tugasan 2 fonologi

17
1 Penghargaan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNYA dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini walaupun semasa tugasan ini dijalankan pelbagai halangan dan masalah terpaksa dihadapi dan diselesaikan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada En Anuar Bin Mohd Amin selaku pensyarah BML 3043: Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu kerana membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya semasa proses menyiapkan tugasan ini. Bantuan beliau amat saya hargai walaupun beliau sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah. Beliau yang tidak lokek ilmu sentiasa memberi pandangan kepada para pelajarnya agar dapat menyelesaikan tugasan ini dengan berjaya. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada keluarga dan rakan-rakan guru sekolah yang banyak memberi sokongan dan mendoakan kejayaan saya. Tidak lupa juga terima kasih saya ucapkan kepada teman-teman sekuliah yang banyak membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu, memberi tunjuk ajar, dan semangat kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini. Kerjasama dari teman-teman amat saya hargai kerana tanpa sokongan dan komitmen daripada teman-teman mungkin merumitkan lagi proses menyiapkan tugasan ini. Akhir kata dari saya, semoga penulisan saya ini dapat

Upload: serangge

Post on 21-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Fonetik

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 2 Fonologi

1

Penghargaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah

S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNYA dapat juga saya menyiapkan tugasan yang

telah diberikan ini walaupun semasa tugasan ini dijalankan pelbagai halangan dan

masalah terpaksa dihadapi dan diselesaikan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan

terima kasih yang tidak terhingga kepada En Anuar Bin Mohd Amin selaku pensyarah

BML 3043: Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu kerana membantu dan memberi tunjuk

ajar kepada saya semasa proses menyiapkan tugasan ini. Bantuan beliau amat saya hargai

walaupun beliau sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah. Beliau yang tidak

lokek ilmu sentiasa memberi pandangan kepada para pelajarnya agar dapat

menyelesaikan tugasan ini dengan berjaya.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan

kepada keluarga dan rakan-rakan guru sekolah yang banyak memberi sokongan dan

mendoakan kejayaan saya. Tidak lupa juga terima kasih saya ucapkan kepada teman-

teman sekuliah yang banyak membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung

dalam membantu, memberi tunjuk ajar, dan semangat kepada saya semasa menyiapkan

tugasan ini. Kerjasama dari teman-teman amat saya hargai kerana tanpa sokongan dan

komitmen daripada teman-teman mungkin merumitkan lagi proses menyiapkan tugasan

ini.

Akhir kata dari saya, semoga penulisan saya ini dapat memuaskan hati semua pihak.

Justeru itu, saya juga berharap agar hasil tugasan yang saya lakukan ini dapat dijadikan

panduan ilmiah buat semua. Jika ada salah silap dan terkasar bahasa, saya ingin

menyusun sepuluh jari tanda memohon seribu kemaafan kerana yang baik itu datangnya

dari Allah SWT dan yang lemah dan lalai itu datangnya dari diri saya sendiri.

Page 2: Tugasan 2 Fonologi

2

Pendahuluan

Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik.

Namasosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah, iaitu sosio (singkatan daripada

sisiologi-disiplin yang meneliti masyarakat) dan linguistik-disiplin yang meneliti bahasa.

Dengansifat penggabungan dua disiplin ini, sosiolinguistik memberi tumpuan kepada dua

entiti,iaitu bahasa dan masyarakat. Sosiolinguistik menganggap bahasa dan masyarakat

sebagaisatu struktur yang mempunyai hubungan yang rapat antara kedua-duanya.Bidang

sosiolinguistik itu adalah merupakan satu bidang yang membabitkankajian bahasa dan

masyarakat yang sangat luas cakupannya. Ia menumpukan kepada bahasa dalam konteks

sosial dan kebudayaan.

Melalui bahasa, manusia dapat berhubung,menyampaikan buah fikiran dan perasaan.

Dengan bahasa juga mereka mengeratkanhubungan antara satu sama lain sebagai anggota

satu masyarakat.

Page 3: Tugasan 2 Fonologi

3

Tugasan 2 (Individu)

a. Apakah yang anda faham tentang Sosiolinguistik?

b. Bincangkan aspek-aspek yang boleh dikaji dalam bidang Sosiolinguistik.

Tugasan 2

a. Apakah yang anda faham tentang Sosiolinguistik?

Sosiolinguistik merupakan suatu bidang atau disiplin ilmu yang amat penting dalam

ilmu bahasa. Istilah Sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah, iaitu daripada istilah

sosiologi yang dipendekkan menjadi sosio dan juga istilah linguistik. Sosiologi menurut

Kamus Dewan Edisi Keempat didefinisikan sebagai kajian tentang organisasi, kehidupan

dan masyarakat manusia (2010:1519). Manakala istilah linguistik pula bermaksud kajian

saintifik tentang bahasa (2010:945). Jadi, secara ringkasnya, sosiolinguistik boleh kita

perjelaskan sebagai kajian saintifik tentang bahasa dalam sesebuah organisai, kehidupan

dan dalam sesebuah masyarakat manusia.

Page 4: Tugasan 2 Fonologi

4

b. Bincangkan aspek-aspek yang boleh dikajidalam bidang Sosiolinguistik.

Sosiolinguistik lazimnya menumpukan kajian pada aspek atau topik seperti yang

berikut:

(i) Bahasa rasmi

Bahasa Rasmi merupakan bahasa yang digunakan dalam pentadbiran dan

segala urusan rasmi. Ini termasuklah dalam sebaran am (media massa), surat-

surat rasmi kerajaan seperti borang permohonan, dokumen peribadi yang

merangkumi surat beranak, kad pengenalan, minit mesyuarat, urusan pos dan

sebagainya. Dalam sesebuah negara boleh menggunakan lebih daripada satu

bahasa rasmi. Cuma di negara kita Malaysia sahaja menggunakan satu jenis

bahasa rasmi iaitu Bahasa Melayu. Misalnya di negara Brunei Darussalam

menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berikut beberapa contoh

penggunaan bahasa rasmi untuk negara tertentu;

a. Thailand (Bahasa Thai)

b. Indonesia (Bahasa Indonesia)

c. Switzerland (Bahasa Perancis, Jerman, Itali, Romansch)

d. India di peringkat kebangsaan (Bahasa Hindi, Inggeris) tetapi lebih 14

bahasa rasmi di peringkat negeri

e. Singapura (Bahasa Inggeris, Mandarin, Melayu, Tamil)

Page 5: Tugasan 2 Fonologi

5

(ii) Bahasa kebangsaan

Bahasa Kebangsaan adalah merupakan bahasa rasmi, bahasa pentadbiran

dan bahasa pengantar sesebuah negara. Bahasa ini juga kerap digunakan di arena

media massa sama ada elektonik mahupun cetak. Di negara kita, kesemua pusat

pengajian tinggi menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan di

samping menggunakan lain. Bahasa Kebangsaan ini juga turut digunakan di

dalam sistem pemerintahan negara, parlimen, majlis konvokesyen dan menjadi

bahasa pengantar di seluruh sekolah kebangsaan di negara kita. Bahasa

Kebangsaan ini sudah tentu menjadi kemegahan dan kebanggaan bagi sesebuah

negara.

(iii) Pidgin

Bahasa Pijin ialah bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa. Manakala

bahasa yang terbentuk tidak boleh diklasifikasikan kepada salah satu bahasa asal.

Bahasa Pijin mempunyai formulanya yang tersendiri, iaitu seperti berikut;

A + B = C

Apabila bahasa A bercampur dengan bahasa B, maka akan terbentuk bahasa

C. Tetapi bahasa C itu tidak boleh dikatogerikan sebagai bahasa A atau bahasa B.

Sebenarnya bahasa pijin ini hanya bersifat sementara kerana ianya tidak

mempunyai penutur aslinya. Ini terjadi disebabkan oleh kepentingan

perdagangan dalam kalangan penutur bahasa lain yang bertembung di tempat

tertentu seperti ketika berada di pasar, pusat perdagangan dan sebagainya.

Semasa berkomunikasi lahirlah percampuran bahasa tadi dan sama sekali tidak

Page 6: Tugasan 2 Fonologi

6

menguasai sebarang bahasa komuniti lain. Dengan hal yang demikian wujudlah

bahasa campuran (pijin). Di Malaysia, bahasa pasar dikatogerikan sebagai

bahasa pijin yang sering digunakan di pasar semasa membeli ikan, sayur-sayuran

dan sebagainya.

(iv) Kreol

Bahasa Kreol merupakan bahasa pijin yang telah menjadi bahasa pertama

atau juga dikenali sebagai bahasa ibunda. Bahasa kreol ini wujud akibat

percampuran antara bahasa penjajah dengan bahasa peribumi. Berikut

merupakan beberapa contoh;

*Kreol Perancis di Haiti *Kreol Inggeris di Hong Kong

*Kreol Portugis di Macau dan Melaka *Kreol Cina Baba di Melaka

*Kreol Betwai di Jakarta *Kreol Osing di Jawa Timur

Bahasa jenis ini kadang-kadang menerima proses berbalik kepada bahasa

asal, iaitu ketika ia meninggalkan unsur-unsur dari salah satu bahasa campuran

tadi bagi mewujudkan bahasa asal yang sempurna serta baku. Misalnya di Papua

Niugini ada terdapat bahasa Neo-Melanesia, iaitu terbentuk campuran bahasa

Inggeris dengan bahasa peribumi. Namun hari ini keadaannya berubah, di

sekolah murid-murid mula belajar bahasa Inggeris yang asli, sempurna dan baku.

Kesannya murid-murid tadi akan meninggalkan bahasa campuran mereka tadi,

kemudian ke arah bahasa Inggeris yang standard atau baku melalui tiga proses

seperti berikut:

Page 7: Tugasan 2 Fonologi

7

a. Basilek (kreol asli)

b. Mesolek (kembali kepada asal)

c. Akrolek (kelainan yang wujud)

(v) Bilingualisme

Penutur bilingualisme ataubilingualism juga dikenali sebagai penutur

dwibahasa atau lebih dari satu bahasa. Secara umumnya, menurut Mackey dan

Fishman (Abdul Chaer & Leonie Agustina, 1995:112) penutur bilingualisme

dapat ditakrifkan sebagai penggunaan dua kod bahasa oleh seseorang penutur

dalam pergaulannya dengan orang lain secara bergantian.

Seseorang itu harus menguasai kedua-dua bahasa itu untuk menggunakan

kedua- dua bahasa. Pertama, bahasa ibundanya sendiri atau bahasa pertama dan

yang kedua adalah bahasa lain yang menjadi bahasa keduanya. Orang yang

menggunakan dua bahasa tersebut diistilahkan sebagai bilingual. Dalam keadaan

bilingualisme, sesebuah bahasa akan menjadi dominan, dan yang lain menjadi

‘subordinat’, iaitu bahasa yang melibatkan proses terjemahan daripada bahasa

dominan.

Menurut Abdul Chaer & Leonie Agustina, selain istilah bilingualisme,

terdapat istilah multilingualisme atau aneka bahasa, iaitu penguasaan dua jenis

atau lebih bahasa dalam komunikasi seharian secara bertukar ganti.

Page 8: Tugasan 2 Fonologi

8

(vi) Multilingualisme

‘Multi’ ialah kata gabungan yang menunjukkan banyak dan kepelbagaian

(Kamus Dewan Edisi Ketiga:906). Manakala ‘lingua’ pula membawa maksud

bahasa yang digunakan sebagai bahasa perantaraan (Kamus Dwibahasa

Oxford:233). Ini bermaksud multilingualisme ialah berbilang dan berbagai-bagai

serta kepelbagaian penggunaan bahasa atau aneka bahasa. Multilingualisme pada

umumnya dihubungkan dengan masyarakat multilingual, masyarakat yang

menggunakan lebih dari satu bahasa apabila berkomunikasi sesama anggota

masyarakat.

Seorang penutur yang mengetahui pelbagai bahasa bolehlah ditakrifkan

sebagai multilingualisme, dan mereka yang mempunyai kemahiran-kemahiran

komunikasi lebih satu bahasa, boleh menjadi aktif atau pasif.

(vii) Dialek

Dialek ialah satu kelainan bahasa yang berbeza dari segi sifat sebutan, kosa

kata daripada bahasa baku dan tatabahasa. Bahasa ini juga bersifat geografis atau

bersifat subbahasa. Misalnya bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia dan

dialek-dialek bahasa cina. Dialek adalah bersifat saling memahami, namun tidak

semestinya, seperti dialek bahasa cina. Dialek boleh dipecahkan kepada tiga

bahagian;

a. Dialek sosial (Bahasa Jawa)

b. Dialek daerah (Dialek Utara, Kelantan, Negeri Sembilan)

Page 9: Tugasan 2 Fonologi

9

c. Dialek seketika (Dialek zaman, seperti Melayu Kuno, Bahasa Melayu

Klasik, Bahasa Melayu moden dan sebagainya)

Manakala berikut dinyatakan beberapa sebab mengapa timbulnya dialek

tesebut. Antaranya adalah seperti berikut;

a. Pengalaman yang berlainan

b. Pengaruh luar yang berlainan (Pengaruh Bahasa Inggeris kepada

dialek Johor-Riau dan Belanda ke atas bahasa Indonesia)

c. Terpisah dari segi tempat (Kedah dan Kelantan)

d. Terpisah dari segi zaman (Bahasa Melayu Sri Lanka dan Afrika

Selatan)

(viii) Ideolek

Ideolek adalah varian bahasa yang disebabkan kebiasaan/cara berbahasa

yang khas pada seseorang. Idiolek merupakan ciri khas kebahasaan seseorang.

Bila kita membandingkan bahasa seseorang dengan bahasa seorang yang

lain, maka akan tampak bahawa setiap orang memiliki beberapa keistimewaan

yang tidak dimiliki orang lain, walaupun mereka sama-sama anggota dari suatu

masyarakat bahasa. Sebagai contoh , Johan dalam kebiasaan sehari-harinya suka

mengucapkan kata "ya kan", sedangkan sahabatnya Imran tidak suka dengan

kebiasaan seperti itu. Pilihan kata pun dalam mengungkapkan sesuatu berbeza

antara satu orang dengan orang yang lain, namun mereka sebenarnya

menggunakan satu bahasa, perbendaharaan dari satu bahasa.

Page 10: Tugasan 2 Fonologi

10

Tutur kata setiap anggota masyarakat bahasa yang ditandai perbezaan-

perbezaan kecil semacam itu disebut idiolek.

(ix) Ragam bahasa

Ragam bahasa atau variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk

bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu. Ragam

bahasa merupakan pengkajian terhadap ciri-ciri bahasa yang berbeza apabila kita

membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama

dalam keadaan yang berbeza. Terdapat dua jenis ragam bahasa, iaitu bahasa formal

dan bahasa tidak formal. Keseragaman bahasa berkaitan dengan standard bahasa

yang digunakan. Bahasa baku ialah satu jenis bahasa yang menggambarkan

keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa, menurut ahli linguistik Einar Haugen.

Ia dikatakan sebagai "loghat yang paling betul" bagi sesuatu bahasa.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ragam bermaksud 1. tingkah, cara, laku,

olah 2. jenis, macam 3. lagu, langgam 4. corak, ragi, warna. Oleh itu, banyak ragam

boleh bermaksud banyak cara, banyak jenis, banyak corak dan sebagainya

bergantung pada konteks penggunaannya.

Sementara itu, dalam bukunya bertajuk Ilmu Mengarang Melayu, Za'ba

membahagikan ragam bahasa atau gaya bahasa kepada dua bahagian, iaitu gaya

cakap mulut dan gaya surat. Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ragam

bahasa dibahagikan kepada tajuk-tajuk berikut :

i. Ragam bahasa lisan

Page 11: Tugasan 2 Fonologi

11

ii. Ragam bahasa Melayu tulisan

iii. Bahasa-bahasa daerah

iv. Laras-laras bahasa Melayu moden.

Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah atau kawasan bagi bahasa

yang sama dan bukannya perbandingan ciri-ciri antara dua bahasa. Bahasa ialah

kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin

luas kawasan penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud

dari segi penggunaannya.

Page 12: Tugasan 2 Fonologi

12

Rujukan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ragam_bahasa

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ragam&d=10

Nik Safiah Karim (1993). Tatabahasa Dewan (Edisi Baru). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka