tugasan 1 (c) - hajar

10
TUGASAN INDIVIDU HGF 3043 KAJIKLIM NAMA : SITI NOR HAJARIAH BINTI YAAKOB NO MATRIK : D20141067769 KUMPULAN : C PENSYARAH : DR. MOHD HAIRY BIN IBRAHIM TAJUK TUGASAN : KERPASAN

Upload: cik-akin

Post on 29-Jan-2016

39 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

blogging

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 (c) - HAJAR

TUGASAN INDIVIDU

HGF 3043

KAJIKLIM

NAMA : SITI NOR HAJARIAH BINTI YAAKOB

NO MATRIK : D20141067769

KUMPULAN : C

PENSYARAH : DR. MOHD HAIRY BIN IBRAHIM

TAJUK TUGASAN : KERPASAN

Page 2: Tugasan 1 (c) - HAJAR

1.Apakah maksud kerpasan?

Kerpasan ialah satu bentuk curahan yang terjadi dalam kitaran hidrologi sebagai lembapan

atau air yang jatuh ke bumi dari langit dalam pelbagai bentuk termasuk hujan, hujan air batu,

salji, gerimis, embun, kabus dan sebagainya. Hujan dan salji merupakan pembekal utama

kepada jumlah keseluruhan curahan. Curahan boleh dikelaskan kepada dua kriteria iaitu

bentuk atau fizikal dan kaedah pembentukannya. Curahan berbentuk cecair seperti hujan

bersaiz 0.5mm hingga 2.0mm manakala curahan berbentuk pepejal seperti salji. Saiz dan

bentuk curahan bergantung kepada suhu persekitaran. Kapasiti curahan dalam bentuk air atau

pepejal yang berlaku bergantung kepada faktor pergerakan tiupan angin, suhu, tekanan dan

kelembapan udara (Ishak Johari & Nurhidayah Seetha, 2010).

Curahan terbentuk kerana adanya mekanisma ketepuan dan penyejukan dalam udara.

Proses penyejukan sepenuhnya menyebabkan titisan air yang berat unuk jatuh kebumi

sebagai curahan. Selain itu, air yang dihasilkan dari garam laut melalui proses penyejatan

mengakibatkan pemeluwapan lembapan air dalam udara. Mekanisma yang berlaku akibat

penyejukan udara menyebabkan juga pemeluwapan dan terbentuknya titisan hujan, salji dan

embun. Cuaca mendung tidak bermakna bahawa ia akan hujan atau salji. mendung boleh

membentuk, berlama-lama beberapa hari lamanya, dan tidak pernah menghasilkan hujan (C.

Donald, 2008).

2. Huraikan bagaimana kerpasan berlaku mengikut teori kerpasan dan pengaruhnya

terhadap cuaca dan iklim?

Menurut Frederick & Edward(1998), terdapat dua teori kerpasan iaitu teori proses

Bergeron dan teori proses “Collision-Coalescence”. Teori Bergeron-Findeison ialah

atmosfera dibahagikan kepada dua kawasan iaitu kawasan terbentuknya hujan iaitu di

kawasan yang bersuhu -5oC hingga -25oC. Terdapat hablur-hablur ais seni di kawasan ini

hasil proses pemejalwapan. Proses sejatan seterusnya membekalkan wap air ke atmosfera.

Proses penukaran air dari bentuk pepejal atau cecair kepada wap air. Kelazimannya sejatan

berlaku pada permukaan air. Wap air yang memasuki kawasan ini akan mengalami proses

pemeluwapan. Proses pemeluwapan akan membekalkan lembapan. Lembapan akan

dimendapkan di permukaan hablur ais. Lapisan air nipis yang dimendapkan akan menambah

saiz hablur ais. Hablur ais yang diselaputi oleh lembapan juga senang menggregat apabila

Page 3: Tugasan 1 (c) - HAJAR

berlanggar dan bercantum di antara satu sama lain. Apabila hablur ais mencapai garis pusat

melebihi 7mm, tarikan graviti akan menarik hablur ais turun ke permukaan bumi. Hablur ais

yang turun akan mengalami proses pencairan kerana berlakunya proses pemanasan secara

adiabatik lalu turun sebagai hujan.

Manakala teori perlanggaran ialah pengumpulan atau penyatuan bintik-bintik air yang

kecil melalui pelanggaran oleh titisan air yang jatuh. Titisan air yang jatuh di dalam sesuatu

awan mempunyai halaju terminal yang berlainan yang berkadar dengan garis pusat titisan-

titisan tersebut. Oleh itu,titisan-titisan yang lebih besar akan jatuh dengan lebih pesat dan

akan “menangkap”(menyerap) titisan-titisan lebih kecil yang jatuh lebih perlahan ke dalan

ekornya(Tangkapan Ekor). Titisan-titisan itu kemudian melekat kepada titisan besar itu dan

seterusnya menjadikannya lebih besar. Seterusnya titisan besar tersebut akan jatuh dengan

lebih pesat. Kemudian titisan juga berupaya menyerap lebih banyak titisan kecil yang lain ke

dalan ekornya. Titisan-titisan air yang lebih halus yang berada di arah hadapan titisan besar

tersebut juga dapat di serap melalui ‘Tangkapan Langsung’(serapan langsung).

Kesan daripada kedua-dua teori ini, pelbagai jenis kerpasan yang terhasil. Antaranya

ialah hujan, hujan ais batu, salji dan sebagainya. Perkara ini boleh mempengaruhi cuaca dan

iklim di sesuatu kawasan itu. Konsep cuaca dan iklim dibawahnya ialah kelembapan udara

merujuk kepada kandungan wap yang ada di dalam udara (atmosfera) pada masa-masa

tertentu. Kelembapan udara terbahagai kepada 2 jenis. Kelembapan Mutlak bermaksud

jumlah wap air yang sebenarnya wujud dalam jisim udara tertentu pada tempoh tertentu. Ia

juga dikenali sebagai ketumpatan wap air dan diukur dalam unit gram setiap meter padu

(g/m3).Kelembapan bandingan bermaksud nisbah jumlah wap air yang sebenarnya terdapat

dalam jisim udara pada suhu dan tekanan tertentu. Nilai ini membandingkan kandungan

kelembapan sebenar sesuatu jisim udara dengan jumlah kandungan lembapan dalam jisim

udara tersebut apabila ia mencapai takat tepu.

3. Berasaskan satu jenis kejadian kerpasan, nilaikan pengaruhnya terhadap cuaca dan

iklim di sesebuah negara.

Hujan merupakan salah satu daripada bentuk curahan. Menurut Ishak Johari &

Nurhidayah Seetha(2010), menyatakan hujan adalah merujuk kepada titisan air yang jatuh

dari atmosfera. Titisan ini terhasil daripada proses pemeluwapan yang membentuk bintik-

Page 4: Tugasan 1 (c) - HAJAR

bintik air yang akan bercantum membentuk awan. Apabila ia mencapai had tepu, titisan air

ini akan turun sebagai hujan. Hujan ini terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk bergantung

kepada jenis hujan sama ada hujan lebat, renyai, titisan kecil, titisan besar dan sebagainya.

Selain itu, air hujan ini sering digambarkan sebagai berbentuk lonjong seperti mata iaitu lebar

di bawah dan tirus di atas tetapi ini tidaklah tepat. Air hujan kecil hampir bulat. Air hujan

yang besar menjadi semakin leper, seperti roti burger. Air hujan yang lebih besar adalah

berbentuk payung. Air hujan yang besar lebih cepat turun berbanding pihak yang kecil.

Hujan boleh dikategorikan berdasarkan kapasiti curhan hujan iaitu hujan sedang. 20-

50 mm/hari, hujan lebat, 50-100 mm/hari dan hujan sangat lebat melebihi 100 mm/hari.

Jenis- jenis hujan juga banyak iaitu hujan air batu, hujan ais, hujan asid, El Nina dan La Nina.

Pengukuran curahan menganggap bahawa jumlah air hujan yang dikumpulkan unit perluas

lubang tolok adalah sama dengan jumlah air ikut dicerap. Selain daripada alat itu, Tolok

Hujan Mencatat dan Tolok Hujan, tidak mencatat.

Namun begitu, jumlah kerpasan atau hujan yang turun berlebihan boleh menyebabkan

banjir berlaku. Perkara ini sering terjadi kepada bahagian kawasan tanah rendah di Indonesia.

Setiap tahun kawasan ini menghadapi banjir akibat curahan hujan yang berlebihan ( FAO &

CIFOR,(2005) dalam Sutopo, (2007)). Sutopo Purwo menyatakan bahawa banjir merupakan

salah satu jenis bencana hidrometeorologi yang paling sering terjadi. Kekerapan banjir

berlaku semakin meningkat dari tahun ke tahun, malahan kawasannya turut tersebar. Perkara

ini berlaku akibat daripada perubahan iklim global terutamanya curahan hujan dan

kemudiannya diikuti pula dengan faktor lain seperti pembangunan, dan lain-lain lagi. Antara

kawasan yang menjadi kawasan banjir ialah Jakarta, Semarang, Surabaya, Medan, Makassar

dan sebagainya. Banjir yang berlaku di Indonesia ini merupakan banjir yang rutin.

