transformasi industri halal

9
RENCANA UTAMA OLEH MOHAMAD KHAN Transformasi Industri Halal ..17-4 iartob- I ndustri produk halal di Malaysia melakarkan perkembangan positif apabila Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) melangkah setapak lagi dalam memperkasakan syarikat pengeluar produk dan menyediakan perkhidmatan halal tempatan ke peringkat dunia dengan memperkenalkan Program Transformasi Perniagaan Halal. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin, program itu bertujuan untuk menjadikan syarikat yang terlibat lebih kompetitif dan mengembangkan pertumbuhan ekonomi, terutama dalam sektor perdagangan halal. Program Transformasi Perniagaan Halal yang bermula pada tahun 2011 ini menyasarkan 124 buah syarikat bakal menyertainya dan syarikat yang terbabit akan dibahagikan dalam tiga kategori utama, iaitu pengeraman (incubation) halal, syarikat fokus halal dan juara halal. Maklumat utama HDC melancarkan program tersebut adalah untuk membolehkan syarikat halal tempatan bersaing secara kompetitif di pasaran global. *At Pada low lir , masa yang sama, program 0 ,1 ini diharapkan mampu melengkapkan syarikat yang turut serta dengan pensijilan lain seperti Anal isis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) serta Amalan Pengilangan Baik (GMP). Oktober 2011 DEWAN EKONOMI 13

Upload: mazlina-manshor

Post on 15-Apr-2017

374 views

Category:

Economy & Finance


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Transformasi industri halal

RENCANA UTAMA

OLEH MOHAMAD KHAN

Transformasi Industri Halal

..17-4iartob-

I ndustri produk halal di Malaysia melakarkan perkembangan positif apabila Perbadanan Pembangunan

Halal (HDC) melangkah setapak lagi dalam memperkasakan syarikat pengeluar produk dan menyediakan perkhidmatan halal tempatan ke peringkat dunia dengan memperkenalkan Program Transformasi Perniagaan Halal. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin, program

itu bertujuan untuk

menjadikan syarikat yang terlibat lebih kompetitif dan mengembangkan pertumbuhan ekonomi, terutama dalam sektor perdagangan halal.

Program Transformasi Perniagaan Halal yang bermula pada tahun 2011 ini menyasarkan 124 buah syarikat bakal menyertainya dan syarikat yang terbabit akan dibahagikan

dalam tiga kategori utama, iaitu pengeraman (incubation)

halal, syarikat fokus halal dan juara halal. Maklumat

utama HDC melancarkan program tersebut adalah

untuk membolehkan syarikat halal tempatan

bersaing secara kompetitif di

pasaran global.

*At Pada low lir,

masa yang

sama, program

0 ,1 ini diharapkan mampu melengkapkan

syarikat yang turut serta dengan pensijilan lain seperti Anal isis Bahaya

dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) serta Amalan Pengilangan Baik (GMP).

Oktober 2011 DEWAN EKONOMI 13

Page 2: Transformasi industri halal

RENCANA UTAMA

Setiap kategori dalam program ini mempunyai fokus tersendiri. Pengeraman halal memfokuskan usaha menambah balk kemampuan pengeluaran, syarikat fokus halal pula bertujuan untuk meningkatkan jualan serta prestasi eksport, manakala juara halal bermatlamatkan usaha mentransformasikan perniagaan kecil kepada skala yang lebih besar. Untuk tahun pertama operasi, sebanyak 100 buah syarikat disasarkan bagi pengeraman halal, 20 buah syarikat untuk fokus halal dan empat buah syarikat lagi untuk juara halal.

Sehubungan dengan hal itu, HDC menganggarkan peningkatan jumlah bagi setiap kategori yang di perkenalkan kecuali bagi kategori juara halal. Pada masa yang sama, HDC turut mengunjurkan bahawa apabila program ini memasuki tahun kelima kelak, jumlah yang disasarkan akan meningkat kepada 220 buah syarikat bagi kategori pertama dan 60 syarikat untuk kategori

kedua. Komponen utama program itu

ialah pembangunan kapasiti, akses pasaran, jenama, dan promosi serta akses kepada pembiayaan. Sementara itu, antara program yang dijalankan pula termasuklah amalan pengeluaran halal terbaik, sistem kepastian halalan

toyyiban, bahan alternatif halal dan inovasi produk, akses pasaran untuk produk dan perkhidmatan halal, nilai jenama halal serta perkhidmatan khidmat nasihat pembiayaan Islam.

