21 agro harlan metro srasa 27-september · kosmetik. "fokus ipphtidak hanya menjurus kepada...

1
21 AGRO HARlAN METRO SRASA 27- SEPTEMBER 2016 IPPH keluarkan sijil dalam tempoh + 7 hari selepas analisis sam pel produk + VASI Mohamad Hussin . mohamad_hussin@ hmetro.com.my Permintaan terhadap produk halal yang tinggi, selain sukar menentukan statusnya meningkatkan keprihatinan pengguna Islam terhadap kualiti dan' kesahihan sesuatu produk. Keprihatinan terhadap keselamatan, kualiti, komposisi serta pengesahan produk dan perkhidmatan yang digunakan juga makin mendapat perhatian dalam kalangan pengguna Islam. Sehubungan itu, Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM)yang ditubuhkan pada 1Tun2006 antara langkah proaktif dalam merealisasikan IPPH sebagai pusat rujukan, penyelidikan dan pembangunan terunggul dalam bidang berkaitan produk halal. Pengarah IPPH UPM Prof Datuk Mohd Yazid Manap berkata, menjadi tanggungjawab untuk mendidik pengguna berkaitan produk halal dan haram kerana ada banyak isu berkaitan produk pengguna Islam. Beliau berkata, isu halal dan haram penting sehingga pelbagai penyelidikan dan pencarian kaedah baru bagi menentukan kesahihan sesuatu produk dijalankan. "IPPH berperanan sebagai pusat sehenti melalui pendekatan menyeluruh, seimbang dan 'multifaceted' bagi mengkaji segala aspek produk halal pada peringkat kebangsaan dan-global. "InisiatifIPPH mendapat sokongan pelbagai agensi dan kementerian lain seperti . [abatan Kemaiuan Islam Malaysia (JAKIM),Unit Perancang Ekonomi (UPE), [abatan Standard Malaysia .(DSM)dan Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC),"katanya. Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan di IPPH UPM, Serdang, baru- baruini. Turut hadir Naib Canselor UPM Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris dan Ketua Laboratori Perkhidmatan Halal IPPH UPM Prof Madya Dr Nitty Hirawaty Kamarulzaman. Mohd'Yazid berkata, IPPH memainkan peranan penting meniamin industri kecil dan sederhana (IKS) dapat meningkatkan pengeluaran produk dan perkhidmatan halal tidak hanya di pasaran Malaysia, malah antarabangsa. "Pelbagai sampel bahan mentah dan produk diterima dan dianalisis dari segi pengesanan unsur DNA babi, penentuan profil asid amino, penentuan kandungan alkohol dalam minuman, analisis lemak dan minyak serta analisis lain mengikut keperluan dan permintaan semasa. "Lapan kaedah pengujian berakreditasi ditawarkan IPPH kepada pemain industri dan pelbagai sampel merangkumi kolagen, gelatin, kapsul, jus minuman, produk daging dan ikan terproses antara contoh sampel yang kerap dihantar untuk dianalisis," katanya. Menurutnya, keputusan dan maklumat berkaitan . kandungan bahan sesuatu sampel yang dianalisis IPPH sama ada halal atau haram akan dikeluarkan dalam bentuk Certificate of Analysis (CoA)dalam tempoh masa tujuh hari bekerja sahaja. "Keputusan dan maklumat berkaitan status halal sesuatu produk ._dibuktikan secara saintifik boleh digunakan oleh IKS bagi proses permohonan sijil halal daripada JAKIM. "JAKIMsatu-satunya badan utama mengeluarkan pensijilan halal di Malaysia. Sijil halal keluaran JAKIM sudah dlkenali, malah logo halalnya dipercayal di peringkat antarabangsa," katanya. Beliau berkata, dengan adanya kelengkapan makmal yang berteknologi •r : tinggi, IPPH mampu memberikan perkhidmatan analisis halal kepada pelanggan untuk menjamin kualiti produk mereka adalah halalan toyyiban untuk pasaran berdasarkan bukti secara saintifik. "Bagi memenuhi keperluan produk halal di pasaran, ia tidak hanya menjurus kepada produk berasaskan makanan dan minuman, malah IPPH sedang dalam fasa membangunkan kaedah pengujian analisis halal bagi produk farmaseutikal dan kosmetik. "Fokus IPPH tidak hanya menjurus kepada penyelidikan halal tetapi juga perkhidmatan analisis halal-kepada pemain industri yang terbabit. "Ini akan dapat membantu pembabitan pemain industri dalam memastikan produk keluaran mereka halalan toyyiban dan menjadi lebih berintegriti dalam memenuhi keperluan pengguna," katanya. Sementara itu, Ahmad berkata, daripada 6,548 syarikat yang terbabit dalam industri halal tahun lalu, Bumiputera hanya menyumbang 30 peratus manakala bukan Bumiputera 70peratus. "Penyertaan Bumiputera dalam industri halal sangat rendah. Saya harap dengan banyak usaha dijalankan kita boleh meningkatkan penyertaan mereka pada masadepan. "Menjadi tanggungjawab BUrniputera untuk meningkat dan menggalakkan produk halal untuk semua dan menjadikannya perniagaan global," katanya.

