topik 5.4_penilaian dalam mata pelajaran sejarah

11
PENILAIAN DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH Mengukur pemahaman tentang idea konsep fakta dan nilai dalam mata pelajaran Sejarah SJH3093/rosse/JSS/IPGKDRI 1

Upload: ahmad-fadhil-ramza

Post on 11-Jan-2016

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PENILAIAN SEJARAH

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 5.4_penilaian Dalam Mata Pelajaran Sejarah

SJH3093/rosse/JSS/IPGKDRI 1

PENILAIAN DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH

Mengukur pemahaman tentang ideakonsep fakta dan nilai dalam mata pelajaran Sejarah

Page 2: Topik 5.4_penilaian Dalam Mata Pelajaran Sejarah

SJH3093/rosse/JSS/IPGKDRI 2

Ujian Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

• Penilaian membawa maksud satu kaedah yang digunakan dalam usaha menjawab persoalan sejauh mana kesampaian maklumat yang telah diberikan oleh seseorang guru berkesan dan dapat diterapkan dalam diri pelajar.

• Tujuan utama ujian adalah untuk membaiki pelajaran seterusnya membantu dalam membuat keputusan-keputusan pengajaran.

• Maklumat yang diperoleh daripada keputusan-keputusan ujian boleh digunakan bagi menilai pelbagai aspek dalam proses pengajaran.

Page 3: Topik 5.4_penilaian Dalam Mata Pelajaran Sejarah

SJH3093/rosse/JSS/IPGKDRI 3

Maklum Balas kepada Guru

• Guru sejarah dapat mengenal pasti pelajar-pelajar yang mempunyai masalah-masalah pembelajaran yang serius dan memerlukan pembelajaran secara individu atau kerja-kerja pemulihan.

• Guru dapat membantu para pelajar yang mempunyai prestasi yang tinggi, dipertingkatkan lagi dengan program pengayaan khas.

• Ujian juga boleh membaiki keberkesanan cara-cara pembelajaran dengan memberikan maklumat yang lebih objektif

Page 4: Topik 5.4_penilaian Dalam Mata Pelajaran Sejarah

SJH3093/rosse/JSS/IPGKDRI 4

Dorongan Kepada Pelajar

• Sesuatu ujian memberi petunjuk dan dorongan kepada pelajar untuk mencapai matlamat jangka pendek yang berkaitan dengan perkara yang perlu dilakukan (persediaan), hasil pembelajaran yang perlu dikuasai dan dicapai untuk ujian berkenaan dan juga memberi maklum balas kepada para pelajar berkenaan prestasi mereka dalam mata pelajaran Sejarah .

• ujian yang dibentuk itu boleh mendorong pelajar kepada usaha mencapai hasil pembelajaran melalui peningkatan dalam aktiviti pembelajaran sekali gus membantu pelajar menunjukkan kebolehan dan keupayaan mereka dan membawa kepada daya saing yang positif dalam kalangan pelajar

Page 5: Topik 5.4_penilaian Dalam Mata Pelajaran Sejarah

SJH3093/rosse/JSS/IPGKDRI 5

Menguatkan Daya Ingatan

• Dapat membantu menguatkan daya ingatan pelajar.• sebelum menghadapi sesuatu ujian, mereka perlu membuat bacaan, latihan dan ulang kaji secara intensif.

• Pembelajaran intensif akan menguatkan daya ingatan dan proses pemindahan ingatan yang lebih kekal

Page 6: Topik 5.4_penilaian Dalam Mata Pelajaran Sejarah

SJH3093/rosse/JSS/IPGKDRI 6

Memahami Diri Sendiri • Tujuan utama pendidikan ialah untuk membantu

seseorang pelajar untuk memahami dirinya dengan lebih baik supaya dapat membuat keputusan-keputusan yang lebih efektif untuk menilai pencapaian sendiri.

• Pengujian dapat memberi maklumat mengenai kekuatan dan kelemahan pelajar melalui keputusan ujian yang diperoleh.

• Membantu pelajar mengambil pendekatan untuk merancang kaedah belajar yang sesuai dan berkesan dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Sejarah

Page 7: Topik 5.4_penilaian Dalam Mata Pelajaran Sejarah

SJH3093/rosse/JSS/IPGKDRI 7

Mengekalkan Mutu (Standard) Penilaian mata pelajaran Sejarah

• Peningkatan mutu akademik bergantung kepada kualiti pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai.

• Guru Sejarah juga perlu berusaha meningkatkan lagi kecemerlangan akademik mata pelajaran Sejarah dengan meramaikan lagi jumlah pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam ujian yang telah diadakan.

Page 8: Topik 5.4_penilaian Dalam Mata Pelajaran Sejarah

SJH3093/rosse/JSS/IPGKDRI 8

Laporan Penilaian

• Guru sejarah bertanggungjawab menyimpan rekod ujian dan prestasi pelajar.

• Rekod-rekod ini menggambarkan pencapaian kemajuan pelajar dalam mata pelajaran sejarah

Page 9: Topik 5.4_penilaian Dalam Mata Pelajaran Sejarah

SJH3093/rosse/JSS/IPGKDRI 9

Perkembangan Taksonomi Penilaian

• Berdasarkan Taksonomi Bloom (1956), penilaian merupakan aras tertinggi dalam siri taksonomi tersebut.

• Penilaian bukan sahaja untuk membina pengetahuan malahan penilaian juga berupaya mengembangkan dan menguji kemahiran intelektual yang telah dikuasai oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 10: Topik 5.4_penilaian Dalam Mata Pelajaran Sejarah

SJH3093/rosse/JSS/IPGKDRI 10

Penilaian Secara Berterusan • Ujian-ujian mata pelajaran Sejarah perlu dibuat dari masa

ke masa bagi tujuan melaporkan kemajuan atau prestasi pelajar.

• Keputusan-keputusan ujian dicatatkan di dalam buku rekod mengajar guru dan juga di dalam buku kemajuan pelajar.

• Keputusan-keputusan ujian menjadi maklumat penting yang boleh digunakan untuk melaporkan atau mengesahkan kebolehan seseorang pelajar dalam mata pelajaran ini

Page 11: Topik 5.4_penilaian Dalam Mata Pelajaran Sejarah

SJH3093/rosse/JSS/IPGKDRI 11

RUMUSAN• Proses secara tersusun dan sistematik dititikberatkan

agar penilaian yang dilakukan dapat mencapai objektifnya• Proses penilaian merupakan salah satu daripada

komponen penting semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

• Guru mata pelajaran Sejarah khususnya harus mempunyai kemahiran yang baik untuk melihat perhubungan antara proses pengajaran, maklumat yang disampaikan, kaedah pengajaran, bahan yang digunakan dengan tindak balas dan reaksi pelajar terhadap perkara-perkara tersebut.