Program Transformasi Perniagaan Halal ini bersesuaian dengan perkembangan semasa memandangkan pertumbuhan tahunan bagi syarikat yang mempunyai pensijilan halal adalah sekitar 25 peratus, manakala eksport produk halal Malaysia telah menunjukkan peningkatan 34 peratus kepada RM15.8 bilion pada suku pertama tahun 2011. Berdasarkan angka ini, pertumbuhan yang menggalakkan dapat dilihat dan hal ini perlu dipastikan

sentiasa berkembang supaya mampu menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk meningkatkan ekonomi negara.

Sementara itu, jika melihat cabaran yang perlu di hadapi HDC dalam industri halal, masalah paling ketara ialah kekurangan kepakaran modal insan seperti pakar dalam setiap bidang, terutama yang berkaitan dengan bidang syariah untuk sama-sama membantu memartabatkan industri halal tempatan. Dalam hal ini, HDC masih belum menemukan jalan penyelesaian dan turut melakukan alternatif dengan mencari pakar dari luar negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat

halal dunia. Hasrat Malaysia untuk muncul

sebagai hab halal dunia dapat direalisasikan dengan terlebih dahulu menjadi pusat penambah nilai seperti yang dilakukan oleh Si ngapura sekarang. Langkah yang dapat dilaksanakan adalah dengan mensyaratkan produk luar yang ingin mendapatkan pensijilan halal tempatan perlu menghantar produk mereka ke Malaysia sebelum nilai ditambah dilakukan dan kemudian

produk itu dieksport semula. Dengan cara yang demikian, Malaysia bakal mendapat keuntungan dan sijil halal tempatan akan terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

Industri halal dunia kini dianggarkan bernilai lebih AS$2 trilion setahun. Dengan jumlah yang sebegitu besar, hal ini sudah tentu dapat menghasilkan pulangan lumayan kepada mana-mana negara atau syarikat yang menumpukan perhatian secara serius bagi menghasilkan produk berstatus

halal.

Thailand merupakan antara

negara yang mengambil langkah agresif untuk memastikan produk yang dikeluarkan oleh syarikat dari negara itu adalah halal selaras dengan kedudukannya sebagai pengeksport produk makanan halal yang keenam terbesar di dunia dengan pendapatan sebanyak AS$5 bilion setahun. Berdasarkan laporan, daripada 30 ribu kilang mengeluarkan makanan halal yang terdapat di negara itu sekarang, sebanyak 8000 buah syarikat sudah mendapat sijil pengesahan halal.

Thailand kini sedang meningkatkan bilangan syarikat yang mendapat sijil halal bagi memastikan negara gajah putih itu mencapai sasaran untuk menjadi negara pengeksport produk makanan halal ketiga terbesar di dunia selepas Brazil dan Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa tahun lagi. Di samping membolehkan produk berkenaan dijual kepada 1.5 bilion umat Islam, kerajaan Thailand berharap barangan berstatus halal yang sentiasa diyakini sebagai produk

4 I DEWAN EKONOMI Oktober 2011

Page 3: Transformasi industri halal

yang bersih, berzat dan balk untuk kegunaan manusia, berupaya menarik minat seluruh penduduk dunia yang berjumlah kira-kira tujuh bilion orang untuk menggunakannya.

Negara jiran itu ternyata serius dalam usaha merealisasikan hasrat untuk menjadi peserta industri produk halal global yang aktif apabila negara itu menubuhkan Pusat Sains Halal di Universiti Chulalongkorn (HSC-CU), Bangkok pada tahun 1995 dan Institut Halal di Universiti Prince of Songkhla, beberapa tahun selepas itu. Menurut Pengarah HSC-CU, Dr. Winai Dahlan, penubuhan pusat dan institut halal berkenaan telah membolehkan Thailand melakukan pelbagai inovasi baharu termasuk menghasilkan sabun dan cecair pencuci daripada tanah liat untuk memudahkan proses menyamak.

Malahan, mereka turut mencipta dapur khusus yang mempunyai zon penampan bagi mengasingkan antara produk halal dengan yang haram yang telah digunakan secara meluas termasuk ketika Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand. Dakar daripada kedua-dua buah universiti tersebut turut terlibat memberikan latihan kepada petugas Thai Airways dan kakitangan sektor perkilangan di negara itu mengenai kaedah yang betul bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah halal.

