pelan induk industri halal 2030...pelan induk industri halal 2030 (himp 2030) akan memangkin...

16
R I N G K A S A N E K S E K U T I F K e A r a h H a la l M ala y sia y a n g M e n y e rla h di P erin g k at Glo b al PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030

Upload: others

Post on 20-Jan-2021

41 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030...Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) akan memangkin kekuatan Nasional melalui satu agenda pembangunan industri Halal secara menyeluruh. Tema

RIN

GKASAN EKSEKUTIF

Ke A

rah H

a

lal M

alaysia yang Menyerlah di Peringkat Global

PELAN INDUKINDUSTRI HALAL

2030

Page 2: PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030...Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) akan memangkin kekuatan Nasional melalui satu agenda pembangunan industri Halal secara menyeluruh. Tema

PENGENALANIndustri Halal pada hari ini adalah satu industri yang kukuh. Ia telah membuka pelbagai peluang baharu yang mencambah pembangunan ekonomi, dipengaruhi oleh peningkatan kesedaran di kalangan pengguna di seluruh dunia terhadap nilai yang dibawanya. Kini, pelbagai organisasi di peringkat antabangsa telah mula menitik beratkan nilai Halal kerana ia serasi dengan usaha meningkatkan kesejahteraan sosial, melindungi alam sekitar dan juga etika perniagaan.

Malaysia, dengan ekosistem Halal yang kompleks dan komprehensif telah menetapkan satu tanda aras pembangunan standard dan proses perniagaan Halal bertaraf antarabangsa, sekaligus menjadi rujukan sebagai antara amalan terbaik yang berupaya meningkatkan penyertaan serta keupayaan peserta industri tempatan dalam pasaran Halal global.

Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) akan memangkin kekuatan Nasional melalui satu agenda pembangunan industri Halal secara menyeluruh. Tema “Ke Arah Halal Malaysia yang Menyerlah di Peringkat Global” menggambarkan matlamat Malaysia untuk terus menerajui industri ini.

HIMP 2030 dicipta hasil dari analisis industri Halal di peringkat global dan domestik dalam menilai rangka kerja semasa berdasarkan konteks pengurusan dan pembangunan industri Halal di Malaysia. Pelan Induk ini menggariskan sektor dan bidang yang perlu diberi fokus, seterusnya mencadangkan strategi-strategi yang berupaya mencipta lebih banyak peluang perniagaan ke arah memaksimumkan potensi ekonomi Negara.

Page 3: PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030...Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) akan memangkin kekuatan Nasional melalui satu agenda pembangunan industri Halal secara menyeluruh. Tema

AKRONIMAIBIM Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia

ASM Akademi Sains Malaysia

DOSM Jabatan Perangkaan Malaysia

DSM Jabatan Standards Malaysia

EDA Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi

FSQ Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan

HDC Halal Industry Development Corporation

IPA Agensi Promosi Pelaburan

JAIN Jabatan Agama Islam Negeri

JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JPK Jabatan Pembangunan Kemahiran

KDNK Keluaran dalam negeri kasar

KIHIM Konsortium Institut Halal IPT Malaysia

KPDNHEP Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

MAIN Majlis Agama Islam Negeri

MAMPU Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

MARA Majlis Amanah Rakyat

MATRADE Malaysia External Trade Development Corporation

MDEC Malaysia Digital Economy Corporation

MIDA Malaysia Investment Development Authority

MOA Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

MOE Kementerian Pendidikan

MOHR Kementerian Sumber Manusia

MPIH Majlis Pembangunan Industri Halal

MTA Persatuan Takaful Malaysia

MTDC Malaysian Technology Development Corporation

NPRA Bahagian Regulatori Farmasi Negara

PBT Pihak Berkuasa Tempatan

PNS Perbadanan Nasional Berhad

PUNB Perbadanan Usahawan Nasional Berhad

SC Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

SMECORP SME Corporation Malaysia

SSM Suruhanjaya Syarikat Malaysia

TERAJU Unit Peneraju Agenda Bumiputera

Page 4: PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030...Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) akan memangkin kekuatan Nasional melalui satu agenda pembangunan industri Halal secara menyeluruh. Tema

