laporan pelaksanaan km 1m 2016 (terkini).docx

42
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) 2016 PERINGKAT SEKOLAH 04 APRIL HINGGA 06 APRIL 2016 SK.BUKIT TUNGGAL 21200 KUALA TERENGGANU “MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN 1MALAYSIA

Upload: anon942121430

Post on 08-Jul-2016

22 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

LAPORAN PELAKSANAANPROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA

(KM1M) 2016

PERINGKAT SEKOLAH

04 APRIL HINGGA 06 APRIL 2016

SK.BUKIT TUNGGAL21200 KUALA TERENGGANU

“MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN 1MALAYSIA”

Page 2: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

1. PENDAHULUAN

Kem Membaca 1Malaysia (KM 1M) merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan

Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca di kalangan murid sekolah dan

pembelajaran sepanjang hayat. Program Kem Membaca 1Malaysia telah dimulakan kali

pertama pada 26 Oktober 2009 hingga 5 November 2009 sehingga kini.

Berdasarkan surat arahan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bil.

KP/KPPM/BTP/Jld.2 bertarikh 1 Mac 2016 telah mengarahkan semua sekolah di seluruh

negara melaksanakan KM 1M 2016 bermula pada 4 April hingga 6 April 2016. Tema Kem

Membaca 1Malaysia 2016 adalah “Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia”. Majlis

pelancaran peringkat kebangsaan di adakan pada 4 April 2016 di Sekolah Menengah

Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru, Johor. Manakala pelancaran

peringkat negeri Terengganu adalah di SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu.

Pada peringkat sekolah, majlis pelancaran telah di adakan pada 4 April 2016 di dataran

perhimpunan dan aktiviti Program KM 1M berlangsung selama 3 hari. (sila rujuk lampiran

perincian aktiviti)

Program Gerakan Tabiat Membaca merupakan salah satu aktiviti utama Jabatan Pendidikan

Negeri Terengganu yang diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

Terengganu (BTPNT). Program ini bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan

menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan di

kalangan murid. Semua sekolah di negeri Terengganu diarahkan menjalankan Program KM

Page 3: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

1M 2016 bermula pada 4 hingga April 2016 merujuk surat BTPN(TRG-UPSP)8871/1/2/

Jld.3 (20).

2. OBJEKTIF

Terdapat empat objektif program Kem Membaca 1Malaysia iaitu:

a. Membina dan mengukuhkan budaya membaca di kalangan pelajar.

b. Menanam sikap menghargai dan cintakan ilmu.

c. Pembelajaran secara didik hibur di luar kelas melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan

dengan pembacaan.

d. Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan

kemahiran maklumat di kalangan murid.

3. PELAKSANAAN AKTIVITI

A. PELAKSANAAN AKTIVITI KEM MEMBACA 1MALAYSIA PADA 4 APRIL

2016 HINGGA 6 APRIL 2016

Tarikh : 04.04.2016 (Isnin) (7.30 – 8.00 Pagi)

Aktiviti 1 : Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia

Pengacara Majlis : Tuan Haji Khairuddin bin Ahmad

Bilangan Pelajar Terlibat : Semua Murid (Tahun 1 hingga Tahun 6)

Bilangan Guru : Semua Guru SKBT

Page 4: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2016 peringkat sekolah telah di adakan pada

hari Isnin, 4 April 2016 di dataran perhimpunan yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar,

En. Mat Nong bin Said.

Di antara intipati ucapan perasmian KM 1M 2016, beliau menekankan bahawa melalui

pembacaan boleh mendidik diri murid-murid dan meningkatkan ilmu pengetahuan yang ada.

Seterusnya dapat mempertingkatkan kualiti hidup, mampu berdaya saing dan bergerak maju

dalam dunia yang semakin mencabar.

