tugas ppm semasa cuti sekolah

4
1. TAJUK Pengurusan Tugas Pembantu Pengurusan Murid Semasa Cuti Persekolahan 2. DESKRIPSI KOMPETENSI Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) N17 bertanggungjawab untuk memastikan dan melaksanakan pengurusan pentadbiran, kewangan, inventori bahan dan peralatan di kelas semasa cuti persekolahan mengikut pekeliling-pekeliling perkhidmatan serta perintah am yang berkuatkuasa. 3. OBJEKTIF Modul ini dihasilkan bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan spesifikasi tugasan Pembantu Pengurusan Murid semasa cuti persekolahan : 3.1 Membantu mengurus pentadbiran kelas secara sistematik semasa cuti persekolahan dengan cekap, mantap, berkualiti dan berkesan. 3.2 Membantu mengurus pengendalian pengurusan kewangan kelas semasa cuti persekolahan dengan cekap, sistematik dan berkesan bagi memastikan program pendidikan terlaksana dengan jayanya. 3.3 Membantu menguruskan inventori kelas semasa cuti persekolahan secara sistematik, berkesan dan memastikan peralatan di dalam dan di luar bilik darjah sentiasa berada di dalam keadaan selamat serta dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan bagi urusan pengajaran dan pembelajaran. 3.4 Membantu mengurus kebersihan dan keceriaan di dalam dan di luar kelas semasa cuti persekolahan. 4. BIDANG TUGAS CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 1 DAN 2 4.1 PENGURUSAN KELAS 4.1.1 Membantu membersih peralatan pengajaran dan pembelajaran, kawasan di dalam dan di luar kelas.

Upload: greatwarrior74

Post on 27-Jun-2015

323 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugas PPM Semasa Cuti Sekolah

1. TAJUKPengurusan Tugas Pembantu Pengurusan Murid Semasa Cuti Persekolahan

2. DESKRIPSI KOMPETENSIPembantu Pengurusan Murid ( PPM ) N17 bertanggungjawab untuk memastikan dan melaksanakan pengurusan pentadbiran, kewangan, inventori bahan dan peralatan di kelas semasa cuti persekolahan mengikut pekeliling-pekeliling perkhidmatan serta perintah am yang berkuatkuasa.

3. OBJEKTIFModul ini dihasilkan bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan spesifikasi tugasan Pembantu Pengurusan Murid semasa cuti persekolahan :

3.1 Membantu mengurus pentadbiran kelas secara sistematik semasacuti persekolahan dengan cekap, mantap, berkualiti dan berkesan.3.2 Membantu mengurus pengendalian pengurusan kewangan kelassemasa cuti persekolahan dengan cekap, sistematik danberkesan bagi memastikan program pendidikan terlaksanadengan jayanya.3.3 Membantu menguruskan inventori kelas semasa cuti persekolahansecara sistematik, berkesan dan memastikan peralatan di dalam dan diluar bilik darjah sentiasa berada di dalam keadaan selamat sertadapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan bagi urusanpengajaran dan pembelajaran.3.4 Membantu mengurus kebersihan dan keceriaan di dalam dan di luar kelas semasa cuti persekolahan.

4. BIDANG TUGAS

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 1 DAN 2

4.1 PENGURUSAN KELAS4.1.1 Membantu membersih peralatan pengajaran dan pembelajaran, kawasandi dalam dan di luar kelas.

4.2 PROGRAM PRA4.2.1 Membantu merancang dan melaksanakan program kelas sepertilawatan, sambutan hari jadi, karnival prasekolah dan sebagainya.4.2.2 Membantu menyediakan props dan kostum untuk aktiviti kelasseperti sukan, karnival, majlis konvokesyen, hari potensi dan sebagainya.4.2.3 Membantu menghubungi pihak agensi luar yang ada kaitan denganprogram pendidikan.4.2.4 Membantu urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan program pendidikan ( seperti surat jemputan, surat makluman dan sebagainya ).

Page 2: Tugas PPM Semasa Cuti Sekolah

4.3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN4.3.1 Mengemaskini peralatan seperti buku, lego, carta, kad imbasan atauperkataan dan sebagainya.4.3.2 Membaik pulih peralatan seperti buku, lego, carta, kad imbasan atauperkataan dan sebagainya.

