cuti cuti malaysia(malacca)

12
CUTI-CUTI MALAYSIA MELAKA

Upload: cyberns

Post on 21-Jan-2017

259 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

CUTI-CUTI MALAYSIA

CUTI-CUTI MALAYSIAMELAKA

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MELAKAKota A FamosaStadhuys (Bangunan Merah)Dataran PahlawanMenara Taming SariWater World A Famosa Resort

Jonker WalkPantai Tg. BidaraDataran 1 Malaysia, KlebangRiver CruiseMelaka Premium Outlet

KOTA A FAMOSA

Kota A Famosa(bermaksud "Yang Termashur" dalambahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak diBandar Hilir,Melakabersebelahan replikaIstana Kesultanan MelakadanGereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal diAsia.NamaA Famosaseringkali disalah sebut sebagai/ei/Famosa, termasuklah oleh orang Malaysia, seolah-olah kata penentu "a" dalambahasa Portugisdianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah//Famosa(bunyinya lebih kurang "ah").

STADHUYS (BANGUNAN MERAH)

Bangunan Stadthuys (ejaan lama Belanda, Dewan Bandaraya makna) merupakan struktur sejarah terletak di tengah-tengah bandaraya Melaka, merupakan ibu negeri Melaka, Malaysia di tempat yang dikenali sebagai Dataran merah. The Stadhuys dikenali untuk bahagian luar yang merah dan berdekatan terletaknya menara jam merah. Ia dibina oleh Belanda pada 1650 sebagai pejabat Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor. Stasdhuys apabila Melaka telah diserahkan kepada British pada abad ke-19, Malacca Free School dibuka berhampiran Bangunan Stadthuys pada 7 Disember 1826, oleh pendakwah yang menetap di negeri ini, sebagai tindak balas kepada surat bertarikh 19 April 1825, ditandatangani oleh J. Humprey, J. W. Overee dan A. W. Baumgarten, yang dipanggil untuk institusi pendidikan Bahasa Inggeris yang akan dibina di Melaka. Sekolah yang British menyediakan pendidikan percuma kepada penduduk adalah akhirnya dinamakan sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan tinggi Melaka pada tahun 1871 atas kesan pengambilalihan oleh Kerajaan British, dan berpindah ke tapak kininya di Jalan Chan Koon Cheng pada tahun 1931. ...

DATARAN PAHLAWAN

Dataran PahlawandiBandar Hilirmerupakan tempat berlangsungnya suatu perhimpunan raksasa pada20 Februari1956. Di hadapan dataran ini terdapatMemorial Pengisytiharan Kemerdekaan.Perhimpunan ini merupakan suatu perhimpunan yang paling bersejarah bagi negara kita. Peristiwa ini adalah untuk menyambut kepulangan RombonganMerdekadariLondonyang diketuai olehTuanku Abdul Rahman. Dalam perhimpunan itu, beliau mengumumkan tarikh kemerdekaan negara kita yang bakal diisytiharkan pada31 Ogos1957.Di bawah dataran terdapat sebuah pusat membeli belah iaituDataran Pahlawan Megamallselain terdapat PasarayaCarrefourdan sebuah panggung wayang,Golden Screen Cinemas. Bertentangan dengan Dataran Pahlawan terdapat sebuah lagi pasaraya iaituMahkota Paradedan sebuah hotel di sebelah dataran iaituHotel EquatorialMelaka, KotaA FamosadanMenara Taming Sari

MENARA TAMING SARI

Taming Sariadalah nama seorang pendekarJawadalam kerajaanMajapahitseperti yang tersebut di dalamHikayat Hang Tuah. Menurut hikayat ini,Taming Sariadalah seorang panglima yang paling handal diMajapahitketika itu, dan beliau telah ditugaskan olehBendaharaMajapahit,Patih Gajah Madauntuk membunuhHang Tuah.Taming Sari dikatakan seorang yang kebal tidak dapat dicederakan olehsenjata. Bagaimanapun, kekebalannya adalah terletak padakerisyang digunakannya.Hang Tuahpula pada masa itu telah berguru kepada seorang ahli pertapaanJawabernamaSang Adi Putera. Gurunya itu telah memberitahu akan kelemahan Taming Sari. Oleh itu, pada hari pertarungan antara kedua pendekar ini di hadapanSultan Melakadan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas keris Taming Sari dan menggunakan keris itu untuk menikamnya hingga mati.Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, Betara Majapahit telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Keris ini dikenali sebagai "Keris Taming Sari" dan telah dibawa pulang keMelaka. Keris yang sama juga telah digunakan olehHang Jebatuntuk menderhakaSultan Melaka.Hang Jebatjuga dikatakan kebal kerana memiliki keris Taming Sari. Dalam pertarungannya yang terakhir dengan Hang Tuah, keris Taming Sari telah berjaya dirampas semula oleh Hang Tuah yang kemudiannya menikam mati Hang Jebat.Selepas kejatuhan empayarMelayu Melaka, tidak lagi diketahui ke mana perginya keris Taming Sari ini. Pelbagai kisah danmitostersebar mengenai keris ini. Ada yang mengatakan bahawakerisini telah hilang bersama-sama Hang Tuah diHulu Muarselepas Hang Tuah gagal membawa pulangPuteri Gunung Ledanguntuk Sultan Melaka. Ada pula yang percaya bahawa keris Taming Sari telah dibawa kePerakdan disimpan oleh keturunanRaja-raja Pera

WATER WORLD A FAMOSA

A' Famosa ResortatauA'Famosa Golf Resortterletak tidak jauh dari salah satu pintu masuk ke daerahAlor Gajah,Melakaiaitu melalui Persimpangan Plaza TolSimpang Ampat,Lebuhraya Utara Selatan. Namanya diambil sempena kota bersejarahA Famosa, peningggalanPortugis.A Famosa Resort ini merupakan salah satu rangkaian hotel yang terdapat di Daerah Alor Gajah dan turut menawarkan pelabagai kemudahan rekreasi, hiburan, sukan kepada pengunjungnya. Direka oleh pereka terkemuka Ross C.Watson.Ia dilakar dengan mengambil kelebihan pada mukabentuk semulajadi yang ada membuatkannya sangat unik- dengan pembuatan tasik, tumbuhan tropika dan landskap yang sangat cantik.A Famosa Resort menawarkan rangakaian kemudahan penginapan seperti hotel, kondotel dan banglo. Resort yang dilengkapi dengan padang golf 27 lubang ini turut menyedikan pelbagai kemudahan lain seperti kolam memancing, restoran, dewan banquet, bilik seminar, karaoke, kedai-kedai cenderhati, kereta kuda, keretapi, basikal dan sebagainya untuk keselesaan para pengunjung.Lokasi yang menjadi tarikan pengunjung ialah Water World, Animal Safari, Cowboy Town, Golf dan Kelab Micro Light.

JONKER WALK

Persiaran Jonker(Bahasa Inggeris:Jonker Walk) yang terletak di JalanHang Jebatmerupakan syurga bagi pengumpul barang-barang antik dan murah diBandar Melaka,Melaka. Di sini terletakPekan Cinayang memaparkan seni binaBaba dan Nyonya.Artifak asli yang berumur sehingga 300 tahun yang lalu boleh dijumpai disamping barang-barang antik yang lain, setiap satu mempunyai sejarah dan misterinya yang tersendiri. Jalan ini yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Jonker telah dikenali di seluruh dunia sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk mencari dan membeli barang-barang antik.[1]Pasar malamnya setiap Jumaat hingga Ahad, dengan sekitar 300 peniaga, menjadi tarikan pelancongan antarabangsa sejak dibuka pada 1990-an.[2]Pada Jun 2013, Ketua Menteri MelakaIdris Haronmenutup pasar malam di sini selama sebulan atas alasan kesesakan lalulintas di kawasan ini. Selain peniaga terbabit, keputusan ini turut tidak dipersetujui oleh Menteri Pelancongan MalaysiaMohamed Nazri bin Abdul Azizmemandangkan kepentingannya terhadappelancongan di Melaka.[2]

PANTAI TG.BIDARA

Tanjung Bidaramerupakan sebuah pantai yang terkenal di negeriMelaka,Malaysiadalam daerahAlor Gajah. Pantai Tanjung Bidara terletak bersebelahan denganKem Terendak, sebuah kem tentera. Pantai yang terletak 10 km dari bandarMasjid Tanahini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka. Selain itu terdapat juga Pantai Padang Kemunting dan Pantai Pengkalan Balak yang berdekatan dengan Pantai Tanjung Bidara.DUN Tanjung Bidara yang terletak dalam Parlimen Masjid Tanah, mempunyai penduduk seramai 13,002 orang dengan 94.4 peratus Melayu, Cina 4.5 peratus, India 1.3 peratus dan lain-lain 0.2 peratus pada2008. DUN ini terdiri daripada 11 buah kampung tradisional dengan kebanyakan penduduk bekerja sebagai petani dan nelayan.Pengunjung ke Pantai Padang Kemunting akan berpeluang melihat penyu karah, spesies yang hampir pupus. Pusat Penetasan Penyu Jabatan Perikanan di Padang Kemunting berperanan dalam menyelamat dan melindungi penyu karah ini. Pantai Pengkalan Balak pula merupakan kesinambungan dari Pantai Tanjung BidaraBerdekatan pantai terdapat Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang menempatkan Balai Cerap, Planetarium, Pusat Latihan Falak dan Balai Cerap Robotik.