Tuan Haji Khairuddin selaku pengacara majlis memaklumkan mengenai pelaksanaan

Program KM 1M 2016 yang akan di adakan di sekolah. Beberapa aktiviti dan pertandingan

telah dirancangkan kerjasama Pusat Sumber Sekolah dengan panitia mata pelajaran Bahasa

Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Panitia Dunia Seni. Semua aktiviti dan

pertandingan yang di adakan akan diberikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Beliau

memaklumkan aktiviti-aktiviti dan pertandingan yang dirancang adalah seperti berikut:-

- Pertandingan Bacaan Mekanis/ Pantun (Tahap 1)

- Pertandingan Mendeklamasikan Sajak/ Bersyair (Tahap 2)

- Pertandingan Mewarna Kulit Buku (Tahap 1)

- Pertandingan Montaj (Tahap 2)

- Pertandingan Spelling Bee (Tahap 1)

- Pertandingan News Reading (Tahap 2)

- Pertandingan Menulis dan Mewarna Bahasa Arab (Tahap 1 dan Thp 2 (Tahun 4)

- Pertandingan Kuiz Bahasa Arab (Tahap 2)

- Pertandingan Banyak membaca (Tahap 1 dan 2)

- Penyampaian hadiah

Page 5: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

Penanda buku Program KM 1M 2016 diberikan kepada semua guru dan kaki tangan sekolah

oleh Ketua Pengawas PSS dan Penolong Pengawas PSS. Tuan Haji Khairuddin selaku

Setiausaha AJK Kerja Pusat Sumber mengharapkan semua guru dapat memberi kerjasama

bagi menjayakan Program Kem Membaca 1 Malaysia. Beliau juga mengucapkan terima kasih

kepada pihak pentadbir kerana bersepakat untuk mengadakan Program KM 1M 2016 selama

3 hari. Pengalaman yang bermakna ini akan dapat memberi input yang berguna kepada

murid-murid.

Page 6: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

GAMBAR SEKITAR PELANCARAN PROGRAM KM 1M 2016 (ISNIN, 04.04.16)

Page 7: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx
Page 8: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

KEM MEMBACA 1MALAYSIA PERINGKAT SK. BUKIT TUNGGAL

PADA 4.4.2016 HINGGA 6.4.2016

Page 9: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

Tarikh : 04 April 2016 (Isnin) Masa: 8.00 – 10.00 Pagi

Aktiviti 2 : Pertandingan Bacaan Mekanis/ Pantun (Tahap 1)

Fasilitator : Puan Sapura binti Mohamed Salleh

Hakim : 1. Pn. Wan Zanariah binti Wan Sembak

2. Pn. Nor Fajariah binti Mohd Noor

3. Pn Suraya binti Hj. Mohd Sidek

Progres Perlaksanaan/ Ulasan:

Aktiviti 2: Pertandingan Bacaan Mekanis ( Tahun 1) / Pantun (Tahun 2 dan 3)

Tahap 1

Pertandingan Bacaan Mekanis/ Pantun di adakan di Dewan Ibnu Khaldun. Peserta yang

bertanding membaca dengan intonasi dan sebutan yang betul petikan cerita yang diberikan.

Penyediaan bahan dan hakim seperti yang dinyatakan pada lampiran berkembar. 5 peserta

terbaik bagi setiap tahun akan diberikan hadiah.

Page 10: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

GAMBAR AKTIVITI PERTANDINGAN BACAAN MEKANIS ( TAHUN 1) /

PANTUN (TAHUN 2 DAN 3) TAHAP 1

Page 11: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

Tarikh : 04 April 2016 (Isnin) Masa: 8.00 – 10.30 Pagi

Aktiviti 3 : Pertandingan Mendeklamasi Sajak/ Syair ( Tahun 4, 5 dan 6) Tahap 2

Fasilitator : En. Nor Anuar bin Mustapa

Progres Perlaksanaan/ Ulasan:

Aktiviti 3 : Pertandingan Mendeklamasi Sajak/ Syair ( Tahun 4, 5 dan 6) Tahap 2

Pertandingan Mendeklamasikan Sajak/ Syair di adakan di Dewan Ibnu Batuta. Seramai dua

peserta bagi setiap tahun bermula daripada tahun 4, 5 dan 6 dipilih oleh guru mata pelajaran

Bahasa Melayu. Peserta yang bertanding membaca dengan intonasi dan sebutan yang betul

petikan cerita yang diberikan. Bahan-bahan untuk bacaan disediakan oleh Puan Aima binti

Selamat. Penyediaan bahan dan hakim seperti yang dinyatakan pada lampiran berkembar.

Sejumlah 15 hadiah disediakan kepada 5 orang peserta terbaik bagi setiap tahun.

GAMBAR AKTIVITI PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK/ SYAIR

(TAHUN 4, 5 DAN 6) TAHAP 2

Page 12: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx
Page 13: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

Tarikh : 4 April 2016 (Isnin) (10.45 Pagi – 1.45 Tengahari)

Aktiviti 4 : Pertandingan Mewarna Pra dan Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3)

Fasilitator : Semua guru yang mengajar mengikut jadual kelas masing-masing

Bilangan pelajar yang terlibat : Semua murid tahap 1 dan tahap 2 (Tahun 4 dan 5)

Progres Perlaksanaan/ Ulasan:

Aktiviti 4: Pertandingan Mewarna Pra, Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3)

Pertandingan Mewarna Pra dan Tahap 1 di adakan di kelas masing-masing. Murid-murid

mewarna pada kertas lukisan yang diedarkan pada setiap kelas.Pengawasan adalah guru yang

mengajar pada waktu berkenaan. Kertas lukisan disediakan oleh Panitia Pendidikan Seni dan

Visual. Guru yang mengawasi kelas pada ketika itu akan mengutip hasil murid yang telah

siap untuk diserahkan kepada hakim yang ditetapkan mengikut tahun masing-masing.

Sejumlah 35 hadiah disediakan kepada pemenang-pemenang iaitu pra sebanyak 5 hadiah

manakala 10 hadiah diberikan kepada murid yang terbaik hasil karya bagi tahun 1,2 dan 3.

GAMBAR AKTIVITI PERTANDINGAN MEWARNA PRA DAN TAHAP 1

Page 14: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx
Page 15: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

Tarikh : 4 April 2016 (Isnin) (11.00 Pagi – 1.45 Tengahari)

Aktiviti 5 : Pertandingan Montaj Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)

Fasilitator : Semua guru yang mengajar mengikut jadual kelas masing-masing

Bilangan pelajar yang terlibat : Semua murid tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)

Aktiviti 5 : Pertandingan Montaj Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)

Pertandingan Montaj di adakan di kelas masing-masing. Tema Montaj adalah berkaitan

dengan Kem Membaca 1Malaysia. Kertas lukisan disediakan oleh Panitia Dunia Seni Visual

manakala bahan dan peralatan lain dibawa oleh murid. Murid-murid membuat montaj dengan

dengan kreativiti yang tersendiri. Masa yang diperuntukkan adalah selama 2 jam 45 minit.

Pengawasan adalah guru yang mengajar pada waktu berkenaan. Guru yang mengawasi kelas

pada ketika itu akan mengutip hasil murid yang telah siap untuk diserahkan kepada hakim

yang ditetapkan mengikut tahun masing-masing. Sejumlah 30 hadiah disediakan kepada

pemenang-pemenang iaitu 10 hadiah diberikan kepada murid yang terbaik hasil karya bagi

tahun 1,2 dan 3.

GAMBAR AKTIVITI PERTANDINGAN MONTAJ TAHAP 2 (TAHUN 4, 5 DAN 6)

Page 16: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx
Page 17: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

Tarikh : 5 April 2016 (Selasa) (8.00 Pagi – 10.30 Pagi)

Aktiviti 6 : Pertandingan Menulis dan Mewarna Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3) dan

Tahap 2 (Tahun 4)

Fasilitator : Semua guru yang mengajar mengikut jadual kelas masing-masing

Bilangan pelajar yang terlibat : Semua murid tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) dan Tahap 2

(Tahun 4)

Aktiviti 6 : Pertandingan Menulis dan Mewarna Bahasa Arab Tahap 1 (Tahun 1,2

dan 3) dan Tahap 2 (Tahun 4)

Pertandingan Menulis dan Mewarna Bahasa Arab Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3) dan Tahap 2

(Tahun 4) di adakan di kelas masing-masing. Bahan-bahan disediakan oleh Ketua Panitia

Bahasa Arab iaitu Puan Zuairiah binti Mohamed @ Hashim. Murid-murid menulis dan

mewarna Bahasa Arab selama 1 jam 30 minit. Pengawasan adalah guru yang mengajar pada

waktu berkenaan. Guru yang mengawasi kelas pada ketika itu akan mengutip hasil murid

yang telah siap untuk diserahkan kepada hakim seperti lampiran berkembar. Sejumlah 20

hadiah disediakan kepada pemenang-pemenang iaitu 5 hadiah diberikan kepada murid yang

terbaik hasil karya bagi tahun 1, 2, 3 dan 4.

Page 18: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

GAMBAR AKTIVITI PERTANDINGAN MENULIS DAN MEWARNA BAHASA

ARAB (TAHUN 1,2 3,4 )

Page 19: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

Tarikh : 5 April 2016 (Selasa) (8.00 Pagi – 10.00 Pagi)

Aktiviti 7 : Pertandingan Kuiz Bahasa Arab Tahap 2 (Tahun 4 dan 5)

Fasilitator : Puan Zuairiah binti Mohamed @ Hashim

Bilangan pelajar yang terlibat : Semua Murid Tahap 2 (Tahun 5 dan 6)

Aktiviti 7 : Pertandingan Kuiz Bahasa Arab Tahap 2 (Tahun 5 dan 6)

Pertandingan Kuiz Bahasa Arab Tahap 2 (Tahun 5 dan 6) di adakan di Dewan Ibnu Khaldun.

Penyediaan bahan dan hakim seperti yang dinyatakan pada lampiran berkembar. Puan

Zuairiah membacakan soalan-soalan untuk dijawab oleh peserta kuiz. Peserta kuiz bagi tahun

5 ada 6 kumpulan dan peserta kuiz tahun 6 ada 5 kumpulan. Bagi setiap kumpulan, seorang

ahli peserta kuiz merupakan wakil bagi kelas bagi aliran tahun berkenaan. Contohnya Tahun

6 ada enam kelas iaitu 5 Ibnu Mas’ud, 5 Ibnu Amru, 5 Ibnu Salam, 5 Ibnu Zubair, 5 Ibnu

Umar dan 5 Ibnu Abbas. Jadi 6 kumpulan akan dibentuk dan setiap kumpulan akan diwakili

oleh seorang murid dari kelas yang berbeza. Sejumlah 6 hadiah diberi kepada pemenang

tempat pertama, kedua dan ketiga. Bilangan hadiah untuk tahun 5 adalah 18 dan bilangan

hadiah untuk tahun 6 adalah 15. Guru-guru yang terlibat untuk pertandingan Kuiz Bahasa

Arab adalah seperti yang dinyatakan pada perincian aktiviti Program KM 1M 2016.

Page 20: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

GAMBAR AKTIVITI PERTANDINGAN KUIZ BAHASA ARAB TAHAP 2 (TAHUN

5 DAN 6)

Page 21: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

Tarikh : 5 April 2015 (Selasa) (10.00 Pagi – 12.00 Tengahari)

Aktiviti 8 : Pertandingan “Spelling Bee” Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3)

Fasilitator : Mdm Liew Nyuk Foh

Bilangan pelajar yang terlibat : Semua Murid Tahap 1 (1,2 dan 3)

Aktiviti 8 : Pertandingan “Spelling Bee” Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3)

Pertandingan “Spelling Bee”di adakan di Dewan Ibnu Batuta. Penyediaan bahan dan hakim

seperti yang dinyatakan pada lampiran berkembar. Mdm Liew Nyuk Foh menyebutkan

perkataan dan para peserta akan mengeja perkataan yang disebut dalam Bahasa Inggeris.

Hakim pertandingan adalah seperti yang dinyatakan pada perincian aktiviti Program KM 1M

2015. 5 hadiah akan diberikan kepada lima peserta terbaik daripada tahun 1, 2 dan 3.

GAMBAR AKTIVITI PERTANDINGAN “SPELLING BEE” TAHAP 1

Page 22: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx
Page 23: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

Tarikh : 5 April 2015 (Selasa) (10.30 Pagi – 12.00 Tengahari)

Aktiviti 9 : Pertandingan “News Reading” Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)

Fasilitator : Puan Norziah binti Mohd Noor

Bilangan pelajar yang terlibat : Semua Murid Tahap 2 (4, 5 dan 6)

Aktiviti 9 : Pertandingan “News Reading” Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)

Pertandingan “News Reading”di adakan di Dewan Ibnu Khaldun khususnya untuk murid-

murid tahap satu (Tahun 1, 2 dan 3). Penyertaan untuk pertandingan ini adalah terbuka

kepada murid-murid daripada kelas tahun 4, 5 dan 6. Penyediaan bahan dan hakim adalah

seperti lampiran berkembar. Lima orang peserta terbaik mengikut tahun akan diberikan

hadiah bagi setiap tahun 4, 5 dan 6.

GAMBAR AKTIVITI PERTANDINGAN “NEWS READING” TAHAP 2

Page 24: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

Penyampaian Hadiah.

Upacara penyampaian hadiah Program KM 1M 2016 diadakan di dataran perhimpunan. Tuan

Guru Besar, En. Mat Nong bin Said menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang

acara yang dipertandingkan sempena Program Kem Membaca 1 Malaysia 2016.

GAMBAR UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM KEM MEMBACA 1

MALAYSIA 2016 PERINGKAT SEKOLAH.

Page 25: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx
Page 26: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

4. KEKUATAN PROGRAM KM 1M 2016

Secara umumnya program Kem Membaca 1Malaysia merupakan usaha murni pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid-murid

dan pembelajaran sepanjang hayat. Kekuatan KM 1M ini adalah program tersebut dapat

menanam sikap menghargai dan cintakan ilmu serta menggerakkan program galakkan

membaca seterusnya memupuk minat membaca secara berterusan.

Selain itu, Program KM 1M 2016 ini akan dapat memberi nilai tambah kerpada pelaksanaan

aktiviti Galakan Membaca di samping Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan

Page 27: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

Bahasa Inggeris (MBMMBI) dengan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan dan mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua negara.

Secara keseluruhannya Program KM 1M peringkat sekolah dapat dijalankan dengan jayanya

dengan kerjasama dan penglibatan aktif murid-murid yang menjayakan Program KM 1M

2016 juga dengan sokongan pihak pentadbir bagi merealisasikan program tersebut dan

kerjasama guru-guru dalam pelaksanaan program.

5. KELEMAHAN PROGRAM KM 1M 2016.

Kelemahan program ini adalah masalah kekangan masa dan adakalanya bertembung dengan

program yang dijalankan di sekolah. Peruntukan masa hendaklah disesuaikan dengan jenis

aktiviti yang dirancangkan.

6. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi peringkat sekolah, saya cadangkan program KM 1M dimasukkan dalam takwim

perancangan sekolah. Pelaksanaan aktiviti yang telah dirancang dan dijalankan pada

peringkat sekolah perlulah dibuat post-mortem agar perlaksanaan yang lebih baik lagi di masa

akan datang

Sekian.

Page 28: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx

7. PENUTUP

Program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian

Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca. Program Kem Membaca 1

Malaysia telah dilaksanakan dengan sistematik dan terancang yang dapat memberi impak

baik dan dapat mencerna minda serta memupuk minat membaca di kalangan  warga SK.

Bukit Tunggal.

“MEMPERKASAKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Disediakan Oleh:

t.t

(WAN NOORIAH BT WAN ISMAIL)Guru Perpustakaan @ Media,

Disahkan Oleh:

t.t

(MAT NONG BIN SAID)Guru Besar,

Page 29: LAPORAN PELAKSANAAN KM 1M 2016 (Terkini).docx