report jahit blaus kasual

20
1 1.0 PENGENALAN Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna. Walaubagaimanapun, pakaian kasual turut diminati oleh kebanyakan masyarakat di negara ini selain ia mudah dijahit dan mudah untuk didapati. Blaus bermaksud baju pendek bagi orang perempuan di mana ukurannya dari leher ke punggung. Balus juga boleh disesuaikan dengan skirt, slek dan sarung. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860. Blaus direka dengan pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung pada pilihan fabrik dan hiasan. Kepelbagaian corak dan bentuk dapat menarik perhatian orang ramai untuk memiliki blaus. Di dalam penyediaan pakaian, terdapat tiga peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Perancangan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja dan seterusnya pelaksanaan melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai hasil kerja. Membuat pakaian perlu perancangan yang apu supaya pakaian dapat dihasilkan mengikut rekaan fesyen yang dikehendaki contohnya jenis belah kelepet sama lebar dan jenis belah berzip. Rekod kerja mengandungi lakaran stail pakaian hadapan dan belakang, fabrik yang digunakan, ukuran badan, proses menjahit, melakar pola, mengubahsuai pola, langkah menjahit dan pengiraan kos. Projek akhir jahitan bagi semester ini adalah menghasilkan baju blaus di mana menggunakan ukuran untuk patung bersaiz sederhana (M) mengikut senarai ukuran piawai yang telah diberikan. Kemudian, mendraf pola mengikut ukuran tersebut untuk menghasilkan blaus.

Upload: zulkifli-hamzah

Post on 28-Nov-2014

4.729 views

Category:

Education


11 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Report jahit blaus kasual

1

1.0 PENGENALAN

Malaysia mempunyai pelbagai jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk

dan warna. Walaubagaimanapun, pakaian kasual turut diminati oleh kebanyakan masyarakat di

negara ini selain ia mudah dijahit dan mudah untuk didapati. Blaus bermaksud baju pendek bagi

orang perempuan di mana ukurannya dari leher ke punggung. Balus juga boleh disesuaikan

dengan skirt, slek dan sarung. Pakaian ini mula dipakai pada tahun 1860. Blaus direka dengan

pelbagai stail dan boleh dipakai secara kasual atau formal bergantung pada pilihan fabrik dan

hiasan. Kepelbagaian corak dan bentuk dapat menarik perhatian orang ramai untuk memiliki

blaus. Di dalam penyediaan pakaian, terdapat tiga peringkat iaitu perancangan, pelaksanaan dan

penilaian. Perancangan dilakukan dengan menyediakan rekod kerja dan seterusnya pelaksanaan

melibatkan proses membuat pakaian dan penilaian dilakukan dengan menilai hasil kerja.

Membuat pakaian perlu perancangan yang apu supaya pakaian dapat dihasilkan mengikut rekaan

fesyen yang dikehendaki contohnya jenis belah kelepet sama lebar dan jenis belah berzip. Rekod

kerja mengandungi lakaran stail pakaian hadapan dan belakang, fabrik yang digunakan, ukuran

badan, proses menjahit, melakar pola, mengubahsuai pola, langkah menjahit dan pengiraan kos.

Projek akhir jahitan bagi semester ini adalah menghasilkan baju blaus di mana menggunakan

ukuran untuk patung bersaiz sederhana (M) mengikut senarai ukuran piawai yang telah

diberikan. Kemudian, mendraf pola mengikut ukuran tersebut untuk menghasilkan blaus.

Page 2: Report jahit blaus kasual

2

2.0 CETUSAN IDEA

Perekaan projek merupakan proses penghasilan lakaran perkembangan reka bentuk yang di

adaptasikan dari penjanaan idea awal. Proses mensintesis atau pencantuman idea-idea yang telah

dijana boleh diaplikasikan bagi membantu penghasilan idea-idea yang lebih kreatif dan inovatif.

Lakaran boleh dibuat menggunakan media yang bersesuaian seperti pen, marker, pensil, dan

pensil warna. Beberapa proses reka cipta perlu dilakukan oleh seseorang pereka bagi

menghasilkan produk yang berkualiti. Tema rekaan boleh dibuat dari pelbagai sumber

semulajadi seperti kehidupan manusia, alam flora dan fauna dan imaginasi. Tema merupakan

idea utama dalam sesuatu rekaan. Penentuan tema akan mencetuskan inspirasi dalam rekaan.

Berikut adalah 3 cetusan idea yang saya buat dan cetusan idea yang ketiga menjadi pilihan saya.

