kh tangki simbah

12
TANGKI SIMBAH

Upload: junaddi-semudi

Post on 04-Oct-2015

164 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Bab 4 Tangki simbah

TRANSCRIPT

TANGKI SIMBAH

TANGKI SIMBAH

Terdapat dua jenis tangki simbah, iaitu tangki simbah aras tinggi dan tangki simbah aras rendah.Tangki simbah aras tinggi dipasang 2 meter dari paras lantai dan tangki simbah aras rendah dipasang 1 meter dari paras lantai.Tangki simbah digunakan untuk menyimpan air dan kemudiannya meyimbah keluar melalui paip simbah untuk membersihkan mangkuk tandas. Tangki simbah diperbuat daripada plastik atau tembikar. Tangki simbah boleh menyimpan air sehingga 9 liter.Berikut adalah contoh gambar dua jenis tangki simbah:

Bahagian utama dan fungsi tangki simbahTangki simbah aras tinggi dan tangki simbah aras rendah mempunyai bahagian utama yang sama

FungsiPaip alur masuk(paip agihan)Membekalkan air masuk ke dalam tangki simbah.

Paip alur keluar(paip simbah)Menyalurkan air keluar dari tangki simbah untuk menyimbah serta membersihkan mangkuk tandas.

Paip limpahMenyalurkan air keluar dari tangki simbah jika berlaku kerosakan pada injap bebola atau pelampung.

Injap bebola Mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah.

Pelampung Pelampung yang terapung di atas permukaan air akan bergerak bersama paras air. Pelampung mengawal aras air dengan menutup dan membuka injap bebola melalui lengan pelampung. Lengan pelampung yang bergerak ke atas menolak omboh dalam injap bebola.

Injap gegendangMengawal air masuk ke tiub sifon. Apabila tuil ditarik, injap gegendang akan naik dan membenarkan air masuk ke tiub sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.

Tuil tarik/tangkai pelepasTuil tarik terdapat di luar tangki simbah. Apabila mangkuk tandas perlu dicuci, tuil ditarik untuk menyimbah air.

Tiub sifonMenyalurkan air ke paip simbah.Operasi Tangki Simbah

1.

2.

3.

4.

Tamat .Terima kasih.