Sehubungan dengan hal itu, Malaysia pula dilaporkan hanya menguasai kira-kira satu peratus daripada pasaran

makanan halal dunia yang berpotensi besar bernilai AS$680 bilion. Menurut Jamil, peluang berkenaan boleh dan patut direbut melalui peningkatan syarikat pengeluar produk halal berbanding

dengan 1679 buah syarikat sedia ada yang memperoleh pensijilan halal pada tahun 2010. Bilangan berkenaan membabitkan 64 peratus produk makanan proses, penjagaan kesihatan (11 peratus), bahan produk (enam peratus) serta kosmetik dan penjagaan diri (enam peratus).

"Saya yakin syarikat yang mendapat pensijilan halal ini akan meningkat dan mampu menguasai pasaran produk makanan premium dan pengeluar bahan mentah, selain produk bukan makanan." Demikian menurut Jamil lagi. HDC membangunkan pelbagai inisiatif untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat rujukan halal yang bakal berfungsi sebagai pusat sehenti untuk pengguna dan pelabur bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan industri tersebut.

Pada masa yang sama, HDC juga mengambil langkah bernilai tambah dengan memperkenalkan aplikasi halal menerusi telefon pintar iPhone bagi membolehkan pengguna mencari lokasi premis makanan dan restoran yang menyajikan makanan halal menerusi Sistem Kedudukan Sejagat (GPS). Selain berfungsi sebagai pusat rujukan halal, HDC juga komited untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan halal dan diberi tanggungjawab untuk mempromosikan lapan taman halal di negara ini.

Lapan taman halal yang dimaksudkan ialah Zon Bebas Pelabuhan Klang

(PKFZ); Hab Halal Selangor, Pulau Indah; Taman halal Serkam, Melaka; Taman Halal Pedas, Negeri Sembilan; Hab Halal Tanjung Manis, Sarawak; Techpark @ Enstek, Negeri Sembilan; Taman Perindustrian Halal, Pulau Pinang; dan Taman Halal @ POIC, Sabah.

Lebih memberangsangkan lagi, HDC juga berjaya menarik pelaburan dari Australia, Pakistan dan Jepun. Dalam usia empat tahun, HDC sudah berjaya menjadikan Malaysia sebagai pusat rujukan halal dan kini fokusnya adalah untuk membangunkan industri halal. Dengan hal yang demi kian, pelaksanaan fasa kedua pelan induk HDC amat penting kerana setelah dikenali sebagai hab halal, Malaysia juga berpotensi untuk membekalkan produk halal ke pasaran yang lebih luas lagi.

Bagi memastikan industri halal dapat dibangunkan secara berterusan, di samping meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap industri itu, HDC menjalin kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan menyediakan latihan kepada syarikat yang berminat untuk sama-sama merancakkan industri halal domestik dan global. Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua buah organisasi tersebut melibatkan empat bidang utama, iaitu program latihan dan perundingan, hubungan antara agensi dan industri, pembangunan dan perkongsian ilmu serta promosi halal Malaysia.

MoU untuk tempoh dua tahun ini mampu menjadi penyelesai kepada permasalahan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terhadap pensijilan halal selepas perkongsian maklumat dan pengetahuan dilaksanakan. Kursus yang ditawar mengikut struktur dan keperluan industri itu juga melibatkan syarikat antarabangsa dari Perancis, Turki dan Rusia. DE

Thailand berhasrat untuk menjadi pembekal produk halal ketiga terbesar di dunia.

Oktober 2011 DEWAN EKONOMI 15

Page 4: Transformasi industri halal

RENCANA UTAMA

OLEH HANAFI TIMA

411111111.11

p rogram Transformasi Ekonomi negara diyakini dapat memberikan nafas baharu kepada industri halal

global. Selari dengan hal itu, arah aliran dagangan halal antarabangsa akan meningkatkan kesan daripada jangkaan permintaan global yang bukan sahaja datang dari Asia Barat, malah Amerika Syarikat dan negara Kesatuan Eropah (EU). Bahkan, banyak lagi negara serta blok ekonomi lain yang berpotensi untuk pasaran produk halal yang masih lagi belum diteroka sepenuhnya oleh peserta industri halal domestik.