DATARAN 1 MALAYSIA, KLEBANG

DAHULU, pantai Klebang, Melaka sunyi sepi daripada sebarang aktiviti riadah berikutan kawasan persisiran pantainya ditambak hingga menyebabkan ia tidak lagi menjadi tumpuan.Sebelum ditambak, kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai untuk bersantai. Namun apabila kerja-kerja penambakan bermula dari Limbungan hingga Klebang, kawasan itu bertukar sepi menerima kunjungan.Dahulu juga, banyak gerai-gerai makan di sepanjang pantai Klebang, namun terpaksa ditutup ekoran ketiadaan orang ramai berkunjung ke situ apabila projek penambakan bermula.Kini segalanya sudah berubah. Daripada sebuah kawasan yang sepi, kini pantai Klebang mempunyai pelbagai tarikan.Sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Dataran 1Malaysia Klebang pada Februari 2012, pantai itu kini semakin dikunjungi ramai terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Pada sebelah petang tidak kurang menariknya apabila masyarakat setempat menjalankan aktiviti riadah.Tidak hairanlah kesesakan lalu lintas teruk berlaku di laluan dari bandar raya Melaka ke Klebang dengan pelbagai kenderaan khususnya dari luar berpusu-pusu menuju ke situ.Dataran 1Malaysia Klebang yang berwajah baharu itu diwujudkan di kawasan pantai berbentuk lagun yang kini dalam pembinaan.Orang ramai pasti teruja melihat deretan restoran bas yang disusun oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sepanjang laluan memasuki Dataran 1Malaysia Klebang.

RIVER CRUISE

Sungai Melakamerupakansungaiyang terpenting semasa kerajaanKesultanan Melayu Melakadari tahun1402-1511dan selepas itu. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasanperbandaran,penempatan,perkuburan,perniagaan,perkapalan,pelabuhandan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.Lantaran itu keputusan kerajaan negeriMelakapimpinanKetua Menteri Melaka, Datuk SeriMohd Ali bin Mohd Rustamuntuk mengindahkan Sungai Melaka sebagai destinasi pelancongan adalah wajar sekali. Antara keistimewaan terbaru yang disediakan di sekitar Sungai Melaka,Bandar Hilir,Melaka, termasuklah:Perkhidmatan 'river cruise' sepanjang Sungai Melaka."Malacca Duck Tours", bot amfibia yang membawa pengunjung merentasi laluan di sekitar Jalan Taman Melaka Raya dan terus ke Pulau Melaka sebelum turun ke laut. Ia kemudian melalui sepanjang pesisiran Selat Melaka sehingga naik semula ke darat berhampiran muara Sungai Melaka.[1]PerkhidmatanMonorel Melakamenyelusuri Sungai Melaka.Programtebatan banjirsebanyak RM90 juta serta RM120 juta untuk projekbanjir kilat.Hotel "Casa del Rio" di Jalan Kota Laksamana.Menara Taming Sariyang berputar setinggi 110 meter diBandar Hilir. Menara ini boleh berputar 360 darjah meniru konsepmenaradiPulau Sentosa,Singapura. Kerja-kerja pendawaian profesional dilakukan olehjuruterasyarikat pembekal projek dariSwitzerland. Namun menara berputar ini telah dipindahkan ke kawasan baru kerana di tepi sungai itu terjumpa runtuhan tembok bersejarah.Marina Melaka di muara Sungai Melaka - untuk sukan rekreasi laut.Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) berharga RM35 juta.6.8 juta pelancong melawat pelbagai destinasi di Melaka dan antara destinasi terbaru ialah menjejak sejarah Sungai Melaka.[2]

MELAKA PREMIUM OUTLET

ALOR GAJAH: Satu lagi pusat factory outlet dibuka di negara ini selepas Johor Premium Outlet (JPO) di Johor dan Mitsui Outlet Park di KLIA. Terbaharu di negeri ini beroperasi di kawasan peranginan di A'Famosa Resort disini yang memulakan perniagaan hari ini. Ia dikenali sebagai Freeport A'Famosa Outlet, menawarkan pelbagai jenama terkenal antarabangsa dan tempatan seperti Zang Toi dan Puma. Tinjauan mendapati ribuan pengunjung menyerbu outlet ini sejak jam 10 pagi tadi. Bagaimanapun hanya sebahagian kedai dibuka berikutan proses pembinaan masih dilakukan ke atas sebahagian lagi. Pembukaan outlet ini adalah antara usaha kerajaan Melaka dibawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron bagi menarik kemasukan lebih ramai pelancong.

Sleep AwayBob AcriBob Acri, track 32004Jazz200511.4eng - Blujazz Productions - Blujazz Productions