KEPENTINGAN INDUSTRI HALAL

Malaysia adalah Negara Pelopor Industri HalalMempunyai pengalaman

lebih 40 tahun dalam membangunkan industri Halal

Permintaan Domestik yang Semakin Meningkat Malaysia masih merupakan “net importer” pelbagai produk termasuk produk Halal

Kepentingan kepada RakyatIndustri Halal menyediakan peluang pekerjaan dan memberi pelindungan kepada pengguna dari segi keselamatan produk

Potensi Industri Halal yang Besar di Peringkat Global

Masih terdapat 80% jurang antara permintaan dan

pengeluaran produk Halal global

Kepentingan kepada EkonomiHalal memberi nilai tambah,

menggalakkan perdagangandan juga pelaburan

Industri Halal menggalakkan pertumbuhan sosio-ekonomi Negara. Oleh itu, usaha-usaha penambahbaikan tadbir urus, pembangunan kapasiti dan promosi perlu diperhebatkan

Page 5: PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030...Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) akan memangkin kekuatan Nasional melalui satu agenda pembangunan industri Halal secara menyeluruh. Tema

PASARAN HALAL GLOBAL

Nota: Anggaran berdasarkan potensi pasaran oleh pengguna Muslim sahaja. Pasaran sebenar adalah lebih besar sekiranya diambil kira potensi pasaran oleh pengguna bukan Islam.

Menjelang 2030, pasaran Halal global dijangka mencecah USD5.0 trilion manakala, pasaran domestik pula dianggarkan mencecah USD113.2 bilion. Malaysia mempunyai ekosistem dan rangka kerja yang terbaik untuk memanfaatkan peluang ini

Pasaran Halal

Global

Timur Tengah &

Afrika Utara

Eropah & Eurasia

Amerika Utara

Asia Pasifik

Afrika Sub-Sahara

2018USD 3.1 Tril

2018USD 0.8 Tril

2018USD 0.3 Tril

2018USD 0.2 Tril

2018USD 1.6 Tril

2018USD 0.2 Tril

2030USD 5.0 Tril

2030USD 1.2 Tril

2030USD 0.5 Tril

2030USD 0.3 Tril

2030USD 2.8 Tril

2030USD 0.4 Tril

2 PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif

Page 6: PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030...Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) akan memangkin kekuatan Nasional melalui satu agenda pembangunan industri Halal secara menyeluruh. Tema

.

Nota: Anggaran berdasarkan potensi pasaran oleh pengguna Muslim sahaja. 1 Termasuk sektor yang berkaitan/baharu seperti modest fashion, peranti perubatan & pelancongan

perubatan.

2030USD 113.2 Bill

2030USD 85.2 Bil

2030USD 5.9 Bil

2030USD 11.7 Bil

2030USD 10.5 Bil

2018USD 51.9 Bil

2018USD 3.4 Bil

2018USD 6.2 Bil

2018USD 7.0 Bil

SEKTOR UTAMA

Makanan & Minuman

FarmaseutikalLain-lain1

Kosmetik & Dandanan

Diri

MalaysiaHalal

Market2018USD 68.4 Bill

PASARAN HALAL MALAYSIA

3PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif

Page 7: PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030...Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) akan memangkin kekuatan Nasional melalui satu agenda pembangunan industri Halal secara menyeluruh. Tema

Ekosistem industri Halal ialah rangkaian komponen yang terlibat di dalam kitaran pertumbuhan dan penyampaian produk atau perkhidmatan Halal yang menyumbang kepada keseluruhan pembangunan sosio-ekonomi. Setiap komponen di dalam ekosistem mempunyai aktiviti unik tersendiri yang saling berkaitan bagi meningkatkan kemampanan industri Halal.

