (PERSIDANGAN BUMI) 1992

Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk oleh Persidangan

Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED)

sewaktu sesi persidangannya di Rio de Janeiro (Sidang Kemuncak Bumi) pada

1992.

Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan oleh

negara-negara anggota PBB (yang menerima pakai Agenda ini) seterusnya

Page 14: Tugasan Ask 2022w - Pindaan - 1

mengadakan laporan khusus (tahunan) tentang perjalanannya di peringkat negara,

dan kemudian diserahkan kepada Majlis Pembangunan Mapan (CSD). Laporan

tersebut antaranya mengandungi kegiatan yang dilakukan yang memenuhi hasrat

Agenda 21, halangan dan cabaran yang dihadapi, serta isu-isu alam sekitar dan

pembangunan yang berkaitan. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Agenda_21).

Latar belakang Agenda 21:

Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang

dan mampan,

Merupakan program tindakan pembangunan mampan global dan angka

“21” menandakan abad ke-21,

Ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia, dan

Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan

pembangunan mampan; dan bab 28 Agenda 21 bertajuk “Usaha Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21”.

4.4 KUALA LUMPUR ACCORD 1990 (ASEAN)

Dari 15 “Dokumen ASEAN” tersebut diketahui bahawa ASEAN amat mengambil

berat terhadap permasalahan lingkungan regional. Namun, ASEAN belum

memberikan perhatian khusus pada aspek pengendalian pencemaran udara

lintas batas. Dokumen ASEAN yang mengatur secara “sederhana” mengenai

pengendalian pencemaran udara lintas batas dan pemanasan global mahupun

perubahan iklim adalah:

a. Agreement on the Conservation of Nature and Natural Resources (ACNNR),

1985

b. Jakarta Resolution on Sustainable Development (1987)

c. Joint Press Release, Fourth ASEAN Ministerial Meeting on the Environment

(AMME), 1990

d. Kuala Lumpur Accord on the Environment and Development (1990)

e. Singapore Resolution on Environment and Development (SRED) 1992

f. Informal ASEAN Ministerial Meeting on the Environment 1994

Page 15: Tugasan Ask 2022w - Pindaan - 1

Antara perjanjian yang telah dimeterai: Jakarta Declaration on Environment and

Development (1997), Bandar Sri Begawan Resolution on Environment and

Development, (1994) Singapore Resolution on Environment and Development

(1992), The Kuala Lumpur Accord on Environment and Development

(1990) dan Persidangan Protokol Kyoto di Indonesia 2007.

4.5 PENGURUSAN RISIKO BENCANA

Dalam dunia pengurusan, setiap organisasi tidak dapat lari daripada risiko

dan bencana yang akan mengancam reputasi dan kredibiliti organisasi.

Pengurusan risiko boleh dirujuk kepada suatu proses mengenal pasti, mengukur,

mengawal dan meminimakan risiko dan bencana yang mungkin timbul. Tujuan utama

Pelan Pengurusan Risiko Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

ini adalah untuk memastikan kesinambungan fungsi atau sistem penyampaian

perkhidmatan dan kemudahan pemprosesan operasi dipulihkan dengan segera

apabila berlaku bencana atau gangguan dari dalam dan luaran organisasi.

Strategi Antarabangsa Bagi Mengurangkan Risiko Bencana (Kerangka

Tindakan Hyogo / Hyogo Framework For Action)

FORUM Global untuk Pengurangan Risiko Bencana berlangsung di Geneva,

Switzerland baru-baru ini dengan tema 'Melabur hari ini untuk keselamatan esok'

dengan dihadiri kira-kira 2,000 peserta dari lebih 300 negara dan pertubuhan

bukan kerajaan (NGO) pada peringkat global.

Ramai Presiden, Naib Presiden, Menteri dan pegawai kanan kerajaan hadir dan

menyampaikan ucapan dasar pada forum ini. Perwakilan Malaysia diketuai

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dan

diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara. 

Antara agensi kerajaan yang turut serta ialah Jabatan Perancangan Bandar dan

Desa, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Institut

Penyelidikan Hidrolik Malaysia (NAHRIM) dan Institut Kajian Bencana Asia

Tenggara (SEADPRI-UKM).

Page 16: Tugasan Ask 2022w - Pindaan - 1

Forum yang dianjurkan setiap dua tahun sekali ini adalah pertemuan pemimpin

peringkat global paling penting untuk membincangkan pelbagai isu dan cabaran

yang sedang dihadapi dunia untuk mengurangkan risiko bencana alam.