Sektor produk halal negara mempunyai potensi yang luas sebagai penjana sumber pendapatan yang kompetitif kepada ekonomi negara. Selain kewujudannya yang memenuhi inti pati Model Baru Ekonomi (MBE) negara, sektor produk halal memberikan sumbangan yang besar serta kukuh kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara dengan penekanan yang diberikan terhadap usaha melahirkan sumber baharu bagi memacu ekonomi. MBE yang nnengambil kira kepentingan fungsi

pengemblengan sumber baharu yang diiringi inisiatif untuk meningkatkan nilai tambah produk serta peningkatan tahap produktiviti negara, turut meningkatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Industri halal global dijangka berkembang pesat dalam pelbagai sektor khususnya perbankan, logistik ubat-ubatan dan rantaian pembekalan dengan anggaran nilai pasaran sebanyak AS$150 bilion setahun. Pada masa yang sama, pasaran halal global akan berkembang sebanyak 25 peratus

6 I DEWAN EKONOMI Oktober 2011

Page 5: Transformasi industri halal

setahun. Nilai pasaran halal global dianggarkan bernilai sebanyak RM7.6 trilion setahun. Di rantau Eropah pula, perniagaan makanan halal dijangka berkembang dengan pesat dalam tempoh beberapa tahun akan datang memandangkan produk halal mendapat permintaan yang semakin banyak dari pasar raya di rantau tersebut. Hal ini berikutan pelbagai usaha promosi yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan serta agensi yang berkaitan.

Sementara itu, dinilai dari segi struktur pasaran pula, produk makanan halal dunia pula dijangkakan mencecah sehingga RM$2 trilion setahun dan RM$45 bilion untuk pasaran Malaysia. Pada peringkat antarabangsa pu la junnlah keseluruhan pasaran produk makanan di Eropah adalah sebanyakAS$66 bilion termasuk daging, makanan segar dan makanan dibungkus, manakala pasaran global pula bernilai AS$634 bilion.

Pelbagai kajian turut melaporkan keyakinan bahawa pasaran halal global mempunyai potensi pasaran yang begitu balk. Sebuah firma penyelidikan dunia, iaitu High Beam Resources telah merumuskan bahawa pada tahun 2007 nilai pasaran global telah mencecah paras AS$150 bilion. Nilai ini dijangka meningkat kepada AS$500 bilion (RM1.702 bilion) pada tahun 2012. Hal ini adalah berdasarkan prospek jumlah penduduk Islam seramai 1.8 bilion di hampir 112 buah negara yang menggunakan produk tersebut. Jumlah tersebut akan menjadi berlipat kali ganda lagi sekiranya mengambil kira jumlah pengguna bukan Islam yang banyak di seluruh dunia yang berpotensi menjadi pengguna produk halal negara.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan I ndustri, Datuk Mukhriz Mahathir, yakin bahawa industri halal negara mampu berkembang bagi tahun yang beri kutnya. Hal ini ialah kesan daripada peningkatan pengaruh Islam di seluruh dunia dan

kesedaran tinggi dalam mewujudkan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal negara. Tambahan pula, produk dan makanan halal negara mempunyai nilainya yang tinggi di pasaran global kerana terbukti berkualiti tinggi serta mampu ditawarkan pada harga yang kompetitif.

Dengan memiliki standard

yang berstatus global ini, sudah tentu keyakinan pengguna Islam terhadap produk

halal yang berjenamakan Malaysia dapat

ditingkatkan lagi.

Di samping itu, Malaysia mempunyai pelbagai kelebihan serta sokongan domestik yang mampu mengangkat industri ini ke tahap yang lebih tinggi lagi. Malaysia mempunyai pelbagai infrastruktur yang canggih dan mampu memenuhi kehendak serta keperluan pemasaran produk halal global. Negara ini juga mampu menarik pelbagai produk halal keluar dan masuk di pasaran Malaysia secara lebih efisien, mudah dan cepat. Pelabuhan di Tanjung Pelepas Johor misalnya, mampu mengendalikan nilai dagangan yang lebih besar serta menyediakan kemudahan pergudangan yang lengkap dengan pelbagai peralatan moden serta mampu memenuhi corak dan kapasiti perdagangan semasa.

Dari segi nilai dagangan pula, Malaysia merupakan sebuah negara perdagangan yang ke-17 terbesar di dunia dengan banyak rakan dagangan

dan kelebihan yang tersendiri. Dengan adanya rakan dagangan serta pasaran yang begitu aktif dan lebih luas hasil daripada pelbagai kerjasama dagangan yang telah dimeterai oleh pihak kerajaan, misi perdagangan sering dilakukan dengan pelbagai inisiatif pemasaran oleh pihak kerajaan serta agensinya dan syarikat yang terbabit dalam pengeluaran produk halal.

Selain itu, Malaysia juga merupakan satu-satunya kerajaan negara Islam yang mengeluarkan sijil halal kepada pelbagai produk makanan halal. Logo halal Malaysia pula diiktiraf di seluruh dunia. Hal ini merupakan aset yang amat bernilai bagi negara ini untuk muncul atau dimartabatkan sebagai hab halal serantau mahupun antarabangsa. Malah, Malaysia berjaya menyediakan standard halal sendiri, iaitu MS15900 dan MS2004 selaras dengan standard halal dunia.

Dengan memiliki standard yang berstatus global ini, sudah tentu keyakinan pengguna Islam terhadap produk halal yang berjenamakan Malaysia dapat ditingkatkan lagi. Perkembangan ini turut memihak kepada Malaysia hingga rata-rata negara seperti Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Kanada dan negara lain, menerima dan berminat dengan produk halal keluaran negara ini. Hal ini berbeza daripada negara lain kerana sijil halalnya dikeluarkan oleh persatuan agama, syari kat perniagaan, institusi masjid dan badan-badan yang kurang diyakini dari segi autoriti dan ketelusannya.

Sementara itu, struktur pasaran yang dinamik dan terbuka menjadi asas kepada kemantapan dalam industri halal negara. Penembusan pasaran halal yang amat tinggi disokong oleh produk dan makanan halal ini boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa. Sedangkan produk tidak halal hanya terhad untuk keperluan pengguna bukan beragama Islam.

Oktober 2011 DEWAN EKONOMI 17

Page 6: Transformasi industri halal

Peluang ini sebenarnya amat berhar a untuk masyarakat Islam agar dapat bergiat maju dalam bidang perniagaan dan seterusnya menguasai pasaran produk halal global yang mampu memberikan keuntungan yang memberangsangkan. Penumpuan terhadap pasaran Eropah juga perlu diberi perhatian memandangkan jumlah pengguna Islam di benua tersebut sangat tinggi serta mempunyai kuasa beli yang besar.

Kepesatan industri halal global mendorong semua negara berlumba-lumba untuk terlibat dalam aktiviti pengeluaran produk halal. Senario ini turut mewujudkan suasana pertandingan pasaran yang sihat apabila produk halal dapat dijual pada harga yang lebih rendah dan berpatutan. Sebenarnya, banyak syarikat multinasional dari negara maju bukan Islam yang sudah begitu lama nnenerajui pengeluaran produk halal.

Australia dan New Zealand misalnya, terkenal sebagai pengeksport daging halal utama dunia yang telah sekian lama memonopoli pengeluaran daging mentah dunia. Begitu juga dengan Brazil dan Argentina yang tidak ketinggalan menjadi pengeluar ayam halal utama dunia. Jika dilihat dan dinilai berasaskan faktor geografi dan ekonomi, agak mustahil untuk Malaysia bersaing dengan Australia dan Brazil yang sudah menjadi pembekal daging halal yang kukuh pada peringkat antarabangsa.

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa Malaysia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan mempunyai potensi yang luas untuk menjadi negara pengeluar produk halal berasaskan sektor makanan dan asas tani. Dengan wujudnya kepelbagaian dalam produk makanan halal di pasaran global, hal ini memberi Malaysia peluang untuk menawarkan produk yang lebih kompetitif dan bermutu. Yang perlu dilaksanakan adalah mempertingkatkan nilai tambah terhadap setiap produk

makanan berasaskan pengeluaran asas tani supaya mempunyai nilai ekonomi yang tinggi.

Sehubungan dengan hal itu, pihak kerajaan sentiasa proaktif bagi memastikan jentera pentadbi ran kerajaan sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan. Untuk memantapkan pengeluaran sijil halal, maka pada awal Julai tahun lalu semua hak serta tanggungjawab pengeluaran sijil halal yang sebelum ini dikendalikan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) diserahkan semula kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, langkah tersebut dibuat bagi membolehkan HDC memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha membangunkan produk dan hab halal. Hal ini bermakna, JAKIM kembali bertanggungjawab mengeluarkan Sijil Halal Malaysia bagi produk tempatan dan luar negara serta menguruskan soal pembayaran untuk mendapatkan sijil berkenaan. Sebagai langkah tambahan, kerajaan juga akan memastikan JAKIM dapat meningkatkan kualiti proses permohonan dan pengeluaran sijil halal supaya lebih cekap dan efisien.

Dengan hal yang demikian juga, HDC diharapkan dapat memfokuskan tugasnya terhadap usaha membangunkan produk halal negara. Tanggungjawab HDC amat besar kerana berfungsi sebagai peneraju yang akan memastikan pusat halal dibangunkan bagi menyokong pembangunan industri halal di negara ini. Pusat halal ini dijangka dapat menarik minat peniaga serta pelabur, di samping membantu peniaga bumiputera khususnya melalui skim perkongsian pelbagai kemudahan di pusat penyimpanan dan perniagaan.

Seterusnya, pada peringkat global, HDC turut menubuhkan sebuah Pusat Sokongan Halal Global (GHSC). Perkembangan ini sejajar dengan usaha

Syarikat pembekal daging di New Zealand mengambil pekerja Islam untuk kerja penyembelihan.

memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat rujukan global, khususnya bagi urusan maklumat, pengetahuan serta perkhidmatan yang berkaitan dengan industri tersebut. Pusat itu turut diharapkan dapat membantu syarikat dan pembekal perkhidmatan halal global bagi mendapatkan bantuan, khususnya yang berkaitan dengan aspek pengetahuan halal, pensijilan halal, pembinaan kapasiti serta peluang dan insentif pelaburan yang ditawarkan oleh Malaysia.

Rata-rata semua pihak perlulah bertanggungjawab memainkan peranan dan serta fungsi dalam usaha memartabatkan industri halal negara sebagai hab halal dunia. Banyak negara lain di dunia yang mempunyai keupayaan kewangan sentiasa mengintai peluang bagi memajukan industri halal di negara masing-masing. Oleh itu, masyarakat Islam di negara ini juga perlulah sentiasa bersedia dan sanggup meneroka peluang yang terbuka luas dalam industri halal yang dijangka akan memberikan imbuhan serta pulangan yang cukup bernilai untuk kesejahteraan dan keharmonian masyarakat, seterusnya negara berjaya menyertai kelompok negara maju menjelang tahun 2020. DE

RENCANA UTAMA

8 I DEWAN EKONOMI Oktober 2011

Page 7: Transformasi industri halal

OLEH ADURA ADNAN

Pasaran Antarabangsa Produk Halal

P asaran global bagi industri halal cukup besar dan lumayan. Nilai dagangan bagi industri makanan

halal setahun sahaja dianggarkan bernilai RM1317 bilion (AS$661 bilion) yang berkembang pada tahap 20 peratus setahun. Pasaran yang cukup besar bagi industri makanan halal global menyebabkan banyak syarikat di seluruh dunia cuba berjinak-jinak untuk meneroka pelbagai peluang yang ada dalam pasaran makanan halal dunia. Malah, banyak syarikat yang cuba menembusi pasaran halal dan menggunakan konsep halal sebagai alat baharu pemasaran. Hal ini dibuktikan dengan meningkatnya pasaran makanan halal global dalam trend pasaran di luar negara.

Potensi industri makanan halal yang menjanjikan pulangan yang

cukup lumayan menyebabkan negara bukan Islam turut merebut peluang ini. Malah, negara bukan Islam dikatakan mendahului negara Islam serta mendominasi pasaran makanan halal. Negara Australia dan New Zealand merupakan negara pengeksport daging halal terbesar dunia. Kerajaan Australia dan New Zealand misalnya, memberikan sokongan padu dalam penghasilan makanan halal bagi memenuhi keperluan pasaran halal dunia.

Kerajaan Australia memperuntukkan sejumlah RM309 juta (AS$100 juta) sepanjang tempoh lima tahun bagi tujuan mempromosikan makanan halal mereka bagi tujuan eksport. Malah, jualan daging halal Australia sentiasa menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Selain Australia,

New Zealand turut terlibat dalam mengaut peluang dan keuntungan yang disediakan dalam pasaran produk halal. Malah, nilai eksport daging bebiri New Zealand menyumbangkan sebanyak 40 peratus nilai pasaran dunia. Keprihatinan yang tinggi terhadap kepentingan daging halal menyebabkan kini, hampir 95

Oktober 2011 DEWAN EKONOMI 19

RENCANA LITAMA

Page 8: Transformasi industri halal

RENCANA UTAMA

Masyarakat Islam yang banyak di Eropah meningkatkan permintaan produk halal.

peratus nilai bebiri eksport New Zealand berstatus halal.

Sementara itu, pasar raya besar milik syarikat besar antarabangsa, seperti Giant, Carrefour dan Auchan secara agresifnya turut menjalankan peruncitan makanan halal, manakala Pelabuhan Rotterdam turut dijadikan Halal DistriPark yang menyediakan makanan halal bagi keperluan sejumlah 30 juta orang Islam di Eropah. Keperluan terhadap makanan halal daripada daging mentah sehinggalah makanan yang dinilai tambah dan diproses turut mengalami peningkatan dalam kalangan masyarakat di negara Eropah.

Jumlah permintaan bagi pasaran halal semakin meningkat lebih-lebih lagi dengan peningkatan populasi orang Islam di dunia dan pasaran ini dijangkakan akan bertambah besar dan I uas dengan pertambahan populasi orang Islam yang dianggarkan 30 peratus daripada jumlah penduduk dunia. Sehingga kini terdapat sekitar 1.83 bilion orang Islam di seluruh dunia dan 1.5 bilion merupakan pengguna makanan halal dengan nisbah satu bagi setiap empat orang ialah pengguna makanan halal.

Kini, AsiaTenggara danTimurTengah merupakan pasaran yang luas bagi produk makanan halal dunia. Dengan jumlah 250 juta pengguna produk halal, menjadi kan Asia Tenggara pusat pasaran makanan halal. Kuasa bell negara Islam terhadap barangan halal meliputi 580 915 nilai pasaran dunia menjadikan pasaran halal global semakin luas terbentang di seluruh alam. Populasi masyarakat Islam yang besar turut menjadi penyumbang utama yang meliputi Asia Tenggara, 93 230 orang; Asia Tengah, 111 150 orang; Eropah termasuk Rusia, 63 988 orang; Afrika, 115 443 orang; dan Amerika Utara, sejumlah 14 455 orang.

Permintaan makanan halal dunia tidak pernah susut, malah semakin banyak dan sentiasa menunjukkan

peningkatan. Jumlah dagangan bagi pasaran halal dunia bagi makanan halal dianggarkan bernilai RM2 trilion setahun. Nilai ini bukan sahaja menguntungkan, tetapi cukup lumayan kepada pedagang pemasar, pemborong, pengedar, peruncit, pembekal dan penyedia di seluruh dunia.

Nilai "halal" cukup besar kepada pengeluar makanan dan produk di seluruh dunia kini sehingga dikatakan pengeluar akan mengalami kerugian sehingga 60 peratus jika produk yang dihasilkan tidak mempunyai sijil halal. Di Malaysia, pasaran industri halal yang mampu menjanakan ekonomi negara yang bernilai RM45 bilion menyebabkan usahawan bukan Islam turut "berebut-rebut" mendapatkan sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengiktirafan halal terhadap produk dan makanan penting untuk memaklumkan kepada pengguna bahawa produk mereka suci, bersih dan selamat. Sementara itu, Indonesia, Malaysia dan Singapura mempunyai dasar dan peraturan bagi mengawal pengimportan makanan halal yang perlu mendapatkan pensijilan.

Arah aliran yang berubah dalam pasaran berikutan dengan meningkatnya kesedaran masyarakat dunia terhadap produk dan makanan yang berkualiti tinggi, bersih dan selamat turut menyebabkan penambahan permintaan terhadap makanan dan produk halal

di seluruh dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat bukan Islam turut cenderung untuk memilih makanan dan produk halal yang menyebabkan pasaran global bagi makanan dan produk halal semakin pesat berkembang dan mempunyai prospek yang tinggi. Halal tidak pernah berkompromi dengan kesucian kebersihan, dan keselamatan makanan dan produk. Faktor itulah yang menyebabkan pasaran untuk produk kecantikan di Timur Tengah meningkat sebanyak 12 peratus setahun dengan nilai RM6.49 bilion (AS$2.1 bilion) setahun dan di Emiriyah Arab Bersatu (UEA) dengan anggaran nilai dagangan sejumlah RM646 bilion (AS$150 bilion), yang sebahagian besarnya merupakan produk kosmetik dan kecantikan serta produk kebersihan diri.

Menurut Messe Frankfurt, penganjur terbesar pameran perdagangan Beautyworld Middle East, perkembangan ini mencerminkan permintaan yang tinggi terhadap produk kebersihan diri dan barangan kecantikan yang halal akibat daripada meningkatnya tahap kesedaran pengguna terhadap bahan yang digunakan dalam penghasilan produk kecantikan dan kebersihan diri. Kesedaran yang tinggi terhadap produk dan barangan kosmetik, kecantikan dan dandanan diri menyebabkan produk ini mendapat permintaan yang menggalakkan sekali gus mendorong

10 I DEWAN EKONOMI Oktober 2011

Page 9: Transformasi industri halal

f, y 0 I V.