EKOSISTEM HALAL MALAYSIA

HIMP 2030 fokus kepada usaha memperkukuh ekosistem Halal di Malaysia dengan cara menyusun semula dan menambahbaik inisiatif sedia ada di samping memperkenalkan inisiatif baharu yang berimpak tinggi selaras dengan hala tuju Kerajaan

PENGGUNAINDUSTRI

SOSIO-EKONOMI

PEKERJAN PERDAGANGAN

PELABURAN INTEGRITI HAL

AL

Inse

ntif

MIKRO Penilaian

Data &

Prom

osi

Pematuhan Analitik

Kesedaran

Peru

ndan

gan & Logistik

& Inovasi

D

asar

& Infrastruktur

Sains, Teknologi M

odal Insan

4 PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif

Page 8: PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030...Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) akan memangkin kekuatan Nasional melalui satu agenda pembangunan industri Halal secara menyeluruh. Tema

Menangani isu dan cabaran yang masih

belum selesai

Satu pelan ke arah mencapai

sumbangan yang lebih berimpak kepada sosio-

ekonomi Negara

Penjajaran semula dengan

aspirasi Kerajaan

Penilaian semula dan

penambahbaikan kepada pelan-

pelan sedia ada

Pencapaian Terkini HIMP 1.0 Aspek Ekonomi Makro

KENAPA HIMP 2.0 DIBANGUNKAN?

Sumbangan kepada KDNK

7.8% 1,401

350,000 RM 13.3 bil

RM 40.8 bil

8.7% 1,600

330,000 RM 15 bil

RM 50 bil

Nilai Eksport Halal

Bil. IKS yang mengeksport

Peluang Pekerjaan

tercipta

Pelaburan dalam Taman Halal

Dengan asas yang telah dibina dengan kekuatan ekosistem Halal Malaysia yang sedia ada, matlamat utama HIMP 2030 adalah a realistik dan boleh dicapai

5PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif

Page 9: PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030...Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) akan memangkin kekuatan Nasional melalui satu agenda pembangunan industri Halal secara menyeluruh. Tema

RANGKA KERJA STRATEGIK HIMP 2030

VISI:MALAYSIASEBAGAI

PENERAJU INDUSTRI

HALALGLOBAL

Kosmetik & Penjagaan Diri

01.Menambahbaik Polisi

dan Perundangan Yang Lebih Mesra

Industri Halal

05.Memupuk Pemikiran

Kepimpinan

Farmaseutikal

Makanan & Minuman

MENONJOL

GLOBALISASI

MENYERLAH

KEBERHASIL

AN

UTA

MA

MIS

I

02.Mewujudkan Ruang

Pasaran Yang Baharu dan Lebih Luas Untuk

Produk dan Perkhidmatan Halal

Malaysia

03.Mewujudkan Kumpulan

Pakar Industri Halal Yang Lebih Besar Untuk Memenuhi Keperluan Global

04.Pembangunan

Infrastruktur Yang Berkualiti Dan Berintegrasi

06.Melahirkan Lebih

Banyak ‘Juara Halal’ Di Kalangan Pemain Industri Tempatan

07.Menggalakkan

Penyertaan Bumiputera Yang Lebih

Berdaya Saing Di Dalam Industri Halal

7 Teras Strategik HIMP 2030 mensasarkan untuk menggalakkan tawaran industri Halal yang berkualiti, inovatif dan berdaya saing; membangunkan syarikat-syarikat tempatan yang berdaya saing; serta memacu peningkatan sosio-ekonomi yang lebih mampan, seimbang dan menyeluruh.

6 PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif

Page 10: PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030...Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) akan memangkin kekuatan Nasional melalui satu agenda pembangunan industri Halal secara menyeluruh. Tema

SEKTOR BAHARUPeluang sektor baharu di dalam industri halal termasuklah sektor ekonomi

baru yang semakin merangkul nilai Halal dalam operasi mereka.

Peranti Perubatan

Modest Fashion Pelancongan Perubatan

Kesungguhan untuk melabur di dalam aktiviti inovasi boleh meletakkan industri Halal Malaysia ke sektor nilai lebih tinggi dengan terus melangkau batas pengetahuan, meneroka sempadan baharu serta mempengaruhi trend pengguna.

7PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif

Page 11: PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030...Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) akan memangkin kekuatan Nasional melalui satu agenda pembangunan industri Halal secara menyeluruh. Tema

KEBERHASILAN UTAMA

Ketersediaan pemboleh utama yang menyokong pelaksanaan HIMP 2030 berjalan lancar

Kewangan Islam

Standard, Akreditasi dan Perkhidmatan Pensijilan

Perkhidmatan Logistik

Perkhidmatan Sistem Mampu Kesan (Traceability) Status Halal

Pembangunan Modal Insan

Bagi memastikan produk Halal melalui rantaian bekalan yang disahkan Halal sepenuhnya, untuk menggalakkan inovasi Halal melalui kemajuan teknologi seperti IR 4.0, IoT, Blockchain, FinTech dan Data raya.

Perkhidmatan standard, akreditasi dan pensijilan yang mantap bagi memastikan integriti rantaian bekalan Halal, selain memastikan kepercayaan dan keserasian industri global dengan pasaran baru Halal.

Kebolehcapaian sokongan kewangan untuk keseluruhan rantaian bekalan Halal, menggalakkan dan mempromosikan peningkatan penyertaan industri halal melalui inovasi dan promosi struktur Islam hibrid. Merapatkan jurang antara pembiayaan kewangan Islam dan industri Halal adalah komponen utama untuk mencapai amalan patuh Halal dan syariah yang menyeluruh di seluruh rantaian bekalan.

Perkhidmatan logistik yang khusus, bermula daripada pemilihan sumber bahan mentah sehingga pengguna (farm-to-fork) untuk mengelakkan pencemaran silang. Secara tidak langsung, keselamatan dan kualiti produk yang disahkan Halal adalah terjamin.

Para profesional dan pakar Halal yang kompeten untuk meyokong pembangunan ekosistem Halal yang komprehensif di masa akan datang melalui penjajaran Kerangka pekerjaan (occupational framework).

8 PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif

Page 12: PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030...Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) akan memangkin kekuatan Nasional melalui satu agenda pembangunan industri Halal secara menyeluruh. Tema

INISIATIF“SUPER

CATALYTIC”

Dana Muamalat

Jejak Antarabangsa

Rangka Kerja Pekerjaan Halal

PerniagaanHalal

Bumiputera

ZonMuamalat

Digital

LLC/MNC SME MICRO

Penerima Manfaat :

INISIATIF “SUPER CATALYTIC” HIMP 2030

5 inisiatif “Super Catalytic” telah dikenalpasti daripada keseluruhan 42 inisiatif dalam HIMP 2030. Inisiatif-inisiatif ini berskala besar, bersifat memangkin, menggalak keterlibatan menyeluruh dari perserta industri sekaligus memberi impak langsung kepada pertumbuhan industri Halal

9PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif

Page 13: PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030...Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) akan memangkin kekuatan Nasional melalui satu agenda pembangunan industri Halal secara menyeluruh. Tema

MAJLIS PEMBANGUNAN INDUSTRI HALAL

Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH) berperanan untuk menambah baik struktur tadbir urus dalam pembangunan industri Halal dengan berpaksi kepada empat bidang keberhasilan utama. 1: Dasar Formulasi Strategi dan Pemantauan; 2: Pengkayaan Pensijilan dan Penguatkuasaan; 3: Pembangunan Standard dan Keupayaan Mampu Kesan (Traceability); 4: Pembangunan Industri dan Pembudayaan Keusahawanan.