4.4 BAHAN BANTU MENGAJAR4.4.1 Membantu membina bahan bantu mengajar yang sesuai dengan temapengajaran dan pembelajaran.4.4.2 Membantu mengemaskini dan menyusun atur bahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.4.4.3 Membantu membuat klasifikasi bahan dan peralatan mengikut kesesuaian berasaskan pusat-pusat pembelajaran.CUTI AKHIR TAHUN4.5 PENGURUSAN KELAS4.5.1 Menyediakan fail maklumat, folio dan hasil kerja murid.4.5.2 Merekod data murid yang telah mendaftar.4.5.3 Mengemaskini fail.4.5.4 Melaksanakan urusan surat-menyurat berkaitan.4.5.5 Merancang aktiviti atau program kelas.

4.6 BAHAN BANTU MENGAJAR4.6.1 Menyediakan bahan bantu mengajar.4.6.2 Mengemaskini bahan bantu mengajar.4.6.3 Membaikpulih bahan bantu mengajar.-Carta-Buku-Permainan4.7 INVENTORI4.7.1 Menerima dan merekod bahan atau peralatan yang dibekalkan.4.7.2 Menyenarai bahan dan peralatan harta modal di kelas.4.7.3 Menyedia dan membuat inventori peralatan di dalam kelas.4.7.4 Merekod pembelian bahan dan peralatan di kelas.4.7.5 Merekod daftar bekalan pejabat.4.7.6 Merekod pergerakan harta modal.4.7.7 Merekod dan melabel nombor pentadbiran stok.4.7.8 Merekod dan melabel bahan atau peralatan yang diterima.4.7.9 Merekod, mencatat dan melapor kerosakan peralatan di dalam dan luarkelas.4.7.10 Mengemaskini inventori.4.7.11 Mengemaskini stok.

Page 3: Tugas PPM Semasa Cuti Sekolah

4.7.12 Mencadang dan mengurus proses hapus kira bagi bahan dan peralatanyang telah tamat tempoh dan rosak.

4.8 KEWANGAN4.8.1 Membantu merancang dan mengurus anggaran perbelanjaan bekalan makanan.4.8.2 Membantu mengemaskini akaun ( peruntukan makanan dan bekalan ).4.8.3 Membantu merekod sumbangan yang diterima.4.8.4 Membantu pengurusan kutipan pembelian alatan keperluan muriddaripada ibubapa.

4.9 KECERIAAN4.9.1 Membuat mural.4.9.2 Kebersihan.-Kawasan di dalam bilik darjah.-kawasan di luar bilik darjah.-Bilik air.-Taman ( menanam bunga dan membersih taman ).4.9.3 Membersih peralatan dapur seperti pinggang mangkuk.4.9.4 Membersihkan kawasan di dalam dan di luar ( alatan, mainan, pondok, persekitaran ).4.9.5 Membaikpulih dan menceriakan kelas dan persekitaran kelas.4.9.6 Menyusun dan membantu mengemaskini pusat pembelajaran kelas.4.9.7 Mengindahkan persekitaran di dalam dan di luar kelas ( tanam bunga, membuat landskap, penjagaan tanaman ).5. CADANGAN LATIHAN / KURSUS5.1 Kursus ICT5.2 Kursus Penyediaan Makanan5.3 Kursus Keselamatan Dan Kesihatan5.4 Kursus Pendedahan Perkembangan Kanak-kanak5.5 Kursus Pendedahan Pembinaan Bahan Bantu Mengajar5.6 Kursus Intergriti Pembantu Pengasuh Murid5.7 Kursus Inventori Dan Sistem Fail5.8 Kursus Pengurusan Kewangan5.9 Bengkel Pendedahan Pengajaran dan Pembelajaran dan Kurikulum5.10 Kursus Induksi dan Ketatanegaraan5.11 Kursus Kendiri5.12 Kursus Seni dan Kebudayaan6. PENUTUPSemua perancangan yang dicadangkan di dalam modul ini adalah sebagai garis panduan kepada pembantu pengurusan murid untuk bersedia merancang dan melaksanakan tugas-tugas semasa cuti persekolahan.