Perbincangan memberikan tumpuan kepada pencapaian negara dunia

melaksanakan 'Kerangka Tindakan Hyogo' terutama dalam lima perkara berikut:

Cabaran untuk menyediakan peruntukan bagi pengurangan risiko

bencana;

Pengurangan risiko dalam keadaan perubahan iklim;

Memperkukuhkan kepemimpinan komuniti melalui tindakan penghindaran

bencana;

Kemudahan sekolah dan hospital yang selamat;

Pembinaan infrastruktur lebih baik selepas mengalami bencana.

Bencana alam adalah cabaran paling genting yang sedang dihadapi sejumlah besar

komuniti dunia. Tahun lalu saja, sekitar 236,000 orang terkorban membabitkan

lebih 300 kejadian bencana, terutama akibat gempa bumi, banjir, ribut taufan dan

tanah runtuh. Lebih 200 juta komuniti dunia terimpak secara terus daripada bencana ini

dan dianggarkan kerosakan harta benda melebihi ratusan juta ringgit. 

Beberapa isu utama mendapat perhatian kebanyakan negara yang berdepan

bencana alam besar ketika membincangkan isu 'pengurangan risiko bencana'

iaitu:

Bagaimana untuk mengubah set minda kepemimpinan daripada respons

terhadap bencana kepada proses penghindaran bencana;

Usaha untuk memperkasa komuniti terbabit secara aktif dalam proses

pengurangan risiko bencana;

Meningkatkan kesedaran dan pendidikan masyarakat terhadap risiko

bencana;

Mengurangkan kemiskinan, terutama di kalangan komuniti yang terdedah

kepada risiko bencana; dan

Mewujudkan platform kebangsaan yang berkesan untuk mengurus

bencana. 

Page 17: Tugasan Ask 2022w - Pindaan - 1

Walaubagaimana pun, Malaysia bertuah kerana dilindungi daripada bencana alam yang

besar seperti gempa bumi dan letupan gunung berapi. Bagaimanapun, Negara kita

masih berdepan bencana banjir dan pada tahap yang rendah, bencana tanah runtuh

dan ribut taufan. Oleh itu, Malaysia seharusnya tidak menghadapi masalah untuk

mewujudkan dasar bencana alam yang bersifat holistik sambil memberikan tumpuan

kepada isu pengurangan risiko bencana. Majlis Keselamatan Negara mampu

memperkukuhkan platform kebangsaan mengenai pengurusan bencana dengan

menggembeleng semua agensi pelaksana, institut penyelidikan dan NGO yang

mempunyai kepentingan untuk menangani isu bencana alam.

Kempen Kesedaran Keselamatan Dan Risiko Bencana

Pada 16 Disember 2011, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah mengadakan

Kempen Kesedaran Awam Mengenai Bencana Gempa Bumi, Tsunami dan Cuaca

Ekstrem bertempat di Dewan Persidangan, Majlis Perbandaran Tawau di Tawau,

Sabah. Program ini mengandungi dua sesi taklimat yang disampaikan oleh pegawai-

pegawai JMM berkenaan bencana gempa bumi, tsunami dan cuaca ekstrem serta

langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil disusuli dengan sesi soal jawab.

Berdasarkan maklumbalas yang diterima, majoriti peserta amat berminat untuk

mengetahui tentang kaedah penyebaran amaran awal bencana dan berharap agar sesi

taklimat yang sama diadakan setiap tahun dan latih amal yang melibatkan komuniti

setempat perlu juga diadakan bagi meningkatkan kefahaman dan siap siaga masyarakat

dalam menghadapi bencana.

Kempen ini diharapkan telah berjaya untuk meningkatkan kefahaman dan

kesedaran para peserta terhadap bencana gempa bumi, tsunami dan cuaca

ekstrem dan menjadi titik tolak kepada pewujudan suatu sistem pengurangan risiko

bencana di peringkat masyarakat tempatan di Tawau, Sabah pada masa akan

datang.

4.6 PELAN TINDAKAN

Page 18: Tugasan Ask 2022w - Pindaan - 1

Penyelaras program pemuliharaan hutan bakau, S. Kalaimani yang menjadi perantara

antara generasi muda seperti 400 ahli kelab SMK Teloi Kanan Baling ini dengan SHB

dan GEC berkata, ia satu pendekatan terbaik merealisasikan projek penanaman bakau.