Pengerusi: Timbalan Perdana Menteri

• MOF • MITI • JPM (Hal Ehwal Agama) • MEA • MED • MESTECC • KPDNHEP

• MOA • MOH • MOE • MOHR • KPKT • MOTAC

• Ketua Setiausaha Negara • Peguam Negara

• Pengerusi Majlis Islam Negeri

Majlis Pembangunan Industri Halal

Sekretariat

Setiausaha

Ahli

Ketua SetiausahaMEA

Jawatankuasa Bertindak - Pensijilan & Penguatkuasaan

Jawatankuasa Bertindak - Pembangunan Industri &

Keusahawanan

Jawatankuasa Bertindak - Pembangunan Standard

Jawatankuasa Bertindak - Pengantarabangsaan

Sekretariat:

Sekretariat:Sekretariat:

Sekretariat:Agensi Peneraju:

Agensi Peneraju:Agensi Peneraju:

Agensi Peneraju:

JPM (Hal Ehwal Agama)

Kementerian Pembangunan Usahawan

Kementerian PerdaganganAntarabangsa & Industri

Kementerian PerdaganganAntarabangsa & Industri

10 PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif

Page 14: PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030...Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) akan memangkin kekuatan Nasional melalui satu agenda pembangunan industri Halal secara menyeluruh. Tema

PETUNJUK PRESTASI HIMP 2.0

HIMP 2030 mensasarkan 4 bidang keberhasilan utama iaitu pengukuhan industri domestik, suasana mesra pelabur, penyertaan peserta industri yang lebih kompetetif dan pengantarabangsaan agenda Halal Malaysia

2018 2030

Indikator KDNK 2018 2020 2025 2030

Fasa 1a Fasa 1b Fasa 2

RM 13.9 bil RM 15.3 bil RM 19.6 bil

Fasa 1a Fasa 1b

RM 59.7 bil RM 76.0 bil RM 126 bil

Fasa 1a Fasa 1b Fasa 2

RM 40 bil RM 46 bil RM 56 bil RM 70 bil

Pelaburan ke dalam Taman Halal

HALMAS

Nilai Tambah

Eksport Halal

Indikator Produktiviti 2018 2020 2025 2030

Fasa 1a Fasa 1b Fasa 2

RM 275 bil RM 335 bil RM 497 bil RM 684 bil

Fasa 1a Fasa 1b Fasa 2

0.35 mil 0.41 mil 0.56 mil 0.71 mil

Pendapatan Industri Melalui Perniagaan

Halal

PeluangPekerjaan

~7.4% KDNK

(RM 107 bil)

~11% KDNK

(RM 266 bil)

RM 25.0 bil

RM 171 bil

Fasa 2

Sumbangan Industri Halal Kepada Keseluruhan KDNK

11PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif

Page 15: PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030...Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) akan memangkin kekuatan Nasional melalui satu agenda pembangunan industri Halal secara menyeluruh. Tema

MEGATREND - ASPIRASI MASA HADAPAN INDUSTRI HALAL

Manfaat kepada industri Halal MalaysiaPeningkatan sistem mampu kesan (traceability), kesahihan, dan ketelusan produk, perkhidmatan dan proses yang berstatus Halal sepanjang rantaian bekalan.

Pengurusan pencemaran dan punca bahaya yang lebih baik

Pengeluaran produk yang lebih optimum

Adaptasi yang lebih cepat terhadap perubahan ragam dan gelagat pengguna

Integrasi rantaian bekalan yang lebih baik dan pantas untuk penghantaran produk dan bahan mentah

Teknologi baharu yang pesat membangun seperti teknologi kewangan (Fintech), Internet of Things (IoT), Data Raya, Blockchain dan Industri 4.0 mempunyai potensi besar untuk terus meningkatkan kemampanan industri Halal di Malaysia.

FinTech IoT Data Raya Blockchain IR 4.0

12 PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030 Ringkasan Eksekutif

Page 16: PELAN INDUK INDUSTRI HALAL 2030...Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP 2030) akan memangkin kekuatan Nasional melalui satu agenda pembangunan industri Halal secara menyeluruh. Tema

Halal Development Corporation (HDC) Berhad5.02, Level 5, KPMG Tower, First Avenue, Persiaran Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Tel : 5555 7965 - 603+ Fax : 5500 7965 - 603+

w w w . h d c g l o b a l . c o m

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi