200910211210085. topik1

Upload: muhd-aqilazmihassan

Post on 08-Apr-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    1/21

    PENGENALANPengurusan dan pentadbiran merupakan proses sosial yang berkaitan denganperjalanan sesuatu organisasi termasuk organisasi pendidikan. Proses ini akanmenjamin pencapaian matlamat organisasi tersebut. Topik ini akanmembincangkan definisi dan konsep penntadbiran dan pengurusan secaraumum serta konsep pentadbiran dan pengurusan pendidikan. Aspekpersekitaran sekolah yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusansekolah juga dibincang. Pada keseluruhannya perbincangan topik ini lebihtertumpu kepada aspek-aspek pentadbiran dan pengurusan untuk

    membolehkan seseorang memahami proses pentadbiran dan pengurusan secaraumumnya.

    KONSEP ASAS PENTADBIRAN DANPENGURUSAN

    Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran ataupengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap, prosespengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat

    1.1

    TTooppiikk11PentadbirandanPengurusan

    3. Membicarakan persekitaran sekolah dan populasi pelajar.2. Menjelaskan konsep pentadbiran dan pengurusan pendidikan; dan

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjelaskan konsep asas pentadbiran dan pengurusan;

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    2/21

    TOPIK 1 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN2

    menyempurnakan kehidupan manusia. Proses pentadbiran berlaku sama ada didalam sesebuah organisasi yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan

    juga yang tidak formal. Untuk mengurus sesuatu organisasi, seseorang pentadbir

    atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yangdimaksudkan dengan pentadbiran.

    Griffiths (1959), dalam buku bertajuk Administration Theory, menyatakanpentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semuaorganisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatuorganisasi sosial itu. Drucker (1945) dalam bukunya The Practice of Managementmenjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling

    berharga. Stoner (1984) dalam buku Management mengatakan pengurusan ialahsatu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli

    organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamatyang ditentukan. Campbell (1983) menjelaskan proses pentadbiran sebagai satucara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambiltindakan untuk mencapai matlamat.

    Dalam sesebuah organisasi sosial termasuk organisasi pendidikan, pengurusandan pentadbiran perlu diketuai oleh seseorang individu yang dikenali sebagaipengurus atau pentadbir. Pengurus atau pentadbir boleh di sifatkan sebagaiseorang yang melaksanakan tugas melalui orang lain. Everard (1986)mendefinisikan pengurus atau pentadbir sebagai orang yang:

    (i) Tahu apa yang dikehendaki dan tahu penyebab yang membolehkan ia berlaku.(ii) Bertanggungjawab mengawal sumber dan memastikan kegunaannya untuk

    kebaikan.

    (iii) Meningkatkan keberkesanan kerja yang sudah dilaksanakan dan mencaricara bagi pembaikan secara berterusan.

    (iv) Bertanggungjawab pada prestasi unit yang diuruskan dan ia adalahsebahagian daripadanya.

    (v) Mewujudkan suasana yang sesuai yang membolehkan individumelaksanakan tugas dengan cemerlang.

    Dari aspek sosial, institusi yang ditubuhkan oleh masyarkat adalah satu sistemsosial. Contoh institusi itu ialah sekolah. Kesemua institusi atau sistem sosialtermasuk sekolah mempunyai matlamat penubuhan dan terdiri daripadakomponen-komponen mereka masing-masing. Contohnya sistem sekolah terdiridaripada komponen guru, murid, bangunan, infrastruktur, guru besar,kakitangan sokongan dan lembaga pengurus. Oleh kerana sistem sosialdiuruskan oleh manusia yang berinteraksi, yang mempengaruhi dandipengaruhi, maka adalah satu sistem terbuka yang dilihat pada darjah

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    3/21

    TOPIK 1 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 3

    kebolehan sistem itu melakukan perubahan yang membawa kepada pencapaianmatlamat dengan lebih berkesan dan cekap.

    Bagi sesuatu sistem sosial, tenaga manusia menjadi nadi penggerak komponen-komponen. Tenaga manusia yang dimaksudkan disini ialah pengurus ataupentadbir sistem tersebut. Dengan itu, organisasi sosial yang formal merujukkepada kaedah dan strategi tenaga manusia menggerakkan sumber-sumber yangdiadakan pada komponen-komponen di dalam sistem bagi mencapai matlamat.

    1.1.1 Definisi Pentadbiran dan Pengurusan

    Pentadbiran ditafsirkan pelbagai cara. Antara lain ia disebut sebagai:

    (i)

    Satu proses sosial yang merangkumi soal-soal penyelesaian masalah danmembuat keputusan.

    (ii) Satu proses sosial yang berkait dengan mengadakan, menyelenggarakan,mengawal dan menyatupadukan segala tenaga manusia dan materialdalam satu sistem yang disepadukan untuk mencapai sesuatu matlamat.

    (iii) Sesuatu tindakan mengkoordinasikan aktiviti-aktiviti yang salingmempengaruhi antara satu sama lain utuk mencapai sesuatu matlamatdengan sebaik-baik cara yang mungkin.

    Dari definisi-definisi yang berbagai-bagai diatas ini, dapat dirumuskan bahawapentadbiran menekankan bukan sahaja pencapaian matlamat, tetapi jugahubungkait yang rapat antara matlamat-matlamat ini supaya terdapatpenyepaduan yang lebih mendalam dalam sesuatu organisasi.

    Pengurusan mempunyai pelbagai erti:

    (i) Pengurusan ialah perancangan, pengelolaan, penyepaduan dan pengukuran.(ii) Pengurusan ialah penggunaan sesuatu dengan teliti bagi mencapai sesuatu

    matlamat.

    (iii) Pengurusan ialah menentukan sesuatu itu dibuat oleh orang-orang lain,terutamanya orang-orang bawahan.

    (iv) Pengurusan ialah penyeliaan ke atas sesuatu.Sebenarnya, pengurusan merangkumi semua definisi yang tersebut diatas. Jadisecara kasar, pengurusan ialah membuat sesuatu bersama dan melalui orang lainuntuk mencapai matlamat-matlamat tertentu. Dari definisi umum ini dan daridefinisi-definisi khusus di atas, dapat dilihat fungusi pengurusan termasuk

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    4/21

    TOPIK 1 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN4

    perancangan, pengelolaan, motivasi dan pengawasan. Untuk fungsi-fungsi ituberjaya dilaksanakan, tiga kemahiran diperlukan:

    (i) Kemahiran teknik: kebolehan menggunakan pengetahuan, kaedah-kaedah,teknik-teknik dan alat-alat yang perlu bagi menjalankan sesuatu tugas.Kebolehan ini adalah hasil daripada pengalaman, pendidikan dan latihan.

    (ii) Kemahiran komunikasi: kebolehan bergaul dan bekerja dengan manusialain.

    (iii) Kemahiran konsep: kebolehan memahami keanekaragaman dalamorganisasi dan kemudian menyelesaikan diri di dalamnya.

    Kemahiran-kemahiran yang tersebut diatas ini perlu ada pada seseorangpengurus supaya ia dapat bertindak dan mengurus dengan lebih berkesan.

    Definisi kedua-dua istilah ini iaiitu pentadbiran dan pengurusanmemperlihatkan betapa rapatnya hubungkait antara satu dengan lain.Pengurusan menumpukan kepada pencapaian matlamat organisasi manakalapentadbiran menitikberatkan bukan sahaja pencapaian matlamat, tetapi jugapertalian antara matlamat-matlamat supaya organisasi lebih bersepadu ke arahpengeluaran hasil yang lebih baik. Kita dapat lihat bahawa peranan pentadbiranitu lebih luas daripada pengurusan. Perlu juga di fahami bahawa suatu sifat yangdinamakan kepimpinan memainkan peranan yang lebih menyeluruh untukmencakupi semua yang terdapat dalam pengurusan dan pentadbiran.

    Secara gambarajah dapat dihubungkaitkan seperti dalam Rajah 1.1 dibawah:

    Rajah 1.1: Kedudukan sistem organisasi

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    5/21

    TOPIK 1 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 5

    1.1.2 Proses Pentadbiran dan Pengurusan

    Seorang pentadbir yang melibatkan diri dalam pentadbiran dan pengurusan

    seharian, m tidak dapat lari dari beberapa proses pentadbiran dan pengurusan.Diantaranya ialah perancangan, pengelolaan, kepimpinan dan kawalan.Bagaimanakah seorang pentadbir dapat menyesuaikan diri supaya dapatmengendalikan aspek-aspek ini sebaik mungkin?

    (a) Proses ini melibatkan aktiviti yang dirangka untuk menentukan tindakanmasa depan bagi menggunakan sumber-sumber secara optimum. Prosesperancangan merangkumi penilaian yang dibuat secara teliti tentang masadepan dan merangka beberapa tindakan alternatif untuk mencapaimatlamat organisasi. Ia melibatkan: Apa mesti dibuat?; Bila mesti dibuat?;

    Bagaimanakah melakukannya? Dan siapa akan melakukannya?(i) Perancangan diperlukan untuk mencapai 3 matlamat, iaitu

    (ii) memperolehi bahan dan sumber-sumber

    (iii) menyelaraskan usaha dan tindakan kakitangan

    (iv) menjamin pencapaian matlamat organisasi

    (b) Penyempurnaan perancangan akan menjadi mudah dengan adanyastruktur organisasi. Jentera struktur organisasi diperlukan untuk

    menjalankan tugas-tugas yang telah dikenalpasti. Perlantikan, penempatandan latihan kakitangan amat diperlukan. Pengelolaan melibatkanpenentuan kerja, kuasa dan autoriti penempatan sumber secara berkesan.Di samping itu pembahagian dan pengkhususan kerja, pengagihantanggungjawab dan autoriti juga penting. Pengelolaan ialah penyelarasansumber manusia dan bahan. Penyelarasan cuba menghubungkankakitangan, kerja, sumber dan masa supaya saling lengkap melengkapi danperhubungan ini hendaklah jelas.

    (c) Memimpin adalah suatu proses memotivasikan kakitangan supaya bekerjasama untuk mencapai matlamat organisasi. Memimpin danmendorong adalah amat penting dalam perjalanan organisasi keranaproses ini amat berkait dengan kakitangan sendiri di mana keupayaan dansikap mereka perlu diteliti terlebih dahulu untuk menjamin keberkesanan.Pentadbir hendaklah mempunyai kesediaan untuk membimbing danmemimpin kakitangannya supaya berkesan.

    Secara amnya, komponen asas dalam proses kepimpinan ialahmemotivasikan pekerja, mengurus kumpulan, komunikasi pengurusan danlain-lain perkara yang berkaitan dengan tingkah laku organisasi.

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    6/21

    TOPIK 1 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN6

    (d) Mengawal ialah untuk menentukan atau menjamin kegiatan pekerjaterarah kepada pencapaian matlamat dan aktiviti yang dilaksanakanhendaklah selaras dengan perancangan. Pengawalan mempunyai tiga

    unsur, iaitu;(i) Menentukan standard prestasi,(ii) Mengukur prestasi masa kini dengan standard yang ditentukan,(iii) Mengambil tindakan pembetulan.

    1.1.3 Teori Pentadbiran dan Pengurusan

    Pentadbiran juga boleh dikaji sebagai satu bidang sains, kerana ia meliputi

    pelbagai aspek termasuk kajian dan penyelidikan. Mengikut sejarah, terdapatpelbagai pendekatan dalam memperkembangkan prinsip pengurusan.Sebenarnya pengurusan berkembang apabila perdagangan sesebuah negarameningkat. Dengan itu cara pengurusan yang lama seperti free enterprise systemdan sistem mercantile tidak sesuai lagi. Pada abad ke 20, teori-teori yang

    berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan mulai berkembang.

    Teori boleh dianggap sebagai suatu asas untuk mengembang ilmu. MengikutHoy dan Miskel, teori ialah satu konsep yang kait-mengait andaian-andaian dangeneralisassi yang menerangkan secara sistematik kebiasaan tingkah laku dalamorganisasi. Jadi melaui teori, pentadbir boleh menggunakannya sebagai asasuntuk mendapatkan jawapan atau mencari jalan untuk bertindak semasa diamenghadapi tugas-tugas di dalam situasi tertentu.

    Pada asasnya kebanyakan teori pentadbiran cuba memberi pengetahuan strukturtugas, prestasi, perjalanan pentadbiran, aspek organisasi dan sebagainya.Klasifikasi teori pentadbiran adalah berbeza-beza mengikut para pengkaji.Diantara beberapa teori pentadbiran yang telah diasaskan adalah seperti berikut:

    (a) Pengurusan SaintifikPendekatan pengurusan saintifik menumpukan kepada pekerja atauperingkat bawah. Pendekatan yang juga dikenali sebagai analisis tugas,diasaskan oleh Frederick Taylor (1856-1915). Pendekatan ini timbuldisebabkan oleh masalah dalam revolusi industri pada tahun 1900. Tujuanutama kajiannya ialah menilai proses pekerja dan meningkatprofesionalisme dalam pengurusan. Di antara beberapa Prinsip Taylordalam pendekatan pengurusan saintifik ialah:

    (i) memotivasikan pekerja(ii) memilih pekerja yang paling sesuai,

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    7/21

    TOPIK 1 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 7

    (iii) masa yang standard bagi semua pekerja(iv) pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja(v)

    pengurus dilatih prinsip-prinsip pengurusan dan kawalan

    (vi) tugas perancangan dipisahkan dengan tugas pengeluaran(vii) produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan,(viii)pengurus harus mengambil alih tugas merancang daripada pekerja

    (b) Pengurusan BerfungsiTeori ini diasaskan oleh Henry Fayol (1841-1925), seorang eksekutif rendahyang berasal dari Peranchis. Mengikut teori ini peranan pengurus dalamsesebuah organisasi adalah penting dan tumpuannya ialah kepadaperingkat atas. Pengurus juga adalah pembuat keputusan dan pemimpinperantaraan. Teori ini berkembang di Eropah dan ia bertujuanmeningkatkan kecekapan industri.

    (c) Path-Goal TheoryPath Goal Theory atau Jalan Arah Matlamat diperkenalkan oleh House(1970 an) Mengikut House, pemimpin mendapat prestasi pekerja yang baik,

    jika diberikan matlamat dan ganjaran serta apa yang perlu dilakukan. Teoriini mengutarakan empat stail tingkah laku kepimpinan:

    (i) Kepimpinan mengarah: Mengarah kepada pekerja dan bersikapautoritarian.

    (ii) Kepimpinan menyokong: Pemimpin mudah ditemui dan selalumesra.

    (iii) Kepimpinan participatif: Meminta cadangan dari pekerja,menggunakan pandangan tetapi ketua membuat keputusan.

    (iv) Kepimpinan orientasi kejayaan: Ketua yang membentuk sesuatuperancangan.

    Kesimpulan Teori Path-Goal ialah, tingkah laku ketua mendorong kakitangansesuatu organisasi itu bekerja dengan baik.

    Matlamat akhir yang diharapkan daripada tugas pengurusan dan pentadbiranialah meningkatkan taraf prestasi organisasi tersebut. Pada asasnya pengurusandan pentadbiran adalah segala usaha yang dijalankan oleh sesuatu organisasiuntuk memenuhi matlamat dan tujuan tertentu di samping menyelenggarakandan mengekalkan struktur organisasi tersebut.

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    8/21

    TOPIK 1 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN8

    SEMAK KENDIRI 1.1

    1. Senaraikan sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pengurus

    seperti yang dikemukakan oleh Everard (1986).

    2. Senaraikan fungsi-fungsi pengurusan daripada definisi-definisi diatas.

    3. Apakah konsep teori mengikut Hoy dan Miskel?

    PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN

    PENDIDIKAN

    1.2

    Tujuan utama pentadbiran institusi pendidikan ialah untuk meningkatkan mutupengajaran dan pembelajaran. Jadi mereka yang bekerja di institusi pendidikanhendaklah memberi sumbangan untuk tujuan utama ini. Apakah sebenarnyafungsi pentadbir dalam menyumbang ke arah peningkatan pengajaran danpembelajaran?

    Pentadbiran pendidikan ialah pengurusan intitusi yang bertujuan untukmemupuk pengajaran dan pembelajaran. Institusi-institusi ini meliputi sekolah-

    sekolah kerajaan, sekolah-sekolah swasta, maktab-maktab kerajaan dan swasta,universiti-universiti kerajaan dan swasta, institusi-institusi pengajaran yangditaja oleh badan korporat dan industri, dan lain-lain lagi. Walaupunkebanyakan institusi ini dibiayai oleh kerajaan, tetapi ada sebilangan besar yang

    berfungsi di bawah naungan badan-badan persendirian, pertubuhan agama,persatuan atau industri seperti yang telah dinyatakan tadi. Aktiviti-aktivitipengajaran dan pembelajaran yang ditaja oleh institusi-institusi ini mempunyai

    berbagai pelanggan, daripada kanak-kanak peringkat tabika hinggalah kepadamahasiswa dan pelajar-pelajar sekolah profesional.

    Pengurusan berbagai institusi, seperti tersebut di atas, jelas menunjukkan bahawa pentadbiran adalah satu bidang amalan. Dengan demikian, iamempunyai beberapa aspek yang sama dengan bidang-bidang pengurusan yanglain seperti pentadbiran awam, pentadbiran hospital dan pengurusanperniagaan. Walaupun terdapat beberapa unsur yang sama di antarapentadbiran di sektor awam dan pengurusan di sektor swasta, pentadbiranawam, terutamanya pentadbiran pendidikan, mempunyai beberapa aspek yangunik.

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    9/21

    TOPIK 1 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 9

    Pentadbiran pendidikan bukan hanya satu bidang amalan; ia juga adalah satubidang kajian. Dalam aspek kajian dan juga amalan, terdapat unsur-unsur yangsama di antara pentadbiran pendidikan dan pentadbiran dalam bidang-bidang

    lain.

    Anda juga perlu tahu bahawa pentadbiran pendidikan adalah satu bidanggunaan dan bukan satu disiplin. Sebagai satu bidang gunaan, pentadbiranpendidikan mempunyai banyak persamaan dengan bidang-bidang gunaan yanglain, seperti kejuruteraan dan perubatan. Sebagaimana kejuruteraan dibina

    berasaskan disiplin-disipin seperti matematik dan fizik, perubatan mesti berasaskan disiplin-disiplin seperti anatomi dan biologi, maka pentadbiranpendidikan mestilah dibina atas beberapa disiplin seperti psikologi, sosiologi,sains politik dan ekonomi.

    Bagi sistem pendidikan negara ini, struktur organisasinya boleh digambarkanseperti pada Rajah 1.2. Organisasinya terbahagi kepada lima peringkat, iaitupusat, negeri, daerah, sekolah dan bilik darjah. Secara amnya, peringkat-peringkat ini boleh dikelasifikasikan sebagai peringkat eksekutif (pusat);peringkat pengurusan (negeri); peringkat penyeliaan (daerah); peringkat teknikal(sekolah) dan peringkat pelaksanaan (bilik darjah).

    Rajah 1.2 : Piramid organisasi pentadbiran pendidikan di MalaysiaDi samping menunjukkan peringkat-peringkat organisasi, Rajah 1.2 jugamenjelaskan aliran autoriti dan delegasi tanggungjawab daripada puncakpiramid kepada bahagian-bahagian di bawah piramid. Keluasan bahagian-

    bahagian piramid menunjukkan bilangan tenaga manusia yang terlibat pada bahagian-bahagian berkenaan. Sesuatu sistem atau organisasi formal

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    10/21

    TOPIK 1 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN10

    mempunyai beberapa keperluan untuk membolehkannya berfungsi. Diantarakeperluan tersebut ialah pemimpin yang akan menguruskan dan mentadbirkanorganisasi tersebut.

    1.2.1 Definisi Pentadbiran dan PengurusanPendidikan

    Faktor yang menyebabkan pengurusan sesebuah sekolah itu berkesan adalahkemampuan pengurusnya memainkan peranannya dengan efektif. Pengurusefektif dapat membezakan setiap peranannya mengikut keperluan. Oleh itu,adalah penting bagi pengurus memahami tugasnya. Apakah sebenarnya tugas-tugas seorang pengurus?

    Pengurusan adalah kerja yang dilakukan bagi mencapai objektif melaluiindividu. Ia bermaksud pengurus bertanggungjawab ke atas kerja orang lain.Bush dan West-Burnham (1994) mendefinisikan prinsip-prinsip pengurusandengan meliputi aktiviti merancang, mengambil sumber, mengawal, menyusun,memimpin dan menilai. Secara ringkas, ia melibatkan:

    (i) Kepimpinan: Nilai, visi dan misi(ii) Pengurusan: Merancang, mengorganisasikan, melaksanakan dan mengatur

    kedudukan

    (iii) Pentadbiran: Memperincikan operasiSeorang pengurus bertugas memimpin, mengurus dan mentadbir. Adalahpenting bagi seorang pengurus memastikan semua kerja terus berjalan,mengatasi masalah, memulakan aktiviti baru dan menyatukan pasukan danaktiviti secara bersama.

    Lebih tepat lagi, fungsi utama pengurusan sekolah adalah mengurus polisi,pembelajaran, manusia dan sumber. Pengurus-pengurus sekolah perlu mencipta,mengekalkan dan meningkatkan keadaan yang membolehkan pembelajaran

    berkesan berlaku.

    Pentadbiran adalah satu unsur penting bagi menjamin kelicinan perjalanankomponen-komponen dalam sistem atau organisasi. Lebih khusus lagi,pentadbiran adalah untuk menggerakkan segalasumber; meliputi sumbermanusia, modal dan infrastruktur, secara terselaras dan tersusun bagi mencapaimatlamat output. Pentadbiran diperlukan untuk mewujudkan kesejahteraan dankeharmonian mekanisme sosial; untuk memandu organisasi mengharungimasalah; dan untuk memberikan kekuatan kepada organisasi menghadapicabaran-cabaran baru.

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    11/21

    TOPIK 1 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 11

    Jika pentadbiran dianggap sebagai proses membuat keputusan, maka:

    (i) Pentadbiran ialah satu tingkahlaku am yang boleh dijumpai dalam semuaorganisasi manusia.

    (ii) Pentadbiran ialah proses mengarah dan mengawal penghidupan dalamorganisasi sosial.

    (iii) Fungsi khusus pentadbiran ialah untuk mengembangkan danmengubahsuai proses membuat keputusan dengan berkesan dan sebaikmungkin.

    Drucker (1954) menyatakan bahawa pentadbiran organisasi ialah cara untukmatlamat, iaitu pentadbiran merupakan mekanisme pengaturcaraan sumber-sumber untuk mencapai matlamat. Secara amnya, fungsi pentadbiran adalahseperti berikut:

    (i) Ia penting untuk menetapkan dan melaksanakan dasar-dasar.(ii) Ia menentukan jenis output, arah yang perlu diikuti dan keutamaan yang

    perlu diberi perhatian.

    (iii) Ia menentukan pemilihan strategi pelaksanaan.(iv) Ia menentukan iklim organisasi dan hubungan antara manusia.(v) Ia membantu perolehan dan penggunaan sumber-sumber dengan cara

    berkesan.

    (vi) Ia membuat penilaian tentang kualiti dan kuantiti hasil.(vii) Ia mempengaruhi imej dan dan prestij sesuatu organisasi.Proses pentadbiran meliputi aspek perancangan, penyelenggaran, membuatkeputusan, pengurusan kewangan dan penilaian.

    1.2.2 Sifat-sifat Kerja Pentadbir dan PengurusPendidikan

    Pentadbir adalah merupakan orang yang paling penting dalam sesebuahorganisasi pendidikan. Beliaulah yang bertanggungjawab terhadap semuakegiatan organisasi tersebut. Sebagai pemimpin beliau harus menggerakkanorganisasi yang di pimpin oleh nya, terutama dari sudut pentadbiran,kurikulum, ko kurikulum, peningkatan profesionalisme dan semangat sertatanggungjawab terhadap ahli-ahli dalam organisasinya.

    Dalam konteks sekolah, Pengetua atau Guru Besar merupakan pentadbir. Diperingkat Jabatan dan Pejabat Pendidikan Daerah, Pengarah dan PegawaiPelajaran Daerah merupakan pentadbirnya. Dimana jua mereka berada,

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    12/21

    TOPIK 1 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN12

    seseorang pentadbir memainkan pelbagai peranan, iaitu mengurus, memimpin,menyelia, kaunselor dan menjadi pakar rujuk.

    Secara umunya, seseorang pentadbir harus mempunyai beberapa sifat kerja.Diantaranya ialah:

    (a) Membentuk falsafah organisasiAspek ini melibatkan idea. Pentadbir bertanggungjawab menentukanmatlamat dan objektif organisasi dan membentuk budayanya. Diamengutarakan misi dan menggerakkannya melalui kerjasama dankomitmen pegawai dan kakitangan yang ada di bawahnya.

    (b) Membentuk struktur organisasiSifat kerja kedua seseorang pentadbir ialah membentuk polisi danmemperuntukkan pelbagai sumber untuk merealisasikan matlamat danobjektif yang ditetapkan. Dalam keadaan biasa, hal ini dilaksanakanmelalui pengagihan tugas kepada kakitangan bawahan.

    (c) Mengurus dan memotivasikan pegawai/kakitangan organisasiSatu lagi sifat kerja utama seseorang pentadbir ialah mengurus danmemotivasikan manusia didalam organisasinya supaya mereka dapatmelaksanakan tanggungjawab yang sudah ditentukan. Untuk melicinkanperjalanan pengurusan ini, beliau perlu berhubung rapat dengan pihak-pihak yang berkepentingan dengan organisasinya.

    (d) Memberi kepemimpinanSebagai orang yang paling penting untuk menentukan kejayaan organisasi,seseorang pentadbir mesti memberi kepemimpinan. Beliau mesti mampumengarah dan mengawal kerana beliaulah ketua yang mempunyai kuasadan autoriti. Beliau diharapkan berada di hadapan dalam sebarangkeadaan yang melibatkan organisasinya.

    1.2.3 Ciri-ciri Peribadi dan Peranan Pentadbir yang

    Sesuai

    Seseorang pentadbir sesebuah organisasi pendidikan berbeza dengan seseorangpentadbir organisasi pendidikan yang lain. Cita rasa, pembawaan, carapelaksanakan tugas dan sebagainya memang berlainan. Maka padakebiasaannya, cara mengurus juga akan berbeza. Untuk mentadbir danmengurus organisasi pendidikannya dengan lebih berkesan seseorang pentadbirperlu mempunyai berberapa ciri-ciri peribadi dan juga perlu mengetahuiperananya sebagai seorang pentadbir.

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    13/21

    TOPIK 1 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 13

    (a) Pengurusan saintifik(i) Penetapan masa yang standard bagi sesuatu tugas,(ii)

    Pemilihan pekerja yang sesuai dengan tugas yang hendak dilakukan,

    (iii) Perancangan keseimbangan antara pekerja, alat dan masa dalammenyiapkan kerja,

    (iv) Pewujudan pengurusan staf dan pengurusan pekerja(b) Pengurusan Pentadbiran

    (i) Penyataan objektif yang jelas,(ii) Penetuan urutan kerja yang sistematik,(iii) Penetapan tugas secara khusus.

    (c) Birokrasi(i) Pewujudan pembahagian tugas,(ii) Pelaksanaan sistem hierarki,(iii) Pengamalan meritokrasi,(iv) Penggunaan rekod bertulis,(v) Penetapan spesifikasi perhubungan,(vi) Pewujudan pelbagai peraturan,(vii) Penekanan kepada kepatuhan disiplin.

    (d) Perhubungan kemanusiaan(i) Pengutamaan manusia,(ii) Penekanan kepada keperluan manusia untuk berkumpul,(iii) Penerimaan hakikat manusia perlu sokongan rakan sekerja.

    (e) Pengurusan mengikut keperluan(i) Kepentingan keadaan sekitar dan teknologi yang digunakan,(ii) Penyesuaian organisasi dengan tugas yang hendak dilaksanakan(iii) Pendekatan yang bergerak ke arah memperkembangkan struktur,

    proses dan nilai sesuai dengan keperluan tertentu.

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    14/21

    TOPIK 1 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN14

    SEMAK KENDIRI 1.2

    1. Huraikan klasifikasi peringkat struktur organisasi sistempendidikan negara ini.

    2. Apakah fungsi pentadbiran pendidikan seperti yang dinyatakanoleh Drucker (1954).

    3. Bincangkan sifat-sifat kerja yang perlu ada pada seorangpentadbir.

    PERSEKITARAN SEKOLAH1.3

    Sekolah adalah sebahagian daripada masyarakat yang luas atau pun sebahagiandaripada sistem sosial yang luas. Sekolah menerima sokongan kewangan dansokongan moral daripada masyarakat yang lebih luas dan memberi kesankepada masyarakat tersebut dengan memberi faedah-faedah individu dan sosial.Sekolah dapt mempengaruhi masyarakat dalam mana kawassan sekolah itu

    berfungsi. Oleh itu sangat penting bagi pentadbir sekolah mewujudkanpersekitaran sekolah yang baik dan belajar menghadapi faktor-faktor yang adadi dalamnya.

    Persekitaran merujuk kepada aspek-aspek luaran sesebuah organisasi.Persekitaran memainkan peranan penting di dalam menggerakkan fungsisekolah. Aspek-aspek persekitaran seperti undang-undang, ekonomi, demografidan trend teknologi mempengaruhi amalan yang dilakukan oleh sesebuahsekolah. Pihak pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan dengan lebih

    berkesan. Memandangkan sekolah mempunyai pelanggan yang ramai, makapentadbir sekolah perlulah mengambil kira aspek-aspek persekitaran ini.Sekolah yang bergerak seiring dengan persekitaran akan lebih berdaya saing.Sebagai contoh, sekolah yang menggunakan laman web di dalam prosespengajaran dan pembelajaran lebih berdaya saing berbanding dengan sekolahyang kurang mementingkan trend teknologi.

    1.3.1 Pengaruh Persekitaran

    Persekitaran yang dinamik akan mewujudkan keperluan yang pelbagai terhadapsekolah dan bertindak mempengaruhi dan mencabar pembangunan organisasitersebut. Perubahan dalam persekitaran wujud kesan daripada kemajuan dalampelbagai bidang terutamanya bidang sains dan teknologi.

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    15/21

    TOPIK 1 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 15

    Persekitaran sesuatu organisasi dapat dibahagikan kepada dua, iaitupersekitaran dalaman dan persekitaran luaran. Persekitaran dalaman organisasisekolah berkaitan dengan peranan sekolah iaitu dalam bidang pengajaran,

    pembelajaran dan penyediaan pelajar untuk masyarakat. Persekitaran dalaman juga turut memasukkan aspek dalaman organisasi seperti kepemimpinan,pentadbiran, prestasi, hasil pendapatan dan kualiti perkhidmatan, tradisiorganisasi, budaya, ahli organisasi, sumber kewangan dan kemudahan yang ada.Persekitaran luaran pula ialah aspek yang berada di luar kawalan organisasiseperti perubahan demografi, perubahan saiz dan komposisi, umur, jangkaanakreditasi dan perubahan dalam aspek ekonomi, politik, teknologi dan sosial.

    Perubahan dalaman organisasi berlaku ekoran daripada perubahan yang berlakudi persekitaran luaran organisasi terutamanya daripada pihak atasan.

    Masyarakat menganggap bahawa sekolah ialah tempat segala ilmu dapatdiperolehi. Mereka mengharapakan sekolah sehaluan dengan perubahan-perubahan yang berlaku diluar organisasi tersebut kerana mereka percaya

    bahawa pendidikan menjadi sasaran perubahan dan agen perubahan yangpenting. Sebagai contoh, computer dan internet membawa kesan dan perubahanyang besar dalam masyarakat. Berdasarkan perubahan ini, maka masyarakatmenganggap bahawa sekolah perlu memainkan peranan mendidik pelajardalam bidang teknologi maklumat.

    Justeru itu, seorang pentadbir sekolah harus peka dengan perubahan yang berlaku di persekitaran organisasinya. Ini adalah kerana beliau memainkanperanan penting untuk mengadaptasi perubahan tersebut ke dalam organisasisekolah. Perubahan-perubahan yang perlu dilakukan di sekolah termasuklahdari segi perubahan fizikal, mental dan sikap warga sekolah itu.

    1.3.2 Ciri-ciri Organisasi Sekolah

    Sekolah diurus untuk memastikan semua bahagian dan unit berfungsi dengan baik dan teratur. Hal ini dilaksanakan untuk mencapai matlamat sekolahmenghasilkan pendidikan cemerlang bagi melahirkan insan seimbang dari segi

    intelek, rohani, jasmani dan emosi. Ini adalah ciri-ciri organisasi yang umum bagi semua sekolah. Namun, setiap sekolah akan mempunyai cirri-ciriorganisasinya yang tersendiri. Penekanan ke atas pelbagai matlamat khusus akanmewujudkan pelbagai corak ciri-ciri organisasi tersebut. Ciri-ciri organisasisesebuah sekolah melibatkan beberapa elemen penting yang merangkumiperkara yang diurus, bidang pengurusan dan peranan pengurusan. Setiapelemen ini mengandungi pelbagai hal yang khusus yang mungkin akan berbeza.

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    16/21

    TOPIK 1 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN16

    (a) Perkara yang diurus(i) Manusia: Ciri paling penting dalam organisasi sekolah ialah

    pengurusan manusia, iaitu guru, pelajar dan staf sokongan. Matlamatsesebuah sekolah ialah mendidik pelajarnya supaya menjadi manusiayang bermutu, seimbang dan harmonis. Jika pengurusan manusia inidapat dilaksanakan dengan baik, maka matlamat akan tercapaidengan mudah.

    (ii) Aktiviti: Ciri kedua penting dalam organisasi sekolah ialah aktivitipengajaran dan pembelajaran untuk mengembangkan seluruh potensiyang ada pada pelajar sama ada intelek, rohani, jasmani dan emosi.

    (iii)

    Material: Selain manusia dan aktiviti, organisasi sekolah jugamelibatkan material berupa bangunan, kawasan, peralatan dankewangan. Walaupun pada asasnya sesebuah sekolah tidak boleh

    bergerak tanpa kemudahan fizikal, kelancaran perjalanannya banyakbergantung kepada unsur-unsur material. Ini bermakna ciri ini tidakboleh diabaikan dalam pengurusan organisasi sekolah.

    Rajah 1.3 : Perkara yang diurus

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    17/21

    TOPIK 1 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 17

    (b) Bidang pengurusan(i) Pentadbiran am: Pentadbiran am merujuk kepada pengelolaan

    sekolah yang melibatkan hal-hal bukan akademik, iaitu;perkhidmatan dan perjawatan, pentadbiran pejabat, pentadbiranpelajar, pengurusan kewangan dan lain-lain perkara.

    (ii) Pengurusan manusia: Pengurusan manusia yang melibatkan guru,kakitangan sokongan dan murid yang melibatkan aspek pengurusanakademik dan kebajikan.

    (iii) Pelaksanaan aktiviti: Pelaksanaan aktiviti kurikulum yang berkaitrapat dengan penyediaan rancangan pengajaran, penyediaan bahan-

    bahan pengajaran serta penilaian dan pelaksanaan kegiatankokurikulum yang berupa perancangan dan pelaksanaan program bukan akademik seperti sukan, permainan dan persatuan yangmelibatkan guru dan pelajar.

    (iv) Penyeliaan: Penyeliaan menyentuh pemerhatian terhadap pengajarandan pembelajaran serta motivasi guru dan pelajar untukmeningkatkan kualiti pendidikan.

    Rajah 1.4 : Bidang pengurusan sekolah

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    18/21

    TOPIK 1 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN18

    (c) Peranan pengurusan(i) Perancangan: Persiapan untuk melaksanakan sesuatu matlamat

    sekolah.

    (ii) Pengelolaan: Pengaturan, penyusunan dan pelaksanaan perancanganyang telah dibuat.

    (iii) Penyelarasan: Aktiviti membawa manusia, fikiran dan teknik kedalam suatu hubungan yang harmonis dan produktif di sekolah.

    (iv) Perhubungan: Interaksi antara ahli dalam sekolah untuk salingmempengaruhi dalam kerjasama mencapai tujuan.

    Rajah 1.5 : Peranan pengurusan sekolah

    1.3.3 Perkembangan Kakitangan

    Sistem pentadbiran pendidikan di Malaysia, selain daripada tertumpu kepada

    kemajuan pelajar, juga tertumpu kepada kemajuan guru pada masa yang sama.Tanpa guru-guru yang berkualiti dan mengikut perkembangan semasa,kemungkinan besar kemajuan pelajar tidak akan dicapai dengan sepenuhnya.Konsep perkembangan kakitangan sangat penting dalam proses pentadbiranpendidikan. Dalam konteks sekolah, kakitangan bermaksud sekumpulankakitangan yang bekerja di bawah seorang pentadbir. Sama ada mempunyaikepakaran atau tidak mereka akan bersama-sama membantu pentadbir dalammengendalikan perjalanan sekolah. Oleh kerana kakitangan merupakan sumberyang paling berharga di sekolah, maka pengurusan dan perkembangan

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    19/21

    TOPIK 1 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 19

    kakitangan adalah sangat penting. Pengurusan kakitangan yang berjaya akanmeningkatkan produktiviti.

    Mengikut penyelidikan Richard Matthew, Andrew dan Robert (1992), konsepperkembangan kakitangan banyak dikaitkan dengan perkembangan personel,latihan, dan kursus dalam perkhidmatan. Perkembangan personel bolehdikaitkan dengan keperluan pengurusan sumber manusia. Ia dikaitkan denganperkembangan individu, perkembangan kumpulan dan kemajuan sistempengurusan. Latihan pula dikaitkan dengan keperluan kemahiran kakitangan.Manakala kursus dalam perkhidmatan ialah satu bentuk kursus bertujuan untukmeningkatkan kecekapan dalam pekerjaan.

    Champagne (1980), menerangkan bahawa perkembangan kakitangan boleh

    menggalakkan kakitangan terus melibatkan diri mereka dalam profesionperguruan dan ia juga boleh merapatkan hubungan antara guru dan murid.Howey (1985) menerangkan perkara yang berkaitan perkembangan kakitanganmeliputi:

    Memajukan kaedah pengajaran (pedagogi); Memahami di antara satu sama lain; Perkembangan kognitif; Memajukan teori-teori dalam pengajaran; Memajukan perkembangan individu melalui penyelidikan; Perkembangan kerjaya; dan Membolehkan guru-guru berkemahiran tinggi untuk membimbing guru-

    guru baru.

    Dapat disimpulkan bahawa perkembangan kakitangan ialah untuk memajukankerjaya dan dirinya. Ia meliputi semua perkara yang berkaitan dengan kerjayaseseorang guru sama ada dalam bidang pengajaran mahupun dalam bidanglatihan yang diikuti. Ia harus dilakukan kerana kualiti pendidikan sesebuahsekolah adalah bergantung kepada kemajuan kakitangannya. Dengan lain kata,konsep perkembangan kakitangan ialah aktiviti yang dirancang untuk memberisumbangan ke arah kecekapan guru.

    Konsep perkembangan kakitangan boleh dijalankan dalam bentuk kursusinduksi, aspek kemahiran mengajar, aspek merancang, menyusun sumberpengajaran, cara menilai mata pelajaran, mengatasi masalah pelajar dansebagainya.

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    20/21

    TOPIK 1 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN20

    Diantara ciri-ciri organisasi sesebuah sekolah ialah perkara yangdiurus. Huraikan elemen ini dengan ringkas.

    SEMAK KENDIRI 1.3

    1. Jelaskan Prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik.

    2. Bincangkan apa yang dimaksudkan dengan persekitarandalaman dan persekitaran luaran sesuatu organisasi.

    Dalam topik ini, anda telah didedahkan dengan konsep asas pentadbiran danpengurusan.

    Disamping itu perbincangan turut menyentuh aspek pengurusan pendidikandan persekitaran sekolah serta populasi sekolah.

    Perlu ditegaskan bahawa pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasitermasuk organisasi pendidikan yang unggul akan menentukan objektiforganisasi itu tercapai.

    Pentadbiran dan pengurusan pendidikan akan menentukan pengajarandalam pembelajaran dalam institusi pendidikan itu dilaksanakan dengan

    baik.

    Pengaruh persekitaran sekolah juga memainkan peranan penting dalampembangunan organisasi tersebut.

    3. Nyatakan proses pentadbiran dan pengurusan dan berikanhuraian yang ringkas.

    4. Terangkan perkara-perkara yang berkaitan perkembangankakitangan seperti yang dikemukakan oleh Howey (1985).

    SEMAK KENDIRI 1.4

  • 8/7/2019 200910211210085. Topik1

    21/21

    TOPIK 1 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 21

    Pentadbiran

    Memimpin

    Teori

    Pengurusan

    Persekitaran

    Al Ramaiah. (1992). Kepimpinan pendidikan: Cabaran masa kini. Petaling Jaya:IBS Bulcu Sdn. Bhd.

    Clerence, A. Nowell. (1973). Human behavior in educational administration.New Jersey: Prestice-Hall Inc.

    Drs H. Abu Ahmadi. (1981). Administrasi pendidikan. Semarang: CV TohaPutra.

    Ibrahim Saad. (1982). Perubahan Pendidikan di malaysia: Satu cabaran. KualaLumpur: Utusan Publications.

    Joe Kelly. (1980). How managers manage. Englewood Cliffs New Jersey: Prentice

    Hall.

    Juriah Long. (1992). Aliran dalam amalan pendidikan Menjelang abad ke 21.Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Mohd Kamal Hassan. (1983). Pendidikan dan pembangunan: Satu perspektif bersepadu. Kuala Lumpur: Nurin enterprise.

    Robiah sidin. (1988). Asas pentadbiran pendidikan. Kuala Lumpur: PustakaCipta Sdn. Bhd.