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 21 AGRO HARlAN METRO SRASA 27-SEPTEMBER · kosmetik. "Fokus IPPHtidak hanya menjurus kepada penyelidikan halal tetapi jugaperkhidmatan analisis halal-kepada pemain industri yang terbabit

21 AGRO HARlAN METROSRASA 27-SEPTEMBER 2016

IPPHkeluarkansijil dalam

tempoh+ 7 hari selepas

analisissam pelproduk

+

VASIMohamad Hussin

. [email protected]

Permintaan terhadapproduk halal yang tinggi,selain sukar menentukanstatusnya meningkatkankeprihatinan penggunaIslam terhadap kualiti dan'kesahihan sesuatu produk.

Keprihatinan terhadapkeselamatan, kualiti,komposisi serta pengesahanproduk dan perkhidmatanyang digunakan juga makinmendapat perhatian dalamkalangan pengguna Islam.

Sehubungan itu, InstitutPenyelidikan Produk Halal(IPPH), Universiti PutraMalaysia (UPM) yangditubuhkan pada 1Tun2006antara langkah proaktifdalam merealisasikanIPPH sebagai pusatrujukan, penyelidikan danpembangunan terungguldalam bidang berkaitanproduk halal.

Pengarah IPPH UPMProf Datuk Mohd YazidManap berkata, menjaditanggungjawab untukmendidik penggunaberkaitan produk halal danharam kerana ada banyakisu berkaitan produkpengguna Islam.

Beliau berkata, isu halaldan haram penting sehinggapelbagai penyelidikan danpencarian kaedah baru bagimenentukan kesahihansesuatu produk dijalankan.

"IPPH berperanansebagai pusat sehentimelalui pendekatanmenyeluruh, seimbang dan'multifaceted' bagi mengkajisegala aspek produk halalpada peringkat kebangsaandan-global.

"InisiatifIPPH mendapatsokongan pelbagai agensidan kementerian lain seperti .[abatan Kemaiuan IslamMalaysia (JAKIM),UnitPerancang Ekonomi (UPE),[abatan Standard Malaysia.(DSM)dan PerbadananKemajuan Industri Halal(HDC)," katanya.

Beliau berkata demikianselepas menerimakunjungan TimbalanMenteri PerdaganganAntarabangsa dan IndustriDatuk Ahmad Maslan diIPPH UPM, Serdang, baru-baruini.

Turut hadir Naib CanselorUPM Prof Datin PadukaDr Aini Ideris dan KetuaLaboratori PerkhidmatanHalal IPPH UPM ProfMadya Dr Nitty HirawatyKamarulzaman.

Mohd'Yazid berkata,IPPH memainkan perananpenting meniamin industrikecil dan sederhana (IKS)dapat meningkatkanpengeluaran produk danperkhidmatan halal tidakhanya di pasaran Malaysia,malah antarabangsa.

"Pelbagai sampel bahanmentah dan produk diterimadan dianalisis dari segipengesanan unsur DNAbabi, penentuan profilasid amino, penentuankandungan alkohol dalamminuman, analisis lemakdan minyak serta analisislain mengikut keperluandan permintaan semasa.

"Lapan kaedah pengujianberakreditasi ditawarkanIPPH kepada pemainindustri dan pelbagaisampel merangkumikolagen, gelatin, kapsul, jusminuman, produk dagingdan ikan terproses antaracontoh sampel yang kerapdihantar untuk dianalisis,"katanya.

Menurutnya, keputusandan maklumat berkaitan. kandungan bahan sesuatusampel yang dianalisisIPPH sama ada halal atauharam akan dikeluarkandalam bentuk Certificateof Analysis (CoA)dalamtempoh masa tujuh haribekerja sahaja.

"Keputusan danmaklumat berkaitan statushalal sesuatu produk

._dibuktikan secara saintifikboleh digunakan oleh IKSbagi proses permohonan sijilhalal daripada JAKIM.

"JAKIM satu-satunyabadan utama mengeluarkanpensijilan halal di Malaysia.Sijil halal keluaran JAKIMsudah dlkenali, malahlogo halalnya dipercayal diperingkat antarabangsa,"katanya.

Beliau berkata, denganadanya kelengkapanmakmal yang berteknologi

• • r :

tinggi, IPPH mampumemberikan perkhidmatananalisis halal kepadapelanggan untuk menjaminkualiti produk merekaadalah halalan toyyibanuntuk pasaran berdasarkanbukti secara saintifik.

"Bagi memenuhikeperluan produk halaldi pasaran, ia tidak hanyamenjurus kepada produkberasaskan makanandan minuman, malahIPPH sedang dalam fasamembangunkan kaedahpengujian analisis halal bagiproduk farmaseutikal dankosmetik.

"Fokus IPPH tidakhanya menjurus kepadapenyelidikan halal tetapijuga perkhidmatan analisishalal-kepada pemainindustri yang terbabit.

"Ini akan dapatmembantu pembabitanpemain industri dalam

memastikan produkkeluaran mereka halalantoyyiban dan menjadilebih berintegriti dalammemenuhi keperluanpengguna," katanya.

Sementara itu, Ahmadberkata, daripada 6,548syarikat yang terbabitdalam industri halaltahun lalu, Bumiputerahanya menyumbang 30peratus manakala bukanBumiputera 70 peratus.

"Penyertaan Bumiputeradalam industri halal sangatrendah. Saya harap denganbanyak us aha dijalankankita boleh meningkatkanpenyertaan mereka padamasadepan.

"Menjadi tanggungjawabBUrniputera untukmeningkat danmenggalakkan produkhalal untuk semua danmenjadikannya perniagaanglobal," katanya.