Maksudnya disini, setiap kali memasuki musim tengkujuh, kawasan ini sentiasa dinaiki air

dan banjir.

Sejarah banjir paling besar bagi negara Indonesia ini sehingga tahun 2007 ialah 1621,

1654, 1918, 1942, 1976, 1996, 2002 dan 2007. Tambahan lagi, menurut Sutopo (2007)

menyatakan bahawa secara geomorfologi Jakarta terletak pada dataran banjir seperti sungai,

poulder, pintu pengatur, bending dan sebagainya. Jakarta ini terletak berhampiran dengan 13

sungai. Disebabkan itu, ia mendapat curahan air hujan tahunan yang cukup tinggi iaitu 2000-

3000 mm dan daerah pengaruh pasang surut laut mencapai 40% (24.000 ha) dari luas

Page 5: Tugasan 1 (c) - HAJAR

keseluruhan 64.000 ha. Maka banjir pon tercetus serta menyebabkan banyak kerugian harta

benda penduduk. Banjir yang berlaku di Indonesia ini berpunca daripada curahan air hujan

serta punca sampingan lain.

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Sutopo dalam pada akhir Januari hingga

awal februari 2007 bagi mengenalpasti punca sebenar banjir besar dan curahan hujan yang

tinggi yang melanda menunjukkan disebabkan oleh adanya kawasan tekanan udara rendah di

Australia di bahagian utara dan kawasan pertemuan angin(ICTZ). Hal ini telah menyebabkan

peningkatan suhu dan pertumbuhan awan.

Gambar 1: Citra Satelit yang menunjukkan tutupan awan pada 1 februari 2007 pada

jam 06.00 WIB.

(Sumber: Sutopo Nurwo,2007.)

Jadual 1: Period curahan hujan harian daerah Jakarta dan DAS Ciliwung.

(Sumber: Sutopo Nurwo,2007.)

Page 6: Tugasan 1 (c) - HAJAR

4. Huraikan kesan kerpasan terhadap manusia dan bagaimana manusia

menghadapinya.

Menurut Majlis Profesor Negara (2014), dalam persidangan kebangsaan bencana banjir, iaitu

perkara ini berlaku kerana fenomena perubahan iklim dunia yang berlaku sejak akhir-akhir

ini memperlihatkan sifat kekerapan, taburan dan kelebatan hujan yang turun yang semakin

sukar diduga dan kejadian banjir semakin sukar untuk ditangani secara berkesan. Kerpasan

ini lantaran putaran musim monsun di negara kita yang semakin sukar diangani kerana

sentiasa berubah-ubah.

Kesan kerpasan ini kepada manusia ialah banjir besar yang boleh memusnahkan harta

benda, tempat tinggal dan lain-lain lagi. Kerpasan yang membawa kepada bencana banjir ini

adalah monsun timur laut. Ia lebih dikenali sebagai musim tengkujuh. Berlaku sekitar bulan

November hingga Mac (Jabatan Meteorologi Malaysia,2015). Sebagai contoh episod hujan

lebat kedua yang berlaku pada 17 Disember 2014 dan berterusan hingga ke episod hujan

lebat ketiga pada 20 Disember 2014 telah menyebabkan peningkatan air secara mendadak di

semua paras sungai utama sehingga menyebabkan banjir fasa II. Hampir semua sungai-sungai

utama mencapai paras bahaya bermula pada 18 Disember 2014 kecuali Sg. Semerak dan Sg.

Galas.

Contoh yang lain ialah hujan lebat berterusan di Gua Musang mencatatkan taburan

hujan tertinggi untuk 3 hari berturut-turut (1295mm pada 21 hingga 23 Disember 2014)

menyebabkan peningkatan mendadak paras air sungai Lebir yang seterusnya turut

menyumbang kepada peningkatan paras air sungai di Tangga Krai iaitu 34.17m pada 25

Disember 2014. Seterusnya Kelantan telah mengalami banjir luar biasa bermula dengan Gua

Musang, diikuti Kuala Krai dan Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Kota Bharu. Perkara

ini menyebabkan jalan raya dan jambatan ditenggelami air menyebabkan jaringan jalanraya

terputus di kebanyakan tempat dan menghalang penjawat awam hadir bekerja sekaligus

melumpuhkan fungsi jabatan untuk selama 25 Disember – 29 Disember 2014 (5 hari).

Malahan kesannya turut boleh menyebabkan manusia kehilangan punca rezeki,

pekerjaan, kehilangan ahli keluarga dan sebagainya. Bagi menangani masalah ini, Kerajaan

telah mengambil langkah-langkah yang pro aktif dalam menangani masalah bencana banjir

seperti penubuhan badan penyelia, pelaksanaan projek-projek tebatan banjir, pelaksanaan

langkah-langkah bukan struktur dengan tertubuhnya sistem-sistem ramalan dan amaran banjir

Page 7: Tugasan 1 (c) - HAJAR

bagi lembangan sungai-sungai utama yang sering dilanda banjir dan juga pengurusan

lembangan sungai secara besepadu untuk mengurangkan kehilangan harta benda dan nyawa

akibat banjir. Sebagai orang awam, kita berperanan untuk bersiap sedia menghadapi ancaman

bahaya banjir dengan bertindak lebih awal. Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia turut

memberikan langkah sebelum,semasa dan selepas banjir berlaku seperti berikut:

Sebelum Banjir.

Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.

Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat

persediaan banjir tempatan.

Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis.

Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak

melimpah masuk melaluinya.

Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda, buat

plan dan latihan pemindahan kecemasan. Sediakan Peralatan Kecemasan.

Pastikan seluruh ahli keluarga anda mengetahui Cara-cara Bertindak Semasa

Kecemasan di rumah.

Sebelum Banjir - Semasa Tanda-Tanda Dikesan

Dengar pengumuman dari radio.

Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih, semasa banjir

air mungkin menjadi kotor.

Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah.

Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam

bekas kalis air.

Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.

Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

Semasa Banjir - Di Dalam Rumah

Dengar pengumuman dari radio.

Bersedia dengan peralatan kecemasan.

Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

Semasa Banjir - Di Luar Rumah

Page 8: Tugasan 1 (c) - HAJAR

Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.

Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan anda.

Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan mahupun

berjalan kaki. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.

Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai

atau lombong. Jangan minum air banjir.

Semasa Banjir - Di Dalam Kenderaan

Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik.

Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan anda dan tinggalkan ia, pergi ke

tempat yang selamat.

Semasa Banjir - Semasa Pemindahan

Apabila menerima arahan, segeralah berpindah.

Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang, ianya lebih

mudah dan selamat.

Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.

Selepas Banjir

Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke

rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.

Beri bantuan kepada jiran anda atau orang-orang yang kurang upaya (Orang tua,

kanak-kanak atau orang-orang cacat). Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda

rekahan atau mendapan ianya mungkin tidak selamat.

Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak

bahaya-bahaya yang tersembunyi.

Selepas Banjir - Semasa Memasuki Bangunan

Pakai kasut.

Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.

Periksa sebarang tanda kehadiran binatang atau serangga berbisa dan merbahaya.

Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bersepah dilantai

rumah anda.

Page 9: Tugasan 1 (c) - HAJAR

Perhatian siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

Selepas Banjir - Periksa Ancaman Bahaya

Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.

Periksa wayar elektrik yang terendam dalam air.

Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.

Periksa bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa

banjir (Minyak tanah, petrol, disel dan sebagainya).

Buang bahan-bahan makanan yang terendam atau terkena air banjir termasuk

makanan dalam tin.

Periksa kerosakan tangki septik untuk elekkan bahaya biologi.

Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak

berkuasa.

Justeru, banyak lagi perkara yang boleh berlaku akibat kerpasan. Di Malaysia,

jenis kerpasan yang sering berlaku adalah hujan. Maka, manusia perlulah sentiasa

berwaspada dengan perkara ini dan bijak mengahadapinya.

Page 10: Tugasan 1 (c) - HAJAR

RUJUKAN

Aguado, E., & Burt, J. E. (2007). Understanding Weather And Climate. New Jersey: Pearson

Education.

Ahrens, C. D. (2008). Essentials Of Meteorologi An Invitation To The Atmosphere. Belmobt

USA: Brooks/Cole Cengage Learning.

Bergman, E. F., & Renwick, W. H. (2008). Introduction To Geography Peaple, Places, and

Enviroment. New Jersey: Person Prentice Hall.

Danielson, E. W., Levin, J., & Abrams , E. (1997). Meterology : Weather Forecasting . New

York.

Lim Joo Tick & Azizan Abu Samah. (2004). Weather And Climate In Malaysia. Kuala

Lumpur: University Of Malaya.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.(2011). Garis Panduan Persediaan Menghadapi

Banjir. Retrieved 15.10.2015: from Jabatan Sumber Asli dan Alam Sekitar:

http://www.water.gov.my/drainageflood-mainmenu-288/55?lang=my .

Ishak Johari & Nurhidayah. 2010. Hidrologi Kejuruteraan Awam. Perpustakaan Negara

Malaysia.