4,4 , #, 4,4, • • O•

4 7' ft O►%'

Australia pengeluar daging halal terbesar dunia.

sektor ini berkembang pesat dan berpotensi untuk dimajukan. Selain itu, bidang industri halal yang lain turut berpotensi untuk menjanakan ekonomi. Antaranya termasuklah produk pelancongan, farmaseutikal, pembungkusan dan logistik.

Sementara itu, pelbagai ekspo yang berkaitan dengan produk dan makanan halal kerap diadakan di seluruh pelosok dunia termasuklah di Malaysia, Singapura, Turki, Dubai dan Iran. Hal ini sudah tentu ada kaitan dengan permintaan yang tinggi terhadap pasaran global halal di seluruh dunia yang berjaya membuka mata pedagang dan pengeluar produk dan makanan di seluruh dunia untuk merebut

peluang yang ada dan seterusnya menggali "lubuk emas" yang tersedia dalam pasaran dunia bagi merancakkan industri makanan dan produk halal dunia. Antara ekspo dan pameran perdagangan

ft antarabangsa yang berkaitan dengan makanan dan produk yang mendapat sambutan termasuklah Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MINAS), Pameran Halal Paris, Pameran Produk Halal Antarabangsa Moscow, Pameran Antarabangsa Makanan Halal Indonesia dan Pameran dan Ekspo Perdagangan Antarabangsa Industri Halal, Lahore, Pakistan.

Sementara itu, menurut pakar perunding ekonomi di Perancis, pasaran halal di Perancis menyaksikan perkembangan yang menggalakkan dengan

nilai dagangan sebanyak RM23.42 bilion atau 5.5 bilion Euro pada tahun 2010. Hal ini dikatakan demikian kerana barangan halal tidak terhad kepada produk hasil makanan semata-mata sebaliknya termasuklah produk kosmetik dan produk kecantikan dan dandanan diri. Malah, pengeluar barangan dan produk kosmetik dan kecantikan turut menunjukkan pertambahan dengan kebanyakannya menawarkan produk tanpa alkohol dan tanpa lemak babi.

Daripada data yang dikumpulkan di Perancis, dianggarkan sejumlah RM19.16 bilion (4.5 bilion Euro) telah dibelanjakan ke atas hasil makanan dan RM4.3 bilion (1 bilion Euro) telah dibelanjakan ke atas restoran. Pasaran

halal Perancis bukan sahaja menyasarkan sejumlah tujuh juta masyarakat Islam di Perancis, tetapi juga sejumlah 17 juta masyarakat Islam di seluruh Eropah yang nilai pasaran halal di Eropah berjumlah RM49.4 bilion (AS$16 bilion). Yang menariknya, produk makanan halal kini banyak memenuhi pasar raya di Perancis. Senario produk halal yang turut dipamerkan dan diletakkan di atas rak jualan di pasar raya di Perancis bukan lagi perkara baharu yang aneh. Malah, banyak rangkaian restoran besar turut menawarkan makanan halal.

Industri halal terus berkembang maju apabila industri makanan halal kini menjadi kelas aset dalam komuniti pelaburan menerusi pelancaran indeks pertama makanan halal. Menurut Rushdi Siddiqui, Ketua Kewangan Islam Global Thomson Reuters Amerika Syarikat, "Indeks Makanan Halal dan Indeks Penyertaan Halal SAMI (Pelaburan Pasaran Diterima secara Sosial), yang dilancarkan semasa Forum Halal Dunia 2011 berperanan untuk memberikan ruang kepada pelabur yang mahukan peluang pelaburan beretika dan berlandaskan syariah".

Indeks Makanan Halal SAMI diusahakan oleh Thomson Reuters dan IdealRatings yang menyenaraikan 200 syarikat di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, dengan modal pasaran bernilai lebih RM309 bilion (AS$100 bilion). Walau bagaimanapun, dengan begitu luasnya pasaran industri halal dunia yang menjanjikan keuntungan yang lumayan, masih belum dapat menarik lebih banyak pengeluar beragama Islam untuk turut terlibat dalam industri halal. Seperti kata Rushdi Siddiqui, "Pada masa ini 80 peratus produk makanan halal dikeluarkan oleh negara bukan Islam dan digunakan oleh kebanyakan negara Islam". DE

HALAL

INF s

Oktober 2011 DEWAN EKONOMI 111