Lebih ke hadapan apabila S.Kalaimani dengan anak-anak buahnya begitu komited dan

berani mewujudkan Pusat Pembelajaran Ekologi Paya Bakau (Mangrove Ecology

Education Centre) dengan matlamat menjadi tunjang dalam menjayakan program

pemulihan dan penghayatan pendidikan ekologi paya bakau sekali gus menjadi pusat

sokongan kepada sekolah-sekolah khususnya sekolah di negeri Kedah dan Perak.

Pusat ini akan menjadi stesen bagi pemerhatian pelbagai hidupan di sekitar ekologi

paya bakau yang semakin terancam.

Kesungguhan penyelaras ENO Environment Malaysia ini juga bertujuan memberi

lebih banyak aktiviti pendidikan dan riadah dapat dijalankan bagi kepentingan pelajar,

penduduk setempat dan alam yang boleh membawa faedah untuk jangka pendek dan

jangka panjang. Beliau berkata, kepakaran guru sekolah dalam bidang geografi, alam

sekitar, pertanian, perikanan dan hortikultur akan menjadi aset terbaik dalam

melaksanakan pelbagai aktiviti melibatkan ekologi paya bakau dan alam sekitar.

Impian dan sasaran menanam sejuta pokok pada tahun 2017 akan berhasil apabila

sehingga kini KPA SMK Teloi Kanan telah menanam lebih 30,000 pokok bakau di

kawasan pantai Kuala Gula, Perak dan di Padang Salim, Kota Kuala Muda, Kedah. SMK

Teloi Kanan turut menjadikan hutan paya bakau di Kuala Gula sebagai kawasan angkat.

Hasrat besar kumpulan ini semakin direalisasikan dengan mewujudkan pusat

pembelajaran ekosistem paya bakau, mengusahakan projek semaian benih bakau dan

projek menanam pokok bakau di persisiran pantai Kuala Gula.

Selain itu, penyelidikan baka tumbuhan perlu dilaksanakan bagi menghasilkan

tumbuhan yang mempunyai daya tahan yang lebih kuat. Oleh itu, satu baka spesis yang

digunakan untuk penanaman semula ditentukan selepas penyelidikan dijalankan oleh

institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong. Program penghutanan

semula juga telah dijalankan di kawasan Hutan Simpan Paya Laut di Larut Matang,

Perak. Disini, spesis paya laut seperti bakau kurap dan bakau minyak ditanam. Spesis

pokok-pokok yang digunakan dalam usaha penanaman semula mempunyai potensi bagi

kegunaan masa depan.

Page 19: Tugasan Ask 2022w - Pindaan - 1

5.0 KESIMPULAN

Jelas peranan hutan bakau di kawasan muara sungai dan pesisiran pantai adalah

sangat penting kerana fenomena alam bukan lagi satu sandiwara yang dianggap remeh

dan ringan. Peranan menstabilkan muara dan pesisiran pantai, pokok-pokok bakau yang

berakar ceracak dan tumbuh padat dapat mengurangkan pengaliran sedimen dari

kawasan muara dan pantai dan ini boleh mengekal dan menstabilkan muara dan pantai.

Sebagai penapis bahan pencemaran hutan paya bakau berupaya menyerap bahan

pencemar seperti Sebatian Nitrogen dan Sebatian fosforus dengan ini dapat

mengurangkan pembiakan alga dan mengekalkan kandungan oksigen di dalam air.

Jadi, seharusnya kawasan hutan bakau ini sepatutnya digazet dan dijadikan hutan

simpan demi menjaga keseimbangan ekosistem dan menambahbiakkan spesis yang

tinggal dalam ekosistem paya bakau ini. Antara spesies fauna yang banyak tinggal di

kawasan ini adalah ikan, ketam, udang dan banyak lagi spesis yang lain kerana

kawasan paya terdapat banyak makanan dan sesuai dijadikan sebagai tempat

pembiakan spesis tersebut. Kawasan paya bakau yang tidak diterokai mempunyai

keseimbangan ekosistem yang baik manakala apabila kawasan paya bakau ini mula

terokai maka keseimbangan ekosistem di paya bakau ini akan terganggu dan banyak

spesis seperti ikan akan berkurangan.

Pada pandangan saya, secara keseluruhannya, program pemeliharaan hutan paya

bakau ini akan berjaya dengan berkesan sekiranya semua pihak mengambil sikap

bertanggungjawab dan sama-sama berganding bahu dalam menjayakan projek ini.

Selain itu, sikap kesedaran dan keprihatinan yang tinggi perlu disemai dalam diri setiap

individu agar mereka lebih peka terhadap keadaan persekitaran mereka.

Page 20: Tugasan Ask 2022w - Pindaan - 1