Page 3: Report jahit blaus kasual

3

Page 4: Report jahit blaus kasual

4

Page 5: Report jahit blaus kasual

5

Page 6: Report jahit blaus kasual

6

Page 7: Report jahit blaus kasual

7

3.0 PENGGUNAAN FABRIK

FABRIK YANG DIGUNAKAN (Fabrik Cotton)

Fabrik yang digunakan dalam membuat blaus adalah fabrik cotton. Pemilihan fabrik ini keranan

fabrik cotton adalah antara kain yang sesuai untuk negara kita yang panas. Penggunaannya di

Malaysia adalah sangat meluas dalam baju Melayu,baju kurung, blaus, Pakaian sekolah,T-shirt

dan sebagainya. Fabrik cotton mudah menyerap peluh dan terasa amat selesa untuk dipakai dan

biasanya agak keras serta cepat berkedut. Pemilihan fabrik cotton kerana ia sesuai digunakan

untuk membuat blaus selain dapat memudahkan saya untuk menjahit dan membentuk

terutamanya pada bahagian kolar yang dipilih. Fabrik cotton juga tidak licin dan memudahkan

saya untuk membuat ukuran dengan tepat semasa mengunting selain ia mudah dijahit. Struktur

fabrik cotton juga tidak mudah tertanggal dan memudahkan saya untuk menjahit hiasan

berbanding dengan fabrik lain strukturnya mudah tertanggal dan koyak. Fabrik cotton yang

digunakan saya juga murah berbanding fabrik lain dan secara tidak langsung ia dapat

menjimatkan kos blaus yang ditugaskan. Selain itu, fabrik yang digunakan adalah tidak bercorak

bagi memudahkan saya untuk memotong fabrik tanpa memikirkan corak yang diperlukan pada

fabrik. Pemilihan fabrik amat penting kerana hasil yang cantik, kemas dan berkualiti adalah

bergantung pada fabrik yang dipilih.

Page 8: Report jahit blaus kasual

8

3.1 Mengambil Ukuran Bahagian Blaus

- Lebar bahu

Ukur dari hujung tulang

bahu kiri hingga ke

hujung tulang bahu

kanan

- Labuh lengan panjang

Ukur dari hujung tulang

bahu kanan hingga ke

pergelangan tangan

mengikut labuh lengan

yang bersesuaian

- Bukaan tangan lengan

panjang

Ukur lilitan hujung

pergelangan tangan

- Keliling dada

Ukur lilit di bahagian

dada yang paling besar

dan masukkan satu jari

untuk kelonggaran

- Keliling pinggang

Ukur lilitan di bahagian

pinggang yang paling

ramping dan masukkan

satu jari untuk

kelonggaran

Page 9: Report jahit blaus kasual

9

- Keliling pinggul

Ukur lilitan di bahagian

pinggul yang paling besar

dan masukkan satu jari

untuk kelonggaran

- Labuh baju

Ukur dari bahu hingga ke

paras labuh yang

bersesuaian

- Keliling leher

Ukur lilitan di pangkal

leher dan masukkan satu

jari untuk kelonggaran

- Bahu ke pinggang

Ukur dari pangkal leher

belakang hingga ke

paras pinggang

Page 10: Report jahit blaus kasual

10

4.0 LANGKAH KERJA

Draft pola asas dan ubah suai pada kertas perang setelah mengambil ukuran pada patung.

Selepas mendraft pola asas, ubahsuai pola asas mengikut kreativiti dan kehendak

rekebentuk blaus yang ingin dihasilkan. Pola yang didraft pada kertas perang adalah badan

hadapan, badan belakang, kolar dan lengan hadapan dan lengan belakang.

Kemudian potong draft ubahsuai yang dibina dengan menyediakan basi jahitan mengikut

rekabentuk yang diingankan pada blaus. Blaus yang diinginkan adalah belah kelepet sama

lebar di bahagian badan hadapan dan terdapat butang dan rumah butang seperti idea rekaan

yang disediakan dalam folio ini.

Pindahkan pola asas yang didraft pada kertas

“elephant paper” dengan mendraft pola badan

hadapan dan belakang, lengan hadapan dan belakang

serta skirt pendek.

Page 11: Report jahit blaus kasual

11

Tentukan ira kain untuk proses memotong kain

mengikut ukuran yang telah dibuat pada pola

ubahsuai. Ira kain hendaklah mengikut arah anak

panah pada pola ubahsuai.

Tusukkan jarum peniti bagi memastikan pola melekat pada fabrik yang ingin

dipotong. Pastikan jarum peniti ditusuk di bahagian dalam garisan pemadam bagi

memudahkan proses menanda garisan pemadam pada fabrik. Pastikan juga sama ada

fabrik yang perlu dipotong dilipat atau tidak dan bilangan yang diperlukan.

Page 12: Report jahit blaus kasual

12

Mulakan proses memotong fabrik dengan memotong kesemua bahagian iaitu bahagian

badan hadapan dan badan belakang, lengan hadapan dan belakang dengan berhati-hati bagi

memastikan potongan yang dilakukan tepat dan fabrik yang disediakan mencukupi.

Kemudian pindahkan garisan pemadam pada fabrik yang dipotong

menggudakan roda penyurih dan “tracing paper”. Pindahkan juga

garisan lisu yang dibina iaitu dibahagian belakang dan depan badan

Selepas itu, pindahkan ukuran leher pada pola badan

hadapan sebelah kiri dan kanan pada kertas perang

untuk membina kolar peter pen.

Page 13: Report jahit blaus kasual

13

Kemudian lakukan proses menjahit tepi atau penyudah

tepi pada kesemua fabrik yang dipotong kecuali pada

bahagian kolar.

Selepas itu, mulakan menjahit dengan menggunakan benang hitam

dan jahit pada kesemua bahagian lisu yang ada. Pastikan gosok

sebelum dan selepas pada garisan pemadam lisu bagi mendapatkan

bentuk yang baik.

Page 14: Report jahit blaus kasual

14

Langkah kedua adalah menjahit bahagian bahu bagi

mencantum bahagian badan hadapan dengan badan

belakang. Jahit kedua-dua bahu iaitu sebalah kiri dan

kanan.

Langkah ketiga adalah mencantum bahagian sisi badan

hadapan dengan badan belakang di kedua-dua sisi kanan

dan kiri.

Langkah keempat adalah mencantum bahagian

lengan bahagian hadapan dengan bahagian

belakang. Jahitkan kedua-dua fabrik sebelah

kanan dan kiri lengan.

Page 15: Report jahit blaus kasual

15

b

Langkah kelima adalah mencantum bahagian

lengan dengan badan blaus. Pastikan kelepet

dibuka telebih dahulu bagi proses mencantum

lengan dengan badan blaus. Cantum kedua-dua

belah iaitu kiri dan kanan.

Lengan yang telah siap dicantum dengan bahagian badan blaus dan

hasil kesemua langkah 1 hingga langkah lima iaitu proses

mencantum kesemua bahagian kecuali bahagian kolar.

Page 16: Report jahit blaus kasual

16

Lekatkan bahagian lapik dalam

kolar dengan menggosok

menggunakan sterika. Pastikan

lapik “interfacing” dipotong

mengikut bentuk atau ukuran

kolar yang dikehendaki.

Jahitkan atau cantumkan kedua-

dua bahagian atas dan bawah

kolar dengan menjahit mengikut

saiz dan ukuran yang dibina.

Langkah keenam cantumkan kolar peter pen yang telah siap pada bahagian kolar

blaus.

Page 17: Report jahit blaus kasual

17

Langkah ketujuh, lakukan kemasan dengan menggunakan

jahitan silang pangkah pada bahagian kelepet lengan dan

kelepaet di bahagian belah hadapan serta jahitan mesin

pada bahagian bawah blaus.

Langkah kelapan, lakukan

jahitan hiasan pada bahagian

lengan blaus dan bahagian bawah

blaus agar kelihatan cantik.

Langkah kesembilan, lakukan

jahitan butang dan lubang butang

pada blaus.

Page 18: Report jahit blaus kasual

18

Hasil Blaus Kasual

Page 19: Report jahit blaus kasual

19

5.0 POLA

Page 20: Report jahit blaus kasual

20

6.0 PENGIRAAN KOS

Jadual di bawah menunjukkan pengiraan kos bahan dan peralatan yang digunakan untuk

mengahasilkan blaus casual.

Bil Peralatan Kuantiti Jumlah

seunit

Jumlah

1 Fabrik 2 RM 2.50 RM 5.00

2 Benang 2 RM 0.80 RM 1.60

3 Kertas perang 2 RM 0.50 RM 1.00

4 Butang 7 RM 0.40 RM 2.80

5 Lubang butang 7 RM 1.00 RM 7.00

6 Renda 4 RM 1.50 RM 6.00

Jumlah Keseluruhan

RM 23.40

PENGIRAAN KOS BAGI PERALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN

7.0 KESIMPULAN

Hasil daripada projek akhir jahitan blaus kasual ini ialah dapat membantu pelajar untuk

meningkatkan kemahiran di dalam bidang jahitan. Kemahiran tersebut merangkumi kemahiran

mengambil ukuran badan, melukis pola, menggunakan mesin jahitan dan jahitan kemasan tepi.

Penguasaan kemahiran tersebut dapat mencapai objektif pembelajaran di dalam subjek ini di

mana pelajar dapat menghasilkan blaus masing-masing dengan sendiri. Oleh itu, segala

kemahiran yang dipelajari akan dipraktikkan di dalam kehidupan sehari.